16 July 2010

SHAHIR AF8 MASA KECIL...









    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

PENJELASAN FINAS TENTANG DUA ALAM

SKIM WAJIB TAYANG FINAS

16 Julai 2010, Hulu Kelang – Skim Wajib Tayang yang diperkenal pada tahun 1990 dan dijadikan peraturan pada tahun 2005 diwujudkan bagi membantu penerbit filem untuk mendapat kutipan yang maksima melalui penetapan tarikh dan pawagam. Tempoh Wajib Tayang adalah 14 hari. Ada peruntukan dimana sekiranya sambutan penonton kurang daripada yang ditetapkan (15%), pertukaran pawagam dan penarikan daripada tayangan boleh dilakukan.

Semua filem-filem yang berjaya mencapai ‘box office’ ditayang melalui Skim Wajib Tayang adalah seperti Adnan Sempit (7.66 juta), Niyang Rapik (3.72 juta), V3 : Samseng Jalanan (3.88 juta), KL Drift 2 (5.67 juta) dan Lagenda Budak Setan (4.28 juta).

i. Senarai filem-filem yang ditayangkan di bawah Skim Wajib Tayang (seperti di Jadual 1).

ii. Senarai filem-filem yang mencapai ‘Box Office’ di bawah Skim Wajib Tayang (seperti di Jadual 2).

Dakwaan Dr. Rozmey adalah tidak tepat mendakwa Skim Wajib Tayang tidak mampu memajukan industri filem tempatan. Tarikh yang dicadang oleh Dr. Rozmey pada 30 September 2010 jatuh pada hari Sabtu. Kebiasaannya pawagam akan memulakan tayangan filem baru pada hari Khamis. Mengikut tarikh-tarikh yang disediakan oleh Urus Setia Skim Wajib Tayang selepas filem Cuti-Cuti Cinta pada 21 Oktober 2010, tarikh yang sesuai adalah pada 04 November atau 18 November. Tarikh-tarikh berkenaan disyorkan bagi mengelak bertembungan tayangan antara filem-filem tempatan. FINAS mencadangkan supaya permohonan bagi tarikh 18 November boleh dibuat dan dikemukakan kepada Urus Setia.

FINAS sentiasa membantu penerbit filem tempatan terutama dalam memastikan kejayaan sesebuah filem melalui Skim Wajib Tayang agar sektor perfleman muncul sebagai industri yang membantu menjana pendapatan kepada ekonomi negara serta memberi manfaat kepada penggiat filem negara.


Unit Komunikasi Korporat FINAS
Kompleks Studio Merdeka
Hulu Kelang



Jadual 1

Senarai filem-filem yang ditayangkan dibawah Skim Wajib Tayang

BIL. JUDUL FILEM TAHUN
1. Kala Malam Bulan Mengambang 2008
2. Cuci 2008
3. Dunia Baru The Movie 2008
4. Anak 2008
5. Duyung 2008
6. Akhirat 2008
7. Evolusi KL Drift 2008
8. Congkak 2008
9. Cinta U-Turn 2008
10. Apa Kata Hati ? 2008
11. Pensel 2008
12. Sepi 2008
13. I’m Not Single 2008
14. Susuk 2008
15. Kami The Movie 2008
16. Senario The Movie – Episod 1 2008
17. Tipu Kanan Tipu Kiri 2008
18. Budak Kelantan 2008
19. Wayang 2008
20. Selamat Pagi Cinta 2008
21. Antoo Fighter 2008
22. Los & Faun 2008
23. Cicak Man 2 – Planet Hitam 2008
24. Histeria 2008

