27 February 2008

Eksklusif: Luahan Hati Jamal


Buang Saudara demi Pengasih?


.
Video ©2008 myartis
.

Eksklusif... Video pengakuan Saleem!


Saya dah insaf..!! Betul ke..??



.
Video ©2008 myartis
.

Konsert Amal Kasih Jamal & Saleem


Dua Bekas Penagih Berentap!!!


Tarikh: 27 Feb 2008
Agenda: PC Konsert Amal Kasih
Tempat: KL Convention Centre

Dewan Pleno, KLCC bakal meletup pada 11 hingga 13 April ini dengan penampilan dua artis yang sebelum ini terkenal dengan beberapa kes dadah hingga dimasukkan ke pusat pemulihan. Mereka tidak lain ialah Jamal Abdillah dan Saleem yang masing-masing diakui mempunyai aura suara yang tersendiri dalam dunia hiburan.

"Ini adalah kali pertama mereka berdua digandingkan. Mereka memang mempunyai vokal yang cukup power dan mempunyai kelebihan tersendiri. Jadi pada malam itu, mereka akan berentap untuk menunjukkan siapakah yang lebih bagus dan lebih baik antara mereka berdua," ujar Ali Bakar selaku Penerbit Konsert tersebut.

Klik untuk gambar besar!


Menurut Ali lagi, selain Jamal dan Saleem... kumpulan Blues gang, Aris Ariwatan, Misha Omar, Datuk Ahmad Nawab dan Pak Ngah turut sama membuat persembahan pada malam itu. Mereka semua akan diiringi oskestra yang dipimpin oleh S. Atan bagi memberi impak paling hebat sesuai dengan sumbangan yang dihulurkan.

"Latihan akan dilakukan selama tiga minggu oleh artis-artis terbabit bagi persembahan selama tiga jam itu. Apa yang menarik, Jamal akan turut membawakan lagu Saleem... manakala Saleem juga akan membawakan lagu Jamal bagi mencabar kredibiliti masing-masing," ujar Ali lagi.

Klik untuk gambar besar!


Konsert Amal Kasih diadakan adalah bagi mengutip dana Persatuan Pengasih yang memerlukan perbelanjaan tinggi menampung bekas penagih, pesakit HIV dan pelbagai keperluan lain. Menurut Presiden Pengasih, Tuan Haji Mohd Yunus Phati, mereka memerlukan lebih kurang RM5 juta bagi meneruskan agenda menyembuh dan merawat bekas penagih selaras dengan agenda kerajaan untuk membebaskan Malaysia daripada cengkaman dadah.


GAMBAR-GAMBAR:




KLIK DI SINI UNTUK GAMBAR2 LAIN!


VIDEO:


.
.
Artikel ©2008 myartis
.

25 February 2008

Hero Remaja 2008


Kamal, menang bergaya!


Kuala Lumpur: - Debaran Pencarian Hero Remaja, yang berlangsung di MATIC Jalan Ampang, tiba ke kemuncaknya 23 Februari lalu apabila 12 finalis yang terpilih berentap untuk merebut gelaran Hero REMAJA 2008 dan gelaran sampingan yang disediakan. Ahmad Kamal Ahmad Adli telah dipilih sebagai Hero REMAJA 2008, tempat kedua Wan Hafizol Wan Omar, tempat ketiga Yeo Keong Lee.Manakala Muhammad Idris Abdul Ghafar telah dipih sebagai Hero Macho. Beliau juga telah dipilih oleh Aznil sendiri sebagai Hero Cool. Khairul Amilin Abdullah Sukor pula telah dipilih sebagai Hero Favourite Pacmee.


:: Kamal: Hero Remaja 2008 ::

Antara yang terpilih kali ini terdiri daripada Ahmad Kamal Ahmad Adli, Wan Hafizol Wan Omar, Mohd Hakimi Hassim, Khairul Amilin Abdullah Sukor, Mohd Aliffadhli Zakaria, Yeo Keong Lee, Syed Amir Faisal Syed Ali, Muhammad Idris Abdul Ghafar, Mohd Jaslin Puasa, Mohd Amar Hakim Mohd Mokhtar dan Amar Alfian Aziz.

Pencarian yang diadakan dua tahun sekali anjuran majalah Remaja terbitan Kumpulan Karangkraf ini bertujuan untuk mencari seorang ‘role model’ di kalangan remaja lelaki yang boleh menjadi ikon kepada remaja lain.

Pencarian yang telah dijalankan selama satu tahun itu ternyata mendapat sambutan hangat yang mana lebih 2,000 penyertaan diterima daripada pembaca REMAJA sendiri dari seluruh negara. Antara syarat-syarat penyertaannya ialah mereka mestilah warganegara Malaysia berusia antara 17 hingga 23 tahun, memiliki personaliti dan perwatakan menarik, fotogenik dan versatil.

Selain itu peserta juga dinilai dari segi penampilan serta kebolehan menjawab dengan baik soalan-soalan yang diajukan oleh para juri. Lima kategori gelaran yang bakal dibawa pulang ialah Hero REMAJA 2008, Hero REMAJA 2008 tempat kedua, Hero REMAJA 2008 tempat ketiga, Hero Favourite Pacmee dan Hero Macho.

Hero REMAJA 2008 membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000, tiket penerbangan pergi dan balik ke Gold Coast Australia bernilai RM3,000 tajaan Air Asia X, pakej percutian ke Tokyo bernilai RM8,000 tajaan Tokyo International Talent Agency & M.A Best Event Entertainment, jam tangan Roscani tajaan Roscani Paris, barangan perapi diri bernilai RM1,000 tajaan L’Oreal Paris Men’s Expert, pakaian tajaan Tropicana Life bernilai RM1,000, pakej spa bernilai RM400 tajaan Essentia SPA, barangan wangian bernilai RM800 tajaan Egyptian Potion, trofi dan “sach”.

