31 March 2012

GAMBAR TERKINI ALIAH LEE ABDULLAH


Sejak berkahwin baru dengan Mohammad Zekri Ibrahim pada bulan Januari 2010, Aliah Lee Abdullah dilihat seolah-olah menyepi diri. Tambahkan pula, Aliah sebelum ini pernah keguguran sebanyak dua kali.

Pada yang rindu pada Aliah Lee, jom kita tengok gambar terbarunya bersama suami dalam satu pertandingan bowling yang turut dihadiri oleh Umie Aida dan suami. Nampaknya... Aliah masih ceria dan manis seperti dulu!



GAMBAR ERRA SAMBUT BIRTHDAY ALEESYA...


Jika semalam kami paparkan sambutan awal hari jadi Engku Aleesya di sekolah melalui perspektif Tengku Emran, hari ini kami paparkan pula melalui perspektif Erra Fazira. Ini kerana... walau sesibuk mana Erra, hari penting anaknya tidak pernah dilupakan.

"Terima kasih pada pakcik, makcik, abang dan kakak untuk sweet wishes itu.. Semoga saya besar kelak menjadi anak yang soleh dan taat pada amanah dan tanggungjawab. Aminn..

"Alhamdulillah. All done! Lunas impian ku untuk menyambut bezday Aleesya dalam suasana sederhana tapi riang," demikian kata Erra melalui twitternya.

Klik untuk imej besar...


30 March 2012

HAPPY BIRTHDAY ENGKU ALEESYA..!


Hari ini adalah hari lahir anak pertama Erra Fazira dan Tengku Emran, iaitu Engku Aleesya yang kini berusia 3 tahun. Namun semalam, sambutan awal telah dilakukan oleh pihak sekolah khas untuk Aleesya memandangkan hari ini sekolah bercuti.

"The Boss's Bday party at school. Bdays not til tmrw but tmrw no school. Happy 3rd bday sayang ayah!" ujar Emran melalui twitternya.

Klik untuk imej besar...


29 March 2012

GAMBAR SANA SINI - HARI JADI FASHA SANDHA KE 28


Semalam (28 Mac), berlangsungnya sambutan hari jadi Fasha Sandha yang ke 28. Apa yang menarik, Fasha telah menyarung selempang laksana 'ratu cantik' layaknya sambil diraikan oleh bakal suami, Jejai.

Malah kek yang disediakan juga berbentuk 'crown' menandakan pelakon itu adalah amat istimewa di hati keluarga dan kekasihnya.

Tahniah Fasha... moga hari lahir kali ini membawa seribu makna dalam hidup anda!

Klik untuk imej besar...


LIYANA JASMAY & FATHUDDIN SELAMAT BERTUNANG


Liyana Jasmay akhirnya mengesahkan akan menikahi kekasihnya, Fathuddin Mazlan,28, pada 24 Januari 2013. Tarikh itu dipersetujui oleh keluarga Liyana dan Fathuddin dalam majlis pertunangan agak mewah yang berlangsung di Kemensah Height, Kuala Lumpur semalam.

Untuk info, Liyana memberikan tujuh dulang hantaran kepada Fathuddin yang terdiri daripada senaskhah Al-Quran, kain samping, butang baju Melayu, minyak wangi jenama Dunhill, manisan, kek dan kek cawan.

Klik untuk imej besar...


Lagi 10 gambar menarik selepas ini...

28 March 2012

GAMBAR SANA SINI - HIJRAH ABBY ABADI


Hijrah Abby Abadi ke arah yang lebih baik selepas pulang dari mengerjakan umrah di tanah suci Mekah semalam.

"Ampunkan segala dosa-dosa saya pada awak. Terlalu banyak kekurangan saya selama kita bersama. Satu hari moga Allah bukakan pintu untuk saya tebus kelemahan saya," demikian kata Abby dalam facebooknya.

Tahniah Abby..!

Klik untuk imej besar...


Lagi 6 gambar menarik selepas ini...

