30 April 2008

TELEMOVIE DEMI MASA SERIKAN HARI IBU


Petaling Jaya, 30 April 2008
- Seorang ibu sanggup mengorbankan segalanya demi seorang anak. Asalkan anaknya itu mengecapi kejayaan pada masa depan sudah memadai walaupun jasanya langsung tidak dikenang mahupun dibalas dengan layanan yang kejam. Itulah plot telemovie yang akan mengisi slot Cerekarama pada 10 Mei 2008 nanti, 'Demi Masa' yang akan ditayangkan pada hari Sabtu, jam 10 malam di TV3.

Kombinasi kerjasama sutradara Azman Hj Yahya (Jinngo) dan penulis skrip Nazli Jaafar(Che Li) telah membuahkan hasil apabila meraih kejayaan di Anugerah Skrin 2007 yang lalu melalui drama 'Sebuah Ijtihad'. Kini, mereka sekali lagi bekerjasama menjayakan telemovie Demi Masa yang pastinya bakal membawakan impak yang lebih hebat. Dibarisi pelakon-pelakon hebat seperti Sheila Rusly, Syafie Naswip, Iqram Dinzly, Fizz Fairuz, Aida Razwill, Rozie Rashid, Emelda Rosmila dan Radhi Khalid.

"Ketika pihak JS Pictures mencadangkan telemovie ini ditayangkan untuk Hari Ibu pihak kami tertarik dengan jalan ceritanya serta barisan pelakon yang akan menjayakannya. Demi Masa yang diadaptasi dari sebuah syair Arab ini sangat memilukan dan pastinya akan menyedarkan kita supaya lebih menghargai pengorbanan yang telah dicurahkan oleh insan bernama ibu. TV3 sentiasa memilih drama-drama terbaru untuk mewarnat slot Cerekarama dan ianya mampu mencecah 3 juta penonton setiap kali tayangannya," kata Pengurus Besar Mass Market Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Sherina Mohamed Nordin.

Kisah Demi Masa bermula dengan kehidupan sebuah keluarga bahagia, namun ia hanya sementara apabila mereka ditimpa kemalangan jalan raya yang meragut nyawa si suami (Rashid) yang juga ayah kepada seorang anak dan mengakibatkan isteri (Maryam) serta anaknya {Nazli) cedera. Sheila Rusly sebagai Maryam terpaksa memikul tanggungjawab suaminya menyara keluarga dengan bekerja sebagai pembantu kantin di sebuah sekolah menengah.

Sikap Nazli (watak Nazli ketika kecil - Syafie Naswip) berubah selepas kejadian tersebut. Dia menjadi semakin biadap dan sukar dikawal. Maryam tetap berlembut melihat sikap Nazli, pun begitu pencapaian akademik dan kokurikulum Nazli di sekolah amat cemerlang. Pada perspektif

Nazli sendiri, dia sebenarnya malu terhadap kawan-kawannya kerana keadaan ibunya yang buta sebelah mata.Suatu hari berlaku perlengkaran antara Nazli dan rakannya di sekolah kerana menjadikan subjek ibunya yang buta sebagai bahan tawa. Nazli tercedera. Maryam yang mendengar cerita itu bergegas bertanyakan khabar Nazli di kelasnya. Jelas kini satu kelas telah mengetahui bahawa Maryam ialah ibu kepada Nazli.Semenjak itu, Nazli berusaha bersungguh-sungguh untuk melepaskan dirinya dari dibelenggu hidup bersama Maryam.

Masa berlalu, Nazli (watak Nazli ketika dewasa - Iqram Dinzly) kini seorang siswazah dan hanya akan menghubugi Maryam apabila dia terlalu memerlukan wang. Di sana dia bertemu dan berkahwin dengan Fatin (Emelda Rosmila).

Pada suatu hari, di dalam majalah keusahawanan, Maryam melihat Nazli di muka hadapan majalah itu, Maryam sangat gembira dan ingin sangat berkunjung ke rumah anak kebanggaannya itu. Maryam muncul di hadapan rumah Nazli. Namun, Nazli yang marah telah menarik keluar Maryam dalam diam dan memarahi Maryam kerana menakutkan-nakutkan anak dan isterinya. Maryam yang amat menyayangi anaknya itu meminta maaf kepada mereka dan mengatakan dia tersilap alamat dan salah orang. Maryam berlalu dengan redha walaupun kecewa namun dia tidak marah. Nikmat dapat menatap wajah Nazli walau sementara amat disyukurinya. Rindunya terubat.

