31 March 2009

AKSI DIANA DANIELLE DI PLKN

Tahniah diucapkan pada Diana Danielle apabila dia dikatakan terpilih menjadi Timbalan penghuluwati di kem PLKN yang disertainya. Menurut pengirim email, boleh tahan juga Diana menjerit hingga posnya menjadi pos kedua tertinggi di pusat latihan dan mendapat tiga bintang.

Dalam hal ini, nampaknya Diana bukan sahaja berbakat dalam lakonan... malah berbakat dalam memimpin! Cayalah Diana..!!












GAMBAR2 LAIN: KLIK DI SINI..!!


Photo credit to: JOHANN


    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009

ALEESYA - NAMA ANAK ERRA FAZIRA

Penantian penuh debar Erra Fazira dan Engku Emran Engku Zainal Abidin akhirnya berakhir apabila bayi mereka - Engku Aleesya selamat dilahirkan pada jam 11.40 pagi, 30 Mac 2009.

"Kami sepakat untuk menunjukkan anak kami semasa majlis cukur jambul nanti selepas Erra selesai berpantang. Buat masa ini, agak sulit juga untuk saya membenarkan pihak media merakamkan gambar Aleesya kerana doktor menasihatkan kami supaya tidak menganggu keadaan bayi demi menjaga privasinya yang masih kecil," ujar Emran dipetik sebagai berkata dalam satu sidang media di lobi Damansara Specialist Center, Petaling Jaya, Selangor.

"Erra dan Aleesya akan berada di hospital dalam tempoh dua hari ini dan dijaga oleh ibunya dan ibu saya dalam masa dua bulan ini di kediaman kami. Saya rasa seperti ajaib lebih-lebih lagi apabila melihat satu nyawa dilahirkan di depan mata.

"Saya bersyukur apabila Erra mudah bersalinkan Aleesya dengan mengambil masa kira-kira 20 minit. Kelahiran Aleesya disambut oleh Konsultan Obstetrician & Gynaecologist Dr. Gunasegaran PT Rajan yang dipilih oleh Erra sendiri. Engku Aleesya dilahirkan seberat 4.04 kg secara normal di hospital tersebut," tambahnya.


Majlis sidang akhbar di Damansara Specialist Center


Opppsss... ini bukan anak Erra... tapi anak orang lain ketika Erra masih mengandung..!! Kira masa tu Erra berlatih dukung bayilah...


    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009

FASHA DAH INSAF?

Sejuk mata memandang bila Fasha Shanda berpakaian begini..! Namun, ia kemungkinan hanya sementara sahaja. Ini kerana, gambar ini dirakam ketika Fasha menyambut hari lahirnya yang ke-25 baru-baru ini dengan bacaan doa selamat.

Namun sebagai orang Islam, kita harus doakan agar hati Fasha terus terbuka untuk kekal menutup aurat... insa'Allah!!




    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009

26 March 2009

NINE PELUK SAKAN NGAN WARTAWAN?

Dakwa pengirim gambar ini, peserta OIAM3 iaitu Nine berpeluk sakan dengan aweknya yang merupakan seorang wartawan tabloig harian. Apa yang membuat pengirim marah, katanya selama ini wartawan asyik hentam artis bila berkelakuan tak senonoh... tetapi kali ini wartawan pula yang membuat onar.

Namun apa yang boleh myartis katakan, memang wartawan baru zaman sekarang ada segelintirnya yang tak bermaruah dan berlagak bagus. Sebenarnya keadaan ini jauh berbeza dengan zaman wartawan dulu-dulu yang memang serius dalam tugasan yang diberikan.

Bagaimanapun, gambar tersebut bukanlah teruk sangatkan? Cuma 'ringan-ringan' je! Itupun kalau betullah wanita tersebut 'wartawan'... mana tahu cuma wartawan pelatih je??

Dalam hal ini, wartawan bukanlah malaikat dan mereka juga tidak dapat lari daripada melakukan dosa. Bak kata orang: dalam setandan pisang, pasti kadangkala ada juga pisang yang busuk. Tak gitu??


Klik untuk gambar besar..!!











    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009

22 March 2009

MAJLIS CUKUR JAMBUL ANAK NORA DANISH..

"Saya mahu bersikap adil kepada semua pihak dan hari ini, saya memang sudah bersedia untuk memperkenalkan Rayqal kepada anda.

"Bukan itu sahaja, saya berpendapat sekarang adalah waktu yang cukup sesuai untuk saya menampilkan anak saya kepada umum memandangkan usianya pun hampir mencecah tiga bulan.

"Bukan sengaja saya mahu mengelak untuk bertemu dengan media sebelum ini bersama Rayqal, tetapi saya belum bersedia ketika itu kerana keadaan anak saya yang masih lagi kecil," jelas Nora Danish dipetik sebagai berkata bagi menjelaskan perihal kelahiran anaknya yang menjadi isu hangat baru-baru ini.

