31 May 2012

GAMBAR - AARON DAN ISTERI DI MEKAH


Gambar-gambar Aaron Aziz dan isterinya ketika menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah baru-baru ini.

Untuk info, Aaron mengalami masalah gengguan WIFI di sana dan tidak dapat mengirim banyak gambar menggunakan talefon bimbitnya. Namun untuk tidak menghampakan peminatnya yang setia menanti, beliau sempat juga mengirim melalui instagram beberapa keping gambar untuk tatapan semua.

Klik untuk imej besar...


GAMBAR - LISA SURIHANI MASA BERHINGUS


Meskipun hanya sekeping, namun ia sebenarnya amat menarik bagi mereka yang mahu melihat gambar terkini Lisa masa kecil. Ikhlasnya, Lisa bukan sahaja comel, malah macam anak Mat Salleh pun ada.

Jom tengok..!

Klik untuk imej besar...


GAMBAR - BABY TOMOK YANG TEMBAM


Gambar baby lelaki Tomok, 28, yang diberi nama Arrianshah Akid. Untuk info, isteri Tomok, Rahayu Abbas (Ayu), 32, melahirkan Arrianshah di Pusat perubatan Prince Court, Kuala Lumpur pada pukul 6.03 petang, Selasa lalu.

Arrianshah yang seberat 3.33 kilogram itu lahir tanpa sebarang masaalah.

Klik untuk imej besar...


29 May 2012

APA RAHSIA 'AWET MUDA' NASEER WAHAB?


Meskipun kini beliau sudah berusia 50 tahun, namun penyanyi Nassier Wahab masih laris dan kerap mendapat undangan menyanyi setiap minggu. Bak kata orang, Naseer merupakan artis yang masih kental dan mampu bertahan umpama pepatah 'tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas'.

Lebih menarik, wajah Naseer juga tidak banyak berubah sejak kemunculannya di era 80an sampai sekarang... hingga dia digelar 'awet muda'. Kerana apa yang pasti, ketika era tersebut rawatan wajah menggunakan kaedah kolagen atau yang setaraf dengannya masih belum wujud... jadi apakah rahsia Naseer?

Klik untuk imej besar...


28 May 2012

PANGGILAN LUCAH: WARDINA BUAT LAPORAN POLIS


"Selesai buat laporan polis mengenai panggilan telefon mengaibkan/lucah yang diterima pagi tadi. Saya yakin Polis Di Raja Malaysia (PDRM) akan membantu mencari dalangnya," demikian kata Wardina Saffiyah mengenai laporan polis yang dibuatnya apabila diganggu pemanggil lucah.

Semuanya gara-gara seorang lelaki penyamar yang memperkenalkan diri sebagai Arif mendakwa bekerja sebagai kakitangan stesyen TV. Kononnya, dia ingin menemubual Wardina, tetapi sebaliknya mengeluarkan kata kata lucah yang membuat Wardina malu dan terkilan.



BILA LINDA RAFAR TERPERANGKAP DALAM LIF


Bagaimana agaknya wajah cemas artis bila terperangkap dalam lif selama 10 minit? Tambah-tambah apabila anak turut terperangkap bersama... pastinya kerisauan melanda memikirkan keselamatan yang tersayang.

Untuk info, sebenarnya pengalaman tersebutlah yang dilalui oleh penyanyi Linda Rafar ketika mahu membeli belah di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor semalam.



25 May 2012

LISA SURIHANI HENTI BERLAKON


Lisa Surihani yang baru saja selesai menjalani penggambaran filem ‘Dendam Orang Mati’, membayangkan kemungkinan drama bersiri 15 episod 'Di Manakah Juwitaku' merupakan drama terakhir buat dirinya.

Pembayang tersebut bolehlah disimpulkan sebagai mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap rumahtangganya bersama Yusry Abd Halim. Iyalah, kalau asyik sibuk berlakon, mana pula ada masa nak layan suami dan tugas lain sebagai isteri.



GAMBAR - ELYANA HARGAI IBU TERSAYANG


Gambar-gambar penyanyi dan pelakon Elyana menyambut 'Mother's Day' atau Hari Ibu baru-baru ini sebagai penghargaan buat ibu tersayang.

Ikhlasnya, Elyana nampak simple dan macam mak budak pula. Mungkin itu yang membuat dia nampak berlainan daripada artis lain yang kadangkala gemar 'berlebihan'. Jom layanz..!

