28 June 2008

DIANA DANIELLE KE...? WOW!!

Benarkah yang pakai bikini tu Diana Danielle? Bukan apa, memang seakan-akan sama dengan Diana Danielle tapi wajahnya kelihatan lebih muda. Mungkin gambar ni dirakam ketika dia berusia lebih muda daripada usia sekarang... Cayalah Diana!!


Gambar kiriman email.. Klik untuk gambar besar!


    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2008

26 June 2008

AKSI RITA RUDAINI

Amboi bukan main melaram akak kita ni di tepi pantai...! Tapi ramai juga yang tanya, Rita bercuti dengan siapa tu? Atau mungkin seorang diri aja khot lepas habis penggambaran drama...


Klik untuk gambar besar..!











    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2008

24 June 2008

ELLA & FAMILY

Klik untuk gambar besar..!









    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2008

19 June 2008

AKSI AIN (KEMBAR EKIN) NGAN BALAK??

Myartis mendapat gambar-gambar ini melalui email yang dihantar oleh seorang pelawat setia. Menurutnya, gambar tersebut dirakamkan oleh seseorang ketika Ain (kembar Ekin Mawi) baru mendarat dari luar negara dengan seorang lelaki di KLIA.

"Keadaan mereka begitu mesra dan berkepit sakan. Lelaki tu nampak muda dalam usia kira-kira 30han dan mereka memang sama padan," ujar pengirim email memberi sedikit maklumat.

Bagaimanapun, dakwanya gambar yang dirakam itu hanya dari belah sisi dan belakang disebabkan kesukaran untuk merakam dari belah hadapan. Persoalannya... benarkah wanita itu Ain? Jika benar, apakah hubungannya dengan lelaki itu?

Bukan apa, sebelum ini myartis pernah menemuramah Ain dan dia mengatakan kalau boleh dia mahu berkahwin sekali dengan Ekin kiranya ada jodoh. Namun ketika temuramah itu, Ain menafikan yang dia sudah mempunyai calon atau kekasih hati. Allahualam!!


Klik untuk gambar besar!













    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2008

18 June 2008

Aksi panas Amber Chia??

Selepas kontroversi memperagakan tubuh dalam majalah Playboy dua tahun lalu, peragawati terkemuka tanah air, Amber Chia, 26, dikatakan sekali lagi muncul melalui aksi panas terkini dalam sebuah majalah hiburan di Taiwan. Betul ke? Allahualam sebab gambar-gambar tersebut belum lagi tersebar di internet...

Malah ada segelintir pihak yang mendakwa Harian Metro memang suka memperbesarkan cerita terutama laporan yang dibuat oleh wartawan Jamilul Ambia. Dakwa mereka lagi, Harian Metro juga seperti sudah hilang etika kewartawannya apabila acap kali mengetengahkan cerita berunsur seks untuk menarik pembaca.

"Metro ni memang apa-apa tah. Tengoklah muka depan hari ini cerita pasal pengkid, semalam pasal cikgu gay! Kan elok kalau cerita tak bermoral tu diletak kat muka tengah...," ujar seorang forumer penuh emosi.

Teguran tersebut sebenarnya memang ada kebenarannya terutama bagi Harian Metro yang sering berbangga kononnya lebih bermoral daripada blogger dan laman web yang mewakili 'media baru'. Kini, siapakah yang lebih tidak bermoral... 'media baru' atau Harian Metro?

Sedikit tentang Amber:
tarikh lahir: 14 Disember 1981
Tempat lahir: Ipoh, Malaysia
Keturunan: Cina
Warganegara: Malaysia
Tinggi: 5 ft 8 in (175 cm)
Berat: 110 lbs (50 kg)
Measurements: 32 - 25 - 35


Gambar lama Amber:









    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2008

Pencarian Cover Girl NUR / DARA.COM

Pencarian Cover Girl NUR / DARA.COM musim 2007/2008 memasuki kali keempat, buat pertama kalinya ditaja oleh Safi Rania dan Safi Balqis. Antara penaja Pencarian Cover Girl NUR / DARA.COM yang lepas adalah Sunsilk dan juga Mustika Ratu.

Pencarian ini bertujuan mengetengahkan kalangan Muslimah bekerjaya dan remaja Muslimah yang mempunyai personaliti menarik, misi dan visi, selain mempraktikkan gaya hidup murni selaras dengan tuntutan agama Islam (yang dijelaskan melalui cara gaya berpakaian yang sopan dan menutup aurat, atau dengan kata lain; bertudung).

Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu pertama; Pencarian Cover Girl Nur – Safi Rania dan kategori kedua; Pencarian Cover Girl Dara.com – Safi Balqis. Seramai 24 orang peserta peringkat akhir (finalis) akan mengambil bahagian, 12 adalah kategori NUR dan 12 lagi kategori DARA.COM.

