31 October 2012

14 GAMBAR - MAJLIS BERTUNANG ANAK ROSYAM NOR


Jika pada 28 Oktober, kami telah siarkan gambar pelamin pertunangan anak Rosyam Nor yang bernama Arniesha Azureen, 23, hari ini kami siarkan pula gambar-gambar pertunangannya dengan Hafiz pada Ahad lalu.

Bagaimanapun, kelibat Rosyam tidak kelihatan dalam gambar ini kerana mungkin Rosyam tidak mahu publisiti tertumpu terhadapnya. Maklumlah... muka Rosyam pun sudah terlalu kerap keluar di media, jadi mungkin beliau lebih mengutamakan ahli keluarganya untuk mengabadikan saat indah itu.

Klik untuk imej besar...

30 October 2012

BEKAS SUAMI ANNE NGASRI SELAMAT BERTUNANG


Jika berita hari ini Anne Ngasri menafikan yang beliau sudah berkahwin dengan seorang VIP, namun berita terkini mengenai bekas suami Anne amat berbeza. Wafi atau nama penuhnya Abdul Wafi Hassan sudahpun bertunang dengan kekasih hatinya Rafeda Razif pada 28 Oktober lalu.

Lebih menarik, mereka dikatakan bakal melangsungkan pernikahan pada hujung tahun ini. Namun tarikh dan tempat nikah masih belum diketahui kerana Wafi tidak mendedahkannya kepada media. Heh.

Klik untuk imej besar...

10 GAMBAR - NOSTALGIA SERINA REDZUAWAN


"Kenangan manis ketika melakonkan watak rekrut Inspektor Nur Fatimah dalam Drama Akademi Polis. Miss this moment," luah Serina Redzuawan apabila mengimbas gambar-gambar nostalgianya.

Iyalah... 'tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain'. Ikhlasnya, Serina memang seorang artis berbakat besar yang mampu membawa apa watak sekalipun termasuk mengendalikan pelbagai rancangan masakan, dokumentari dan sebagainya.

Jom layanz..!

Klik untuk imej besar...

ANNE NGASRI NAFI JADI ISTERI KEDUA VIP


Kalau ada bukti, sila dedahkan!

Demikian cabar Anne Ngasri, 28, mengenai gosip terkini yang mengatakan beliau sudah berkahwin dengan seorang VIP. Lebih mengaibkan, dia juga didakwa menjadi isteri kedua kepada VIP tersebut yang berstatus ahli politik.

Klik untuk imej besar...

29 October 2012

2 GAMBAR - AKSI ALLY DAN FARAH LEE DI AIDILADHA


"Eid Adha Mubarak from us, Seoul Central Masjid," kata Farah Lee mengenai gambar menariknya bersama suami sempena Hari Raya Aidiladha.

Waahhh... beraya kat Korea nampaknya abang Ally Iskandar kita. Moga lepas ni, mereka akan terus bahagia dan beraya bertiga pula. Amin.

Klik untuk imej besar...

28 October 2012

6 GAMBAR - PELAMIN PERTUNANGAN ANAK ROSYAM NOR


Persiapan majlis pertunangan anak pelakon dan penerbit Rosyam Nor iaitu Anniesha yang tidak diketahui tarikh dan tempatnya. Difahamkan, ia telah mendapat sentuhan pereka persiapan perkahwinan dan pertunangan Ariwedding Couture yang berpengalaman dalam bidang tersebut.

Apa-apapun, tahniah diucapkan buat Rosyam atas khabar gembira tersebut. Nampaknya lepas ini, bolehlah kita merasa nasi minyak pula. Alahai..!

Klik untuk imej besar...

Rosyam bersama pereka majlis Ariwedding Couture...

26 October 2012

6 GAMBAR - RAGAM LISA & YUSRY DI AIDILADHA


"Singgah rumah mummy daddy yusry for Aidiladha," ujar Lisa Surihani beberapa jam yang lalu.

