25 August 2010

ANAK FAIZAL AF4


KLIK UNTUK GAMBAR BESAR....








(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2010

11 August 2010

Jejai, Fasha dan Transformer Bumble Bee...

Apa yang anda perlukan lagi apabila sudah mempunyai wang yang banyak dan keluarga yang berharta? Pastinya bagi segelintir insan ialah kebahagiaan, rahmat Allah dan memastikan rezeki itu halal sepenuhnya dan bukan datang daripada sumber haram.

Namun begitu, ada juga insan lain yang tidak puas-puas dengan harta yang ada. Mereka gemar menunjuk, memperagakan kekayaan dan memancing wang ringgit untuk mendapatkan keseronokan dunia yang sementara.

Bagaimanapun, jutawan terkenal Jejai yang baru-baru ini diakui oleh pelakon Fasha Sandha sebagai kekasih hati, seronok menaiki helikopter bertemu Fasha dan didakwa membeli kereta baru pula. Dia didakwa membeli kereta mewah Corvette Concept Z28 atau lebih dikenali sebagai Transformer Bumble Bee.



Pasti kereta tersebut mahal harganya dan kemungkinan juga Jejai merupakan pihak terawal di Malaysia memiliki kenderaan jenis tersebut. Yalah... kalau dah banyak duit, apa yang nak dilakukan lagi? Harap Jejai terus sukses dan dapat pula melakukan kerja-kerja amal sebagaimana Fauziah Latiff yang pergi membantu penduduk Gaza nanti.







Rasulullah s.a.w bersabda:
Kelak akan menimpa umatku penyakit umat-umatku terdahulu, iaitu penyakit sombong, kufur nikmat, dan lupa diri dalam memperoleh harta dan bermegah-megah dengan harta. Mereka terjurumus dalam jurang kemenangan dunia, saling bermusuhan, saling iri dengki dan dendam sehingga melakukan kezaliman. (Hadith Riwayat Al-Haakim)


(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2010