TARIKH NIKAH AWAL & SCHA 4 MEI INI


Bertempat di Flora Cafe, Ampwalk, pasangan dua sejoli iaitu Awal dan Scha mengumumkan bahawa mereka akan bernikah pada 4 Mei di Pullman Putrajaya manakala majlis persandingan akan berlangsung pada 6 Mei di PICC, Putrajaya.

Lebih meriah lagi, majlis pernikahan dan persandingan itu akan disiarkan secara langsung di Astro Ria dengan episod-episod menarik hari bahagia tersebut. Selain itu, mereka juga bakal menerima tajaan daripada Bateel Asia, pengeluar konfeksi gourment mewah bertaraf antarabangsa bernilai RM60,000.



AIR KENCING APEK POSITIF GANJA


PETALING JAYA: Air kencing Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff atau nama glamornya Saiful Apek, dan tiga rakannya yang lain disahkan positif dadah jenis kanabis (ganja). Demikian dinyatakan oleh Juruteknologi makmal perubatan Israfel Ismon kepada Mahkamah Majistret di sini.

Kata Israfel, beliau memperoleh keputusan itu selepas melakukan ujian pengesanan dadah terhadap air kencing Saiful Apek, 42, serta Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, dan Noremy Mohamad, 28.



27 March 2012

AZZA ELITE NIKAH PRAMUGARA 1 APRIL 2012


Pramugara AirAsia, Azlan Zulaily, merupakan pilihan hati pelakon dan penyanyi Azza (Elite) sebagai calon suami. Mereka dikhabarkan akan terus berkahwin pada 1 April 2012 tanpa majlis pertunangan.

Menurut Azza, bertunang atau tidak ia bukanlah isu besar. Tambahnya, ia lebih memudahkannya dengan Azlan untuk terus mendirikan rumah tangga tanpa sebarang dugaan atau cubaan alam pertunangan.

Klik untuk imej besar...


FACEBOOK 1.3 JUTA ZIZAN KENA GODAM


Rasanya, sudah banyak facebook artis kita kena godam oleh pihak yang kemungkinan mahu 'test power' kepakaran teknologi yang mereka miliki. Terbaru, penggodam yang menggelarkan diri mereka 'Segan Crew' telah mengambil alih laman facebook Zizan Raja Lawak yang mempunyai lebih 1.3 juta like.

Apa yang lucu, Segan Krew berjanji akan memulangkan hak Facebook tersebut semula kepada Admin pada jam 7,30PM hari ini. Persoalannya, facebook atau laman web artis, selebriti dan pihak mana pula selepas ini akan di godam oleh Segan Krew dan puak-puaknya yang makin bersemangat? Harap-harap bukan laman SKMM pula... heh!

Klik untuk imej besar...


ROZITA CHE WAN NAFI KAHWIN 'DATUK MISAI'


"Haa... haa... kalau betul saya nak kahwin Datuk, mestilah anak saya suka. Datuk mestilah kaya," demikian jawab Rozita Che Wan apabila ditanya media mengenai gosip perkahwinannya dengan seorang hartawan bergelar Datuk.

Gosip tersebut timbul gara-gara anaknya, Aniq Ezra Azuar Effendy,14, didakwa lari dari rumah kerana merajuk disebabkan dia menjadi isteri kedua kepada Datuk 'bermisai' yang juga suami kepada penyanyi terhebat negara. Padahal, Aniq Ezra merajuk kerana berkecil hati dengan sikap Rozita yang dilihat terlalu melebih-lebihkan abangnya iaitu Ammar Effendi yang berusia 15 tahun.



26 March 2012

GAMBAR SANA SINI - UMIE AIDA & HIV


Meskipun popular dan hidup agak mewah, namun Umie Aida sebenarnya tidak pernah lupa akan tanggungjawab sosial terhadap pihak yang memerlukan. Buktinya baru-baru ini Umie telah sanggup meluangkan masa melayan dan menghibur kanak-kanak mangsa HIV di Wad Pediatrik, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Turut hadir ialah Datin Paduka Seri Rosmah Mansor dan beberapa pemain bolasepak profesional luar negara. Kanak-kanak tidak berdosa tersebut telah berpeluang bertemu muka dengan idola mereka sambil bermesra, bertukar fikiran dan mendapat sedikit cenderamata.