Nora berkata demikian dalam satu majlis cukur jambul anaknya itu yang turut dihadiri oleh bekas mertua Nora iaitu Ramli dan isterinya, Puan Seri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah, Rizal serta ibu Nora, Salimah Talib selain ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

Nora dan Rizal pernah mendirikan rumah tangga pada 20 Jun 2006, namun ikatan yang termeterai itu tidak kekal lama apabila pelakon drama bersiri Puteri itu disahkan bercerai dengan talak dua ketika hamil tiga bulan. Malah ketika hamil, Nora juga seolah-olah melarikan diri daripada wartawan dan peminat bagi mengelakkan kontroversi yang timbul antaranya dengan Rizal dan Fasha Sandha.






GAMBAR-GAMBAR LAIN, KLIK DI SINI




    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009

20 March 2009

PELUK JOHAN... JANGAN TAK PELUK!!

"Terus terang, saya akui memang kami bercinta dan kami memang dalam perancangan mendirikan rumah tangga. InsyaAllah, kami akan berkahwin pada Jun nanti, tapi tahunnya belum tahu lagi. Kami memilih bulan Jun kerana bagus untuk mereka yang berbintang Gemini.

"Kami tahu dan kami baca sendiri cerita itu di akhbar. Saya ingin membuat pembetulan di sini bahawa kami sebenarnya bukan bercium atau berpeluk. Apa yang kami buat sebenarnya adalah berbisik.

"Mungkin perbuatan itu menyebabkan ramai yang menyangka yang kami sebenarnya bercium. Kami berbisik pun ada sebab iaitu pada masa kejadian itu, saya terdengar ada orang yang bercerita hal yang kurang baik mengenai diri kami.

"Terlanjur individu itu sudah mengata kami, jadi saya sengaja mendekatkan diri di wajah Ozlyn sambil menjerit perkataan I Love You di khalayak ramai. Kira kami berlakon, buat begitu sebab nak bagi individu itu lagi panas dengan kami," demikian jelas Johan yang dipetik sebagai berkata mengenai isu berpeluknya dengan seorang wanita. Wahhh... hebat juga Johan kan?? Sehebat lawaknya di TV!!!





    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009

19 March 2009

INFO SEMASA

PENYERTAAN FFM22 KK 2009 DIBUKA

Hulu Kelang – Festival Filem Malaysia ke-22 Kota Kinabalu 2009 (FFM22 KK 2009) akan diadakan pada 5 hingga 8 Ogos 2009 di Kota Kinabalu, Sabah. FFM22 KK 2009 adalah anjuran bersama FINAS, Persatuan Pengeluar-Pengeluar Filem Malaysia (PFM) dan Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah menerusi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.

Tema FFM-22 KK 2009 ialah “FILEM MALAYSIA KE PERSADA DUNIA ”. Tema ini berhasrat membawa perhatian warga industri menumpukan perhatian terhadap meningkatkan kemahiran terhadap hasil kerja mereka agar filem yang diterbitkan kelak akan mencapai mutu penerbitan antarabangsa.

Objektifnya pula adalah untuk mengiktiraf karyawan dan karya filem yang dinilai terbaik bagi menggalakkan pembangunan industri perfileman Malaysia di samping terus memasyarakatkan filem serta mendedahkan dan mempromosikan filem-filem tempatan ke peringkat antarabangsa.

Penyertaan bagi Festival Filem Malaysia ke-22 Kota Kinabalu 2009 (FFM22 KK 2009) kini dibuka kepada semua penerbit filem tempatan serta individu-individu yang layak.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Penyertaan dan Penjurian FFM22 KK 2009, Puan Nancie Foo, borang-borang penyertaan bagi semua kategori boleh didapati di laman web www.sinemamalaysia.com.my dan www.pfm.org.my. Tarikh tutup penyertaan bagi semua kategori ialah pada 5 Julai 2009.

Bagi kategori bukan filem cereka (Filem Dokumentari, Pendek, Animasi) selalunya mendapat sambutan penyertaan yang kurang menggalakkan. Sehubungan itu, jawatankuasa ini menyeru semua pihak termasuk IPT Awam dan Swasta serta syarikat-syarikat pengiklanan untuk mengambil bahagian di dalam FFM22 KK 2009 yang julung kali diadakan di negeri bawah bayu.

FFM22 KK 2009 telah mempertaruhkan sebanyak 13 Anugerah Perdana, 12 Anugerah Cipta, termasuk satu anugerah yang baru diperkenalkan iaitu Filem Komedi Terbaik dan 5 Anugerah Khas Juri. FFM22 KK 2009 turut mengiktiraf pencapaian dan sumbangan karyawan filem veteran menerusi Anugerah Veteran (Lelaki dan Wanita), Anugerah Veteran (Belakang Tabir-Lelaki atau Wanita) serta Anugerah Filem Box-Office.

