30 November 2011
"BUKAN BEKAS KPN" - JOJIE KAMARUDDIN
Isu perkahwinan Syella Kamaruddin dengan jejaka misteri terus hangat diperdebatkan di dunia maya dengan pelbagai andaian tersendiri. Apa yang lucu, ada yang mendakwa suami Syella adalah bekas ketua polis negara dan ada juga pihak yang mendakwa kononnya suami Syella seorang dato 'gila golf'.
Namun mengenai tekaan 'tangkap muat' melibatkan bekas ketua polis negara... ia telah disangkal oleh seorang individu yang mendakwa keluarga kepada Syella. Katanya melalui laman facebook menggunakan nama Jojie Kamaruddin, dakwaan tersebut tidak benar sama sekali dan ia hanya fitnah yang menambah dosa.
Klik untuk imej besar...
Labels:
berita menarik
29 November 2011
PERKAHWINAN VENESSA CHONG & MOOTS PS
Melihat perkahwinan ini, teringat myartis pada iklan ala 1 Malaysia yang melibatkan keluraga Cina dan India yang menyebut nama 'mutusamy kalarupiah anne'! Iklan tersebut memang menyentuh perasaan sesiapa sahaja yang ingin hidup harmoni dalam negara berbilang bangsa.
Nah sekarang perkahwinan antara Vanessa Chong (kakak Vince AF1) dan Moots dari Pop Shuvit ini merupakan contoh terbaik ke arah penyatuan bangsa. Upacara perkahwinan tradisional India yang diadakan di Dewan Kalamandabam di Brickfields dan perkahwinan Kristian yang diadakan di Bali telah menyatukan dua jiwa.
Lebih menarik, acara perkahwinan itu turut dimeriahkan oleh tetamu dari pelbagai negara seperti UK, Jerman, Australia, Hong Kong, Thailand, Jepun, Filipina dan Singapura.
Untuk Vanessa dan Moots, selamat berbahagia myartis ucapkan..!
Klik untuk imej besar...
Labels:
perkahwinan selebriti
ANANG LAMAR ASHANTY ATAS KAPAL
Penyanyi Ashanty menerima kejutan besar ketika bercuti di Beijing, China apabila kekasihnya Anang Hermansyah (Bekas suami Krisdayanti) melamarnya untuk berkahwin. Difahamkan, percutian tersebut turut disertai oleh anak Anang iaitu Aurelle dan Azriel.
"Waktu itu saya sedang berbual dengan Aurelle dan tiba-tiba dia (Anang) datang dan menghadiahkan cincin kepada saya," kata Ashanty dipetik sebagai berkata kepada media.
Labels:
Berita sana sini
7 HARI KAHWIN - HATTAN NAFI BERCERAI
Disebabkan gosip 'terlampau' seorang wartawan hiburan akhbar arus perdana yang mendakwa penyanyi Hattan sudah bercerai talak tiga selepas hanya berkahwin tujuh hari, Hattan akhirnya 'meletop' dan menyembur kembali wartawan terbabit.
Kata Hattan, meskipun wartawan 'gemuk pendek' itu tidak menyebut namanya secara terang, namun dia dapat merasakan ia ditujukan kepadanya.
Hattan nafi bercerai - klik untuk imej besar...
Photo The Photographer
Labels:
Gambar sana sini
28 November 2011
GAMBAR SANA SINI - PARTY ALA GIRLS' GENERATION..!
Entah siapa yang membuat party dan apa tujuannya... myartis sendiri kurang tahu dan kurang pasti. Namun apa yang menarik, Nora Danish turut sama berparty bersama beberapa rakan mereka yang kelihatan 'happy go lucky'.
Meskipun mengenakan pakaian yang okay... namun 'singkatnya' tetap ada ala-ala 'girls generation' gitu. Jom tengok..!!
Klik untuk imej besar...
Labels:
gambar menarik
GAMBAR SANA SINI - DR SHEIKH MUSZAPHAR DI KELANTAN
Gambar-gambar Dr Sheikh Muszaphar di Kelantan pada 25 hingga 26 November lalu untuk program mengumpul dana membina hospital di Palestin.
Untuk info, beliau sebagai Ketua Jawatankuasa Pengumpulan Dana Hospital Palestin kelolaan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) perlu mengumpulkan RM100,000 yang diperlukan bagi membina hospital 10 tingkat itu.
Klik untuk imej besar...
Labels:
Gambar sana sini
ISU GAMBAR CIUM - NABILA HUDA MENGAMUK..!
Gara-gara mengatakan masih sayang 200 peratus terhadap Nabila Huda, bekas suami Nabila, Zaidy Zaizali dimarahi oleh bekas isterinya di Twitter. Daripada penelitian penulisan pelakon itu, jelas dia memarahi Zaidy kerana mengutuknya dan mendakwa Zaidy tidak memberikan apa-apa sumbangan kepada anak mereka.
Selain Zaidy, Nabila juga didakwa telah bergaduh dengan beberapa individu yang menegurnya tentang isu cium mulut dan berbikini. Padahal sebelum ini Nabila seperti sudah insaf dan memohon maaf di atas apa yang dilakukannya itu.
