25 September 2009

SITI, PALING TERMAHAL..!!

Datuk Siti Nurhaliza merupakan penyanyi paling termahal di Malaysia dari segi bayaran untuk membuat sesebuah persembahan nyanyian. Ia kemudian diikuti pula oleh Datuk Sheila Majid, Anuar Zain dan juga Jaclyn Victor yang turut dikatakan mencecah angka puluhan ribu.

Berikut adalah perbandingan harga antara artis tersebut:



DATUK SITI NURHALIZA
* RM45,000 untuk persembahan selama 30 minit
* RM70,000 untuk persembahan selama 1 jam


DATUK SHEILA MAJID
* RM35,000 untuk persembahan selama 30 minit
* RM55,000 untuk persembahan selama 1 jam


ANUAR ZAIN
* RM25,000 untuk persembahan selama 30 minit
* RM55,000 untuk persembahan selama 1 jam


JACLYN VICTOR
* RM18,000 untuk persembahan selama 30 minit
* RM30,000 untuk persembahan selama 1 jam

    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009

22 September 2009

SEJUTA MENONTON JIN NOTTI?

Kira-kira sejuta penonton telah menonton Jin Notti pada Hari Raya pertama di 70 pawagam seluruh negara.

"Syarikat kami memang mensasarkan satu juta penonton pada hari pertama dan yakin sasaran ini telah dicapai," ujar Ketua Pemasaran dan Peruncitan KRU Studios, Ayu Ramli.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KRU Studios, Norman Abdul Halim amat gembira dan bersyukur dengan kejayaan filem ini. Jin Notti yang dibintangi oleh Mawi, Farah Fauzana, Cat Farish dan ramai lagi berjaya menawan hati penonton yang sebelum ini telah mengetahui kualiti filem-filem terbitan KRU seperti Cicak Man dan lain-lain.




    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009

11 September 2009

INFO: DRAMA INTERNET MAKIN HANGAT..

Karyawan terkenal, QuaChee kembali lagi dengan karya terbarunya bagi mempromosikan Malaysia. Jikalau sebelum ini, QuaChee mempromosikan Malaysia melalui media cetak, kini QuaChee menggunakan media baru untuk mengetengahkan drama bersiri (web episode) The BIG Bibik & The Little Nyonyas.

Walaupun melalui media yang berbeza, tetapi objektifnya tetap sama, iaitu mahu mempromosikan budaya, tradisi dan destinasi pelancongan menarik di Malaysia kepada masyarakat termasuk pelancong.



Dalam drama bersiri tersebut, QuaChee mengambil satu langkah menarik untuk menonjolkan kepelbagaian budaya Malaysia yang terkenal dengan integrasinya. Dan inilah yang mahu diketengahkan oleh QuaChee apabila masakan Baba Nyonya, suatu masakan yang memang terkenal di Melaka kerana campuran masakan Melayu dan Cina diadaptasikannya ke dalam kisah menarik.

“Budaya Baba Nyonya serta masakannya memang melambangkan Satu Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa,” ujar QuaChee.

“Ini ialah antara satu contoh Satu Malaysia yang sebenarnya sudah lama berada di negara kita," tambahnya.



Rancangan Masakan lapan episod yang menyelitkan beberapa adegan Lucu tersebut digarap dalam bahasa Inggeris dan sedikit Bahasa Baba Nyonya. Ia sudah mula disiarkan pada 8 September lalu melalui laman www.bookmarqc.com termasuk melalui kaedah Youtube, Facebook dan sebagainya.

Antara pelakon The BIG Bibik & The Little Nyonyas ialah Kenny Chan, Charlene, Michell, Vanessa dan ramai lagi.



    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009

09 September 2009

ALIFF AZIZ COMOLOT SAKAN...??

Beginilah jalan hidup seorang artis, populariti kadangkala menutup pintu hati mereka terhadap realiti kehidupan yang hanya sementara ini. Lebih menyedihkan, mereka sanggup bercium di hadapan orang ramai demi memuaskan nafsu dan sekaligus menampilkan sikap tidak peduli terhadap agama dan peminat yang menyokong mereka.

Harapan kita, walaupun siapa artis itu... semoga mereka insaf bahawa kita bukan artis Barat yang hidupnya sekadar mencari syurga dunia. Tetapi kita sebaliknya artis Muslim yang dituntut mencari kerahmatan Allah buat bekalan hari akhirat kelak..!! Fikir-fikirkan...







    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009

MICHELLE BERSAMA PAKWE BARU??