Klik untuk imej besar...


24 May 2012

GAMBAR - UMIE AIDA, ERRA FAZIRA & ALEESYA


Gambar terkini Umie Aida, Erra Fazira dan anaknya Engku Aleesya yang sudah mula meminati bidang nyanyian. Iyalah... ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?

Lebih menarik, Umie dan Erra juga baru sahaja merakamkan suara untuk projek terkini mereka. Projek apa kami kurang pasti, mungkin berduet untuk album baharu agaknya. Malah yang turut berada di studio untuk menjayakan projek tersebutpun bukan calang-calang orang iaitu Komposer Azlan Abu Hassan.

Jom tengok..!

Klik untuk imej besar...


23 May 2012

GAMBAR - HARI JADI FAIZAL ISMAIL KE-36


Rasanya masih belum terlambat mengucapkan selamat hari lahir buat penyampai radio Faizal Ismail (FBI), yang menyambut hari lahirnya ke-32 pada pada 19 Mei lalu. Malah Kayna dan Khalish turut teruja meraikan ayah mereka yang sudah tidak berapa muda tu.

Bila ditanya apakah yang istimewanya hari lahir tahun ni... jawab Faizal, tiada yang lebih istimewa selain daripada menyambutnya bersama keluarga tercinta.

Klik untuk imej besar...


TOK'KI NAFI MENGEMIS, TAGIH DADAH & SAMSENG


Akibat didakwa menjadi peminta sedekah dan dilihat sering merayau-rayau di Pasar Borong Selayang, Selangor, penyanyi era 90 an, To'ki atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur merasa sedih dan terhina.

Dakwa penyanyi tersebut, semua cerita tersebut merupakan fitnah semata-mata dan dia tersentak kerana ada pihak yang sanggup menuduh dan memalukan dirinya sejauh itu.



22 May 2012

GAMBAR - BILA NEELOFA BERAKSI ALA 'BUNNY GIRL'


Disebabkan mahu video klip bergaya ala fantasi dan indi yang agak hot, Neelofa terpaksa berkorban dengan berkemban ala 'Playboy Bunny Girl' disamping topi jururawat laksana Miyabi.

Untuk info, Yusry KRU merupakan pengarah kesan khas CGI untuk video klip ini. Persoalannya, mampukah Neelofa menyerlah melalui video klip ini dengan gaya seksi ala Hollywood?

Jawapannya... ya! Kerana gambar untuk VC ini sudah agak lama ketika beliau masih tembam dan ia telahpun melonjakkan namanya sebaris dengan artis hebat masa kini.

Lain dulu, lain sekarang - Klik untuk imej besar...


ANAK JADIKAN AYU DAMIT LEBIH POSITIF


Anak telah menjadikan penyanyi Ayu Damit, 23, lebih matang dan dapat berfikir dengan rasional berbanding sebelumnya. Malah kehadiran Syed Nashrul Haikal, 2, dan Syarifah Alya Adrianna yang berusia 7 bulan, juga mampu mengubah Ayu menjadi lebih positif.

"Benar, dua anak saya itu menjadikan saya lebih matang dan saya tidak lagi berperangai kebudak-budakan seperti sebelum ini.



21 May 2012

GAMBAR - LISA & YUSRY DI UNIVERSAL STUDIO


Mungkin tak puas lagi berbulan madu di Eropah baru-baru ini, Lisa Surihani dan Yusry KRU membawa keluarga mereka pula makan angin di Universal Studio Singapura.  Untuk info, di Universal Studio Singapura terdapat pelbagai karakter menarik seperti dalam filem animasi Hollywood, taman tema dan berbagai lagi animasi-animasi yang terkenal.

Memang nampak happy-go-lucky pasangan dua sejoli ni bila berada di sana. Apa yang menarik, meskipun Lisa amat berselera menjamah resepi sup tulang merah yang popular di Beach Road, namun nampaknya Yusry hanya mampu menjadi pemerhati sahaja... Takut kena darah tinggi ke Bang Yus?

Klik untuk imej besar...


20 May 2012

FINAL MANIA: HAFIZ BOLOT RM500,000


Setelah menang beberapa pertandingan hebat sebelum ini, penyanyi Hafiz dinobatkan pula sebagai juara pada konsert akhir Mania di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam.

Dengan kemenangan tersebut, Hafiz menerima wang kemenangan sebanyak RM500,000, manakala Ahmad Dhani sebagai Komposernya mendapat RM300,000.