Inilah yang dikatakan bercinta selepas kahwin. Meskipun mereka sudah bergelar suami isteri, namun kemesraan dan gurau senda tetap tidak pernah suram. Bak kata orang, setiap hari bagi mereka adalah 'first night'. Heh.

Jom tengok..!

Klik untuk imej besar...

5 GAMBAR - KAD PERKAHWINAN DIANA & FARID KAMIL


Kad jemputan pernikahan Diana Danielle dan Farid Kamil yang bakal berlangsung pada 3 November 2012 di Hotel Flamingo, Ampang, Selangor. Ia nampak ringkas, tetapi penuh gaya dan pastinya memberi seribu makna yang sukar dilupakan oleh pasangan ini nanti.

Untuk info, ia direka oleh pembuat kad berpengalaman KadLawo.com khas untuk Diana dan Farid. Rasanya... ia sudah diedarkan kepada keluarga, saudara-mara dan sahabat handai kerana tarikh nikah mereka sudah terlalu hampir.

Klik untuk imej besar...

BETTY BANAFE NIKAH JEJAKA INGGERIS 8 DISEMBER


Betty Banafe yang kelihatan agak lambat bertemu jodoh berbanding rakan artisnya yang lain akhirnya memilih jejaka Inggeris sebagai bakal suami. Betty dan Bruce Dargus bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada 8 Disember ini.

Manakala majlis resepsi pula bakal dilangsungkan di Danga Bay Convention Centre, Johor Bahru, empat hari selepas nikah.

Untuk info, bakal suami Betty merupakan jejaka kacukan Britain-Lubnan dan mereka telah bertunang pada 14 Jun lalu. Katanya, kebijaksanaan Bruce berjaya menambat hatinya berbanding jejaka lain.

Klik untuk imej besar...

PERKAHWINAN APEK & LEUNIEY TUTUP TIRAI 2012


Akhirnya, penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi (Apek) dikatakan bakal melangsungkan perkahwinannya dengan Leuniey pada bulan Disember ini (kemungkinan 28 haribulan). Malah khabar gembira tersebut sudah diwar-warkan melalui media apabila mereka bergambar mesra umpama merakamkan gambar perkahwinan layaknya.

Bagaimanapun, difahamkan Mereka tidak bertunang tetapi bakal melangsungkan pernikahan sahaja. Majlis persandingan akan diadakan sebanyak dua kali iaitu di Hotel Renaissance Kota Bharu dan di Hotel Perdana Beach Resort Kota Bharu, Kelantan.

Klik untuk imej besar...

MASTERCHEF AUSTRALIA POPULARKAN ALVIN QUAH


Alvin Quah, peserta berbakat besar dalam MasterChef Australia Musim Kedua yang merupakan anak kelahiran Malaysia mengagumkan ramai pihak dengan masakan kreatif beliau berteraskan inspirasi elemen-elemen Asia, berkonsep ringkas dan unik.

Kini, AYAM Brand Australia telah bekerjasama dengan Alvin Quah untuk mempromosikan masakan Malaysia menerusi bahan-bahan dan sos Asia daripada rangkaian jenama tersebut.

Klik untuk imej besar...

25 October 2012

MAKAN MALAM KHAS BERSAMA JAMAL ABDILLAH


Pada 24 November ini, raja pop Jamal Abdillah akan membuat persembahan khas dalam satu majlis makan malam bertajuk "Malam Penghujung Rindu bersama Jamal Abdillah" di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor (HSPJ).

Persembahan tersebut dijangka memukau kira-kira 600 hadirin dengan lagu-lagu popularnya yang pasti memikat jiwa. Ia bertujuan menyediakan platform untuk penyanyi dan penghibur itu menghiburkan peminat setia yang rindukan suaranya.

Klik untuk imej besar...