BIL. JUDUL FILEM TAHUN
25. Brainscan 2009
26. Maut 2009
27. Sifu & Tongga 2009
28. Geng : Pengembaraan Bermula 2009
29. Rasukan Ablasa 2009
30. Jin Hutan 2009
31. Sayang 2009
32. Talentime 2009
33. Jangan Tegur 2009
34. Bohsia... Jangan Pilih Jalan Hitam 2009
35. Sell Out? 2009
36. Syurga Cinta 2009
37. Jangan Pandang Belakang Congkak 2009
38. Skrip 7707 2009
39. Setem 2009
40. Jin Notti 2009
41. Momok The Movie 2009
42. Pappadom 2009
43. Lembing Awang Pulang Ke Dayang 2009
44. Pisau Cukur 2009
45. Senario The Movie Episode 2 – Beach Boys 2009
46. Jalang 2009
47. My Spy 2009
48. Pulau Asmara 2009
49. Santau 2009
50. Muallaf 2009
51. Duhai Si Pari-Pari 2009

BIL. JUDUL FILEM TAHUN
52. Adnan Sempit 2010
53. 2 Hati 1 Jiwa 2010
54. Lu Pikirlah Sendiri The Movie 2010
55. Niyang Rapik 2010
56. V3: Samseng Jalanan 2010
57. KL Drift 2 2010
58. Semerah Cinta Stilleto 2010
59. Hooperz 2010
60. Belukar 2010
61. Andartu Terlampau 21 Hari Mencari Suami 2010
62. Lagenda Budak Setan 2010
63. Kecoh Betul 2010
64. Kapoww!! 2010
65. Zoo 2010
66. Mantra 2010
67. 4 Madu 2010


Jadual 2

Senarai filem-filem yang mencapai ‘Box Office’ dibawah Skim Wajib Tayang

BIL. JUDUL FILEM KUTIPAN (RM/JUTA)
1. Adnan Sempit 7.66
2. Lagi- Lagi Senario 6.33
3. Geng : Pengembaraan Bermula 6.20
4. Sembilu 2 6.10
5. Jangan Pandang Belakang Congkak 6.09
6. Jangan Pandang Belakang 5.78
7. KL Drift 2 5.67
8. Cicakman 5.15
9. Maria Mariana 4.72
10. Duyung 4.67
11. Senario The Movie 4.58
12. Gerak Khas The Movie 4.40
13. Sembilu 4.39
14. Senario Lagi 4.37
15. Senario The Movie : Episod 1 4.26
16. Lagenda Budak Setan 4.18
17. Bohsia : Jangan Pilih Jalan Hitam 4.14
18. Remp – It 4.00
19. Evolusi KL Drift 3.90
20. V3 : Samseng Jalanan 3.88




    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

JEHAN MISKIN... TERKINI

Fesyen rambut terkini Jehan Miskin, ala-ala mohawk... Mungkin untuk watak drama yang dilakonkannya, atau sekadar ingin bergaya.


Klik untuk gambar besar...






    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

09 July 2010

AKTIVITI SANA SINI...

KONSERT HUJAN VS BUNKFACE (10-11 JULAI)

Sebuah konsert sempena Festival Muzik Kuala Lumpur 2010 yang bakal menggabungkan dua band indie popular Malaysia, Hujan dan Bunkface. Konsert Hujan VS Bunkface bakal menggegarkan KL Life Centre pada 10 dan 11 Julai ini, 8.30 malam.

Konsert yang berkonsepkan 'battle of the band' di mana kumpulan Hujan dan Bunkface akan membuat persembahan secara berselang-seli ini adalah anjuran bersama Persatuan Warga Cinta Negara (Pecinta) dan Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN) serta ditaja oleh Pujangga Kreatif Sdn. Bhd.

Selain menyampaikan lagu-lagu popular Hujan seperti 'Pagi Yang Gelap', 'Jiwa Kelajuan', 'Dugaannya', 'Bila Aku Sudah Tiada' dan 'Aku Skandal', sementara Bunkface dengan lagu-lagu hit seperti 'Ekstravaganza', 'Revolusi', 'Prom Queen, 'Situasi' dan 'Silly Lily', kedua-dua band indie ini turut menyanyikan beberapa buah lagu secara berkolaborasi.

Tiket-tiket berharga RM50 ini boleh dibeli terus di kaunter Ticket2u (Istana Budaya) atau di KL Life Centre pada hari-hari persembahan.


KONSERT RENTAK JUARA AKHIR (17 JULAI)

Pertandingan Akhir Rentak Juara, 17 Julai ini, 8.30 malam di Panggung Anniversary, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Siapakah yang bakal bergelar Juara?

