31 October 2011

GAMBAR NOSTALGIA SAFURA YAACOB


Safura Yaacob, penyanyi dan pelakon berbakat besar yang telah diuji dengan pelbagai ujian hidup. Selepas kesnya dengan Ifa Raziah selesai, dia kehilangan pula anaknya Nur Aisyah Mariam, yang berusia tiga tahun kerana demam berpanjangan.

Namun itu semua tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus berjuang sambil memperkukuhkan ikatan keluarga.

Khas untuk peminat Safura dan pengunjung myartis, kami bawakan gambar nostalgianya untuk tatapan kita bersama.

Klik untuk imej besar...



GAMBAR SANA SINI - JOHAN ASARI BERSARBAN


Memang sejuk mata bila melihat Johan Asari atau panggilan glamornya Botak Juvana bersarban. Tambah-tambah bila dia sedang mengajar anak-anak mendalami ajalan Islam.

Namun ia sebenarnya bukan di alam realiti, tetapi hanya melalui drama Tasbih Putih arahan Rashid Sibir yang bakal menemui penonton tidak lama lagi. Bayangkan... jika Johan benar-benar bersarban dan kemudian berada di sisi Fasha Sandha yang benar-benar bertudung... ha ha!



BILA NORA DANISH 'BERHALLOWEEN'


"Happy halloween," ucap Nora Danish dalam laman facebooknya disertai dengan gambar dia memakai lampu di kepala. Manakala seorang lagi rakan yang tidak dikenali turut memakai lampu tanduk syaitan.

Gambar tersebut selanjutnya telah menimbulkan rasa kurang senang dikalangan pelawat FB Nora. Ada yang menegur lantang dan ada juga yang memberi nasihat secara lembut.

Klik untuk imej besar...




GAMBAR SANA SINI - SCHA CURIK APPLE


Gambar ketika Scha Alyahya di Seoul, Korea... sempat lagi curik apple tu..!

Klik untuk imej besar...




GAMBAR SANA SINI - ANAK AQASHA TERKINI


"Anak aku minum S26 berak hijau, sebelum tu dia minum Enfalac A+ berak kuning. Aku nak try bancuh susu tu dua-dua la," ujar Aqasha dalam twittnya dengan nada lucu.

Jom kita tengok empat gambar terkini Alehandra Ahmad Firdee Aqasha, buah hati pengarang jantung penyanyi dan pelakon itu. Sesungguhnya... masa berlalu terlalu pantas meninggalkan kita!



30 October 2011

GAMBAR SANA SINI - FASHA BERTUDUNG


Jom jom jom... jom heboh heboh!!

Ha ha... ni yang nak heboh ni tentang betapa manisnya bila Fasha Sandha bertudung. Bukan dalam filem, bukan dalam drama tetapi di alam realiti. Bak kata orang, semanis kurma... tapi bertudung kat Kelantan aja tau.

Jom kita tengok...!

Klik untuk imej besar...





INA NAIM DAPAT ANAK KEDUA 12 OKTOBER LALU


Rasanya masih belum terlambat untuk myartis mengucapkan tahniah kepada Mohd Suhaimi Saad dan Ina Naim (bekas kekasih Mawi) atas kelahiran anak kedua mereka 12 Oktober lalu.

Jika semasa Ina mengandung beberapa bulan lalu suaminya Suhaimi pernah berdoa berbunyi begini: "Allah, Sesungguh isteriku hamil. dan Engkau lebih mengetahui kepayahan dan perasaannya berbanding aku suaminya. aku mohon padaMu, Kau ampunilah dosa-dosanya, tunaikanlah hasrat-hasrat hatinya dan Kau jadikanlah aku orang yang sabar, memahami, ringan untuk membantu dan permudahkanlah urusan-urusan kami sehingga anak ini dilahirkan."