Suatu hari, Nazli tergerak hati untuk singgah sebentar di rumah lamanya untuk berjumpa dengan ibunya. Sebaik sahaja sampai di rumah, rumah itu lenggang. Kemudian, Nazli didatangi rakan baik ibunya bernama Chah (Rozie Rashid) yang memberitahu ibunya sudah meninggal dunia. Malah anak Chah juga telah menghulurkan sepucuk surat dan memberitahu penderitaan ibunya.

Apakah rahsia yang terkandung di dala surat itu? Apakah kesedaran hari ini mampu menutup kesilapan semalam? Pastikan anda menonton Demi Masa kerana ia akan menjadikan Hari Ibu anda lebih bererti.


GAMBAR-GAMBAR:



KLIK UNTUK MELIHAT GAMBAR SETERUSNYA..!!


VIDEO KLIP PRATONTON & SIDANG AKHBAR:

video


TONTON DALAM YOUTUBE: KLIK DI SINI..!!
.
.
Photo & Video Copyright myartis 2008
.
.

29 April 2008

BELUM MASA SAYA BERSARA - Yusof Haslam

Meskipun anaknya berjaya meraih kutipan RM4.6 juta melalui filem Evolusi KLDrift, namun Yusof Haslam menafikan yang dia akan bersara sekaligus menyerahkan Skop Productions pada Syamsul. Kata Yusof, khidmatnya masih diperlukan oleh kebanyakkan stesyen TV memandangkan dia mempunyai komitmen terhadap beberapa drama bersiri yang mendapat sambutan hangat.

"Kalau saya bersara, itu bermakna saya kena stop semua program TV. Sebab hingga sekarang saya masih lagi bergiat aktif dalam penerbitan drama-drama TV seperti Gerak Khas yang kini dah masuk tahun ke 10 dan beberapa drama lain.



"Bagi pendapat saya sendiri... saya masih muda dan mampu mengarah banyak drama lagi. Cuma kalau nak mengarahkan filem tu, memang saya tak mempunyai banyak masa dan ia kenalah diserahkan pada Syamsul yang mampu bergerak aktif.

"Bukan apa, contohnya kalau saya nak buat filem bercorak perlumbaan kereta... pastinya dailog dan skrip yang saya hasilkan tidak mengikut peredaran zaman lagi. Tapi kalau Syamsul yang buat, pastinya dia tahu apa slang anak-anak muda sekarang dan apa kemahuan mereka," ujarnya.

Mengenai cakap-cakap yang mendakwa Yusof sengaja memberi peluang pada anaknya sendiri untuk mengarah disebabkan pengaruhnya, kata Yusof itu semua tidak benar sama sekali. Sekiranya Syamsul tidak mengarah atau bekerja dengan betul, dia tetap akan memecat atau menyingkirkan Syamsul meskipun mempunyai pertalian darah.

"Bayangkan dalam Evolusi KLDrift, kami langsung tidak menggunakan teknik CGI. Apa yang Syamsul guna ialah khidmat stuntman dan khidmat pemandu professional yang memakan belanja lebih RM120,000.

"Awalnya memang saya tak yakin dengan perbelanjaan yang begitu tinggi untuk adegan cuma tiga minit sahaja. Kata saya 'gila ke?' nak keluar sampai banyak tu! Namun bila Syamsul yakinkan saya yang filem ini memang perlukan adegan ini dan dia kena tonjolkan sesuatu untuk kekuatan filem KLDrift, akhirnya saya izinkan.

"Pada fikiran saya, bila Melayu nak maju sekiranya saya terlalu sayangkan duit dan takut melakukan sesuatu pembaharuan. Jadi saya pun sanggup memperjudikan nasib semata-mata untuk menjayakan Evolusi KLDrift yang memerlukan banyak pengorbanan. Modal keseluruhan yang kami keluarkan hampir mencecah RM2.1 juta," ujar Yusof ketika ditemui di Matic, Kuala Lumpur.

Tambahnya, dia memang berpuas hati dengan pencapaian filem arahan anaknya itu dan amat bersyukur dengan kutipan yang amat memberangsangkan. Harapannya sekarang ialah semoga filem terbaru Syamsul iaitu 'Bohsia' yang bakal menemui penonton dalam bulan Oktober turut mencapai kejayaan sebagaimana Evolusi KLDrift yang dalam perancangan untuk Evolusi KLDrift2. - myartis

.
Artikel copyright myartis 2008
.
.

