28 February 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU SHUIB & SARAH...

Tahniah! itulah kata-kata paling tepat untuk pelawak kumpulan Sepah, Shahmira Mohamed, 27, atau Shuib dan penyanyi Siti Sarah Raisudin, 27, yang akhirnya sah menjadi suami isteri (26 Februari). Mereka berkahwin setelah bertunang secara senyap-senyap pada November tahun lalu sebelum mengakui hubungan cinta yang terjalin pada media.

Lebih manis, Shuib diakadnikahkan sendiri oleh bapa Siti Sarah, iaitu Raisudin Hamzah dengan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd. Nizar Mohd. Nadzir.

"Saya bersyukur apabila bertemu dengan lelaki yang benar-benar memahami diri saya dan bertanggungjawab. Saya akan cuba sedaya upaya untuk menjadi isteri yang terbaik," ujar Siti Sarah dipetik sebagai berkata.

Klik untuk imej besar...










(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011

26 February 2011

NOSTALGIA SHAHIR...

Umum mungkin sudah sedia maklum tentang Bekas juara Akademi Fantasia 8 (AF8), Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir, yang dipercayai menghidap kanser hati selepas dia membuat pemeriksaan kesihatan pada tahun lalu. Menurut Shahir, penyakitnya itu dikesan selepas sampel darahnya melalui sembilan jenis ujian dan salah satu hasil ujian mendapati bahagian hati Shahir mengalami masalah.

"Ketika itu saya ditahan di wad Hospital Az-Zahra, Bangi, Selangor selama dua hari akibat tekanan darah rendah. Tak sangka pula selepas membuat ujian, keputusan itu pula yang saya peroleh.

"Bagaimanapun, saya telah membuat ujian darah yang sama di hospital lain untuk mendapatkan pengesahan sebenar tentang penyakit tersebut dan Alhamdulillah, selepas diperiksa, penyakit saya ini belum sampai ke tahap serius.

"Mungkin kerana masalah pemakanan serta tekanan membuatkan kesan terhadap hati saya. Setakat ini saya masih lagi membuat pemeriksaan lanjutan dan keputusan baru akan diketahui pada minggu depan," katanya.
Tambah Shahir, gara-gara penyakit tersebut, dia mengambil langkah untuk berehat seketika daripada sebarang publisiti serta persembahan nyanyian pada tahun lalu.

"Bila saya perlukan ruang untuk berehat, timbul pula cerita yang saya tidak berdisiplin dan menghilangkan diri, semua itu adalah tidak benar.

"Sampaikan saya terpaksa menunjukkan surat doktor kepada beberapa pihak untuk memberikan penjelasan kerana saya enggan menimbulkan spekulasi," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Istimewa di myartis, jom kita lihat nostalgia Shahir ketika dia masih berhingus sebelum meraih populariti seperti sekarang. Semoga ada sesutau yang dapat kita pelajari daripada Shahir sebagai pendorong kejayaan hari esok


Klik untuk imej besar...


Shahir ketika menyertai kumpulan Saujana


Shahir ketika menyertai kumpulan Saujana



Kecil-kecil sudah banyak terima hadiah..


Ketika masih di Tadika...




GAMBAR2 LAIN... SILA KLIK DI SINI...




(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011

23 February 2011

NOSTALGIA AQASHA...

Klik untuk imej besar...











KOLEKSI GAMBAR TERBARU (2012) :






(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011

5 GAMBAR NOSTALGIA TIZ ZAQYAH...


Tiz Zaqyah sememangnya sama ceria seperti remaja lain ketika usianya masih belasan tahun. Hal ini jelas terbukti dengan tersiarnya gambar-gambar noltalgia Tiz ketika masih bersekolah. Ayuh kita lihat aksi pelakon Nur Kasih ini ketika masih tingkatan 4 atau 5 satu ketika dahulu.


Klik untuk imej besar...



22 February 2011

APA RAHSIA STEPHEN RAHMAN HUGHES...?

Pelakon kacak Stephen Rahman Hughes yang pernah membintangi sebuah filem Hollywood bertajuk Highlander: The Source, pementasan untuk Bombay Dreams di London dan pernah memegang watak utama sebagai Hang Tuah dalam teater muzikal Puteri Gunung Ledang serta bakal muncul dengan sebuah filem blockbuster terbitan KRU, Hikayat Merong Mahawangsa Mac ini dikatakan berkahwin secara rahsia.

Stephen mengahwini koregrapher tarian Anjali Mehra di Tuscany, Itali pada bulan puasa September 2010 yang lalu. Namun perkahwinan tersebut menimbulkan banyak persoalan dan teka-teki apabila segelintir peminat Stephen keliru dengan agama dan keturunannya.