Dan akhirnya doa Suhaimi itu diperkenankan Allah apabila beliau dan Ina dikurniakan anak comel yang diberi nama Salman Elkhoyri. Lebih menarik, tarikh lahir anak mereka itu sama dengan tarikh lahir Suhaimi sendiri iaitu 12 Oktober.

Ucapan Suhaimi dan gambar baby - klik untuk imej besar...


ZIZAN NIN TERPESONG KE JALAN SONGSANG?


Zizan Nin amat berbesar hati dapat menjayakan drama Jalan Songsang bersama pelakon handalan lain yang bakal disiarkan dalam slot Cerekarama di TV3. Menurut pelakon itu, kali pertama mendengar tajuk drama tersebut, dia terfikir apakah mungkin dia terpaksa melakonkan watak di lorong-lorong hitam?

Namun setelah membaca keseluruhan skrip drama itu, barulah dia faham bahawa ia mempunyai mesej keagamaan yang murni untuk kebaikan masyarakat.

Jalan Songsang mengisahkan seorang ustaz muda (Zizan) yang cuba mendekati golongan remaja dan belia bermasalah yang jauh tergelincir daripada norma kehidupan. Hakikatnya, bukan mudah untuk berdakwah mengajak mereka untuk mengikut jalan yang lurus... tambah-tambah jika di lorong-lorong hitam.

"Saya berharap lakonan saya itu dapat menyampaikan mesej yang baik dan murni," ujar Zizan.

Drama tersebut yang diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd, turut dibintangi oleh pelakon lain seperti Shiela Mambo, Wan Sharmila, Hairi, Johan As'ari dan Widya.




BERITA SEBELUMNYA:
Zizan Nin rai peminat


29 October 2011

RAMAI ARTIS 'BERTUDUNG' DI JOM HEBOH KELANTAN


Rasa lucu bila ramai yang komen Jom Heboh yang berlangsung di Kelantan ketika ini menampilkan ramai artis dan selebriti wanita 'berpura-pura' bertudung. Dakwa mereka pemakaian tersebut laksana 'melepaskan batuk di tangga' kerana Kelantan menjadi tapak pilihan TV3 kali ini.

"Tapi yang tak sanggup tengok tu kepala bertudung tapi pakaian macam 'tut'..." komen seorang forumer.

"Ha ah la.. sebab jom heboh wat kat kelantan... tadi masa aku tengok fasha sandha pakai tudung.. siap dalam hati berdetik "alhamdulillahhhh jumpa jugak nur ye ko pasah".. skali tengok sebelah aik! Marina Tunku Sabri pon pakai tudung? Bila tengok lelain pakai tudung... huh tertipu den," ujar forumer yang lain dengan nada lucu.

Pesta tudung - klik untuk imej besar

AARON AZIZ PUJI WAJAH UMIE AIDA 'FLAWLEES'


Kalau dah menjadi 'public figure', semua yang mereka lakukan pasti akan mendapat perhatian ramai. Begitu jugalah halnya dengan Datin Paduka Umie Aida. Bukan setakat kariernya sahaja yang diambil perhatian, malah wajahnya juga menjadi bualan ramai.

Antara yang memuji wajah Umie ialah Aaron Aziz yang menyifatkan wajah Umie sebagai 'flawless' atau lebih kurang maksudnya 'sempurna'.

"Memang flawless kulit Umie aida ni kan?" Ujar Aaron berkongsi pendapat dengan peminatnya di laman facebook.

Namun begitu, bukan semuanya mempunyai pendapat yang sama dengan Aaron, ada juga suara-suara nakal yang mendakwa wajah Umie 'bukan asli' lagi. Dakwa mereka ia kemungkinan wajah 'cucuk' sebagaimana yang dilakukan oleh segelintir artis lain.

Benarkah begitu? Jawapannya Allahu a'lam... apa-apa hal jom kita tengok gambar terkini Umie yang sedang membuat persediaan berlakon dalam teater Badai Semalam. Teater tersebut bakal dipentaskan di Istana Budaya pada 11 hingga 20 November 2011.

