30 April 2012

SEKITAR ANUGERAH BOH CAMERONIAN 2012 KE-9


PETALING JAYA: - Anugerah Seni BOH Cameronian 2012 yang ke-9 (9BCAA) bagi meraikan pencapaian tertinggi dalam industri seni persembahan melalui satu majlis gilang-gemilang bertemakan 1920-an Roaring Twenties telah diadakan di One World Hotel, Damansara Utama, di sini semalam. Ia diadakan bertujuan untuk memberi penghargaan kepada persembahan-persembahan tarian, muzik, teater muzikal dan teater yang dianjurkan pada tahun 2011.

Untuk info, 9BCAA telah dianjurkan oleh Kakiseni, satu-satunya platform seni persembahan yang telah bertapak selama 12 tahun dan ditaja oleh Teh BOH Cameronian, teh premium BOH Plantations. 9BCAA telah mengumumkan 26 pemenang yang dipilih oleh panel hakim bebas yang terdiri daripada para profesional yang berkecimpung dalam bidang tarian, muzik, muzikal teater dan teater.



PENYANYI AISHAH DI BERSIH 3.0


Jika sebelum ini penyanyi Wan Aishah Wan Arifin atau Aishah dikatakan tidak segan lagi berdiri di pentas sebuah parti politik, kini beliau dilihat pula berada di perhimpunan Bersih 3.0.

Mungkin kehadiran penyanyi itu sekadar mengikuti rakan-rakan atau sekadar memberi sokongan semangat semata-mata. Namun walau apapun anggapan kita, Aishah sebenarnya berhak menentukan hala tuju hidupnya sebagai rakyat Malaysia yang mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen. Tak gitu?

Klik untuk imej besar...


28 April 2012

FASHA SANDHA KINI 'SAH' ISTERI JEJAI


Akhirnya... selesailah sudah majlis pernikahan 'tertutup' Fasha Sandha dan Toh Muda Rizal Ashram Ramli (Jejai) yang nampak 'kurang meriah' bagi segelintir pihak yang tidak diundang. Kalau sudah 'tertutup', mana nak nampak meriahnya ye tak?

Buat info bersama, Fasha menerima mas kahwin RM8,888.88, satu angka cantik bagi pandangan orang Tiong Hua bermakna 'kaya, kaya dan kaya'. Meskipun wang hantaran dirahsiakan oleh mereka, namun kita pasti dapat meneka ia berjumlah 'lumayan' kerana Jejai mampu melakukannya.

Klik untuk imej besar...


27 April 2012

GAMBAR SANA SINI - DEBARAN SCHA DAN AWAL


Tinggal seminggu sahaja lagi tarikh 4 Mei 2012, di mana Scha AlYahya dan Awal Ashaari bakal bernikah di Pullman Putrajaya. Manakala majlis persandingan mereka pula akan dilangsungkan pada 6 Mei di PICC, Putrajaya.

Malah, pihak Astro juga telahpun menyiarkan rancangan berjudul 'Seia Sekata SchAwal' yang memaparkan kisah cinta mereka sebelum ke jinjang pelamin nanti.

Klik untuk imej besar...


FASHA SANDHA TAMATKAN ZAMAN 'DARA' ESOK..!!


Esok (27 April 2012), pelakon Fasha Sandha akan melangsungkan pernikahannya dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli (Jejai) sepertimana yang tercatat dalam kad undangan perkahwinan yang diedarkan pada media sebelum ini

Difahamkan juga, majlis perkahwinan mereka akan diadakan secara tertutup membabitkan anggota keluarga serta kenalan rapat sahaja. Entah kenapa mahu membuat secara tertutup, jawapannya kurang pasti kerana selera manusia selalunya berbeza antara satu sama lain. Kata orang, lain padang... lain belalangnya.

Majlis berinai kecil semalam - Klik untuk imej besar...


26 April 2012

NIKAH CEPAT BUKAN KERANA SERIK - AKMA AF3


“Saya mahu menyegerakan majlis pernikahan pada hujung Jun depan bukan sebab saya berasa serik apabila perancangan untuk bertunang sebelum ini pernah terbatal.

“Secara kebetulan, perjalanan majlis merisik pada Mac lalu berjalan dengan baik sekali sehingga kami memutuskan untuk bertunang pada 6 Mei ini dan bernikah pula pada hujung Jun depan,” demikian kata bekas peserta Akademi Fantasia musim ketiga, Akma atau nama sebenarnya Asiahtunakma Abdullah, 27.

