26 February 2010

AKSI PENGARAH MUDA - FARID KAMIL

Lokasi: Cathay Cineplex, Mutiara Damansara, KL
Tarikh: 25 Februari 2010


Kilk untuk gambar besar...















    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

V3 SJ - FILEM REMPIT TERAKHIR?

Selepas mencipta kejayaan gemilang melalui Adnan Sempit dengan pungutan melebihi RM7 juta, Metrowealth (MIG) kini tampil dengan filem ke-34 berjudul V3: Samseng Jalanan. Berbeza dengan REMP-IT yang dihasilkan pada tahun 2006, V3: Samseng Jalanan menampilkan sebuah filem dengan mengetengahkan mood lebih advance sesuai dengan perbezaan beberapa tahun ini.


Barisan pelakon V3: Samseng Jalanan. Klik untuk gambar besar..

Apa yang pasti, filem ini kemungkinan merupakan filem Rempit terakhir memandangkan ketegasan kerajaan untuk tidak membenarkan penggunaan judul 'remp-it' atau judul yang sama dengannya. Atas alasan itu, maka lahirlah judul 'V3: Samseng Jalanan' yang disifatkan oleh Penerbitnya, David Teo sebagai judul yang lebih 'panas' dan bakal menimbulkan minat 100 juta penonton dalam dan luar negara.


Barisan pelakon V3: Samseng Jalanan. Klik untuk gambar besar..

"Ini tidak mustahil," ujar David dalam ucapan aluan ketika tayangan pratonton filem tersebut di Mutiara Damansara. Tambahnya, 100 juta penonton boleh dicapai sekiranya filem yang dihasilkan benar-benar berkualiti dan diminati ramai.

FilemV3: Samseng Jalanan ini diarahkan oleh pengarah baru dalam Skim 10 Pengarah Muda yang diperkenalkan MIG iaitu Farid Kamil. Keyakinan penerbit meletakkan tanggungjawab berat ini kepada Farid Kamil setelah melihat beliau sudah bersedia melakukannya. Kecenderungan Farid Kamil tehadap konsep aksi sebegini dianggap mampu memberi satu kelainan terhadap look filem ini.


Barisan pelakon V3: Samseng Jalanan. Klik untuk gambar besar..

Filem yang menelan kos sebanyak RM1.8 juta termasuk promosi telah menjalani pengambaran di sekitar negeri Kedah dan Lembah Kelang. Bagi melengkapkan kepuasan para penonton, dan ia dilengkapi sistem bunyi Dolby Digital Surround EX.

Farid Kamil menggalas tanggungjawab lebih besar apabila diberi peranan sebagai hero disamping pelakon-pelakon lain. Antara pelakon yang turut menjayakan filem ini adalah Bront Palarae, hIntan Ladyana, Lisa Surihani, Radhi OAG, Cat Farish, dan Corrie Lee di samping pelakon-pelakon senior seperti Norlia Ghani, Wan Nor Azlin, Shaharuddin Thamby, Mr. Os, Kamarool Hj. Yusoff dan ramai lagi.

Filem ini dikatakan cuba menyelam dunia remaja kini yang terjebak dengan pelbagai gejala sosial yang kian hari kian membimbangkan. Dikhuatiri jika tidak dibendung secara serius ia akan memusnahkan golongan pelapis yang akan menerajui Negara suatu hari nanti. Disampaikan menerusi genre aksi dilihat lebih mudah diterima oleh golongan sebegini.

V3: Samseng Jalanan bakal menggegarkan pawagam seluruh Negara bermula 11 Mac ini dan diharapkan mampu mengulangi kejayaan Remp-it dan filem-filem MIG sebelum ini.

