31 December 2010

EKIN MASIH BELUM MENGANDUNG...

Kalau belum rezeki, apa nak dikata... demikianlah kesimpulan yang boleh diketengahkan mengenai pasangan suami isteri Mawi dan Ekin. Meskipun sudah puas berusaha, namun mereka masih belum dikurniakan cahaya mata sebagai penyeri hidup.

“Setakat ini saya memang sedang berusaha untuk mengandung tetapi melalui rawatan tradisional sahaja seperti urut tradisional dan mengambil ubat-ubatan berasaskan herba.

“Namun begitu untuk melakukan kaedah tabung uji itu kami belum bersedia. Saya banyak dengar cerita tentang rawatan tersebut sangat sakit,” ujar Ekin dipetik sebagai berkata. Dia sebelum ini pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali sejak berkahwin.



“Kalau boleh memang saya ingin anak sekurang-kurangnya seorang pun jadilah. Insya-Allah jika enam tahun lagi masih tiada rezeki kami akan mengambil anak angkat.

“Dalam tempoh tersebut kemungkin kami lebih bersedia, yalah untuk ambil anak angkat juga memerlukan tanggung jawab yang berat sebab kita membela anak orang lain,” ujarnya sempena genap dua tahun dia melayari bahtera perkahwinan dengan Mawi pada 20 Disember lalu.

“Saya bersyukur Mawi memahami keadaan ini dan dia juga sentiasa memberi semangat kepada saya. Kami menyerahkan kepada Allah mengenai anak,” ujarnya lagi penuh tabah.

(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2010

HAIKAL CERIAKAN ZAMARUL & DIANA...

Zamarul Hisham dan Diana Rafar kini makin ceria dan bahagia dengan kehadiran bayi mereka Kashfi Haiqal yang lahir secara normal pada 29 Oktober lalu di Pusat Perubatan Darul Ehsan, Shah Alam, Selangor. Haikal kini sudah berusia 2 bulan dan makin cergas.

"Dah lapan tahun saya tak menempuh kehidupan sebagai bapa yang kena bangun malam-malam buat susu untuk bayi. Mendengar tangisan bayi, tak cukup tidur kerana menjaganya, semua ini terpaksa saya lalui semula. Bagi saya pengalaman ini sangat seronok kerana ia mengajar kita untuk bersabar dan menghargai keluarga," ujar Zamarul dipetik sebagai berkata.

"Pengalaman dengan dua orang anak sebelum ini lain dan kali ini juga lain. Pastinya ada perbezaan antara mereka semua. Tapi saya sangat gembira walaupun tak cukup tidur dan mengambil alih segala rutin yang Diana lakukan sebelum ini seperti membasuh baju, kemas rumah dan sebagainya, bagi saya ia satu perkara yang indah untuk dilakukan demi anak dan isteri kita," katanya mengimbas kenangan lalu.

Kashfi Haiqal merupakan anak ketiganya dan yang sulung Zamarul bersama aktres Diana Rafar.


Klik untuk imej besar...












(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2010

21 December 2010

FASHA BERGAYA DENGAN HELI...

Fasha Sandha sememangnya bertuah kerana mempunyai kekasih kaya yang merupakan anak kepada bekas mantan Menteri Besar Perak. Lihat sahajalah aksi Fasha yang bergaya dengan helikopter milik Jejai yang pastinya mahal dan bukan calang-calang orang mampu memilikinya.

Inilah kata orang... tuah sabut timbul... tuah batu tenggelam! Tahniah diucapkan buat Fasha, semoga hubungan mereka berkekalan hingga ke jinjang pelamin...


Klik untuk imej besar...







(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2010

19 December 2010

ABBY SAMBUT BIRTHDAY ZUL...

Sebagaimana Norman, Abby juga tak mahu kalah dalam perjuangannya. Lihat sahajalah kemesraan Abby dan Zul dalam sambutan hari jadi yang diadakan baru-baru ini.


Klik untuk imej besar...











(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2010

06 December 2010

ROCK THE WORLD 10 GEGAR KL

KUALA LUMPUR - 5 Disember: buat kali kesepuluh, peminat muzik akan diraikan dalam satu konsert paling hebat 2010, ROCK THE WORLD 10, sempena meraikan ulang tahun ke sepuluh acara ini, pada Ahad, 26 Disember 2010 bertempat di tempat letak kereta A, Stadium Bukit Jalil.

Kemeriahan acara ini akan bermula pada pukul 10 pagi dan berlanjutan sehingga tengah malam.