Klik untuk imej besar...


KANDID - AKHIL HAVY & WAHEEDA DI IKEA


Gambar-gambar kandid Akhil Hayy Dan isterinya Waheeda yang kini memakai purdah di Ikea Damansara, iaitu pusat penjual kelengkapan rumah yang terkemuka dari Sweden.

Ikhlasnya, mereka nampak sangat bahagia dan bagai pasangan dua sejoli yang baru bercinta. Jom tengok..!

Klik untuk imej besar...


25 April 2012

'CIKGU' SYAFI AF DAPAT HIDAYAH


Bertambah seorang lagi selebriti yang kini sudah bertudung iaitu Cikgu Syafi atau nama sebenarnya Syafizawati Sharif, 35. Syafi yang pernah mengendalikan Akademi Fantasia (AF), sebagai Guru Persembahan Vokal bagi membimbing para pelajar dalam mendapatkan lenggok suara yang betul nampaknya seperti sudah menemui hidayah.

Untuk info, Syafi memegang Certificate of Teaching (CT ABRSM - UK) (Introduction to Instrumental & Vocal Teaching  - UK), Diploma in Music (National Arts Academy 2001), Grade 8 Vocal (ABRSM) 2000 (Associated Board of the Royal School of Music (UK), Grade 8 Theory of Music (ABRSM) 1997 (Associated Board of the Royal School of Music (UK) dan Grade 8 Pianoforte (ABRSM) 1997 (Associated Board of the Royal School of Music (UK).

Klik untuk imej besar...


24 April 2012

'KRU ACADEMY' RANCAKKAN INDUSTRI HIBURAN


Cyberjaya: - Selaras dengan pelan Kerajaan untuk mencapai status negara ekonomi berpendapatan tinggi, membudayakan inovasi dan kreativiti, serta meningkatkan kemahiran dan jumlah modal insan tempatan yang berkualiti dalam industri kreatif, Kumpulan Syarikat KRU telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan KRU Academy sebagai institusi pengajian tinggi bertaraf vokasional yang memberikan tumpuan kepada kemahiran berkaitan industri media dan hiburan.

Majlis pelancaran KRU Academy telah disempurnakan oleh Y.Bhg Datuk Badlisham Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif, Multimedia Development Corporation (MDeC) dan turut disaksikan oleh rakan strategik KRU Academy iaitu Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Universiti Multimedia Malaysia (MMU) selain daripada para jemputan khas dan wakil pihak media.

Klik untuk imej besar...


SHAFIE APDAL NAFI BERI WANG PADA ZAHIDA


"Saya mengikuti setiap berita paparan di media dan blog yang mengaitkan nama saya kepada laporan polis seperti yang dilaporkan oleh individu bernama Noor Azman Azemi bertarikh 13 Mac 2012.

Laporan itu mendakwa bahawa dia pernah bekerja sebagai pemandu, selain itu dia turut menyatakan bahawa saya pernah memberikan sejumlah wang yang besar kepada artis bernama Zahida Mohamed Rafik.



23 April 2012

12 GAMBAR NOSTALGIA AZZA ELITE


Menjadi anak tunggal kesayangan keluarga memang cukup menyeronokkan, apatah lagi apabila setiap kemahuan pasti dituruti. Begitulah yang berlaku terhadap Azza Elite atau nama sebenarnya Azzarima Zawari Abdul Aziz.

Azza dilahirkan dalam keluarga sederhana di Anak Bukit, Alor Setar, Kedah. Ibunya bernama Rahmah Abdullah dan ayahnya pula bernama Zawari Abdul Aziz.

Klik untuk imej besar...


22 April 2012

SINGLE HAFIZ BAKAL GEGAR INDONESIA


Dengan bekerjasama seorang komposer dari Indonesia, Andi Buyou disamping dua komposer tempatan terkenal iaitu LY & Baiduri, penyanyi lagu Awan nano, Hafiz (AF) bakal melancarkan album single di Indonesia sebelum penghujung tahun ini.

"Alhamdulilah, impian untuk melancarkan karier muzik di Indonesia semakin menjadi nyata dan berharap semuanya akan berjalan dengan lancar," ujarnya dipetik sebagai berkata.



