30 May 2009

BABAK SERAM FASHA SANDHA...

Fasha Sanda berkemban? Alah dah biasa tengok dah... tapi part mengangkang ni memang tak biasa lagi..!! Bila tengok cam ni, terasa macam nak tengok sangat babak yang akan dilakonkan oleh Fasha dalam Filem Skrip 7707 terbitan terbaru Grand Brilliance.

Dengar kata, filem tersebut akan ditayangkan pada 16 Julai 2009. Antara jalan ceritanya ialah berkisarkan adegan seram yang mengandungi sembilan cerita berbeza. Pasti ramai penonton akan terbeliak mata terutamanya penonton lelaki yang lemah semangat!!



    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009

28 May 2009

AKSI PELAKON JPBC

LOKASI: MUTIARA DAMANSARA
AGENDA: PREVIEW JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK
TARIKH: 27 MEI 2009



LISA SURIHANI










ZARINA AF2










AZLEE JAAFAR










    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009

23 May 2009

ENGKU ALEESYA... ANAK ERRA

Majlis cukur jambul yang telah diadakan di Restoran Puteri, Sungai Penchala berjalan lancar dan penuh berkat. Semoga anak Erra dan Emran terus sihat dan membesar menjadi anak yang berbakti kepada kedua ibu bapanya... Amin!!
















    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009

HAFIZ AF7 MASA KECIL



Memang comel Hafiz masa kecil... dan tiada siapa menyangka dia akan menjadi Juara AF7 suatu hari nanti. Semoga Hafiz akan terus menyinar dan menjaga tatasusila sebagai orang timur di dalam industri seni yang penuh cabaran ini..!!


22 May 2009

BEKAS DEWI REMAJA??

Untuk popular, ada kalanya manusia sanggup melakukan apa sahaja walaupun ia perbuatan yang dilarang oleh agama. Bagi mereka, peluk memeluk, cium mencium dan bergaulan di luar batasan merupakan perkara biasa atau tiket untuk meraih populariti.

Lebih dikesalkan, apabila ada segelintir ibu bapa yang seolah-olah menggalakkan perbuatan tersebut kerana mahu hidup senang. Mereka bukan mahu menegur, mahu menutup sebelah mata dengan alasan mahu memberi sokongan pada 'kerjaya seni' anak-anak..!!

Maka hasilnya... lahirlah artis, model atau personaliti yang hanya menyemak dan merosakkan industri seni negara.









    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009

13 May 2009

MEREKA TAK AMANAH - ERRA

Tidak amanah!! Demikian luahan Erra Fazira ketika ditemui disebuah pusat membeli-belah terkemuka di Mutiara Damansara. Luahannya itu berdasarkan penyebaran meluas gambar baby yang didakwa sebagai anaknya Engku Aleesya di internet baru-baru ini.

"Erra masih tak sempat buka komputer lagi... jadi Erra tak dapat sahkan bahawa gambar baby tu memang gambar baby Erra," ujarnya ketika diajukan soalan tersebut.

"Rasanya tiada rakan-rakan saya yang terlibat dalam perkara ini sebab mereka tak tangkap gambar. Mungkin ada petugas hospital yang menangkap gambar ketika itu tetapi saya tak tuduh mereka yang melakukannya," ujar Erra yang kelihatan sihat dan slim kembali selepas habis pantang.

Ditanya mengenai majlis cukur jambul, kata Erra majlis tersebut akan dilakukan di Restoran Puteri minggu hadapan. Tambah Erra, ia tidak dilakukan di rumah kerana terlalu padat dan bimbang tidak mampu menampung kehadiran media dan jemputan yang ramai.



Gambar baby yang didakwa anak Erra



ARKIB BERITA: BABY ERRA FAZIRA..???


    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009

12 May 2009

SYIRIK - BUKAN FILEM BIASA..??

Meskipun tidak gah sebagaimana tayangan filem-filem lain, namun tayangan media filem Syirik di Finas, Ulu Klang (12 Mei 2009) membuat penonton jadi terkejut, bangga dan memuji keberanian M. Subash. Ini kerana, filem yang kelihatan seram itu rupa-rupanya menyelitkan satu kelainan yang amat jarang dilakukan oleh segelintir penerbit dan pengarah filem tempatan.