Alamilah persembahan mantap generasi hebat ini yang tampil dengan tagline “Cipta Fenomena” dalam pencarian kumpulan muzik terbaik daripada kumpulan amatur mahupun profesional dalam negara. Masuk adalah percuma.

Dibawakan khas untuk anda sempena Festival Kuala Lumpur oleh Unit Hiburan TV, RTM.


KONSERT DIR… SUARA 1MALAYSIA (18 JULAI)

Alunan suara harmoni Koir Kebangsaan yang mengadunkan konsep koir dan teater muzikal, nyanyian lagu-lagu popular Allahyarham Dato’ Sudirman Haji Arshad. Konsert ‘Dir…Suara 1Malaysia’ akan dipersembahkan oleh ahli-ahli Koir Kebangsaan di bawah pimpinan artis dan guru vokal terkenal, Syafinaz Selamat.

Alami getaran suara mantap menerusi konsert yang diadakan bagi mengenang jasa Dato’ Sudirman dalam industri seni muzik tanah air. Berlangsung18 Julai 2010 bertempat di KL Live Hall, Life Centre Kuala Lumpur dari jam 8.30 malam hingga 10.30 malam. Harga tiket RM25.

Dibawakan khas untuk anda sempena Festival Kuala Lumpur oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.


MUZIKAL NANTA COOKING (23 – 24 JULAI)

Amatilah persembahan muzikal komik secara bukan lisan yang mantap hasil kreativiti antara persembahan gendang tradisional Korea yang dinamakan Samulnori, dengan kombinasi pergerakan akrobatik yang bertenaga serta drama muzikal pada 23-24 Julai 2010 ini di Plenary Hall, KLCC dari jam 8.30 malam hingga 10.30 malam.

Muzikal Nanta Cooking membawa anda untuk merasai kehebatan memasak dengan komunikasi menggunakan pergerakan badan, ekspresi muka dan alunan bunyi menggunakan peralatan dapur.

Dibawakan khas untuk anda sempena Festival Kuala Lumpur oleh Centrestage Entertainment dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.


    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

30 June 2010

MANTRA - FILEM SERAM 18SG

Mantra, filem ke-38 terbitan Mterowealth yang mempertaruhkan genre seram aksi yang turut menjadi filem seram Melayu pertama mendapat klasifikasi 18SG (seram aksi dan seksi) dari pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) Malaysia. Keistimewaan filem seram ini, ia dilengkapi dengan Dolby Digital Surround dan juga merupakan filem seram perama menggunakan cinemascope yang setaraf dengan filem-filem Hollywood.

Mantra merupakan filem pertama dan terakhir memaparkan Penjara Pudu sebagai lokasi sebelum ia dirobohkan. Penonton hanya dapat melihat sejarah penjara Pudu apabila menonton filem ini yang dibarisi pelakon seperti Zul Suphian, hasnul Rahmat, Ana Dahlia, Bob Lokman dan ramai lagi.

Filem Mantra akan ditayangkan pada 15 Julai ini.





Klik untuk imej besar...



Preview Filem pada 30 Jun 2010 di CATHAY CINEPLEX, E@CURVE DAMANSARA





Pelakon utama filem Mantra: Zul Handyblack



Sinopsis:

Filem seram ini mengangkat kisah penggunaan ilmu hitam kerana dendam dan kepentingan diri sendiri. Kisah bermula dengan pembukaan cerita di kawasan perkuburan di mana Muzir dianiaya oleh Hasbi demi melengkapkan ilmu hitam serta mendapatkan isteri Muzir. Akibatnya Muzir dipenjarakan seumur hidup.

Di dalam penjara, Muzir berjaya mendapatkan ilmu hitam daripada Embah yang bakal menemui ajalnya. Namun, ilmu Muzir tidak sempurna kerana bilik penjaranya dikunci dengan ayat-ayat serta kalimah Allah. Lalu muncullah Pak Long, seorang warden penjara dan juga Pakcik kepada Muzir yang isterinya ditimpa musibah. Akibat cintakan isteri dan terdesak, Hafif telah bersetuju dengan syarat-syarat Muzir iaitu memadam ayat dan kalimah Allah di sekitar bilik penjara Muzir, menghidangkan tiga jenis hidangan untuk penjaga ilmu hitam dan mengambil tali pengikat pocong wanita yang mati kerana anak sulung menggunakan gigi.