Zaidy, kena marah...
Labels:
berita menarik
27 November 2011
AKSI 'HANGAT' APEX DAN SHIDA
Tidak diketahui motif sipengirim email yang menghantar screenshot Blackberry Messenger (BBM) dan beberapa keping gambar mesra dengan Khairul Fahmi Che Mat (Apex). Apa yang myartis tahu, di BBM tersebut tertera nama Shida dan Apex manakala perbualan mereka amat hangat dan penuh emosi.
Mungkinkah kerana Apex kini dipuncak populariti dan ramai pihak mahu mengambil kesempatan atau sememangnya isu yang diketengahkan oleh BBM itu memang berlaku? Sebab itulah timbulnya ayat-ayat "U nak i tunjuk bukti yg pena tido dgn u? I got al d prove... dun u eva play wit me"..!
Jika benarlah dakwaan ini... nampaknya ada pihak yang makan hati nanti termasuklah Dahlia Teck. Namun sebagai peminat sukan dan khususnya peminat Apex... anda yang tentukan sendiri kebenarannya. Tak gitu?
Gambar hangat Apex dan Shida?
Labels:
gambar menarik
26 November 2011
ISU AIM 18 - SURAT PENJELASAN ERNST & YOUNG
Berikutan penarikan balik trofi Yuna di AIM 18, berikut adalah surat penjelasan daripada syarikat audit Ernst & Young kepada RIM yang telah diserahkan bagi menjelaskan siapakah pemenang sebenar yang layak.
Antara kandungannya ialah menjelaskan bahawa pemenang bagi kategori Lagu Terbaik seharusnya dipilih daripada pemenang empat sub-kategori iaitu Lagu Pop Terbaik, Lagu Rock Terbaik, Lagu Pop Etnik Terbaik dan Lagu Nasyid Terbaik.
Dapatkah surat ini meredakan kemarahan peminat-peminat Yuna terhadap pengurusan AIM 18? Tepuk dada, tanya selera..!
Klik untuk imej besar...
Labels:
Berita sana sini
KERANA NEELOFA, AWEK FADHLI SHAS BIMBANG?
Jika sebelum ini Khairul Fahmi Che Mat (Apex) digosipkan dengan Dahlia Teck, kini timbul pula gambar-gambar gosip Mohd Fadhli Mohd Shas (Fadhli Shas) pemain bola sepak Malaysia yang kini bermain sebagai Defender untuk Harimau Muda.
Fadhli yang berasal dari Lumut, Perak kononnya sedang bercinta dengan anak pengurus Harimau Muda sendiri. Bagaimanapun, nama gadis tersebut tidak diketahui dan kebenaran gosip ini hanya mampu ditentukan melalui gambar-gambar mesranya bersama Fadhli.
Untuk info, gosip bercinta ini timbul berikutan tersebarnya kisah artis baru Neelofa atau nama sebenarnya Neelofa binti Mohd Noor, yang mahu 'belanja' pasukan Harimau Muda sekiranya menang pingat emas sukan SEA di Indonesia. Ia juga mungkin amaran kepada artis tersebut supaya menjauhkan diri daripada Fadhli dengan bayangan bahawa pemain itu sudah berpunya!
Klik untuk imej besar...
Labels:
gambar menarik
25 November 2011
ALONG RL KEMPUNAN ANAK KEMBAR
Meskipun pengalaman menimang cahaya mata sulung telah berlalu pada 12 November lalu, namun Zila atau nama sebenarnya Nur Azilah Seeron masih lagi terasa debar dan pengalaman berharga itu. Kesakitan bukan sedikit, malah ada ketikanya dia rasa seperti mahu pengsan sewaktu mahu melahirkan 'Ahmad Danial' yang seberat 2.55 kilogram di Hospital Pakar An-Nur Bandar Baru Bangi, Selangor.
Namun apa yang membuat dia terkilan ialah hanya melahirkan seorang sahaja anak berbanding apa yang dikandungnya sebelum ini. Ini kerana, sebelum ini Zila mengandung anak kembar. Namun, ketika di ABPBH April lalu, Zila mengalami pendarahan dan seorang anak kembarnya tidak dapat diselamatkan.
Klik untuk imej besar...
Labels:
berita menarik
KERANA AIM, ANUAR ZAIN 'TEBALKAN MUKA'
Nasi sudah menjadi bubur!
Demikianlah kiasan yang boleh disimpulkan mengenai isu trofi Anugerah Industri Muzik (AIM 18) yang 'terpaksa' dipulangkan oleh Yunalis Zarai (Yuna) dan diserahkan pula pada Anuar Zain (lagu Sedetik Lebih ciptaan Edry Abdul Halim). Walau apapun alasannya, ia tetap menjadi satu sejarah hitam dalam industri hiburan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Sememangnya, agak 'tebal muka' juga Anuar untuk hadir menerima trofi tersebut yang disifatkan oleh segelintir pihak sebagai trofi 'secondhand'. Namun disebabkan mahu bersikap profesional tanpa prejudis, semua rasa pahit itu terpaksa ditelan jua oleh penyanyi vokal terbaik itu.