Klik untuk imej besar...


24 March 2012

IRMA HASMIE SELAMAT BERTUNANG


Tahniah buat Irma Hasmie yang telah selamat bertunang dengan Reza Syah Ameer Datuk Radzuan. Untuk info, perkenalan mereka bermula di kota Mekah dan mereka akan bernikah pada 1 Julai 2012.

Dalam majlis pertunangan yang berlangsung di rumah Irma yang terletak di Desa Coafiled, Sungai Buloh, sekitar jam 4.15 petang itu, Irma memakai busana rekaan Hatta Dolmat dan disarungkan sebentuk cincin berlian oleh Datin Azizah Osman iaitu ibu kepada Reza.

Selain itu, Irma turut menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki berupa buah-buahan, kek, manisan kurma, sejadah,persalinan dan set mandian. Manakala pihak perempuan turut berbalas hantaran sebanyak sembilan dulang seperti set mandian, persalinan, manisan, kek, sejadah, pencukur, buku-buku keagamaan dan sireh junjung.

Klik untuk imej besar...



Lagi 19 gambar selepas ini...

ISU VIDEO BOGEL: MELIA TARIK LAPORAN POLIS


Akhirnya, dalam satu sidang akhbar di Saloma Bistro, Jalan Ampang, Kuala Lumpur semalam, Melia Aimiellia secara rasmi membuat kenyataan memaafkan pemilik blog yang menyebar dan menuduhnya beraksi kurang sopan melalui video berdurasi 30 saat.

Menurut pelakon Karipap-Karipap Cinta itu, dia sekarang berasa lega kerana dapat bersihkan nama baiknya dan keluarga.

“Mungkin akan ada orang yang hairan bagaimana saya boleh memaafkan mereka begitu sahaja sedangkan ini adalah isu yang besar. Tapi bagi saya, biarlah ianya berhenti disini. Saya pun tak mahu perkara ini berpanjangan. Keluarga saya pun sudah bersetuju untuk memaafkan mereka.



CINCIN KAHWIN ZARINA ANJOULIE & OWEN WILSON


"Me and owen Wilson... After football session," demikian kata Zarina Anjoulie mengenai gambarnya bersama pelakon Hollywood yang berkunjung ke Malaysia sempena Sapura & Kencana Petroleum Red Ribbon GP Ball 2012.

Apa yang menarik, gambar tersebut sekaligus meledakkan 'bom atom' kepada Fahrin Ahmad yang gagal bergambar dengan Owen sebelum ini. Mungkinkah Owen hanya melayan artis seksi berbanding artis lain yang kurang menarik minatnya? heh..!

Dan bagi yang ingin melihat cincin perkahwinan Zarina, ia sebenarnya berbentuk hati yang bertatahkan berlian bergelar 'Chopard'. Melihat daripada wang yang dibayar, rasanya harga cincin tersebut mencecah hingga RM10,000.

Klik untuk imej besar...


Gambar cincin kahwin selepas ini...

23 March 2012

OWEN WILSON HAMPAKAN HARAPAN FAHRIN


"Who is Fahrin?" Mungkin agaknya itu pertanyaan Owen Wilson, pelakon yang popular bersama Jackie Chan dalam filem Shanghai Noon.

Ia gara-gara Fahrin Ahmad yang hadir ke Sapura & Kencana Petroleum Red Ribbon GP Ball 2012 di Mandarin Oriental Hotel, Kuala Lumpur yang turut dihadiri artis-artis Hollywood ditolak permintaannya untuk bergambar dengan Owen.



ANNE NGASRI DIRISIK KELUARGA ALIFF?


Hubungan Anne Ngasri dengan penyanyi Singapura, Aliff Aziz bukanlah satu rahsia lagi. Malah mereka juga tanpa berselindung mengakui sedang mengenali hati budi masing-masing untuk mengukuhkan lagi hubungan sedia ada

Dan yang terkini, ada bisik-bisik yang mendakwa Anne telah dirisik oleh keluarga Aliff yang datang dari Singapura. Bimbang ia hanya satu khabar angin yang tidak tepat, pihak media telah bertanya sendiri dengan empunya badan iaitu Anne.