Tempat kedua akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000, tiket penerbangan pergi dan balik ke Guangzhou bernilai RM2,500 tajaan Air Asia, jam tangan Roscani tajaan Roscani Paris, barangan perapi diri bernilai RM500 tajaan L’Oreal Paris Men’s Expert, pakaian tajaan Tropicana Life bernilai RM800, pakej spa bernilai RM400 tajaan Essentia SPA, barangan wangian bernilai RM500 tajaan Egyptian Potion, trofi dan “sach”.


:: Finalis Hero Remaja 2008 ::

Sementara tempat ketiga menerima wang tunai sebanyak RM1,000, tiket penerbangan pergi dan balik ke Shenzhen bernilai RM2,500 tajaan Air Asia, jam tangan Roscani tajaan Roscani Paris, barangan perapi diri bernilai RM300 tajaan L’Oreal Paris Men’s Expert, pakaian tajaan Tropicana Life bernilai RM500, pakej spa bernilai RM400 tajaan Essentia SPA, barangan wangian bernilai RM300 tajaan Egyptian Potion, trofi dan “sach”.

Pertandingan ini turut menyaksikan Hero Favourite Pacmee membawa pulang wang tunai RM500, tiket penerbangan pergi dan balik ke Vientiane (Laos) bernilai RM2,000 tajaan Air Asia, jam tangan Roscani tajaan Roscani Paris, barangan perapi diri bernilai RM100 tajaan L’Oreal Paris Men’s Expert, pakaian tajaan Tropicana Life bernilai RM300, pakej spa bernilai RM400 tajaan Essentia SPA, barangan wangian bernilai RM300 tajaan Egyptian Potion, trofi dan “sach”.

Manakala Hero Macho pula menerima wang tunai RM500, tiket penerbangan pergi dan balik ke Singapura tajaan Air Asia, jam tangan Roscani tajaan Roscani Paris, barangan perapi diri bernilai RM100 tajaan L’Oreal Paris Men’s Expert, pakaian tajaan Tropicana Life bernilai RM300, pakej spa bernilai RM400 tajaan Essentia SPA, barangan wangian bernilai RM300 tajaan Egyptian Potion, trofi dan “sach”.


:: Finalis Hero Remaja 2008 ::

Majlis yang dihadiri oleh 400 orang tetamu itu telah dimulakan oleh Fifi Dancers dari UiTM dan finalis Hero REMAJA 2008 sendiri, majlis juga dimeriahkan dengan persembahan artis oleh Alif Aziz, Aesar Mustafa (Equalstar), Alif Afif (My Star) dan Lah VE sebagai persembahan penutup. Acara ini telah digamatkan oleh pengacara no.1 Malaysia, Aznil Hj Nawawi. Zawen, bekas Hero Remaja ke-7, telah menyempurnakan acara penyampaian hadiah untuk Hero Remaja 2008.

Acara ini diadili oleh panel juri yang terdiri daripada Richie Rachman selaku ketua juri, Kudsiah Kahar, Ahmad Idham, Aleeza Kassim, Norman Hakim dan Linda Onn. Acara pada petang itu juga diserikan dengan pertunjukan fesyen dari pereka tempatan seperti, Hatta Dolmat, Bon Zainal dan Hazwani. Kesemua rekaan mereka pada petang itu adalah direka secara eksklusif untuk Hero REMAJA 2008.

Antara selebriti jemputan yang memeriahkan majlis pada petang itu adalah seperti Ashraf Muslim, Sherry, Ady Putra, Farahwahida, Sharifah Sahora, Noniswara, Rizal AF5, Almy Nadia, Nieyl (Mentor) Iwan OIAM, Khai, Rosma, Reza (Era) Wan Huzairil, Ikram Dinzly, Tuah Zulkarnain (Suria FM), Zana (Suria FM), Anahita (Dewi Remaja), Sharifah Salwa (Dewi Remaja), Ezreen (Dewi Remaja), Rabecca (Dewi Remaja), Amelina (Dewi Remaja), Irma Hasmi, Shikin (Dewi Remaja), Scha (Dewi Remaja), Zarin, Bekas Hero Remaja seperti Azhar Sulaiman, Esma Daniel Zed Zaidi, Zawen, Rizal, Faizal Yusof, Shahrizan, Yusri Adam dan ramai lagi.

Sementara penaja Pencarian Hero REMAJA 2008 kali ini pula terdiri daripada Pacmee, Air Asia & Air Asia X, Tokyo International Talent Agency & M.A Event Entertainment, Roscani Paris, L’Oreal Paris Men’s Expert, Tropicana Life, Essentia SPA, Egyptian Potion, OneChinoiz Studio, Restoran Puteri Bongsu, A.T Azry Fazami, My Mom’s Chicken Rice Citarasa Linda Onn, Corus Hotel Kuala Lumpur, MATIC dan juga Radio Xfresh selaku radio rasmi.


INFO :

Pencarian Hero REMAJA sebenarnya telah melahirkan nama-nama besar dalam dunia hiburan tanah air sejak mula diperkenalkan pada tahun 1991. Antaranya Esma Danial, Azhar Sulaiman, Badrul Muhayat, Ashraf Sinclair, Zed Zaidi, Zawen, Rizal dan ramai lagi yang mengembangkan bakat dan kariernya dengan majalah REMAJA. Konsep dan proses pemilihan finalis hero REMAJA ini tidak pernah berubah. Ia bermula dengan menghantar gambar terpilih sebagai top 20 dan 6 daripada mereka yang menerima undian terbanyak akan dipanggil untuk sesi test shoot dan tiga daripadanya akan layak ke pusingan akhir. Setelah cukup 4 pusingan, 12 peserta akan terpilih menjadi peserta akhir.
.
.

21 February 2008

FARID KAMIL TAK MUDAH MELENTING!


DIFITNAH SEBAGAI LELAKI KUCING!


Meskipun wajahnya disamakan dengan 'lelaki kucing' oleh segelintir pihak di internet, namun pelakon popular Farid Kamil tak mudah melenting malah masih mampu tersenyum. Katanya dia berharap sesiapa yang melakukan perbuatan memfitnah itu kembali kepangkal jalan dan bertaubat sebelum terlambat.