ADELIA HANYA ANAK ANGKAT - ADI PUTRA


Jika semalam ada yang terkejut apabila Adi Putra memuat naik gambar baby bernama Adelia Haadi yang disangka anak kandungnya, hari ini dia tampil menjelaskan bahawa Adelia sebenarnya hanya sekadar anak angkat.

Kata Adi Putra melalui Instagram, dia telah mengambil anak angkat menjadi anaknya sendiri. Tambahnya, ia adalah satu kurniaan Allah yang amat istimewa yang belum pernah dirasainya sebelum ini. Tahniah diucapkan..!

Klik untuk imej besar...

SEPARUH SEDAR - LAGU TERKINI JIPIE PESAWAT


Bersempena menyambut ketibaan Hari Raya Aidiladha, vokalis dari band PESAWAT iaitu Jipie, telah melancarkan sebuah projek solo dengan lagu berjudul ‘Separuh sedar’.

Berbeza dengan muzik PESAWAT sendiri, lagu ‘Separuh sedar’ merupakan lagu yang berkonsepkan kerohanian. Ia adalah lagu sepenuhnya hasil nukilan Jipie sendiri dan ia sudah mula diputarkan di corong-corong radio dewasa ini.

Klik untuk imej besar...

24 October 2012

5 GAMBAR - AKSI ARTIS MENGANDUNG


Memang menarik apabila tahun 2012 menjadi tahun pilihan untuk artis kita hamil. Meskipun baru pertama kali, namun mereka kelihatan cukup matang dan ada juga yang sudah mempelajari cara-cara menjadi ibu melalui anak tiri.

Oleh yang demikian, tahniah diucapkan buat mereka dengan harapan moga semuanya berjalan dengan lancar hingga proses melahirkan. Tapi rasa-rasanya... seri mengandung siapakah yang paling menarik ya? Heh.

Klik untuk imej besar
Eira Syazira..

23 October 2012

13 GAMBAR - PRA PERKAHWINAN LEE CHONG WEI


Setelah menjuarai banyak pertandingan dan bergelar pemain badminton No 1 dunia, akhirnya Datuk Lee Chong Wei akan mengahwini kekasihnya Wong Mei Choo. Majlis tersebut akan diadakan pada 9 dan 10 November ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Lebih 1000 jemputan VIP antaranya Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bakal meraikan perkahwinan mereka berdua. Tahniah..!

Klik untuk imej besar...

22 October 2012

3 GAMBAR - MAYA KARIN DAKI GUNUNG NEPAL



"Nak gerak dah ke arah gunung. Esok mula mendaki. Tweet you guys again next week! Jaga diri," ujar Maya Karin beberapa hari lalu. Untuk yang belum tahu, Maya kini berada di Di Kathmandu, Nepal untuk mendaki gunung Tserko Ri.

Kalau difikirkan, bukan calang orang yang mampu membuat pendakian sebegitu... kerana ianya memerlukan kecergasan dan kecekalan diri. Tambah-tambah apabila sudah bergelar artis. Huh..!

Klik untuk imej besar...

3 GAMBAR - KELUARGA BAHAGIA UMIE AIDA


Kasih sayang tidak mengenal rupa dan sempadan. Hakikat tersebut memang tepat buat pelakon Umie Aida yang mencurahkan kasih sayang tidak berbelah bagi terhadap anak angkatnya Mohd. Dzulhelmy, 18, dan Mohd. Daniel Firdaus, 19.

Malah perasaan Umie itu jelas diluahkan sempena hari lahir anaknya yang ke-19 minggu lalu. "Hehe... mengapa dimata ibu Daniel macam budak kecik lagi..? Hmm... 19 tahun huh. Alhamdulilah," ujar Umie yang seolah tidak percaya bahawa kedua anaknya kini sudah dewasa.

Klik untuk imej besar...

20 October 2012

IBRAHIM JUNID PENUHI KEKOSONGAN ZIELA JALIL



Bak kata orang, 'kasih sayang ibu seluas lautan'..!

