30 September 2011

SAJAK DARI HATI (SNIPPET) - EIRA DAN AZAD


Dalam kesibukan Eira Syazira dan Azad Jazmin membuat persediaan 'wedding reception' mereka pada 18 November di Kuala Lumpur dan 26 November ini di Pulau Pinang, pasangan pengantin baru ini sempat membuat single terbaru mereka yang cukup menarik.

"Will be releasing as our new single real soon!!!" ujar Eira melalui laman Facebooknya. Khas untuk anda semua, jom kita tonton Snippet single mereka itu... enjoy!!



Tajuk Lagu: Sajak Dari Hati (snippet)
Penyanyi: Azad Jazmin & Eira Syazira
Lagu/Lirik: Manusia Putih

JIMMY SHANLEY - KES NUSYUZ DITERUSKAN


Kes nusyuz atau kembali taat akhirnya diteruskan juga oleh Pengacara, Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 25, terhadap isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy, 32.

Jimmy, yang mengendalikan program 'Gala TV Plus' telah memasukkan pelbagai bukti setebal 100 halaman termasuk khidmat pesanan ringkas (SMS) dan juga rakaman video dan audio untuk dikemukakan dalam perbicaraan tersebut.

Perkembangan kes itu telah dimaklumkan oleh peguam syarie Mohd Noor Aizan Md Idrus pada prosiding sebutan semula kes yang diadakan di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor.

Menurut Mohd Noor Aizan, pihaknya juga telah memfailkan jawapan kepada pembelaan yang difailkan oleh Nursuhaila, pada prosiding terdahulu.



EKSKLUSIF: GAMBAR NOSTALGIA AFDLIN SHAUKI


Adakah Afdlin Shauki memang berperut besar sejak dulu? Bagaimana rupa pelawak, pelakon, pengarah dan penerbit itu ketika masih kanak-kanak hingga meningkat remaja? Jawapannya selepas anda menatap lapan gambar nostalgia Afdlin, khas untuk pelawat myartis...

Biodata:
Memulakan Kerjaya seni sebagai Hos di Astro dan kemudian menyertai RAP Production.
Beliau memiliki Ijazah dalam jurusan arkitek dari universiti di Amerika Syarikat dan merupakan anak sulung daripada 10 adik-beradik.

Klik untuk imej besar...


29 September 2011

GAYA MASKULIN DR. MUSZAPHAR DAN BELLA


Gambar menarik Isabella, anak Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina yang bakal menghiasi sebuah majalah popular November ini. Gaya maskulin tu..!!

Klik untuk imej besar...




Photo: Dr. Sheikh Muszaphar FB

TAK HADIR ESOK - NABIL HORMATI KEPUTUSAN IRMA


"Saya menghormati keputusan Irma Hasmie," ujar pelawak dan pelakon Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 28, mengulas mengenai kenyataan bekas kekasihnya itu yang tidak akan hadir ke majlis perkahwinannya esok (Jumaat).

"Sudah tentu saya menjemput dia sebagai seorang kawan tetapi seperti yang dinyatakan baru-baru ini dia tidak akan menghadiri perkahwinan saya kerana menghormati saya dan bakal isteri. Saya menghormati keputusannya itu," ujar Nabil dipetik sebagai berkata.



BILA TIZ ZAQYAH 'DIROGOL' FIZO OMAR..!


Selamat hari lahir yang ke-19 buat aktress yang sedang melonjak naik melalui drama Sofiyya, Izara Aishah. Majlis hari lahir pelakon ini disambut secara kecil-kecilan bersama rakan artis yang lain... terutama Fizo Omar dan Tiz Zaqyah.

Bagaimanapun melalui dua video yang dirakam oleh rakan mereka sendiri, kelihatan Izara Aishah yang berlumuran dengan kek telah digomol oleh Fizo yang kemudiannya turut menarik Tiz Zaqyah untuk menjadi mangsa 'rogol' main-main.

Kenakalan Fizo sememangnya amat lucu... namun adakah ia akan dianggap lucu oleh keseluruhan penonton? Ini kerana, sebagai 'public figure' telatah Fizo itu pastinya akan menarik perhatian ramai yang sering mengikuti perkembangannya. Tambah-tambah bila aksinya itu bukanlah satu lakonan dalam filem atau drama!

Bak kata pepatah... Tepuk dada tanya selera! Jom tonton..

Izara Aishah kena gomol...

PERSANDINGAN RM12 JUTA NORMAN & MEMEY KENA KUTUK..!!


