29 December 2009

ANAK PENYANYI DANGDUT BERSOSIAL..??

Bak kata pepatah, melentur buloh biar dari rebungnya! Kiasan ini sebenarnya bertepatan sekali dengan anak lelaki penyanyi dangdut (juga lelaki) yang popular sekitar tahun 90-an ini. Lihat sahajalah aksinya yang sedang bersosial bersama rakan-rakan sebaya, bagai tiada agama layaknya! Insaflah... kita hidup bukan selamanya!!


Klik untuk gambar besar..!















    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2009

27 December 2009

MEMEY, NORMAN & ANAK-ANAK...

Ewah-ewah... bukan main mesra lagi si Memey dengan anak-anak Norman Hakim ni! Macam suami isteri kemesraan mereka tu walaupun kes mahkamah syariah yang melibatkan mereka berdua masih belum selesai lagi. Baguslah tu Memey... sekurang-kurangnya Memey sudah mendalami satu ilmu bagaimana mahu menjadi isteri mithali satu hari nanti.

"Apa pun, susah sebenarnya bila bercakap tentang hal jodoh ini kerana kita tidak boleh meramal apa yang akan berlaku. Walaupun saya cakap belum tiba masanya untuk berkahwin, tapi siapa tahu entah esok lusa, sampai 'seru' kami berkahwin.

"Mula-mula dulu, kami fikir, ingin selesaikan dulu kes khalwat yang disabitkan ke atas kami, yang mana ia masih dalam perbicaraan lagi dan selepas habis, barulah fikir tentang hal lain. Tapi, sekarang ini tak tahulah pula macam mana kerana mungkin juga perjalanan kes ini akan memakan masa yang lama," ujar Memey dipetik sebagai berkata.


Klik untuk gambar besar...!















    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2009

23 December 2009

ADIK DAFI LEBIH ADVANCED...!!

Dafi, nama yang tidak asing lagi bagi peminat setia Akademi Fantasia. Umum memang sedia maklum, Dafi pemalu orangnya dan hingga kini masih belum mempunyai teman wanita yang serius lagi. Namun begitu, adik penyanyi itu, Nashriq yang masih di bangku sekolah menengah lebih hebat daripada Dafi sendiri.

Lihat sahajalah foto-foto ini bagaimana Nashriq memeluk erat teman wanitanya yang bukan mukhrim. Sayang seribu kali sayang, getahnya pasti sedikit sebanyak terkena pada Dafi dan yang paling teruk ialah bapanya yang bergelar wakil rakyat!


Klik untuk gambar besar...!













    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2009

17 December 2009

USTAZ AKHIL... DULU-DULU

KENANGAN LALU:

Akhil Hayy satu ketika dahulu pernah menganggotai D’Riyadh, bermula sebagai band kenduri kahwin danpada tahun 1988. Kumpulan itu memenangi pertandingan Bintang Box Office anjuran PMC atau lebih dikenali sekarang sebagai BMG.

Dibawah bimbingan Ali bakar, mereka sempat melahirkan tiga buah album iaitu Hikayat Rock (1988), Pancakaradia Cakerawala (1989) dan Media 88/89 (1990). Seterusnya, pada tahun 1991 kumpulan D’Riyadh akhirnya berpecah.

Kini, Akhil Hayy sudah dikenali sebagai Ustaz Akhil Hayy Rawa yang sering memberi bimbingan dakwah di TV mahupun DVD. Ayuh kita lihat penampilan Akhil sebelum beliau bergelar Ustaz...


Klik untuk gambar besar...!





    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2009

MODEL IKLAN MANDI SAKAN...

Gambar model Iklan minuman kesihatan yang sedang bersosial ini sudah hampir setahun dirakam. Namun apa yang hendak disampaikan, kita selalu lupa asal usul hingga mengikut hawa nafsu yang mendorong kemaksiatan. Model atau artis bukan tiket untuk melakukan perkara sumbang yang dilaknat Allah. Bak kata Nabil: "Lu fikir la sendiri!"


Klik untuk gambar besar..!











    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2009

12 December 2009

AEIN IKUT JEJAK EKIN...

Selepas Ekin mendirikan rumah-tangga bersama Mawi, kini tiba giliran kembarnya pula iaitu Aein melangsungkan pernikahan di shah alam, Selangor. Sebagaimana Ekin, harapan kita semoga pasangan pengantin baru ini berbahagia selamanya...


Klik untuk gambar besar...













    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2009

09 December 2009

PERKAHWINAN SELEBRITI TV3

Majlis perkahwinan selebriti Tv3 Nazrah Nur, bertempat di Kulai, Johor Bahru yang berlangsung pada 4 - 6 Disember lalu.











    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2009

08 December 2009

AHLI KELUARGA PAK NIL...

Mungkin tak ramai yang berpeluang melihat gambar keluarga Aznil Haji Nawawi yang kini makin sibuk dengan kerjaya seninya. Berikut adalah gambar Pak Nil dan ibunya Hajah Norbaiti binti Haji Surur dan anak-anak kesayangannya.








Bersama bekas isteri... (bawah)



    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2009

MAJLIS PERSANDINGAN LAN KRISTAL..

Majlis Persandingan Lan Kristal dan Ain yang diadakan di Kampung Seri Aman, Batu 13, Puchong, Selangor. Semoga kekal hingga ke anak cucu. Amin...!


Klik untuk gambar besar..



















Kredit to: redmoskito


    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2009