Komen peminat - klik untuk imej besar...


28 October 2011

SAH AMY WINEHOUSE MATI KERANA ALKOHOL


Alkohol adalah penyebab kepada kematian penyanyi jazz popular, Amy winehouse... bukan dadah sebagaimana yang dihebohkan sebelum ini. Ia diketengahkan oleh Koroner Inkues Suzanne Greenway dan memberitahu kematian Amy disebabkan oleh pengambilan alkohol berlebihan yang menyebabkan keracunan.

Ujian bedah siasat sebelum ini menemui jalan buntu disebabkan kematiannya tidak dapat dikenal pasti kerana tiada dadah ditemui dalam sistemnya. Namun siasatan terperinci kemudiannya telah mendapati Amy mengambil minuman beralkohol dalam kuantiti banyak hingga melebihi limit yang boleh ditampung oleh sistem seseorang.

Amy ditemui mati di kediamannya di utara London Pada 23 Julai lalu. Awalnya pihak polis menyifatkan kematian Amy sebagai kematian mengejut.




17 GAMBAR NOSTALGIA AMYZA AZNAN


BIODATA
NAMA PENUH: Amyza Aznan
PANGGILAN: Amyza
TARIKH LAHIR: 18 Julai 1976
UMUR: 36 Tahun
ASAL: Alor Gajah, Melaka

Digelar mulut becok di sekolah:
PANTANG TENGOK PAKWE HANDSOME

Sejak kecil lagi dia cukup popular baik di sekolah mahupun di kalangan anak-anak jirannya. Gelaran 'kudut', keding, Mak enon dan Becok memang sudah dikenali ramai.

Ini kerana, mulutnya yang dikatakan suka bercakap dan berceloteh tak henti-henti itu telah membuat ramai yang senang mendampinginya. Begitulah rentetan awal kehidupan pelakon Amyza Aznan, 36, yang menjadi pilihan nostalgia myartis kali ini.


PEMINAT RAYU ZUL PUJUK ABBY



Buang yang keruh ambil yang jernih!

Begitulah serba sedikit rayuan daripada peminat Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin memohon agar pelakon itu memujuk kembali Abby Abadi yang sedang berduka. Kata segelintirnya, mereka amat sedih melihat hubungan yang terjalin mesra sejak sekian lama itu 'terputus' begitu sahaja di tengah jalan.

"Zul dah break dengan abby.... takde jodoh... kasihan abby, baca kat blog abby, zul macam tak nampak je abby ada kat sisi dia selama ni.... orang dah popular, lupa la semuanyer... sabar abby yek... ada yang lebih baik dari zul... saya pun nak unlike dah page zul nih," ujar seorang rakan facebook Zul dipetik sebagai berkata.

"Please pujuk Abby Abadi.. please.. please...!!!" Rayu seorang peminat lain yang simpati terhadap Abby.

Rayuan peminat - klik untuk imej besar...



GAMBAR KENANGAN WESTLIFE


Umum memang sudah sedia maklum bahawa kumpulan popular Ireland, Westlife telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang mengesahkan akan berpecah selepas mengeluarkan album terakhir mereka, Greatest Hits Collection pada 21 November depan.

Westlife yang dianggotai oleh Nicky Byrne, Kian Egan, Mark Feehily dan Shane Filan telah bersama dalam kumpulan itu selama 14 tahun. Malah jika dihitung, keseluruhan album mereka sudah terjual lebih 44 juta unit di seluruh dunia.

Istimewa di myartis, jom kita imbas kembali gambar-gambar Westlife ketika mereka mula-mula muncul di Malaysia. Semua gambar telah dirakamkan oleh myartis di Genting Highland, Pahang sekitar tahun 1999 hingga 2002.

Peter Stuyvesant - Westlife 'live' in Genting Concert

27 October 2011

GAMBAR SANA SINI - JAJA OH JAJA..!