27 April 2008

CIT CAT BERSAMA S. SHAMSUDDIN

Dengarkan luahan hati pelakon veteran S. Shamsuddin yang masih bersemangat untuk berbakti dalam dunia seni. Bak kata orang... selagi hayat dikandung badan, selagi itulah dia akan terus mewarnai dunia lakonan walaupun kadangkala bayaran yang diterima tidak berbaloi!


video



TONTON DALAM YOUTUBE: KLIK DI SINI..!!

.
.
copyright myartis 2008
.
.

26 April 2008

KHAI DAN ROSMA, KINI SUAMI ISTERI...

BERITA SEMASA:

Pasangan AF1 Khai dan Rosma telah selamat bernikah pada 26 April 2008. Pernikahan tersebut menepati ramalan yang mereka akan menamatkan zaman bujang dalam bulan April setelah membuat pengakuan akan berkahwin baru-baru ini.


Sedutan progam Akademi Fantasia6 terbitan Astro
video



PAUTAN ARTIKEL: KLIK DI SINI..!!


.
.
myartis 2008
.
.

PELANCARAN BUKU FILEM2 P.RAMLEE

Kuala Lumpur: 26 April -
Mustafar A.R. dan Aziz Sattar mengambil masa hampir 20 tahun untuk menyiapkan buku filem-filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee sebelum buku itu selamat dilancarkan di Restoran Saloma, Jalan Ampang, hari ini. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Dato' L.Krishnan, iaitu penerbit yang bertanggungjawab membawa P.Ramlee ke dunia perfileman.

"Masa saya mahu ambil P.Ramlee berlakon dulu, pihak Shaw Brothers telah mempertikaikan tindakan saya kerana tidak yakin pemuda berjerawat dan bertubuh kurus itu mampu menjadi pelakon. Tapi bila saya beri jaminan, akhirnya pihak Shaw telah bersetuju dan hasilnya P.Ramlee kini telah menjadi lagenda negara," ujar L.Krishnan dalam ucapannya.

Sementara Aziz Sattar pula dalam ucapannya menceritakan bagaimana P.Ramlee dihormati oleh orang Jepun apabila dia pandai bercakap, menulis dan membaca dalam bahasa Jepun. Katanya ketika itu dia melihat Jepun tersebut menganggukkan kepalanya sambil tunduk hormat pada P.Ramlee.

"Selalunya kita kena hormat orang Jepun, tapi sebaliknya Jepun pula kena hormat pada P.Ramlee sebab kagum dengan kepandaiannya bertutur dalam bahasa Jepun," ujar Aziz berseloroh.

Buku setebal 358 muka surat itu buat permulaan dicetak sejumlah 1,000 naskhah dan ditaja sepenuhnya oleh peminat P.Ramlee sendiri. Difahamkan peminat yang enggan namanya didedahkan itu menyumbang RM15,000 untuk tujuan percetakan. - myartis


Muka hadapan buku filem-filem P.Ramlee



Aziz Sattar, penulis bersama buku Filem2 P.Ramlee




S. Shamsuddin, turut hadir



GAMBAR-GAMBAR SETERUSNYA: KLIK DI SINI..!!


VIDEO KLIP MAJLIS PELANCARAN:

video


TONTON DALAM YOUTUBE: KLIK DI SINI...!!

.
.
Photo & Video copyright myartis 2008
.
.

BAND HUJAN KENA FU*K?

video
.
.
myartis 2008 - Thanks to: melagisbogan
.

GAMBAR KENANGAN STACY AF6


Sepanjang berada di Akademi fantasia musim ke-6, Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angle Anam, 18, senantiasa ceria berbanding segelintir pelajar lain yang adakalanya bersedih atau hilang fokus kerana masalah peribadi. Istimewa untuk semua... jom kita lihat gambar-gambar Stacy sebelum dia menyertai AF6...

Klik untuk gambar besar...


24 April 2008

LAN PET-PET KAHWIN TAHUN INI..??

"Saya dah penat membujang kerana umur saya pun dah 39 tahun... kalau boleh saya nak kahwin tahun ini juga!" Demikian kata Lan Pet-Pet tentang dirinya yang masih belum berkahwin. Dengarkan sendiri luahan hatinya itu termasuk cerita tentang tawaran penerbit Bollywood yang mahu mengambilnya berlakon di India..!! Eksklusif di myartis...


video


TONTON DALAM YOUTUBE: KLIK DI SINI..!!