Dalam meraikan ulang tahun ke 10 konsert terhebat di Kuala Lumpur, buat julung kalinya, ROCK THE WORLD 10, akan membariskan kumpulan muzik terbaik yang dihimpunkan dari versi konsert sebelumnya. Ianya bakal memberikan kepuasan kepada semua peminat muzik terutamanya yang telah mengikuti trilogi konsert ini sejak mula dipersembahkan pada tahun 2000.

ROCK THE WORLD 10 untuk tahun ini dijanakan oleh ELEVATE dengan mempersembahkan 19 kumpulan-kumpulan muzik terbaik seperti MASSACRE CONSPIRACY, SKUDAP SKUDIP, DICHI MICHI, COUPLE, ONE BUCK SHORT, AZLAN & THE TYPE WRITER, SEVENCOLLAR T-SHIRT, BLEEDING MASCARA, BUNKFACE, REPUBLIC OF BRICKFIELDS, DRAGON RED, THEY WILL KILL US ALL, LOVE ME BUTCH, POP SHUVIT, BITTERSWEET, DISAGREE, LO, THE PILGRIMS DAN GERHANA SKA CINTA.

Dengan barisan kumpulan muzik terbaik yang pernah mengegarkan dunia muzik tempatan sejak 10 tahun lepas, ROCK THE WORLD 10, merupakan konsert yang harus ditonton kerana ia bakal mempersembahkan hanya yang terbaik.

Tiket – tiket untuk ROCK THE WORLD 10 yang berharga RM30 (termasuk yuran tiket) boleh didapati di rangkaian TICKETPRO. Talian khidmat pelanggan adalah 03 – 7880 7999. Selain itu, tiket-tiket juga boleh didapati di kedai muzik ROCK CORNER, MUSIC VALLEY atau pada hari konsert berlangsung di Stadium Bukit Jalil.

Sempena sambutan ulang tahun ke 10 itu juga, ROCK THE WORLD 10 akan dimeriahkan lagi dengan MTV MUSIC CHANNEL selaku saluran muzik rasmi, ERA FM, X FM & HITZ FM selaku saluran radio rasmi, majalah rasmi ROTTW dan rakan media ‘online,’ JUNK serta prabayar rasmi, TUNE TALK, yang menyediakan lagu dan permainan dalam talian secara percuma untuk acara ini.

ROCK THE WORLD 10 dianjurkan oleh FAT BOYS.


Klik untuk imej besar...



(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2010

03 December 2010

IDHAM AKUI KEHEBATAN DMSF

Hasil dan kualiti studio pos produksi, Digital Mix Stage Finas, yang selama ini dipertikaikan kualiti dan kemahiran dalam menghasilkan produk bermutu, akhirnya terbukti apabila filem pertama di Malaysia yang menggunakan sepenuhnya kemudahan di studio berkenaan, ‘Senjakala,’ dikatakan mempunyai sistem Dolby setaraf dengan produk perfileman antarabangsa termasuk dari Australia.

Filem terbaru arahan Ahmad Idham, dan diterbitkan oleh Excellent Pictures Sdn Bhd, itu telah dijadikan kajian kes oleh pihak Lembaga Perbadanan FINAS setelah ada ura-ura cadangan penswastaan studio berkenaan baru-baru ini.

Melalui kajian kes ini, membuktikan bahawa studio Digital Mix Stage ini mampu berdaya saing dibawah pengurusan sedia ada selain memperlihatkan kualiti adunan yang dihasilkan mencapai piawaian tertinggi industri.



Pengerusi Finas, Datuk Mohammed M. Daud ketika ditemui berkata, “Setelah menonton tayangan filem ini (Senjakala), saya berpuas hati dengan hasil produk yang dihasilkan sepenuhnya di Digital Mix Stage. Ianya membuktikan, kemudahan dan tenaga kerja di sini akan dapat memenuhi keperluan industri perfileman tempatan.”

Dalam pada itu, beliau juga ditanya mengenai masalah yang dihadapi oleh studio berkenaan hingga Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim, Menteri Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan memberitahu untuk menerima sebarang cadangan penswastaan dari pihak luar, dalam menguruskan studio yang bernilai RM 53 juta ini.

“Antara masalah yang kita hadapi sebelum ini berkaitan slot (masa menyiapkan proses adunan) selain ketidakpercayaan kepada tenaga kerja yang sedia ada. Namun, masalah ini di atasi dengan pihak Digital Mix Stage akan menyediakan tiga slot yang beroperasi 24 jam sehari selain tenaga kerja dihantar ke luar negara seperti ke Amerika Syarikat dan New Zealand, dalam mempertingkatkan kemahiran dalam proses ini,” beritahu Datuk Mohammed M. Daud lagi.