Acara gilang gemilang tersebut akan diadakan pada 21 Jun (Sabtu) ini di Hotel Crown Princess, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada pukul 1 Petang. Antara artis yang bakal hadir pada petang tersebut adalah Dafi, Fazli Zainal dan duta Safi iaitu Dynaz dan juga Amy Mastura. - Artikel disediakan oleh: Nik Nabil Amin Lutpi (karangkraf)




(\__/)
(='.'=)
(")_(")
myartis 2008

17 June 2008

ELLY MASIH BERHARAP..!!

Kematian Bella bukan bermakna Elly Mazlein bakal disingkirkan daripada drama bersiri itu sekiranya Grand Brilliance berhajat menyambung kembali Bella. Ini kerana, dalam diam... Elly masih berharap agar wataknya itu dihidupkan kembali memandangkan sambutan hangat penonton terhadap drama tersebut...

Eksklusif untuk anda... Jom tonton luahan hati Elly itu.!!





TONTON DALAM YOUTUBE: KLIK DI SINI..!!


    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    Video copyright myartis 2008

16 June 2008

AZHAR NAK JADI BAPA AYAM

Kejayaan Azhar Sulaiman menjiwai watak jahat dalam drama bersiri Bella tidak sedikitpun menjejaskan nama baiknya dalam dunia lakonan. Ini kerana, meskipun dia dibenci oleh sebilangan besar penonton Bella, namun bila di luar drama, ramai yang menegur dan memuji keberkesanan lakonannya itu.

"Sebenarnya saya berlakon watak jahat ini atas permintaan khas pihak Grand Brilliance. Ikhlasnya, memang seronok dan mencabar! Kalau boleh saya nak menjiwai semua watak terutamanya watak 'bapa ayam'," ujar Azhar yang tidak berhasrat menjadikan watak jahat sebagai trademark dalam kariernya.

Tonton dan selami sendiri apa maksud yang tersirat di sebalik hasrat Azhar itu... hanya di myartis.com


VIDEO KLIP:




TONTON DALAM YOUTUBE: KLIK DI SINI..!!


    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    Video copyright myartis 2008

13 June 2008

BELLA RAIH 2.6 JUTA PENONTON

Konflik kehidupan dalam drama bersiri Bella yang baru-baru ini mengakhiri sirinya di TV3 dengan kematian Bella, menarik 2.6 juta penonton. Manakala bagi penonton secara online pula, sejumlah 4 juta penonton dicatat menjadikan drama bersiri arahan Adam Hamid itu (episod akhir) sebagai siri paling popular di Slot Akasia.

Sehubungan itu, pihak TV3 dengan kerjasama Grand Brilliance telah menganjurkan satu majlis kesyukuran bagi mengucap syukur di atas kejayaan tersebut. Majlis yang dihadiri sebahagian besar pelakon Bella itu telah diadakan di Restoran Puteri, Sungai Penchala.

Menurut Penerbit Eksekutifnya, Jalena Rejab, cabaran terbesar dihadapi oleh mereka ialah kesuntukan masa untuk menyiapkan 60 episod dalam masa empat bulan. Namun berkat disiplin yang tinggi daripada krew penerbitan, drama tersebut berjaya dihasilkan mengikut jadual disamping mempertahankan kualiti cerita untuk kepuasan penonton.




LAGI GAMBAR2 MAJLIS KESYUKURAN: KLIK DI SINI..!!



VIDEO KLIP MAJLIS:



    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    Video & photos copyright myartis 2008

EKSKLUSIF: NASH 'TERJAH' CETAK ROMPAK

Sambutan hangat pada album TERJAH!!....UNTUK SUATU……KEPUASAN, mendorong taukeh cetak rompak untuk 'merompak' hasil karya tersebut. Ini diakui sendiri oleh Nash Ahmad yang menyatakan penjualan album cetak rompak Terjah makin giat di pasar-pasar malam seluruh negara.

"Saya sendiri ada melihat dan meninjau penjualannya di sebuah pasar malam di Johor baru-baru ini. Disebabkan tak mahu penjual tersebut panik, saya kemudian telah menyuruh seorang rakan membeli album itu untuk meneliti pembuatannya.

"Dia orang ni memang licik, pantang mengetahui sesebuah album itu mendapat sambutan... maka merekapun cepat-cepat mencetaknya secara haram.

"Memanglah kalau sesebuah album itu dicetak rompak, itu bermakna sambutannya hangat dan memberansangkan dikalangan peminat seni suara. Namun yang tak sedapnya periuk nasi kami sebagai penggiat seni bakal terjejas gara-gara sikap tidak bertanggungjawab itu," ujar Nash.