21 April 2012

ZAHIDA RAFIK NAFI TERIMA RM1.5 JUTA


Kasihan sungguh pelakon Zahida Rafik apabila ada pihak yang menimbulkan skandal beliau dengan seorang ahli politik bergelar menteri. Lebih menyedihkan, beliau juga dituduh dibayar sehingga RM1.5 juta oleh menteri terbabit bagi 'menutup mulut' agar tidak membongkar rahsia hubungan sulit yang terjalin.

Dan apa yang memeranjatkan, segelintir pihak mendakwa pendedahan tersebut dibocorkan sendiri oleh bekas pemandu peribadi Zahida. Mungkin akibat sakit mata membaca banyak pertanyaan di laman twitter, akhirnya Zahida membuka mulut mengatakan bahawa bekas pemandu peribadi itu sengaja mencipta fitnah untuk mendapatkan duit daripada pihak tertentu.



20 April 2012

GAMBAR - KERETA KEBANGGAAN AARON AZIZ & ZIZAN RL


Memang hebat kereta milik hero Malaya kita. Siapa lagi kalau bukan Aaron Aziz dan pelawak serba boleh Zizan Raja Lawak.

Kalau nak dikira, bukan murah harga kereta GTR 35 dan EVO 10 ni... namun atas usaha keras sebagai pelakon, Aaron dan Zizan mampu mencapai impian mereka. Harapan kita, moga lepas ni mereka akan terus maju dan tidak mudah lupa diri laksana 'kacang lupakan kulit'... tak gitu?

Klik untuk imej besar...


19 April 2012

GAMBAR SANA SINI - IMEJ BARU LISA SURIHANI


Imej terkini Lisa Surihani dalam filem Dendam Orang M4ti. Nampak macam watak dalam animasi 'Final Fantasy', Girl Next Door dan Amanda dalam cerita Revenge pun ada.

Apa-apapun, Lisa nampak lebih muda lima tahun bila beraksi begini. Jom tengok..!

Klik untuk imej besar...


GAMBAR TERBARU ANAK AQASHA


Alehandra Ahmad Firdee, kini hampir berusia 7 bulan dan masih rapat dan tak mahu berenggang dengan ayahnya Aqasha.

Klik untuk imej besar...


GAMBAR - ANAK DR SHEIKH BELAJAR BERENANG


Anak Dr Sheikh Muszaphar, Bella kini mampu menyelam sedalam empat kaki dan menahan nafas selama tujuh saat dalam air. Dengan teknik dan pengajaran yang betul, Bella kemungkinan boleh menyelam tanpa bantuan sesiapa dan menahan nafas lebih lama.

"Teaching Bella to reach the floor of a 4 feet deep swimming pool . Hopefully by this week she's able to dive down under on her own," ujar Dr Sheikh penuh yakin.

Mungkin agaknya itu semua sebagai persediaan Dr Sheikh untuk membimbing Bella menjadi angkasawan wanita pertama negara. Mana tahukan?

Klik untuk imej besar...


17 April 2012

FELIX AF3 DAPAT BABY LELAKI


Felix Agus, 30, yang mengahwini Lydia Larius Gojih, 27, pada 17 September tahun lalu telah dikurniakan anaki pertama pada 13 April lalu. Difahamkan, bayi lelaki itu selamat dilahirkan di sebuah hospital di Kota Kinabalu, Sabah.

Apa yang membuat bekas pelajar Akademi Fantasia 3 (AF3) itu lebih gembira ialah selepas menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-30 pada 3 April lepas, dia kini menyambut pula ahli keluarga baru.

Klik untuk imej besar...


ZARINA ANJOULIE NIKAHI JEJAKA INDONESIA?


Entah benar entahkan tidak apabila gosip panas kembali menyelubungi artis hangat Zarina Anjoulie. Dakwa satu sumber, Zarina kini telahpun berkahwin dengan seorang jejaka Indonesia bernama David Tamara.

Persoalannya, benarkah Zarina sudah bergelar isteri atau ia sekadar gimik semata-mata?

Bukan apa, kalau tidak hangat atau tidak berkait dengan gosip... pastinya tiada apa yang menarik tentang Zarina. Bermula dengan gambar 18SX dan kemudian bertunang secara mengejut dan kemudian putus... sehingga kepada hubungan 'senyap' dengan Aliff Aziz yang kantoi dengan dakwaan rahsia 'malam itu'.