Begitu jugalah halnya dengan Ziela Jalil, 42, yang telah berjaya menjadi ibu susuan kepada anak angkatnya Ibrahim Junit Abdullah yang kini berusia 10 bulan. Bagaimanapun, proses tersebut telah dilakukannya melalui kaedah tertentu yang memenuhi syariat Islam.

"Saya tidak berasa kekok untuk menjaga Ibrahim walaupun sudah 17 tahun tidak mempunyai anak kecil.

Klik untuk imej besar...

19 October 2012

3 GAMBAR - APEK & LEUNIEY PILIH BAJU TUNANG?


Jika malam ini (20 Oktober 2012), Apex atau nama sebenarnya Khairul Fahmi Che Mat bakal bertarung dengan ATM bagi merebut piala Malaysia 2012, namun kisah di balik tabir sebenarnya lebih menarik. Ada desas-desus yang mengatakan dia dan kekasih hatinya Leuniey Natasha kemungkinan akan bertunang tidak lama lagi... namun entah benar entahkan tidak, Allahualam!

Apa yang menarik perhatian, di akaun Instagram milik Apex terdapat gambarnya dengan seorang pereka fesyen bersama-sama Leuniey sendiri. Lebih menimbulkan teka teki, gambar tersebut memperlihatkan mereka pergi ke sebuah kedai untuk membeli kain.

Klik untuk imej besar...

18 October 2012

GAMBAR - LAWAK FASHA & JEJAI



Kata orang, usik mengusik membawa bahagia. Demikian juga halnya dengan pasangan dua sejoli Fasha Sandha dan Rizal Ashram Ramli (Jejai) yang masih mesra bagai baru bercinta layaknya.

Jika tidak lama dahulu Rizal mengenakan isterinya dengan menampilkan gambar tidur, kini Fasha pula mengenakan Rizal dengan gambar 'turban'.

"Hahhaha bwek. U buat i boleh now i edit pic u plak," tulis Fasha melalui Instagram.

Klik untuk imej besar...


LAGU BARU: 'TENANG SAYANG' OLEH MIRA TILU


Lagu terbaru daripada SSK yang turut tercalon untuk Anugerah Industri Muzik 19 untuk kategori Lagu hiphop terbaik berjudul 'Tenang Sayang'. Lagu ini diterbit, digubah oleh DJ Jocular manakala liriknya oleh Sxph, NBE & Pa'an (AMPG) dan Vocals oleh Mira Tilu.



17 October 2012

HARAPAN HIDUP PELAKON VETERAN KUSWADINATA TIPIS


Tiada harapan untuk hidup!

Demikianlah penjelasan doktor mengenai sisa-sisa perjuangan Pelakon veteran Kuswadinata, 74, (Kuswadi Bujang) melawan penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar sejak beberapa tahun lalu. Beliau kini sedang tenat di Hospital Ampang, Selangor dan diberitakan semakin kritikal akibat pendarahan pada usus merebak dan jantungnya mungkin akan berhenti bila-bila masa.

"Sejak dimasukkan ke wad (Hospital Ampang) pada 7 Oktober lalu, ayah diminta berpuasa sehinggalah ke hari ini (Selasa) untuk mengurangkan pendarahan dalam badan," ujar anak bongsunya Rizal, 23.

Kuswadinata sakit sejak 2008...
 
















16 October 2012

BILA AQASHA 'NAFI' DAPAT BABY BARU


Macam nak gelak berguling-guling apabila membaca komen Aqasha mengenai cerita yang  mengatakan beliau baru mendapat anak kedua bernama Alaena Ayesha. Malah ada pihak yang sudahpun menyiarkan gambar baby tersebut di ruangan forum termasuk blog apabila Aqasha sendiri mengupload gambar baby tersebut di instagram.