“Selain itu, pengiat dan pembikin filem tempatan, tidak tahu mengenai kemudahan di Digital Mix Stage yang menawarkan perkhidmatan pada harga berpatutan,” tambahnya lagi.

Studio berkeluasan 2, 396 meter persegi ini menyediakan kemudahan adunan bunyi bertaraf Dolby, dengan proses ‘audio dubbing,’ ‘foley,’ dan ‘optical sound,’ setempat yang pertama di Malaysia. Studio ini diiktiraf sebagai ke 13 terbaik di dunia dan pertama di Asia Tenggara. Selain itu, Digital Mix Stage ini dikategorikan dalam kelas ‘Premier’ yang satu-satunya di rantau ini, selain Australia.

Bagi pengarah, Ahmad Idham, juga merupakan Ahli Lembaga Perbadanan Finas berkata, dia cukup berpuas hati dengan hasil kerja dari studio ini. Baginya yang pernah menjalani proses adunan bunyi di luar negara untuk filem terdahulu menambah, selain dapat menjimatkan kos pos produksi secara keseluruhan ianya juga memberikan hasil terbaik.

“Bruce Emery (Penasihat Dolby Digital) sendiri memberitahu kepada saya yang hasil kerja anak tempatan ini boleh dibanggakan kerana ianya setaraf hasil studio terbaik yang berada di Australia. Ini merupakan satu penghargaan kepada tenaga kerja studio Digital Mix Stage khasnya dan produksi ‘Senjakala,’ kerana ianya pengiktirafan yang mampu menarik minat syarikat produksi tempatan mahu pun luar negara untuk menggunakan kemudahan yang disediakan di studio ini,” jelasnya selepas sesi tayangan tertutup ‘Senjakala’ baru-baru ini.

Idham menambah, “Saya sendiri kagum dengan kemahiran dan kreativiti yang mereka miliki (tenaga kerja studio), sehingga dapat memberikan hasil terbaik.”

Dalam pada itu, ramai pengiat juga pembikin filem, terutamanya dari studio persendirian sering menjalankan proses adunan bunyi secara dalaman, seperti proses ‘foley’ yang mengambil contoh bunyi dari dalam cakera padat berbanding menjalankan proses berkenaan secara nyata di studio ‘foley’ yang ada di studio Digital Mix Stage di Finas.

Proses ini dilihat tidak penting kerana beranggapan penonton tidak terlalu mementingkan kualiti bunyi perincian, sehinggakan prosesnya dilakukan secara tidak menepati piawaian industri filem antarabangsa.

Azriddin Hamzah, penyelia bunyi dan adunan di studio Digital Mix Stage Finas menambah, dengan kemudahan yang disediakan, pembikin filem seperti Ahmad Idham, contohnya, mampu mengambil peluang yang ada dalam menghasilkan adunan terbaik bagi sesebuah filem.

“Dengan adunan terbaik, filem-filem yang dihasilkan dari studio Digital Mix Stage Finas ini mampu memenuhi keperluan pawagam tempatan yang menyediakan sekurang-kurangnya sistem audio bertaraf Dolby, dan ini memberikan kesan terbaik, terutamanya kepada penonton. Selain itu, filem tempatan juga mampu bersaing di peringkat antarabangsa dari aspek teknikal,” terang Azriddin yang menyelaras sistem audio Dolby bagi ‘Senjakala.’

Pengiat bidang perfileman tempatan, terutamanya penerbit, kini menghasilkan filem dengan sistem audio Dolby Digital. Ianya satu petanda positif buat industri, namun, kebanyakkan penerbit melakukan proses Dolby di Bangkok, Thailand juga Mumbai di India.

Dengan adanya portfolio seperti ‘Senjakala,’ membuktikan tenaga kerja juga kemudahan dari segi jadual dan peralatan yang ada di studio Digital Mix Stage finas, antara yang terbaik di Asia Tenggara, dan pasti mampu menarik penerbit filem tempatan juga antarabangsa.

Siaran media oleh: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia

(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2010

23 November 2010

LAGI AKSI RABECCA NUR ISLAM??...

Dapat dari email... tak tahu gambar lama atau gambar baru? Harap-harap ia gambar lama dan bukan artis yang bernama Rabecca.