Meskipun sebanyak tujuh tan bunga segar berwarna putih yang diimport dari New Zealand, Belanda dan China menghiasi Dewan Nirwana, Hotel Crowne Plaza, Kuala Lumpur sempena persandingan bernilai RM12 juta Norman Hakim dan Memey Suhaiza, namun masih ada segelintir pihak yang melahirkan rasa tidak puas hati berbanding memuji. Antara yang memberi komen ialah Chef Wan dan segelintir pihak yang mendakwa terdapat lagu Choir ala gereja yang membuat ramai wartawan tak berpuas hati.

"Just got back from the Wedding of Norman Hakim and Memey.If u asked me for my honest opinion is just a wedding that Rafelessia organised to promote their Products non stop the entire evening as i expected too comercialised that it ruined the event for all the guests i have spoken.Both Pengantin just play their game since its being sponsored. There nothing wrong with that except it served the purposed to used the Pengantin as their so call model la," komen Chef Wan melalui laman Facebooknya.


EKSKLUSIF: GAMBAR NOSTALGIA FARA FAUZANA


Bagaimanakah rupa Fara Fauzana atau nama penuhnya Farah Fauzana binti Mohd Fadzi ketika masih berhingus? Mungkinkah Fara maintain comel sejak kecil hingga remaja? Kesemua persoalan itu akan terjawab selepas anda menatap 29 keping gambar eksklusif Fara ini.



Biodata:
Farah Fauzana dilahirkan pada 7 Februari 1980 di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor. Mempunyai tiga orang adik-beradik. Hobinya ialah memandu kereta, fotografi, bersukan dan beriadah. Fara memegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perhubungan Awam dari Universiti Teknologi Mara Shah Alam.

Klik untuk imej besar...


28 September 2011

BERANI PUNYA BUDAK - FILEM TERKINI AFDLIN


Berani Punya Budak merupakan sentuhan terkini arahan dan lakonan Afdlin Shauki yang bakal menemui penonton hujung tahun ini. Meskipun tanpa promosi hebat, namun filem aksi komedi ini dijangka mampu pecah panggung sebagaimana filem-filemnya yang lain.



Afdlin yang berada di Bangkok, Thailand Isnin lalu dilihat gigih menyiapkan filem tersebut khusus untuk peminatnya. "Insyaallah akan berjumpa dengan anda hujung tahun ni tanpa wajib tayang!" Ujarnya.

ABBY ABADI TERUS LUAH PERASAAN..!


Jika beberapa hari lalu Abby Abadi minta hutang ribuan ringgitnya dibayar, terbaru Abby terus meluahkan isi hatinya yang masih bersisa. Dakwa pelakon dan penyanyi itu, moodnya terjejas teruk gara-gara perkara ngeri yang bertimpa-timpa dalam hidupnya.

Lebih teruk, Abby juga belum mendapat pengasuh untuk anak-anaknya selain tiada tawaran berlakon. Luah Abby lagi, dia merasa bagai mahu pecah kepala berfikir dan terlalu runsing hingga terfikir mahu melarikan diri jauh daripada masalah.

"Kepala rasa nk pecah berfikir, rasa macam nak cabut sekejap kepala ni, cuci-cuci sikit dengan clorox pastu sambung balik, boleh? huhu.. Gila runsinggg! Aaarrgghhh! Nak pergi jauhhh je rasa," ujar Abby memendam rasa.

Aikk... kenapa sampai begitu Abby? Kan elok bertenang dan bawa bertawakal... rezeki tak ke mana dan setiap cubaan itu pasti ada hikmahnya. Bersabarlah..!!

Berikut adalah luahan Abby di facebooknya yang tidak disunting:

"Bbrape pkara wat mood kite terjejas teruk ari neh, huhu... 'Hal2' ngeri makin bertimpa2, ank3 begitu begini, bibik tak dpt2 lagi, job barupun tak masuk2 lg... Kepala rasa nk pecah berfikir, rasa mcm nk cabut jap kepale neh, cuci2 skit ngan clorox, pastu smbung balik, bule? huhu.. Gila runsinggg! aaarrgghhh! Nak gi jauhhh je rasa.... =.= ( takmoh suh sabar, or yg sewaktu dgnnya ok... x larat dah nk dengarrr!..... zzzzzZzZzzzZ..."

NICOLE SCHERZINGER BERCIUM DENGAN STEVE TYLER


Sememangnya persaingan amat sengit antara rancangan realiti American Idol dengan rancangan terbaru, The X Factor. Bagaimanapun, persaingan itu tidak berlaku kepada juri rancangan tersebut, Steve Tyler dan Nicole Scherzinger.



