25 August 2009

PENGAKUAN 'BERANI MATI' FASHA...

Berikut adalah pengakuan berani mati pelakon Fasha Shanda mengenai hubungan cintanya dengan beberapa lelaki popular termasuk VIP. Kesimpulannya, kita harus terima dengan hati terbuka pengakuan tersebut yang melambangkan keberanian Fasha mengakui atau menidakkan pelbagai gosip dan khabar angin yang melanda. Pengakuan tersebut adalah dipetik daripada: http://www.myspace.com/angel_fasha

Salam Ramadhan buat semua sahabat yang saya sayangi di Myspace. Terima kasih kerana masih sayangkan saya, masih ambil tahu tentang perkembangan saya, masih menghantar comments dan masih bertanya khabar mengenai saya sehingga ke hari ini. Maafkan saya, tak dapat balas semua. Insyaallah jika ada kelapangan saya akan balas dan approve semua friend request. Insyaallah esok jika ada kelapangan saya akan upload gambar2 terbaru ya..

Saya sudah selesai shooting filem ‘4 madu’ arahan prof razak, drama ‘lakar’ arahan aziz m osman dan drama ‘madu di tasik hempedu’ arahan murali. Drama bersiri ‘cuci2 the series’ akan ditayangkan di rtm tak lama lagi. Jangan lupa tengok ya dear!!

Perkembangan terbaru, saya baru selesai pengambaran iklan Habib jewel. 25hb august saya akan mula shooting drama terbaru saya untuk tv3 yang bertajuk ‘akulah perempuan itu’ arahan fairuz loy. Akhir September nanti saya akan memulakan pengambaran filem terbaru saya yang bertajuk ‘langkawi kamikaze’. Alhamdulillah, masih ada rezeki dalam bidang ni walau macam2 cerita tak enak tentang diri saya diperkatakan banyak pihak baru2 ni.

Saya dapat macam2 pertanyaan dari anda semua tentang hubungan saya dengan rizal ashram (jejai) dan juga tentang perkahwinan saya dan ekuin Negara qabil. Jadi,dengan kesempatan yang ada di buletin ni, biar saya jelaskan kepada semua sahabat yang betul mengambil berat tentang diri saya. Terima kasih kerana bertanya pada saya,ini menunjukkan anda semua masih sayang dan ingin mengambil tahu tentang diri saya. Love u all my friends!!

JEJAI

Saya amat terkejut dengan penyebaran gambar2 saya bersama jejai di internet kebelakangan ini...saya tidak tahu apa motif penyebaran gambar saya dengan dia. Ya, Memang saya pernah berkawan rapat dengan rizal ashram (jejai). Saya mengenali jejai sejaktahun 2005 sebelum dia berkahwin dengan nora Danish. Harus saya jelaskan disini,memang saya tidak pernah bercinta dengan jejai ketika dia masih suami nora Danish.

Saya dan jejai menjadi rapat sejak januari tahun ini iaitu 6 bulan setelah Nora Danish bercerai. Dia adalah teman rapat saya pada ketika itu. Kami selalu berjumpa dan dia adalah lelaki yang istimewa utk saya pada ketika itu.

Memang betul, jejai pernah melamar saya. Dia melamar saya pada tanggal 3 january awal tahun 2009. Saya beritahu mama dan keluarga tentang perkara ni tapi mereka menentang. Saya yakin keluarga jejai juga tentu tidak suka dengan hubungan ini kerana jejai sudah punyai seorang anak hasil perkahwinan dengan nora. Tetapi itu semua kisah lama, kami sudah tidak rapat seperti dulu lagi kerana mama saya menghalang saya terlalu rapat dengan jejai diatas macam2 sebab. Saya menghormati permintaan ibu saya kerana saya terlalu sayangkan mama saya. Mama adalah nyawa saya. Saya sanggup mati demi mama.

Saya faham, sebagai seorang ibu, mama mahukan yang terbaik untuk masa depan saya. Mama sedih setiap kali orang berkata yang tidak baik tentang diri saya. Orang menuduh saya punca penceraian Nora dan jejai sedangkan orang tidak tahu cerita yang sebenar.. Walaupun hubungan kami dihalang, Saya dan jejai terusberhubung sehinggalah pada tanggal 11 feb, saya mengambil keputusan untuk tidak mahu meneruskan apa2 hubungan dengan jejai lagi keranaterlalu tertekan. Saya terlalu tertekan kerana saya dipersalahkan sedangkan orang tidak tahu perkara sebenar. Kami tidak berhubung selama hampir sebulan sehinggalah pada 7 march, jejai menghubungi saya dan merayu2 supaya memaafkannya. Ketika itu saya berada di Pasir Gudang, Johor.. Jejai terus menghantar sms dan menghubungi saya setiap hari selepas itu walaupun saya tidak peduli dengan rayuannya. Pernah juga jejai menunggu dihadapan rumah saya selama 4 jam untuk bercakap dengan saya. Jejai tetap mahu saya berkawan dengannya walaupun tidak jadi seperti dulu. Saya setuju setelah berminggu-minggu dia memujuk saya.