Klik untuk imej besar...


GAMBAR SANA SINI - APEK 'BERDATING' DENGAN SITI


Gambar ini di upload oleh Apek melalui Twitternya memberitahu bahawa beliau telah makan tengahari bersama penyanyi nombor satu negara Datuk Siti nurhaliza dan Datuk K. Waaahhh... bertuah sungguh Apek semenjak menjadi popular ni meskipun hanya menyertai bidang sukan.

Kerana Apek bukan hanya menjadi sebahagian daripada selebriti sekarang, malah baru-baru ini turut dilantik menjadi duta Puma. Persoalannya, apakah yang dibincangkan oleh Apek dan Siti? Mungkinkah Siti mahu mengambil Apek menjadi duta kosmetiknya atau menjadi rakan duet dalam album terbarunya?

Jawapannya... sama-samalah kita tunggu nanti!

Klik untuk imej besar...


ADMAD IDHAM SERIK DENGAN ASTRO?


Industri perfileman negara akan rosak dengan mudah gara-gara keghairahan stesyen TV berbayar seperti Astro menyiarkan filem-filem terkini melalui saluran Astro First.

Demikian dinyatakan oleh Ahmad Idham berdasarkan dua buah filemnya iaitu Hantu Bonceng dan Senjakala yang telah pun disiarkan di Astro First. Katanya, nilai eksklusif sesebuah filem akan terus merudum selain bilangan penonton di panggung wayang akan berkurangan.



22 March 2012

GAMBAR SANA SINI - AKSI SCHA, BELLA, FASHA, NORA & FARID


Gambar menceritakan segalanya. Tanpa cerita atau penjelasan sekalipun, kita sebenarnya boleh meneka apa yang berlaku melalui sesebuah gambar itu.

Melalui paparan kali ini, benarkah Scha dan Awal menjalani kursus kahwin, siapakah tiga lelaki yang amat dicintai oleh Fasha, ragam Dr Sheikh melayani Bella, kontroversi Nora Danish yang didakwa seksi dan apakah yang membuat Farid Kamil begitu gembira...

Jom tengok..!

Klik untuk imej besar...

Scha Alyahya dan Awal Ashaari:
Mereka nampak bergaya dan berseri dengan songkok dan tudung. Mungkinkah gambar ini dirakam selepas selesai menjalani kursus kahwin? Atau ia sekadar gambar biasa ketika menhadiri majlis perkahwinan saudara-mara? Allahualam...

21 March 2012

GAMBAR 'ANAK' STACY AF6


Siapa sangka, dalam usia yang masih muda, Stacy sudah bergelar 'ibu' kepada Bella Valentina yang berusia kira-kira satu bulan. Khabarnya, Bella diambil menjadi anak angkat kepada penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 6 itu (AF6) kerana keluarganya amat susah dan memerlukan bantuan menjaga Bella.

Nampaknya, Stacy kini telah memasuki 'kelab ibu angkat' sebagaimana Umie Aida, Misha Omar dan segelintir artis lain yang prihatin. Syabas Stacy... moga Bella akan membesar dengan kasih sayang dan dapat menjalani kehidupan lebih baik sebagaimana 'ibunya' nanti.

Klik untuk imej besar...


Empat lagi gambar Bella selepas ini...

20 March 2012

GAMBAR SANA SINI - RAGAM ANAK HARITH ISKANDER


Lagi ragam anak sulung Harith Iskander yang lahir pada 8 Mac lalu dengan berat 3.89 kilogram.

Harith, 43, dan isterinya yang merupakan seorang doktor perubatan telah memberi nama anak mereka sebagai Zander Xayne Iskander.

Klik untuk imej besar...


GAMBAR SANA SINI - ENOT KINI BERTUDUNG


Masih ingatkan anda dengan kontroversi kek 18SX?

Namun itu semua nampaknya hanya tinggal kisah lalu semata-mata kerana pelawak dan pelakon Enot Aliza Abdullah kini sudah berhijrah memakai tudung. Enot nampak makin manis dan terpelihara maruahnya berbanding dahulu. Syabas Enot!

