31 July 2012

"SAYA TIDAK CINTAI NORA DANISH" - SHAHEIZY SAM


Pelbagai gosip cinta timbul apabila melibatkan nama Nora Danish yang sememangnya 'bergetah'. Awalnya, dia dikaitkan dengan Adi Putra, kini secara tiba-tiba timbul pula gosip bercinta dengan pelakon Shaheizy Sam.

Apa yang menarik, dakwa sipembuat cerita... cinta di antara Sam dan Nora, 30, mula berputik ketika mereka bergandingan melalui filem terbaru berjudul 2 Kalimah. Persoalannya, benarkah begitu atau ia hanya sekadar publisiti murahan yang ingin disebarkan pihak tertentu bagi menghangatkan filem tersebut?

Klik untuk imej besar...


30 July 2012

8 GAMBAR - LIYANA JASMAY DI NEW YORK


Aksi manja Liyana Jasmay di Kota New York, Amerika Syarikat ditemani oleh ibu bapanya Habsah Simpon dan Jasmay Md Shah. Meskipun terpaksa berpuasa di rantau orang, namun nampaknya Liyana cekal menghadapi cabaran itu demi menimba ilmu.

Untuk info, Liyana ke New York bagi melanjutkan pengajian jangka pendek dalam bidang pengarahan dan lakonan selama enam bulan di New York Film Academy (NYFA).

Peluk gambar siapa tu..?? Klik untuk imej besar...


29 July 2012

8 GAMBAR - BILA SHILA BERTUDUNG DI BULAN RAMADHAN


Jika baru-baru ini, buah hatinya... Sharnaaz Ahmad mencuba untuk berubah daripada sikap 'panas baran', kini mungkin Shila pula mencuba mahu berubah di bulan Ramadhan. Ikhlasnya, Shila nampak manis bertudung berbanding personalitinya sebelum ini.

Harapan kita, agar ia akan menjadi rutin harian Shila dan bukan hanya di bulan Ramadhan semata-mata. Kerana yang sukar itu pasti ada hikmahnya dikemudian hari. Bak kata pepatah, yang pahit itu manis akhirnya, manakala yang manis itu pahit akhirnya! Tak gitu?

Klik untuk imej besar...


28 July 2012

RIZAL AF5 BERLAKON KERANA NYANYIAN LEMBAB


Rizal AF5, atau nama sebenarnya Hasfarizal Ayub, 25, tanpa berselindung mengakui bahawa bidang nyanyian agak suram kerana terlalu banyak saingan. Sehubungan itu, dia kini menjadikan karier lakonan sebagai 'pembantu' untuk survived dalam bidang seni yang diminatinya itu.

"Mungkin sekarang bukan rezeki saya untuk menyinar sebagai penyanyi tambahan pula trend muzik sekarang berbeza namun keinginan untuk kembali ke pentas tidak pernah pudar.



27 July 2012

GAMBAR - BABY BUMP DIPERUT FASHA SANDHA


Gambar Fasha dan Jejai ini dirakam ketika mereka berdua berada di Tokyo, Jepun. Entah apa yang mereka buat di sana kami sendiri kurang pasti, mungkin agaknya makan angin... maklumlah Jejai kan banyak fulus!

Tapi ikhlasnya bukan itu yang kami mahu ketengahkan, tetapi imej perut Fasha yang jelas melihatkan 'baby bump'. Pastinya kalau kita tunggu lagi beberapa bulan, perut Fasha pasti akan semakin membesar. Agaknya masa tu bagaimana ya? Heh!

Klik untuk imej besar...


ZED ZAIDI DAPAT BABY SEBERAT 4.32 KILO


Tahniah kepada Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 32, dan isterinya Natalia Mustafa Kamal, 29, atas kelahiran anak mereka. Baby tersebut yang diberi nama Ryan Ziqry lahir hari ini (Jumaat) dengan berat 4.32 kilogram menerusi pembedahan.

Menurut Zed, jika mengikut kata isterinya, dia ingin bersalin secara normal namun atas nasihat doktor pembedahan terpaksa dilakukan kerana saiz bayi agar besar. Namun begitu, beliau tetap bersyukur kerana semuanya telah selamat tanpa sebarang masalah.