Malah kalau sekali imbas, mungkin ada yang mengatakan Genius Parade 'gila' kerana menerbitkan filem seperti itu yang tidak tentu untungnya. Penyelitan mesej bagi menyatukan kaum di Malaysia disamping menyerap nilai-nilai murni dikalangan generasi muda pastinya amat sukar difahami bagi mereka yang sudah terbiasa menonton filem komersil.

"Kejayaan sebuah filem dapat diukur dengan pelbagai cara. Ada yang melihat dari segi pungutan di pawagam, ada yang melihat dari segi bilangan anugerah yang diperoleh. Tetapi bagi pihak Genius Parade, kejayaan filem adalah lebih kepada pengaplikasian tenaga dan minda secukupnya dalam tempoh yang singkat tetapi mampu menghasilkan produk yang cukup berkualiti dan layak dijadikan bahan rujuk untuk golongan pencipta filem," ujar Subash.

Tambahnya, "Tempoh penggambaran yang panjang bukannya lesen untuk menghasilkan filem yang bermutu dan bermesej. Apa yang Genius Parade inginkan adalah penghasilan filem yang bermesej tinggi dan mampu menjaga budaya bangsa dan sekaligus mempertahankan nilai-nilai yang semakin haus ditelan zaman. Jangan lihat filem sebagai filem murah atau mahal, lihatlah filem sebagai media membangunkan martabat dan memupuk semangat kekitaan.

"Penerapan nilai agama dalam apa cara sekali pun adalah aktiviti yang diredhai oleh Tuhan. Jadi pihak Genius Parade merasakan bahawa jika niat intuk menghasilkan sesuatu filem adalah baik, maka jumlah hari bukan menjadi suatu isu. Yang penting penggemblengan tenaga pelbagai pihak jika diberi tumpuan sepenuhnya dan mengikut jadual yang ditetapkan, semua dapat dihabiskan secepat mungkin.

"Jika para pelakon juga diberi skrip awal dan diberi asuhan yang sempurna, semua yang ingin dicapai dapat dilaksanakan," ujarnya.

Syirik yang dijangka bakal ditayangkan pada Julai ini sebenarnya memerlukan pengertian mendalam untuk difahami. Bak kata pepatah, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya?



Selepas cacat... kini Subash membawa watak wanita pula











..................................................................................................


EKSKLUSIF!
M. Subash dalam satu pertemuan dengan myartis telah mengakui memeluk Islam. Beliau kini adalah M. Subash Bin Abdullah. Diminta mengulas lanjut mengenai perkara itu, katanya hatinya mula terbuka untuk menerima Islam ketika mendapat hidayah melalui mimpi yang membuat hatinya tidak tenang.

Selanjutnya, dia mendapat petunjuk daripada Allah SWT apabila membuat penggambaran filem Pencil. "Ketika itu saya kerap melihat satu cahaya terang daripada sebuah masjid. Entah bagaimana, saya jadi cinta pada agama Islam dan mendapat bimbingan daripada seorang Ustaz," katanya.

Sementara itu, Penerbit filem Pencil, Surenther juga secara terangan mengakui akan turut mengikut jejak langkah Subash tidak lama lagi. Dia bagaimanapun enggan menjelaskan perihal tersebut dengan lebih lanjut.

Dua sahabat... satu jiwa!

........................................................................................................



GAMBAR LAIN: KLIK UNTUK BELAKANG TABIR FILEM SYIRIK

ARKIB BERITA: SELEPAS PENSIL, KINI SYIRIK...

ARKIB VIDEO: Trailer filem Syirik


      (\__/)
      (='.'=)
      (")_(")
      Photo Copyright myartis 2009

    11 May 2009

    MAWI DAN EKIN DI KK..

    Benarkah dakwaan segelintir pihak yang Mawi hanya mengutamakan keluarga sebelah Ekin sahaja?? Malah dakwa mereka lagi, keluarga belah Mawi amat jarang dibawa makan angin seperti keluarga Ekin..!!