Klik untuk imej besar...
Labels:
berita menarik
24 November 2011
ISU TROFI AIM - TIBA MASANYA BERUNDUR?
Kredibiliti AIM dan FFM kini mula dipertikaikan oleh ramai pihak, meskipun kedua-dua anugerah yang mereka adakan itu diiktiraf oleh kerajaan. Antara yang diiktiraf itu ialah dua 'major industry in creative' dan film & music, kedua-duanya melibatkan anugerah berprestij yang membanggakan negara.
Namun apa yang tidak kena ialah apabila pihak yang diberi tanggungjawab menjalankan tugas seperti Pengerusi RIM, Norman Abd Halim dan Pengerusi GAFIM, Jurey Latiff Rosli asyik mengikut rentak sendiri.
Labels:
Analisis semasa
ZIZAN RL BAKAL TINGGALKAN MELODI?
Rezeki Mohd Razizan Abd Razak atau Zizan raja Lawak nampaknya makin murah apabila kononnya dia dilamar untuk menjadi wajah eksklusif Astro. Ikhlasnya, bukan mudah untuk seseorang artis itu mahu dipilih oleh Astro melainkan mempunyai daya tarikan dan sokongan hebat peminat.
Namun apa yang berlegar difikiran ramai pihak sekarang ialah apa akan berlaku dengan rancangan Melodi TV3 sekiranya Zizan bersetuju menerima lamaran tersebut? Mungkinkah Dira Abu Zahar akan berseorangan atau TV3 sudah menyediakan pelan B untuk menutup 'lubang' yang ditinggalkan nanti?
Labels:
berita menarik
PENGAKUAN LISA & AARON BERLAKON OMBAK RINDU
Lisa Surihani yang memegang peranan sebagai Mila Amylia, dalam filem Ombak Rindu mengakui yang dia perlu merancang laluan kerjayanya dengan lebih berhati-hati. Ini kerana, dia sering memikirkan baik-buruk setiap keputusan yang dibuatnya dalam membina laluan kerjaya.
Ulasan Lisa itu timbul berikutan dia sedar akan adanya penonton yang kemungkinan membenci watak Mila yang dilakonkannya.
Salah satu adegan Ombak Rindu
Labels:
drama dan filem
GAMBAR SANA SINI - AZNIL VS DAHLIA TECK
Bukan setakat Dahlia Teck sahaja yang menjadi penyokong kuat Khairul Fahmi Che Mat (Apex), tetapi Aznil haji Nawawi juga tidak ketinggalan. Dan berkat sokongan tersebut, akhirnya Malaysia menang ketika menentang Indonesia 4-3... tetapi tewas kerana keletihan dengan Syria 2-0.
Dalam hal ini... mungkinkah koleksi Aznil hasil pemberian Apex lebih banyak daripada Dahlia? Atau mungkin agaknya koleksi cenderamata daripada Apex untuk Dahlia dah bertimbun di rumahnya sampai tak larat nak simpan dah..!
Apa-apapun, jom tengok..!
Antara koleksi Aznil - klik untuk imej besar...
Labels:
Gambar sana sini
23 November 2011
SELEPAS DRAMA, KINI 'JUVANA THE MOVIE'
Setelah popular dikalangan penonton, drama rantaian Juvana yang pernah ditayangkan di TV3 akan difilemkan pula. Jika sebelum ini ia dilakonkan oleh Zahiril Adzim, Johan As'ari, Bront Palarae, Beto Kusyairy, Izreen Azminda dan beberapa pelakon lain, namun untuk filem ia mungkin berlainan.
Ia berdasarkan produksi filem yang mahu mencari pelakon lain bagi membintangi filem tersebut untuk lakonan yang lebih segar.
Malah populariti yang dicapai oleh pelakon terdahulu tidak menjanjikan mereka mempunyai ruang mudah dalam filem yang bertajuk 'Juvana The Movie' itu.
Salah satu adegan Drama Juvana
Klik untuk imej besar...
Labels:
berita menarik
TROFI AIM YUNA BAKAL MELAYANG?
Kontroversi membabitkan lagu Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai nampaknya masih belum berakhir. Terbaru, trofi yang dimenangi oleh penyanyi bertudung pada AIM 18 lalu kemungkinan besar akan ditarik balik.
Ini berikutan trofi tersebut dikatakan akan diserahkan kepada pencipta serta penyanyi lagu Sedetik Lebih, Edry Abdul Halim dan Anuar Zain.
Trofi Yuna harus dipulang semula?
Labels:
berita menarik
JAJA NADZIR, 'AHLI BARU' KUMPULAN FORTEEN?
Kumpulan Forteen mempunyai penyanyi baru yang bernama Jaja Nadzir bagi menggantikan Ariz? Biar betul... macam tak logik je bunyinya!
Nak tahu lebih lanjut? Klik sambungan link di bawah...