Namun ada sesuatu yang dapat kita pelajari daripada posing dan gambar merapu seperti ini... iaitu jika benarlah hamba Allah ini artis, setiap gerak geri mereka pastinya menjadi perhatian umum. Tambahan pula, bila nama mereka melibatkan maruah agama Islam itu sendiri. Allahualam..!


KLIK UNTUK IMEJ BESAR...












(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2010

20 November 2010

ELYANA KINI BERGELAR ISTERI...

Penyanyi dan pelakon Elyana kini bergelar isteri setelah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Khairul Anuar Hussin di Ampang, Kuala Lumpur. Mereka sebelum ini telah bertunang pada 11 Julai 2009.

Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 23, dan Khairul, 35, telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Emrizal Shamsudein. Elyana menerima wang hantaran berjumlah RM22,000 dan mas kahwin RM80 serta tujuh dulang hantaran berbalas tujuh kepada pihak lelaki.

Majlis resepsi pengantin perempuan berlangsung di Duchess Place, Ampang manakala majlis pihak lelaki akan diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat, Mentakab, Pahang pada 27 November.

"Kami hanya merancang untuk berbulan madu tahun depan memandangkan kami mempunyai jadual kerjaya yang padat," ujar pasangan itu dipetik sebagai berkata.


KLIK UNTUK IMEJ BESAR...

















(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2010

17 November 2010

PERNIKAHAN RAHSIA SAERAH...

Pernikahan rahsia Siti Saerah yang dikhabarkan berlangsung pada 27 Oktober lalu akhirnya terbongkar jua. Saerah bernikah dengan lelaki yang dikenali sebagai Epul atau Saiful Anuar, 27. Mereka kini dipercayai sedang berbulan madu di salah sebuah pusat peranginan di Johor.

"Memang saya akui yang adik ipar saya itu telahpun bernikah kira-kira dua minggu yang lalu dan majlis hanya dibuat secara sederhana sahaja dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak di Kuala Lipis, Pahang.

"Bagi kami sekeluarga, apa yang lebih penting ialah Saerah sekarang sudah selamat bernikah dengan lelaki pilihannya dan menjadi seorang isteri sekarang," ujar seorang ahli keluarga terdekat Saerah dipetik sebagai berkata.


KLIK UNTUK IMEJ BESAR...








GAMBAR-GAMBAR LAIN: KLIK DI SINI....


(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2010

16 November 2010

SEKITAR PERKAHWINAN BAIZURA KAHAR..

Baizura Kahar, pelakon filem Sepi dan Dunia Baru yang pernah memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin akhirnya mendirikan rumahtangga pada 13 November lalu. Apa yang menarik, Baizura kini dikatakan mula bertudung. Ayuh kita lihat gambar-gambar perkahwinan pelakon ini...


Klik untuk imej besar...










GAMBAR-GAMBAR LAIN: KLIK DI SINI....!!


photo credit to: Rolla Media


(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2010

09 November 2010

BILA ARTIS DERMA DARAH...

KUALA LUMPUR – Syarikat pengurusan artis Aquila Emas dan Celeb Nexus Premium Community menganjurkan Kempen Derma Darah bertemakan ‘1 Komuniti ke 1 Komuniti’.

Tema tersebut adalah simbolik dimana Celeb Nexus sebagai satu komuniti bekerjasama dengan komuniti di sekitar kawasan Bandar Sri Permaisuri. Dengan sokongan Pusat Darah Negara, kempen ini telah dimulakan bersama komuniti di Kondominium Vista Amani sebelum ia diteruskan dengan komuniti yang lain pada masa akan datang.

Objektif kempen berkenaan adalah bertujuan untuk mengisi keperluan tabung darah negara yang amat diperlukan ketika ini serta mendidik orang ramai agar tampil secara sukarela untuk menderma darah. Pada masa yang sama, orang ramai turut berpeluang beramah mesra dengan para artis dan selebriti di bawah syarikat pengurusan artis Aquila Emas seperti Ainul Aishah, Airis Yasmin, Amar Delon, Diana Johor, Hafiz Halim, Hafidzuddin Fazil, Lana Nodin, Serina Redzuawan, Shuba Jay, Tengku Adrian, Tony Eusoff, Y Hoong, Yasmin Hani, Zed Zaidi dan Zizan Nin.

Dr Haji Sallehudin Abu Bakar, Pengarah Jabatan Kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mewakili Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, YB Senator Dato’ Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin hadir merasmikan kempen.