.
.
video copyright myartis 2008
.
.

23 April 2008

CINTA U-TURN, BAHASA TAMIL..??


Tarikh
: 22 April 2008
Tempat: Cineleisure, Damansara
Agenda: Tayangan filem Cinta U-Turn



Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu!

Demikianlah perumpamaan yang dapat disimpulkan pada filem terbaru arahan A. Razak Mohaideen Cinta U-Turn yang berjaya menjalin kerjasama dengan syarikat gergasi dari India Pyramid Saimira Theatre Chain (M) Sdn Bhd. Filem yang menelan belanja sekitar RM1.6 juta itu juga bakal mencipta sejarah baru apabila akan dipasarkan ke India dan dialih suarakan ke dalam bahasa Tamil.

"Filem ini diadaptasikan daripada filem Tamil berjudul 'Berikan Hati Mu'. Walaupun filem asal sudah berusia 10 tahun, namun ia telah diberikan nafas baru dan mengikut konsep budaya Malaysia yang berbilang kaum.

"Tujuan kita berkerjasama dengan syarikat dari India adalah untuk mempelajari teknik perfileman mereka yang boleh dikatakan bertahun-tahun maju berbanding kita. Dengan tayangan filem ini di India nanti, maka ia menjadi filem Melayu yang pertama menembusi pawagam negara itu," ujar A. Razak Mohaideen.

Menurutnya lagi, dia yakin filem terbarunya ini bakal memungut kutipan terbaik memandangkan filem Duyung yang sudah mengutip RM6.2 juta setakat ini. - myartis


SINOPSIS FILEM... KLIK DI SINI..!!


PHOTO:















29 GAMBAR DARI FILEM: KLIK DI SINI..!!


VIDEO:

Majlis pratonton dan temubual Fasha - Awie
video



TONTON DALAM YOUTUBE: KLIK DI SINI..!



Sedutan dari filem Cinta U-Turn:
video



Video Klip lagu: Aduhai Alahai nyanyian Awie
video


TONTON DALAM YOUTUBE: KLIK DI SINI...


Video Klip lagu: KuCinta KuRindu nyanyian Awie
video


TONTON DALAM YOUTUBE: KLIK DI SINI...

.
.
copyright myartis 2008
.
.

20 April 2008

DIANA NAFI BERCINTA... IBU MAKI WARTAWAN..??

Diana Danielle menafikan yang dia bercinta dan mengambil kesempatan terhadap hubungannya yang rapat dengan Syamsul... Selain itu dia juga menafikan yang ibunya garang kerana didakwa memaki hamun wartawan! Ada sebab ibunya begitu, katanya..!!


Video Snapshot:


Masa: 2 minit 5 saat
video



TONTON DALAM YOUTUBE: KLIK DI SINI..!!

.
.
video copyright myartis 2008
.
.

18 April 2008

PERPISAHAN IKIN DAN AIN

KAMI SUDAH BERSEDIA!

Apabila Ikin mengahwini Mawi, perpisahan antara pasangan kembar ini memang tidak dapat dielakkan. Meskipun mereka sudah rapat sejak lahir, namun kalau sudah sampai masa... masing-masing harus juga mengikut takdir yang telah ditentukan.


Ikin dan Ain, kembar seiras...

"Memang perpisahan itu amat menyedihkan, namun kami terpaksa redha dengan takdir dan ketentuan Allah. Jika Ikin terpaksa mengikut suaminya berpindah esok, ia merupakan satu perpisahan yang terpaksa kami tempuhi setelah sekian lama bersama.

"Malah adakalanya saya seperti tak percaya yang kakak saya ni dah nak kahwin. Rasa takut sangat bila fikirkan perkara tu. Bagi saya, bagaikan masa tu terlalu pantas berlalu," ujar Ain, kembar Ikin ketika ditemubual baru-baru ini.


"Kami terima takdir... "

Ditanya tidakkah dia mahu mengikut jejak langkah kakaknya atau mungkin mendirikan rumahtangga secara serentak, jawab Ain buat masa ini dia belum mempunyai kekasih lagi. Tapi katanya kalau bertemu lelaki yang sesuai, dia pasti akan berkahwin juga.

"Insa'Allah, kalau ada jodoh saya tentu akan ikut jejak langkah kakak. Bagi kami, sesiapa juga yang bertemu jodoh dulu... kami akan rela dan terima dengan hati terbuka.

