26 May 2010

CANDID - ABBY TEMAN ZUL BERSENAM...

LAPORAN EKSKLUSIF..!

Meskipun pernah menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan Mohamed Nurhakim Zaidon, atau panggilan manjanya Zul, namun ketika lelaki kacukan Melayu Belanda ini bersenam di Taman Rekreasi Lembah Kiara, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur (rabu, 26 Mei 2010), Abby Abadi kelihatan menemankannya penuh mesra. Turut bersama ialah seorang wanita lewat 50-han yang kemungkinan ahli keluarga Abby dan seorang lagi wanita yang dipercayai keluarga Zul.

Meskipun Abby tidak bersenam, namun perhatian istimewanya terhadap senaman Zul amat menarik hati. Malah tubuh sasa Zul turut mencuri tumpuan segelintir wanita di situ yang datang berjoging dan bersenam.

Kemudian, kira-kira jam 8.10 pagi, Abby dan Zul bersama-sama menuju ke kenderaan mereka yang diletakkan di tepi jalan. Dan tanpa segan silu, Zul dilihat membuka bajunya yang basah kuyup berpeluh di tepi kenderaan tersebut sambil diperhatian oleh Abby.

Persoalannya sekarang, sejauh mana hubungan Abby dan Zul? Sekadar teman tapi mesra atau mungkin mereka akan menjadi suami isteri sebagaimana yang diharapkan peminatnya? Kalau benar begitu, harap-harap hubungan tersebut akan kekal bahagia... Kahwin, jangan tak kahwin!!


Klik untuk gambar besar..!



Abby memerhatikan senaman Zul penuh minat...





Buka baju depan Abby dengan selamba...




    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    Photo copyright - www.myartis.com 2010

24 May 2010

SCHA DAN AWAL DATING?

Kalau benarlah bagai dicanang yang Scha dan Awal Ashaari dating di Curve, Mutiara Damansara, Petaling baru-baru ini... maka ia pastinya menyamai gossip dating antara Fahrin dan pelakon Hotel Mania yang hangat diperkatakan sekarang.

Malah istilah teman tapi mesra dan makan suap-suap antara Scha dan Awal seperti yang kononnya dilihat seorang peminat, sememangnya menambahkan lagi tanda tanya. Kalau sekadar kawan, tak kan sampai begitu sekali?

Apa-apapun, hanya mereka berdua sahaja yang tahu setakat mana perhubungan tersebut. Teman hidupkah, rakan baik sahajakah... atau sekadar teman tapi mesra yang sering dikaitkan pada artis kita hingga sesetengahnya berakhir di ranjang... Allahulam!


Bukti gambar adegan dating antara Scha & Awal...



    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

WARDINA LANCAR DUA BUKU...

"Minat menulis memang sudah lama ada dalam diri saya, sejak di bangku sekolah lagi. Kalau saya tidak menjadi pelakon, saya rasa memang saya akan menjadi seorang penulis.

"Buku panduan untuk ibu-ibu itu tercetus setelah saya menyedari ramai wanita sering bertanyakan pada saya tentang tips pemakanan bayi, penyusuan dan sebagainya.

"Saya sendiri pun tidak tahu mengapa mereka sering bertanyakan pendapat saya dan dari situlah saya rasa bagus juga jika saya hasilkan satu buku menceritakan tentang pengalaman sendiri sebagai seorang ibu.

"Untuk siri pertama ini, saya memfokuskan kepada aspek pemakanan. Mengenai buku cerita kanak-kanak pula, ia adalah ilham daripada seorang kenalan sebenarnya. Dan buku ini saya hasilkannya di dalam bahasa Melayu (BM) kerana ketika ini, buku kanak-kanak dalam BM sangat kurang," ujar Wardina Saffiyah.


Klik untuk imej besar!





    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

22 May 2010

WOW...!! DIANA DANIELLE.. SEKSINYA...!

Bila melihat gambar ni, pasti ramai datuk-datuk, para VVIP, buaya darat dan lelaki mata keranjang yang cair dengan posing mautnya. Itulah Diana Daniella... artis yang sedang meletup-letup dan menjadi buruan ramai penerbit serta pengarah filem dewasa ini.

Usianya yang masih remaja sememangnya menjadi idaman ramai lelaki. Namun, apakah hala tuju Diana selepas ini? Akan terus memakai pakaian begini atau sekadar memenuhi impian majalah yang mahu melariskan jualan?