Klik untuk imej besar...


3 GAMBAR - SCHA DAN AWAL DI RAMADHAN PERTAMA


"Alhamdulillah. Heading to Klang for berbuka puasa bersama anak yatim Al Munirah," begitulah kata Awal Ashaari mengenai aktiviti terkininya bersama isteri kesayangan Scha Alyahya di bulan Ramadhan.

Nampaknya mereka berdua makin sibuk sejak menjadi suami isteri. Maklumlah ini kali pertama Scha dan Awal menyambut bulan mulia ini sebumbung!

klik untuk imej besar...


8 GAMBAR - ZANDER, JADI PELAWAK ATAU DOKTOR?


Gambar terkini Zander Xayne Iskander, anak sulung Harith Iskander dan Jezamine Lim yang lahir pada 8 Mac 2012. Nampaknya, Zander makin comel dan sihat di bawah jagaan isteri Harith, yang juga merupakan doktor perubatan.

Bak kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Mungkinkah apabila besar nanti Zander akan mengikut kerjaya ayahnya sebagai pelawak atau mungkin mengikut kerjaya ibunya menjadi seorang doktor?

Klik untuk imej besar...


ISU TUDUNG - NING SERAH PADA PEGUAM


Benarkah Ning Baizura pernah mengamuk gara-gara gambar bertudungnya tersebar dan dia didakwa menyertai parti pembangkang? Dalam hal ini, ada juga segelintir pihak yang 'pening lalat' tertanya-tanya kenapa penyanyi itu nak mengamuk jika ia hanya isu memakai tudung... bukannya isu tak berpakaian!

Bagi mendapat jawapan mengenai kontroversi tersebut, akhirnya pihak media berjaya menemubual Ning dalam satu majlis berbuka di Restoran Melayu semalam. Menurut Ning atau nama sebenarnya Ning Baizura Sheikh Hamzah, 37, dia sebenarnya terkedu apabila didakwa kononnya menyokong parti pembangkang oleh segelintir pihak baru-baru ini.

Gambar bertudung yang mencetuskan kontroversi
Klik untuk imej besar...


26 July 2012

3 GAMBAR - FASHA & JEJAI SAMBUT BIRTHDAY BERDUAAN


"Happy Birthday cinta hatiku... Just the two of us", demikian ucap Fasha Sandha pada suaminya Jejai sempena hari lahir Jejai yang ke-36 semalam.

Wahhh... bestnya sambut berdua ala-ala pasangan baru bercinta gitu. Apapun, tahniah diucapkan pada Jejai dengan ucapan cepat-cepatlah lahir baby baru tu agar tahun hadapan boleh sambut birthday bertiga. Ahak!

Klik untuk imej besar...


PANAS BARAN - SHARNAAZ BERUBAH DEMI SHILA AMZAH


Apa akan berlaku dalam rumah tangga sekiranya pasangan kita mempunyai sifat panas baran tak bertempat? Itu sekiranya sudah berumah tangga, tetapi jika masih belum mempunyai apa-apa ikatan tetapi sudah panas baran... bagaimana?

Menyedari sikap tersebut, akhirnya pelakon Sharnaaz Ahmad mula berazam mengawal sikap panas barannya. Semua itu dilakukannya demi kekasihnya, penyanyi Shila Amzah yang kurang gemar dengan tabiat buruk tersebut yang kemungkinan boleh merosakkan hubungan mereka.

Klik untuk imej besar...


ARTIS BARU: 'ANGEL DUST' TARUHAN TERKINI LYNNZAY


Artis serba boleh Lynnzay Affandy, yang baru-baru ini menerima pelbagai respon kerana memberikan nafas baru kepada lagu nyanyian Raja Ema yang diberi tajuk JEJAKA IDAMAN 2.0, kini melangkah lagi ke hadapan apabila merancang melancarkan lagu berbahasa Inggeris bertajuk 'Angel Dust', dalam masa terdekat iaitu hasil ciptaannya sendiri.