"Biarpun lepas kahwin nanti Ikin mungkin tinggal jauh dari saya, tapi asalkan saya tahu dia selamat dan berbahagia, itu sudah memadai bagi saya," tambahnya.

Terdahulu ketika diajukan soalan mengenai pemakaian tudung, menurut Ain dia belum bersedia untuk mengikut langkah kakaknya. Bukan kerana belum sampai seru, tetapi hatinya masih belum terbuka lagi ke arah itu.

"Kalau saya nak pakai tudung, saya nak pakai selama-lamanya bukan sementara sahaja. Jadi sekarang selagi belum dapat seruan tu, Ain belum bersedia untuk memakainya," ujarnya.

Menjawab satu soalan lucu, apakah pernah Mawi tersalah panggil atau tersalah anggap yang Ain sebagai Ikin, kata Ain selalunya Mawi akan panggil nama dulu. Bila salah seorang berpaling, maka Mawi akan lebih mudah mengenali sama ada Ikin atau Ain.

"Tapi kini terlalu mudah nak kenal kami. Sebab seorang bertudung dan seorang lagi tidak!" sampuk Ikin sambil ketawa. - Artikel copyright myartis 2008
.
.
.

17 April 2008

MENANTI PASTI @ APM AND AIM...!

Over the past few weeks, we’ve been reading and hearing about Anugerah Planet Muzik (APM) 2008, which after 5 years of being hosted in our neighbouring country, Singapore, will now be hosted at the Kuala Lumpur Convention Centre this Sunday, 20th of April 2008. APM’s participation sees artistes from Malaysia, Indonesia and Singapore vying for top honours within the music industry, and breaking into territories otherwise unfamiliar to them.

On top of that, the renowned and much awaited Anugerah Industri Muzik 15 (AIM 15) will take place on the 5th of May, 2008, in PWTC. Anugerah Industri Muzik has been acknowledged as the leading music awards event, that encompasses both credibility, as well as, reflecting the voices of the masses.

Amongst the many awards that would be given out during those events, we are focusing most on the Best Song Category, which is clearly dominated by Indonesian acts at APM, and talented local artistes for AIM. Nonetheless, our sole representative for this category at APM is none other than Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin, representing Malaysia with the song “Menanti Pasti”, taken from the “Kayangan The Soundtrack” album, a force to be reckon with indeed. ‘Menanti Pasti’ will also compete for Best Song honours at AIM 15!

Menanti Pasti’s lyrics were penned by renowned journalist, Abie Abdullah, mixing his love for literature with tremendous vocabulary skills. Ajai then lent his magical talent and expertise to infuse the lyrics with a melody unlike any other. Who would have thought that a Malay song could be composed based on the waltz genre!

Many have undivided faith in Menanti Pasti, and have a full faith in Datuk Siti Nurhaliza to sway the votes her way to win the Best Song Category at the Anugerah Planet Muzik 2008 and Anugerah Industri Muzik 15.

Overall, Kayangan The Soundtrack parlays an eclectic mix of musical genres, ranging from pop to rock, waltz to hip hop. Truly a joy to listen to, Kayangan The Soundtrack features 11 songs performed by popular and chart-topping artistes such as Ajai, Datuk Siti Nurhaliza, Ning Baizura, Siti Sarah, Farah, Zahid, and many others.

The theme song “Kayangan”, available in two versions, rock and orchestral, features Ajai in a duet with Y.M. Tunku Dato’ Seri Mimi Wahida Wahman in her recording debut. The lyrics beautifully portray love between two people of different backgrounds, touching on adversities and obstacles faced due to social influences, reflecting the main plot of the film, “Kayangan”.

Datuk Siti Nurhaliza lends her powerful vocals to the waltz influenced “Menanti Pasti”, departing from her usual repertoire of pop-laced ballads. “Menanti Pasti” tells a story of everlasting love and devotion, a concept that escapes most people. Siti Sarah showcases her versatility in the song “Cara Yang Berbeza”, a song about hope and aspirations in love, whilst Ning Baizura entertains us brilliantly with her soulful song “Ungkapan Terindah”, a legacy penned by Allahyarham Loloq, which tells of undying love and fate.