Filem lain yang bakal menemui para penonton adalah Semerah Cinta Stilleto (arahan Ahmad Idham) pada 8 April, Zoo (Azhari Zain) pada 17 Jun, Mantra (Azhari Zain), Jangan Pandang Belakang Congkak 2 (Ahmad Idham), Senarlo Asam Garam (Hatta And Khan), Aku Masih Dara serta Cuti-Cuti Cinta (Ahmad Idham) dan Ngangkung arahan Ismail Bob Hasim. Manakala Damping Malam arahan Ahmad Idham kini sedang rancak menjalani pengambaran di sekitar Lembah Kelang.


Postern V3: Samseng Jalanan. Klik untuk gambar besar..

SINOPSIS:

Filem ini memaparkan kisah RUDY dan sahabatnya BRETT yang terjerumus dalam satu masalah besar apabila kawan mereka SHAH dan LIZA yang juga pasangan kekasih maut dalam satu kemalangan semasa pulang dari menonton wayang. Lebih memburukkan keadaan, di tangan SHAH terdapat dadah yang baru diambil. Untuk menyelesaikan kes tersebut, RUDY, BRETT dan rakannya menjadi buruan polls. RUDY dan BRETT mengambil keputusan melarikan diri ke Kuala Lumpur.

Di Kuala Lumpur, RUDY berazam mengubah kehidupannya menjadi `manusia'. Brett yang ingin membantu telah menemukan RUDY dengan LAN RIBUT lalu dibawa ke kedai Sam Seng Motor yang sebenarnya dikawal oleh seorang Along yang bernama WAN BLOST, taikoon pertaruhan haram.

Di dalam satu pertaruhan yang diaturkan. RUDY telah tewas kerana GARING 'main kotor' dan membuatnya berhutang RMI0,000 dengan SAM SENG dan tercedera. RUDY telah berkenalan dengan LISA, seorang gadis manis yang merupakan akauntan di sebuah firma swasta. Rumah Lisa menjadi tempat mereka bersembunyi sementara RUDY sembuh. Sepanjang tempoh itu telah membibitkan perasaan sayang antara mereka.

GARING masih mencari RUDY untuk menagih hutang dan mengatur satu lagi pertaruhan maut kerana populariti yang diraih RUDY di laman web apabila semua rakaman pertaruhan yang disertai RUDY dipaparkan. RUDY berkeras untuk tidak berlumba lagi tetapi GARING sentiasa mencari jalan untuk membuatkan RUDY setuju. Sehingga GARING telah menculik LISA dan mengugut untuk merogolnya jika RUDY masih enggan bertaruh. Setelah didesak, RUDY bersetuju.

Di hari pertaruhan, Rudy berjaya mengalahkan Garing menyebabkan Garing tidak puas hati dan mengugut Rudy untuk merampas Lisa. Rudy terus mengejar Garing dan membelasah Garing dalam satu pergaduhan.













BERPULUH GAMBAR LAIN: KLIK DI SINI



    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

24 February 2010

GAMBAR TUNANG JIMMY SHANLEY?

Benarkah tunang... atau secara kebetulan sahaja atau mungkin adik-beradik khot? Allahualam..!


Klik untuk gambar besar...!


credit to Prestige Magazine


    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

20 February 2010

SEKITAR HARI JADI DATUK K

Semoga panjang umur!





    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

15 February 2010

SHIDEE 'MASIH BELUM TERLAMBAT'...

Meskipun mencecah usia 50 tahun, namun penyanyi yang pernah popular dengan lagu 'Sayang Semuanya Sudah Terlambat' Shidee, sebenarnya masih belum terlambat lagi. Ini berikutan perkahwinannya dengan Siti Fairunnisa Aziz, 22 tahun, pada 1 Februari lalu dan persandingan pada 13 Februari 2010 di Bukit Sentosa Rawang, Selangor diibaratkan oleh segelintir pihak seperti 'anak dengan bapa'..

"Saya tidak pandang faktor umur, yang penting suami pilihan saya seorang yang bertanggungjawab dan mampu menjaga saya. Kami berkenalan empat tahun lalu dan apabila melihat ada keserasian, tambahan pula dia juga kelakar, kami mengambil keputusan untuk berkahwin," kata Siti Fairunnisa dipetik sebagai berkata.