19 May 2012

GAMBAR TERKINI BULAN MADU SCHA & AWAL


Dua keping gambar terkini bulan madu Awal Ashaari dan Scha Al Yahya di New York, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Kebahagiaan adalah milik mereka... mari kita doakan agar mereka terus bahagia dan mendapat hidayah daripada Allah SWT hingga ke anak cucu.

Klik untuk imej besar...


18 May 2012

AARON AZIZ & ISTERI TUNAI UMRAH


“Salam Semua. Sebelum kami ke tanah suci, kami ingin memina maaf sekiranya ada tersilap kata atau menguris hati sesiapa. Terima kasih semua atas doa doa anda. InsyaAllah kami akan doakan semua juga.. Take care.. Heartz deep deep," demikian kata Aaron Aziz sebelum berangkat bersama isterinya ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan umrah sehingga hujung Mei ini.

Klik untuk imej besar...


10 GAMBAR NOSTALGIA NORA DANISH


Gambar-gambar nostalgia Nora Danish bersama keluarga tersayang.

Bak kata pepatah, tempat Jatuh Lagi DiKenang, Inikan Pula Tempat Bermain... Jom layanz..!

Biodata:
Nama Penuh : Nora Binti Mohd Danish Hanif
Kerjaya : Pelakon, Model
Tarikh Lahir :07 Mac 1982

Klik untuk imej besar...


17 May 2012

KES CERAI RITA RUDAINI: AIDIL NAFI PUNYAI WANITA LAIN


Perintah kembali taat yang dituntut oleh Aidil Zafuan Abd. Radzak di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, Selangor terhadap pelakon Rita Rudaini Mokhtar disifatkan sebagai kelakar dan macam “budak-budak” oleh Rita.

Tambah pelakon itu, dia geli hati mendengar tuntutan itu yang disifatkannya sebagai tidak masuk akal kerana selama ini dia tidak pernah melanggar perintah suami ataupun membelakangkannya.

“Dia tuntut saya supaya kembali taat? Haa... memang betul-betul kelakar. Saya tergelak dengar tuntutan dia. Selama ini siapa yang tidak taat? Saya menjalankan tugas sebagai isteri dengan baik untuk dia dan anak-anak.



ABBY ABADI - SELEPAS LEBIH 2 BULAN BERHIJRAH


Umum memang sudah sedia maklum bahawa semenjak Abby Abadi pulang dari Mekah, beliau sudah banyak berubah. Bukan perubahan daripada segi penampilan sahaja, malah daripada segi sosial juga apabila banyak gambar-gambar lama tanpa tudung di laman facebooknya dipadamkan.

"Saya tak update (facebook) sebab sibuk mencari ruang lain untuk cari rezeki selain dari bidang seni.

Klik untuk imej besar...


16 May 2012

GAMBAR - ZIZAN RAJA LAWAK ZAMAN SEKOLAH


Siapa sangka budak sekolah yang tersenyum malu di tengah rakan-rakannya ini akan menjadi popular sebagai pelawak? Bukan itu sahaja, malah dia juga kini popular sebagai pelakon dan penyanyi yang mendapat imbuhan lumayan.

Artis tersebut tidak lain yang tidak bukan ialah Zizan Raja Lawak yang mempunyai 'hidung bertuah'. Malah penangan lawaknya serta tuah hidungnya itu juga membuat Juliana Evans tertawan padanya... ahaks!

Klik untuk imej besar...


ISU FILEM: APEK GAGAL TUNTUT RM200,000


Hasrat pelawak Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff ingin membuat tuntutan sejumlah RM200,000 daripada penerbit filem David Teo terbantut apabila ia sebenarnya telah dibatalkan oleh mahkamah.

Apa yang memelikkan, perkara tersebut tidak dimaklumkan oleh peguamnya sebelum ini hingga berlaku salah faham.

"Tuntutan tersebut dibuat sejak tahun 2005 lagi dan saya terkejut apabila dia (David Teo) menunjukkan dokumen-dokumen berkaitan kepada program hiburan Melodi di TV3 pada Ahad lalu dengan mengatakan kes berkenaan sudah ditutup. Saya langsung tak tahu apa-apa.

Klik untuk imej besar...


