Wednesday, May 07, 2008

MELODI TANPA WAHID, FARA TAK KISAH??

EKSKLUSIF..!!! Benarkah ada ura-ura Wahid tidak digemari oleh penonton dan kemungkinan akan disingkirkan daripada mengacara Melodi? Apa komen Fara? Dengan siapakah Fara lebih serasi

VIDEO SCREENSHOT



video



TONTON DALAM YOUTUBE: KLIK DI SINI..!!


    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    video copyright myartis 2008

Tuesday, May 06, 2008

GANG STARZ 2008

12 kumpulan yang terdiri daripada D'Reborn (indonesia), D'Raz (indonesia), Paragon Child (Philippines), Brown Tone (Singapore), South Trio (Malaysia), Step (Thailand), PSG (Thailand), Faith (Singapore), 3.5 (Philippines), Akasia (Malaysia), One Nation Emcees (Malaysia) dan 3 Voices (Indonesia) bakal berentap dalam rancangan Gang Starz terbitan TV3 bermula Ahad ini jam 9.00PM.

Majlis Sidang akhbar bagi memperkenalkan 12 kumpulan yang bertanding itu telah berlangsung di Kompleks One Utama, Damansara. Turut hadir dalam majlis itu ialah Dato' Amrin Awaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif TV3 yang menyifatkan kesemua kumpulan kali ini mempunyai kelebihan dan kekuatan tersendiri.

"Kami gembira kerana usaha TV3 mengetengahkan program ini terbukti membuahkan hasil apabila lebih ramai bakat baru dari pelbagai negara Asia mencuba nasib mereka. Malah hadiah wang tunai US$100,000 serta berpeluang menjadi artis rakaman telah melahirkan lebih ramai bakat-bakat baru yang hebat," ujarnya.

Gang Starz bakal dihoskan oleh pengacara yang tidak asing lagi iaitu Fara Fauzana dan Faizal tahir.










22 KEPING GAMBAR LAIN: SILA KLIK DI SINI..!!



video


TONTON DALAM YOUTUBE: KLIK DI SINI..!!


    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    video copyright myartis 2008

Monday, May 05, 2008

INA NAIM DAN BABY..!!

Gambar ini dikirimkan oleh seorang peminat Ina melalui email. Ina kelihatan tembam sedikit tetapi jelas bahagia dengan kehadiran 'orang baru' dalam kehidupannya bersama suami...


Klik untuk gambar besar!


    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2008, thanks to Fathehah

TEATER MUZIKAL RANDAI KASIH MENANTI


TARIKH PERSEMBAHAN: 9 – 18 MEI 2008 (8.30 MALAM)

TARIKH/MASA PERSEMBAHAN MATINEE: 11 & 18 MEI (3.00 PETANG)

TEMPAT PERSEMBAHAN: PANGGUNG SARI, ISTANA BUDAYA JALAN TUN RAZAK, KUALA LUMPUR

TIKET PERSEMBAHAN: RM30, RM50, RM80, RM100 & RM150

MAKLUMAT LANJUT/PEMBELIAN TIKET: BOX OFFICE, ISTANA BUDAYA JALAN TUN RAZAK, KUALA LUMPUR. Hubungi: 03-4026 5558 www.istanabudaya.gov.my


Klik untuk imej besar!


INFO:
PENGARAH PERSEMBAHAN
AHMAD TAMIMI SIREGAR

PENULIS SKRIP
SAMOZA

PENGARAH MUZIK
ROSLI SELASIH

PENGARAH TARI
ZULHAILA SIREGAR

PENGARAH ARTISTIK
IRWAN ISMADI SHAHRIM

BARISAN PELAKON
DATO' YUSNI HAMID, SAFURA, ZULKAFLI ZAIN, SABRINA HASSAN, MEGAT SHARIZAL, RAY REDZUAN, SHAFIRUL AZMI dan ramai lagi..

SINOPSIS
Pendekatan pasca moden klasik Minangkabau. Randai Kasih Menanti (teater muzika) menyingkap sejarah hitam sebuah pulau dan seorang ibu yang tak jemu menunggu kepulangan anaknya. Jalinan elemen tari, silat, lagu, muzik dan lakon yang menarik, adalah satu persembahan indah.

Randai: Antara bentuk teater tradisi yang telah bertapak sejak sekian lama di alam kepulauan Nusantara. Rangka cerita dalam persembahan Randai disertai dengan gerak silat dan tari adalah amat menarik. Perjalanan cerita yang menarik itu diselitkan dengan pengajaran moral yang amat tinggi dalam kehidupan masyarakat zaman lampau.

Sebagai mana lazimnya teater tradisi dan berkait dengan konsep cerita penglipur lara, watak utamanya akan keluar mengembara untuk membina kekuatan diri.