Bersama kolaborasi dengan rapper underground terkenal yang 'Tactmatic' yang juga merupakan penggubah muzik lagu ini, Lynnzay yakin lagu ini bakal mendapat tempat di hati peminat muzik urban dan 'dance'. Keyakinan itu berdasarkan ia adalah julung-julung kalinya penyanyi yang mempunyai kelebihan dalam tarian ini melancarkan lagu ciptaan sendiri.

Klik untuk imej besar...


25 July 2012

12 GAMBAR - ARTIS WANITA BERSERONOK DI PARTI LUCAH?


Gambar seorang artis wanita yang didakwa oleh pengirim email menghisap ganja, bergambar tidak senonoh dan menghadiri parti tidak bermoral ala-ala tiger show. Siapakah artis yang dimaksudkannya itu? Tepuk dada tanya selera...!

Ikhlasnya, Myartis tidak mahu bikin panas atau menambah dosa di bulan mulia yang penuh keberkatan ini. Anggaplah kemungkinan gambar-gambar ini sekadar gambar 'super impose'. Heh!



JULIANA IBRAHIM MENGANDUNG LAGI..!


Alahai... dengar khabar artis kecil molek ni hamil anak ketiga!

Tahniah kami ucapkan dan nampaknya makin berseri dan bahagia rumah tangga yang dibina meskipun pernah didakwa kahwin secara 'rahsia'.

Klik untuk imej besar...


SEKITAR MAJLIS BERBUKA HOTEL FEDERAL & AQUILA EMAS


Satu majlis berbuka puasa yang dianjurkan secara bersama oleh Hotel Federal dan Aquila Emas telah diadakan semalam bertempat di Hotel Federal, Kuala Lumpur.

Antara agenda yang mahu diketengahkan dalam majlis tersebut ialah memperkenalkan menu 'Cita Rasa Malaysia Buffet Dinner' dan juga artis-artis di bawah naungan Aquila Emas seperti Zizan Nin, Rizal Ayub, Juliana Ibrahim dan ramai lagi.

Klik untuk imej besar...


24 July 2012

14 GAMBAR - AQASHA 'MAKIN ANGIN' DI MEKAH


Bertuah sungguh Aqasha apabila dapat menjalani penggambaran di Kota Mekah baru-baru ini. Malah pemergiannya bersama beberapa pelakon, pengarah bersama dan pengarah fotografi untuk drama Dejavu, Fazli Yahya dan Asrar Lukmanal Hakim amat berharga berbanding lokasi lain seluruh dunia.

"Di tengah Kota Madinah. Bangunan yang serupa bentuk, mengelilingi kota ini," ujar Aqasha seolah wartawan National Geographic layaknya.

Klik untuk imej besar...


AKHIRNYA ARIEL PETERPAN TERBANG BEBAS


Setelah dihukum penjara selama tiga setengah tahun oleh mahkamah Indonesia pada Januari 2011 atas kesalahan mengedar dua video lucah yang dipercayai membabitkan dirinya sendiri dan dua artis wanita iaitu Cut Tari dan kekasihnya ketika itu, Luna Maya, akhirnya Ariel Peterpan dibebaskan semalam.

"Apa yang dapat saya simpulkan mengenai pembebasan ini ialah sesuatu yang tidak disukai, belum tentu tidak bagus buat kamu. Dalam kesulitan ini, saya menemui banyak hal yang positif dalam hidup," katanya sebaik sahaja dibebaskan kepada pihak media.

Klik untuk imej besar...


23 July 2012

GAMBAR - AKSI MENAWAN ERRA FAZIRA


Gambar terkini Erra Fazira yang makin anggun dan menarik perhatian. Apakah rahsia Erra mengekalkan kejelitaan dan apakah yang mendorongnya untuk kekal menawan?

Bukan apa, kalaulah Erra melancong ke luar negara seorang diri, pastinya tiada yang tahu bahawa beliau sebenarnya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Kelasss kau Maria..!

Klik untuk imej besar...