Setelah ayat dan kalimah Allah berjaya dipadam oleh Pak Long, maka berlakulah perubahan ilmu Muzir dengan air yang melimpah di dalam bilik penjara serta bayangan makhluk hitam yang memenuhi dinding penjara. Serentak dengan itu, Muzir muncul di dalam sebuah paya lalu melakukan pembunuhan sebagai makanan kepada ilmu hitam miliknya. Maka bermulalah pembalasan dendam kesumat Muzir terhadap Hasbi.




Pengarah
Azhari Mohd Zain

Lakonan:
Zul Handyblack
Muzir (Pelakon Utama)

Hasnul Rahmat
Hasbi (Pelakon Utama)

Hamdan Ramli
Pak Long/Warden (Pelakon Pembantu)

Mas Muharni
Mariam (Pelakon Utama)

Bob Lokman
Haji Fatah (Pelakon Pembantu)

Ruzaidi Abdul Rahman
Embah (Pelakon Pembantu)

Mariani
Bidan (Artis Jemputan)

Krew:
Azlan Syah
(Pembantu Pengarah)

Fauziah binti Muhamad
(Penjaga Sambungan)

Rafizah Hussin
(Pembantu Pengurus Produksi)

Ollynn
(Pengarah Seni)

Boe Azhar
(Pengarah Fotografi)

Bakhtiar bin Kartubi
(Property Master)

Penerbit:
David Teo


PULUHAN GAMBAR FILEM: KLIK DI SINI....



    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

24 June 2010

ORIANTHI LIVE IN KUALA LUMPUR...

At 24 years old, Orianthi has already experienced what most aspiring musicians only dream of. She's opened for her hero, Steve Vai, backed an Idol, Carrie Underwood, traded solos with a legend, Carlos Santana and shared the stage with the King of Pop, Michael Jackson. What's left to conquer? The world stage, for one, and this guitar wunderkind has her sights clearly set on the road ahead.

Her first support show was for Steve Vai at age 15. Orianthi had the opportunity to meet and jam with Carlos Santana when she was 18. He invited Orianthi to get up and jam with him at soundcheck then later asked she would join him on stage that night. She signed with Geffen Records in late 2006 and struck a management deal with 19 entertainments.

Orianthi packs modern girl-power punch into every turn of phrase, but it’s the shredding that takes her brand of rock to an entirely new level. Songs like “Suffocated” and “Think Like A Man” are anthemia rock tracks recalling at time Evanescence, Avril Lavigne, Paramore and even a less-music row more-sunset strip Taylor Swift. First single “According To You” is a catchy tale of an ungrateful boyfriend with a killer guitar solo. The result: a thunderous, hook and riff driven debut that sounds larger than life. If, for a moment, you’ve thought the music world could use another taste of The Runaways’ Joan Jett, let us introduce you to Orianthi.

Her song ‘According To You’ from the album ‘Believe’ was the first single of the week on iTunes on 27th October 2009. It has peaked at #6 in Australia and #17 in the US, and her debut album ‘Believe’ was released throughout the last three months of 2009 worldwide. In Malaysia, it’s peaked at #2 on Hitz.fm top 20 charts. Orianthi new single called ‘Shut Up and Kiss Me’ officially hit radio airwaves on April 13th, 2010 in the US. Orianthi appeared on the American Idol results show on April 21st, 2010.

Orianthi Live in Kuala Lumpur will be held on 4th August 2010 from 8.00pm at KL Live @ 1st Floor, Live Centre, 20, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur. Orianthi Live in Kuala Lumpur is ticketed at RM98, RM188 (Rock Zone) & RM258 (VIP Upper Tier) per person (ticket handling fee included). Check out for more details at www.rockthisjoint.com.my & www.axcess.com.my.