15 May 2012

LAGI ARTIS TERBARU KRU MUSIC - RAISA ANDRIANA


Raisa Andriana dilahirkan pada 6 Jun 1990, merupakan seorang penyanyi solo dan juga bintang yang mula bersinar di dalam industri muzik di Indonesia. Minat mendalam beliau di dalam bidang nyanyian mula terserlah seawal umurnya 3 tahun lagi dan lagu pertama yang dinyanyikan beliau ketika itu berjudul 'A Whole New World', lagu tema filem animasi popular Aladdin.

“Seorang teman memperkenalkan Raisa kepada saya, setelah pertama kali melihat video klip Raisa, saya terus ingin mengenali karya-karya beliau," kata KC.Ismail selaku Timbalan Presiden KRU Music.

Klik untuk imej besar...


SYAHRINI BONGKAR CINTA KERABAT SELANGOR


Setelah berdiam diri, akhirnya artis seberang Syahrini membongkar kisah cintanya dengan seorang kerabat diraja Selangor, dikenali sebagai Bubu atau nama sebenarnya Raja Mohammad Syazni.

Syahrini atau Fatimah Syahrini Zailani,30, kelahiran Indonesia memberitahu, cinta mereka telah berputik sejak dua tahun lalu. Mereka berdua berkenalan ketika sambutan tahun baru di Kuala Lumpur pada Disember 2010.

“Hubungan kami sudah berjalan sejak dua tahun lalu. Dalam tempoh itu ia tiada masalah cuma saya tidak mahu ia diketahui ramai,” katanya bagi menjelaskan hubungan mereka ketika ditemui media di Royal Hotel, Bogor, Indonesia.

Klik untuk imej besar...


GAMBAR - BILA BELLA BELAJAR SEMBAHYANG


"Just got back from Penang. Saw Dr Halina trying to teach Bella the Muslim prayers... Happy Mothers Day to all Mothers out there," demikian kata Dr Sheikh Muszaphar mengenai anak sulungnya yang mula diajar sembahyang oleh isterinya.

Lebih menarik, Bella juga kini sudah mempunyai kira-kira lapan batang gigi yang membuat senyumannya bertambah manis. "Bella is getting her 7/8th teeth," ujar Dr Sheikh.

Pada anda yang sering mengikuti perkembangan anak angkasawan negara ini sejak lahir lagi, jom tengok aksi terkini Bella.

Klik untuk imej besar...


14 May 2012

GAMBAR - LISA SURIHANI & YUSRY KRU TERKINI


Gambar-gambar terkini Lisa Surihani dan Yusry KRU dikelilingi keluarga dan rakan tercinta. Mungkin kebahagiaan seperti inilah yang dikatakan, 'jodoh yang sudah ditetapkan oleh Allah sejak azali'.

Kerana ianya lain dulu lain sekarang...

Ibu bapa Lisa, dulu & sekarang - Klik untuk imej besar...


GAMBAR - FASHA DAN JEJAI LEPAS KAHWIN


Dulu lain, sekarang lain. Dulu seorang, kini berdua... dan bagaimanakah kehidupan Fasha Sandha selepas beberapa minggu berkahwin dan sering ditemani oleh suaminya Jejai?

Tentu Fasha senorokkan? Jom tengok...!

Berbulan madu - klik untuk imej besar...


11 May 2012

SHIMA: 'BABY' TERBARU KRU MUSIC


Baby Shima, mungkin nama yang agak asing bagi penggemar muzik tanahair. Berbekalkan pakej yang serba lengkap untuk bergelar seorang artis, serta mendapat sentuhan magis komposer ternama Edry Abdul Halim. Baby Shima dilihat mampu berdiri sebaris dengan bintang-bintang baru yang sedia ada dipasaran sekarang.

Memegang gelaran sebagai Juara Bintang Idola Berita Harian 2010 sekaligus menjadikan ini sebagai tiket untuk beliau menyinar di dalam industri muzik tanahair. Permata seni yang berusia 19 tahun ini pada awalnya sekadar mencuba nasib tanpa menyedari bahawa bakat dan personaliti semula jadi yang dimiliki beliau kini membawa dirinya ke peringkat yang lebih tinggi.

Klik untuk imej besar...


GAMBAR TERKINI ANAK HARITH ISKANDER YANG COMEL


Makin besar makin comel...

Itulah yang boleh dikatakan mengenai anak Harith Iskander yang makin cute setelah berusia lebih dua bulan. Lupakan sahaja tentang promosi percuma atau sokongan padu Harith terhadap pasukan kegemarannya Liverpool di baju Zander Xayne... he he!

