Saturday, February 20, 2010

SEKITAR HARI JADI DATUK K

Semoga panjang umur!





    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

Monday, February 15, 2010

SHIDEE 'MASIH BELUM TERLAMBAT'...

Meskipun mencecah usia 50 tahun, namun penyanyi yang pernah popular dengan lagu 'Sayang Semuanya Sudah Terlambat' Shidee, sebenarnya masih belum terlambat lagi. Ini berikutan perkahwinannya dengan Siti Fairunnisa Aziz, 22 tahun, pada 13 Februari 2010 di Bukit Sentosa Rawang, Selangor diibaratkan oleh segelintir pihak seperti 'anak dengan bapa'..

"Saya tidak pandang faktor umur, yang penting suami pilihan saya seorang yang bertanggungjawab dan mampu menjaga saya. Kami berkenalan empat tahun lalu dan apabila melihat ada keserasian, tambahan pula dia juga kelakar, kami mengambil keputusan untuk berkahwin," kata Siti Fairunnisa dipetik sebagai berkata.

"Soal jodoh Allah yang tentukan, sebelum ini memang saya ada berusaha tetapi gagal, namun akhirnya bertemu jodoh dengan Siti Fairunnisa. Seperti dia, saya juga berdoa kepada Allah supaya dikurniakan cahaya mata kerana anak itu umpama harta yang tidak ternilai.

"Selepas berumahtangga, saya akan menumpukan terhadap perniagaan, tetapi bidang nyanyian sudah sebati dalam hidup ini," ujar Shidee sebagai berkata. Tambahnya, dia juga bercadang menerbitkan album baru tidak lama lagi.

Kesimpulannya, itulah jodoh! Kita hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang menentukannya. Semoga perkahwinan Shidee dan Siti memberi kebahagiaan pada mereka berdua hingga ke anak cucu... Amin!







    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

Sunday, February 14, 2010

DETIK ZARINA ANJOULIE DI TAHAN AADK...

Ujian saringan air kencing ke atas pelakon drama seram, Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul dikatakan positif mengambil dadah ketamin, lapor sebuah akhbar.

Ketua Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sepang, Syaiful Asfar A. Rahman semasa mengesahkan perkara itu berkata, pelakon berusia 24 tahun itu telah dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu laporan pengesahan daripada Jabatan Patologi.

Bagaimanapun ketika dihubungi wartawan, pelakon tersebut menafikan kenyataan pegawai AADK itu dan mendakwa tetap tidak bersalah.

"Memang pada malam itu saya dan rakan telah ditahan kerana memandu kereta menggunakan cermin yang terlampau gelap. Disebabkan itu, kereta saya telah disyaki digunakan untuk mengedar dadah," jelasnya dipetik sebagai berkata.















Gambar petikan media tempatan

    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010
Loading...