"Meskipun terdapat dikalangan keluarga saya yang marah dan rasa terhina, namun saya anggap ia hanya satu gurauan semata-mata. Lagipun, banyak benda lain yang saya nak layan dan tak perlulah ambil tahu sangat tentang benda-benda yang tak betul ni.

"Dalam hal ini, saya tak perlu nak nasihatkan dia... tapi biar dia sendiri yang fikir baik buruknya hasil perbuatannya itu," ujar Farid.



Farid berkata demikian sebagai mengulas gambar lelaki kucing yang dibanding dan disamakan dengan wajahnya oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab. Lelaki kucing yang sebelum ini didakwa terlibat dalam beberapa kes penculikan, merogol dan membunuh kanak-kanak perempuan masih bebas dan sedang diburu pihak polis.

Selain lelaki kucing, dalam masa yang sama Farid turut dikaitkan dengan seorang wanita misteri apabila gambar mereka terpapar di internet. Ramai kalangan peminat membuat spekulasi sendiri dengan mengatakan bahawa wanita tersebut mungkin teman wanita barunya.

"Biar saya jelaskan di sini, saya tak kenalpun wanita itu. Gambar tersebut hanya gambar tampal yang mungkin bertujuan tidak baik. Untuk pengetahuan, hubungan saya dengan teman wanita saya masih baik dan kami masih berkawan seperti dulu," jelasnya sambil tersenyum.
.

Artikel ©2008 myartis

.

DRAMA BERSIRI ENIGMA


Tarikh: 21 Februari - 3:00pm
Tempat: One World Hotel, Damansara Utama, Selangor
Agenda: Pelancaran drama bersiri Enigma


MAMPUKAH PELUANG KEDUA MERUBAH HIDUP MANUSIA?

Kejayaan TV3 memperkenalkan drama-drama melayu berkualiti bukan perkara asing lagi. Malah boleh dikatakan drama-drama yang disajikan mampu memberikan kepuasan kepada penonton setia TV3 khususnya. Terbaru, sebuah lagi drama bersiri berjudul Enigma bakal menghiasi slot Samarinda, setiap hari Selasa hingga Khamis, jam 10.30 malam.

Drama bersiri 25 episod ini merupakan hasil pengarahan sutradara Box-Office, Professor Madya Abdul Razak Mohaidden dan diterbitkan oleh Line Clear Motion Pictures Sdn. Bhd, Enigma akan mula ditayangkan pada 28 Februari ini.

Enigma diterajui oleh dua bintang yang semakin melonjak naik iaitu Farid Kamil dan Fouziah Ghaous serta dibantu oleh Faezah, Izaac, Ainut Aishah, Iqram Dinzly, Hafizuddin Fadzil, Raja Nor Baizura dan Ahmad Tarmimi Siregar.



Di antara fakta menarik mengenai Enigma ialah lebih 50% kandungan drama ini dirakamkan di Gold Coast dan juga Brisbane, Australia. Pelbagai tempat yang mempunyai daya tarikan pelancongan dan juga pemandangan indah dipamerkan di sekitar lokasi pengambaran menghiasi drama hebat ini.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Farisha Pawanteh, "Pihak TV3 sentiasa peka terhadap kepuasan penonton dalam mempersembahkan drama-drama yang bermutu. Sejak slot Samarinda mula diperkenalkan maklum balas yang diterima amat memuaskan dan berjaya mencatat lebih daripada 3 juta penonton setiap kali tayangannya. Kami di pihak TV3 yakin bahawa drama sebegini mampu menarik minat penonton seterusnya mendapat tauladan dan manfaat dari jalan ceritanya."



Enigma menceritakan bagaimana kehidupan manusia boleh berubah setelah di beri peluang kali kedua. la mengisahkan kehidupan Adam (Farid Kamil) yang dibesarkan di dalam keluarga berada dan sering menghabiskan masa bersama rakan-rakannya untuk bersosial. Segalanya berubah apabila dia telah terjebak di dalam pergaduhan dan terjadinya pembunuhan. Demi menyelamatkan

diri daripada hukuman undang-undang, Adam nekad melarikan diri ke Australia.
Setibanya di sana Adam telah dirompak dan hidup merempat. Nasib menyebelahinya apabila Malik, rakyat Malaysia yang telah lama menetap di sana sudi membantunya dan mengambilnya sebagai anak angkat. Adam yang tidak betah melakukan pekerjaan berat terpaksa menguruskan ladang dan menyesuaikan diri dengan anak-anak Malik iaitu Daniel (Izaac) dan adiknya Iman (Faezah).



Akhirnya Adam menghubungi teman lamanya, Mira (Fouziah Ghous) di Malaysia menceritakan mengenai kehidupan barunya di Australia. Mira berjanji akan merahsiakan pemergiannya daripada keluarga Adam di Malaysia walaupun ibu Adam, Datin Sofea (Raja Nor Baizura) telah jatuh sakit semenjak kehiiangan Adam. Mampukah Adam terus bertahan menyesuaikan diri di Negara asing? Adakah Mira berjaya membawa Adam pulang dan bersatu dengan rakan sejak kecilnya itu?


Photo:
Klik untuk gambar besar








.
.

18 February 2008

KENYATAAN IDA NERINA TENTANG ISU VIDEO PORNO


HANGAT!!


Ida menjelaskan dalam satu sidang akhbar yang dia akan membuat laporan polis terhadap pihak yang memfitnahnya dalam isu video porno. Selain itu, dia juga bakal melantik peguam untuk membersihkan namanya!





TONTON DALAM YOUTUBE: KLIK DI SINI..!!


.
Video © Copyright 2008 myartis
.
.
.

BENARKAH FILEM ANAK SERAMM!!??

Pratonton filem 'Anak' Tarikh: 18 Februari di Mutiara Damansara

“Sepanjang membabitkan diri dalam bidang lakonan inilah kali pertama saya berlakon dalam filem seram. Sebelum ini saya lebih banyak membintangi filem bertemakan drama percintaan, aksi atau komedi romantik.

