Ikhlasnya... hanya Diana sahaja yang mampu menjawab semua soalan ini. Bak kata pepatah, jangan kerana menang sorak... habis kampung tergadai! Atau dalam erti kata sebenar, kecantikan dan penampilan seseorang itu bukan diukur daripada gaya seksinya... tetapi kecantikan dalamannya yang pandai menjaga maruah!


Klik imej untuk gambar besar..!!








Photo credit: Mangga online


    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

20 May 2010

BILA FASHA SANDHA BERTUDUNG...

Memang manis bila Fasha Sandha bertudung... jelas terserlah keayuannya berbanding penampilannya sebelum ini. Tapi... mungkin ianya hanya seketika sahaja. Tudung yang di pakai Fasha mungkin hanya untuk majlis-majlis tertentu bagi mengambil hati tuan punya majlis... bukan berdasarkan keinsafan!!



Harapan kita, semoga Fasha terbuka hatinya untuk terus bertudung sebagaimana yang dituntut oleh Islam. Dalam hal ini, kemungkinan tersebut tidak mustahil bagi Fasha kerana bak kata pepatah... sedangkan pantai lagi berubah, inikan pula hati manusia! Insa'Allah...


Klik untuk imej lebih besar..!













    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

16 May 2010

FAHRIN & ADELINE BERDUAAN DI RESTORAN?

Gossip antara Fahrin Ahmad dengan Adeline Tsen (pelakon hotel mania) yang dilihat berduaan di Restoran Kayu Nasi Kandar, Dataran Sunway, Kota Damansara pada 13 Mei lalu jam 11 malam hangat diperkatakan di internet.

Mereka didakwa duduk berbincang sesuatu di situ secara kasual sebelum kemudiannya berjalan menuju kereta. Dakwa peminat yang kebetulan berada di situ dan sempat menangkap gambar secara kandid, tangan Fahrin menyentuh bahu Adeline Tsen.

"Gambar perempuan tak clear sangat sebab cover dengan rambut. Aku ambik gambar pun terketaq-ketaq sebab takut dibelasah Fahrin. Ini je shot yang terbaik daripada aku," ujar peminat tersebut dalam sebuah forum.

"Mereka nampak macam kasual meeting dan conversation. So maknanya macam kawan-kawan lepak kat kedai mamak, sambil tengok bola. Tentang tangan fahrin menyentuh bahu adeline, (menyentuh, bukan memegang) so pada aku normal je, pada aku ni semua kasual friends.

"Mungkin Fahrin tengah mengadjust or Fahrin tengah 'test' minah ni. Or mungkin fahrin just jadikan adeline tempat untuk mengisi ruang kosong. Who knows kan..?" Tambah peminat tersebut membuat spekulasi.

Dalam hal ini, ke mana sahaja seseorang artis itu berada, mereka pastinya menjadi tarikan dan perhatian umum. Oleh yang demikian, sememangnya tak salah jika mereka keluar makan atau melepak berdua sambil tengok bola hingga larut malam... tetapi ia pasti mengundang gossip mengenai apakah pengakhiran drama tersebut! Allahualam...!

Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai kekasih, Fahrin yang kini berusia 31 tahun tidak mahu tergesa-gesa memikirkan soal cinta. Disoal apakah dia sedang mencari-cari kekasih, dia dengan yakin menjawab 'tidak'.

"Tidak buat masa ini. Bagi saya masa untuk berehat dulu.

"Tapi, saya tak boleh menidakkan hakikat yang saya perlu juga mencari jodoh untuk masa depan," ucapnya tenang.

Tentang hubungannya dengan Linda dan Scha, Fahrin memberitahu dia tidak pernah berhubung dengan kedua-dua mereka selepas berpisah. Namun, jika diminta untuk bekerjasama dalam satu produksi, dia akan bersikap profesional.

"Boleh, tak ada masalah! Saya percaya pada rezeki dan ketentuan Ilahi. Tak salah bekerjasama dan saya telah pun melakukannya sebelum ini," katanya dipetik sebagai berkata.



Gambar yang didakwa Fahrin Ahmad dan Adeline Tsen sedang lepak-lepak di sebuah restoran. Klik untuk imej besar!



    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

12 May 2010

BERITA SANA SINI...



JOHAN RAJA LAWAK

PENGACARA rancangan Raja Lawak, Johan di bawa masuk ke bilik rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban kerana cedera di percayai terbabit dalam pergaduhan di Sikamat, dekat Seremban, semalam.



Beliau yang cedera di bahagian muka dipercayai dibaling gelas kaca dalam pergaduhan dengan seorang pengarah drama di sebuah kedai di sini.