Labels:
gambar menarik
JUSTIN BIEBER & SELENA 'BERLAKON' DI AMAs 2011?
Pastinya ramai peminat wanita Justin Bieber makan hati apabila penyanyi itu berpelukan dengan kekasihnya ketika menghadiri acara American Music Awards (AMAs) 2011. Malah kedua-duanya dilihat amat mesra sepanjang majlis tersebut berlangsung seolah-olah 'belangkas' layaknya.
Selena sememangnya kelihatan anggun apabila mengenakan gaun satin panjang berwarna silver dengan belahan dada rendah. Sementara Justin mengenakan suit hitam dengan kemeja putih dan tali leher kupu-kupu.
Klik untuk imej besar...
Labels:
berita menarik
ADIBAH NOOR SERIK BERCINTA
Gara-gara pernah putus cinta sebanyak lima kali, penyanyi dan pelakon Adibah Noor, 41, nekad tidak mahu berkahwin kerana serik untuk bercinta.
"Pengalaman pahit itu membuatkan saya tidak sanggup melalui masalah yang sama lagi.
"Bayangkan, lima kali saya putus cinta dan semua tak mahu berkahwin dengan saya. Dan sejujurnya, saya serik dan tak mahu kahwin.
Labels:
Berita sana sini
AL-QURAN PENGUBAT DUKA SAFURA
Bila teringatkan arwah anaknya Nur Aisyah Mariam yang meninggal dunia pada 12 September lalu, pelakon Safura Yaacob akan membaca surah Al-Fatihah seterusnya membaca pula Al-Quran.
“Sehingga sekarang, saya masih terkenangkan Mariam dan terpaksa menangis untuk melepaskan perasaan ini.
KENANGAN...Safura bersama suami,
Sharonizam Noor serta anak-anak, Allahyarham
Nur Aisyah Mariam (dua dari kanan) dan Yusoff Firdaus
Labels:
Berita sana sini
22 November 2011
GAMBAR SANA SINI - THE REAL 'HARIMAU MALAYA'
"Ok lah.. Ramai kata rimau takde rambut.. Sekarang rimau sudah bela rambut.. Amacam?" demikian kata seorang selebriti yang menyolek wajahnya seperti seekor harimau jadian.
Siapakah selebriti ini..? Kenapa dia melakukan perubahan tersebut macam orang tengah meroyan?
Nak tahu jawapannya... sila klik link di bawah..!
Labels:
gambar menarik
WAJAH 'SUAMI' SYELLA KAMARUDDIN
Setelah puas berteka-teki apabila segelintir blogger enggan mendedahkan wajah suami Syella Kamaruddin atas 'permintaan' artis itu sendiri, akhirnya seorang insan telah menghantar sekeping gambarnya melalui email.
Meskipun identiti suami Syella yang bertaraf jutawan itu masih belum dikenal pasti, namun ia sudah memadai bagi kami yang hanya makan roti canai 'banjir'.
Istimewa untuk pelawat myartis... jom kita tatap wajah yang menimbulkan kontroversi ini apabila Syella terpaksa bersanding seorang diri. Pada Syella, maaf... sebab kami tiada apa-apa perjanjian dengan anda! Bak kata Amir Raja Lawak, "I'm sorry..!!"
Siapakah gerangannya..??
Jawapannya selepas anda klik link di bawah..
Labels:
gambar hangat
21 November 2011
BILA SYELLA KAHWIN DENGAN 'HALIMUNAN'
Apakah persamaan dan perbezaan antara perkahwinan anak Prince Charles iaitu Prince William dan artis tempatan kita Syella Kamaruddin? Jawapannya ialah baju yang dipakai oleh suami Syella persis seperti baju yang dipakai oleh Prince William. Kelassss gitu..!!
Bagaimanapun, perbezaan perkahwinan Syella yang dikatakan bernilai RM 15 juta dengan hadiah sebuah banglo dan sebuah kereta mini-cooper amat ciput jika dibanding dengan Prince William yang beratus kali ganda nilainya. Selain itu, Syella nampaknya kalah teruk apabila identiti suaminya terpaksa disorok darpada pengetahuan umum atas sebab-sebab 'tertentu'.
Aikkk... suamipun nak sorok identiti? Tua sangat ke... atau mungkin takut isteri-isteri lain marah khot?
Kiranya Syella adalah artis pertama yang memecah rekod industri hiburan apabila bersanding dengan suami 'halimunan'. Memang pelik tapi benar!
Klik untuk imej besar...
Labels:
perkahwinan artis
24 GAMBAR NOSTALGIA LISA SURIHANI
BIODATA:
Nama sebenar: Lisa Surihani Mohamed
Tarikh lahir: 23 Mac 1986
Tempat lahir: Kuala Lumpur
Ayah: Allahyarham Mohamed Mahbob
Ibu: Siti Amira Ahmad
Keluarga: Anak keempat daripada lima beradik
Kerjaya: Model, pelakon
Pelakon kacukan Melayu/Bugis ini dilahirkan di Kuala Lumpur pada 23 Mac 1986. Lisa adalah anak perempuan tunggal daripada lima beradik dan dia adalah anak keempat.