"Di mana logiknya anak pertama aku baru tujuh bulan, dah dapat anak kedua? Homework please homework. Just a phone call or sms. Kalau anak pertama baru tujuh bulan, macam mana nak lahir anak kedua. Itu kisahnya," ujar Aqasha melalui Twitter seolah berseloroh.

Aikk... yang mana satu betul ni.!!

Klik untuk imej besar...


3 NOVEMBER - TARIKH NIKAH FARID KAMIL & DIANA DANIELLE


Jika pada 1 September lalu, Farid Kamil, 31, dan Diana Daniellla, 21, bertunang secara senyap di Damansara, Selangor... tapi kali ini lain pula ceritanya. Pasangan dua sejoli ini telah tampil menyatakan bahawa mereka telah siap bergelar suami isteri pada 3 November depan.

"Syukur, hubungan kami mendapat restu keluarga. Insya-Allah kami akan bernikah pada 3 November ini. Doakanlah kebaikan perkahwinan kami," kata Farid ketika pra tonton filem Pe3 terbitan Metrowealth Movie Productions semalam.


15 October 2012

HANS ISAAC AKUI 'SERIUS' DENGAN NEELOFA


Akibat sindiran segelintir pihak yang mengibaratkan pelakon dan pengacara Nona, Neelofa seperti 'perigi mencari timba', akhirnya tanpa diduga Aktor dan produser Hans Isaac, 41, mengakui hubungannya dengan Neelofa 'serius'.

Bagaimanapun, Hans masih mahu bermain teka-teki mengenai kisah cintanya itu kerana bimbang 'pisang berbuah dua kali' apabila sering gagal dalam percintaan. Katanya, biarlah kali ini ia menjadi rahsia peribadinya kerana sebelum ini dia sudah banyak berkongsi kisah cinta dengan peminat.

Klik untuk imej besar...

GAMBAR - BIRTHDAY LEUNIEY DISAMPING APEK

Selepas heboh dengan isu kontrak RM3 juta dalam arena bolasepak, pasangan yang mengaku sedang bercinta iaitu Khairul Fahmi Che Mat (Apek) dengan Leuniey Natasha kelmarin telah meraikan hari lahir dalam suasana cukup mesra.

Majlis yang berlangsung secara kecil kecilan pada 13 Oktober itu merupakan majlis sambutan hari lahir Leuniey sendiri. Ia telah dihadiri oleh rakan-rakan dan keluarga tanpa kelibat pihak media. Happy Birthday diucapkan buat Leuiney..!

Klik untuk imej besar...


KREATIF X-PRESS - KERJASAMA KRU & MOSTI


Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) dengan kerjasama KRU Academy baru-baru ini telah melancarkan program “Kreatif X-Press” di SMK Dato’ Abdul Rahman Yaakub, Merlimau, Melaka. Program ceramah kerjaya dan bengkel bergerak bagi memperkenalkan Industri Kreatif ini merangkumi lapan buah bandar di Semenanjung Malaysia, dengan destinasi terakhirnya dijadualkan berlangsung di Pekan, Pahang pada 8hb November 2012.

Matlamat penganjuran Kreatif X-Press, yang selaras dengan visi MOSTI, adalah:-

1. Menggalakkan pemikiran kreatif serta mempromosikan inovasi, dan pada masa yang sama mencungkil bakat-bakat baru di Malaysia;

Klik untuk imej besar...

MUZIK VIDEO: 'PENGHUJUNG' OLEH NAWI


Lagu 'Penghujung' ini diterbitkan oleh Tripdisz yang juga merupakan penerbit dan penggubah lagu yang tidak asing dikalangan pengemar muzik tahanair seperti, 'Aku Maafkan Kamu' (Malique / Jamal Abdillah), 'Teman Pengganti' (Malique / Black), 'Bawaku Pergi' (Zizan / Kaka) dan banyak lagi.