“Kita amat berbangga atas inisiatif yang dilakukan oleh syarikat pengurusan artis Aquila Emas dan Celeb Nexus dalam menganjurkan kempen ini. Saya difahamkan, inilah kali pertama syarikat pengurusan artis menganjurkan aktiviti bermanfaat seumpamanya dan amat berpuas hati dengan sambutan yang diterima pada hari ini” katanya.

Selain itu, beliau juga turut meluangkan masa untuk melawat ke sekitar kawasan menderma darah di Kondomium Vista Amani.

Menurut Pengarah Urusan Aquila Emas, En. Syarizan Md. Isa, “Kempen ini selaras dengan gagasan 1 Malaysia di mana penderma darah diperlukan tidak mengira jantina, etnik atau agama. Melalui Kempen Derma Darah ‘1 Komuniti ke 1 Komuniti’ ini kami ingin membantu Pusat Darah Negara menyebarkan keterangan dan informasi yang jelas tentang kebaikan dan proses menderma darah”.

“Inisiatif syarikat pengurusan artis dan selebriti seperti kami ini diharap akan dapat menarik lebih ramai penderma untuk menderma darah. Pada masa yang sama, para penderma dan pengunjung berpeluang beramah mesra bersama artis selebriti terkenal kami. Pihak Aquila Emas akan menganjurkan aktiviti seperti ini lagi dalam perancangan akan datang selain ia juga dapat mengeratkan hubungan artis dan peminat”.

Turut ditawarkan dalam kempen terbabit, hadiah menarik kepada pengunjung yang bertuah.










Mengenai Aquila Emas
Aquila Emas ialah syarikat perunding pembangunan dan pemasaran bakat. Bagi memastikan bakat – bakat di bawah naungan Aquila Emas pergi lebih jauh dari hanya “menonjolkan bakat yang terbaik”, Aquila Emas menerajui konsep 360° di dalam perundingan pembangunan dan pemasaran bakat di Malaysia.


Mengenai Celeb Nexus
Celeb Nexus adalah program keahlian ‘Premium Community’ yang diambil dari singkatan perkataan ‘Celebrity Nexus’ yang juga bermaksud ‘Celebrity Link’. Yuran keahlian sebanyak RM100.00 dan yuran tahunan adalah RM 30.00 yang boleh dibuat melalui kad kredit, kad debit atau tunai samada melalui kaunter bergerak Celeb Nexus atau secara ‘on-line’. Ahli akan mendapat ‘Starter Kit’ yang mengandungi kad keahlian yang berbentuk unik, pelekat kereta, barangan premium Celeb Nexus, pek ‘Starter Kit’ 2 dalam 1 yang boleh diubah menjadi ‘file folder’ yang menarik dan pelbagai lagi barangan yang bernilai lebih dari RM 1,000.00


(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2010

Gaya Nasha Aziz di MIFA 2010

Nasha Aziz sememangnya masih bergetah ketika memperagakan rekaan Baharim meskipun usianya hampir mencecah 40han. Malah yang lebih hebat, Nasha tetap 'panas' di catwalk tersebut dan berjaya 'mencuri' perhatian ramai.

Harapan kita, semoga niat Nasha untuk bergelar Hajjah tidak lama lagi akan menjadi kenyataan. Amin...!














Photo credit: runwitme


(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2010

30 October 2010

DON’T WORRY HONEY - AINUL AISHAH

‘DON’T WORRY HONEY’ IBARAT SECEKAL JIWA AINUL AISHAH

KUALA LUMPUR – Selepas single pertamanya ‘The Old Him’ dilancarkan pada Julai lalu dan pelbagai maklumbalas yang diterima dari pelbagai pihak, kini Ainul Aishah muncul lagi dengan single terbarunya ‘Don’t Worry Honey’.

Masih mengekalkan tajuk dalam Bahasa Inggeris namun senikatanya telah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu agar dapat diterima oleh ramai peminat seni suara tanahair.
Menurut Ainul Aishah “ Lagu ‘Don’t Worry Honey’ adalah ciptaan rakan baik Ainul iaitu Nani Nasir. Pada asalnya lirik ditulis dalam versi Bahasa Inggeris tetapi Ainul menukarnya ke versi Bahasa Melayu untuk proses rakaman. Liriknya pula telah diterjemahkan oleh Pidos tanpa menukar sedikit pun maksud asal dalam versi Bahasa Inggeris”.