“Bukan tidak ada tawaran yang datang untuk membintangi filem seram atau misteri tetapi saya takut. Saya tidak boleh tengok filem hantu apatah lagi untuk berlakon di dalamnya. Tetapi ada yang istimewa mengenai filem anak ini menyebabkan saya menerima tawaran dari penerbitnya Michael Ang,” kata Erra Fazira sewaktu ditemui





















Jelas Erra lagi, jalan cerita Anak yang berbeza dengan cerita seram yang pernah dihasilkan sebelum ini membuatkan dia tertarik hati.



















“Walaupun ia cerita seram tetapi treatmennya berbeza. Lagipun ia sarat dengan emosi . Lebih daripada itu saya sendiri gembira apabila dapat bergandingan dengan para pelakon terbaik Malaysia seperti Ida Nerina dan Rusdi Ramli,” katanya lagi


Sinopsis:

Segalanya bermula apabila Nita lakonan Erra Fazira cuba memulakan hidup baru bersama sepupunya Kay (Ida Nerina), selepas berhadapan dengan satu kejadian buruk yang membuatkan dirinya mengalami trauma. Kerana peristiwa itu juga menyebabkan Nita berasakan tiada apa lagi untuknya meneruskan hidup dalam dunia ini.




















Sementara itu Kay merupakan seorang model berjaya malah di anggap wanita paling cantik di Malaysia. Hidupnya berada dipuncak dan dia mempunyai segala-galanya.


Di rumah baru Nita mula mengalami perkara misteri apabila sering terlihat budak dalam lingkungan usia lima tahun dengan keadaan cukup menakutkan merayau di sekitar rumah sehingga terbawa-bawa dalam tidurnya. Masalahnya hanya Nita yang mampu melihatnya dan tidak Kay. Apabila Nita memberitahu mengenai perkara itu kepada Kay, model popular itu enggan mempercayainya dengan berkata itu hanyalah mainan fikiran Nita dan beranggapan sepupunya itu sudah gila. Kay turut menasihati Nita agar bertemu dengan pakar sakit jiwa. Begitupun jauh dalam sudut hatinya Kay sebenarnya turut ketakutan, kerana trauma yang dialami oleh Nita mempunyai kaitan dengan dirinya.

Mengimbas peristiwa lampau, Nita sebenarnya mengatur satu kejadian buruk terhadap Kay apabila mengupah enam lelaki agar merogol sepupunya itu hingga mengandung.

Berlakon dengan menunjuk keprihatinannya terhadap Nita, Kay meminta sepupunya itu agar mengugurkan kandungannya agar janin dalam perut Nita. Janin itu pula mahu digunakan untuk ilmu hitam. Ia bagi membolehkan Kay sentiasa kelihatan muda dan cantik sekali gus dapat mengekalkan statusnya sebagai model paling berjaya.




















Keadaan menjadi bertambah menggerunkan apabila Kay menerima berita bahawa Mak Mek lakonan Azizah Mahzan bomoh wanita yang melakukan ilmu hitam untuknya itu sudah mati sekali gus meyebabkan dia tidak dapat membuang sihir janin digunakan untuk dirinya




















VIDEO:



.
.

Hero Remaja 08

THE 2008 HERO REMAJA FINALS

12 HEROES COMPETE FOR HERO REMAJA 2008 TITLE

AN EVENING WITH THE HEROES ON A SAFARI ADVENTURE

The search for the ultimate HERO REMAJA 2008 is drawing to a conclusion and the final battle of the heroes will be held in a Safari themed event full of amazing performances from local artistes like Aliff Aziz, Equalstar, Lah (VE) and the Gang. Other artistes and celebrities that will grace the event are Zaf (VE), Ashraf Muslim, Sherry, Wan Huzairil, Ikram Dinzly, Tuah Zulkarnain (Surai FM), Zana (Suria FM), Anahita, Sharifah Salwa, Ezreen, Rabecca, Fazurena, Irma Hasmi, Wan Hasaida, Scha (Dewi Remaja), Zarin, Ashraf Sinclair, Bunga Cinta Lestari, Ex-Hero Remaja (Zaween,Add,Yusri, EJ,Amal,Arm,Ery,Rizal,Amin,Ezra,Azhar Sulaiman,Esma Daniel,Azlan Nordin, Khusairi, Megat, Zed Zaidi, Faizal Yusof dan Shahrizan).





















The evening will also be spiced up further with fashion shows by fabulous designers like Hatta Dolmat, Wani and Faizal who had all promised to showcase a specially designed collection just for the evening and to be modeled by the HERO REMAJA 2008 Finalist.

The finalist will be judged by a panel of very well known and respected juries consisting of Kudsiah Kahar, Richie Rachman, Ahmad Idham, Aleeza Kassim, Norman Hakim and Nazleen Noor.

INFO:
HERO REMAJA is a contest open to all Malaysian males between 17 to 25 years old. It is aimed at projecting the image of an ideal Malaysian male with personality and intelligence. The search for Hero Remaja contest 2008 has started in January 2007. REMAJA have featured all the 20 participants in a series of four (4) months issues consecutively. By the end of this promotional campaign, the 12 finalists will compete with each other during Grand Final Contest for the HERO REMAJA 2008 title.
.
.

14 February 2008

Pelancaran Impak Maksima - The Series


Tarikh:
14 februari 2008
Tempat: One Utama (New Wing)
Agenda: Pelancaran Drama bersiri Impak Maksima

Drama bersiri 26 Episod garapan Ahmad Idham yang dibintangi oleh Awal Ashaari, Fasha Sanda, Jue, Nina Juren, Ezlan Yusof, Fizz Fairuz dan ramai lagi ini berkisar pada pergolakan remaja yang diselitkan dengan emosi, Persengketaan, dendam dan aksi menjadikan siri ini penuh dengan aksi mendebarkan yang menyentuh perasaan.

