30 November 2012

5 GAMBAR - RAGAM TERKINI ANAK FARAH AF2


Gambar terkini anak Farah Diana (Farah AF2) yang diberi nama Elsa Johan. Untuk info, Elsa lahir pada 15 ogos 2012 yang lalu.

Apa yang menarik, meskipun nama anak Farah ni agak ringkas dan tidak seperti segelintir artis lain yang memberi nama agak panjang dan kebaratan, namun ia sebenarnya ada keistimewaan yang tersendiri. Ialah, bila tiba masa mahu menikah nanti, pastinya nama tersebut senang untuk disebut dan tidak berbelit lidah dibuatnya. Heh.

Klik untuk imej besar...

EZAD (EXIST) 'KEMPUNAN' JINJANG PELAMIN


Masihkah anda ingat dengan Mohd Rohaizad bin Mohd Lazim (Ezad exist) atau kini lebih dikenali sebagai Ezad Lazim? Berita terkini tentang penyanyi solo yang popular dengan lagu 'Renyai di Hati' tidaklah begitu menyenangkan apabila beliau sendiri mengesahkan sudah putus tunang.

Malah majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung pada Julai lalu dengan pembantu peribadi, Asliza Abdullah, tidak kesampaian. Perkenalan selama empat tahun dengan bekas tunangnya itu gagal bertahan lantaran dakwanya pihak perempuan tidak bersungguh mahu ke jinjang pelamin.

Ezad & Azliza - Klik untuk imej besar...

29 November 2012

1 DISEMBER - ELLA SANDING BERDUA, FARID & DIANA BERTIGA


Bulan Disember ini, cukup ramai artis dan selebriti bakal melangsungkan perkahwinan termasuk mengadakan majlis resepsi serta persandingan. Namun yang paling menarik ialah majlis persandingan Ratu Rock Negara, Ella dan pasangan dua sejoli Farid Kamil dan Diana Danielle.

Apa tidaknya, Ella yang akan mengadakan persandingan tersebut di Ampang, Selangor pastinya sudah amat bahagia bersama suaminya Azhar. Ini kerana, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin yang kini berusia 46 tahun, boleh dikira cukup lama hidup membujang.


7 GAMBAR - GAYA NUR FAZURA BERTUDUNG & DAZZLING


Aksi Nur Fazura di Shout Awards 2012 yang dikatakan oleh segelintir pihak agak dazzling namun tidaklah terdedah. Bagaimanapun, ia berbeza sekali dengan penampilannya di sebuah program berjudul 'Bahagia & Membahagiakan' di mana Fazura hadir bertudung dan berjubah.

Doa kita, semoga Fazura akan meneruskan penampilan bertudung dan bukan hanya ketika mengikuti sesuatu program semata-mata. Amin.

Klik untuk imej besar...

28 November 2012

8 GAMBAR - AKSI BELLA TUNAI UMRAH


Gambar menarik Bella, anak Angkasawan Negara Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina mengerjakan Umrah pada pertengahan November lalu. Nampaknya, Bella makin membesar dan menjadi harapan bapanya untuk meneruskan tradisi meneroka angkasa.

"Had to carry Bella on the shoulder performing the Tawaf," demikian kata Dr Sheikh.

Jom tengok..!

Klik untuk imej besar...

26 November 2012

ISU NAFKAH - RITA RUDAINI SAMAN AIDIL ZAFUAN


Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Radzak telah di saman kerana didakwa gagal menunaikan tanggungjawabnya memberi nafkah semasa kepada isterinya, Rita Rudaini Mokhtar dan dua anaknya.

Difahamkan, surat saman tersebut telah dihantar ke alamat rumah Aidil di Seremban, Negeri Sembilan. Bagaimanapun, hingga berita ini ditulis, tiada sebarang maklum balas yang diberikan oleh pihak Aidil.


2 GAMBAR - LAGI AKSI LIYANA & TUNANG DATING DI NEW YORK


Aksi mesra Liyana Jasmay dan tunangnya Fathuddin Mazlan dating di New York, Amerika Syarikat. Memang mereka kelihatan amat sepadan bagaikan pinang dibelah dua.  Heh.

Namun ada juga peminat yang memberi komen di laman Twitter Liyana sendiri menyarankan agar mereka cepat-cepat kahwin. Mungkin peminat tersebut rasa 'semacam' melihat aksi dua sejoli itu yang terlalu 'mesra' bagai suami isteri. "Dah kahwin lagi indah.. Cepat-cepat kahwin guys," katanya.