The effervescent Farah of AF rocks on with “Gembira Hidup Ini”, a song of freedom and zest for life, and “Perlukah”, featuring Zahid of AF and Shazzy displays a remarkable and entertaining collaboration of R&B and hip-hop. Syed Azmir, an aspiring singer hailing from Singapore, struts his stuff in the song “Kuasa Cinta”, a song about breaking free from the reins of choking love. Last but not least, the chart-topping band Sad Angry Babies contributes two songs to the soundtrack, titled “Sabarlah” and “Terakhir”. - Adit Rahim


Samples of Menanti Pasti

video

.

Video klip copyright Raden Pictures Sdn Bhd

.

LISDA BERSALIN BULAN JUN...

"Kalau tiada aral melintang, saya akan bersalin pada bulan Jun ini," demikian luah Lisdawaty bila ditanya tentang kandungannya. Bagaimanapun, Lisda masih tidak pasti sama ada anaknya itu nanti lelaki atau perempuan.

"Memang saya sudah membuat scan, namun entah bagaimana doktor juga tak pasti sama ada anak itu lelaki atau perempuan. Sebab sekejap doktor kata perempuan, esok bila scan lagi doktor kata lelaki pula. Kata doktor imej kemaluan bayi di skrin terlindung dan tidak begitu jelas untuk menentukan jantinanya.

"Meskipun begitu, saya sebenarnya tak kisah dan kini sudah bersedia menerima kejutan baik apa juga jantina bayi itu nanti. Dengan cara begini, saya akan lebih 'surprise' sebab berdebar menanti orang baru dalam rumahtangga kami," ujarnya ketika ditemui di Hotel Istana, 16 April lalu.


.
.
Artikel copyright myartis 2008
.
.

DOAKAN KAMI BAHAGIA - ROSMA

Kami kahwin bukan kerana terdesak! Demikian luahan Rosma
mengenai ura-ura perkahwinannya yang dijangkakan pada
April ini... Dengarkan sendiri luahan itu... hanya di myartis!

Video Snapshot: klik untuk imej besar!



Masa: 1 minit 29 saat
video


TONTON DALAM YOUTUBE: KLIK DI SINI!

.
.
video copyright myartis 2008
.
.

16 April 2008

MINGGU SETIAUSAHA RAFFLESIA & HOTEL ISTANA

Tarikh: 16 April 2008
Tempat: Hotel Istana
Agenda: Hari Setiausaha Hotel Istana & Rafflesia
Artis: ERRA FAZIRA * NING BAIZURA * ZIANA ZAIN *
FAUZIAH LATIFF JACLYN VICTOR * NORYN AZIZ *
LIZA HANIM * AZHARINA NASHA AZIZ *
DIANA DANIELLE * FADZLUN * ALEEZA KASSIM *
MS. MALAYSIA WORLD - DEBORAH PRIYA HENRY









KLIK DI SINI UNTUK MELIHAT GAMBAR2 LAIN...



VIDEO KLIP:

video


TONTON DALAM YOUTUBE: KLIK DI SINI!
.
.
video & photos copyright myartis 2008
.
.

15 April 2008

KASIH TERPENDAM JAMAL PADA MISHA..!


Eksklusif!!
Dengarkan sendiri daripada mulut Jamal mengenai 'cinta' nya terhadap Misha Omar yang sebelum ini hanya diluahkan dalam lagu dan persembahan. Ini kerana, Jamal bimbang jika dia hanya bertepuk sebelah tangan memandangkan dia seorang bekas penagih... Benarkah??





Video Snapshot: klik untuk imej besar!



Time: 6 minit 59 saat
. video


TONTON DALAM YOUTUBE: KLIK DI SINI...

.
.
Photos & Video copyright myartis 2008
.
.

MINGGU SETIAUSAHA - JAMAL DAN KAREN


Tarikh:
15 April 2008
Tempat: Quality Hotel, Shah Alam
Agenda: Minggu Setiausaha
Artis: Jamal Abdillah & Karen Kong

Persembahan Minggu Setiausaha Eksklusif bersama Jamal Abdillah dan Karen Kong anjuran Quality Hotel Shah Alam yang diadakan di Dewan Bankuet Shah Alam pada 15 April 2008 sememangnya hebat dan menghiburkan.

Apa yang pasti, Jamal Abdillah tidak seperti kebanyakan artis-artis lain yang tampil dengan berbagai gimik. Sebaliknya, Jamal hanya mempersembahkan kemantapan vokalnya sebagai penyanyi bersuara emas dengan mempersembahkan lagu-lagu daripada albumnya yang terdahulu.

Berkongsi pentas dengan Jamal, ialah Karen Kong , berasal dari Labuan Sabah yang yang baru-baru ini dicalonkan sebagai finalis bagi kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) Anugerah Industri Muzik ke-15 (AIM15).

