Friday, July 03, 2009

REBECCA NUR ISLAM?

Nama memang sedap, Rebecca Nur Islam... tetapi gaya posing dan gaya persembahannya tidak mencerminkan nama tersebut. Begitulah aksi bekas teman wanita arwah Hani Mohsin ini yang kini sudahpun mempunyai cahayamata 'angkat'.

Harapan kita, semoga Rebecca Nur Islam sedar bahawa namanya membawa imej besar dalam keluarga dan agamanya. Oleh yang demikian, setiap perbuatan dan penampilan haruslah seiring dan wajar dengan 'amanah' yang diberikan oleh ibu-bapa.





    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009

Thursday, July 02, 2009

DEE OHH.. DEE..!!

Satu ketika dulu, Pengacara dan pelawak popular Dee, pernah menafikan sekeras-kerasnya yang dia seorang pondan. Dakwanya, dia adalah lelaki sejati dan tujuan berpakaian wanita hanyalah untuk mencari makan dalam dunia hiburan.

"Saya buat begini kerana permintaan," ujar Dee atau nama sebenarnya Syed Muradzi Syed Shamsul, 47. Tambahnya, permintaan menjadi pengacara berpakaian wanita lebih banyak daripada berpakaian lelaki.

"Beginilah, kalau kita terlalu lurus ketika membuat persembahan, jenaka yang straight forward, orang akan lekas bosan. Saya akui, dalam persembahan saya, memang ada jenaka saya yang double meaning. Tapi, double meaning saya itu bergantung kepada pemikiran orang yang menontonnya, tapi asasnya adalah untuk bergelak ketawa.

"Apabila kita rasa benda itu kotor, kotorlah jadinya. Misalnya kalau saya pakai pakaian perempuan, lepas tu saya sebut perkataan pisang atau burung, kalau pemikiran kita kotor, maksudnya dah jadi lain.

"Bagi saya, tak semua jenaka yang ditampilkan berbaur lucah, umpamanya kalau penonton kita adalah sultan, menteri dan VIP yang lain. Apa yang saya tuturkan, kenalah beralas. Tapi, apabila penonton persembahan saya terdiri daripada golongan remaja, mereka lazimnya lebih suka kalau saya buat jenaka yang double meaning," jelas Dee dipetik sebagai berkata.

Bagaimanapun, gambar terbaru ini seolah-olah menidakkan pengakuan Dee itu apabila dia seperti sudah mempunyai 'buah dada'. Mungkinkah penampilan wanita yang dibawakan oleh Dee telah 'memakan' dirinya sendiri? Allahualam...



    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009

Related Posts with Thumbnails
Loading...