31 August 2008

CINTA MONYET BAWA DEJA KE PELAMIN

Penyanyi bersuara lantang Sharifah Hadijah Wan Mos atau Deja Moss, 35 sah bergelar isteri kepada Azfendy Datuk Azzuddin Ahmad (Andy), 29 di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di sini dengan hanya sekali lafaz. Pasangan ini bernikah kira-kira pukul 11.45 pagi tadi (30 Ogos) dan dinikahkan oleh Imam masjid Nohd. Nazarudi Mohd. Nadzir dengan berwalikan bapa Deja sendiri iaitu Wan Mos Wan Hamid.

Deja Moss menerima mas kahwin sebanyak RM1,111 beserta sebentuk cincin disamping tujuh dulang barang hantaran iaitu berupa tepak sirih, jam tangan, cincin, manisan, wangian, beg tangan dan kasut, serta set barang kemas.

Difahamkan, perkenalan antara Deja dan Azfendy berputik sejak mereka kecil lagi dan mereka mula serius selepas bertemu semula 14 tahun kemudian.

Mereka berdua dikatakan bakal berbulan madu ke negara Chile pada November depan.


Klik untuk gambar besar..!!







    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2008

MERAIKAN PERKAHWINAN + RESEPSI MAYA

Maya's Wedding + resepsi di FRIM pada 29 Ogos 2008





    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2008

27 August 2008

JULIANA EVANS NAFI LIAR...

Walaupun filem KAMI memaparkan beberapa adegan anak-anak muda yang bersikap liar, namun Juliana evans menafikan yang sikapnya juga begitu. Malah dakwanya gambar liar yang pernah tersebar satu ketika dulu tidak mencerminkan peribadi sebenarnya.

Tonton video:




TONTON DALAM YOUTUBE: KLIK DI SINI..!!

    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    Video copyright myartis 2008

26 August 2008

ANAK DATUK MANAKAH INI..??

Menurut pengirim email, remaja ini adalah anak seorang Datuk yang mengahwini ibu muda yang merupakan artis popular satu ketika dulu. Jika benar, berposing seperti ini pastinya akan mengundang fitnah dan sekaligus mencemar nama baik ibu-bapanya...

Malah kaya-raya bukanlah satu tiket untuk hanyut dibuai nafsu yang akhirnya membuat kita semua alpa... fikir-fikirlah!!


Klik untuk gambar besar..!!





















Klik untuk gambar besar..!!


    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2008

FILEM KAMI, PENUH SINDIRAN TAJAM...

PETALING JAYA, 26hb Ogos, 2008: Populariti siri TV, “KAMI” masih terasa hangatnya apabila perjalanan ceritanya dilanjutkan dan diangkat ke layar perak menerusi filem “KAMI” yang akan menemui penonton Aidilfitri ini.

Filem “KAMI”, sebuah persembahan Grand Brilliance dan terbitan syarikat Red Films, menyusuri perjalanan hidup lima remaja hasil garapan Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak, dua sutradara yang pertama kali bergabung idea dan menghasilkan karya yang pastinya menepati citarasa penonton masa kini.

Dalam mensasarkan golongan remaja, minat terhadap filem ini dihebatkan lagi dengan kehadiran band-band indie serta gig yang menjadi latar penceritaan kepada perjalanan lima sahabat itu yang bakal menamatkan persekolahan mereka. Pendekatan seumpama ini memang menjadi daya tarikan Red Films, yang giat dengan usaha menerbitkan karya baru untuk penontonnya. Sutradara dan jalan cerita yang bukan lazim bagi karya mainstream ini pula sejajar dengan usaha Grand Brilliance untuk memartabatkan industri perfileman tanahair.

Penerbitan filem seperti ”KAMI” ini, mewujudkan landasan buat sutradara aliran baru yang diharap menyuntik pembaharuan serta kelainan untuk menarik serta meningkatkan minat penonton kepada karya anak tempatan.


Klik untuk gambar besar..!!

