28 April 2010

ALYAH SINGKIR DESIGNER & PENGURUS?


GOSSIP SANA SINI:

Selepas didakwa menyingkirkan makeup artis baru-baru ini, kini timbul gossip terbaru menyatakan Alyah menyingkirkan fashion designer (pereka baju) dan pengurusnya pula. Lebih menyedihkan, ada angin yang bertiup kencang menyatakan Alyah seperti tidak menghargai jasa mereka dan suka bergaduh.

Eh..eh..!! Betul ke ni? Takkanlah sampai begitu sekali? Ni mesti ada salah faham atau berlaku sedikit perselisihan antara mereka semua. Biasalah... kalau dah tak puas hati, pelbagai dakwaan akan timbul hingga menjejaskan kredibiliti seseorang termasuk artis itu sendiri.

Harap-harap gossip ni tak betul dan Alyah tabah menghadapi dugaan dunia artis yang penuh onak berduri! Bak kata pepatah, kalau takut dilambung ombak... jangan berumah di tepi pantai.


Klik untuk imej besar:



Barisan pembantu Alyah: Manager, make up artis, designers
dan ex-PA yang kini buat part time bersama Alyah




    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

26 April 2010

MAKWE NEVES PRETTY UGLY..?

Alangkah mesranya gadis ini dengan Neves (vokalis kumpulan Pretty Ugly)... siap rapat-rapat dan berpelukan lagi. Siapakah dia? Mungkinkah hanya rakan baik atau seseorang yang istimewa?

Jika benar istimewa... harap-harap jodoh mereka berkekalan hingga ke jinjang pelamin hendaknya. Bukan apa, tak baik sorok-sorok Neves... benda baik kenalah buat secara 'gentleman' agar peminat tak terasa hati! Tak gitu??


Klik untuk imej lebih besar...!





















Photo Credit: Neves Blog

    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

20 April 2010

AZIZ M. OSMAN AKHIRNYA BERTUNANG

Akhirnya setelah sekian lama menduda, Aziz M. Osman, 48, melangsungkan pertunangan dengan Puteri Sarbainun Lokman, 21, di Taman Legenda Mas, Cheras. Puteri Sarbainun atau lebih mesra dengan penggilan Puteri Lily, merupakan anak kepada pelakon dan pengarah Lokman Ghani.

Ibu Aziz, seniwati Afida Es telah menyarungkan cincin pertunangan ke jari manis Puteri Lily pada kira-kira pukul 4.30 petang semalam (18 april). Bagaimanapun, mereka tidak mendedahkan jumlah wang hantaran dan hanya memberitahu mereka bakal diijabkabulkan pada 6 Jun nanti.

“Perkahwinan selain membahagiakan adalah demi memberi keberkatan dalam kehidupan.

“Kesilapan yang pernah saya lalui dalam kehidupan berumahtangga membuatkan saya menjadi manusia yang lebih baik pada masa akan datang.

“Selepas ini saya sudah ada ‘kawan’ untuk menemani saya walau ke mana sahaja apatah lagi, apabila ‘kawan’ itu bakal bergelar isteri kepada saya,” kata Aziz dipetik sebagai berkata selepas majlis pertunangan tersebut.







    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

19 April 2010

KENANGAN ACHIK SPIN...

Tiap yang mula, pasti akan berakhir... begitu jua dengan Achik Spin yang meninggal dunia dalam kemalangan. Namun begitu, kenangan yang ditinggalkan Allahyarham tetap segar dalam ingatan. Al-Fatihah...


Klik untuk imej besar...


















    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

17 April 2010

GADIS RUSIA TEGILAKAN TOMOK?

Juara One In A Million musim ketiga, Tomok yang kini sedang menjalani penggambaran di Dubai untuk filem sains fiksen 'Mantera', yang digandingkan dengan seorang aktres muda dari Rusia didakwa terbabit dalam 'cinta syok sendiri'.

Klik untuk imej besar...


Segalanya bermula dengan kisah yang kononnya perhubungan Tomok dan gadis Rusia tersebut bukan sekadar sahabat, malah sudah mesra di dalam dan di luar set. Bagaimanapun, yang menaruh hati bukanlah Tomok... tetapi pelakon Rusia yang mengatakan dia tertarik dengan ketampanan Tomok.

Lebih menarik, menurut sumber... gadis Rusia tersebut juga selalu mengajak Tomok keluar berjalan-jalan namun Tomok tidak begitu melayannya. Jika benar, ia bolehlah diibaratkan seperti 'cinta bertepuk sebelah tangan' kerana sifat dingin Tomok yang kemungkinan pernah dikecewakan. Allahualam..!

Klik untuk imej besar...


    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

14 April 2010

GAMBAR ERRA SEMASA UMRAH...

Gambar ini dirakam pada 8 April 2010, ketika Erra Fazira melakukan Umrah di Tanah Suci. Bagaimanapun, tidak diketahui dengan siapa Erra pergi dan sama ada beliau sudah kembali ke tanahair atau belum? Yang pasti, Erra nampak manis bertudung... bagaikan budak sekolah layaknya!


Klik untuk imej lebih besar...









    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

13 April 2010

KERANA DARWISY - RAKAN SEKOLAH MALU..

Budak 14 tahun yang menghina surah AL-Fatihah, mengaku Malaikat yang diupah Allah untuk mengutuk arwah Din Beramboi dan kemudian mengaku bukan Islam kembali bersekolah di SMK. Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad, Kuantan, Pahang semalam. Perkara ini dihebahkan oleh penuntut yang bersekolah di tempat yang sama di dalam Facebook rasmi mereka di mana Rafiqin Darwisy bersekolah.

