22 June 2009

WAJAH BAKAL SUAMI SERINA CHEF WAN...

Baru-baru ini media melaporkan Selebriti terkenal Chef Wan memang cerewet bab memilih menantu. Chef Wan dikatakan susah untuk berkenan dengan calon menantunya, tidak kira samada orang itu berharta atau berkedudukan, bujang ataupun duda.

Kriteria yang diinginkannya belum tentu dapat dipenuhi oleh teman lelaki anak dara kesayangannya, Serina. Namun entah bagaimana, tembelang akhirnya pecah apabila gambar bakal menantu Chef Wan yang digosipkan dari London itu tersebar jua...

Kata segelintir pihak, patutlah Chef Wan menyorokkan wajah bakal menantunya itu daripada pandangan umum... rupa-rupanya betul 'mat salleh' daaa... Aik..!! segan ke atau sengaja nak merahsiakan wajah menantu yang putih melepak tu? Iyalah... bak kata orang, yang dekat tak hendak... yang jauh jua berkenan di hati!

Apa-apa pun, kita doakan sahaja agar Serina panjang jodohnya dengan 'Mat Salleh' yang menjadi pujaan hatinya itu pada Januari 2010. Lepas ni, senanglah Chef Wan nak keluar negara sebab ada bakal menantu yang menemani... tak gitu?



    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009

15 June 2009

GAMBAR KAHWIN EJA??

Akhirnya Eja membuat pengakuan yang dia sebenarnya sudah berkahwin sejak 12 tahun lalu dan kini sedang mengandung empat bulan. Bak kata pepatah, 'bangkai yang disorok di bawah karpet pasti akan berbau jua'.

Pengakuan Eja itu pasti ada sebab tertentu tetapi dia pasti tahu apa hukumnya mengatakan belum berkahwin sedangkan sudah berkahwin selama ini? Apa-apapun, ayuh kita buang yang keruh dan ambil yang jernih... Moga Eja sedar atas kesilapannya dan bersedia meminta maaf sekiranya pernah terlanjur kata..!!



Benarkah ini gambar perkahwinan Eja?? - Klik untuk gambar besar...


ARKIB MYARTIS:
JANGAN JATUHKAN MARUAH SAYA - EJA


    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009

12 June 2009

RUMAH SOFEA DI LELONG..??

Dapat cerita ni dari email... entah betul entah tidak! Tetapi, jangan kita mencebik apabila membacanya kerana mungkin hari ni hari dia... hari kita pula mungkin esok atau lusa! Bukan apa, bank bank di Malaysia ni memang cekik darah hinggakan bunga yang mereka makan melampaui batas bayaran. Akibatnya, pembeli terpaksa menanggung kerugian apabila rumah yang dibayar selama bertahun atau berpuluh tahun di lelong disebabkan sifat tamak bank yang mahu mengaut untung...


Reserve Price: RM 116,640.00
Descrition : 3 bedroom condominium
Address: Unit No. B-2-01, 2nd Floor, Block B, Impian Selatan Condominium, Taman Bukit Mewah, Jalan Bukit Antarabangsa, Bukit Antarabangsa, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan
Land/Floor Area: (approximately in sq. feet)1,281 Sq. Feet.
Loan Agreement And Deed of Assignment both dated the 17th day of August 1993
Assignor/Borrower : Sofia Jane Hisham [NRIC No : A2400394]
Solicitor : M/S Harcharan S Sidhu & Associates
Auction Date: 08/06/2009



Full Name : Sofea Jane Hisham
Place of birth : London,England
Race : Malay
Language : English, Malay
Career : Actor


    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009

06 June 2009

PERKAHWINAN NANA DAN BRIAN

Semoga berbahagia hingga ke anak cucu..!!







    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009

03 June 2009

BILA ARTIS BERSOSIAL...

Alangkah elok sekiranya masa yang terluang dihabiskan membuat amal ibadah. Ni tidak, mereka sebaliknya berhibur sakan bagaikan akan hidup seribu tahun lamanya!

Kalau remaja tak kisahlah, sebab mereka mudah hanyut dan terikut-ikut... ni tidak, ada segelintirnya yang dah jadi mak budakpun masih terkinja-kinja..!!

Tapi sebagai bersangka baik, mungkin gambar ini gambar lama dan mak mak budak ni kemungkinan dah insaf sekarang... Insa'Allah!











    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009