    Tapi untuk yang mendakwa demikian, pesan myartis: kita harus bersangka baik pada Mawi kerana penghakiman kita tidak boleh berdasarkan pada gambar semata-mata. Mungkin keluarga belah Mawi tidak gemar makan angin atau kesihatan ibunya tidak mengizinkan Mawi berbuat begitu.

    Ini kerana, berdasarkan ikatan kekeluargaan Mawi sebelum ini, dia merupakan anak yang amat setia dan menyayangi ibunya. Oleh itu, tidak mungkin Mawi akan berat sebelah sebagaimana yang didakwa kerana 'air yang dicincang tak akan putus'..!!











    Photo credit to Vie's fb


      (\__/)
      (='.'=)
      (")_(")
      myartis 2009

    PENJELASAN AKHIL HAVY - ISU LEPAK...

    "DON'T wake up the sleeping dog," demikian ujar AkhilHayy, 40, ketika ditanya perihal kontroversinya yang tidak pernah surut oleh wartawan. Dia yang tidak habis-habis dilanda kontroversi dengan Waheeda, 31, turut dipetik sebagai berkata akan menyampah melihat dirinya sendiri jika cakap lebih mengenai perkara itu.

    Tambahnya lagi, gosip antara dia dan Waheeda merupakan ujian paling besar dalam hidupnya.

    "Dengan kecanggihan dunia Internet, orang boleh buat apa sahaja. Mereka bebas menyiarkan gambar. Bukan industri seni sahaja tetapi semua termasuk politik," ujarnya.

    "Ana tidak faham, kenapa orang mahu kecoh-kecoh. Bukan ana pegang si Wawa (panggilan Waheeda) pun dalam gambar tu. Lepas itu mereka kaburkan gambar dua orang lagi. Kenapa?," Akhil bertanya kembali.

    "Jawapan bagi persoalan ini (hubungan dengan Waheeda) tidak ada. Jadi jangan direka-reka.

    "Ini semua dugaan bagi ana. Ana terima," terang Akhil lagi yang menyatakan dia tidak rimas dengan pertanyaan umum. Baginya, selagi orang bertanya maka selagi itulah orang mengambil tahu akan dirinya.

    "Agaknya kalau ana hanya berdakwah di dalam masjid dan surau, sudah tentu tiada cerita kontroversi ana. Tiada ada orang mahu fitnah itu dan ini.

    "Ana mahu orang lebih ambil tahu akan dakwah dan karier ana. Ana takut orang menyampah pula dengan ana disebabkan kontroversi demi kontroversi," kata Akhil lagi.

    Dia kemudian menyeru agar umum tidak menghukum dirinya. "Cukuplah dengan mengkritik, bukan menghukum kerana yang boleh menghukum hanya Allah. Bila ada bukti jelas, nyata dan terang maka barulah mereka (masyarakat) boleh bersuara dan menghukum," ujarnya dipetik sebagai berkata.



    ARKIB : AKHIL HAVY DAN WAHEEDA??


      (\__/)
      (='.'=)
      (")_(")
      myartis 2009

    06 May 2009

    AKHIL HAVY DAN WAHEEDA??

    Gosip bertiup kencang mengatakan gambar ini adalah gambar Akhil Hayy & Waheeda sedang lepak-lepak di tepi Pantai. Namun, tidak dapat dipastikan apakah ia ada kena mengena dengan rancangan Cafe nya di Astro atau sekadar bergambar kenangan. Allahualam..!!













      (\__/)
      (='.'=)
      (")_(")
      myartis 2009

    01 May 2009

    STEVEN & MAYA KARIN...

    Memang jarang nak lihat pasangan ini jalan bersama atau muncul bersama dalam sesuatu majlis selepas berkahwin. Maklumlah... masing-masing sibuk dengan tugas! Apa-apapun, mereka tetap sweet couple dan moga terus berbahagia hingga akhir hayat.











      (\__/)
      (='.'=)
      (")_(")
      myartis 2009