ARIEL PETERPAN BUAT MAJLIS BERBUKA HARI INI


Ariel Peterpan yang akan dibebaskan hari ini dari penjara Kebon Waru, Indonesia akan mengadakan majlis berbuka puasa dengan pihak media dan ahli kelab peminatnya di Hotel Grand Serela, Bandung,  bermula pada  pukul 4 petang nanti .

Difahamkan, majlis berbuka dan sidang media tersebut adalah sebagai tanda kesyukuran atas pembebasannya di bulan Ramadan.



21 July 2012

ISMAIL HUDSON KEMBALI KE RAHMATULLAH


Negara kehilangan seorang lagi anak seni yang banyak berjasa iaitu Datuk Ismail Hutson, 73, yang meninggal dunia pagi tadi. Allahyarham awalnya telah mendapat rawatan di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor akibat komplikasi penyakit jantung.

"Selepas diberi rawatan, Allahyarham telah dipindahkan ke wad biasa. Tak sangka pula dia pergi secepat ini," ujar isteri kedua Allahyarham, Hafidzah Khasbullah dipetik sebagai berkata.



20 July 2012

7 GAMBAR - DIANA DANIELLE BAYANGI MAYA KARIN


Bak kata pepatah, jauh perjalanan, luas pemandangan!

Begitulah ragam Diana Danielle ketika melancong ke Eropah baru-baru ini. Antara negara yang dilawatinya ialah London, Barcelona dan Amsterdam.

Klik untuk imej besar...


19 July 2012

AIM19 BAKAL LAKUKAN PEMBAHARUAN


Rumah siap pahat berbunyi!

Demikianlah ibaratnya apa yang berlaku di dalam pengendalian Anugerah Industri Muzik (AIM) yang memaksa penganjur menukar strategi. Semuanya dilakukan agar tiada lagi rungutan atau Ketidakpercayaan karyawan seni berhubung proses penghakiman bagi AIM ke 19 (AIM19) yang bakal diadakan tahun ini.



GAMBAR - AARON AZIZ BERTEMU PM


"Bertuah sangat dapat bertemu PM kita. Cool tengok baju apa saya pakai. He he," ujar Aaron Aziz mengenai gambar terbarunya bersama PM yang memberi semangat.

Yalah... mana tak bersemangat, Aaron kan baru sahaja jadi warga negara Malaysia. Kira daripada Lee Hsien Loong, kini dia mempunyai Perdana Menteri baru iaitu Dato' Sri Haji Mohammad Najib Tun Haji Abdul Razak... mana tak bertuah!

Klik untuk imej besar...


18 July 2012

GAMBAR - AKSI CAHAYA MALAIKA


Gambar terbaru anak Mawi dan Ekin bernama Cahaya Malaika yang lahir pada 28 Februari lalu. Untuk info, Cahaya Malaika kini sudahpun mencecah usia empat bulan dan makin comel seperti ibunya.

Begitulah tuah Mawi. Siapa sangka, bermula daripada anak peneroka Felda Taib Andak, beliau berjaya melangkah menjadi selebriti digemari ramai melalui Akademi Fantasia. Jodohnya dengan Ekin kemudian dilengkapkan dengan kehadiran Cahaya Malaika yang memberi kebahagiaan buat mereka. Jom tengok..!



GAMBAR - PRODUK TERKINI MASTERCHEF MALAYSIA?


Menjelang Ramadhan yang bakal menjelma tidak lama lagi, beberapa produk terbaru kemungkinan muncul membayangi pasaran. Apa yang menarik, produk tersebut disesuaikan dengan watak seseorang artis itu ketika menyertai Masterchef Malaysia baru-baru ini.

Bagaimanapun, jika anda mencarinya sekarang dipasaran, anda mungkin hampa kerana ia hanya sekadar hiasan semata-mata. Namun yang pasti, ada sesuatu yang menarik perhatian kita mengenai produk ini... tambah-tambah yang melibatkan Azman Ali dan Jehan Miskin. Enjoyz..!

Klik untuk imej besar...