Labels:
Nostalgia artis
EZLYNN 'HI HI BYE BYE' KAHWIN PENGURUS
Memang ramai artis dan selebriti kita yang bernikah dengan hanya sekali lafaz!
Antaranya ialah penyanyi terkenal dengan lagu 'Hi Hi Bye Bye' Ezlynn, 30, yang kini sah bergelar isteri kepada Adam Fahmy Shamsudin, 35, yang juga pengurus peribadinya semalam dengan hanya sekali lafaz sahaja.
Ezlynn menerima wang hantaran sebanyak RM 20,020.20, mas kahwin RM 80, beserta lima dulang hantaran dan membalas dengan tujuh dulang hantaran.
Untuk info, Ezlynn dan Adam mula berkenalan pada tahun 2005. Jari manisnya disarungkan sebentuk cincin jade yang dibeli Adam di salah sebuah kedai di Phi Phi Island, Thailand dalam keadaan tergesa-gesa baru-baru ini.
Klik untuk imej besar...
Labels:
perkahwinan artis
LAGI GAMBAR2 PERNIKAHAN MICHELLE & DEQWAN
Ikan di laut, asam di darat... dalam periuk bertemu jua!
Demikianlah diibaratkan antara Dalili Michelle Wee Abdullah (Wartawan Melodi TV3) dan Tengku Naharuddin atau Deqwan (Remaja TV9) apabila melangsungkan pernikahan mereka semalam. Batas agama dan bangsa bukan satu halangan dalam cinta, kerana bila hati sudah suka... semuanya indah belaka!
Ayuh kita lihat lapan lagi gambar-gambar menarik majlis pernikahan Dalili dan Deqwan yang berlangsung di Duchess Place, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Klik untuk imej besar...
Labels:
perkahwinan selebriti
20 November 2011
MICHELLE MELODI KINI SAH ISTERI DEQWAN
Dengan sekali lafaz, Dalili Michelle Wee Abdullah, wartawan Melodi TV3 sah menjadi isteri Deqwan Remaja, atau nama sebenarnya Tengku Naharuddin sebentar tadi. Pernikahan mereka berlangsung di Duchess Place, Jalan Ampang, Kuala Lumpur dan disiarkan secara langsung oleh Melodi.
Sebelum bernikah, Dalili yang berasal dari Sarawak telah memeluk Islam pada 27 Julai lalu di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan sesudah mendapat hidayah. Selain diajar oleh mentuanya, Deqwan turut membelikan Dalili beberapa buku agama sebagai panduan mempelajari agama Islam.
Klik untuk imej besar...
Labels:
perkahwinan selebriti
11 GAMBAR NOSTALGIA JULIANA BANOS
BIODATA:
Nama sebenar: Juliana bt. Azman Banos
Panggilan: Juliana, June & Jose
Tarikh Lahir: 26 Mac 1979
Tinggi: 5' 7"
Hobi: Melukis
Zodiak: Aries
Juliana Banos, artis berdarah kacukan Melayu, Perancis dan Sepanyol yang kini sibuk menguruskan rumahtangganya. Tentu anda semua masih ingat bagaimana Juliana mendapat kereta mewah Ferrari yang dianggarkan mencecah RM1 juta.
Namun... bukan cerita itu yang myartis mahu ketengahkan, tetapi gambar-gambar eksklusif pelakon dan penyanyi yang popular di tahun 90-an ini sejak beliau masih berhingus lagi. Jom tengok..!
Labels:
Nostalgia artis
GAMBAR SANA SINI - NORANIZA IDRIS TANPA TUDUNG?
Gambar Noraniza Idris ketika dalam studio rakaman. Dengar cerita, Fitri Yahya adalah salah seorang yang mencipta lagu untuknya.
Apa yang menjadi isu ialah rambut blonde Noraniza... mungkinkah beliau kini sudah free hair? Apakah setelah mendirikan rumahtangga yang baru, beliau sudah tidak memakai tudung? Atau beliau hanya membuka tudung di dalam studio untuk tatapan rakan-rakan sahaja? Jawapannya... Allahu A'lam!
Gambar terbaru di Utusan Malaysia - Klik untuk imej besar...
Labels:
gambar menarik
MAJLIS RESEPSI EIRA SYAZIRA & AZAD JAZMIN
"Alhamdulillah, selesai sudah majlis resepsi ku di KL. Next week kat Penang pulak. Thank you so much pada semua yang datang dan terlibat menjayakan majlis Eira semalam. Pada keluarga tercinta, sahabat handai, rakan-rakan artis, para wartawan yang sudi meluangkan masa untuk majlis Eira dan hubby ucapkan jutaan terima kasih yah. Love u guys much2! Maafkan kami jika ada kekurangan pada majlis kami semalam ye. Yang penting semua happy dan enjoy sangat! Much appreciated," ujar Eira Syazira.