Tambahan pula apabila beberapa keping gambar perkahwinan pelakon itu tersebar dengan jelas menunjukkan tiada adat Melayu mahupun Islam dilangsungkan. Kerana jika diamati, kelihatannya Stephen seperti seorang 'non muslim' meskipun mempunyai nama 'Rahman' ditengahnya. Allahualam!!

"Saya berkahwin di Tuscany, Itali. Bukan mahu berahsia tapi tiada yang bertanyakan saya," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Stephen mengakui hidupnya kini bertambah bahagia setelah berkahwin dengan Anjali Mehra dan dia juga berjanji akan memperkenalkan isterinya kepada media Malaysia dalam majlis tayangan perdana filem itu 25 Februari nanti.


Berikut adalah sedikit info tentang Stephen Rahman Hughes yang dipetik daripada WIKIPEDIA:

Stephen Rahman-Hughes (sometimes credited as Stephen Rahman Hughes) is an English actor who currently stars as DCI Vikesh Dasari in ITV's Emmerdale. He has previously starred in Bad Girls, Doctors and Dream Team. Stephen is a half English/Welsh and a half Malay.

In 2006 Stephen starred as Hang Tuah in the Malaysian musical production of Puteri Gunung Ledang. The musical was staged in Malay, and because Stephen is not fluent in that language, he had to learn his lines phonetically. In 2010, he starred in a comical Radox shower gel advert as an Bollywood image-obsessed actor called 'Abhi Mumtaz', who then reveals his extraordinary hairy back.

Stephen is a vocalist in the recently formed male opera group, Teatro, a group formed with 3 British members and 1 American.


Klik untuk imej besar...













(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011

BOB LOKMAN PILIH PAS...

Pelakon dan pencipta lagu popular Bob Lokman mengisytiharkan dirinya sebagai Ahli PAS di hadapan 30,000 Pemuda PAS di Kota Sarang Semut, Kedah baru-baru ini. Bob telah menyerahkan borang keahliannya kepada DS Ustaz Azizan Razak, Menteri Besar Kedah Darul Aman.

Majlis tersebut telah dihadiri lebih 30,000 pemuda dari seluruh negeri. Dianggarkan Kontinjen Negeri Kedah menghantar lebih dari 7,000 ahli, termasuk negeri Terengganu dan Selangor yang turut menghantar ramai kontijen ke Himpunan itu.


Klik untuk imej besar...








(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011

18 February 2011

INFO: THE WKND SESSIONS...

The Wknd Sessions is an exclusively online music show that showcases live performances and interviews with independent acts of various sounds and genres, personally curated by the people behind the show themselves. The show was first published at the end of 2008 and has featured names that range from mainstream conquerors like Bunkface and Yuna to independent favourites like Couple, Tenderfist, Khottal, Deepset, Reza Salleh, Mia Palencia and many more.

Spearheaded by Fikri Fadzil, the show is put together by a team of individuals who are passionate about music and whose aim is to nurture home-grown talent and to inject some much needed fresh excitement into the Malaysian music scene by concentrating on the one thing that other shows rarely focus on – to discover and feature the variety of sounds being made by young Malaysia now. With a team comprising of members who have zero TV production experience, purely learning by trial-and-error and using equipments usually sourced from friends (paid with favors and ‘high fives’) and some equipments were even built using items found at home, the DIY way. The Wknd Sessions is a true labour of love for everyone involved with everyone volunteering and contributing their time and effort.

Furthering the homemade feel and origins of the show, it was decided that going online is the most organic way of going about spreading the love around with the show, especially with the freedom of expression and borderless, global reach that the internet promises to its citizens. The fact that original Malaysian-made and exclusively online content relating to music was also sorely lacking was simply one more good reason to do so.

With no fixed sets of rules nor formal methods in selecting the acts to be featured on The Wknd Sessions other than an impressive live performance and of course that hard to define extra edge that makes or could make the acts special, potential is something that acts on The Wknd Sessions are never short of. We consider all genres, from established acts like BunkfaceThey Will Kill Us All to young up and comers like Narmi and Diandra Arjunaidi and we’re always open to new, interesting and unconventional musicians.

Having completed 3 seasons (30 episodes), February 2011 will mark the premiere of Season 4 of The Wknd Sessions (10 episodes) featuring performances by They Will Kill Us All, Bittersweet, David Knight, Narmi, The Aggrobeats, Hello Is This The Band, Parttimelovers, Johnny Comes Lately and a Wknd Sessions “Live” Special.

So do mark your calendars for Season 4 of The Wknd Sessions, for your new favourite band might just be waiting for you then, and it would be a shame to miss that.