AMENG SPRING

Penyanyi Ameng yang popular sekitar 1990-han bersama kumpulan Spring telah didakwa di Mahkamah Majistret hari ini (Rabu) memasukkan dadah jenis ganja dalam badan di pejabat Bahagian Siasatan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul pada 2 April lalu.

Ameng, 42, atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, hadir di mahkamah dan diwakili oleh peguam Kamarulzaman Abdul Rahman.



Penyanyi tersebut bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Hakim Zaki Asyraf Zubir membenarkan ikat jamin RM3,500 dan menetapkan 27 Mei ini untuk sebutan semula kes.

    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

07 May 2010

HAYAT AZEAN IRDAWATY HINGGA OKTOBER?

Ajal maut adalah ketentuan Allah! Namun siapa yang tidak sedih apabila sudah diberitahu lebih awal bahawa hidup mereka tidak lama di dunia ini? Begitulah yang berlaku terhadap pelakon berbakat besar Azean Irdawaty yang mendakwa dia hanya mempunyai tempuh 2 tahun (bermula 2008) sahaja lagi untuk hidup!

Jika telahan doktor yang meneliti kes barahnya itu benar, maka kemungkinan besar hayat Azean hanya sekitar Oktober 2010 ini sahaja. Ditambah pula dengan masalah anaknya Khaireyll Benjamin Ibrahim atau Benjy, 33, yang dihantar ke pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor, membuatkan perasaan Azean bertambah hancur dan berkecai.

Berikutan itu, Azean sempat mengirim sms kepada rakan media bagi meluahkan apa yang dirasanya selama ini. Berikut disiarkan SMS tersebut yang tidak disunting sebagai pengetahuan kita bersama.

Salam,
Kenapa begini zalim terhadap Kak Yan? Arahan ditandatangi pada tengahari Selasa, 4 Mei 2010. Kenapa tak bagitau Kak Yan awal agar boleh Kak Yan berjumpa anak Kak Yan sekali lagi sebelum dia dibawa ke Muar?

Pukul 3 petang hari Rabu, 5 Mei semalam, baru dapat keizinan untuk pergi menghantar ubat-ubat asma dan darah tingginya (untuk Benjy) . Mesti sampai sebelum habis waktu kerja pukul jam 4 petang. Kenapa tak boleh bagi izin awal sikit.

Kak Yan bergegas ke Muar dan tiba pukul 5 kerana mencari tempatnya lagi. Kami tak dapat berjumpa Benjy. Kak Yan diberitahu boleh datang lagi pada hari lain, tapi perjumpaan hanya melalui intercom, dipisahkan di antara dinding skrin.

Dan tak dibenarkan membawa sebarang makanan masakan sendiri, walaupun pada bulan puasa atau hari raya selama 2 tahun tempoh tahanan berjalan. Kak Yan faham tentang syarat-syarat itu yang terpaksa diturut oleh pihak pusat tahanan. Itu prosidure untuk semua tahanan.

Tapi, yang kak Yan tak faham, kenapa tak bagitau kak Yan awal, sebelum bawa anak kak Yan pergi pagi semalam. Arahan tahanan ditandatangani tengahari. Kak Yan masih sempat berjumpa Benjy, untuk kali terakhir dia cium tangan ibunya. Untuk kali terakhir Kak Yan nak peluk, cium anak kak Yan. Kenapa tak bagitau?

Kalau betul cakap doktor yang Kak Yan hanya ada sehingga Oktober tahun ini sebelum kalah dengan kanser yang dah sampai ke peringkat 4 ni, adakah ini bermakna Kak Yan tidak akan berkesempatan menyentuh anak Kak Yan lagi? Atau, untuk dia menjamah masakan ibunya lagi?

Sejak Februari 2009, Kak Yan menghentikan semua rawatan di hospital kerana dah tak mampu. Kak Yan hanya mengamalkan rawatan Syifa Al-Hidayah iaitu surah Al-Quran.
Kak Yan memang tak tunjukkan pada orang yang Kak Yan masih sakit dan tak mengisytiharkan apa yang seorang doktor pakar (bukan dari Kak Yan) beritau Kak Yan pada Oktober 2008 .

Setelah examine gambar-gambar X-Ray kak Yan disaksikan 2 orang kawan rapat Kak Yan bahawa Kak Yan hanya ada 2 tahun lagi. Kak Yan tak bercerita sebab pertama, tak nak percaya cakap dari doktor sebab ajal maut Tuhan yang tentukan.