Sebagai juri, mereka kelihatan sangat 'rapat' di Festival iHeart Radio yang diadakan di Las Vegas, USA. Ketika itu, mereka tidak segan menyanyi bersama meskipun terdapat juri American Idol yang lain, Randy Jackson dan Jennifer Lopez.

Dan dalam kemeriahan itu, Steve dan Nicole dilihat bercium mesra di atas pentas. Meskipun ciuman itu hanya dianggap sebagai ciuman biasa, namun ramai yang mengetahui bahawa mereka berdua sudah mempunyai pasangan hidup masing-masing... jadi ia agak dangkal jika dilihat dari sudut 'biasa'.

Dalam pada itu, Randy Jackson dan Jennifer Lopez turut hadir pada malam itu dengan personaliti dan gaya tersendiri. Sementara Simon Cowell kelihatan sedikit mual dengan aksi bercium tersebut disebabkan Steve Tyler adalah juri baru American Idol. Sumber: Dailymail


CORAT-CORET PERKAHWINAN NORMAN & MEMEY


Kebiasaannya, kita hanya membaca yang baik-baik sahaja mengenai perkahwinan Memey Suhaiza dan Norman Hakim yang berlangsung pada Sabtu dan Ahad lalu. Namun realitinya, ada beberapa perkara yang kita terlepas pandang dan tidak ambil peduli kerana menganggap ia isu remeh-temeh.

Jom kita baca dan ketahui 10 perkara tersebut..!

Klik untuk imej besar...

Photo: Razin Photography

27 September 2011

MACAM-MACAM HAL..!


Teka siapa?

Kalau nak tahu gambar ini adalah gambar lagenda Rock kita, Amy Search. Apa yang melucukan, Amy memakai kaca mata hitam dan bertopi kaledar sambil menunggang basikal kanak-kanak.

Haiiii... tak puas lagi menunggang basikal masa kecil dulu ke Amy? Apa-apapun, Amy memang rock gila..!!

Klik untuk imej besar...



MAJLIS HARI JADI ANAK ASHRAF SINCLAIR


Dengan bertemakan 'lanun', pasangan selebriti Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari telah menyambut ulang tahun pertama anak lelaki mereka, Muhammad Noah Sinclair minggu lalu.

Noah yang lahir pada 22 September 2010 telah diraikan di taman tema Play Park, Kemang, Jakarta, Indonesia. Beberapa orang tetamu khas turut hadir memeriahkan majlis tersebut.

"Ini ulang tahun Noah yang pertama, kita meraikannya bersama keluarga dan teman rapat dalam satu majlis yang sederhana," ujar Bunga dipetik sebagai berkata dalam DetikHot.

Klik untuk imej besar...

MAJLIS PELANCARAN ALBUM SITI NURHALIZA


Gambar-gambar majlis pelancaran album Inggeris Datuk Siti Nurhaliza, 'All Your Love'. Siti nampak agak 'hot' apabila mengenakan pakaian merah menyala dan topi hitamnya.

Album baru tersebut dikatakan amat menarik dengan lagu-lagu yang segar seperti 'Stand Up', 'All Your Love', 'Nobody Else' dan banyak lagi. Ia mendapat sentuhan ramai pakar dalam bidang muzik termasuk mereka yang pernah menyumbang kepada Lady Gaga, Kanye West, Usher dan Macy Gray.

Majlis pelancaran gilang gemilang itu turut dihadiri oleh artis dan selebriti yang memberi sokongan moral terhadap penyanyi tersohor itu. Syabas diucapkan buat Siti kerana berjaya melangkah setapak lagi ke hadapan..!

Klik untuk imej besar...

OPEN HOUSE AZWAN ALI LEPAS RAYA..!


Ramai yang rasa pelik apabila Azwan Ali didakwa mahu membuat rumah terbuka (open house) selepas Syawal iaitu 3 Oktober ini. Pelbagai perkara diungkit terutama apabila Azwan baru sahaja pulang dari umrah dengan dakwaan perangai lamanya masih tak berkurang.

Namun mungkin segelintir daripada kita terlepas pandang bahawa rumah terbuka sebenarnya boleh dilakukan bila-bila masa sahaja tak kira lepas raya. Ia sebenarnya mengikut kemampuan dan kesesuaian masa kita, bukan sekadar nak menunjuk-nunjuk atau nak mempamerkan rumah besar.

Mungkinkah Azmin Ali turut dijemput nanti? Klik untuk imej besar...