Klik untuk imej besar...

25 November 2012

NABIL RAJA LAWAK DAPAT BAYI PEREMPUAN


Setelah hampir setahun Nabil Raja Lawak mendirikan rumah tangga dengan Zira, kini isterinya itu selamat melahirkan seorang bayi perempuan dengan berat 2.67kg. Bayi tersebut lahir kira-kira jam 8.40 pagi tadi menerusi pembedahan di Klinik Umra, Shah Alam, Selangor.

Untuk info, berita gembira tersebut telah disampaikan sendiri oleh Nabil menerusi twitternya. Tahniah buat Nabil dan Isteri.

Klik untuk imej besar...

23 November 2012

GAMBAR - AKSI SYELLA KAMARUDDIN HAMIL


Masihkah anda ingat dengan kontroversi perkahwinan Syella Kamaruddin yang mana ia dikatakan menelan belanja RM15 juta? Lebih menarik ialah apabila identiti suaminya turut dirahsiakan membuat ramai yang berteka-teki hingga tersebarnya gambar resepsi ala 'Prince William'.

Kini, setelah hampir setahun berlalu, sekeping gambar Syella akhirnya terpapar jua. Beliau kini sudah berbadan dua dan nampaknya makin berseri. Tahniah diucapkan..!

Klik untuk imej besar...

4 GAMBAR - KANDUNGAN FASHA ERAT SILATURAHIM KELUARGA


Rezeki anak! Mungkin itulah perkataan yang tepat buat Fasha Sandha yang kini mengandung empat bulan setengah.

Meskipun dia kini sudah kurang aktif berlakon, namun baru-baru ini Fasha mendapat tawaran menjadi duta untuk dua produk kecantikan dan barangan bayi.

Klik untuk imej besar...

22 November 2012

4 GAMBAR - NORA DANISH DISAMPING ANUAR ZAIN


"Muka hampir sama! Sesuai dan sepadan... kalaulah jodoh, memang terbaek lahh!!! Ramai yang doakan ni," ujar seorang peminat melalui Twitter.

Manakala yang lain pula mengharapkan agar Anuar Zain dan Nora Danish dapat bertemu jodoh sekaligus membina mahligai bahagia. "kawin laaaa. both of you sesuaaaaai. tak tipu niee. haha"

Begitulah beberapa respon terhadap gambar mesra Nora dan Anuar yang diupload melalui Twitter Nora sendiri. Tambah-tambah apabila baru-baru ini Anuar mengatakan yang beliau teringin seorang wanita yang ciri-cirinya sama seperti Nora iaitu 'manja'.

Klik untuk imej besar...

ALIFF AZIZ DAKWA ANNE NGASRI MUNGKIR JANJI


Rumah siap pahat berbunyi!

Demikianlah halnya dengan keputusan Anne Ngasri untuk berkahwin dengan Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda Umno, Mohd Sumali Reduan, 40, pada 22 Disember 2012. Bekas kekasih Anne, penyanyi kelahiran Singapura Aliff Aziz mendedahkan kononnya hati beliau terluka gara-gara Anne mungkir janji untuk menikahinya.

"Ketika masih menjalinkan cinta bersama, kami merancang untuk menamatkan hubungan ini dengan sebuah ikatan perkahwinan pada Disember depan.

Klik untuk imej besar...

21 November 2012

KAHWIN 5 - USOP AKUI MEMANG MIANG


Gambar-gambar Majlis Pelancaran Filem Kahwin 5 (bakal ditayangkan pada 27 Disember ini) terbitan Showbiz Productions di E@Curve, Mutiara Damansara, Selangor semalam. Meskipun hanya empat pelakon utama sahaja yang hadir disebabkan segelintir pelakon seperti Dian P.Ramlee, Anzalna Nasir dan lain-lainnya sibuk dengan tugas lain, namun majlis tersebut tetap berjalan dengan lancar.

Apa yang menarik, Usop Wilcha sebagai 'hero tua' dalam filem tersebut berjaya membawa wataknya sebagai lelaki miang dengan berjaya. Usop dalam temubual dengan myartis.com, mengakui sifat miang memang ada dalam dirinya. Untuk temubual penuh, anda boleh menontonnya melalui Youtube.

Klik untuk imej besar...