Walaupun sudah tidak ada sebarang hubungan istimewa, saya dan jejai masih berkawan selepas itu. Di mata saya pada ketika itu, dia seorang lelaki yang baik , selalu mengambil berat tentang diri saya dan keluarga dan saya tahu dia perlukan saya dalam hidupnya sebagai seorang kawan. Walaupun ramai org berprasangka yang tidak elok ttg dirinya ., saya tetap berkawan dengan jejai ketika itu. Pernah juga kami mencuba utk kembali bersama selama beberapa kali tetapi gagal. saya rasa masyarakat tidak harus menunding jari pada sesiapa tentang penceraian Jejai dan isterinya. Hanya mereka berdua yang tahu apa yang tidak kena pada rumahtangga mereka. Lagipun soal jodoh, ditangan tuhan.

Tidak dinafikan, saya menjadi mangsa tuduhan,. sering dihina dan sering difitnah. Macam2 fitnah orang lemparkan pada saya tapi saya bersyukur pada yang maha Esa kerana keluarga, teman2 rapat saya masih mempercayai saya kerana mereka tahu perkara sebenar yang berlaku antara saya dan jejai. Mereka adalah saksi saya.

Kesimpulan tentang hubungan saya dan Jejai, kami pernah menjalinkan hubungan istimewa sebelum ini, tetapi kami hanya berkawan selepas itu sehingga tarikh 18 August 2009. Sekarang tidak berhubung lagi. End.

QABIL AMBAK

Sayamengenali Qabil Ambak pada August 2008 di Polo Gala dinner. Saya diperkenalkan oleh rakan saya yang bernama Faris. Faris yang menjemput saya ke majlis polo tersebut. Ketika pertama kali pertemuan kami, jejai turut berada di sana. Saya ke majlis tersebut bersama kakak angkat saya iaitu maria farida. Selepas majlis tersebut, kami menjadi kawan dan berhubung melalui sms. Dia sering bertanya khabar dan begitu juga saya. Saya pernah pergi ke rumah Qabil dan pernah berjumpa famili Qabil di open house pada hari raya ke3 tahun lepas. Kami menjadi kawan baik dan lebih rapat selepas Qabil datang membantu saya di SJMC dan Damansara specialist pada 12 feb 2009. Saya terpaksa ditahan selama 2 hari di hospital kerana mengambil pil tidur berlebihan. Saya mengalami insomnia pada ketika itu kerana tekanan perasaan yang saya hadapi menyebabkan saya sukar untuk tidur. Qabil adalah sahabat yang paling rapat dengan saya pada waktu itu sehingga ke hari ini. Kami pernah membincangkan bermacam2 topik tentang kehidupan. Dia seorang yang positif dan mengajar saya untuk menjadi seorang yang positif. Kami berhubung setiap hari sekarang walaupun jarang berjumpa. Dia juga baik dengan keluarga saya. Dia adalah lelaki yang rajin bekerja dan seorang pendengar yang baik. Dia juga sering memberi nasihat pada saya supaya menjadi seorang yang lebih baik. Semoga persahabatan kami berkekalan.


KAHWIN

Ini adalah pengakuan saya yang iklas. Sepanjang hidup saya, sudah 4 kali saya dilamar untuk dijadikan isteri dan sudah 4 kali saya menerima cincin..

Lamaran pertama adalah pada tahun 2007 oleh Ally Iskandar. Saya menolak secara baik walaupun mama dan keluarga sukakan Ally. Saya menolak kerana kerana saya hanya menganggap dia sebagai seorang abang. Dia terlalu baik untuk saya.

Lamaran ke2 adalah daripada seorang VVIP yg sangat dikenali dari Brunei pada pertengahan 2007. Saya menolak kerana saya langsung tidak mengenali vvip tersebut. Dia seorang peminat (tak mungkin saya ingin berkahwin dengan orang yang saya langsung tidak kenal).