17 July 2012

GAMBAR - KELUARGA BAHAGIA 'CHEF' DATO' FAZLEY


Sejak memenangi Masterchef Malaysia semalam, Dato' Fazley mula mendapat perhatian ramai terutamanya pengeluar produk makanan. Mungkin mereka tertarik dengan kepakaran Fazley memasak dan mahu pakar motivasi dan artis itu menjadi duta produk mereka.

Dan pada anda yang teringin melihat keluarga bahagia Fazley, kami ketengahkan beberapa keping gambar menarik mereka. Moga rezeki Fazley akan bertambah banyak selepas bergelar 'Chef' dan dapat pula membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Klik untuk imej besar...


GAMBAR - BELLA DISAMPING DR SHEIKH


Gambar terkini Bella, anak Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina yang makin membesar dan comel. Nampaknya, Bella mendapat seluruh kasih sayang daripada kedua ibu bapanya memandangkan dia masih belum mempunyai adik.

Bak kata pepatah, perhatian terhadap Bella 'ibarat menatang minyak yang penuh'. Atau dalam erti kata lain, Bella merupakan permata dalam rumah tangga Angkasawan Negara ini sekaligus menjadi ikatan kebahagiaan mereka.

Klik untuk imej besar...


DATO' FAZLEY JUARA MASTERCHEF MALAYSIA


Dato’ Fazley Yaakob akhirnya memenangi kejuaraan MasterChef Selebriti Malaysia sekaligus menewaskan Angah Raja Lawak di pusingan akhir semalam.

Selain piala, Fazley turut mendapat RM57,500 untuk disumbangkan kepada Yayasan Jantung Malaysia sebagaimana yang dipersetujui. Dengan kemenangan tersebut, ternyata beliau bukan hanya seorang artis dan pakar motivasi, tetapi merupakan seorang selebriti yang pandai memasak.

Tahniah diucapkan!

Klik untuk imej besar...


16 July 2012

GAMBAR - IRMA & REDZA BULAN MADU DI AUSTRALIA


Gambar-gambar bulan madu Irma Hasmie dengan suaminya Redza Syah di Gold Coast, Australia. Difahamkan, pakej bulan madu tersebut telah ditaja oleh D’Haja Boutique, iaitu sebuah butik pakaian muslimah di mana Irma menjadi model bagi tudung-tudung keluaran mereka.

Wah... bertuah sungguh Irma mendapat tajaan tersebut. Mereka nampak bahagia dan happy berbulan madu di sana walaupun sebelum ini ada sedikit spekulasi tidak baik diketengahkan oleh segelintir pihak terhadap suami Irma. Cayalah..!

Klik untuk imej besar...


ADAM HAMID PULA SERTAI PAS


Mungkin tidak ramai yang kenal dengan pelakon dan pengarah muda, Adam Hamid!

Untuk info, Adam pernah berlakon dalam filem seperti Pontianak Harum Sundal Malam (1), Bujang Senang serta melakukan tugas pengarahan dalam Bella, Jelatang dan Rahsia Biarlah Rahsia.

Klik untuk imej besar...


14 July 2012

JACLYN VICTOR - JAGALAH DIRI


Selepas menerima sambutan yang sangat baik menerusi lagu “Sebelah Jiwaku” yang kini hangat diputarkan di corong radio, Jaclyn Victor sekali lagi membuat kemunculan bersama single terbarunya yang berjudul “Jagalah Diri”.

“Jagalah Diri” merupakan sebuah lagu hasil sentuhan berbisa Edry Abdul Halim. Lagu yang berirama ballad ini dilihat memerlukan seorang penyanyi yang mempunyai kekuatan vokal bernada tinggi dan Jac sudah pastinya mempunyai kredibiliti dan amat sinonim dengan ciri-ciri yang diperlukan. Lagu-lagu sebegini bak ‘makanan’ kepada bekas Juara Malaysia Idol ini.

Klik untuk imej besar...


13 July 2012

JUSTIN BIEBER BEBAS BERKELIARAN DI WANGSA WALK


Bebas bersiar-siar di pusat membeli-belah, Wangsa Walk, Kuala Lumpur!