Bagaimanapun mengenai aktiviti kongsi download secara online, Nash hanya menggeleng kepala tanda 'buntu'. Katanya aktiviti tersebut sukar disekat dan ia terpulang pada keikhlasan seseorang individu itu mewarnakan kehidupannya.

Menjawab soalan lain pula, Nash berkata jualan album Terjah kemungkinan boleh menjangkau 30,000 unit dan ia adalah sesuatu di luar jangkaan. Bagaimanapun, dia belum bercadang untuk menerbitkan Terjah2 kerana mahu melihat setakat mana sambutan Terjah yang pertama ini dahulu.

"Kalau lebih bagus daripada 30,000... mungkin kami akan buat sambungannya!" ujarnya tersenyum.

Jika anda ingin mengenali atau melihat gambar-gambar menarik Nash, sila layari Blog Nash di: http://monajo.multiply.com/




    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    Photo & artikel copyright myartis 2008

11 June 2008

KOMEN ROMINAH SIDEK - ISU KALUNG SALIB

Beberapa bulan lalu, heboh seanterio alam apabila ada pihak mengetengahkan isu kalung yang didakwa seolah salib dipakai oleh Adlin Aman ramli. Bagaimanapun, Adlin sendiri kemudiannya telah menjelaskan perkara sebenar bagi menjernihkan kekeruhan tersebut.

Namun, ibu mana yang tidak tersentuh apabila anak kesayangan dilemparkan tuduhan melulu seperti itu. Ayuh kita tonton apa komen Rominah Sidek mengenai perkara tersebut... mungkinkah dia marah? Atau sedia memaafkan penyebar fitnah? Hanya di myartis.com





TONTON DALAM YOUTUBE: KLIK DI SINI..!!

    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    Video copyright myartis 2008

10 June 2008

JANGAN JATUHKAN MARUAH SAYA - EJA










EKSKLUSIF..!!!

Meskipun peribadinya lembut... namun Eja tetap bertegas dan kemungkinan mengambil tindakan mahkamah pada mana-mana pihak yang suka menjaja cerita kononnya dia sudah bersuami, isu kereta dan rumah sewa sekiranya ia berterusan mahu menjatuhkan maruahnya. Dakwa Eja, kisah bersuami itu sebenarnya cerita basi yang sebelum ini pernah berlegar dalam dunia seni... malah peminat katanya sudah pandai menilai mana yang benar dan mana yang sekadar gosip semata-mata!

Tonton dan ikuti sendiri penjelasan Eja tentang isu 'suami' yang digembar-gemburkan semula itu..!! Hanya di myartis.com





TONTON DALAM YOUTUBE: KLIK DI SINI...


    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    Video copyright myartis 2008

SEPI - FILEM TARAF ANTARABANGSA

PETALING JAYA: 10 Jun 2008
Selepas memikat penonton dengan “Cinta”, karya layar perak pertamanya, Kabir Bhatia kembali untuk menawan sinema tempatan, menerusi “Sepi”.

Diterbitkan oleh Alternate Studio, sebuah divisyen produksi Grand Brilliance Sdn Bhd (GB), Sepi menyaksikan kolaborasi Ara dan Mira Mustafa dalam penghasilan skripnya selepas kali pertama bergandingan bahu di dalam Cinta yang dinobat Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-20 tahun lalu.

Sepi masih berpaksikan pada tema cinta, tetapi kali ini ia membicarakan mengenai kesepian dalam cinta menerusi perjalanan tiga cerita, berlatar visual hebat dan mainan warna yang menterjemah suasana dan emosi yang dilalui setiap daripada karektornya.

Lebih 200 jemputan, termasuk wakil media dan bloggers, menghadiri majlis pra tonton filem Sepi yang diadakan di Kuala Lumpur, hari ini.

Garapan terbaru Kabir ini nyata memikat audiens yang mengharapkan kelainan dalam penghasilan karya mainstream tempatan, sebagaimana pernah diberikannya menerusi Cinta, sebelum ini.

Namun, menurut Kabir, tidak seperti Cinta di mana karektor daripada lima ceritanya tidak berkait secara langsung, kisah di dalam Sepi berpaut antara satu sama lain untuk menjadikannya sebagai satu penceritaan yang sempurna. Bagaimana, katanya, satu insiden memberi kesan kepada kehidupan setiap karektornya.

Kabir berpendapat Sepi sudah mencapai kejayaan awal kerana berjaya memikat pelakon berbakat dan terkenal tanahair seperti Afdlin Shauki, Nasha Aziz, Vanida Imran, Eja, Pierre Andre dan Tony Yusof, Ia juga menampilkan muka baru, Baizura Kahar dan Syed Hussain, bekas anggota kumpulan Ruffedge.

Menurut beliau, visual adalah satu lagi aspek yang diberi perhatian dalam setiap karyanya. “Saya suka bercerita menerusi visual. Saya percaya, apabila seorang penonton pergi ke panggung dan membayar RM10, dia berhak mendapat perjalanan yang penuh rasa dan emosi. Ia haruslah sesuatu yang tidak akan anda perolehi di depan TV.”