Ia akan mula ditayangkan setiap Isnin, jam 9:00 malam mulai 18 Februari di TV3.














































































































































































































































Impak Maksima - The Series - foto2



GAMBAR DRAMA:




KLIK UNTUK VIEW!!!!!


PARA PELAKON:





KLIK UNTUK VIEW

VIDEO:



.
.

Impak Maksima - The Series - sinopsis


IMPAK MAKSIMA


sinopsis keseluruhan


BAHAGIAN PERTAMA (episod 1 – episod 13)


Sebagai bekas pelumba kereta dan anak yatim piatu, Johari berpegang teguh kepada amanah aruah ibu bapanya untuk membesarkan adiknya Ayie, agar berjaya dalam kehidupan. Dengan mengusahakan workshop keretanya, Johari boleh dikira berjaya, sehingga mampu membiayai adiknya itu yang sedang menuntut di kolej.

Ayie yang masih berdarah muda, bagaimanapun, menyimpan minat yang mendalam dalam dunia pemotoran dan perlumbaan, sehingga menyebabkan hubungan dua beradik ini seringkali bermasalah. Mujurlah mereka dikerumuni sekumpulan rakan baik yang selalu menjadi orang tengah dalam memperbaiki hubungan mereka.

Fara dan Shikin merupakan dua adik beradik yatim piatu yang membuka warung berhampiran dengan workshop. Hubungan Johari dan Fara baik sekali, sehingga kadang-kala mereka berasa sukar untuk mendefinisikan perhubungan yang sebenar. Shikin pula bercinta dengan Amran, pekerja di workshop Johari, yang juga merupakan kawan baik Ayie. Bersama-sama dengan Loyai, mereka bertiga selalu menimbulkan huru-hara dan mengharungi suka duka kehidupan bersama.

Ayie mula menunjukkan perubahan yang ketara selepas berkenalan dengan Eva, seorang gadis baru di kolej, yang baru pulang dari Australia. Namun begitu, kehadiran Zack (musuh Ayie di kolej) dan Mimi (bekas kekasih Ayie) menimbulkan banyak masalah, sehingga akhirnya hubungan Ayie dan Eva terputus di tengah jalan.

Bosan dengan kehidupannya yang seringkali dilanda masalah, Ayie akhirnya membawa diri ke kampung selepas berkenalan dengan Hanim. Hubungan Hanim dan Ayie semakin rapat apabila Ayie membantu gadis itu menangani masalah pembuli budak kampung. Di saat hubungan mereka semakin baik, Eva pula terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan Ayie berada di dalam dilema semula untuk memilih dua gadis yang dicintainya.

Johari turut menghadapi masalah yang sama, selepas berkenalan dengan Anita, yang merupakan kakak Eva. Hubungan mereka bertambah baik, tetapi jauh di sudut hati, Johari seolah masih menaruh harapan terhadap Fara. Bagaimanapun, kehadiran Rizwan, bekas kekasih Fara, menyebabkan Johari akhirnya melepaskan niatnya, kerana dia mahu Fara mendapat kehidupan yang lebih baik dengan lelaki itu.

Tidak cukup dengan masalah emosi yang dihadapi, hidup Ayie dan Johari juga bakal tergugat dengan kemunculan Zul, bekas pemandu yang baru keluar dari penjara. Terulit semula sejarah hitam di antara keluarga Zul dan Johari, sehingga menyebabkan lelaki itu sanggup menggadaikan segalanya untuk menghancurkan keluarga Johari, demi mahu menuntut bela terhadap keluarga. Bukan sekadar itu, Zul turut cuba menganiaya orang-orang di sekitar Johari termasuk Amran, dengan melibatkannya dalam sindiket mencuri motosikal.

Segala permasalahan emosi dan rencah aksi ini akhirnya terungkai apabila perangkap Zul akhirnya memakan diri sendiri. Dengan segala pancaroba yang melanda, Johari semakin matang menghadapi dugaan. Dia melawan ego dan akhirnya memutuskan untuk mengikut gerak hatinya dan berhadapan dengan Fara untuk menyatakan isi hati. Pun begitu, masa yang ada mungkin tidak mengizinkan Johari berbuat demikian, memandangkan Fara bakal dinikahkan pada bila-bila masa sahaja.

Begitu juga dengan dilema Ayie yang harus memilih di antara Eva dan Hanim. Walau siapapun pilihannya, Ayie yakin, pasti ada yang akan terluka.


BAHAGIAN kedua (episod 14 – episod 26)


Fara meneruskan perkahwinannya dengan Rizwan. Melihat pengorbanan yang telah Anita lakukan, Johari akhirnya melamar wanita itu menjadi isterinya. Ayie dan Eva pula kekal menjadi kawan biasa. Sementara Hanim berundur dalam hubungan itu, dan pulang meneruskan kehidupan di kampung.

Mereka semua meneruskan kehidupan seperti biasa, sehinggalah muncul seorang lelaki tua bergelar Atai (Moin) di workshop. Atai merupakan bekas ketua Johari di zaman remajanya dan baru sahaja dibebaskan dari penjara. Kerana rasa terhutang budi, Johari mengajak Atai hidup bersamanya dan menjadi mekanik di workshopnya.

Kehadiran Atai menimbulkan banyak masalah. Loyai menyangsi niat orang tua itu apabila melihat hubungannya yang sebegitu rapat dengan Shikin. Ironiknya, Atai juga yang akhirnya menjadi orang tengah dalam merapatkan hubungan Loyai dan Shikin, sehingga mereka berjaya menjadi pasangan kekasih.

Kemunculan Atai juga menyebabkan Johari terpaksa berhadapan dengan kumpulan samseng yang mahu Atai mati, kerana khuatir lelaki itu cuba merampas kedudukannya dalam hiraki kumpulan gangster. Tidak cukup dengan masalah itu, Johari menghadapi masalah rumah tangga apabila isterinya, Anita masih menyangsi perasaannya yang sebenar terhadap Fara. Hubungan Fara dan Rizwan juga seringkali tercabar, sehingga akhirnya, Rizwan dan Anita bertemu untuk berbincang tentang masalah sebenar yang dihadapi. Malangnya, pertemuan Rizwan dan Anita itu bakal membawa kepada masalah baru yang lebih besar dan rumit.