Difahamkan, rumah terbuka Azwan yang diberi nama 'Sudi Sudi Aidilfitri Azwan Ali' itu bakal menjemput ramai artis dan pihak media yang selama ini banyak menyokong kariernya. Azwan juga dikatakan turut mengundang beberapa individu yang pernah menjadi musuh ketatnya sambil mengadakan majlis doa kesyukuran.

26 September 2011

ISU HANTU BONCENG SELESAI - USTAZ NASRUDIN


Satu pertemuan di antara Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Ustaz Nasrudin Hassan, dan Saudara Ahmad Idham Ahmad Nadzri, penerbit dan pengarah filem Hantu Bonceng, telah diadakan, bagi membincangkan beberapa isu yang diperkatakan oleh media sebelum ini.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak telah menyuarakan hasrat dan memberi penjelasan mengenai perkara tersebut. Hasil dari pertemuan itu, pihak Dewan Pemuda PAS dengan Excellent Pictures telah mencapai kata sepakat dan berpuas hati dengan semua penjelasan malah sebulat suara menyelesaikan masalah berbangkit dalam suasana yang cukup mesra.


SAH CHEF WAN BAKAL PINANG ANA DAHLIA


Bagaikan sebuah drama yang mengetengahkan happy ending, akhirnya Chef Wan tanpa berselindung membuka rahsia yang dia merancang untuk menghantar rombongan ke Taiping, Perak bagi meminang Ana Dahlia, 28, pada 4 Oktober ini. Lebih manis, Chef Wan juga mahu menyatukan anaknya Mohd. Nadzri, 30, selewat-lewatnya minggu kedua Disember tahun ini juga.

"Semuanya akan berlaku selepas saya selesai bercuti selepas krismas nanti bersama rakan-rakan dari London ke pulau peranginan eksotik di Thailand. Saya fikir saya akan buat parti kecil di kalangan rakan-rakan rapat tanpa gaya Tradisional Melayu untuk 'Bridegroom reception'.


10 BARANGAN PERIBADI ERUL AF9


Kalau nak tahu, ada 10 barangan paling berharga buat Erul atau nama sebenarnya Hairul Najmuddin Abu Samah, 20. Barangan tersebut memang selalu di bawanya atau menjadi simpanan peribadi sebagai kenang kenangan yang amat sukar diperolehi.

Selain itu,  bekas peserta Akademi Fantasia itu juga mengakui yang dia merupakan seorang yang amat taksub dengan permainan video. Tabiatnya itu bermula sejak dia kecil dan hingga kini masih lagi gemar bermain game menggunakan alat mudah alih PSP.



“Selepas puas bermain dengan permainan video itu baru saya akan makan dan minum. Tabiat saya ini tidak berhenti sehingga saya meningkat remaja. Sekarang ini, saya masih lagi menggemari permainan ini tetapi tidaklah seteruk dahulu,” katanya.

Jom kita lihat apakah barangan berharga buat Erul itu!

1 - iPad

Ipad ini merupakan hadiah dan kenangan terakhir dari AF9.

MAMPUKAH ROSYAM HANGATKAN KL GANGSTER 2?


Datuk Yusof Haslam telah mengumumkan bahawa filem prekuel KL Gangster akan memulakan penggambaran yang dijangka pada bulan November atau Disember tahun ini. Ia adalah susulan kejayaan filem KL Gangster yang telah mencapai kutipan sebanyak RM12 juta sepanjang tempoh penayangannya.

Sementara itu, pengarahnya Syamsul Yusof berkata, tawaran yang diberikan kepada Rosyam Nor dibuat bagi menjadikan KL Gangster 2 lebih mantap dan menjanjikan adrenalin yang lebih bertenaga. Ini kerana, kita semua memang faham bahawa Rosyam amat sinonim dengan watak jahat satu ketika dahulu contohnya dalam filem Lenjan Castello dan banyak lagi.

“Pada masa yang sama, para pelakon lain seperti Aaron Aziz, Adi Putra, Zizan Raja Lawak, Ridzuan Hashim dan Soffi Jikan turut dikekalkan,” kata Syamsul dipetik sebagai berkata.

IRMA HASMIE DOAKAN NABIL BAHAGIA


"Saya tetap doakan yang terbaik untuk Nabil," demikian ujar pelakon Irma Hasmie, 29, bekas kekasih Nabil Raja Lawak, 28, bila disentuh mengenai pernikahan Nabil yang bakal menjelang empat hari lagi (30 September 2011).