Untuk info, Eira dan Azad Jazmin telah selamat mengadakan majlis resepsi mereka di International Youth Centre, Cheras, Kuala Lumpur pada 18 November 2011. Sementara majlis Resepsi pihak lelaki akan dilangsungkan pula pada 26 November ini di Pulau Pinang.
Berikut adalah gambar-gambar majlis resepsi Eira dan suaminya. Photo kredit Hafeyz Yussof (Phosgraphis Photography).
Klik untuk imej besar...
Labels:
perkahwinan artis
19 November 2011
GAMBAR SANA SINI - TOMOK DI LONDON
"Salam dari london.... Alhamdulillah, tomok selamat sampai di sini semalam... hope korang semua sihat-sihat di sana... i love you guys," ujar Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan.
Difahamkan, Tomok berada di Kota London membuat shooting muzik video bersama band 'One Night Only' untuk lagu 'Buka Semangat' kempen yang dianjurkan oleh coca-cola dan Media Prima.
“Sesungguhnya saya rasa teruja dan berterima kasih kepada semua yang terlibat, perkara ini memang tidak dijangka sama sekali apatah lagi dibawa ke sana dan bekerjasama dengan artis-artis antarabangsa.
Tomok di London - klik untuk imej besar...
Labels:
Gambar sana sini
AKHIRNYA DEMI MOORE MINTA CERAI
Bak pribahasa, 'bagai layang-layang putus tali'... iaitulah yang bakal berlaku terhadap Aktres Demi Moore yang akhirnya membuat keputusan menfailkan penceraiannya dengan Ashton Kutcher. Ashton dikatakan curang baru-baru ini apabila mengadakan hubungan seks dengan wanita lain..
Ekoran itu, setelah berfikir panjang... Demi memutuskan untuk mengakhiri perkahwinan yang mereka bina selama enam tahun itu dan menjalani kehidupan sendiri.
Labels:
Berita luar negara
FAUZI DAN LISDAWATI NAFI DAKWAAN 'KAYU TIGA'
Ekoran dakwaan yang Fauzi Nawawi ada kekasih gelap, pelakon popular tersebut akan membuat laporan polis terhadap pihak yang dikatakan menyebarkan screenshot Blackberry Messenger (BBM) yang didakwa palsu itu.
"Saya akan buat laporan polis!” tegas Fauzi dipetik sebagai berkata ketika dihubungi oleh media.
“Itu memang bukan saya. Saya memang tak pernah ada kekasih kat luar. Setakat nak tukar nama dan gambar, ia boleh dibuat pada bila-bila masa pun. Sudah tentu sesiapapun boleh menyamar jadi saya. Bagi saya, itu mungkin orang lain yang memang tak suka dengan saya. Jika dia berani menyentuh hal rumahtangga saya, saya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis.”
Kami bahagia - Fauzi
Labels:
berita menarik
18 November 2011
BILA FAUZI NAWAWI DIDAKWA 'MAIN KAYU TIGA'
Macam tak percaya bila membaca beberapa screenshot Blackberry Messenger (BBM) mengenai Fauzi Nawawi yang didakwa ada menyimpan kekasih lain. Antara dakwaan paling teruk ialah Fauzi ada menyebut tentang niat berkahwin lain kepada kekasih gelapnya menerusi BBM tersebut.
Tambah tukang gosip, Fauzi Nawawi berbuat 'angkara' sebegitu kerana isterinya Lisdawati lebih pentingkan ibu dan adik beradik sendiri berbanding Fauzi sendiri. Adoiii... berat tuduhan ni!
Bukan apa, sebenarnya sudah banyak kali Fauzi kena fitnah macam-macam... antaranya ialah isu video lucah yang didakwa kononnya Ida Nerina sedang 'buat wayang XX' dengan Fauzi. Tup..tup, sampai sekarang kesahihan dakwaan tersebut hanya tinggal 'omong' kosong yang tiada bukti sahih.
Fauzi dan Lisdawati...
Labels:
gossip sana sini
10 GAMBAR NOSTALGIA FAIZAL AF4
BIODATA:
Nama sebenar: Mohd Faizal Bin Ramly
Nama glamor: Faizal AF4
Tarikh lahir: Ogos 17, 1984
Bintang: Leo
Tinggi: 175cm
Berat: 75 Kg
Faizal Ramly merupakan artis yang menjadi juara dalam rancangan realiti Akademi Fantasia 4 di Astro. Beliau telah terpilih sebagai Juara kerana bakat cemerlang, personaliti baik, rendah diri dan murah senyuman... dengan slogan 'Senyum sokmo'.
Klik untuk imej besar...
Labels:
Nostalgia artis
GAMBAR SANA SINI - RAMONA ZAMZAM BORING
Inilah akibatnya bila dah boring... macam-macam perkara pelik yang kita boleh lakukan secara spontan. Malah artis jelita seperti Ramona Zamzam juga tidak terlepas daripada rasa boring hingga melakukan aksi 'gila-gila' yang kemungkinan dapat melepaskan tension.
Bagaimanapun, aksi mahu 'membuang' anak kucing daripada tingkap ini hanya sekadar 'gurauan' daripada Ramona untuk rakan facebooknya. Maklumlah, asyik terkurung di rumah sahaja... last-last kucing jadi mangsa!