Lagu ini juga dipersembahkan secara kolaborasi bersama Frequensi dari kumpulan NtahSape2Ntah dan Lady D. Untuk indo, Lady D yang pernah dikenali dengan lagu 'B.O.M.O.H' dari album Too Phat dan 'Everything Changes' oleh Poetic Ammo.

Suntingan dan adunan lagu ini dilakukan oleh Al-Z di IBP Studio manakala adunan 'mastering' dilakukan oleh CL Toh. Lirik lagu, idea dan konsep asal ditulis oleh Nawi sendiri manakala lirik tambahan ditulis oleh Frequensi dan Lady D.



12 October 2012

VIDEO - NOSTALGIA AZNIL NAWAWI 1994


Wajah Aznil Haji Nawawi pada tahun 1994. Ketika itu, beliau menjadi pelakon Iklan Cadburry yang  agak macho! Heh.

Jom tengok...!



11 October 2012

GAMBAR - ERIN MALEK YANG HANGAT MENGGODA


Gambar menggoda Erin Malek di atas katil yang dimuat naik ke Instagram. Menurur sumber, ianya mungkin ditujukan khas untuk kekasih hatinya yang bernama 'W'. Allahualam.

Harapan kita, moga Erin cepat sedar bahawa gambar begini hanya akan memburukkan reputasinya sebagai artis. Bak kata pepatah, Biar buruk rupa, jangan buruk perangai. Heh!

Klik untuk imej besar...

JIMMY SHANLEY SAH BERCERAI DENGAN NURSUHAILA


Akhirnya, pengacara Jimmy Shanley Norjahan Salleh dan isterinya Nursuhaila Eliani Suhaimy sah bercerai talak satu secara khuluk atau tebus talak dengan bayaran RM1. Lafaz cerai tersebut dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abd Halim Abu Samah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Selangor semalam atas persetujuan bersama.

Dengan lafaz itu, Abd Halim yang mendengarnya kemudian membenarkan jatuh talak satu dan mengarahkan Nursuhaila bersuci tiga kali edah.


10 October 2012

GAMBAR - AARON AZIZ & DYTM RAJA PUAN MUDA PERLIS


Gambar menarik Aaron Aziz bersama DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Khabarnya, mereka berdua telah bertemu secara tidak sengaja ketika menaiki kapalterbang yang sama. Wahh... bertuahnya Aaron!

Untuk info, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen atau lebih dikenali dengan panggilan 'Ku Puan' merupakan isteri kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin. Beliau kini adalah Pro Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) selama lima tahun iaitu mulai 13 Disember 2011 sehingga 12 Disember 2016.

Klik untuk imej besar...


09 October 2012

MUZIK VIDEO HAZAMA - AKU MAU DIA


Muzik video lagu tema filem 'Apa Celop Toqq', berjudul 'Aku Mau Dia', yang menampilkan Hazama AF9. Pengambaran klip video tersebut telah dilakukan sekitar Jalan Ampang dan Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Untuk info, 'Aku Mau Dia' digubah oleh Jasnie Yaakob dan lirik oleh Brenda Anura dan ia dipilih menjadi lagu tema kerana dikatakan amat bersesuaian dengan filem yang bergenre komedi itu. Manakala pemilihan Hazama sebagai penyanyi dan pelakon pula berdasarkan pemahaman watak dan penghayatannya yang amat mendalam.


RANDY PANGALILA NAFI CINTAI ELFIRA LOY


Isu permit tidak timbul sama sekali kerana semua keperluan itu sudah dipenuhi sejak awal lagi. Oleh yang demikian, pelakon Indonesia, Randy Pangalila, 22, meminta agar isu tersebut tidak dipanjangkan kerana ia hanya akan memburukkan keadaan.

"Isu itu timbul kerana salah faham dan komunikasi pihak tertentu. Saya tidak mahu bercerita lanjut kerana ia akan memburukkan keadaan sahaja.

Klik untuk imej besar...

