30 July 2011

MOHD ASHRAF MENINGGAL DUNIA...

Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, yang pernah mengejutkan negara apabila mahu menukar namanya kepada Aleesya Farhana telah meninggal dunia. Beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi sebuah hospital pukul tiga pagi tadi kerana masalah jantung dan tekanan darah rendah

Pada 18 Julai lalu, Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menolak permohonan Mohd Ashraf yang mahu menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz selepas memengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan, dan kewujudan organ dalaman.

Mohd Ashraf Hafiz yang membuat permohonan itu pada 25 Mei lepas telah melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand pada 2009 setelah disahkan layak daripada segi psikologi oleh Pusat Perubatan Pantai. Permohonan itu dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah...





.

29 July 2011

VIDEO KAHWIN HIGH DEFINITION NURUL SYUHADA..

Video selama 4 minit setengah ini mengetengahkan ‘di balik tabir’ majlis pernikahan Nurul Syuhada dan pasanganya Amir yang dilangsungkan di The Binjai On The Park, KLCC, Kuala Lumpur pada 16 Julai lalu. Apa yang menarik, video ini adalah dalam High-definition video (HD).

Anda boleh klik butang full screen untuk video besar...

Majlis Pernikahan | Nurul Syuhada (MJ3) & Amir by CST PRODUCTION from cstproduction on Vimeo.





.

NORMAN & MEMEY BEBAS KHALWAT...

Norman Hakim dan bakal isterinya Memey Suhaiza akhirnya dibebaskan daripada pertuduhan berkhalwat. Kes tersebut yang hangat diperkatakan sejak tiga tahun lalu hingga menjadi punca penceraian antara Norman dan Abby Abadi bagaikan hadiah perkahwinan untuk Norman dan Memey.

Keputusan tersebut diputuskan oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Salehan Yatim kerana berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan prima facie terhadap pertuduhan yang dikenakan. Mereka didakwa berkhalwat di sebuah pejabat di Taman Keramat AU, pada 2008.

Norman dan Memey yang hadir bersama pada pukul 9.30 pagi hari ini (Jumaat), menangis sebaik sahaja keputusan itu dibacakan.

"Tiada perasaan yang boleh digambarkan melainkan perasaan syukur kepada Allah," ujar Norman dan Memey ketika menjawap soalan media mengenai perasaan mereka berdua.

Mereka baru-baru ini dikatakan akan melangsungkan perkahwinan pada bulan september di Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur dengan kos dan tajaan bernilai RM12 juta. Jika benar, ini menjadikan perkahwinan tersebut sebagai 'wedding of the year' dan perkahwinan paling mahal selepas Siti Nurhaliza.


Imbas kembali kes yang hangat diperkatakan...


Norman dan Memey lega selepas dibebaskan...



.

NORA DANISH - MINAT BOLA ATAU MINAT FAHMI??

Meskipun hanya seri 1-1 dengan Singapura dan kalah dengan agregate 6-4, namun pastinya Malaysia mempunyai penyokong setianya iaitu pelakon popular Nora Danish. Jika diingat kembali, ketika perlawanan AFF Suzuki Cup lepas, Nora Danish pernah meletakkan status berbunyi, “sweetheart XOXO, call me” kerana kemungkinan besar dia amat mengagumi kelincahan Khairul Fahmi di atas padang.

Aikkk... Khairul Fahmi lagi? Nampaknya ramai juga peminat Fahmi dikalangan gadis-gadis remaja termasuk artis kita yang masih bujang mahupun janda. Apa-apapun... tahniah pada Fahmi kerana telah berjaya menyelamatkan beberapa cubaan maut daripada Singapura yang jika bolos... pastinya membuat Nora Danish tak tidur malam dibuatnya..!





.

28 July 2011

MENYEKSI UNTUK POPULAR..??

Gadis ini (namanya tidak disiarkan) mungkin pendatang baru dalam dunia seni dan kurang dikenali. Namun begitu, penampilannya dilihat melebihi artis popular dan dia tidak segan-segan untuk beraksi menjolok mata ketika muncul dimajlis yang melibatkan artis atau selebriti.

Daripada memakai penutup buah dada selikon hinggalah menampakkan bahagian belakang semuanya telah digayakan penuh yakin untuk tatapan umum. Malah berseluar pendek juga seolah-olah menjadi satu kebanggaan hingga gambar tersebut seperti sengaja disebarkan di internet untuk meraih publisiti murahan.

Ikhlasnya... strategi sedemikian memang menjadi pada segelintir artis yang sedang popular sekarang. Contohnya Faezah Elai yang pada awalnya dulu pernah beraksi seksi ala-ala jepun dan sebagainya... kini makin popular sebagai pelakon.

