Saturday, December 12, 2009

AEIN IKUT JEJAK EKIN...

Selepas Ekin mendirikan rumah-tangga bersama Mawi, kini tiba giliran kembarnya pula iaitu Aein melangsungkan pernikahan di shah alam, Selangor. Sebagaimana Ekin, harapan kita semoga pasangan pengantin baru ini berbahagia selamanya...


Klik untuk gambar besar...













    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2009

Wednesday, December 09, 2009

PERKAHWINAN SELEBRITI TV3

Majlis perkahwinan selebriti Tv3 Nazrah Nur, bertempat di Kulai, Johor Bahru yang berlangsung pada 4 - 6 Disember lalu.











    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2009

Tuesday, December 08, 2009

AHLI KELUARGA PAK NIL...

Mungkin tak ramai yang berpeluang melihat gambar keluarga Aznil Haji Nawawi yang kini makin sibuk dengan kerjaya seninya. Berikut adalah gambar Pak Nil dan ibunya Hajah Norbaiti binti Haji Surur dan anak-anak kesayangannya.








Bersama bekas isteri... (bawah)



    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2009

MAJLIS PERSANDINGAN LAN KRISTAL..

Majlis Persandingan Lan Kristal dan Ain yang diadakan di Kampung Seri Aman, Batu 13, Puchong, Selangor. Semoga kekal hingga ke anak cucu. Amin...!


Klik untuk gambar besar..



















Kredit to: redmoskito


    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2009

Monday, December 07, 2009

PIAN RINDU WAJAH ASAL...

"Saya rindukan wajah asal dan amat menyesal dengan tindakan saya beberapa kali melakukan ubah-suai wajah", ujar Pian Cecupak yang kembali mengubah wajahnya seperti asal.

Semuanya bermula gara-gara Pian mahu kacak macam hero hindustan, Rajesh Khana hingga sanggup mengubah wajahnya menggunakan cecair kolagen.

"Setelah beberapa ribu menghabiskan duit, akhirnya saya mendapat kesedaran untuk membetulkan wajah agar kembali kepada asal selepas ditegur oleh anak sulung saya daripada dua beradik iaitu Nuraina,13.

"Anak saya cakap, dia malu kalau orang tahu dia anak Pian Cecupak gara-gara wajah saya yang macam ini," ujar Pian dengan nada sesal.

Kisah Pian ini sebenarnya sudah acap kali disensasikan oleh media lantaran ketelanjurannya ingin kelihatan menarik. Malah ramai juga yang mengutuk pelawak itu dengan mendakwa Pian kemungkinan ingin menjadi pondan.

Meskipun begitu, dia tetap tabah dan tidak pernah malu untuk mengakui kesilapannya walaupun wajahnya menjadi bahan sensasi dan fitnah. Bak kata pepatah, Bumi Mana Tidak Ditimpa Hujan, Lautan Mana Yang Tidak Bergelora.

Jom kita lihat tranformasi wajah Pian dahulu hingga sekarang... Semoga ada sesuatu yang dapat kita pelajari sebagai panduan agar tidak mengubah pemberian Allah SWT.




Wajah Pian dulu-dulu




Wajah Pian selepas dimasukkan cecair kolagen



Wajah Pian sekarang....


    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2009
Loading...