"Soal jodoh Allah yang tentukan, sebelum ini memang saya ada berusaha tetapi gagal, namun akhirnya bertemu jodoh dengan Siti Fairunnisa. Seperti dia, saya juga berdoa kepada Allah supaya dikurniakan cahaya mata kerana anak itu umpama harta yang tidak ternilai.

"Selepas berumahtangga, saya akan menumpukan terhadap perniagaan, tetapi bidang nyanyian sudah sebati dalam hidup ini," ujar Shidee sebagai berkata. Tambahnya, dia juga bercadang menerbitkan album baru tidak lama lagi.

Kesimpulannya, itulah jodoh! Kita hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang menentukannya. Semoga perkahwinan Shidee dan Siti memberi kebahagiaan pada mereka berdua hingga ke anak cucu... Amin!






    (\__/) (='.'=) (")_(") www.myartis.com 2010

14 February 2010

DETIK ZARINA ANJOULIE DI TAHAN AADK...

Ujian saringan air kencing ke atas pelakon drama seram, Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul dikatakan positif mengambil dadah ketamin, lapor sebuah akhbar.

Ketua Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sepang, Syaiful Asfar A. Rahman semasa mengesahkan perkara itu berkata, pelakon berusia 24 tahun itu telah dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu laporan pengesahan daripada Jabatan Patologi.

Bagaimanapun ketika dihubungi wartawan, pelakon tersebut menafikan kenyataan pegawai AADK itu dan mendakwa tetap tidak bersalah.

"Memang pada malam itu saya dan rakan telah ditahan kerana memandu kereta menggunakan cermin yang terlampau gelap. Disebabkan itu, kereta saya telah disyaki digunakan untuk mengedar dadah," jelasnya dipetik sebagai berkata.















Gambar petikan media tempatan

    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

11 February 2010

AKAK ZIANA KENA AIR PANAS?

Sian Kak Ziana kita ni, dalam sibuk menguruskan rumah tangga, tanpa disedari tangannya cedera terkena air panas. Nasib baik kena kat tangan, kalau kena kat muka... cam mana? Sabar aje la ye Ziana... dugaan...!







    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

AKSI MELAMPAU ARTIS SINGAPURA?

Aksi terlampau seorang artis Melayu negara jiran ini yang berbogel, berblowjob dan berdoggy heboh diperkatakan di sana sini. Malah akhbar The New Paper (terbitan Singapura) telah menjadi popular dalam sekelip mata apabila mendedahkan skandal tersebut yang didakwa amat memalukan.

Sedikit maklumat dari akhbar Singapura:

Nadia Fazlini Sharip is a former Singaporean air stewardess and part-time actress, who played the role of Syanaz in "Anak Metropolitan" (2002-2004) TV series on the Singaporean Malay TV channel Suri.She was nominated for the best supporting actress award at the Suria’s Pesta Perdana 5 for her role in the series. Nadia was the winner of Suria's talent search competition, Anugerah 1999. She was last seen in"Teman Anugerahku" back in 2006, along with the four Anugerah boys.

Kesimpulannya, populariti selalu menghanyutkan seseorang itu ke alam maksiat yang dianggap sebagai lesen kebebasan. Dalam masalah ini, seharusnya kita sedar bahawa walau di mana jua kita berada, Allah SWT selalu memerhatikan perbuatan kita kerana hidup ini bukan selamanya...
















    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

10 February 2010

HARI JADI ERRA FAZIRA KE 36...

Gambar-gambar majlis hari jadi Erra Fazira yang ke 36 di Shah Alam, Selangor. Erra kelihatan ceria di majlis tersebut sambil ditemani oleh Emran dan anaknya Aleesya.















kredit to: KepakAyam



    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010