Beginilah aksi Michelle, Pengacara Melodi TV3 bersama seorang Pengacara Remaja yang berkemungkinan teman lelaki barunya. Kalau bukan teman lelaki, takkan sampai begitu mesra dan berpeluk sakan ye tak?

Dan kalau benarlah begitu, moga-moga hubungan mereka berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Lepas ni, mungkin nama Michelle akan ditukar ke nama yang lebih Islamik seperti Milah atau Minah pula... sorry Michelle, gurau je tu!


Klik untuk gambar besar...



Klik untuk gambar besar...









    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009

02 September 2009

BERMULA SEMULA (RIZ AF6)

Preview of RIZ AF6's new single "BERMULA SEMULA". Tune in to your local radio stations!! Video from: riachannel.



http://www.youtube.com/watch?v=AujUQ2rGXXk

    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009

01 September 2009

AKSI BERAHI ANAK ARTIS POPULAR??

Mungkin ada yang pernah terbaca artikel Berita Harian yang berbunyi 'Anak penyanyi terkenal 80-an ketagih arak, amal seks bebas'. Bagaimanapun, kalau masih ada yang belum membacanya, berikut adalah artikel penuh yang disiarkan oleh akhbar tersebut:

KALAU tak tengok dengan mata kepala sendiri, memang susah Zubir nak percaya dengan kisah sensasi yang satu ini. Bayangkan, anak seorang penyanyi pop terkenal era 80-an dan masih aktif sehingga hari ini sebagai komposer bebas, rupa-rupanya mempunyai seorang anak dara yang bermasalah. Cukuplah Zubir memperkenalkannya sebagai Miss X saja. Miss X adalah anak sulung kepada penyanyi berkenaan.

Kata cerita si pembawa mulut, kononnya Miss X adalah seorang gadis liar. Rokok, minuman keras, berparti dan seks bebas sudah menjadi rutin hariannya. Miss X juga bukan saja mengamalkan cara hidup sosial gadis Barat, malah sikap suka meminjam duit di kalangan kawan-kawan tidak disenangi kerana Miss X ini tahu meminjam saja, bila tiba masa nak pulangkan, punyalah payah, kadang-kadang setakat RM30, RM50, kira hangus!

Lebih mengejutkan Zubir, Miss X juga mula berjinak-jinak dengan dadah. Sama ada benar atau tidak, dia pernah meniduri lelaki yang tidak dikenalinya semata-mata ingin mendapatkan RM100 untuk membeli dadah. Harap-harap bab cerita ini sekadar nasi tambah!

Zubir juga kasihan pada penyanyi dan komposer berkenaan kerana Miss X sering tak pulang ke rumah. Apabila Miss X tak balik rumah, mulalah si ayah menelefon kawan-kawan terdekat Miss X bertanyakan di manakah gerangan Miss X sudah beberapa hari tidak tahu jalan pulang ke rumahnya.

Miss X ini juga adalah bekas pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang mengikuti pengajian bidang seni. Khabarnya Miss X dibuang kolej kerana dipercayai mencuri! Nak tak nak, si ayah dan ibu terpaksa menebalkan muka datang tengah-tengah malam ke asrama Miss X untuk menyelesaikan masalah anak mereka. Begitulah kasih sayang ayah dan ibu kepada anaknya sekalipun anak perangai macam ?teet?!

Bukan itu saja yang Zubir dengar, khabarnya Miss X ini kalau tukar boyfriend macam tukar baju saja, tak pernah ada teman lelakinya yang kekal lama. Khabarnya gambar Miss X yang tengah ‘comulot’ (cium mulut) dengan lelaki itu adalah boyfriend terbarunya yang baru saja dikenali tak sampai sebulan.

Zubir sebenarnya tumpang simpati dengan penyanyi terkenal itu dan seluruh keluarganya. Zubir memang kenal penyanyi berkenaan, dia seorang yang amat berbakat dan daripada riak air mukanya, dia mempunyai ciri-ciri seorang ayah yang baik. Tapi, malangnya dia dikurniakan seorang anak yang terlebih nakal. Zubir harap Miss X cepat-cepatlah berubah, peliharalah nama baik ayah awak yang pernah gah suatu ketika dulu dan masih dihormati hingga hari ini.


Dan berikut adalah gambar anak artis popular itu yang dikatakan gemar menconteng arang ke muka keluarganya. Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh pepatah: yang dikejar tak dapat, yang dikendong habis keciciran...





    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...