Beliau memang seorang ibu tunggal yang tabah dan berhati besi. Meskipun sudah mempunyai tiga orang anak, namun beliau masih bergetah dan sering menutup aurat demi melindungi maruahnya.

Wanita yang dimaksudkan itu ialah Jaja Nadzir, janda kepada Heykal Hanafiah dan 'musuh' kepada Faezah Elai. Meskipun pelbagai maki hamun dan fitnah yang dihamburkan kepadanya, namun beliau tetap tenang menghadapi 'perang' itu seorang diri.

Jom kita lihat fesyen terkini Jaja yang kelihatan anggun dan menarik mata memandang. Ikhlasnya... siapa kata Jaja dah tua? Heh!

Klik untuk imej besar...



GAUN BOTTEGA VENETA: YURI VS FASHA SANDHA


Gaun Bottega Veneta yang lebih kurang sama antara Yuri daripada kumpulan all-girls K-pop SNSD untuk siaran Majalah Cosmopolitan (isu Korea September 2011) dengan Fasha Sandha untuk Majalah Glam isu November 2011.

Meskipun sama, namun kedua-duanya tetap nampak elegan apabila Yuri menggayakan gaun tersebut dengan mood ‘berani’ manakala Fasha menggayakannya dengan mood ‘santai’, kata FB Fasha.

Namun persoalannya sekarang, siapa lebih glam dan siapa tiru siapa? Atau mungkin ada artis Hollywood yang sudah terlebih dulu memakai gaun seperti ini?


BILA AQASHA BERANGAN JADI SLASH


"Aku tengah prektis (berangan) main macam Slash. Thanx to wife who documented this event. Ha ha," ujar Aqasha melalui Twittnya. Jom tonton..!!



GAMBAR SANA SINI - DR SHEIKH MUSZAPHAR & BELLA


Gambar dan aksi terkini Dr Sheikh Muszaphar dan anaknya Bella.

"Just did a photoshoot for Santai magazine at PD . I think its going to be for December issue ....Brought Bella along and she's enjoying every minute of it .. Have a Great Week Everyone," ujar Dr Sheikh Muszaphar dalam FBnya.


Klik untuk imej besar...





Aksi untuk Majalah Maskulin keluaran November...



REMY ISHAK AKUI CINTAI TIZ ZAQYAH


Bukan saya mahu sembunyikan hubungan kami kepada umum, tetapi sebaliknya kami tidak mahu menggembar-gemburkan tentang hubungan yang belum tentu menjadi jodoh. Demikian kata Pelakon drama bersiri Nur Kasih, Remy Ishak, 29, yang akhirnya mengaku sedang bercinta dengan Tiz Zaqyah, 22.

"Sekarang, saya sedang berpacaran dengan Tiz. Saya tak mahu kecoh kerana kami masih lagi di tahap berkenalan dengan lebih rapat.

Remy dan Tiz - klik untuk imej besar...


26 October 2011

AKHIRNYA ZUL TINGGALKAN ABBY ABADI


Bagai sudah dijangka apabila Abby Abadi dimasukkan ke hospital beberapa minggu lalu, pasti ia ada kaitan dengan 'cinta'! Malah penutupan Facebooknya juga seolah-olah memperlihatkan Abby sedang 'berduka' meskipun ada pihak yang mendakwa FB tersebut telah di hack oleh pihak tertentu.

Nah sekarang bukan terang lagi bersuluh... tetapi memang sudah nyata apabila Abby sendiri mengakui bahawa cintanya dengan Zulkifli Ariffin (Zul) telah berakhir. Bagaimanapun, Abby tidak menjelaskan punca perpisahan tersebut dengan alasan mahu menyimpannya sebagai rahsia.

Persoalannya sekarang, mungkinkah Zul sudah tidak memerlukan Abby lagi apabila dia sudah berada dipuncak jaya? Atau mungkinkah Zul ibarat 'kacang lupakan kulit' atau Abby yang terlalu mendesak untuk Zul mencurahkan cintanya?