Pengurus Besar Grand Brilliance, Ahmad Puad Onah berkata, pihaknya menyedari bahawa populariti siri TVnya adalah antara kelebihan buat “KAMI”. “KAMI”, pada asasnya sudahpun mempunyai fan base yang agak kukuh. “KAMI” ada peminatnya, namun ia masih menjadi cabaran kerana penonton, terutama peminatnya menaruh harapan tinggi - apakah versi filem mampu memberi kepuasan?

“Harapan ini disandarkan di bahu dua sutradara muda Effendee Mazlan dan Fariza Azlina,” katanya ketika berucap di majlis pra-tonton “KAMI” di sini semalam yang dihadiri lebih 300 tetamu, termasuk pelakon utama dan wakil media tempatan.

Penerbit Eksekutif Red Films dan “KAMI”, Cik Lina Tan berkata, “KAMI” adalah sebuah filem yang memaparkan kehidupan, persahabatan dan cabaran segolongan remaja masakini, Kami yakin penonton dapat mendekati dengan cerita dan watak – watak yang ditonjolkan serta dihiburkan dengan muzik daripada band-band Indie Malaysia seperti Meet Uncle Hussain, Laila’s Lounge, Hujan dan sebagainya”.


Klik untuk gambar besar..!!

Filem “KAMI” mengekalkan Liyana Jasmay sebagai Lynn, Syarul Ezani (Ali), Nas-T (Abu), Juliana Evans (Sofie) dan Zayanah Ibrahim (Adii) juga Zahiril Adzim sebagai (Boy). Ia meneruskan kisah lima sahabat ini yang bakal meninggalkan zaman sekolah.
Lynn, tanpa diketahui rakan-rakannya telah berpindah dari kampung bersama ibunya untuk membina hidup baru setelah Lynn didapati bekerja untuk Boy, seorang pengedar dadah.

Lebih mengeruhkan keadaan, Lynn yang menulis majalah terbitannya sendiri iaitu KAMI dibawah nama samaran Teka Teki telah menyumbangkan ulasan yang mengkritik pedas band Ali di dalam sebuah majalah muzik tempatan. Dalam kesukaran menyembunyikan rahsianya, Lynn mendapati semua rakannya juga mempunyai rahsia masing-masing.

”KAMI” bermula dengan Abu melarikan diri dari rumah akhlak untuk bersama Ali meraikan hari terakhir Lynn, Sofie dan Adii menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Namun, kegembiraan mereka tidak kekal apabila kehidupan lampau Lynn kembali menghantui dan mencetus konflik lalu memaksa setiap daripada mereka untuk berhadapan dengan pergolakan hidup masing-masing dan membuat keputusan yang bakal mengubah hidup mereka buat selama-lamanya.

Ahmad Puad dalam ucapannya berkata, ”KAMI” dibikin pada bajet kurang RM1 juta, ”KAMI” juga membuktikan hal berkaitan bajet bukan penghalang dalam menghasilkan karya yang bermutu. “Biarpun bukan dengan bajet biasa bagi filem-filem mainstream, ”KAMI” langsung tidak berkompromi dengan mutu.”

“Saya kira, tidak keterlaluan untuk mengatakan filem ini ada rencahnya untuk menjadi sebuah karya yang bukan saja menarik dari segi jalan ceritanya, malah mampu menarik minat penonton sekaligus memberi pulangan, tambahan ditayang pada musim cuti Lebaran,” jelasnya.

Bagi memperhebat promosi ”KAMI”, siri jelajah negara menerusi persembahan band-band indie di gig anjuran Hotlink telah diadakan. Band, antaranya Meet Uncle Hussain, Laila’s Lounge, Bittersweet, OAG dan Couple bergabung bagi memeriahkan siri jelajah itu yang diadakan beberapa bulan sebelum penayangannya.

Filem ”KAMI” mula ditayangkan diseluruh pawagam mulai Hari Raya Pertama ini.

Artikel ini disedikan oleh Grand Brilliance & Red Films

GAMBAR-GAMBAR PRATONTON FILEM KAMI: KLIK DI SINI



    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    Photos copyright myartis 2008

23 August 2008

NOR AZLINA SAH ISTERI YUSOF...