Lamaran ke3 adalah daripada Jejai pada Januari 2009. Saya mengambil masa yang panjang untuk berfikir tentang perkara tersebut kerana terlalu banyak masalah yang akan saya hadapi sekiranya saya berkahwin dengan jejai.

Lamaran yang ke 4- pada pertengahan Mac. Siapa lelaki itu? Siapa lelaki yang akan menjadi suami saya? Insyaallah, saya akan umumkan pada hujung tahun ni. Saya Cuma minta agar jangan diberikan sedikit masa diatas sebab2 tertentu. Saya hanya menunggu masa yang sesuai . Doakan agar tidak ada aral yang akan menganggu hubungan kami. Bukan saya tidak mahu berterus terang sekarang,.. saya khuatir jika saya beritahu sekarang, perkara lain pula akan jadi. Lebih elok saya umumkan apabila masa yang sebenar sudah hampir tiba. Apapun, Kita hanya mampu merancang. Tuhan yang menentukan


CINTA

Cinta saya adalah pada kerjaya saya, keluarga saya iaitu mama, daddy, farra sandha, fasyina sandha, Daniel, elisya sandha, mahsuri, dani raiyan, amirul, Pengurus saya, Nik yasmin dan p.a saya iaitu Jane Thomas.

Sahabat karib saya sejak dibangku sekolah lagi iaitu nana, kakak angkatsaya,Maria Farida.adik angkat saya iaitu Natasha dan jimbit, juga Kawanbaik saya saerah dan Hafiz.

Tak lupa, Cinta sayapadaTeman2 saya di myspace yang selalu bagi semangat pada saya. Semogake temu lagi. Salam ramadhan. Terima kasih kerana sudi mendengar luahan hati saya.

Terima kasih juga pada bloggers yang tidak jemu2 menghentam saya. Menabur fitnah. Memburukkan saya. Selagi anda masih menulis tentang saya (samada baik atau buruk), ianya membuktikan anda masih ingin ambil tahu tentang saya. Walaupun apa yang anda tulis adakalanya membuat saya menangis, saya tetap hargai.

Thanks again,

Nur Fasha Sandha
http://www.myspace.com/angel_fasha

ARKIB BERITA: LAGI AKSI FASHA DAN JEJAI


    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009

24 August 2009

SAYANG... MARSHANDA DIDAKWA GILA!!

Sudahkah anda menonton Video Marshanda yang didakwa Gila sambil Mabuk Nangis? Bila menonton video tersebut, alangkah sayangnya melihat bakat yang dipersiakan oleh pelakon berbakat yang popular dengan sinetron Bidadari, Putri Yang Terbuang, Solehah dan terkini Aqso dan Madina itu.



Antara yang paling hangat ialah video berjudul who do you think you are?. Ia membuat kita termenung sejenak dan berfikir, benarkah marshanda gila? Malah ada juga berita yang mengatakan bahawa marshanda mereng kerana menggunakan dadah! Allahualam...!

Meskipun video tersebut telah dibuang oleh Marshanda sendiri, namun hingga kini masih banyak pihak yang menyebarkannya dan tertanya-tanya tentang motif dan tahap kesihatan Marshanda.

"Kelihatannya dalam Sinetron Marshanda amat baik dan alim. Saya bagai tak percaya dia berkelakuan begitu dan sikapnya amat berbeza sekali berbanding lakonannya," ujar seorang peminat.

Bagaimanapun, menurut Pengurus artis itu, Marshanda sekadar tertekan dan dia telah mendapatkan rawatan di hospital. Beliau yang ditemai oleh ibu pelakon terbabit yang kelihatan sugul menerangkan perkara ini dalam satu wawancara TV.

Berikut adalah transkrip dendam Marshanda di dalam videonya:

"Buat semua yang nyakitin guee ...
Lagu ini kayanya paling cocok buat temen temen SD gue, yang musuhin gue waktu gue SD, gue ngga punya temen, gue struggle kaya orang gila disekolah gue sendiri, yang jahat jahat.

Adinda Mutiara Sabila Purnomo Sidi, makan Neeeh!! dan semua temen temen loe yang ngikutin loe!

Gue tau, loe ketua, loe apa gila loe, loe paling jago dari kelas 1 mpe kelas 6 loe rangking 1 terus. Whooo mantab selamat yah

Loe? loe add gue di facebook, gue aproove loe man?

sama antita, ya alloh cewe paling cantik seduania gitu dheee , ada tuh tita gitu, ada cewe baru masuk kelas 3 gitu dhee...