Untuk lebih jelas... ayuh kita baca serba sedikit pengakuan Abby itu yang dicatitnya sendiri di laman blognya. Semoga ada sesuatu yang dapat kita fahami mengapa perpisahan tersebut harus terjadi..!!

Gambar kandid Abby dan Zul bersenam bersama...


SEJARAH HIBURAN MALAYSIA - ALLEYCATS



KUMPULAN MUZIK PALING BANYAK TERIMA ANUGERAH


Alleycats merupakan sebuah kumpulan muzik yang paling banyak menerima anugerah piring emas (Gold Disc) di negara ini. Ketika itu, kumpulan tersebut dianggotai oleh lima anak muda (tiga India, dua Cina) iaitu Arumugam (penyanyi utama), Loganathan, Shanmuganathan, Tan dan Billy.


Selain itu, Alleycats juga merupakan kumpulan paling lama bertahan iaitu sejak penubuhannya pada tahun 1968 di Pulau Pinang hingga ke hari ini.

Album mereka yang mula dirakamkan pada tahun 1979 telah memenangi piring emas kerana melebihi jualan 50,000 unit dan dua antaranya terjual melebihi 80,000 unit yang membolehkan mereka menerima anugerah Platinum.

Album tersebut ialah 'Suara kekasih' (1985), 'Sampaikan Salam Cintaku', 'Hingga Akhir Nanti' (1980), 'Andainya Aku Pergi Dulu' (1982), 'Kerana' (1984).

Story copyright: myartis.com


AKSI FAEZAH ELAI & JAJA BERSAMA ADAM


Adam... anak yang tidak mengerti apa yang berlaku di sekelilingnya dilihat begitu manja dengan Faezah Elai. Meskipun kedua-dua 'ibunya' itu saling bertikam lidah... namun Adam tidak mempedulikan itu semua kerana ia adalah adat hidup manusia!

"My babies where ever u r have fun lil darlings & see u soon love u muah muah.. Mommy alone time now lets hit the gym & keep fit.." ujar Jaja Nadzir rindukan buah hatinya Adam.

Jom kita tengok aksi Faezah sambil memeluk manja Adam dengan ayat di twittnya "Peace yaw!!! me and adam."

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan apakah "peace" yang dimaksudkan oleh Faezah... mungkinkah mahu 'berdamai', suka-suka sahaja atau ada maksud 'tersembunyi'?

Ragam Faezah dan Adam - klik untuk imej besar...




25 October 2011

NASI LEMAK 2.0 CATAT KUTIPAN RM7 JUTA


Meskipun dilanda pelbagai kontroversi, filem Nasi Lemak 2.0 masih berjaya meraih kutipan sebanyak RM7 juta mengalahkan saingannya seperti Libas dan Klip 3GP.

Kutipan tersebut adalah berdasarkan tayangan di beberapa pawagam sejak 8 September lalu.

Menurut pengarah dan pelakonnya Namawee, dia tidak menyangka sama sekali filem tersebut berjaya mengutip sebanyak itu.

"Pada dasarnya saya memang menaruh harapan tinggi pada filem ini namun tidak menyangka sambutannya akan menjadi begitu baik sekali di kalangan penonton di Malaysia.

Klik untuk imej besar...

GAMBAR TERKINI ANAK KEMBAR MARIAH CAREY


Bertuah sungguh! Sudahlah popular dan kaya raya, kini dapat pula anak kembar dua.

Begitulah nasib Diva terkenal, Mariah Carey yang memperkenalkan dua anak kembarnya secara rasmi melalui sebuah laman web khas. Anak mereka yang comel itu telah diberi nama Monroe dan Moroccan.

Menurut Mariah dan suaminya Nick Cannon, mereka telah berbincang sejak sekian lama untuk mendedahkan gambar anak mereka itu.