Antara kategori-kategori dalam Anugerah Perdana ialah:

1. Filem Terbaik
2. Pengarah Filem Terbaik
3. Pelakon Lelaki Terbaik
4. Pelakon Wanita Terbaik
5. Lakon Layar Terbaik
6. Cerita Asal Terbaik
7. Sinematografi Terbaik
8. Penyunting Terbaik
9. Skor Muzik Asal Terbaik
10. Filem Dokumentari Terbaik
11. Filem Animasi Terbaik
12. Filem Pendek Terbaik
13. Filem Digital Terbaik

Manakala untuk Anugerah Cipta pula ialah:

1. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
2. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
3. Penataan Seni Terbaik
4. Penataan Bunyi Terbaik
5. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
6. Pengarah Harapan Terbaik
7. Pelakon Harapan Lelaki
8. Pelakon Harapan Wanita
9. Lagu Tema Asal Terbaik
10. Pereka Kostum / Busana
11. Poster Terbaik
12. Filem Komedi Terbaik


Arikel ini disediakan oleh FINAS

PERSONALITI TV??

Melihat daripada gambar... wanita yang berkemban ini seperti pelanduk dua serupa dengan seorang personaliti TV popular. Namun sejauh mana kesahihannya... Allahualam!! Atau mungkin juga gambar itu dirakam secara sendirian sekadar untuk dibuat kenangan.

Dalam hal ini, mereka seharusnya berhati-hati agar gambar yang dirakam tidak terlepas ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab lalu menyebarkannya. Atau dalam erti kata lainnya... berwaspadalah daripada 'musuh dalam selimut' yang sering mengambil peluang!!

Klik untuk gambar besar..!!


    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009

COMELNYA ANAK NORA DANISH...

Pastinya ramai yang ingin melihat gambar anak Nora Danish ini. Wajahnya comel seperti wajah ayahnya juga.

Selain Nora, turut kelihatan ialah bekas suaminya, Rizal serta bapa mertuanya iaitu bekas ahli politik terkenal. Menurut sumber penghantar email dan gambar, Nora masih belum memberi nama pada anaknya itu.







    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009

TALENTIME FILEM TERAKHIR AZEAN??

Ajal maut takdir Allah, namun jika sudah tiba waktu... Azean Irdawaty redha menerimanya. Persoalannya, mungkinkah filem Talentime merupakan filem terakhir lakonan Azean? Dengarkan luahan hatinya itu...




KLIK UNTUK MENONTON DALAM YOUTUBE


    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    Video Copyright myartis 2009

12 March 2009

TALENTIME - FILEM PENUH SINDIRIN?

PETALING JAYA: Sering tampil dengan garapan yang membawa pengisian penuh makna tersirat di balik paparan visualnya, Yasmin Ahmad meneruskan penjelajahan itu dengan Talentime yang dijadual memulakan tayangan pada 26 Mac ini.

Ia adalah filem ketiga Yasmin bersama Primeworks Studios selepas Mukhsin pada 2007.

Pengurus Besar Filem & Drama, Primeworks Studios, Ahmad Puad Onah, berkata sebagaimana penghasilan Yasmin sebelumnya, Talentime juga bersifat kritis dalam soal perhubungan dengan mengangkat kepelbagaian kaum di Malaysia.

Dalam ucapannya di majlis pra-tonton filem Talentime di sini, hari ini, dia berkata: “Yasmin mengangkat kehidupan masyarakat Malaysia. Dia membuatkan penontonnya sering berasa dekat dengan paparannya kerana setiap pengkisahannya adalah realiti.

“Soal perhubungan dalam setiap pengkisahan Yasmin di layar perak, juga menjadi paparan Talentime yang bertumpu pada kehidupan dua keluarga berlainan latar pendidikan, bangsa dan agama.

“Berbanding filem sebelumnya, Talentime memperlihatkan sentuhan berbeda daripada Yasmin, namun masih mengekalkan mainan emosi yang dalam dan cukup bermakna. Talentime, karya Yasmin Ahmad yang cukup menyentuh jiwa.”

Berlatar pertandingan adu bakat antara pelajar di sebuah sekolah, Talentime bertumpu pada kehidupan dua keluarga; satu, keluarga campuran Melayu-Inggeris, manakala satu lagi, sebuah keluarga India yang konservatif.

Dan, bagaimana dua kehidupan itu bertembung apabila keperitan yang dilalui menjadi hikmah yang memutikkan cinta, dalam kisah ini antara Melur dan Mahesh.