“ Lagu ini sangat indah kerana ianya datang dari hati dan menceritakan pengalaman bagaimana dua sahabat melalui liku – liku hidup bersama. Bermula dari salah seorang sahabat yang dalam kesedihan dan seorang lagi cuba untuk menenangkan dan membantu sahabatnya tetapi tidak berada di sisinya kerana sedang belajar di England. Oleh itu, beliau menulis lagu ini khas untuk sahabatnya meneruskan hidup dan memberikan kekuatan melalui lagu tersebut”.

“ Secara tidak langsung, lagu tersebut memberikan satu semangat luar biasa apabila dimainkan setiap hari dan kemudian membuat keputusan untuk merakamkan lagu tersebut”. Ainul menambah.

Pelakon drama bersiri Senja Permai dan Bola Cinta yang sedang keudara di TV2 pada setiap Isnin, jam 9 malam ini berkata walaupun lagu ini dalam versi Bahasa Melayu tetapi tajuknya dikekalkan dalam Bahasa Inggeris bagi mengekalkan keaslian dan keunikan single tersebut.

Ainul menambah “HotFM adalah stesen radio yang telah memainkan single kedua Ainul dan berharap agar stesen radio tempatan lain turut menyokong usaha saya selama ini dalam penghasilan lagu yang bermutu”.

“Facebook dan Youtube adalah medium alternatif untuk Ainul memuatnaik klip – klip hasil kerja dan saya berharap agar peminat dapat menyokong dengan memberikan komen dan pandangan untuk penambahbaikan dalam menghasilkan single terbaru pada masa akan datang” katanya yang telah mempunyai tujuh koleksi lagu ciptaan sendiri.

En. Syarizan Md. Isa, Pengarah Urusan Aquila Emas berkata “Usaha dan semangat gigih Ainul Aishah amatlah kami kagumi. Walaupun single pertamanya mendapat pelbagai reaksi dari pelbagai pihak namun sikap positif yang ada dalam diri Ainul Aishah haruslah dipuji”.

“Pihak Aquila Emas telah merangka pelbagai aktiviti promosi untuk single ini dan kita percaya semua pihak sama ada media dan peminat akan turut menyokong usaha Ainul Aishah ini. Para peminat Ainul Aishah juga akan berpeluang untuk mengakses kedua-dua lagu tersebut sebagai “Ring Back Tone” atau “Caller Ring Tone” dalam tempoh dua minggu akan datang, insya’allah” menurut Syarizan lagi.


Klik untuk gambar besar...



Informasi lagu ‘Don’t Worry Honey’
Lagu dan lirik : Nani Nasir
Produser : Ainul Aishah,AG Coco dan Ully AwanBand.
Susunan Muzik : AG Coco
Gitar/Bass/Keyboard : Ag Coco
Drum : Alimran Coco
Vokal Iringan : Ainul Aishah dan Lokman Aslam
Jurutera Rakaman : Ully AwanBand
Mixing/Mastering engineer : Huzai
Studio Rakaman : Kamar Seni Recording Studio

(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2010

29 September 2010

PERKAHWINAN JIMMY SHANLEY RM1/2 JUTA

Jimmy Shanley akan bernikah dengan Nursuhaila Eliani Suhaimy, 24, pada 1 Oktober ini. Manakala kad undangan bertarikh 2 Oktober pula telahpun diedarkan beberapa hari lalu untuk majlis resepsi besar besaran di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang menelan belanja setengah juta ringgit.

Nursuhaila merupakan anak kepada pengasas produk kecantikan Natasya, Datin Muniroh Kassim.



"Majlis akad nikah akan diadakan pada 1 Oktober ini di banglo mewah milik keluarga bakal mentua di Sunway Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor selepas solat Asar. Pada hari sama akan diadakan majlis malam berinai manakala resepsi perkahwinan sebelah pengantin perempuan akan berlangsung sehari kemudian di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)," ujar Jimmy dipetik sebagai berkata.

Seterusnya, satu lagi resepsi perkahwinan untuk pihak wanita akan diadakan pada 9 Oktober di Hotel Park Avenue, Sungai Petani di Kedah. Melengkapkan resepsi perkahwinannya itu kata Jimmy, majlis di sebelah pihak lelaki akan berlangsung seminggu kemudian di Ipoh, Perak.

Semua acara meriah itu akan dilaksanakan oleh 'Weddings By Baha', manakala busana dan solekan adalah hasil sentuhan Rizman Ruzaini dan Amy Janz.

Semoga mereka berdua bahagia hingga ke anak cucu. Amin...



Gambar kad undangan:
Klik untuk gambar besar...









(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2010