Begitulah situasi yang berlaku terhadap Justin Bieber dan Selena Gomez apabila berkunjung ke tempat tersebut tanpa diburu paparazzi. Malah ramai pengunjung kurang mengenali Justin lantaran popularitinya yang makin suam berbanding zaman lagu 'Baby' tidak lama dahulu.

Klik untuk imej besar...


KES CERAI - RITA RUDAINI LEBIH TENANG TANPA AIDIL?


Rita Rudaini Mokhtar, 36, yang kini naik turun mahkamah kerana isu mohon cerai dengan suaminya Aidil Zafuan Abd Razak, 25, mengakui tidak sedikit pun tertekan mahu pun bersedih dengan masalah yang dihadapinya.

Tambahnya, dia sangat bahagia di samping anaknya Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna setahun. Lebih membahagiakan, apabila dia mendapat ketenangan setelah menunaikan umrah beberapa bulan lalu.

Klik untuk imej besar...


12 July 2012

USIA 41, NAMUN NASHA SERIK BERCINTA..!


Meskipun usianya sudah 41 tahun, namun Nasha Aziz masih tetap menawan dengan potongan tubuh menarik. Tidak hairan jika Nasha masih laris mengayakan pelbagai pertunjukan fesyen di sana sini lantaran wajahnya yang 'awet muda'.

Menjawab soalan mengenai perkara itu, kata Nasha dia tiada rahsia untuk kekal jelita. Selorohnya, cinta melindunginya daripada rasa tua. Cinta juga membuat dirinya nampak sihat dan ceria.

Klik untuk imej besar...


AIZAT AF5 BAKAL BERGELAR 'HAJI AIZAT'


Kalau tiada aral melintang, penyanyi Aizat Amdan, 23, bakal dipanggil dengan gelaran 'Haji Aizat' tidak lama lagi. Ini berikutan dia merancang mahu menunaikan rukun Islam yang kelima itu apabila merasakan dirinya sudah bersedia daripada segi kewangan, ilmu dan fizikal.

Menurut penyanyi itu, hatinya terbuka apabila dia menunaikan umrah bagi menjayakan program TV9 bersama beberapa artis lain. Sejak itu, dia terasa rindu pada Tanah Suci dan merasakan usia bukan ukuran untuk melakukan ibadah tersebut.



11 July 2012

GAMBAR - SCHA DAN AWAL PULA SAMBUT RAYA


Jika sebelum ini, pasangan darah manis Lisa Surihani dan Yusry KRU menjalani sesi photo bersama majalah hiburan untuk edisi hari raya, kini tiba pula giliran Scha Alyahya Dan Awal Ashaari.

Mereka berdua memang nampak bergaya, tambah-tambah pula kemanisan bulan madu masih terasa hasil perkahwinan meriah baru-baru ini.

Klik untuk imej besar...


GAMBAR SCHA HAMIL SELEPAS INI...

SASHA SAIDIN KEMBALI JANDA..!


Harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari!

Demikianlah pepatah yang dapat disimpulkan mengenai Sasha Elite yang terpaksa memilih penceraian lagi. Perkahwinan kali keduanya selama lima tahun dengan jejaka Indonesia Salyo Priyanto akhirnya putus di tengah jalan apabila mereka sah bercerai semalam.

Sasha ketika hadir di mahkamah - Klik untuk imej besar...


10 July 2012

ERRA & EMRAN - RETAK MENANTI BELAH?


Jika sebelum ini, ada khabar angin yang mendakwa kononnya rumahtangga Erra Fazira dan Engku Emran sedikit bergoyang dan berjaya ditenangkan, namun kenyataan terbaru Erra lain pula ceritanya.

Kenyataan Erra seolah-olah mengiyakan spekulasi yang wujud hampir setahun lalu di mana mereka berdua didakwa tidak sehaluan lagi. Malah kenyataannya itu pada sebuah akhbar tempatan baru-baru ini seakan bermaksud redha dengan apa pun situasi yang berlaku selepas ini.

Gambar koleksi Erra Fazira
Klik untuk imej besar...