Klik untuk imej besar...


10 May 2012

28 GAMBAR TERKINI NORA DANISH & ADI PUTRA DI MEKAH


Gambar-gambar terkini Nora Danish dan Adi Putra ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah.

Pastinya, Nora mendapat ketenangan jiwa di sana meskipun mendakwa pemergiannya itu tiada kena mengena dengan pernikahan bekas suaminya Jejai dengan Fasha Sandha.

Harapan kita, moga Allah SWT membukakan hati mereka untuk terus mendekatkan diri ke jalan yang diredhai selepas ini. Amin..!

Klik untuk imej besar...


Lagi 27 gambar menarik selepas ini ...

NURUL WAHAB PILIH ERIC DANIEL SEBAGAI SUAMI


"Saya tidak meletakkan bangsa atau warna kulit dalam memilih seorang lelaki sebagai calon suami tetapi memandang kepada ketulusan dan ciri-ciri yang saya cari," demikian kata Nurul Wahab apabila ditanya tentang bakal suaminya oleh pihak media.

Menurut Nurul lagi, meskipun bakal suaminya, Eric Daniel Depp, 47, berwarganegara Perancis, tetapi dia juga seorang yang faham mengenai budaya, agama Islam dan sentiasa menghormati budaya Malaysia. Oleh itu, ia langsung tidak pernah menjadi masalah kepada diri Nurul setakat ini.

Nurul dan Eric - klik untuk imej besar...


09 May 2012

GAMBAR - AZNIL NAWAWI BERSANDING


Dalam diam, tak sangka Aznil Nawawi yang kini popular melalui rancangan Mania terbitan Astro 'bersanding baru'. Apa yang menarik, mereka mengenakan pakaian sedondon berwarna ungu dan tersenyum manis di pelamin.

Pada anda yang ingin tahu... jom saksikan gambar persandingan tersebut!

Berserinya wajah pengantin...



08 May 2012

ISU GAMBAR KANDID: ADA YANG KHIANAT - NURUL


Nurul Ain Nordin (Ain) akhirnya membuka mulut dengan mengatakan bahawa penyebaran gambarnya dengan Syamsul Yusof oleh pihak tertentu satu perbuatan khianat disebabkan tidak berpuas hati dengannya.

Menurut aktres dan pengarah filem Oh Mak Kau (OMK) itu, dakwaan dia mempunyai hubungan istimewa dengan Syamsul juga adalah tidak berasas sama sekali.

“Sudah berulang kali saya memberikan penjelasan mengenai hubungan kami namun saya sedar tidak mudah untuk meyakinkan orang untuk menerima apa yang saya katakan.



07 May 2012

LAGI GAMBAR KEMESRAAN NURUL AIN & SYAMSUL


Benarkah mereka sekadar 'teman tapi mesra'? Tiga keping lagi gambar-gambar kandid Syamsul Yusof dan Nurul Ain Nordin yang dikirimkan oleh Ex Krew melalui email lverage@gmail.com.

Dakwa Ex Krew, kalau ramai pembaca mengatakan yang dia dengki... terpulanglah. Dia hanya memberitahu perkara sebenar.

Klik untuk imej besar...


GAMBAR - BAHAGIANYA FARAH LEE DAN ALLY


Setelah lebih tiga bulan menjadi suami isteri, Farah Lee dan Ally Iskandar nampaknya masih bersemangat dan terus ceria seperti pasangan baru berkahwin. Mereka bukan sahaja bahagia, malah seolah masih 'bercinta' di mana setiap hari yang dilalui bagaikan 'berbulan madu' layaknya.

"My priority after Allah and Rasul..." Demikian luah Farah mengenai gambar terkininya bersama Ally, sekaligus mengambarkan betapa penting kedudukan suami yang disayanginya itu.

Klik untuk imej besar...


FEZRUL KHAN TAMATKAN ZAMAN BUJANG


Pelakon bersuara lembut di bawah naungan MIG, Fezrul Khan baru-baru ini telah mendirikan rumah tangga bersama pasangannya bernama Hafizah. Untuk info, Fezrul popular melalui banyak drama popular seperti Jelatang, Ulek Mayang dan lain-lain lagi.

Selamat pengantin baru diucapkan. Semoga kekal hingga keakhir hayat.

Klik untuk imej besar...


