Gambar-gambar mesra yang dirakam di Langkawi, Kedah semperna penggambaran drama yang melibatkan Fauziah Ghous, Ikram dan Lana Nordin. Aikkk... dua-dua sekali pun mau ka Ikram??
Bak kata pepatah, melentur buloh biar dari rebungnya! Kiasan ini sebenarnya bertepatan sekali dengan anak lelaki penyanyi dangdut (juga lelaki) yang popular sekitar tahun 90-an ini. Lihat sahajalah aksinya yang sedang bersosial bersama rakan-rakan sebaya, bagai tiada agama layaknya! Insaflah... kita hidup bukan selamanya!!
Ewah-ewah... bukan main mesra lagi si Memey dengan anak-anak Norman Hakim ni! Macam suami isteri kemesraan mereka tu walaupun kes mahkamah syariah yang melibatkan mereka berdua masih belum selesai lagi. Baguslah tu Memey... sekurang-kurangnya Memey sudah mendalami satu ilmu bagaimana mahu menjadi isteri mithali satu hari nanti.
"Apa pun, susah sebenarnya bila bercakap tentang hal jodoh ini kerana kita tidak boleh meramal apa yang akan berlaku. Walaupun saya cakap belum tiba masanya untuk berkahwin, tapi siapa tahu entah esok lusa, sampai 'seru' kami berkahwin.
"Mula-mula dulu, kami fikir, ingin selesaikan dulu kes khalwat yang disabitkan ke atas kami, yang mana ia masih dalam perbicaraan lagi dan selepas habis, barulah fikir tentang hal lain. Tapi, sekarang ini tak tahulah pula macam mana kerana mungkin juga perjalanan kes ini akan memakan masa yang lama," ujar Memey dipetik sebagai berkata.