Klik untuk imej besar...


19 March 2012

GAMBAR SANA SINI - FAZURA & TMJ DI SINGAPURA


Aksi manja Nur Fazura dan kekasih hatinya TMJ di Universal Studios, Singapura. Namun tidak diketahui tarikh mereka berdua bercuti dan kemungkinan adanya destinasi lain yang mereka tujui.

Jom tengok..!

Klik untuk imej besar...


FAEZAH ELAI ENGGAN 'PERANG' LAGI?


“Terus-terang, saya bahagia dan tenang dengan kehidupan yang saya dan suami lalui sekarang. Tiada apa-apa gangguan atau perkara negatif yang mengganggu,” demikian kata pelakon Faezah Elai, 30, kepada media mengenai rumah tangganya selepas enam bulan berkahwin dengan pengarah Heykal Hanifah.

Dakwa pelakon itu, dia juga langsung tidak terganggu atau melatah dengan kontroversi ketegangan hubungannya dengan bekas isteri suaminya meskipun ada yang mendakwa dia sebagai perampas suami orang.



18 March 2012

UPDATE: SAERAH LAHIRKAN ANAK KEDUA


UPDATE:
Adik Dato' Siti Nurhaliza, Siti Saerah selamat melahirkan anak keduanya seorang bayi lelaki tepat jam 7.55 petang di Hospital Besar Kuantan, Pahang.

Bayi kedua itu khabarnya lahir secara normal tanpa sebarang komplikasi. Ketika kelahiran tersebut, suami Saerah telah menemani isterinya bagi memberi semangat dan kekuatan mental.

Klik untuk imej besar...


KES BATAL SAMAN: JOHAN 'TUTUP MULUT'


Meskipun ada khabar angin yang mengatakan hasrat saman Fauziah Ahmad Daud atau Ogy terhadap Johan (Raja Lawak) dibatalkan, namun nampaknya Johan masih belum dimaklumkan secara sahih mengenai perkara itu.

Akibatnya, Johan terpaksa 'tutup mulut' apabila ditanya media mengenai perkembangan terkini itu. Katanya, dia hanya mengetahui perkara itu menerusi laporan akhbar dan tidak berhasrat untuk bercerita panjang mengenai kes tersebut.



16 March 2012

SITI NURHALIZA INGINKAN BRUNO & DAVID FOSTER


Selepas kemunculan single terbarunya berjudul Remember Me yang turut menampilkan Sean Kingston... Datuk Siti Nurhaliza Tarudin kini merancang pula untuk mendapatkan khidmat komposer terkenal Amerika Syarikat iaitu David Foster dan pasukan penulis lagu penyanyi, Bruno Mars iaitu The Smeezingtons untuk album Inggeris keduanya.

"Album kedua itu masih lagi dalam peringkat perbincangan malah masih belum ada apa-apa persetujuan daripada pihak mereka lagi.

Klik untuk imej besar...


VIDEO TERLAMPAU TIDAK WUJUD - MELIA


Komen Melia Aimiellia melalui video mengenai kontroversi petikan gambar yang didakwa miliknya oleh sebuah laman blog baru-baru ini. Bagaimanapun kata Melia, video berdurasi 30 saat yang didakwa itu sebenarnya tidak wujud melainkan sekadar gambar 'screenshot' superimpose yang pernah disiarkan di blog terbabit.

Untuk info, video ini adalah salah satu program Propaganza terbitan KRUTV yang akan bersiaran di Astro Ria. Dengarnya, program ini bakal menyaingi program Melodi yang diterbitkan oleh TV3 kerana ia sebuah program yang memaparkan pelbagai kontroversi dunia artis dan hiburan.



15 March 2012

SENARAI PROTEGE MENTOR MUSIM KE-6


Program realiti popular, Mentor musim ke-6 telah memilih enam protege kepada Adam, Ferhad, Ramlah Ram, Ella, Faizal Tahir dan Ogy Ahmad Daud. Mereka ialah KJ, Wanie, Ana Syuhada, Ella, Anas dan Zatul.