08 October 2012

4 GAMBAR - RAJA EMA YANG MAINTAIN CUN


Meskipun lagu popularnya 'Jejaka Idaman' telah dinyanyikan kembali dan diberi nafas baru oleh Lynnzay Affandy (Jejaka Idaman 2.0), namun nama Raja Ema, 43, sebenarnya tidak terkubur begitu sahaja. Terkini, beliau bakal berlakon kembali dengan syarat bukan di luar Lembah Klang atau melibatkan terlalu banyak babak.

Apa yang menarik, 'Hot Mama' yang sudah mempunyai dua orang anak ini masih maintain cun seperti zaman popularnya dahulu. Malah, tubuhnya juga makin slim dan tidak tembam!

Klik untuk imej besar...

GAMBAR TERKINI NORA DANISH KEMBALI KE SEKOLAH


Memang menarik apabila Nora Danish kembali ke alam persekolahan dan memakai seragam sekolah. Beliau bukan hanya kelihatan comel dan cute, malah menyerlahkan sifat periang yang pastinya menawan hati rakan sekelas terutama sang lelaki.

Untuk info, itulah watak Nora dalam filem Lagenda Budak Hostel terbitan Metrowealth yang telah dilancarkan pada 19 September lalu. Antara pelakon lain yang terlibat dalam filem tersebut ialah Along Raja Lawak, Angah Raja Lawak, Along Eyzendy dan ramai lagi.

Klik untuk imej besar...

ADIRA NAFI RETAKKAN CINTA ANNE & ALIFF


Setelah digosipkan putus cinta dengan AG (Coco), Adira, 22, atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi akhirnya membuka mulut mengenai gosip hangat yang melanda. Menurut penyanyi itu, dia bukan punca berkecainya cinta antara Aliff Aziz dan Anne Ngasri seperti yang digembar-gemburkan.

"Saya tidak terlibat langsung dalam keretakan hubungan mereka dan saya tidak mahu terlibat dalam masalah yang dibangkitkan sejak kebelakangan ini," ujarnya ketika dihubungi media.

Klik untuk imej besar...

05 October 2012

3 GAMBAR - MANISNYA MELISSA SAILA BERHIJAB


Akhirnya... Melissa Saila, anak seniwati Mariani yang juga anak saudara arwah seniwati Saloma sah kini mengenakan hijab. Difahamkan, beliau mengenakan hijab sejak beberapa bulan lalu, atas faktor usianya yang semakin meningkat.

"Saya pakai tudung sejak bulan enam yang lalu. Sebenarnya saya ingat mahu mula pakai tudung pada bulan Ramadan lepas, tetapi tiba-tiba Allah buka pintu hati lebih awal. Bila lagi saya kena pakai jika tidak sekarang. Umurpun sudah masuk 40 tahun.

Klik untuk imej besar...

IZATUL GANTI SERINA DALAM INSPIRASI KOKO 6


Menggantikan pengacara yang sememangnya sudah popular iaitu Serina Redzuawan bukanlah halangan bagi pengacara baru Izatul Akmal untuk mencipta nama. Malah tugas yang digalas untuk mengendalikan 'Inspirasi Koko musim 6' yang bersiaran di TV2 (Ahad ini, pukul 5 petang) menjadi pemacu bakatnya dalam bidang pengacaraan.

Ini kerana, ketiadaan Serina yang kini sedang sibuk mengendalikan sebuah rancangan khas yang diberi judul 'Jelajah Rasa Etnik' di seluruh Asia bagai membuka ruang untuk Izatul berkembang. Sehubungan itu. Izatul bertekad memastikan kelangsungan rancangan Inspirasi Koko itu terus diminati ramai.

Klik untuk imej besar...

04 October 2012

THE NOBODIES MUNCUL DENGAN KLIP TERKINI


Masihkah anda ingat lagi dengan kumpulan The Nobodies yang bertapak di Malaysia? Ini kerana, Muzik video mereka iaitu 'When The Light Goes Off' yang telah dirakamkan di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur pada bulan April lalu telah memikat hati ramai penggemar muzik.