Kedua, Kak Yan tak mau bercerita yang negatif kepada orang ramai sebab itu Kak Yan tabahkan hati dan tersu menjalani hidup ini tanpa mengalah. Biar Kak Yan berdoa saja.
Tapi sebenarnya sejak stress dengan kes ini, sememangnya symptom- simptom yang Kak Yan kenal benar sebelum ni Kak Yan dah mula rasa, setiap hari. Kak Yan tetap berdoa, disembuhkan dan dipanjangkan umur.

Tapi...jika sekiranya kanser jenis cerb-2+VE yang sememangnya disahkan jenis agresif ini kalahkah Kak Yan sebelum Benjy habis tempoh 2 tahun, adakah ini bermakna kami anak beranak telah pun dipisahkan sebelum Tuhan memisahkan kami?

Kenapa begini zalim? Selama 36 tahun Kak Yan berbakti kepada masyarakat melalui tenaga dan bakat kurniaan Tuhan, Kak Yan kononnya diminati dan disanjungi. Sekarang, apa dia jenayah yang Kak Yan lakukan sehingga hak Kak Yan sebagai ibu dirampas begitu kejam?

Kak Yan cuma minta memeluk anak Kak Yan sekali saja lagi, menyuap nasi dengan lauk kegemarannya sekali saja lagi. Lepas tu, ambillah dia. Kurunglah, kalau mau. Tapi, janganlah diperlakukan begini kepada Kak Yan. Masing-masing ada ibu, ada anak.
Tolonglah. Kasihanilah Kak Yan.




Azean... tetap tabah hadapi dugaan!



    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

05 May 2010

GAMBAR PERKAHWINAN ROZITA CHE WAN?

Memang terbukti Rozita Che Wan manis orangnya. Lihat sahajalah gambar kenangan perkahwinan Rozita ni dengan bekas suami... sungguh cantik dan menawan! Malah bukan sekadar dulu, sekarangpun Rozita tetap terus mengancam hati datuk-datuk dan VIP yang tidak berputus asa menawan hatinya!


Klik untuk imej besar!



Rozita sekarang...!



    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

04 May 2010

AKSI GEDIK ADELINE TSEN MEMALUKAN?

Gedik! Begitulah komen segelintir penonton terhadap drama muzikal Hotel Mania terbitan KRU Studios yang ditayangkan diTV3. Ini kerana, ada kalangan mereka menyuarakan rasa bimbang dengan keberanian drama seperti itu yang didakwa mampu meracuni penonton yang kebanyakkannya terdiri daripada golongan remaja.

Lebih memalukan dakwa mereka, lakonan Adeline Tsen yang tiba-tiba pengsan dan Anding kemudian membuka sedikit butang bajunya dan merapatkan wajah ke muka wanita itu untuk melakukan bantuan pernafasan dari mulut ke mulut (CPR).

"Persoalannya, perlukah babak itu diwujudkan? Kut ia pun nak menggambarkan cinta mula berputik, ada banyak lagi cara lain yang lebih manis. Lagipun kalau terperangkap dalam lif biasanya orang panik dari awal, bukan nyanyi dulu kemudian baru panik atau pengsan.

"Ini tidak, selepas menyanyi dengan gembiranya, tiba-tiba boleh pengsan. Bukankah penonton ramai di kalangan anak-anak yang masih bersekolah dan ada yang belum mencecah usia belasan tahun. Sudah pasti paparan ini kurang molek dan sesuai untuk mereka.

"Dalam pada rancak pihak berkuasa dan masyarakat melaungkan bimbang terhadap isu keruntuhan moral muda mudi yang kian menjadi-jadi, sepatutnya kita paparkan bahan yang sihat, bukan menjolok mata seperti ini," demikian kritik seorang wartawan hiburan dipetik sebagai berkata.

Persoalannya sekarang, sejauh mana pihak berwajib mampu mengambil berat isu seperti ini dalam membendung masalah sosial yang kian berleluasa? Apakah filem dan drama sekarang tidak ditapis sebaiknya hingga adegan tidak sopan dan memalukan ditayangkan atas alasan kononnya mahu 'memberi pengajaran'?

Dalam hal ini... selamatkah anak-anak kita menontonnya? Tepuk dada, tanya selera!



Aksi-aksi belakang tabir Adeline yang
didakwa gedik & memalukan...
Klik untuk imej besar!









    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

03 May 2010

PHOTO HARI JADI ANAK CAT FARISH

Memang comel anak Cat Farish... tambah-tambah isterinya yang kini sedang mengandung. Walaupun sambutan hari jadi yang diadakan agak sederhana, namun majlis tersebut dilihat cukup meriah dan berwarna-warni...


Klik untuk imej besar...


Isteri Cat dan Najlah (dua-dua mengandung!)





    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010