Bagaimanapun, harapan kita sebagai peminat seni... cukup-cukuplah aksi murahan seperti ini yang hanya mencemarkan dunia seni. Jika mahu popular, ketengahkanlah bakat sebenar dan bukannya melalui jalan mudah seperti disponsor, ditaja VIP serta beraksi seksi bagi menarik perhatian penerbit atau pengarah miang yang tidak mempunyai akal panjang.

Ingatlah... Malaysia bukannya Hollywood yang sudah rosak nilai budaya serta agamanya. Di sini, kita masih berpegang teguh pada agama, adat dan budaya yang kita warisi sejak turun-temurun. Bak kata Nabil... "Lu fikirlah sendiri"..!!


Klik untuk imej besar...









.

27 July 2011

ORANG KETIGA ANTARA FAHMI DAN ELIA...??

Benarkah gambar yang tersebar ini adalah gadis yang didakwa teman wanita baru Khairul Fahmi, penjaga gol Harimau Malaya? Jika benar, bagaimana pula kesudahan pertunangan antara Fahmi dengan Elia? Jawapannya, hanya Fahmi sahaja yang tahu samada ia sekadar gosip atau ada udang di sebalik batu... Alahualam...!


Klik untuk imej besar...





BACA CERITA SEBELUMNYA...



.

NOSTALGIA FASHA SANDHA 2004

Video ini dirakam oleh myartis pada tahun 2004... ketika Fasha Sandha dilepaskan oleh pihak polis atas dakwaan dadah yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori. Bagaimanapun, Fasha akhirnya didapati tidak bersalah dan kemudian dibebaskan.

Sebaik dibebaskan, Fasha kemudian telah membuat sidang akhbar di Astro bagi membersihkan namanya sambil menunjukkan surat sokongan polis yang mengatakan dia dibebaskan tanpa syarat!

Bila melihat video ini kembali, terasa begitu pantas masa berlalu... malah Fasha juga kini sudah berada dipuncak populariti. Ayuh kita imbas kembali..!!




Atau klik di sini...!!



.

26 July 2011

HUBUNGAN FAHMI & ELIA RETAK..??

Penjaga gol Harimau Malaya, Khairul Fahmi yang baru-baru ini bertunang dengan Elia menjadi mangsa gosip pihak tidak bertanggungjawab. Dakwa mereka, Fahmi dilihat berjalan dengan seorang wanita sambil berpegangan tangan macam pasangan kekasih layaknya.

Lebih memburukkan keadaan, dakwa mereka lagi perempuan tersebut lebih menarik dan lebih cantik daripada Elia. Malah di blog Elia juga, terdapat entry terkini yang kononnya ditulis oleh Elia sendiri berjudul 'doaku buat kekasih' yang menimbulkan seribu tanda tanya. Melalui penulisan tersebut, dakwa mereka lagi seperti ada sesuatu yang sedang melanda hubungan Elia dan Fahmi.

Biasalah... bila dah glamor, pelbagai gosip dan dugaan bakal melanda. Harapan kita semua, semoga dakwaan tersebut hanya sekadar gosip semata-mata. Semoga Fahmi dan Elia dikuatkan iman untuk terus mempertahankan ikatan pertunangan yang telah terjalin. Amin...!


Klik untuk imej besar...







.

24 July 2011

ZARINA ANJOULIE BERTUNANG..?

Setelah sekian lama dihimpit pelbagai kontroversi, pelakon drama 'Anak Pontianak' Zarina Anjoulie dikatakan telah bertunang baru-baru ini. Sejauh mana kesahihan pertunangan tersebut, hanya Zarina sahaja yang mengetahuinya.

Dalam hal ini, kita patut beri peluang pada Zarina untuk kembali kepangkal jalan. Bak kata pepatah, buang yang keruh ambil yang jernih. Berikut adalah beberapa keping gambar yang diambil daripada Twitter Zarina...


Klik untuk imej besar...





Cincin tunang Zarina...





.

GAMBAR ANAK ANGKASAWAN NEGARA...

Bayi comel ini adalah anak kepada angkasawan negara Dr Sheikh Muszaphar dan isterinya Dr Halina. Bayi tersebut diberi nama Sophea Isabella, mempunyai berat badan 3.6kg dan lahir pada 21 Julai lalu. Tahniah diucapkan!


Klik untuk imej besar...







.