David dan Zarina - Klik untuk imej besar...


BILA YUSRY & LISA JADI CIKGU


Lisa Surihani dan suaminya Yusry Abdul Halim mengakui kerjaya sebagai guru pada masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran hebat. Malah ia tidak sama dengan cabaran yang dialami oleh Lisa ketika beliau menjadi seorang guru sandaran kira-kira sembilan tahun lepas.

Yusry dan Lisa berkata demikian ketika melaksanakan program 'Teach For Malaysia (TFM) Week' di mana mereka merupakan antara selebriti yang dipilih untuk memainkan peranan sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendamaran Jaya berdekatan Pelabuhan Klang, Selangor, semalam.



16 April 2012

GAMBAR - NASHA AZIZ 'DUTA' JAFZA


Ikhlasnya, ramai yang merindui lakonan Nasha Aziz yang seolah menyepi diri sejak kebelakangan ini. Ramai juga yang tertanya-tanya, apakah yang dilakukan oleh Nasha sekarang?

Dan untuk tatapan anda, jom kita lihat gambar-gambar terkini Nasha bersama peminatnya di KL Convention Center (KLCC) sempena The 9th International Halal Showcase 2012 (MIHAS). Nampaknya, Nasha tidak kekok menjadi 'duta tempatan' bagi sebuah syarikat antarabangsa yang berasal dari Dubai.

Klik untuk imej besar...


14 April 2012

GAMBAR IKHWAN HOT FM BERSOSIAL?


Gambar ini didakwa gambar Ikhwan Hot FM sedang bersosial di 9MM, The Zon Johor Bahru. Difahamkan, ia dirakam secara curi oleh seorang pengunjung yang sedang meraikan hari jadi rakannya di situ.

Dalam hal ini, mungkin Ikhwan secara kebetulan berada di tempat tersebut atas urusan peribadi atau mahu bertemu rakan. Namun dalam dunia hiburan, pelbagai spekulasi boleh timbul tambah-tambah apabila Ikhwan berdamping dengan wanita berbaju 'tembus'.

Rasa-rasanya boleh tak Kak Propa buat gosip dalam Galaksi nanti?

Klik untuk imej besar...


13 April 2012

ISU KAHWIN SHAM: "NO KOMEN" - NURUL HALIMIN


Nurul Halimin Md Salleh, 32, yang kononnya menjadi isteri kedua kepada Sham Kamikaze apabila ditanya media enggan mengulas mengenai gosip perkahwinan yang dihebohkan itu.

"Tanyalah Sham sendiri," ujarnya dipetik sebagai berkata melalui adiknya iaitu Maulana yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia kelapan (AF8).

Nurul Halimin


12 April 2012

SEE YOU IN COURT! - RITA RUDAINI


Rita Rudaini Mokhtar telah menyerahkan kepada peguamnya untuk tindakan lanjut dan menjangkakan kes cerainya akan dibawa ke Mahkamah Syariah dalam masa seminggu. Ia berikutan makluman cerai menerusi mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) oleh bekas bintang bola sepak kebangsaan Aidil Zafuan Abd. Radzak,25, seperti yang dimaklumkan media semalam.

Apa yang menyedihkan, dalam SMS yang diterima oleh Rita itu, Aidil memberitahu yang dia sudah memfailkan penceraian melalui peguamnya.

Klik untuk imej besar...


11 April 2012

GAMBAR - CUKUR JAMBUL ANAK MARION CAUNTER


Majlis cukur jambul anak perempuan Marion Caunter dan SM Nasaruddin yang bernama Leia Rose Caunter Nasarudin. Dalam majlis tersebut, tersusun gambar-gambar menarik Leia sebagai tatapan para tetamu yang hadir.

Untuk info, Leia lahir pada 6 Disember tahun lalu dan namanya adalah hasil gabungan nama kedua ibu-bapanya.

Jom tengok..!

Klik untuk imej besar...


10 April 2012

GAMBAR - GELAGAT YUSRY & LISA


Mungkin ramai yang tahu bahawa Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2011), baru-baru ini merupakan gandingan pertama buat Yusry dan Lisa Surihani sejak bergelar suami isteri.