09 July 2012

16 GAMBAR - BAKAL HIJRAH SASHA SAIDIN?


Jika baru-baru ini Sasha Saidin dilihat hadir ke Mahkamah Syariah kononnya mahu berpisah dengan suaminya Salyo Priyanto Nutosoemarsono... namun hingga kini ianya masih belum berlaku seperti yang didakwa.

Malah Sasha pernah mengatakan dia lebih suka berdiam diri tentang apa yang berlaku daripada bercerita tentang masalah rumahtangga tersebut kepada umum. Syabas... satu amalan baik yang patut dicontohi kerana buruk baik rumah tangga, sepatutnya hanya kita sahaja yang mengetahuinya.

Klik untuk imej besar...


08 July 2012

ELLA AKHIRNYA BERGELAR ISTERI


Ratu Rock, Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, 46, akhirnya sah bergelar isteri kepada Azhar Husaini Ghazali, 30, dengan hanya sekali lafaz semalam. Mereka dinikahkan oleh oleh Penolong Pendaftar Nikah Telok Gadong, Baharudin Abu Bakar dengan berwalikan abang sulung Ella, Mohd Nor Izam Aminuddin.

Untuk info, majlis tertutup tersebut dihadiri kira-kira 200 jemputan terdiri daripada kaum keluarga pengantin kedua-dua belah pihak dan wakil media.

Klik untuk imej besar...


06 July 2012

GAMBAR - LISA & YUSRY RAYA AWAL


Puasa pun belum... tup tup dah Hari raya! Ha ha.

Tapi apa yang menarik mengenai gambar ini, ia mungkin gambaran awal kali pertama Lisa berpuasa dan berhari raya sebagai isteri. Bagaimana agaknya kesibukan Lisa nanti melayan karenah Yusri ketika bersahur, berbuka dan seterusnya menyambut Aidil Fitri?

Klik untuk imej besar...


05 July 2012

YANG MANIS / TAK MANIS SELEPAS KILAUAN EMAS 2


Konsert Kilauan Emas 2 telah pun berakhir semalam di mana Fuad dinobatkan sebagai juara musim ke-2 untuk membawa pulang sebuah trofi dan wang hadiah tunai RM50,000.

Sementara Naib johan ialah Azri yang rasanya sudah berpuluh kali memasuki pelbagai pertandingan nyanyian dan hasilnya mendapat hadiah RM25 ribu disamping anugerah khas Polident bernilai RM5 ribu. Sementara Jumat yang berasal dari Sabah pula membawa pulang RM15 ribu untuk tempat ketiga.

Klik untuk imej besar...


IBU TERUJA ELLA BERGELAR ISTERI SABTU INI


Ibu mana yang tidak gembira apabila anaknya yang mungkin di gelar sebagai anak dara tua kerana berusia 46 tahun akhirnya bertemu jodoh. Perasaan berdebar itulah yang dirasai oleh Yang Asmah Yong, 85, apabila juruterbang syarikat penerbangan Firefly, Azhar Ghazali meluahkan hasrat mahu memperisterikan anaknya.

Anak yang dimaksudkan itu tidak lain yang tidak bukan ialah Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin yang sebelum ini agak liat 'jatuh cinta'.



GAMBAR - NORYN AZIZ SELEPAS BERHIJRAH


Kami bukanlah penyokong tegar parti pembangkang mahupun mana-mana parti politik di Malaysia. Namun kami sebenarnya amat gembira apabila melaporkan perubahan terhadap artis Noryn Aziz yang telah berhijrah ke arah yang lebih manis dan menjaga aurat.

Tidak kiralah ke mana haluan politiknya selepas ini, kerana seharusnya kita menyokong niat seseorang artis itu yang mahu 'mencari jalan pulang'. Bak kata pepatah, buang yang keruh... ambil yang jernih.

Klik untuk imej besar...


04 July 2012

KECUH BILA MAEL LAMBONG KUTIP RM5 JUTA


Dengan kutipan yang kian mencecah RM5 juta, pengarah dan penerbit Ahmad Idham Ahmad Nadzri kini menjadi mangsa segelintir pihak yang iri hati terhadap pencapaiannya. Malah terdapat juga beberapa pihak yang tidak memahami kenyataannya berhubung kutipan filem Mael Lambong sebagai satu fenomena di sebuah akhbar bertindak memperkecilkannya.