Tickets are available at Rock Corner and Axcess Tickets outlets. Also lucky fans who purchase the VIP tickets will receive a Orianthi CD album, poster and more.(*while stocks lasts. Terms & conditions apply). Get your VIP ticket and stand a chance to meet Orianthi in person.

Orianthi Live in KL is brought to you by JS Concert Productions in association with Midas Promotion and organized by Fat Boys Records.


Click for bigger poster...




    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

23 June 2010

PETERPAN MENYERAH DIRI PADA POLIS

Penyanyi popular Indonesia, Nazril Ariel, dari kumpulan Peterpan akhirnya menyerah diri kepada pihak polis (selasa) selepas dua video seks sendiri bersama teman wanita yang juga selebriti Luna Maya terdedah di internet baru-baru ini. Isu itu juga telah menimbulkan pelbagai andaian dan perdebatan tentang kegiatan porno di internet.

Ariel, 28, yang didakwa terlibat dalam skandal "Peterporn" itu sejak video lucah tersebut tersebar di laman-laman web kini menjadi perhatian seluruh dunia.

"Ariel amenyerah diri hari ini pada jam 3.00 pagi selasa (4.00 pagi waktu Malaysia) selepas polis menamakannya sebagai suspek utama kerana melanggar undang-undang anti-pornography. Jika dia tidak menyerah diri, kami pasti akan memberkasnya," ujar Wakil jurucakap polis, Zainuri Lubis.

Bagaimanapun, bagi segelintir peminat Ariel, mereka tetap mempertahankan penyanyi itu dengan mendakwa polis berat sebelah apabila kes melibatkan celebriti popular. Dakwa mereka lagi, apabila kes melibatkan rasuah dan ahli politik, polis dilihat amat lambat bertindak hingga menimbulkan banyak keraguan.



Ariel dan Luna Maya...








    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

KONSERT ELLA DI IB - 1 & 2 JULAI


Ella persiap diri untuk tampil kelainan bersama 80 pemuzik menjelang konsert





Setelah konsert terakhir di Esplanade, Singapura pada 2007, Ella kini bersedia beraksi di pentas prestij Istana Budaya (IB), sebuah konsert berskala besar sempena ulang tahun ke-25 pemegang gelaran ratu rock negara dalam industri hiburan tanah air. Bagi Ella, konsert ini adalah suatu penghargaan kepada para peminat yang sentiasa menyokong kerjaya seninya sejak 1985 lagi sewaktu bersama The Boys.

Melengkapkan repertoire persembahan, Ella bakal menyanyikan 25 buah lagu sepanjang dua jam selama dua malam konsert sempena Festival Muzik Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Canon. Selain lagu hits seperti Sepi Sekuntum Mawar Merah, Pengemis Cinta, Sembilu, Permata Pemotong Permata, Layar Impian, Kitalah Bintang, Dua Insan Bercinta, Simbiosis dan Rama-Rama, konsert Ella kali ini akan menonjolkan elemen muzik tradisional apabila penyanyi yang dilabel sebagai ikon muzik genre rock wanita ini bakal tampil dengan lagu-lagu irama tradisional seperti Ulik Mayang, Jauh Di Mata dan sebuah lagu duet Budi Setahun Segunung Intan, julung kali berkolaborasi bersama Datuk Ahmad Jais.

Selain diiringi barisan pemuzik profesional Orkestra Simfoni Kebangsaan dan The Love Beggars, persembahan Ella dalam konsert ini turut dimantapkan dengan petikan gitar daripada Joe Wings dan paduan suara Awie untuk 2 buah lagu, iaitu Baldu Biru dan lagu baru yang akan dimuatkan dalam album baru Ella, berjudul Mana Menghilang. Sebuah lagi lagu baru, iaitu Engkau, Aku dan Mereka akan turut dinyanyikan pertama kali di hadapan khalayak penonton konsert yang bakal melengkapkan profil Ella dalam kerjaya seninya.