Namun bukan itu yang kami mahu paparkan... tetapi sebenarnya gambar terkini Lisa yang ternyata tetap comel meskipun baru bangun tidur. Kerana ada pihak yang mencadangkan, kalau nak lihat seseorang wanita itu benar-benar cantik atau tidak ialah ketika mereka baru bangun tidur di waktu pagi!

Dan dalam hal ini, ia jelas terbukti Lisa tetap cun dan comel. Tahniah Yusry..!

Klik untuk imej besar...


'PESTA KETAWA' DI PJ LAUGH FEST 2012


Satu pesta komedi yang bakal membuat anda semua ketawa tanpa henti bakal diadakan pada 5 hingga 27 Mei ini. PJ Laugh FEST 2012, festival komedi Malaysia bakal menghimpunkan pakar komedi tempatan dan antarabangsa anjuran PJ Live Arts dan disokong oleh Jaya One.

Antara pelawak yang dijemput membuat persembahan ialah Harith Iskander dan Douglas Lim untuk show MASTER JOKER MALAYSIA. Sementara itu, peminat Raja Lawak juga akan dihiburkan dengan gelagat Nabil dan Zizan yang pastinya akan membuat pesta ketawa tersebut bertambah riuh.



GAMBAR - PUTRA RAYQAL TERKINI


Wajah terkini anak Nora Danish, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram yang kini berusia hampir 4 tahun.

Nampaknya, tidak lama lagi Putra Rayqal bakal mendapat 'ibu kedua' yang sama cantik dan sama popular dengan Nora. Bagaimanapun, tidak diketahui pula apakah dia juga bakal mendapat 'bapa' lain selepas perkahwinan kali kedua bapanya itu.

Bak kata orang, jodoh dan pertemuan itu kuasa Allah. Atau dalam maksud lainnya, sebagai manusia kita hanya mampu merancang, tetapi hanya Allah sahaja yang menentukannya... tak gitu?

Klik untuk imej besar...


09 April 2012

VIDEO: WHEN THE LIGHT GOES OFF - The Nobodies


Klip video When The Light Goes Off daripada The Nobodies, yang mencapai tontotan lebih 1 juta views dalam tempoh 30 jam. Apa yang menarik, video ini telah melakukan penggambarannya di sekitar Jalan Liew Weng Chee, Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur.

Enjoyzz..!



Music Video by The Nobodies( Alisam ft. IBI & Julia ) performing ( When The Ligh Goes Off ) . Presented by We Love Music (WLM).This Video Was Shot With Canon 550 D.
Production crew : Alisam, Reza Samadi, Mani Maha, Hosein mohamadianfar, Hamid Molana & Jocelyn Soh.

GAMBAR - FARAH LEE BERLATIH DUKUNG ANAK?


Sudah lebih dua bulan Farah Lee dan Ally Iskandar mendirikan rumah tangga. Mungkin kerana mahu berlatih atau sekadar menghilangkan rasa bosan, Farah dilihat amat sukakan bayi atau kanak-kanak.

Agaknya... mungkinkah Farah juga sudah berbadan dua? Atau mungkin agaknya Farah masih belum mahu hamil kerana ingin menghabiskan dulu pelajarannya di Korea? Allahualam..!

Klik untuk imej besar...


AARON AZIZ ARTIS PALING POPULAR


Seperti dijangka, Aaron Aziz terpilih sebagai Bintang Paling Popular dengan undian sebanyak 87,669 undi pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2011). Aaron turut menerima trofi Pelakon Lelaki Filem Popular pada majlis itu.

Sementara penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Taruddin pula mencipta sejarah apabila menerima Anugerah Seri Perak, bersempena dengan sambutan kali ke-25 ABPBH.

Klik untuk imej besar...


06 April 2012

IC SEBENAR AARON AZIZ


Gara-gara ada pihak yang memburukkan pelakon filem Ombak Rindu dengan membubuh huruf rekaan di kad pengenalan, Aaron Aziz akhirnya tampil menunjukkan kad pengenalan sebenarnya. Dengan ini, semua gosip 'gila' yang memperkatakan bahawa namanya ialah ‘Mat Haron Mustapha Mat Aziz Mustafa’ adalah tidak benar.

Kerana yang jelas tertera di kad pengenalan tersebut ialah nama sebenarnya iaitu 'Aaron Mustapha Bin Aziz'. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa Aaron bukan hanya 'jantan' di filem... malah jantan juga di dunia realiti kerana berani menangkis fitnah yang mahu memburukkannya itu.