Klik untuk imej besar...
"Was about to throw Dolly out of the window bahahahhaha
xD Dia anak kesayangan mama yg cantik tapi bimbo lol.
Roxy lagi pandaiiii heheh" - Ramona FB
Labels:
gambar menarik
AISHWARYA RAI DAPAT BAYI PEREMPUAN
Setelah empat tahun berkahwin dengan Abhishek Bachchan, 35, akhirnya pada hari Rabu (16 November) bintang Bolllywood Aishwarya Rai Bachchan, 38, selamat melahirkan seorang bayi perempuan.
Bekas ratu cantik dunia itu melahirkan bayi pertamanya di Hospital Seven Hills, Mumbai, India.
Untuk info, Aishwarya yang sakit hendak bersalin kira-kira pukul empat pagi itu telah dibawa ke bilik bersalin di mana proses kelahiran anaknya memakan masa hampir enam jam.
Aishwarya ketika mengandung....
Labels:
Berita luar negara
17 November 2011
GAMBAR SANA SINI - BABY BARU CAT FARISH
Rasanya belum terlambat untuk myartis mengucapkan tahniah pada Cat Farish dan isterinya Hartini Ramly kerana mendapat cahayamata baru yang diberi nama Qul Iskandar pada 15 November lalu. Cat yang berkahwin dengan Hartini sekitar 2007 sebelum ini mempunyai dua orang anak yang bernama Nia dan Eva Latheefa yang lahir pada 2010.
Tahniah diucapkan..!
Labels:
gambar menarik
RAGAM AQASHA JADI 'HOUSEHUBBY'
Gambar terkini Alehandra Ahmad Firdee, anak Aqasha, atau nama sebenarnya Firdee Aqasha Rosli, 29, dan isterinya Noor Baizura Mohd Sabru, 28.
Walaupun sibuk dengan jadual penggambaran, namun Aqasha masih mampu melayan karenah anaknya itu sebagai 'househubby' he he... Bagi Aqasha, Alehandra adalah segala-galanya... iaitu teman dia bermanja, melepas rindu dan juga teman berbicara dikala sepi.
"Mana ada lelaki nak jadi housewife. Jadi househubby la. Dah empat hari berturut jadi surirumah, wife kerja. Best gak. Swap la, amacam?
"Tak super sangat la. Ni dah bengkok gak tetiba tengah menyusu anak boleh tidur. Tak cukup tidur," ujar Aqasha melalui Twitter dengan nada lucu.
Klik untuk imej besar...
Labels:
gambar menarik
GAMBAR SANA SINI - DHARMA HARUN AL RASHID
Dharma Harun Al Rashid, satu nama yang cukup popular sekitar tahun 80-an dan menjadi idola ramai artis baru. Meskipun makin kurang mendapat publisiti di media, namun beliau sebenarnya masih aktif dalam bidang seni.
Jom kita lihat gambar terbarunya bersama Aziz M. Osman dan anak-anaknya yang dirakamkan di Restoran S.A Sri Rampai, Kuala Lumpur.
Klik untuk imej besar...
Labels:
gambar menarik
ADAM SANDLER PUNYAI 'ANU BESAR'..?
Wataknya yang cukup berkesan sebagai wanita dalam filem barunya, 'Jack and Jill' pastinya membuat Adam Sandler bangga menjadi pelakon. Bagaimanapun, Adam juga rasa bimbang apabila ada orang yang meragukan kejantanannya... maklumlah dia cukup pandai membawa watak perempuan!
Dan secara tiba-tiba, Adam membuat pengumuman yang amat mengejutkan. "Jangan salah sangka. Saya memang bukan lelaki dengan 'anu' terbesar, tapi jelas saya salah satu yang terbesar," ujarnya dipetik sebagai berkata melalui ShowBizSpy.
"Saya termasuk empat yang 'besar' di Hollywood (lelaki dengan 'anu' terbesar). Saya merasa selesa dengan hal itu dan keluarga saya juga sangat bangga," tambahnya yang mahu menunjuk bahawa dia memang lelaki sejati.
klik untuk imej besar...
Labels:
Berita luar negara
16 November 2011
'SEMBELIH JA BAGI MATI' - ABBY ABADI
Setelah dihentam teruk oleh Joyah and the geng sebagai meroyan, berperangai pelik, minta simpati, membebel, 'janda terdesak' yang gilakan publisiti dan pelbagai tuduhan yang menyakitkan hati... akhirnya Abby bangkit mempertahankan 'maruahnya'.
Meskipun nada tulisan Abby dalam facebooknya nampak agak terdesak, kecewa dan putus harapan, namun Abby sebenarnya masih mampu bersabar demi anak-anaknya. Diharap perkataan 'sembelih ja bagi mati' yang turut dicatitnya dalam FB tersebut hanya sekadar luahan semata-mata bukan satu realiti.