Ia juga membicarakan hal perhubungan antara seorang anak dan ibu yang terlantar sakit, mengenai erti kasih dan pengorbanan, serta menyentuh mengenai hati dan perasaan dua guru.

Ahmad Puad berkata, pihaknya yakin dengan keupayaan Talentime untuk menggamit minat penonton, terutama dengan reputasi Yasmin yang tidak pernah mengecewakan.

Ia menampilkan dua muka baru, Pamela Chong dan Mahesh Jugal Kishor sebagai pelakon utamanya, selain turut dibintangi Mohd Syafie Naswip yang digilap bakatnya menerusi “Mukhsin”, Azean Irdawaty, Adibah Noor dan Jit Murad, antaranya.

Dia berkata, kepercayaan yang diberikan pihaknya kepada Yasmin tidak pernah dipersiakan. Di antara Yasmin dan Primeworks Studios, menurutnya bagai terjalin persefahaman dan ikatan yang tidak dapat digugat.

“Rabun menjadi titik permulaan selepas ia, asalnya bagi slot Cerekarama di TV3 menjadi filem pertama Malaysia yang dicalonkan untuk kategori Filem Terbaik pada Festival Antarabangsa Torino 2003.

“Maka, kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan apabila beliau mengusulkan Mukhsin yang menggembirakan kami apabila ia merangkul penganugerahan antarabangsa, termasuk di Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-57 dan kini, Talentime.

“Pengiktirafan yang diberikan karyawan antarabangsa kepada Yasmin ikut memanfaatkan Primeworks Studio sebagai penerbit karya-karya bermutu, sekaligus mengangkat martabat perfileman tanahair di mata dunia.” katanya lagi.

Artikel disediakan oleh: Primeworks









GAMBAR-GAMBAR FILEM TALENTIME


BELAKANG TABIR FILEM TALENTIME

    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009

PREVIEW FILEM TALENTIME


AGENDA: Pratonton filem ketiga Yasmin Ahmad Talentime.
TEMPAT: Cineleasure, Damansara.
TARIKH: 11 Mac 2009


Klik untuk gambar besar..!!








KLIK DI SINI UNTUK GAMBAR-GAMBAR LAIN.


    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    Photo copyright myartis 2009

10 March 2009

NORMAN HAKIM BUKA WESTERN FOOD?

Selepas berlakon & menjadi model, kini Norman Hakim dikatakan membuka sebuah gerai Western Taste pula di kawasan Ukay Perdana. Benar atau tidak Allahualam... tapi signboard ini mungkin dapat menjelaskan segala-galanya.


Klik untuk gambar besar..!!






Sumber gambar: kiriman peminat melalui email...

    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009

05 March 2009

PELAKON AWAN DANIA??






    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009

03 March 2009

SERIBU IMPIAN - AF7

MARSHA, FARAH, DAFI DAN RIZ MENYANYIKAN LAGU SERIBU IMPIAN DENDANGAN CASEY BAGI MERAIKAN 20 PELAJAR AKADEMI FANTASIA 7 DI HOTEL PARKROYAL, KUALA LUMPUR.





KLIK UNTUK TONTON DI YOUTUBE


    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009

FASHA & RIZAL BERPARTI...

"Ratu Kontroversi’s picture, Fasha Sandha partied with Rizal Ashram Ramli Ngah Talib , 32. (ex husband Nora Danish) seem already missed in public. Although that picture not too friendly, however is already evidence that Fasha Sandha of course found Rizal openly" : Demikian kata pengirim email yang menghantar gambar-gambar ini. Memang gambar ini kelihatan gambar lama... tetapi ia tetap memberi seribu maksud yang tersendiri!!









(\__/)
(='.'=)
(")_(")
myartis 2009


SENARAI AWAL 20 PELAJAR AF7

Setelah menjelajah ke empat buah negeri mencari calon bagi juara baru Akademi Fantasia musim ketujuh, 20 orang calon-calon pelajar AF7 akhirnya telah diperkenalkan oleh Astro dalam sidang media (3 Mac 2009) di Hotel ParkRoyal Kuala Lumpur. MenurutPengurus Astro Ria, Khairul Mizan Shagul, tirai AF7 bahagian 1 dan 2 akan bersiaran pada 7 dan 8 Mac (Sabtu dan Ahad) pada jam 9 malam di Astro Ria.

Dalam Tirai tersebut, hanya pelajar yang benar-benar terbaik sahaja akan terpilih untuk meneruskan perjuangan di AF7 nanti. Bagaimanapun, bagi satu lagi kejutan iaitu siapakah pengetua baru AF7... Astro masih mahu merahsiakannya dan ia hanya akan terjawab selepas Tirai AF7 bermula.


Klik untuk gambar besar..!!










Untuk Senarai penuh pelajar: SILA KLIK DI SINI

    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    Photos & artikel Copyright myartis 2009