Syabas Aaron..!

Klik untuk imej besar...


ADDA NAFI BERMADU..!


Akhirnya penyanyi dan pelakon Nur Syuhada Baharuddin, 24, selamat bernikah dengan Farizwan Mohd yang berusia lebih 16 tahun daripadanya. Mereka bernikah pada 30 Mac lalu di rumah keluarga lelaki di Pulau Pinang dalam majlis sederhana secara rahsia daripada pengetahuan media.

Akibat berkahwin secara sembunyi itu, timbul pelbagai gosip yang mendakwa kononnya Adda berkahwin dengan suami orang dan memilih lelaki itu kerana harta. Tambahan pula, dalam entry terbaru Adda di laman facebook, dia ada memuatkan sekeping gambar rumah baru 'hadiah' daripada suaminya.

Klik untuk imej besar...


05 April 2012

GAMBAR - ANAK HARITH & JEZAMINE TERKINI


Gambar terkini Zander Xayne Iskander anak kepada Harith Iskander dan Jezamine yang kini hampir berusia sebulan. Jom tengok..!

Klik untuk imej besar...



ISU GAY: TALHA KINI LEBIH WASPADA


Gara-gara gambar memeluk seorang lelaki yang tersebar di alam maya hingga menggambarkannya seolah seorang 'gay', pelakon Talha Harith mengakui dia kini akan lebih berwaspada.

Menurut Talha, 'pisang tidak akan berbuah dua kali' dan dia tidak akan mendedahkan sebarang gambar peribadi miliknya hingga disalahertikan seperti itu lagi.

"Foto itu sebenarnya adalah dari telefon Black Berry Messenger (BBM) saya yang dijadikan sebagai gambar profil sahaja kerana saya menyukai gambar sedang senyum.

Gambar yang menjadi kontroversi - klik untuk imej besar...


04 April 2012

GAMBAR - AKSI FASHA SANDHA DI PARIS


Gambar-gambar Fasha Sandha sempena penggambaran drama Seindah Sakura untuk tayangan TV3 di Kota Paris.

"Nak balik KL soon. Homesick dah," demikian kata Fasha ketika di sana seolah-olah rindukan seseorang.

Klik untuk imej besar...


Lagi 18 gambar menarik Fasha selepas ini...

03 April 2012

GOSIP KAHWIN ROZITA: DATUK K TERTEKAN


Gara-gara gosip yang mendakwa Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa atau Datuk K menjalin hubungan dengan Rozita che Wan, suaminya kini agak tertekan, demikian dinyatakan oleh penyanyi Datuk Siti Nurhaliza sendiri.

"Gosip itu secara dasarnya telah memfitnah beliau dan sudah tentu menjejaskan emosinya kerana beliau telah dipandang serong oleh segelintir kenalan," ujarnya dipetik sebagai berkata kepada media.



02 April 2012

GAMBAR SANA SINI - SITI & PEMINAT DI BOGOR


Majlis beramah mesra dengan peminat Datuk Siti Nurhaliza anjuran Kelab Peminat Siti di Bogor, Indonesia. Difahamkan, majlis tersebut diadakan juga bagi meraikan ulangtahun ke 17 perjuangan Siti dalam bidang seni semalam.

Dan seperti biasa, apabila perjumpaan seperti ini diadakan, pelbagai sukaneka dipertandingkan. Selain itu, terdapat juga sesi nyanyian dan kejutan buat Siti serta peminat yang turut datang dari Malaysia dan Singapura. Jom tengok..!

Klik untuk imej besar...


Lagi 28 gambar menarik selepas ini...

AZZA ELITE SAH ISTERI AZLAN


Usia bulan penghalang untuk Azlan Zulaily,25, memperisterikan Azza Elite atau nama sebenarnya Azzarima Zawari,34. Malah jarak usia sembilan tahun dianggap oleh Azlan sebagai matang dan mampu membahagiakan rumah tangga yang dibina.

"Saya tidak pernah mengira usia, sebaliknya menerima Azza kerana sifatnya yang suka berterus terang. Yang penting dia seorang yang kelakar. Itu yang menyebabkan saya menyukainya," katanya dipetik sebagai berkata selepas diijabkabulkan di Masjid Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.