Tambah Irma, dia merasa tidak manis jika dia hadir ke majlis pernikahan itu nanti kerana bimbang disalahertikan oleh pihak lain. Selain itu, dia tidak mahu timbulnya perkara yang tidak elok kerana dia menghormati hari bahagia bekas kekasihnya itu.

Manis... Irma kini bertudung

25 September 2011

ABBY TUNTUT HUTANG...??


Dalam kemeriahan Norman Hakim dan Memey Suhaiza melangsungkan perkahwinan mereka hari ini, tiada siapa yang tahu apa yang terpendam dihati Abby Abadi. Malah coretannya di laman Facebook beberapa jam lalu seolah-olah memberi gambaran betapa perasaan Abby sedikit kecewa dengan janji yang tak dikota.

Tambah-tambah Abby kini kurang mendapat undangan berlakon dan kantungnya juga makin mengempis.

Janji apakah itu? Dalam masalah ini, hanya Abby sahaja yang tahu... bak kata Abby, yang utama diutamakan... yang dulu didahulukan, yang kemudian dikemudiankan...!!

Klik untuk imej besar...




Tonton video terkini keletah Baby Danisha



Photo & video: Abby FB


MIA SARA MENANG 'BEST KIDS ACTRESS'


Acara My Kids Awards, anjuran TV3, yang bertujuan untuk menghargai bakat-bakat si cilik telah berlangsung di Sunway Lagoon Amphiteatre, Bandar Sunway. My Kids Awards mempertaruhkan 7 kategori utama dan tiga kategori khas pilihan juri.

Apa yang membanggakan, bagi kategori Best Kids Actress, Mia Sara telah berjaya meraih kemenangan.

Klik untuk imej besar...



NORMAN HAKIM NIKAH SEKALI LAFAZ


Sekali lafaz sahaja!

Demikian pantasnya pernikahan antara Mohammad Norhakim Zakaria atau lebih dikenali sebagai Norman Hakim,35 dengan Suhaiza Suhaimy, atau dikenali sebagai Memey Suhaiza, 23 yang berlangsung di kediaman pengantin perempuan, di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor, petang semalam.

Norman Hakim telah dinikahkan oleh imam Mukim Kambau, Zulkipli Tarmizi dengan mas kahwin berjumlah RM22.50 dan hantaran berjumlah RM24000.

Sejumlah lima dulang hantaran daripada pihak lelaki iaitu berupa set persalinan barang kemas (cincin dan rantai), GPS, kek buah-buahan, sirih junjung dan senaskah Al-quran. Manakala, pihak perempuan pula telah membalas tujuh dulang hantaran berupa sebuah iPad2, cincin berlian, coklat, buah-buahan, kek lapis Serawak dan senaskah Al-quran.

Majlis resepsi akan diadakan hari ini pada lokasi yang sama. Tahniah Norman dan Abby, moga berbahagia hingga ke anak cucu!

Klik untuk imej besar...

24 September 2011

CHEF WAN TIMANG CUCU KEDUA JANUARI 2012


Ini berita yang baru myartis terima, anak dara Chef Wan, Serina Redzuan yang berkahwin dengan Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar, bakal melahirkan bayi kedua sekitar bulan Januari 2012 nanti. Tarikh tersebut menurut Chef Selebriti itu, hampir-hampir dengan tarikh hari lahirnya sendiri dan melalui info yang diberi... bayi kedua itu ialah perempuan.

"My Daughter said that she expecting a baby girl and its confirmed due around my birthday in January first week or so. What a fabulous news dapat kueh apom la pulak! She will be so spoilt when it comes to dressing up especially with Tok Wan taste. Habis lah melaram 24 jam anak dara ini!" Ujar Chef wan melalui laman Facebooknya.

Serina sebelum ini telah melahirkan bayi pertama Tristan Tareef pada 13 September 2010, dan bayi tersebut telah diazankan sendiri oleh bapanya Chef Wan.

Tahniah diucapkan buat Serina dan Chef Wan atas berita gembira itu..!

Kenangan manis Serina ketika mendapat anak pertama...


Chef Wan azankanTristan Tareef kira-kita setahun lalu...



AL-KISAHNYA TENTANG AMYZA AZNAN


Al-kisah terbaru mengenai Amyza Aznan, beliau masih lagi mesra dan sibuk melayan karenah peminat-peminatnya tidak kira apa latar belakang mereka. Malah baru-baru ini, seorang pesakit leukimia menalifonnya untuk konfirmkan betul ke Erra Fazira ada membuat rumah terbuka.