20 November 2012

5 GAMBAR - HIJRAH PIERRE ANDRE


“Anugerah yang paling hebat adalah kalimah “La ila ha illallah” yang Allah berikan kepada kita, letak dalam hati kita. Jagalah kalimah ini, carilah ia, kerana itulah kemenangan sebenar. Allahu akbar! Peace, love Allah, love Muhammad,” begitulah ucapan Pierre Andre yang masih diingati oleh kita pada Anugerah Skrin 2012 yang lalu.

Bagi yang masih belum tahu, Pierre kini bergerak aktif mengikuti kumpulan tabligh apabila mendapati jiwanya kosong. Semuanya gara-gara seorang hamba Allah yang mengajaknya menyertai aktiviti tersebut, lantas hatinya terus terpaut. Alhamdulillah!

Klik untuk imej besar...

19 November 2012

2 GAMBAR - DIANA DANIELLE SAH HAMIL..!


"The most precious birthday present, thanks Allah SWT," demikian kata Diana Danielle (DD) mengenai berita gembira dalam hidupnya. Ini kerana, ujian kehamilan menunjukkan yang DD sah hamil selepas mendirikan rumahtangga bersama Farid Kamil baru-baru ini.

Manakala Farid sendiri pula turut mengucapkan syukur atas kurniaan Allah SWT itu. "Alhamdulillah Syukur... moga sempurna. Amin," ucap Farid ringkas.

Klik untuk imej besar...

BEEGO & LINDA HASHIM SELAMAT BERTUNANG


Akhirnya, Beego atau nama sebenarnya Md Aszerul Nizam Abdullah, 32, akan melangsungkan perkahwinan dengan aktres Linda Hashim atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 28,  pertengahan tahun 2013 selepas selamat bertunang pada 3 November lalu.

Untuk info, Beego sebelum ini (28 Disember 2007) pernah berkahwin dengan Intan Shahira Mohd Shahru, tetapi kebahagiaan mereka hanya bertahan selama 10 hari.

Klik untuk imej besar...

17 November 2012

5 GAMBAR - ERRA FAZIRA NAFI BERCERAI


"Last day NurMelinda di PD," begitulah kata Erra Fazira mengenai gambar terkininya. Mungkin Erra lega apabila penggambaran drama tersebut sudah selesai dan dia boleh pulang menemui anaknya.

Malah gosip yang melanda mengatakan beliau 'sudah bercerai' disebuah forum hiburan tidak sedikitpun mengganggu tumpuannya sebagai pelakon. Seperti komennya mengenai gosip tersebut, ia hanya sekadar gosip yang bakal hilang ditiup angin.

Klik untuk imej besar...

16 November 2012

SHAHEIZY SAM AKUI 'RAPAT' DENGAN SYATILLA MELVIN


Jika tiada angin, masakan pohon boleh bergoyang.

Nah.. peribahasa tersebut kini amat bersesuaian sekali dengan pelakon Shaheizy Sam yang akhirnya mengakui rapat dengan Syatilla Melvin. Katanya, sifat memahami terhadap dirinya merupakan faktor utama mereka menjadi mesra sejak 2011.

“Saya selesa berkawan rapat dengan dia kerana sikapnya yang memahami. Dia tidak pernah bertanya itu dan ini mengenai kerja saya kerana dia faham dan sokong apa yang saya lakukan.

Klik untuk imej besar...

INFO DRAMA - 10 TELEMOVIE TRIBUTE P.RAMLEE


Suhan Movies & Trading Sdn Bhd telah menghasilkan 10 Telemovie khas untuk slot 'TRIBUTE' P Ramlee dan ia kini dalam proses tayangan di RTM (TV1). Slot 'Tribute' P Ramlee ini menampilkan telemovie khas mengetengahkan lagu-lagu Allahyarham Tan Sri P Ramlee dengan harapan karya-karya seniman agung itu akan terus dihargai.

Apa yang menarik, kesemua telemovie tersebut telah diarahkan oleh beberapa pengarah ternama seperti Bade haji Azmi dan dibintangi oleh ramai pelakon berpengalaman.

Klik untuk imej besar...

15 November 2012

4 GAMBAR - KANDUNGAN IRMA HASMIE MAKIN MEMBESAR


Gambar terkini Irma Hasmie yang kandungannya sudah nampak semakin membesar. Jika sebelum ini selera suaminya Redza Syah Azmeer Mohd Redzuan dikatakan menjadi pelik apabila kuat makan berbanding sebelumnya, namun keadaan sedikit berubah apabila Irma pula mengambil alih situasi tersebut.