Photos: Click For actual size..


Performance


Production


Interview


(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011

11 February 2011

DEBAR DR SMS & DR HALINA...

Ini berita yang baru myartis terima. Sheikh Muszaphar Shukor di khabarkan bakal menimang cahaya mata selewat-lewatnya pada bulan Julai 2011 ini. Isteri beliau Dr Halina dikatakan telah hamil dan berita tersebut telah disampaikan di Facebook Sheikh Muszaphar sendiri untuk pengetahuan penyokongnya.

Berikut adalah kenyataan beliau itu:

We are looking forward for this coming July
for the due of our tiny baby astronaut ....
Just sharing the good news ....

Jika benar demikian, myartis mengucapkan tahniah dan semoga rumahtangga Sheikh Muszaphar dan Dr Halina bertambah bahagia dengan kehadiran 'orang baru' itu nanti.


Photo credit to Facebook DR SMS


(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011

02 February 2011

'SHORT EYES' - BAHASA MALAYSIA

Rumah Anak Teater (RAT) dengan kerjasama The Actor's Studio akan mempersembahkan sebuah teater bertajuk SHORT EYES dalam Bahasa Malaysia. Karya ini merupakan olahan dan diarahkan oleh pengarah muda berbakat, Fared Ayam dengan Nam Ron sebagai Pengarah Artistik.

Teater SHORT EYES ini akan dibintangi oleh pelakon-pelakon muda berbakat seperti Zahiril Adzim, Amerul Affendi, Taiyuddin Bakar, Khairunadzwan Rodzy, Tayanithi, Khairil Ridzuan K'N, Kirin Muhamad, Hafizee Hatta, Xavier Fong, Nam Ron dan penampilan istimewa, Faisal Mustaffa.

Short Eyes merupakan satu drama yang menggambarkan kehidupan masyarakat yang minoriti. Segala yang berlaku mencerminkan dunia luar, yang juga mempunyai kepentingan penerimaan, nilai dan moral masyarakat. Walaupun kedua-dua dunia adalah selari, kepentingan-kepentingan ini adalah lebih tegas di dalam alam sebuah penjara.

Dalam pementasan ini, kita melihat watak lelaki yang memikul beban, di mana dia mesti mendapatkan sesuatu hasil daripada apa yang dilakukannya. Sepertimana watak Omar menerangkan kepada Mr. Nett ketika dia diminta untuk berjanji supaya tidak bergaduh lagi " Saya tak boleh janji untuk perkara macam itu.. janji itu ikatan. Lelaki dalam penjara tak ada apa-apa selain janji, dan dia harus berjaga-jaga tentang siapa, bagaimana dan untuk apa dia bagi janji itu.. "

Apabila Clark Davis ditahan atas tuduhan pesalah seks kanak-kanak/pedofil (dan dia juga merupakan seorang lelaki kulit putih kelas menengah), tahanan-tahanan lain telah menganggap dan memandang itu sebagai kejam. Sedangkan kumpulan tahanan ini sendiri yang menjalani hukuman mereka, yang berdasarkan tuduhan dan justifikasi masyarakat dunia luar.

Watak-watak dalam pementasan ini terdiri daripada tahanan-tahanan orang kulit hitam (afrika-amerika), bangsa Puerto Rico dan kulit putih. Mereka mempunyai cara mereka sendiri untuk bergaul sesama sendiri dalam masyarakat mereka sendiri dan juga untuk mencari jalan untuk melepaskan diri daripada terperangkap dalam kegilaan dan keserabutan mental, sama ada melalui kasih sayang, agama, keganasan, kepercayaan, dadah dan sebagainya. Short Eyes bukan hanya satu pementasan berkenaan kehidupan dalam penjara, tetapi sebenarnya memaparkan tentang realiti kehidupan sebenar masyarakat dunia luar.

Tarikh pementasan:
Full Dress Rehearsal: Rabu, 16 Mac 2011, 8.30pm
Show Time: Khamis, 17 Mac 2011 - Sabtu 19 Mac 2011, 8.30pm dan Ahad, 20 Mac 2010, 3pm

Tempat:
The Actors' Studio @ Lot 10, Kuala Lumpur
Roof Top, Level 8, Lot 10 Shopping Centre 50 Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur

Tiket :
Malam pratonton: RM15 untuk semua tempat duduk
Waktu Pementasan: RM35 (dewasa), RM25* (pelajar dengan kad pelajar yang sah dan OKU)
*Terhad kepada 60 tempat bagi setiap pementasan.

Sebarang tempahan tiket sila hubungi 03-2142009 / 0321432009.


Klik untuk imej besar...



(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011