Nor Azlina Redzuan, 37, personaliti terkenal TV3, kini sah bergelar isteri selepas selamat diijab kabul dengan pasangannya, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan TM International, Datuk Yusof Annuar Yaacob, 43.

Yusof dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Redzuan Sheikh Ahmad di hadapan imam Masjid Al-Arifin Padang Katong, Ku Muhamad Ku Hamid di rumah mereka di Bintong, Kangar, Perlis.

Nor Azlina menerima mas kahwin RM30,000 dan sebentuk cincin berlian bernilai RM85,000 tanpa wang hantaran. Selain itu, dia juga menerima sembilan dulang barang hantaran didahului dengan sireh junjung.

Manakala pihak perempuan pula membalas dengan 11 dulang hantaran.


Klik untuk gambar besar..!













    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    Video copyright myartis 2008

22 August 2008

MAYA KARIN SANDING DI HUTAN...

Selepas berkahwin di luar negara, Maya Karin kini kemungkinan bakal melangsungkan persandingannya di Institut Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong, Selangor. Majlis meraikan perkahwinan tersebut akan diadakan pada 29 Ogos ini, jam 7 Malam.

Malah kad undangan juga telah diedarkan pada jemputan terhormat termasuk pihak media. Mungkin Maya mahu mencari kelainan apabila memilih FRIM sebagai lokasi meraikan perkahwinannya dengan Steven Shorthose...

Tapi hati-hati ye Maya... jangan sampai digigit nyamuk! Kang habis merah-merah tengkuk..!!







    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2008

RAMBUT EKIN DAH TUMBUH...

Jika Jun lalu Ekin AF3 mengejutkan ramai pihak apabila beraksi botak... kini rambut Ekin kelihatan mulai tumbuh kembali. Walaupun kelihatannya macam baru keluar penjara atau pusat pemulihan, namun Ekin tetap ayu dan manis...


JUN LALU...



TERKINI...







    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2008

21 August 2008

NIKAH - LAN PET PET TERSASUL TIGA KALI...

“Saya menggelabah! Ini merupakan pengalaman pertama saya....ia bukan lakonan. Saya seolah-olah berada di alam lain disebabkan pengalaman itu,” Demikian kata anggota Senario, Mazlan Ahmad, 39, atau nama glamornya Lan Pet Pet yang melafazkan akad nikah sejumlah empat kali sebelum sah menjadi suami kepada Robithoh Abu Bakar @ Che Wan, 31.

Dengan lafaz kali keempat tersebut, tepat jam 12.10 tengah hari, pasangan yang sebelum ini amat berahsia tentang perihal perkahwinan itu selamat dinikahkan oleh Imam Masjid Al-Bukhary di Kedah.

Robithoh, menerima mas kahwin RM888 berserta hantaran RM8,000.


Klik untuk gambar besar..!!







    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2008

AZIZ M.OSMAN DAN ISTERI...

Aziz M. Osman bersama isterinya, seorang ustazah yang berasal dari Terengganu. Mereka nikah pada 16 Ogos lalu...

Selamat Pengantin Baru..!!















Klik untuk gambar besar..!!


    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2008

20 August 2008

MELISSA & MALIQUE @ BALI

Melissa Mauren Rizal & Malique in Bali and they got married on 08.08.08... wow..!!














MORE PHOTOS: KLIK HERE..!!



    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    Video copyright myartis 2008

19 August 2008

MICHELLE DAN BALAKNYA...

Amboi..amboiii... bukan main manja si Michelle melodi ni dengan pakwenya! Posing Michelle pun ala-ala artis lagi..!! Tak nak buat untuk segment terjah ke Michelle?







    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2008

17 August 2008

GILIRAN ARIEL PETERPAN BUKA BAJU...

Inilah gelagat Ariel Peterpan ketika Pesta Malam Indonesia, baru-baru ini. Tapi yang pasti, Tiada stesyen TV menyiarkan konsert tersebut secara 'live' dan tubuh Ariel ketika itu juga tidak mempunyai logo Superman atau Batman... keh..keh..


Klik untuk gambar besar..!!







    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2008