23 July 2011

INTAN LADYANA - TERKINI

Benarkah Intan Ladyana masuk askar sekadar nak menunjuk? Benarkah artis yang memasuki pasukan itu dimanjakan berbanding bukan artis? Tak takut patah-patah ke masa berlatih tu? Saksikan temuramah ini secara Eksklusif hanya di myartis.




Atau klik di sini...!!



21 July 2011

HUNNY MADU ENGKAR ARAHAN DOKTOR...

Meskipun dinasihatkan oleh doktor agar berehat beberapa minggu, namun Hunny Madu atau nama sebenarnya Farhana Mohd Hatim, tidak mahu menjadikan kesakitannya sebagai halangan dalam seni. Terkini, Hunny tetap hadir dalam majlis Kempen Masyarakat Penyayang Ayam Brand bagi membantu membekalkan makanan kepada lima rumah kebajikan yang terpilih.

Majlis berkenaan telah berlangsung di Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR) di Subang Jaya, Selangor. Turut hadir ialah Yang DiPertua RACTAR, Tengku Puteri Nor Zehan Binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Pengerusi Ayam Brand YM Tunku Dato' Mu'tamir Tunku Tan Sri Mohamed dan beberapa jemputan kehormat.

"Sebenarnya, saya amat menyayangi kanak-kanak. Sebab itu saya sanggup mengengkari arahan doktor agar tidak melakukan sebarang aktiviti sekiranya mahu cepat sembuh," ujarnya ketika ditemui sebaik majlis itu selesai.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan punca kecederaan yang dialami oleh Hunny hingga dia terpaksa berjalan menggunakan tongkat berkaki empat. Malah sepanjang persembahannya bagi menghiburkan penghuni RACTAR, Hunny hanya duduk dikerusi kerana tidak mampu berdiri.

"Tak apalah... saya sebenarnya gembira bila melihat penghuni di sini tersenyum mendengar nyanyian saya. Bagi saya, melakukan kerja-kerja amal sebegini adalah sesuatu yang amat berharga dan tidak dapat diukur dengan wang ringgit," jelasnya lagi.


Klik untuk imej besar...











Video Klip:





Anda adalah yang pertama membaca dan melihat gambar/video ini...

WOWWW... MASHA MILAN LONDOH...!!

Kalau artis muslim yang beraksi begini, sudah tentu mereka akan kena kritik habis-habisan oleh pelbagai pihak. Namun bagi Masha Milan Londoh... mungkin beliau sukar dikritik disebabkan beliau bukan muslim meskipun sering melakonkan watak Melayu dan wanita muslim di dalam drama mahupun filem.

Pasti ada yang menyokong dan mengatakan Masha boleh beraksi begitu dalam mana-mana majalah kerana beliau 'bukan Islam'. Namun begitu, pasti juga ada yang mengatakan aksi Masha ini agak 'melampau' dan ia mampu mempengaruhi anak-anak muda yang meminati lakonan dan nyanyiannya.

Dalam hal ini... kita harus mencari jawapannya sendiri. Adakah kita peka dengan perkembangan dunia seni? Adakah kita peka dengan pengaruh negatif yang sering diselitkan dalam video muzik luar negara yang sering menampilkan aksi kurang sopan?

Bak kata pepatah: tepuk dada tanya selera... atau pepatah lain ada menyebut: Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak..!! Tak gitu..??


Klik untuk imej besar...














.

20 July 2011

ZUL HANDY BLACK NIKAH AWEK CUN...

Bukan main gembira abang Zul kita ni bila selesai melangsungkan pernikahan dengan gadis pilihan hatinya. Bertambah gembira lagi... apabila isterinya itu bukan main cun menyamai bekas kekasihnya dulu yang juga seorang pelakon popular. Tahniah Zul..!


Klik untuk imej besar...











.

19 July 2011

GAMBAR NIKAH AZLAN & HAZRIFFA

Akhirnya, Azlan Abu Hassan (adik kepada Adnan Abu Hassan) selamat bernikah dengan pasangannya Hazriffa Hazman. Meskipun boleh dikatakan mereka nikah secara senyap tanpa publisiti meluas di media, namun tahniah diucapkan... semoga berbahagia hingga ke anak cucu hendaknya.


Klik untuk imej besar...



Photo: Rie Saleh - FaceBook Azlan







(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011

16 July 2011

PERNIKAHAN FARAH DAN JOHAN...

Penyanyi Farah Diana Anuar, 26, (Farah AF2) sah bergelar isteri kepada usahawan Johan Johari, 26, dengan hanya sekali lafaz sahaja. Majlis akad nikah tersebut berlangsung dengan lancarnya di atas kapal Cruise Tasik, di Putra Jaya, selepas solat Jumaat.

Bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohd Datuk Sheikh Abd Aziz berwalikan bapa Farah, Anuar Ali telah menikahkan pasangan tersebut. Difahamkan, mas kahwin RM2,500 dan wang hantaran RM25,185 yang diberikan adalah bersempena hari lahir Farah.

Selan itu, Farah turut menerima tujuh hantaran seperti cincin, gelang, iPad, minyak wangi, beg tangan. Sementara Johan, beliau mendapat sembilan hantaran balas seperti cincin, kek, sirih junjung, jam, tali pinggang, kemeja dan manisan.

Selepas bernikah, majlis resepsi perkahwinan sebelah pengantin perempuan akan berlangsung pada Sabtu di Pullman, di sini manakala sebelah pihak lelaki pada 24 Julai di Pulau Pinang.

"Saya dan Johan begitu teruja apabila mendengar idea daripada kawan kami, Afiq untuk melangsungkan majlis nikah ini di atas kapal kerana sebelum ini saya pernah juga bercita-cita untuk berkahwin atas kapal.

"Lagipun sebelum ini saya selalu menaiki bot ketika melakukan penggambaran program ‘Rasa Halal Orient’. Jadi, impian saya tercapai jua pada hari ini," kata Farah dipetik sebagai berkata.

"Saya dan suami mula berjumpa pada tahun 2005 pada sebuah majlis di Bukit Jambul, Pulau Pinang.
Di pendekkan cerita, saya mula terpikat dengan senyuman Johan apabila kami selalu berselisih di Hotel Equatorial di situ yang biasanya menjadi lokasi percutian saya dan keluarga, tambahan pula kawan Johan merupakan penganjur acara itu.

"Saya rasa seperti jatuh cinta pandang pertama dengan Johan dan mula teringatkan dia selepas pulang dari acara itu.

"Suatu malam, saya nampak dia berbual dengan abah di kedai makan. Selepas itu, saya menyamar menghubungi Johan menerusi telefon setelah mencuri nombor telefon daripada abah.

"Selang lebih sebulan menyamar, akhirnya saya menceritakan mengenai identiti saya dan kami mula berkawan sehinggalah bercinta empat bulan selepas itu.

"Pada tahun 2008, Johan melamar saya dan kami mengikat tali pertunangan pada tahun lepas.

"Saya tak sangka hubungan kami berkekalan hingga ke jinjang pelamin sedangkan pada mulanya saya tidak percaya dengan cinta jarak jauh setelah mendengar pengalaman orang lain.

"Namun hati saya kuat mengatakan dia jodoh saya apabila mendapati dia sangat sabar dan lebih menyayangi diri saya seadanya. Walaupun pernah sekali saya mendiamkan diri selama enam bulan, dia tetap setia menghubungi dan menghantar SMS kepada saya," cerita Farah panjang lebar mengenai kisah cintanya bersama Johan.


Klik untuk imej besar...












PHOTO LAIN... KLIK DI SINI...



(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011

07 July 2011

FARAH PILIH KAD BENTUK KIPAS...

Setelah beberapa artis tempatan kita selamat melangsungkan perkahwinan, Farah Diana, 26 atau lebih dikenali sebagai Farah AF2 juga bakal berkahwin dengan jejaka pililan hatinya, Johan Johari. Malah penyanyi, pelakon dan pengacara berbakat itu mula dilihat mengubah imejnya kepada yang lebih sopan dan bertudung sejak kebelakangan ini.

Jika sebelum ini ada artis yang membuat kad kahwin bertemakan facebook, stail jepun dan rekaan lain yang unik, namun bagi Farah, dia lebih tertarik dengan rekaan kad berbentuk kipas. Entah apa rahsia disebalik rekaan tersebut, hanya Farah dan bakal suaminya sahaja yang mengetahuinya.

Namun apa yang pasti, perkahwinan Farah dikatakan bakal berlangsung di Pusat Maritim Putrajaya, 16 Julai ini. Tema mereka pula ialah 'persandingan taman' dan ia dikatakan menelan belanja yang bukan sedikit iaitu sekitar RM 200.000 atau mungkin lebih.


Klik untuk imej besar...











(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011

01 July 2011

BABY KEDUA RICH DAN VELVET...

Penyanyi kumpulan Estranged, Richael Gimbang atau lebih dikenali sebagai Rich bersama pasangannya Velvet yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia telah dikurniakan cahayamata terbaru. Anak kedua mereka diberi nama Caroline dan kehadirannya pasti menambah seri keluarga Rich dan Velvet yang menimang anak pertama mereka pada 2009.


Klik untuk imej besar...



Photo: Courtesy of Rich and Velvet





(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011