Kemuncak permasalahan ini berlaku apabila Anita meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya. Johari yang mengesyaki penglibatan samseng, mula menukar fikiran, apabila bedah siasat mendapati aruah isterinya telah mengandung semasa kemalangan itu. Johari pasti kandungan itu bukan miliknya, dan lelaki yang bertanggungjawab itu, ada kaitan dengan kematian Anita. Hubungan baik di antara Johari dan Fara bakal berubah, apabila mereka dapati Rizwan mungkin menjadi orang yang bertanggungjawab menghamilkan Anita.

Bermula dengan pembabitannya menjadi stuntman untuk filem, Ayie akhirnya ditawarkan untuk menjadi artis realiti dalam program berkisar tentang kehidupan keluarga mereka di workshop. Hubungan Ayie dengan Eva bagaikan teranyam semula, tetapi kepulangan Tommy, bekas tunang Eva dari Australia, mencungkil masalah baru.

Pelbagai masalah diharungi mereka, sehingga akhirnya Tommy dipenjarakan kerana menyebabkan kematian dalam suatu kemalangan. Abang Tommy Shaun, yang merupakan seorang peguam yang licik, mula menyimpan dendam untuk menghancurkan mereka sekeluarga.

Tidak cukup dengan rancangan Shaun, Johari, Ayie dan rakan-rakan mereka, bakal berhadapan pula dengan Ray, bekas ketua samseng kejam, yang turut mempunyai sejarah hitam dengan Johari.

Apabila Shaun dan Ray akhirnya bersatu, ‘all hell break loose’. Johari dan Ayie bakal menghadapi suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan mereka buat selama-lamanya.


sinopsis episodik

Episod 1


Johari mendapat mimpi buruk yang berulang lagi menyebabkan dia menghadapi masalah menguruskan workshopnya. Tanpa pengetahuan sesiapa, mimpu buruk Johari itu ada kena-mengena dengan sejarah hitam yang dirahsiakannya selama ini.

Ayie mula berkenalan dengan seorang gadis baru di kolej yang bernama Eva. Masalah berlaku, apabila Zack cuba merebut Eva dengan memburuk-burukkan Ayie. Menambahkan lagi masalah, Zack kini sedang bercinta dengan bekas kekasih Ayie, iaitu, Mimi.


Episod 2


Eva terlibat dalam kemalangan jalanraya akibat kecuaian Ayie. Ini menyebabkan Johari semakin marah dengan sikap Ayie yang suka berlumba, sehingga hubungan mereka semakin bermasalah.

Kemalangan itu juga memperkenalkan Johari kepada Anita, kakak Eva. Perkenalan itu pula membuatkan Fara berasa cemburu dengan hubungan mereka. Johari berasa seronok sekali dengan perkembangan itu, sehinggalah muncul lelaki baru di dalam hidup Fara.


EPISOD 3

Fara berasa terkejut dengan sikap aneh adiknya, Shikin, yang semakin perahsia. Siasatan lanjut lebih mengejutkan apabila dia dapati Shikin berhubung semula dengan bekas tunang (Fara), iaitu Rizwan.

Hubungan Eva dan Ayie semakin rapat menyebabkan Zack semakin cemburu. Perbalahan berlaku apabila Zack menghantar samseng untuk menyerang Ayie. Penglibatan samseng itu, menyebabkan Ayie bakal menghadapi masalah yang lebih besar dengan abangnya, Johari.


EPISOD 4

Hubungan Eva dan Ayie mula tergugat apabila Mimi memutuskan hubungan dengan Zack, dan mengakui bahawa dia masih menyimpan perasaan terhadap Ayie. Memburukkan lagi keadaan, Eva seolah rela mengundurkan diri selepas melihat kemesraan mereka berdua.

Anita berhadapan dengan Fara untuk mengetahui masalah sebenar yang dihadapi Johari, menyebabkan kedua-dua wanita itu cemburu. Sementara Amran pula mula berkenalan dengan geng mat rempit yang mempunyai niat tersembunyi di sebaliknya.


EPISOD 5


Selepas satu perbalahan, Amran bertindak mencuri motosikal milik orang kampung. Malangnya, perbuatan Amran itu dikesan, sehingga akhirnya Ayie dan Loyai terpaksa membantu. Apabila Johari mendapat tahu hal itu, keakraban yang lama dibina itu bagaikan mula menampakkan keretakan.

Hubungan Ayie dan Eva berakhir, dan untuk mematahkan hati Ayie, Eva akhirnya mengajak Zack untuk berpura-pura menjadi kekasihnya. Perbuatan Eva itu tidak membantu, sebaliknya, menyebabkan Ayie bertambah tertekan dan kembali ke aktiviti perlumbaan haram.


EPISOD 6

Amran terus terperangkap dengan helah kawannya yang mahu menggunakan kepakarannya untuk terlibat dalam sindiket mencuri motosikal. Shikin mula menyangsi perubahan Amran itu, sehinggalah dia ternampak Amran bersama wanita lain.

Johari mula menyangsi perbuatan Amran apabila mendapati sparepart di kedainya hilang sebegitu sahaja. Tidak cukup dengan masalah itu, musuh lama Johari, Zul, muncul semula, dan berjanji akan melingkupkan hidup Johari.


EPISOD 7

Semasa mencuri motosikal, Amran dan kawannya telah menyebabkan kecederaan seseorang. Amran merasakan dia tidak mempunyai jalan keluar dan akhirnya berputus asa terhadap kehidupannya. Selepas bergaduh dengan Johari, Amran terus meletak jawatan dan terus berdamping dengan samseng yang terlihbat dalam sindiket mencuri motosikal.

Zul memaksa Johari untuk berlumba kereta sebagai syarat untuk melupakan semua sengketa lama mereka. Tidak mempunyai pilihan, Johari bersetuju dengan syarat itu, sehingga mengejutkan semua pihak, terutamanya Ayie dan Anita.