"Kami tidak mahu menggunakan cara biasa iaitu dengan memaparkan gambar mereka dalam akhbar tabloid walaupun cara itu tidak salah tetapi kami memilih cara yang lebih dekat dengan peminat-peminat kami," kata Nick dipetik sebagai berkata.


9 GAMBAR NOSTALGIA SITI NORDIANA


BIODATA:
Nama : Siti Nordiana Alias
Tarikh Lahir : 22 November 1984
Tempat Lahir : Seremban, Negeri Sembilan
Profesion : Penyanyi, pelakon

6 RAHSIA PERIBADI

1 - Setiap pagi Nana pasti akan masuk ke bilik air dan duduk lama-lama di situ. Entah kenapa, ia bagai sudah menjadi satu kemestian dalam rutin harian Nana. Kadangkala tu bukannya ada buat apapun, tapi katanya dia rasa selesa begitu kerana dah jadi tabiatnya sejak kecil.

2 - Macam tak percaya bila Nana akui yang dia ni seorang pemarah... tetapi cepat pula sejuknya. Selain itu, dia juga cepat sensitif dan air matanya mudah mengalir bila menonton sesebuah filem sedih. Selalunya filem yang sering ditontonnya ialah filem Hindustan, sebab itulah dia sukar mengawal kesedihan apabila menyelami babak-babak yang menyentuh perasaan... tak sangka kan!

KLIK GAMBAR UNTUK SIZE BESAR


BILA FAEZAH ELAI UGUT JAJA NADZIR


Mungkin akibat tidak tahan diserang bertalu-talu, akhirnya Faezah Elai bakal meletupkan bom atom yang kemungkinan menghancurkan seluruh alam semesta! Dalam Twitt terbarunya, Faezah mengugut bakal mendedahkan rahsia dan gambar Jaja Nadzir, janda suaminya yang didakwa 'mengganggu' kebahagiaan yang baru dibinanya.

Semuanya gara-gara luahan hati Jaja yang berbunyi:
"Hidup kena ikhlas... tak payah nak jeles-jeles tau jangan nak campur kehidupan orang if u cant handle the heat! Bertutup kepala, hati @ mulut hanya Allah SWT yang tau keikhlasan kita not for u to JUDGE - wahai manusia."

"What? Me? Jealous of you? Hahaha you must be joking, jangan sampai aku tunjuk barang tok bomoh kau tu dan gambar tengah merokok, menyusu anak tapi merokok!" Ugut Faezah dalam twitternya.

Namun ugutan Faezah itu kemudiannya dibalas oleh Jaja dengan tenang, "The answer tersangat laa simple - not worth fighting for - so bagi yang tertanya-tanya usah tertanya-tanya lagi okey.. ha ha ha..."


24 October 2011

IDA NERINA PUNYAI KERUSI RODA KALIS BOM..!!


Jika sebelum ini cerita mengenai Ida Nerina agak sejuk lantaran kemalangan yang menimpanya, kini Ida dikhabarkan hangat kembali apabila sedang dalam persediaan untuk mementaskan sebuah teater berjudul What’ll Break You / Apocalips. Teater tersebut bakal berlangsung pada 3 hingga 13 November ini di Pentas 2, KLPac, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Lebih menarik lagi, Ida dikatakan akan menjadi pengarah teater ini yang membariskan pelakon-pelakon seperti Zahim Albakri, Gavin Yap, Vince Chong, Stephanie Van Driesen, Tania Khan dan Ash Nair. Teater ini diterbitkan oleh Susan Lankester dan ditulis oleh Ivan Yeo.

Malah berita paling terkini tentang penulis pojok di The Star ini, dia baru saja mendapat kerusi roda baru yang dinamakannya 'Jessica Rabbit'. Menurut Ida dalam blognya, kerusi rodanya itu super ringan, kalis bom dan warnanya merah menyala.

Klik untuk imej besar (960 X 435)



SEJARAH HIBURAN MALAYSIA



KUMPULAN ROCK ORANG ASLI PERTAMA


The Honesty yang terdiri dari lima anak muda, dua darinya wanita merupakan kumpulan muzik rock orang asli yang pertama di Malaysia.