Lebih menggelikan hati, Aznil Nawawi turut mengusik Amyza dengan bertanyakan "masih ikon anti denggi ke?? Terjumpa ni tadi atas jalan.. hehe," usiknya yang kemungkinan terjumpa risalah tentang Amyza dan denggi..

Dan dalam kemeriahan Amyza melayan karenah dan pertanyaan sana sini bagai pegawai perhubungan awam (PR), tiba-tiba Shamsung galaxy Tab yang amat disayanginya hilang. Maka menangis tak berlagu la akak kita ni... bukan murah-murah tab tu, mahu ribu juga tu..!

"Galaxy tab saya hilang tadi!!!!!!uwaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!" tulis Amyza dalam Twitternya mengadu pada peminat dan rakan.

Tapi apa nak buat, nasi dah jadi bubur... lain kali hati-hati sikit sebab malang tak berbau. Yalah... mana tahu dalam kesibukan melayan peminat tu, tab tersebut kena cilok atau tercicir tanpa disedari... tak gitu?

Gambar terkini Amyza... klik untuk imej besar!




Photo: Amyza Twitt


23 September 2011

ALBUM SITI 'ALL YOUR LOVE' DI PASARAN ESOK

Nampaknya ramai yang teruja untuk membeli album Inggeris pertama Datuk Siti Nurhaliza yang berjudul All Your Love. Malah disebabkan tidak sabar, ada di kalangan peminat Siti telah pun memiliki album tersebut di pasaran dengan kaedah iTunes atau pun memuat-turun secara sah di www.cdbaby.com.

Album yang mengandungi 10 buah lagu itu nampaknya tidak hanya terhad di Malaysia sahaja, malah ia telah melangkaui sempadan ke seluruh dunia. Menerusi teknologi terkini secara maya, para peminat Siti di seluruh dunia berpeluang untuk mendengar buah tangan terbarunya.


TIP MAINTAIN SLIM JAJA - JANDA HEYKAL

Umum memang sedia maklum yang Jaja Nadzir, bekas isteri Heykal Hanafiah, 38, yang mengahwini pelakon Faezah Elai, 29, berbadan kurus. Malah Jaja juga pernah diejek di laman Facebook oleh pihak yang dikenalinya sebagai kurus kering bagai 'mayat hidup' kerana didakwa terkena sumpahan ibu mertua.

Namun dakwaan yang didakwa mengarut itu kini disanggah oleh Jaja yang memuat naik gambar dia tengah bersenam sambil melayan anaknya. Kata Jaja, dia kerap main kejar-kejar dengan anaknya itu dan ia merupakan tip untuk maintain slim.

Melihat ketabahan Jaja ini, dapatlah kita pelajari bahawa tugas seorang ibu bukanlah mudah... tambah-tambah apabila bergelar janda. Ini kerana dalam kesibukan mengejar kerjaya untuk menyuap nasi kemulut anak-anak, dia juga harus tabah melayan karenah anak yang tidak faham mengapa ibu bapa mereka berpisah.

Lebih mereka tidak faham, mengapa harus ada kata mengata dan umpat keji daripada orang yang pernah rapat dengan mereka dulu? Jawapannya... tepuk dada, tanya selera!

Klik untuk imej besar




VIDEO PERKAHWINAN IERA DAN AZAD

Majlis perkahwinan antara Azad Jasmin dan Eira Syazira telahpun selamat dilangsungkan dengan penuh meriah pada 16 september lalu. Pasti ramai yang telah menatap gambar-gambar menarik pasangan pelakon ini bersanding di atas pelamin dengan tema warna merah, putih dan perak.

Kini, myartis tambah lagi memori perkahwinan tersebut dengan sebuah video menarik daripada mymetroTV yang dimuat naik melalui Youtube pada 20 September lalu. Selamat menonton..!



Atau klik di sini untuk video saiz besar...


AFDLIN - ISU BEKERJA DENGAN NAMEWEE

Soal kerja dan politik haruslah diasingkan. Jika tidak, maka tidak berkembanglah minda kita kerana asyik dibelenggu pelbagai masalah yang tiada penghujung.

Demikian juga halnya dengan isu kontroversi Afdlin Shauki yang berlakon di bawah arahan Namewee dalam filem Nasi Lemak 2.0 yang hangat diperkatakan baru-baru ini. Jelas Afdlin, dia cuma mahu membantu pengarah muda itu yang sudah mula insaf, bukan mengejar wang atau berkisarkan fahaman politik.

Untuk lebih jelas... ayuh kita baca penjelasan Afdlin ini.


MIMPI KIAMAT PUNCA DIANA AMIR INSAF

"Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat.

"Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini," ujar pelakon filem Aku Masih Dara, Diana Amir, yang mula memakai tudung sejak isnin lalu.

"Saya tahu saya masih lemah terutamanya mengenai hal-hal agama, disebabkan itu saya ambil peluang untuk bertemu dengan Irma Hasmie untuk mendapatkan nasihat dia.

"Irma juga membawa saya berjumpa dengan Wardina Saffiyah untuk mendapatkan tunjuk ajar dan sokongan mereka," jelasnya dipetik sebagai berkata.

Bila ditanya mengenai masa depan kerjaya seninya, kata Diana dia tidak menjanjikan apa-apa kerana yakin rezeki adalah ketentuan Allah. Sehubungan itu, dia telah bertemu dengan penerbit David Teo untuk meminta kelonggaran watak sekiranya masih diberi kepercayaan untuk berlakon.






22 September 2011

ISABELLA KINI BERUSIA DUA BULAN

Isabella, anak kepada Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina telah genap usianya dua bulan. Jom kita lihat gambar terbaru anak angkasawan negara itu..!

"Bella is now 2 months old tomorrow .... She's growing up at a very fast rate ... How time flies" - Dr. Muszaphar

Klik untuk imej besar...

NORMAN, MEMEY MAKIN CERIA... ABBY BERDUKA?

Anak-anak sudahpun mengikut bapa mereka Norman Hakim ke Johor semalam untuk membuat persiapan pernikahan yang bakal berlangsung beberapa hari lagi. Namun begitu, Abby Abadi tidak ikut serta dan masih belum pasti akan datang ke majlis besar-besaran yang akan diadakan Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur nanti.

"Assalamualaikum dan good morning! Pagi ni Saya bangun tidur, Saya terus siapkan baju anak-anak (Danish dan Dania) untuk mengikut Papanya bernikah di Johor. Baby tinggal jaga Mama," ujar Abby di laman Facebooknya.

Namun dalam keceriaan Norman dan Memey untuk menjadi suami isteri, ada duka yang masih terpendam dalam lubuk jiwa Abby.

"Hidup Saya sekarag ni tidaklah sebahagia yang disangka. Biasa-biasa je, macam orang lain juga. Adakalanya suka, seronok, ketawa dan gembira.. Adakalanya duka, sedih, menangis macam org gila! Huhu.. Lebih tragis, bila sedih sorang-sorang, menangispun takde orang pujuk... kasihankan? Sampai bengkak-bengkak biji mata, huhu..

"Sejujurnya, masih belum ada yang boleh menerima Saya seadanya. Yang selalu disebut-sebut tu, 'biarlah menjadi 'rahsia' Saya. Tapi bertuahnya rasa bila ramai di sini yang mendoakan kebahagian buat Saya. Terharu... Harapan Saya, moga 'doa' kalian termakbul, dan 'bahagia'itu akan menjadi milik Saya... Doakan yer," luah Abby seolah-olah ada rahsia besar yang tersembunyi.

Rahsia apakah itu? Mungkinkah ada kaitan dengan hubungannya bersama Zul? Hanya Abby sahaja sebenarnya yang mampu menjelaskan apa yang dipendamnya. Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Bersabarlah Abby!

Klik untuk imej besar...

CHEF WAN TAK KISAH ANA DAHLIA JANDA..!!

Jodoh dan pertemuan di tangan Allah... sebagai manusia kerdil kita tidak seharusnya mempertikaikan apa yang sudah tersurat sejak azali. Malah gelaran janda atau 'bukan anak dara' sebenarnya bukan batu penghalang untuk bercinta atau mendirikan rumahtangga.

Demikian juga halnya dengan tukang masak selebriti kita Chef Wan yang diasak dengan pelbagai pertanyaan tentang gosip cinta antara Ana Dahlia, 28, dan anaknya Mohd. Nadzri, 30. Menurut Chef wan, status bukan penghalang bagi dirinya dan hubungan yang halal seperti mendirikan masjid harus disokong tanpa sebarang prejudice.

Dalam hal ini, memang kita respek dengan kenyataan Chef wan yang 'open minded' terhadap gosip janda yang ditimbulkan. Bak kata pepatah, buang yang keruh... ambil yang jenih. Janda ke, anak dara ke semuanya mempunyai hak yang sama untuk mengecap kebahagiaan. Tak gitu??