Berikut ialah biodata protege bagi Mentor musim ke-6 yang bakal bersiaran secara langsung buat kali pertama di Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor pada Ahad 18 Mac 2012 jam 9.00 malam. Persoalannya, siapakah protege yang bakal mebawa pulang wang tunai RM100,000 dan protege manakah yang akan terus menyinar selepas itu?

Klik untuk imej besar...

Protege Fauziah Dato’ Ahmad Daud
Nama : Noor Nazatul Farahin Mohd Hussin
Nama Samaran : Zatul
Asal : Bedong, Kedah
Umur : 23 tahun

MOOD PENGANTIN SCHA AL-YAHYA


Pastinya anda semua sudah tahu bahawa Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari bakal menjadi raja sehari tidak lama lagi. Khabarnya pertengahan tahun 2012, namun tarikh sebenar masih belum diumumkan kepada media.

Dan sempena mengambil mood alam perkahwinannya nanti, kami paparkan sembilan gambar Scha Al-Yahya yang sememangnya amat menawan ketika menyarung gaun pengantin yang dicipta oleh Syaiful Baharim. Ia direka mengguna fabrik lace Perancis, taffeta dan bulu-buluan mewah bersama signature ribbon secara eksklusif bagi mewarnai koleksi perkahwinan Syaiful Brides 2012.

Klik untuk imej besar...


14 March 2012

GAMBAR 'HANG OUT' TERAKHIR FASHA??


Hanya tinggal 45 hari sahaja lagi majlis perkahwinan pelakon dan model Fasha Sandha dengan Jejai di Ampang dan disusuli dengan persandingan mereka sebulan kemudian di tepi tasik di Perlis.

Mungkinkah gambar 'hang out' ini merupakan gambar terakhir bagi Fasha dan rakan-rakannya memandangkan dia bakal bergelar isteri tidak lama lagi? Atau mungkinkah Fasha akan terus 'berhibur' sebegini atas keizinan bakal suaminya Jejai yang kita tahu turut gemar 'hang out' bersama.

Klik untuk imej besar...


13 March 2012

UPDATE: 'ANDAI KU BERCINTA LAGI' - MOJO


UPDATE:
Cyberjaya, 13 Mac 2012 - Demi untuk mengeksplorasi visi muzik masing-masing, 4 pemuzik serba berpengalaman telah bergabung untuk menubuhkan sebuah kumpulan ‘Super-Band’ yang mempertaruhkan konsep ‘Synth-Rock’ sebagai identiti.

MOJO merupakan sebuah ‘Super-Band’ terbaru daripada KRU Music yang terdiri daripada Aweera (bekas finalis OIAM) selaku vokalis utama, penampilan istimewa komposer/penerbit ternama, Edry sebagai pemain synthesizer, Denny selaku gitaris (pemuzik undangan studio dan pentas berpengalaman), dan pemain drum, Johar (anggota kumpulan Tilu dan bekas beberapa kumpulan Indie), melengkapkan kumpulan dinamik ini.

Dari kiri Edry (synthesizer), Denny (gitaris), Aweera (vokalis),
dan Johar (pemain drum) - Klik di sini untuk 'open in new tab'


14 GAMBAR NOSTALGIA FAHRIN AHMAD


Gambar nostalgia Fahrin Ahmad sejak berhingus hingga meniti puncak populariti. Enjoyyzz..!

BIODATA:
Nama: Fahrin Ahmad
Umur: 30 tahun
Tarikh Lahir: 9 Mei 1979
Tinggi: 180cm
Asal: Johor Bahru, Johor

Klik imej atau klik kanan
(open in new tab) untuk imej lebih besar...


MALEK NOOR NIKAH SEKALI LAFAZ


Bekas ahli bina badan negara dan juga pelakon, Datuk Malek Noor, 56, akhirnya selamat bergelar suami kepada Dr Wan Asma Wan Ismail, 52, dengan hanya sekali lafaz.

Malek dan Dr Wan Asma telah dinikahkan oleh Wan Ismail Wan Ahmad, 87, (bapa pengantin perempuan) di kondominium, Pusat Dagangan Kelantan (KTC), semalam.