Dalam pengembaraan tersebut, hero selalunya mengharungi pelbagai rintangan dan masalah. Dalam pengembaraan ini juga sang hero akan bertemu dengan heroin.

Konsep cerita penglipur lara berakhir dengan kesudahan hero akan berkahwin dengan heroin.

Paling utama, dalam persembahan randai, ia turut diselitkan dengan elemen pelbagai nilai puisi dan lagu yang indah. Keindahan puisi dan lagu pula amat tebal dengan nilai pengajaran agar penonton sentiasa menginsafi diri dan sentiasa menghormati nilai-nilai adat istiadat dalam kehidupan bermasyarakat.


RINGKASAN CERITA
Kelahiran anak diramalkan dukun akan memberi celaka kepada Pulau Cendena. Ibu Kandung menghanyutkan anak ke laut, dan anak ditemui Ibu Angkat. Anak membesar menjadi Bujang, lincah pula di gelanggang. Kapal dibina untuk keluar berdagang. Bujang dan rombongan dipukul angin gelombang sehingga kapalnya tersadai di Pulau Cendena.

Bujang dan anak-anak kapal diterima Pak Alang, sementara menunggu kapal siap dibaiki. Hadiah selendang sutera diberikan Bujang, Pak Alang pula meraikan tetamu dengan keraian. Bujang pedagang, terpandang Melor suntinya Pak Alang, dalam majlis tari putik, cinta berkembang. Jalak dan Lanang marahnya bukan kepalang kepada dagang yang menunjuk belang.

Ketika Bujang dan Melor berjanji bicara, Jalak dan Lanang datang menerpa. Dalam mengelak silat bersambut, Bujang ditikam keris Jalak. Pak Alang dijemput Melor meleraikan sengketa. Di rumah Pak Alang, sepakat diambil, Melor dan Bujang diikat satu. Dendam Jalak dan Lanang bukan kepalang, berjumpa dukun menggagalkan perkahwinan.

Bersanding Melor dan Bujang di pelamin bertepung tawar dan pulut kuning. Dukun menjampi dan menetak jantung pisang dan Bujang pun jatuh di pelaminan. Pak Tuan dipanggil memulih Bujang. Ibu Kandung terpandang tanda di telinga Bujang, mengesahkan kepada Ibu Angkat itulah anaknya yang berpisah dulu. Bujang dalam ragu dan keliru.

Pelayaran diteruskan meski inai di jari Melor belumlah kering. Rayu Ibu Kandung hanyut dibawa angin lalu. Bujang bertekad, pelayaran segera berangkat dan Melor dibawa bersama cintanya.


    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    copyright myartis 2008

Sunday, May 04, 2008

ELVEENA - MEMANG BENAR

Elveena Iris merupakan pendatang baru dalam seni suara. Meskipun sudah sekian lama aktif dalam dunia nyanyian, namun baru kini dia berpeluang menghasilkan single pertamanya berjudul 'Memang Benar'.

"Jujurnya, setelah sekian lama laman seni menjadi puncak cita dalam hidup saya, akhirnya saya berkesempatan melahirkan album single ini. Semoga lagu dalam album ini akan diterima seadanya oleh peminat seni suara," ujar Elveena.

Untuk maklumat, lagu single ini telahpun diputarkan oleh kebanyakkan stesyen radio dan ia mendapat maklum balas yang memberangsangkan.









LAGU MEMANG BENAR: MASA - 35 SAAT

video


    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    copyright myartis 2008

Saturday, May 03, 2008

NOSTALGIA POPSHUVIT..!!

Akhirnya Kumpulan PopShuvit berjaya memenangi Anugerah Kembara dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-15 di PWTC. Namun, bukan mudah untuk mereka berjaya seperti sekarang... ia sebenarnya memerlukan banyak pengorbanan dan ketabahan...




KLIK DI SINI UNTUK CERITA LANJUT...!!


    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    copyright myartis 2008

Friday, May 02, 2008

SAYA BUKAN PLAYBOY..!!

Cinta Ikram hanya pada Bella... drama bersiri yang banyak mengajarnya erti ketabahan dalam mengejar cita-cita menjadi artis popular. Bagaimanapun, benarkah Ikram memang playboy dan suka mempermainkan hati wanita?? Dengarkan sendiri pengakuannya... Eksklusif di myartis!

VIDEO SCREENSHOT


video


TONTON DALAM YOUTUBE: KLIK DI SINI..!!

.
.
video copyright myartis 2008
.
.

Thursday, May 01, 2008

SELAMAT HARIJADI FARAHDHIYA..!!

Gambar-gambar sambutan harijadi Farahdhiya ini dikirimkan oleh seorang peminat melalui email. Walaupun sederhana, tetapi sambutan tersebut tetap meriah dengan kehadiran beberapa rakan artis...










.
.
myartis 2008 - Thanks to Wati
.
.

Related Posts with Thumbnails
Loading...