Majlis yang menyajikan lebih 100 hidangan berkonsepkan ala-gerai antarabangsa dari Asia, Timur dan Eropah itu turut diserikan dengan kemunculan Dee (Jangan Ketawa) sebagai pengacara persembahan yang berjaya menggamatkan suasana dewan.

















VIDEO KLIP:

Persembahan...
video


TONTON DALAM YOUTUBE: KLIK DI SINI..!


Cit Cat dengan Jamal...
video


TONTON DALAM YOUTUBE: KLIK DI SINI..!

.
.
Photos & video copyright myartis 2008
.
.

14 April 2008

NATASHA HUDSON... TERKINI..!!

INFO SEMASA:

Amboii.. amboiii! Bukan main besar lagi perut Natasha.
Senyap-senyap berisi rupanya!


Klik untuk gambar besar!


.
.
myartis 2008
.
.

12 April 2008

FASHA & AWIE DALAM CINTA U TURN


CINTA U TURN
Syarikat: Line Clear Motion Pictures
Tarikh Tayangan: 1 Mei 2008
Pengarah: Prof Madya A. Razak Mohaideen
Pelakon: Awie : Faiz (Pelakon Utama), Fasha Sandha: Juliana (Pelakon Utama), Mazlan Pet Pet: Hafiz (Pelakon Utama), Abu Bakar Omar : Datuk Shuib (Pelakon Pembantu), Jalaluddin Hasan : Datuk Jamaluddin (Pelakon Pembantu), Azlee Senario: Manager (Anuar) (Pelakon Pembantu)
Fiza Elite: Lilly (Pelakon Pembantu)
Krew: Mohd Erman: (Pengarah Fotografi), Faizul A. Rashid : (Penyunting), Aileen Seet: (Pengurus Produksi)
Penerbit: Latiff Mohaideen

Sinopsis Cinta U Turn

Datuk Shuib mempunyai seorang anak bernama Faiz. Dia ingin anaknya itu mengambil alih perniagaan beliau dan mengahwini seorang gadis, Juliana, iaitu anak kepada sahabatnya itu Datuk Jamal. Kekeliruan identiti Juliana berlaku apabila gambar Juliana telah bertukar dengan
gambar seorang gadis yang tidak menepati citarasa Faiz.

Dengan segala yang berlaku Faiz telah membuat keputusan untuk melarikan diri. Setelah melarikan diri, Faiz pula berkenalan dengan Hafiz. Sebuah persahabatan telah terjalin diantara mereka dan telah bersama-sama berkerja di sebuah bengkel.

Pada suatu hari Juliana datang ke bengkel kereta itu dan telah membuat Faiz jatuh cinta dengannya. Faiz pula sanggup melakukan apa sahaja untuk Juliana sehingga akhirnya berjaya menawan hati Datuk Jamal. Faiz telah ditawarkan kerja di rumah Datuk Jamal sebagai pemandu dan pengawal peribadi Juliana. Dengan segala yang terjadi Juliana berasa kurang senang kerana segala perancangannya telah gagal.

Keadaan menjadi lebih rumit apabila Datuk Jamal berjumpa dengan Hafiz yang memakai rantai pusaka Datuk Shuib. Datuk Jamal lalu membawa Hafiz balik dan diperkenalkan sebagai bakal menantunya. Faiz pula meminta Hafiz meneruskan penyamaran beliau. Berjayakah mereka menyembunyikan identiti masing-masing sebelum Datuk jamal mengetahui perkara sebenarnya?


Klik untuk gambar besar!












.
.
copyright myartis 2008
.

GAMBAR TERBARU AZURA, ATILIA & VEE

Klik untuk gambar besar!


.
.
myartis 2008
.
.

10 April 2008

RAFFLESIA RED CARPET EVENT

INFO SEMASA:

13 MALAYSIAN FASHION DESIGNERS
AZURA . RIZMAN RUZAINI . BILL KEITH
KHAIRI SUFI . DANIEL CHONG . ZERY ZAMRY
HATTA DOLMAT . RAZMAN . FAIZELL AZRAFF
NAZREEN IDRIS . HAZWANI . IRWAN ARSBO ANIZAM YUSUF

13 CELEBRITIES
ERRA FAZIRA * NING BAIZURA * ZIANA ZAIN * FAUZIAH LATIFF JACLYN VICTOR * NORYN AZIZ * LIZA HANIM * AZHARINA NASHA AZIZ * DIANA DANIELLE * FADZLUN * ALEEZA KASSIM * MS. MALAYSIA WORLD - DEBORAH PRIYA HENRY

WED, 16 APRIL 2008, 11A.M.