Klik untuk imej besar...


12 March 2012

GAMBAR SANA SINI - MAYA KARIN & KELUARGA


"Saya dan anak saudara perempuan saya Shanya Heidi naik beca," demikian kata Maya Karin mengenai gambar-gambar terbarunya yang sedang bersiar-siar dengan keluarga di lokasi menarik di negara ini.

Meskipun Maya sibuk dengan pelbagai aktiviti seni, namun dia sebenarnya masih mampu membahagikan masa untuk keluarga tercinta. Jom tengok..!

Klik untuk imej besar...


WAJAH BABY BOY HARITH & JEZAMINE


Gambar Baby Boy kepada Harith Iskandar dan Jezamine bernama Zander Xayne Iskander yang lahir khamis lalu seberat 3.89kg.

"Zander Xayne Iskander. He has my head ... with more hair.  And he already has more google search results than me!" Ujar Harith berseloroh.

Klik untuk imej besar...


11 March 2012

ALAHAI ASTRO AWANI...!!


Mungkin apa yang berlaku di Astro Awani ini lebih lawak daripada rancangan 'Raja Lawak' yang disiarkan oleh Astro Warna. Kesilapan teknikal mereka berulang kembali apabila pembaca berita mereka diganggu oleh krew produksi yang tidak tahu rancangan tersebut telah 'on air'.

Lebih kelakar dan agak memalukan, apabila sebuah rancangan bual bicara kendalian Ellen DeGeneres menyiarkannya dalam rancangan Local Focal Live! Rancangan tersebut yang menghimpunkan beberapa kesilapan teknikal yang berlalu seluruh dunia seolah-olah mempersendakan Astro Awani yang kurang peka.

Klik untuk imej besar...


HARITH & JEZAMINE DAPAT BABY LELAKI


Pelawak dan pelakon Harith Iskandar akhirnya bergelar seorang ayah pada khamis lalu apabila isterinya, Jezamine Lim selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.89kg yang diberi nama Zander Xayne Iskander.

Tahniah diucapkan!

Klik untuk imej besar...




10 March 2012

WAJAH BAKAL ISTERI MALEK NOOR


UPDATE:
Seperti yang kita semua maklum, bekas juara bina badan Asia, Datuk Malek Noor, 56, mengakui akan menamatkan zaman bujang beliau dengan seorang doktor pakar yang juga ibu kepada lima orang anak pada 12 Mac ini.

Difahamkan, Malek memilih tarikh tersebut untuk berkahwin kerana mahu mengimbas perjalanannya ke Tanah Suci tahun lalu. Ini kerana, di Mekah dia telah memohon doa kepada Allah agar memberi hidayah kepadanya serta petunjuk termasuklah mengenai calon isteri.

Calon isteri Malek Noor - klik untuk imej besar...


09 March 2012

BABY BARU EDRIE HASHIM & PAT CANDY


Baby baru Edrie Hashim dan isterinya Pat Candy yang lahir pada 7 Februari lalu kira-kira pukul 10.45 pagi. Baby yang diberi nama Dylan Haidar ini adalah anak kedua kepada Edrie dan Pat sejak berkahwin pada 2002.

Untuk info, anak pertama mereka bernama Darren Haikal, 8. Pat yang merupakan bekas ahli kumpulan Candy sebelum ini pernah keguguran empat kali.

Klik untuk imej besar...


08 March 2012

IMAN TANG PINANG NASHA LEPAS TUNAI UMRAH?


Iman Tang, jejaka yang dikatakan berjaya mencuri hati pelakon dan model Nasha Aziz mengakui teringin untuk mempunyai keluarga sendiri. Namun katanya dia ingin menunaikan umrah terlebih dahulu dan kemungkinan akan mengambil langkah seterusnya selepas itu.