"Hari ni, Rafiqin datang sekolah, awal-awal dah kena panggil dengan cikgu badaruddin," tulis seorang pelajar di Facebook sekolah yang dikenali sebagai Hanis Faizurin.

"Macam tak percaya je student bakal sekolah aq buat macam ini. Tukar sekolah lain la pulak. Sorry to say... but budak ni buat malu warga panglima perang je," tulis salah seorang pelajar lain pula.


Klik untuk melihat imej besar dan jelas...

Terdahulu, Rafiqin yang pernah menghina dan kemudian meminta maaf, didakwa oleh ramai pihak tidak ikhlas kerana tidak sampai 20 minit pengakuan maafnya itu dia didakwa membuat perangai lama. Malah yang paling diragui, dia tidak meminta maaf secara rasmi kepada keluarga arwah.

"Selepas hal dia ni terdedah kat sekolah, beberapa hari dia tak pegi sekolah. Hal ni disahkan oleh pelajar-pelajar dan rakan kelas. Dia memang asal orang Kuantan Pahang... yang status kat Kelantan. Sementara Sabah tu, dia tipu je... mungkin dah gelabah.

"Semakin kurang ajar nampaknya budak ni... maka telah ade yang buat laporan polis. 3 laporan telah dibuat, laporan kepada JAIP pun telah dibuat... budak ni dalam perancangan siasatan pihak JAIP. Kemudian akan disiasat dalam kes POLIS dan laporan kepada pihak SKMM pun telah dibuat, kes dalam perhatian," demikian dakwa seorang forumer dalam sebuah forum popular. Allahualam!

Facebook sekolah Rafiqin boleh dilayari di URL ini: http://www.facebook.com/group.php?v=wall&gid=18006696942

    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

11 April 2010

GAMBAR MEMORI DIN BERAMBOI...

Memori Din Beramboi: 22 Dec 1966 - 2 April, 2010.


Klik untuk imej besar..











    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

08 April 2010

NIA RAMADHANI NIKAH BILLIONAIRE

Perkahwinan antara Nia Ramadhani dan Ardie Bakrie diistiharkan sebagai yang termahal dalam sejarah artis Indonesia. Sejumlah US10juta (kira-kira RM36juta) telah dibelanjakan untuk majlis tersebut yang dilangsungkan secara meriah.

Lebih mengejutkan, cincin perkahwinan mereka juga diperbuat daripada berlian yang mengandungi darah mereka berdua. Memang pelik... tapi benar!


Klik untuk imej besar..!








Video pernikahan:



    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

MAJLIS CUKUR JAMBUL ANAK ARNI NAZIRA

Arni Nazira, bekas isteri kepada penyanyi dan pelakon Awie telah mengadakan Majlis Cukur Jambul anaknya baru-baru ini.

Arni Nazira telah bernikah kali kedua di Masjid Sultan Zainal Abidin dengan Wan Hazrie pada 2009. Sebelum itu, Arni mempunyai dua orang anak bersama Awie (mereka bercerai akhir tahun 2006) iaitu Puteri Aleeya Antasha, 9, dan Puteri Aleefa Antasha, 7.

Bagaimanapun, sejak berkahwin baru, Arni kelihatan tidak begitu aktif lagi menyanyi seperti dulu. Antara lagu yang meletop nyanyiannya ialah lagu tema drama bersiri Cinta Antara Benua.



Klik untuk imej besar...




















    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

07 April 2010

AFDLIN SHAUKI - JANGAN LAYAN RAFIQIN..

Pelakon, penyanyi, pengarah dan pelawak tersohor Afdlin Shauki mencadangkan agar orang ramai jangan melayan sangat karenah Rafiqin Darwisy, budak 14 tahun yang menghina arwah Din Beramboi. Menurut Afdlin, sememangnya perhatian seperti itulah yang dimahukan oleh Rafiqin dan semakin banyak orang bercakap, maka semakin menjadi-jadi sikap budak tersebut.

Tambah Afdlin yang dipetik melalui Facebook, janganlah kita semua tertipu dengan permainan tersebut.

"Ada balasan yang menanti beliau yang akan ditentukan Tuhan. Biarlah Allah SWT yang menentukannya kerana Dialah yang Maha Penentu," jelasnya.

Bagaimanapun, kenyataan Afdlin itu disanggah oleh seorang hamba Allah melalui sebuah forum yang mendakwa kelakuan seperti itu tidak boleh dibiarkan. Dakwanya jika dibiarkan, ditakuti ia akan bertambah buruk dan selepas ini tiada yang rasa takut atau hormat kepada arwah orang yang baru meninggal.

"Nabi Muhammad s.a.w berpesan dengan maksudnya: " Sesungguhnya di kalangan kamu yang melihat perkara mungkar, hendaklah dia mengubah dengan tangannya, kalau tidak berkuasa mengubah dengan tangan, maka dengan lidah, kalau tidak berkuasa dengan lidah, maka benci di dalam hati, itulah tanda selemah-lemah iman"," ujar hamba Allah yang tidak ingin dikenali itu dengan penuh semangat.


Pesanan Afdlin dalam Facebook: klik untuk imej besar dan jelas



    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

06 April 2010

GAMBAR KAHWIN KEVIN ZAHRI...

Meskipun hanya sekeping, namun gambar ini membawa seribu makna pada peminat Kevin Zahri dan tahniah diucapkan. Semoga perkahwinannya dengan Rio Elani kekal bahagia hingga ke anak cucu...


Klik untuk gambar besar..!




Kevin Zahri & Rio Elani dinner montage + nikah video



http://www.youtube.com/watch?v=ETwtpeKMRHw


    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010