Pengurus Besar GB, Ahmad Puad Onah, pula berharap kisah cinta di dalam Sepi akan memberi satu pengalaman menonton yang berbeda kepada audiens tempatan. “Selepas mencipta kejayaan dengan Cinta, dengan penceritaannya yang unik, audiens pasti mengharapkan sesuatu yang lebih baik, setidak-tidaknya pada satu tahap berbeza.

“Cinta adalah subjek yang universal, yang dikongsi oleh setiap manusia sekaligus menjadikannya cukup relevan, sebagaimana Sepi yang berbicara mengenai harapan, pengorbanan dan pemulihan. Inilah erti sebuah cinta yang cuba disampaikan Sepi,” katanya.

Sepi menceritakan mengenai Adam, seorang chef berjaya yang menyaksikan seorang demi seorang temannya menemui kebahagiaan, tetapi tidak dia sehinggalah kehadiran Ilyana. Namun, ia tidak semudah disangka.

Sufi pula menyalahkan dirinya ekoran tragedi yang mengorbankan nyawa orang tersayang, lalu dia yang tertekan berusaha melarikan diri daripada hidupnya sehinggalah satu hari, dia bertemu Marya yang bagaimanapun, juga ada perkara perlu diselesaikan.

Sedang Imaan, gadis misteri yang diminati Ian, pelajar paling popular di kolejnya, berada di persimpangan antara kasihnya terhadap teman lelaki, Khalil dan Ian sehinggalah berlaku sesuatu tidak diduga yang meruntaikan segalanya dalam Sepi.

Sepi dijadual untuk tayangan di seluruh negara bermula 26 Jun ini. -
Artikel disedikan oleh GB



GAMBAR PRATONTON
















GAMBAR FILEM & BELAKANG TABIR: KLIK DI SINI..!!




VIDEO KLIP PRATONTON





TONTON DALAM YOU TUBE: KLIK DI SINI..!!



VIDEO: LAGU DARI FILEM - THE LIMA




TONTON DALAM YOU TUBE: KLIK DI SINI..!!


    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    Video & photo copyright myartis 2008

PROGRAM ISTANA BUDAYA JUN - DISEMBER

Jumlah penonton yang bertambah mendorong Istana Budaya menambah lebih banyak program-program bermutu yang bakal disajikan untuk penonton pada bulan Jun hingga Disember ini.

Antara persembahan tersebut ialah:
Konsert Maharaja (21-22 Jun)
Konsert Senandung Semalam Bersama Alleycats (27-29 Jun)
Festival Muzik Kuala Lumpur 2008 (2-6 Julai)
Konsert Musical Journey Bersama OSK (11-12 Julai)
A Grand Night For Singing (16-20 Julai)
Teater Muzikal Patriot )29 Julai-3 Ogos)
Teater Muzikal Ibu Zain (12-18 Ogos)
Teater Sanbanthan musim ke-2 (20-24 Ogos)
Festival Kesenian Kanak-kanak Malaysia (22-24 Ogos)
Konsert Oekestra Simfoni Remaja (OSR) (29-30 Ogos)
Konsert Abegg Trio (11 Oktober)
Titian Budaya (19-20 Oktober)
Konsert Alam Muzik M.Nasir (24-26 Oktober)
Drama Tari Anak Malaysia (31 Okt-2 Nov)
Impak Maksima The Musical (11-22 November)
Teater Muzikal Kanak-kanak Sinbad (29 Nov-6 Dis)
Mamma Mia! (17 Dis-4 Jan 2009).


GAMBAR-GAMBAR:












VIDEO KLIP:




TONTON DALAM YOUTUBE: KLIK DI SINI..!!


    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    Video & Photo copyright myartis 2008

08 June 2008

ARTIS DAN KERETA

Klik untuk gambar besar...


Shamsul Yusof



Zahid AF2



Zarina AF2



Awal



Ebi AF5



Fara Fauzana



Noryn



Sazzy


    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    Video copyright myartis 2008

07 June 2008

MALAYSIAN ARTISTES FOR UNITY

HERE IN MY HOME


    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2008

06 June 2008

BILA EKIN PUN BOTAK...

Selepas Sharifah Amani menimbulkan kontroversi berbotak untuk menjiwai filem arahan Yasmin Ahmad, Mualaf... kini Ekin AF3 pula membotakkan kepalanya!! Entah apa motif Ekin berbuat demikian masih belum pasti... mungkin nak mempromosi album terbaru atau menjiwai watak lakonan agaknya... Allahualam!


Klik untuk gambar besar..!!

EKIN DULU...



EKIN SEKARANG..!!

















    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    copyright myartis 2008