Udah deh .. pokoknya dia ngerasa dia paling keren gitu dhee dari gue gitu dhee.

Sama Muhammad Zaffi Widodo yang pernahah insult gue ngajak gue ke depan kelas ? inget loe ngapain??

Sok ganteng loe fii, jijie tau ngga.. jijie .. whooeeekk!!!

Groove it! im a Groove Man!""

no offense for anyone



who do you think you are?
TONTON VIDEO DI YOUTUBE:
http://www.youtube.com/watch?v=AYK5CejqqG0




Marshanda nangis sakan
TONTON VIDEO DI YOUTUBE:
http://www.youtube.com/watch?v=a7l540pgp64

    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009

21 August 2009

BEGINIKAH KARTIKA DI ROTAN??

Model Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, yang bakal di sebat enam kali dalam penjara wanita kerana meminum arak merupakan wanita muslim pertama yang menerima hukuman rotan mengikut undang-undang Islam. Beliau yang turut didenda RM5,000 telah mengaku salah meminum arak di kelab malam sebuah hotel di Pahang tahun lepas.



Persoalannya sekarang, bagaimanakah hukuman rotan tersebut bakal dilaksanakan? Adakah ia sama dengan hukuman rotan yang dikenakan terhadap penjenayah sebelum ini iaitu sebatan dipunggung?

Sekiranya sama, maka gambar ini merupakan gambaran apa yang bakal dilalui oleh Kartika dan ia sepatutnya diambil iktibar oleh seluruh umat Islam. Allahualam..!!

Nota: Sumber gambar adalah daripada hukuman rotan sebenar banduan Penjara Seremban yang diambil dari YouTube.




Klik untuk gambar besar...












.

    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009

20 August 2009

VIDEO LUCAH MIRIP MANOHARA TERSEBAR??

JAKARTA – Klip video lucah wanita mirip model terkenal, Manohara Odelia Pinot tersebar di Indonesia menerusi telefon bimbit, laporsebuah akhbar semalam.

Manohara yang merupakan isteri Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry berkata, dia belum lagi melihat video itu.



Ketika diminta pendapatnya berhubung video selama 11 minit itu, Manohara berkata: “Mano belum dengar mengenai video tersebut.”

“Mungkin itu kebetulan mirip dengan Mano saja,” kata model yang jadi bintang klip video dan drama itu.

Di Jakarta, Manohara yang berumur 17 tahun menggelar dirinya sebagai Mano.

Manohara mendapat liputan meluas di Indonesia selepas ibunyamendedahkan anaknya itu didera oleh suaminya selepas mereka berkahwin

    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009

TARIAN 'LUCAH' DI VIDEO KLIP HAFIZ?

Ramai yang masih 'kurang jelas' dengan motif tarian ala-ala lucah dalam video klip 'Masih Jelas' nyanyian Hafiz AF7. Dakwa segelintir pihak, tarian tersebut sebenarnya 'tidak perlu' dan agak keterlaluan bagi artis Melayu dan pendatang baru seperti Hafiz.

Bagaimanapun, untuk mentafsirkannya sendiri dengan 'lebih jelas'... anda boleh menontonnya dalam YouTube ini:
http://www.youtube.com/watch?v=0LIfVb9Up1o











    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009

14 August 2009

MANOHARA... MESRA BERSAMA ANJING

Nampaknya, Manohara kita ni lebih mesra dan begitu manja dengan anjing. Mungkin baginya kini, anjing lebih suci dan memahami dirinya. Mungkin juga, Manohara ingin melepaskan rindu dendamnya pada anjing setelah sekian lama terikat dengan ikatan perkahwinan.

Persoalannya sekarang, kebebasan seperti inikah yang diinginkan oleh Manohara atau nama penuhnya Manohara Odelia Pinot selama ini?

Dalam hal ini, ia membuat kita sedar bahawa inilah yang bakal berlaku sekiranya manusia ingin terbang bebas mengejar kemewahan dan populariti. Bak kata pepatah, buat baik berpada-pada... buat jahat jangan sekali... Allahulam..!!


Klik untuk gambar besar...



Klik untuk gambar besar...



Klik untuk gambar besar...



Klik untuk gambar besar...



Sumber gambar: email


ARKIB: BACA JUGA - MANOHARA DAN BLACKBERRYNYA...


    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009

09 August 2009

LAGI AKSI FASHA DAN JEJAI

Aksi berdua mereka dalam merdeka millennium endurance race... Mungkin teman tapi mesra agaknya!!





    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009