04 May 2012

UPDATE: GAMBAR SAAT BAHAGIA SCHA DAN AWAL


UPDATE:

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, Scha Alyahya dan Awal Ashaari kini sah menjadi suami isteri. Awal telah dinikahkan oleh bapa Scha, Syed Mahadzir Syed Kechik.

Meskipun pernikahan mereka dikatakan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104), Astro Awani (501) dan Astro Ria SingTel mio TV (34) melalui program ‘Akad Nikah…Seia Sekata SchAwal’, namun ia tidaklah selancar yang diduga kerana seperti ada 'gangguan' rancangan yang melanda.

Jadi khas untuk peminat Scha dan Awal, kami paparkan gambar-gambar saat bahagia mereka itu untuk tatapan bersama. Selamat pengantin baru..!

Klik untuk imej besar...


BOB DIKEBUMIKAN DI KAMPUNG HALAMAN


Jika sebelum ini pelbagai 'fitnah kematian' disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab terhadap pelawak Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi yang jatuh sakit, semalam akhirnya Bob disahkan meninggal dunia pada sekitar pukul 4.38 petang di kediamannya di Kota Damansara, Petaling, Selangor.

Difahamkan, Bob telah menghembuskan nafas terakhir di sisi isterinya, Norma Ibrahim dan beberapa kenalan rapat. Kematian Allahyarham telah disahkan oleh dua pegawai perubatan daripada Hospital Sungai Buloh, Selangor yang tiba di kediamannya kira-kira pukul 4.30 petang.

Allahyarham Bob Kuman...


03 May 2012

SYAMSUL YUSOF 'ANGAU' DENGAN PENGARAH BARU?


GOSIP PANAS..!

Email ini kami terima daripada seseorang yang mengaku sebagai krew penerbitan filem yang menggelarkan dirinya 'EX KREW OH MAK KAU'. Ex Krew yang mempunyai alamat email lverage@gmail.com mendakwa, pengarah tersohor Syamsul Yusof seolah-olah 'angau cinta' dengan seorang pengarah baru hingga sanggup merendahkan martabatnya sebagai seorang pengarah bertaraf jutawan!

Ini kerana, Syamsul dakwanya bukan hanya berlakon di bawah pengarah baru tersebut, malah sanggup menghabiskan masa di lokasi semata-mata untuk bertemu gadis pujaannya. Benarkah begitu??

Pada pelawat myartis di luar sana, kami tidak dapat mengesahkan bahawa gosip ini benar atau sebaliknya... bak kata orang, dengar boleh percaya jangan! Mungkin apa yang digosipkan ini hanya sekadar 'bikin panas' atau 'fitnah' semata-mata walaupun ada gambar yang menyokong dakwaannya.

Atau mungkin Syamsul berada di situ hanya sekadar berbincang tentang perniagaan filem sahaja. Allahualam..!

GAMBAR2 KANDID 'SYAMSUL DAN PENGARAH BARU'
KLIK UNTUK IMEJ BESAR...


LAGI SEMBILAN (9) KEPING GAMBAR KANDID SELEPAS INI...

MAWI RAJIN JAGA BABY - EKIN


Asmawi Ani atau Mawi bukan hanya berbakat dalam seni suara dan lakonan, malah sebenarnya berbakat juga dalam menjaga bayi. Rahsia tersebut dibongkarkan sendiri oleh isterinya Nora'Asikin Rahmat (Ekin) yang memuji suaminya kerana banyak membantu menguruskan anak perempuan mereka bernama Cahaya Malaika tanpa perlu disuruh.

"Dia banyak berjaga pada waktu malam jika anak kami terbangun dari tidur dan menemani Cahaya yang baru berusia dua bulan sehingga dia tidur.

"Tiada apa yang boleh saya minta dari suami kerana sokongan dan bantuannya dalam menjaga anak adalah diluar jangkaan saya.

Klik untuk imej besar...


02 May 2012

RESEPSI AZZA & WATIE ELITE SERENTAK


Watie Elite, Azza Elite dan pasangan mereka Joey serta Azlan telah mengadakan majlis resepsi perkahwinan secara serentak semalam. Majlis berlangsung di Bangi, Selangor iaitu di kediaman Setiausaha Akhbar Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ruhaidini Abd Kadir.

Diharap selepas ini, tiada lagi kontroversi melanda mereka apabila didakwa menyorokkan pernikahan penghujung tahun lalu. Harap-harap semuanya berjalan lancar selepas ini... amin..!

Klik untuk imej besar...