FOYER, GRAND MAHKOTA BALLROOM HOTEL ISTANA K.L.





ARKIB BERITA:

SIDANG AKHBAR 1 APRIL 2008: KLIK DI SINI!!

SIDANG AKHBAR 25 MAC 2008: KLIK DI SINI!!

SIDANG AKHBAR 14 MAC 2008: KLIK DI SINI!!
.
.
Copyright myartis 2008
.
.

SECRETARIES’ WEEK 2008 AT QUALITY HOTEL SHAH ALAM!


INFO SEMASA:

In conjunction with the Secretaries’ week Celebration this year, Quality Hotel Shah Alam, Selangor will organize a luncheon show with Malaysia’s renowned artistes – JAMAL ABDILLAH and KAREN KONG .

The show is scheduled to be on the date and time stipulated below:-

Day/Date : Tuesday , 15 April 2008
Time : 12.00 noon – 2.30 pm
Venue : MBSA Banquet Hall
Persiaran Perbandaran
Plaza Perangsang, Shah Alam





ARKIB BERITA:

MAJLIS SIDANG AKHBAR 25 MAC 2008: KLIK DI SINI!!

.
.
Copyright myartis 2008
.
.

08 April 2008

SITI NORDIANA SELAMAT BERSALIN!


INFO SEMASA:

Siti Nordiana & suaminya, Faizal Yusuf telah mendapat cahayamata sulung pada 21 Mac 2008 lalu yang diberi nama Muhammad Rayyan Nakhaie. Tahniah Siti..!


.
.
myartis 2008
.

GAMBAR SIAPAKAH INI? PERSONALITI TV??

Gambar2 ini telah disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab atau pihak yang pernah rapat dengan wanita yang didakwa sebagai personaliti TV! Tujuannya, Allahualam..! Tapi persoalannya sekarang, benarkah wanita ini seorang personaliti TV yang pernah membuat laporan polis gara-gara difitnah? Atau mungkin pelanduk dua serupa agaknya!!






.
.
myartis 2008
.
.

04 April 2008

CIT CAT BERSAMA ZIANA ZAIN


Tentang Album baru


video


TONTON DALAM YOUTUBE: KLIK DI SINI..!



Tentang pemakaian skirt

video



TONTON DALAM YOUTUBE: KLIK DI SINI..!

.
.
Video copyright myartis 2008
.

03 April 2008

GAYA ZAKRY TERUS HOT..!!

Setelah 20 tahun menghilang diri, kini Gaya Zakry kembali menyambung penglibatannya dalam dunia seni. Beliau kini terlibat dengan Big Band yang bakal membuat persembahan di Istana Budaya pada 23 dan 24 April ini.

Gaya Zakry bukanlah nama asing, dia pernah muncul dengan lagu hitsnya seperti Derita Ku Tanggung Sendiri, Biarkan Aku Bahagia, Asmara dan banyak lagi. Selain menyanyi, beliau juga pernah berlakon dalam filem seperti Kisah Seorang Biduan dan Ribut Di Hujung Senja.

GAMBAR-GAMBAR:

Klik untuk gambar besar!












VIDEO:

TONTON DALAM YOUTUBE: KLIK DI SINI!

.
.
Video & photo copyright myartis 2008
.
.

PERSEMBAHAN ISTANA BUDAYA - APRIL 2008


RICITAL PUSAT PEMUZIK MUDA (PPM)

6 April 2008 di Lambang Sari, Istana Budaya (3-4:00PM)

DIKIR BARAT
11 - 12 April 2008 di Panggung Sari, Istana Budaya (8:30PM)

KONSERT IDRIS SARDI BERSAMA ORKESTRA SIMFONI KEBANGSAAN
19 - 20 April 2008 di Panggung Sari, Istana Budaya (8:30PM)

BIG BAND
23 - 24 April 2008 di Lambang Sari, Istana Budaya (8:30PM)

ORKESTRA SIMFONI REMAJA (OSR)
26 April 2008 di Panggung Sari, Istana Budaya (8:30PM)















VIDEO:

TONTON DALAM YOUTUBE: KLIK DI SINI!
.
.
Video & photo copyright myartis 2008
.
.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...