Mereka berasal dari masyarakat orang asli Mah Beri yang mendiami Perkampungan Orang Asli Batu 12, Gombak, Selangor.

Kemunculan kumpulan ini sejak 1974 dan hanya popular pada 1987 telah mencatitkan sejarah apabila Zinos Kati (pemain gitar utama), Roy Kati (gitar bass), Jefri Abu Gitar (gitar kedua), Jastrik Itam (drum), Rino Sondol dan Rozi Osman (penyanyi) dikatakan boleh membawa pelbagai rentak seperti rock, jass, joget, rentak tradisional dan sebagainya.

Story copyright: myartis.com


GAMBAR SANA SINI - NORA DANISH BERTUDUNG


Jika sebelum ini kami paparkan bagaimana manisnya Ning Baizura bertudung... kali ini tiba pula giliran Nora Danish. Mungkin satu hari nanti Nora bakal terbuka hati untuk terus bertudung sebagaimana rakan-rakan artis yang lain. Amin..!

Klik untuk imej besar...






'SUAMI' YANG DIINGINKAN OLEH FARAH LEE


Kita semua sudah membaca dan mendengar gosip mengenai Farah Lee, gadis yang didakwa dirisik oleh pengacara TV3, Ally Iskandar. Hingga kini, baik Farah mahupun Ally, masing-masing masih enggan berterus-terang tentang hubungan atau majlis risik seperti yang didakwa itu.

Kerana persoalannya sekarang, adakah majlis risik itu benar-benar berlaku... atau ia hanya sekadar gosip semata-mata?

Malah Ally dalam satu temubual dengan media baru-baru ini turut enggan memberi komen dan lebih senang mengambil sikap berdiam diri.

Namun begitu, Farah yang sememangnya rajin menulis dan memberi kata-kata dakwah di laman facebook mahupun blognya kadangkala memberi sedikit kiasan tentang calon suami pilihan hatinya. Mungkinkah calon suami yang dimaksudkan Farah ini ada sedikit kena mengena dengan Ally atau ia sekadar coretan semata-mata? Allahualam..!!

Jom baca coretan Farah yang tidak disunting ini...!

Gambar daripada blog Farah Lee - klik untuk imej besar


NANA NAFI BERCERAI DENGAN BRAIN


Selang 24 jam selepas gosip cerai Nana dan Brain disebarkan dalam forum dan blogger, Nana atau nama sebenarnya Nurul Hana Che Mahazan menafikan yang beliau telah berpisah dengan suaminya Mohammad Raqeem Brian.

Penafian tersebut diketengahkannya dalam twitter Nana Mahazan dan blog rasminya beberapa jam lalu sebagai menangkis dakwaan yang mengatakan seorang councelor mendedahkan yang dia berpisah gara-gara 'hantaran gitar'.

"I'm ok! Cuma terkilan sampai tahap tu sekali orang buat cerita.. Harap pembaca tidaklah percaya bulat-bulat... Saya ni sangat transparent, kat blog semua saya cerita.

"Nana dan MRB tak pernah jumpa mana mana kaunselor, ke pejabat agama ke atau terdetik walau sedikit pun untuk kita orang bercerai.. Mintak simpang lah.. Memang ajal, maut, jodoh pertemuan semua ketentuan Illahi, tapi buat setakat ini, kita orang BAHAGIA," ujar Nana menafikan gosip yang tersebar.

Klik untuk baca penafian Nana...

23 October 2011

23 GAMBAR NOSTALGIA ZIANA ZAIN


BIODATA:
Nama: Ziana Zain
Nama Sebenar: Siti Roziana Bte Zain
Nama Timangan: Ogee/Gee/Dik
Tarikh Lahir: 2 May, 1968
Hobi: Mengumpul kasut & minyak wangi.
Imej: Kasual & Elegant.
Kenangan Manis: Kemenangan di Kazakhstan.
Kenangan Pahit: Bila difitnah kena tangkap oleh pencegah maksiat.
Cita-cita: Awalnya Ziana ialah menjadi Pilot, tetapi kerana tak kesampaian... dia akhirnya cuma bekerja sebagai pramugari sebelum aktif dalam seni suara dan lakonan.