Kini, mereka kembali dengan muzik video terbaru yang berunsur komedi di mana lokasi penggambaran video klipnya telah dilakukan sekitar Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Jom tonton video klip mereka itu.




kredit info: Mata Hari

YUNA & JACYLN VICTOR DOMINASI AIM KE-19?


Enam pencalonan untuk Yuna (Yunalis Zarai) jelas memperlihatkan betapa penyanyi bertaraf antarabangsa ini bakal memberi cabaran habat pada Anugerah Industri Muzik ke 19 (AIM 19) yang bakal diadakan pada 17 November 2012 (8.30 malam) di Stadium Melawati Shah Alam, Selangor.

Untuk info, beliau dicalonkan dalam kategori Kulit Album Terbaik (Terukir Di Bintang), Video Muzik Terbaik (Sparkle), Lagu Pop Terbaik (Terukir Di Bintang), Lagu Inggeris Tempatan Terbaik (Memo dan Photo of You) dan Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu (Terukir Di Bintang).


03 October 2012

9 GAMBAR - KEBAHAGIAAN SERINA REDZUAWAN


"After so long tak jumpa my babies. Thank you papa bawak diorang ke set shooting. Miss them like crazy," begitulah luahan Serina Redzuawan yang amat sibuk kebelakangan ini.

Apa tidaknya, dia bersama rakan perniagaannya dalam YKS Film Maker, Yusof Kelana sedang sibuk menyiapkan program TV 'Jelajah Rasa Etnik' di seluruh Asia. Malah badan Serina juga dah sedikit tembam dek kerana asyik merasa makanan enak yang disediakan oleh etnik-etnik tersebut. Heh.

Klik untuk imej besar...

02 October 2012

VIDEO MAJLIS AQIQAH & CUKUR JAMBUL ANAK TOMOK



Jika pada 17 September lalu kita telah melihat gambar-gambar majlis aqiqah dan cukur jambul anak Tomok, iaitu Arrianshah Akid... kini dipaparkan pula video majlis tersebut. Apa yang pasti, Tomok nampaknya amat bersemangat dan sekaligus menjadi bapa prihatin dengan kehadiran Arrian dalam keluarganya.

Saksikan..!



VIDEO + 3 GAMBAR - AKSI JEJAI & FASHA SANDHA


Video menarik Perlumbaan kedua Lamborghini Blancpain Supertrofeo Asia di litar antarabangsa Guangdong, China baru-baru ini. Difahamkan, Rizal Ramli (Jejai) terlepas sesi ke-2 kelayakan disebabkan kemalangan di kelayakan pertama. Dia yang bermula tempat ke-12 pada grid, akhirnya berjaya menyusuri grid akhir di podium tersebut.

Selain itu, dipaparkan juga gambar terbaru Fasha Sandha yang kelihatan manis dibulan awal kehamilan. Dan seperti biasa, Fasha juga telah sudi berkongsi gambar makanan kegemarannya yang pasti membangkitkan selera. Jom tengok!


NEELOFA MALU BILA HANS DIAM DIRI


Bak kata pepatah, takkan perigi mencari timba!

Begitu jugalah halnya dengan Neelofa yang digosipkan mempunyai hubungan cinta dengan Hans Isaac. Katanya, dia tidak mahu bercerita banyak mengenai perkara itu kerana ia boleh mengundang persepsi yang buruk dikemudian hari.

Klik untuk imej besar...

01 October 2012

4 GAMBAR - APEK & LEUNIEY MABUK CINTA?


Gambar Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Natasha, yang kelihatan mesra menerusi Instagram. Difahamkan, gambar ini telah di upload sendiri oleh Apek dan Leuniey dengan klu 'us' sekaligus menimbulkan tanda tanya mungkinkah mereka berdua sedang mabuk cinta?

Klik untuk imej besar...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...