EPISOD 8

Ayie bergaduh dengan Johari selepas Amran meletak jawatan dari situ, dan terus berpindah untuk menetap bersama. Ayie berkenalan dengan Hanim, dan membawanya pulang ke kampung. Kerana semua masalah yang dihadapinya, Ayie bersetuju menetap di kampung bersama-sama Hanim dan neneknya, untuk melarikan diri dari kesibukan kota.

Ketiadaan Ayie, menyebabkan Loyai semakin bosan dengan hidupnya. Hubungannya dengan Eva semakin rapat, sehingga menimbulkan bibit perasaan.


EPISOD 9


Ayie terus menetap di kampung untuk membantu Hanim dan neneknya, daripada menjadi mangsa sakat dan buli, budak kampung yang diketuai oleh Abu. Hubungannya dengan Hanim juga semakin baik, sehinggalah ayie mendapat panggilan mengejut daripada Loyai.

Eva telah terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan dirinya terlantar koma. Hubungan Loyai dan Eva yang semakin rapat, menyebabkan Loyai sanggup melakukan apa saja, termasuk, merayu Ayie pulang untuk membantu.


EPISOD 10

Ayie pulang untuk melawat Eva. Hubungan Ayie dengan abangnya, Johari juga semakin baik, selepas Johari mendedahkan sejarah hitam di antara dirinya dan Ray, yang dirahsiakannya selama ini.

Zul bmemerangkap Amran ke kancah jenayah, dengan harapan untuk menaik perhatian Ayie dan Johari. Apabila Ayie mengetahui Amran terlibat dalam pergaduhan besar, dia terus cuba membantu, tanpa mengetahui jerat yang telah dipasang oleh Zul.


EPISOD 11

Johari terkejut selepas mengetahui sejarah sebenar perhubungan Fara dan Rizwan. Dia seolah menyesal merelakan Fara berkahwin dengan Rizwan. Namun, pasangan itu sudahpun membuat segala persediaan untuk berkahwin. Dan Johari enggan menjadi orang yang terlibat untuk meruntuhkan masjid.

Ayie terus berada di dalam dilema apabila Eva yang tersedar dari koma menyangka mereka masih bersama. Sedangkan di kampung, Hanim mula merindui Ayie, dan bercadang bertemunya di Kuala Lumpur.


Episod 12

Zul meneruskan rancangannya untuk membalas dendam dengan menangkap Amran dan membakar workshop kepunyaan Johari. Shikin yang nampak akan perbuatan itu cuba membantu, tetapi, perbuatannya itu mungkin akan membawa padah kepada dirinya sendiri.

Eva mula menyedari bahawa dia dan Ayie bukan pasangan seperti dahulu kala. Dia cuba menerima Loyai semula, dan Loyai mengambil peluang itu untuk melamarnya.


EPISOD 13

Eva menolak lamaran Loyai, kerana hati kecilnya percaya, dia masih menyimpan perasaan terhadap Ayie walaupun mereka sudah berpisah. Ayie berada di dalam dilema, apabila dia harus memilih di antara Hanim dan Eva.

Johari akhirnya berjaya memerangkap Zul sehingga lelaki itu ditangkap polis. Selepas memikirkan segala cabaran yang dilaluinya, Johari akhirnya memberanikan diri untuk bertemu Fara dan menyatakan isi hatinya di hari perkahwinannya itu.

EPISOD 14

Johari bergegas ke majlis perkahwinan Fara dan Rizwan, dan mendapati mereka sudah selamat diijabkabulkan. Anita akhirnya berhadapan dengan Johari dan menyatakan kekesalan terhadap hubungan mereka. Dalam keadan itu, Johari terus melamar Anita. Anita menerima Johari seadanya.

Ayie akhirnya memutuskan untuk memilih Hanim, tetapi Hanim terlebih dahulu menolak cintanya, untuk menjaga Abu yang telah lumpuh akibat kemalangan. Ayie ingin kembali kepada Eva, tetapi gadis itu enggan menjadi pengganti kedua di hati Ayie.


EPISOD 15

Hubungan misterius di antara Johari dan Atai akhirnya terjawab, apabila Johari mengakui bahawa Atai merupakan bekas ketuanya di zaman remajanya yang bergelora. Kedatangan Atai bagaimanapun menimbulkan banyak masalah. Loyai meragui niat sebenar Atai selepas melihat hubungan rapatnya dengan Shikin.

Anita tidak gembira dengan perkahwinannya dengan Johari, dan berpendapat Johari masih menyimpan perasaan terhadap Fara. Rizwan juga kurang senang dengan niat Fara untuk membuka warung dan bertemu Johari. Akhirnya, Anita dan Rizwan bertemu untuk berbincang tentang masalah keluarga mereka.


EPISOD 16

Salah faham di antara Rizwan dan Shikin, akhirnya membawa Shikin keluar dari rumah Fara. Eva menjadi orang tengah, dan menyuruh Shikin menetap bersama-samanya. Semakin hari, hubungan mereka semakin baik, sehingga Shikin mengetahui banyak rahsia tentang Eva.

Kerana Atai, Johari terpaksa berhadapan dengan samseng Jon, yang takut Atai akan merampas kepentingannya semula. Ayie pula mendapat tawaran untuk membintangi rancangan realiti TV, yang berkisah tentang kehidupan mereka sekeluarga di workshop.


EPISOD 17

Anita maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya. Johari mengesyaki pembabitan samseng Jon, tetapi apabila Anita didapati mengandung, dan Johari yakin bahawa kandungan itu bukan anaknya, dia merasakan ada unsur lain yang mungkin terlibat dalam kematian isterinya itu.

Hubungan Ayie dan Eva pula terus renggang dengan kemunculan semula Tommy, bekas kekasih Eva yang pulang dari Australia untuk menyambung cinta mereka. Mimi akhirnya memutuskan untuk bekerjasama dengan Tommy untuk mendapatkan semula Ayie.