Jom baca lagi kenyataan Chef Wan di Fan Clubnya yang di pos satu persatu itu

My mother called tadi and asked bila kita nak pi rumah GF my son tu masuk meminang. Mak dengar cerita dia tu pernah kawin janda tak ada anak betul ke. I said ya la Mak she told me sudah. So as far as i am concerned janda ke anak dara ke Si Nadzri tu dah mabuk bercinta and he is 29 and feeel that this girl is her right jodoh then as parent we must be happy for him lah mak. Benda yg halal nak diri kan masjid buat apa kita nak mempertikai kan kisah yg lalu?

Klik untuk imej besar...

FASHA, JOHAN DAN RAKAN DI CHINTA OPEN HOUSE

Ragam Fasha Sandha, Johan Asari dan rakan-rakannya di Chinta Raya Open House semalam.

"Syukur alhamdulillah, selesai sudah majlis di Chinta. Terima kasih kepada saudara, peminat, rakan media dan sahabat-sahabat yang sudi hadir. i love u," ujar Fasha dalam laman Twitternya.

Klik untuk imej besar...

'Thank u for coming, Johan n ibu' - Fasha


Fasha dan Johan... teman tapi mesra. Berlaga-laga tu..!!


Belai-belai rambut gitu, rasa nak tido i...

BILA ROZITA CHE WAN MINTA RM3,000

Benarkah bayaran RM3,000 untuk satu siri drama bagi penerbitan drama bersiri dalam negara ini 'tidak masuk akal'? Apakah bayaran lazim RM1,500 hingga RM2,000 itu berpatutan untuk pelakon popular seperti Rozita Che Wan,38, yang kini semakin laris seperti goreng pisang panas?

Persoalan inilah yang patut dijawab dan dipertimbangkan oleh syarikat produksi seperti Grand Briliannce Sdn Bhd (GBSB) yang kebiasaannya membuat untung besar melalui drama-drama terbitan mereka.

Isu tersebut timbul apabila Ketua Produksi Drama & Filem, Primeworks Studios, Jalena Rejab dikatakan terkejut apabila Rozita menolak tawaran membintangi sebuah drama bersiri Goyang Rafique baru-baru ini. Dakwanya, pelakon yang sinonim dengan watak janda itu awalnya telah bersetuju untuk berlakon dengan mereka, namun selepas itu menolaknya apabila tidak berpuas hati dengan bayaran yang ditawarkan.


GAMBAR BABY AQASHA USIA 2 MINGGU

Diam tak diam, sudah dua minggu usia anak Aqasha (Alehandra)... dan dalam dua minggu itu juga penyanyi dan pelakon tersebut dilihat sibuk melayan karenah babynya itu. Anak emaslah katakan!

Bagi anda yang masih tak jemu untuk menatap ragam Alehandra... kami paparkan 12 keping gambar yang diambil oleh Aqasha sendiri. Jom tengok..!!

Klik untuk imej besar...



21 September 2011

PERANG FACEBOOK PENGANTIN BARU?

Laman Facebook (FB) jika digunakan dengan bijak, ia boleh membawa pelbagai kebaikan dan keuntungan bagi yang rajin menjalankan business. Namun jika disalahguna, ia juga boleh membuka pekung di dada dan sekaligus mendedahkan aib sendiri hingga masalah peribadi habis diketahui umum.

Contoh paling mudah ialah perang FB antara pengantin baru dan suku sakatnya ini dengan bekas janda yang digelar 'Angelina Jolie' yang dibaca oleh ribuan pelawat. Bak kata pepatah, 'ludah ke langit jatuh ke muka sendiri'!

Klik untuk imej besar...

Perang seterusnya - sila klik..!

SAYA ALAMI TEKANAN DARAH RENDAH - MARSHA

Marsha Milan Londoh telah membuat sidang media sebentar tadi bagi menjelaskan perihal dakwaan beliau menelan sejumlah 30 pil hingga dimasukkan ke hospital baru-baru ini. Sidang media tersebut telah berlangsung di Alibi Music, Bangunan KLK, Mutiara Damansara, Petaling, Selangor.

“Malam sebelum insiden tersebut berlaku, saya memang rasa tidak sihat dan sedikit lemah. Memang rasa lain macam sangat. Selepas saya ambil ubat antibiotik dan ubat tekanan darah rendah, saya terus masuk tidur,” kata Marsha dipetik sebagai berkata.

“Keesokan harinya, saya ambil ubat lagi sebelum keluar makan tengah hari. Kondisi saya ketika itu pun masih lemah lagi. Malangnya, kereta yang dipandu saya terlanggar pembahagi jalan. Apabila saya balik rumah, semasa menuruni tangga, saya terjatuh dan pengsan. Rumah saya berada di tingkat bawah, jadi saya memang kena turun tangga.