Berikut disiarkan luahan terbaru Abby yang dakwanya terpaksa melawan balik demi 'kebenaran'. Tulisan tersebut sudah myartis betulkan ayatnya untuk memudahkan anda semua membacanya... tapi jika mahu ayat yang asli, anda boleh klik imej yang kami capture.
Abby lepas geram - klik untuk imej besar...
Labels:
berita menarik
15 November 2011
GAMBAR ANAK FAIZAL ISMAIL (FBI)
Gambar anak ketiga penyampai radio HotFM, Faizal Ismail (FBI) yang lahir pada 11.11.11 (11 November 2011).
Bagaimanapun, nama anak Faizal ini masih belum diketahui. Semoga dengan kelahiran anak terbarunya ini, ia dapat mengubat duka Faizal yang sebelum ini kehilangan anaknya yang tercinta kerana demam berpanjangan.
Klik untuk imej besar...
Labels:
gambar menarik
"SAYA YANG TANGGUNG DOSA" - ZARINA ANJOULIE
Bagai menuang air di daun keladi... begitulah perihalnya dengan artis 'berani mati' Zarina Anjoulie Lavocah yang menyifatkan aksi hangatnya dalam majalah FHM Indonesia keluaran Oktober sebagai perkara biasa.
“Saya berani kerana benar. Jika buat ke tak buat, tak ada beza pun. Saya tak boleh nak puaskan hati semua orang. Saya pelik kenapa mereka perlu hentam saya seorang saja sedangkan ramai lagi artis di luar sana yang pakai seksi. Saya letak gambar saya pergi umrah pun kena kutuk juga. Bagi saya, biarlah apapun orang nak cakap, saya buat bodoh saja,” ujar Zarina dipetik sebagai berkata.
Imbas kembali aksi Zarina
Klik untuk imej besar...
Labels:
berita menarik
PENCABAR ASTRO DIDEDAHKAN MALAM INI?
Menurut sumber, Malam ini satu servis baru syarikat televisyen berbayar akan diketengahkan kepada umum di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Kerana jika sebut sahaja tentang televisyen berbayar, pastinya minda kita sudah seperti sinonim dengan Astro lantaran penguasaan mereka selama lebih 10 tahun.
Persoalannya sekarang, mungkinkah monopoli Astro itu bakal dipecahkan oleh syarikat baru ini yang bakal didedahkan malam ini?
Difahamkan, syarikat Nilamas Corp Sdn. Bhd. bakal mendedahkan jenama baru yang mampu memecahkan monopoli stesen televisyen berbayar tetapi juga penyedia perkhidmatan IPTV contohnya Telekom Malaysia dan Maxis yang bakal melancarkan perkhidmatan sama.
Labels:
Berita sana sini
16 GAMBAR NOSTALGIA FASHA SANDHA
BIODATA:
Nama penuh: Nur Fasha Sandha Hassan
Nama komersil: Fasha Sandha
Keluarga: Anak kedua daripada empat beradik
Tarikh lahir: 28 Mac 1984
Pendidikan: Institut Kebudayaan Belia Negara (diploma)
Kerjaya: Pelakon, Model iklan
Tempat lahir: Hospital Besar Sultanah Aminah, Johor Bahru
SEJARAH:
Fasha mula mendapat perhatian selepas lakonannya dalam Black Maria. Drama bersiri Natasya seterusnya telah melonjakkan nama Fasha sekaligus menjadikannya antara pelakon wanita paling menonjol. Kontroversi antara Fasha dengan Nora Danish serta percintaannya dengan Jejai turut menghangatkan nama pelakon dan model ini di persada seni.
Klik untuk imej besar...
Labels:
Nostalgia artis
14 November 2011
BOY IMAN NIKAH JAM 10.00 MALAM
Seorang lagi pelakon yang kahwin pada tarikh cantik 11.11.11. Beliau ialah Norul Iman A Rahman atau lebih dikenali sebagai Boy Iman, yang juga Pengasas dan Pengarah Urusan di cdma health dan beauty.
Majlis akad nikah boy telah berlangsung di Masjid Putra, Putrajaya. Meskipun jadual nikah dijangkakan selepas maghrib sekitar 7.30 malam, namun tanpa disangka ia telah terlewat hingga ke pukul 10.00 malam.
"Terima kasih semua atas ucapan tahniah! Untuk makluman semua, majlis bersanding boy akan dibuat pada 26hb januari 2012," ujar Boy.
Klik untuk imej besar...
Labels:
perkahwinan artis
KARENAH TRISTAN TAREEF BERSAMA CHEF WAN
GAMBAR SANA SINI...
Aksi cucu Chef wan, Tristan Tareef, iaitu anak sulung kepada Serina Redzuan dan Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar.
Nampaknya Chef wan begitu leka melayan karenah cucu meskipun sibuk dengan pelbagai program masakan termasuk menjadi juri Maharaja Lawak Mega. Bertuahnya Tristan dapat atuk macam Chef wan... moga dah besar esok dia juga boleh berjaya macam atuknya jadi chef selebriti..!
Klik untuk imej besar...
Labels:
gambar menarik
Subscribe to:
Posts (Atom)