“Saya tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk atau bercakap kosong apabila mengeluarkan kenyataan kutipan filem saya adalah satu fenomena di akhbar tersebut.



03 July 2012

GAMBAR - HELIZA AF5 DI MEKAH


25 Gambar menarik Heliza Helmi ketika menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah baru-baru ini. Difahamkan, Heliza ke Tanah Suci bersama beberapa rakan karibnya sebelum berlangsungnya perkahwinan Irma Hasmie dan suaminya.

Ikhlasnya, memang sejuk mata memandang seorang artis seperti Heliza yang melakukan perbuatan mulia sejak muda lagi. Moga Heliza akan terus terbuka hati untuk berhijrah ke arah yang lebih memberi manfaat dalam hidupnya. Amin..!

Klik untuk imej besar...


SELEPAS RAJA EMA, LYNNZAY TAMPIL 'JEJAKA IDAMAN 2.0'


ALBUM BARU:

'Jejaka Idaman' adalah lagu popular yang pernah di nyanyikan oleh penyanyi pop, Raja Ema pada tahun 1986. Kini, ia di olah semula oleh Lynnzay A. dengan versi yang lebih urban bersama unsur muzik yang lebih trendy dan di gemari generasi muda seperti 'pop dance' dan sedikit unsur 'dubstep'.

Lynnzay A. ataupun Lynnzay Affandy adalah bekas ahli kumpulan di bawah syarikat pengurusan Reshmonu yang di gelar 'Senoritas’ yang sudah berpecah beberapa bulan lepas. Lynnzay menyambung kerjayanya sebagai wartawan untuk surat khabar politik dan terus bergerak maju menghasilkan single pertamanya dan ingin memperkenalkan 'style' sebenar muzik nya ke mata Malaysia.



ABBY ABADI SERTAI PAS?


Baru-baru ini, pelakon Hairie Othman telah mengejutkan ramai pihak apabila memilih untuk menyertai parti PAS. Bukan sebab sudah tidak laku dalam industri lakonan, tetapi kerana ingin mengubah haluan hidup.

Bagaimanapun, untuk gambar terbaru ini, kami kurang pasti niat pelakon dan penyanyi Abby Abadi berjumpa Tuan Guru Nik Aziz. Mungkin untuk menyertai parti pimpinan Nik Aziz itu, atau mungkin sekadar mahu meminta nasihat sahaja.

Klik untuk imej besar...


02 July 2012

LAGU YUNA DALAM FILEM JOHN TRAVOLTA


Gambar-gambar Yuna di Red Karpet semperna tayangan perdana 'Savages' di Westwood Village, Los Angeles, Amerika Syarikat. Untuk info, Yuna telah menyumbang suara melalui lagu 'Here Comes The Sun' dendangan asal The Beatles bagi soundtrack filem tersebut.

Apa yang membanggakan, filem antarabangsa itu telah dibintangi oleh pelakon popular John Travolta dan diarahkan oleh Oliver Stone.

Untuk yang masih belum mendengar atau menonton video klip Yuna... kami selitkan ia melalui youtube. Enjoyz..!

Klik untuk inej besar...


SHARIFAH SOFIA AKHIRNYA BERHIJRAH


Sharifah Sofia kini telahpun berhijrah ke arah yang lebih baik... iaitu memakai pakaian menutup aurat dan bertudung. Dalam hal ini, nampaknya makin ramai artis kita yang mulai sedar betapa pentingnya memelihara peribadi meskipun hidup dalam populariti.

"My dear friends... I am about to delete this account for I need to refresh this page and also my life. Maybe a new page Akan muncul but for now, just follow my fan page Kay. Thanks!! Assalamualaikum," demikian luah Sharifah dalam laman sosialnya seolah-olah menggambarkan satu kamus baru akan muncul dalam kehidupannya.

Alhamdulillah..!

Klik untuk imej besar...