RAHSIA AWET MUDA

"Akak ni kalau nak tahu bukannya ada rahsia sangat bab jaga kecantikan badan ni. Yang selalu akak amalkan ialah jangan minum ais, makanan yang terlalu banyak minyak, makanan yang pedas ataupun terlalu banyak makan durian.


NANA DAN BRIAN DAH BERPISAH??


Khabar angin bertiup kencang mendakwa penyampai stesen radio Hot FM, Nurul Hana Che Mahazan atau lebih dikenali sebagai Nana, 27, telah berpisah dengan Mohammad Raqeem Brian, 36. Mereka sebelum ini telah berkahwin pada 6 Jun 2009 dan telah dikurniakan anak perempuan yang diberi nama Althea Raqeem.

Bagaimanapun, sejauh mana sesahihan dakwaan tersebut masih belum dapat disahkan setakat ini. Menurut sumber, seorang speakers bertaraf councelor yang memberi ceramah dalam majlis ilmu kekeluargaan secara tidak sengaja telah 'terlepas' cakap mengenai penceraian tersebut.

"Aku baru balik dari majlis ilmu kekeluaragan. One of the speakers was a councelor. Dia ada fail beberapa artis antaranya arbaiyah dan nana. Aku terkejut bila speaker tu cakap Nana n Brian dah divorced. Tu la bg lg gitar taim kawin. Lebih kurang cm tu la ayat counselor tu. Bila ek dia orang cerai. Ingat happily ever after," ujar sumber tersebut yang dipetik daripada forum CARI.

Aikkk... bila pula mereka ni bercerai? Padahal hubungan mereka elok je dan dilihat amat mesra ketika majlis berbuka puasa hitz.fm baru-baru ini.


FASHA SANDHA PUNCA IZREEN & JOHAN PUTUS?


Gara-gara Fasha Sandha, hubungan Izreen Azminda, 26, dan Johan As’ari, 25, jadi berantakan dan akhirnya putus di tengah jalan. Demikian dinyatakan oleh Izreen sendiri yang hadir di majlis sesi ramah mesra antara artis dan peminat sempena Anugerah Skrin (ASK) 2011 yang bakal menjelma pada 4 November depan

Lebih teruk, Izreen juga dilihat langsung tidak memandang wajah Johan sewaktu ditemubual oleh wartawan.



"Saya sudah memutuskan hubungan dengan Johan akibat terkilan dengan sikapnya yang enggan mengaku tentang status hubungan cinta kami yang bermula pada Mei lalu.

GAMBAR SANA SINI - KEK SEKSI ENOT


Entah apa yang bagus atau kreatifnya dengan kek yang dibuat oleh Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah ni myartis sendiri pun tak faham? Mungkin agaknya ia terletak pada bentuk tubuh wanita yang ala-ala 18SX tu khot?

Meskipun gambar ini telah tersebar beberapa bulan lalu, namun ia masih hangat dikalangan pengunjung facebook dan beberapa forum hiburan apabila ada segelintirnya yang mengutuk sikap pelakon tersebut. Dakwa mereka, tidak patut Enot membuat kek berbentuk lucah sedemikian yang kemudian dibalas oleh Enot sendiri dengan mengatakan dia bukannya tak tahu langsung mengenai agama.

Apa-apapun... kita layanzz aja kek Enot ni!!



AKSI MEMEY BERSAMA ANAK-ANAK NORMAN..!



Gambar-gambar Norman dan Memey bermesra dengan anak-anak di majlis REAL Kids Sekolah Danisha beberapa hari lalu. Jom tengok..!!

Klik untuk imej besar...