Memandangkan konsert ini dijangka mendapat sambutan, JKKN menasihatkan penonton agar membeli tiket lebih awal dari tarikh persembahan untuk mengelakkan fenomena kehabisan tiket di saat-saat akhir. JKKN turut memaklumkan bahawa persembahan ini tidak akan dilanjutkan.

Tiket-tiket berharga RM50, RM80, RM180, RM200 dan RM250 boleh dibeli terus di kaunter Box Office, Istana Budaya. Pembelian secara dalam talian boleh dibuat melalui laman sesawang www.ticket2u.biz. Maklumat lanjut, sila hubungi talian 03-4149 8600 dan 03-4026 5558 (waktu pejabat: 9 pagi – 6 petang), atau layari www.klfestival.org.my.

Maklumat Tambahan:

Masa Persembahan : 8.30 Malam
Had Umur Penonton : Kanak-kanak di bawah 6 tahun tidak dibenarkan.
Etika Pakaian : Kemas (Jeans dibenarkan, tetapi tidak koyak)
T-shirt berkolar bulat, topi, selipar dan sandal tidak dibenarkan.
Sekiranya t-shirt berkolar bulat, pastikan mengenakan jaket.


MORE ELLA PHOTOS: CLICK HERE...


    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

BABY KUMPULAN RES2 BERSOSIAL??

Sama ada benar atau tidak kesemua gambar-gambar ini adalah Baby Res2 yang sedang bersosial, ia tidak dapat dipastikan kesahihannya. Hanya peminat Baby sahaja yang dapat menilainya kerana di zaman sekarang yang benar selalu didakwa 'super impose' manakala yang tidak benar didakwa 'amat real' hingga merosakkan reputasi artis itu sendiri.

Apa yang menyedihkan segelintir pihak, mereka mendakwa Baby melukakan hati mereka apabila bergambar dengan seekor puppy (anak anjing).

"Memanglah jika anjing kering ia tidak haram disentuh, tetapi sebagai artis Baby sepatutnya menunjukkan contoh tauladan yang baik. Dia seharusnya tahu yang mana sensitif dan yang mana tidak dikalangan umat Islam," ujar mereka dalam sebuah forum.

Bagaimanapun, bagi segelintir yang lain pula, mereka masih tetap menyokong Baby dengan mengatakan kemungkinan Baby tidak bersikap seperti yang digambarkan. Dakwa mereka, gambar tidak boleh dijadikan ukuran sikap artis tersebut kerana kita tidak tahu cerita sebenar disebalik gambar-gambar tersebut.

"Sepatutnya kita bersangka baik dan bukan bersangka yang buruk-buruk sahaja," komen salah seorang daripada mereka.



Klik untuk gambar lebih besar...










MORE PHOTOS: CLICK HERE....



    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

AKHIRNYA AISYAH NIKAH BARU...

Setelah sekian lama menjanda, penyanyi Aishah akhirnya bernikah semula dengan lelaki pilihan hatinya, faizal haji zulkifli. Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin, 45, telah bernikah dengan ahli perniagaan berstatus duda. Lebih bermakna, dua anak lelaki penyanyi lagu Janji Manismu serta Bahtera Merdeka itu turut merestui hajat tulus ibu mereka.

"Kehidupan saya dan anak tiada masalah sepanjang 10 tahun membesarkan mereka. Tapi hati saya ini akhirnya terbuka untuk berkahwin semula selepas bertemu dengan lelaki yang tepat untuk menjadi teman hidup.

"Calon suami saya bukanlah bergelaran Datuk kerana yang penting dia boleh membahagiakan kami sekeluarga," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Aishah sebelum ini pernah dua kali berkahwin, pertama dengan jejaka Singapura dan kedua dengan warga New Zealand, Muhammad Abdullah atau Che Mat pada 1 September 1997 di Auckland.

Mereka dikurniakan seorang anak Azhad Ahlami Muhammad, 10. Selain itu, Aishah ada anak angkat, Armand Azhari Abdullah, 16. Bagaimanapun, pada 13 September 2000, Aishah memfailkan permohonan cerai fasakh dan hak penjagaan anak di Mahkamah Majistret Ampang mengikut Seksyen 4 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.



Klik untuk gambar besar...



    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...