“Buat masa ini no comment. Tengoklah nanti jika ada jemputan, InsyaAllah. Memang ada perancangan, maklumlah setiap manusia ingin hidup berkeluarga. Lagipun saya sendiri suka sangat dengan budak kecil. Apa-apapun saya rancang nak pergi umrah dulu,” ujarnya ketika ditemui media semalam di sidang akhbar ‘Cromok Reunion Trashing KL 2012’ di Club 63, Sheraton Imperial Hotel.

Klik untuk imej besar...


UPDATE: BULAN MADU YUSRY & LISA SURIHANI PART 4


UPDATE:
Lagi gambar-gambar bulan madu Yusry dan Lisa Surihani bagi yang masih belum jemu menatapnya. Bukan apa, perkahwinan mereka bolehlah dikatakan sebagai perkahwinan paling glamor dan paling dinanti berbanding artis-artis lain pada 2012.

Untuk info, bulan madu tersebut pastinya menelan belanja yang tinggi iaitu melebihi RM20,000 menggunakan wang sendiri tanpa tajaan mana-mana pihak.

Jom tengok..!

Lisa sempat masak untuk abang Yuci
klik untuk imej besar


07 March 2012

FILEM SUPERTOTS SUPERSQUAD BAKAL GEGAR 2013


“Bila langit menjadi hitam, mahkluk dari kegelapan angkasa akan membawa kemusnahan di Bumi.” – Terjemahan dari simbol kitab kuno Nagasakti.

Demikianlah dialog menarik Majlis Supertots yang diadakan baru-baru ini bertempat di Bsync Studio, Kuala Lumpur bertujuan memperkenalkan artis yang terlibat sebagai pelakon suara bagi filem animasi Supertots Supersquad The Movie.

Dafi & Diana Danielle - klik untuk imej besar...


06 March 2012

UPDATE: YUSRY DAN LISA BERHONEYMOON PART 3


UPDATE:
Lagi gambar-gambar Yusry dan Lisa ketika berhoneymoon di Eropah. Gambar dirakam sendiri oleh Yusry yang masih baru berjinak dalam dunia instagram. Enjoyzz!

Klik untuk imej besar...




LAGI 17 GAMBAR SELEPAS INI...

ELLA TEMU JODOH DI USIA 4 ANGKA


Setelah berusia 4 angka, akhirnya Ratu Rock Ella menjelaskan beliau akan menamatkan zaman solo dengan jejaka bernama 'A'. Semuanya berikutan penyanyi bersuara serak itu ditemui secara tidak sengaja sedang menghadiri kursus kahwin pada 3 dan 4 Mac (Sabtu dan Ahad) lalu.

Dan kalau disuruh teka nama jejaka 'A' yang berjaya menambat hati Ella tentunya pening kepala nak cari senterio alam. Kalau main tembak je, ada pula nanti yang teka 'Awie'... heh!



YUSRY DAN LISA BERHONEYMOON PART 2


Gambar Yusry dan Lisa ketika berhoneymoon di  Zurich Switzerland dan kemudian akan ke Cannes (France), Itali dan beberapa negara lain. Mereka nampak kesejukan berlatarbelakangkan gunung bersalji yang sememangnya amat sejuk sampai ketahap beku.

Menurut Yusry, beliau amat kekok memandu kereta di sana menggunakan stering di bahagian kiri berbanding kanan di Malaysia.

"Heading out to the alps today. Drive belah kiri, cuak," ujar Yusry berseloroh.

Klik untuk imej besar...


GAMBAR SANA SINI - RAGAM SCHA ALYAHYA DI KUANTAN


Ragam Scha Alyahya di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) tour di Berjaya Megamall, Kuantan. Nampaknya Scha bukan hanya kena serbu dek bapak-bapak wartawan di sana, malah kena serbu dengan peminat yang tidak mahu melepaskan peluang mengambil gambarnya.

Jom layannzz..!

Klik untuk imej besar...


GAMBAR SANA SINI - BELLA MAKIN MEMBESAR


Gambar Dr Sheikh Muszaphar, Dr Halina dan anak mereka Bella ketika di Turki.

Nampaknya Bella makin membesar, ceria dan sudah siap sedia diasuh laksana angkasawan sebagaimana ayahnya. Yalah... mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?

Jom tengok!

Klik untuk imej besar...