EPISOD 18

Fara mengesyaki pembabitan Rizwan dalam kes kematian Anita. Dia ingin memberitahu Johari hal sebenar, tetapi berada di dalam dilema apabila Rizwan merayunya agar merahsiakan hal itu. Rizwan mendapatkan bantuan kawan rapatnya dan peguam licik Shaun, untuk menyelesaikan itu. Merumitkan lagi keadaan, Shaun merupakan abang kepada Tommy, bekas tunang Eva.

Eva yang terselamat dalam kemalangan bersama Tommy, menghadapi dilema yang lebih besar, apabila Tommy mungkin didakwa di mahkamah kerana menyebabkan kematian orang awam.


EPISOD 19

Shikin mendapat kejutan besar, apabila rakaman rancangan realiti membongkarkan rahsia perasaan sebenar Loyai terhadapnya. Shaun pula marah dengan apa yang terjadi pada adiknya, Tommy, dan menyalahkan Eva dan Ayie atas apa yang berlaku.

Johari semakin rimas dengan kedatangan Fifi, seorang wartawan yang cuba mencungkil kes di sebalik kematian Anita. Dalam masa yang sama, Fifi pula sedang terlibat dalam perhubungan dengan Shaun, menyebabkan lelaki itu rimas dengan hubungan rapat mereka. Semua perkembangan ini, membuatkan Shaun merancang untuk menjahanamkan mereka sekeluarga.


EPISOD 20

Ayie mula menyangsi niat lelaki bernama Jimi, yang baru muncul dalam hidup Mimi. Selepas Zack mati dalam keadaan misterius, Ayie semakin pasti, Jimi turut berniat jahat terhadap Mimi.

Shikin mendapat tahu tentang pembabitan Rizwan dalam kematian Anita. Dia marahkan Fara, yang turut merahsiakan hal itu daripada Johari. Malangnya, Johari sudah terlebih dahulu tahu tentang keadaan sebenar.

EPISOD 21

Ayie berkenalan dengan Ifa, selepas menyelamatkan gadis itu daripada menjadi mangsa ragut. Ifa yang sememangnya menjadi peminat setia rancangan realiti itu, semakin menyimpan perasaan terhadap idolanya, Ayie.

Berkat bantuan Eva, hubungan Shikin dan Loyai semakin baik. Dengan bantuan Shaun, akhirnya, Johari berdamai dengan Rizwan dan Fara tentang kes kematian Anita. Tanpa pengetahuan sesiapa, Johari bakal terperangkap dalam rancangan Shaun yang lebih besar.

EPISOD 22

Loyai dan Ayie mula meragui niat Shaun, apabila dia terlibat bersama dalam kemalangan yang melibatkan Jimi dan Mimi. Eva yang turut terlibat secara tidak langsung, menghadapi trauma berat. Ayie cuba menjaga Eva, tetapi malangnya, mereka ditangkap khalwat apabila berada dalam rumah yang sama.

Berita penangkapan Ayie dan Eva itu sampai pada Tommy di penjara, menyebabkan lelaki itu bergaduh dengan banduan yang lain, dan tercedera. Keadaan ini menyemarakkan lagi niat Shaun untuk menghancurkan Ayie dan orang di sekelilingnya.


EPISOD 23

Shaun khuatir akan implikasinya, apabila mengetahui keadaan Mimi semakin stabil. Untuk menutup rahsia, rancangan dan hubungan sebenarnya dengan Jimi, Shaun telah mendapatkan bantuan samseng Ah Fai untuk membunuh Mimi. Ah Fai pula membawa bersama, Ray, samseng besar yang mempunyai agenda sendiri terhadap Johari.

Kelakuan aneh Atai akhirnya terbongkar, apabila dia mendedahkan komplot besar Ray terhadap Johari, yang diperolehinya menerusi ‘contact’ kongsi gelap. Johari memberi amaran kepada Atai dan Ayie agar agar jangan masuk campur urusan itu. Namun, Ray sudahpun bersedia untuk memerangkap Ayie.

EPISOD 24

Ayie dikejutkan dengan panggilan Ray yang mendakwa telah menculik Eva. Kejutan paling besar berlaku apabila Shikin sebenarnya yang telah diculik. Ray menukar rancangan, dan akhirnya berjaya memerangkap Ayie dan Loyai untuk menyelamatkan Shikin. Ayie dan Loyai mengalami kemalangan sehingga menyebabkan ‘kematian’ Loyai.

Ray terus melibatkan Shaun dalam rancangan besarnya. Kerumitan mula berlaku, apabila Fifi meragui perubahan Shaun yang ketara, dan mula membuat siasatan sendiri.


EPISOD 25

Shikin dilepaskan Ah Fai dan Ray tetapi berada dalam keadaan yang amat traumatik. Johari semakin tertekan dengan perkembangan itu, dan sengaja mencabar Ah Fai dan Ray untuk keluar bersemuka dengannya.

Fifi dan Rizwan bertemu untuk berkongsi pendapat tentang perubahan Shaun. Rizwan menjejaki Shaun sehingga akhirnya mendedahkan perbuatan sebenar lelaki itu. Rizwan menyuruh Shaun menyerah diri. Shaun bukan sahaja enggan, tetapi mencederakan Rizwan dalam keadaan penuh tertekan itu.


EPISOD 26

Selepas Rizwan tercedera, Shaun terus mendapatkan bantuan Ray untuk menyelesaikan segalanya. Malangnya, Fifi telah terlebih dahulu menjejaki mereka dan menghubungi Johari. Rizwan diselamatkan. Shaun mati. Tetapi, Ray sempat melarikan diri.

Ray menculik Eva, dan memerangkap Ayie untuk menyelamatkannya. Di saat genting itu, Ray cuba membakar Eva hidup-hidup, tetapi Atai berjaya mematahkan cubaan Ray, sehingga rancangan lelaki itu memakan diri sendiri.

Senario The Movie - episod 1


GAMBAR-GAMBAR DARI FILEM