Friday, September 25, 2009

SITI, PALING TERMAHAL..!!

Datuk Siti Nurhaliza merupakan penyanyi paling termahal di Malaysia dari segi bayaran untuk membuat sesebuah persembahan nyanyian. Ia kemudian diikuti pula oleh Datuk Sheila Majid, Anuar Zain dan juga Jaclyn Victor yang turut dikatakan mencecah angka puluhan ribu.

Berikut adalah perbandingan harga antara artis tersebut:



DATUK SITI NURHALIZA
* RM45,000 untuk persembahan selama 30 minit
* RM70,000 untuk persembahan selama 1 jam


DATUK SHEILA MAJID
* RM35,000 untuk persembahan selama 30 minit
* RM55,000 untuk persembahan selama 1 jam


ANUAR ZAIN
* RM25,000 untuk persembahan selama 30 minit
* RM55,000 untuk persembahan selama 1 jam


JACLYN VICTOR
* RM18,000 untuk persembahan selama 30 minit
* RM30,000 untuk persembahan selama 1 jam

    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009

Tuesday, September 22, 2009

SEJUTA MENONTON JIN NOTTI?

Kira-kira sejuta penonton telah menonton Jin Notti pada Hari Raya pertama di 70 pawagam seluruh negara.

"Syarikat kami memang mensasarkan satu juta penonton pada hari pertama dan yakin sasaran ini telah dicapai," ujar Ketua Pemasaran dan Peruncitan KRU Studios, Ayu Ramli.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KRU Studios, Norman Abdul Halim amat gembira dan bersyukur dengan kejayaan filem ini. Jin Notti yang dibintangi oleh Mawi, Farah Fauzana, Cat Farish dan ramai lagi berjaya menawan hati penonton yang sebelum ini telah mengetahui kualiti filem-filem terbitan KRU seperti Cicak Man dan lain-lain.




    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009
Loading...