Untuk info, Irma dan Redza berkahwin pada 1 Julai 2012 lalu apabila mereka bertemu jodoh di Tanah Suci Mekah.

Klik untuk imej besar...

14 November 2012

2 GAMBAR - LIYANA JASMAY PULANG LEPAS RINDU


"Pack nak balik! Yayy nak balik rumah ku! Rindu cinta!!" begitulah kata Liyana Jasmay sebentar tadi mengenai aksinya main sorok-sorok dalam kotak.

Harapan kita semoga Liyana selamat pulang dan dapat melepaskan rindunya itu. Maklumlah... orang sedang dilamun cinta. Heh.

Klik untuk imej besar...

GAMBAR - AARON AZIZ & FAMILY


Gambar menarik Aaron Aziz dan keluarga bersantai di Aquila Private Game Reserve, Safari Cape Town, Afrika Selatan. Nampaknya, Aaron masih ada masa untuk keluarganya walaupun sering sibuk dengan tugas sebagai pelakon popular.

Cayalah Aaron..!

Klik untuk imej besar...


12 November 2012

5 GAMBAR - AKSI TUDUNG BAWAL FARAH LEE


"Musim berubah, begitu juga kita. Musim berubah mengikut fitrah, begitu jugakah kita?" Demikian tanya Farah Lee yang kini berada di Inha University, Incheon, South Korea.

Lebih menarik, Farah dan Ally Iskandar kini menceburi bidang perniagaan tudung iaitu BAWAL SHAWL... tudung yang mempunyai material seperti bawal tetapi berukuran panjang dan lebar seperti shawl. Nampaknya, mereka berdua kini semakin maju dan mempunyai perancangan masa depan yang cemerlang. Tahniah.

Klik untuk imej besar...

ANNE NGASRI DAN BEKAS SUAMI NIKAH DISEMBER INI


Bak kata orang, bangkai gajah takkan dapat disorok di bawah karpet. Mungkin itulah halnya dengan pelakon Anne Ngasri, 28, yang akhirnya bertunang dengan seorang ahli politik berstatus duda anak satu semalam.

Meskipun gosip sebelum ini agak tersasar apabila ada yang mengatakan Anne sudah menjadi isteri kedua, tetapi hakikatnya ia tetap berada dilandasan yang sama. Cuma bezanya ialah 'kahwin' dan 'bertunang' sahaja di mana status duda telah menjadi 'penyelamat' daripada Anne terus digosip hangat.

Majlis bertunang Anne Ngasri - klik untuk imej besar...  

11 November 2012

12 GAMBAR - PERKAHWINAN DATUK LEE CHONG WEI


Gambar perkahwinan Jaguh Badminton Negara, Datuk Lee Chong Wei dengan pasangannya Wong Mew Choo pada 9 dan 10 November (semalam). Majlis makan malam resepsi perkahwinan telah diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan dihadiri oleh ramai jemputan termasuk rakan-rakan seperjuangan dalam arena badminton.

Jom tengok..!

Klik untuk imej besar...

10 November 2012

CORAT-CORET ANUGERAH SKRIN 2012


Anugerah Skrin 2012 (ASK 2012) terbitan TV3 telahpun menutup tirainya semalam. Filem Bunohan yang kurang mendapat perhatian ramai telah terpilih sebagai 'Filem Terbaik' dan 'Lakon Layar terbaik' mengalahkan banyak saingan yang sememangnya 'laris' di pawagam.

Lebih sinis, lawak yang diketengahkan oleh pelakon dan penerbit Rosyam Noor malam itu telah didakwa oleh segelintir pihak seolah-olah menyindir TV Al Hijrah mahupun TV3 sendiri. Namun bak kata pepatah, 'siapa makan cili, dia yang rasa pedas'.


09 November 2012

DUA KALI GAGAL, HATTAN SERIK KAHWIN?




Faktor usia membuat Hattan, 47, atau nama sebenarnya Mohd Shukri Sahabuddin enggan bercinta lagi. Ini kerana, kegagalan sebanyak dua kali dalam rumah tangga sebelum ini seolah-olah membuat beliau serik untuk mencari pasangan.

Menurut penyanyi yang popular melalui lagu 'Biso Bonar' itu, dia sudah malas nak memikirkan soal kahwin memandangkan usianya sekarang sudah tidak sesuai untuk kembali bercinta.

Hattan dan anaknya Adam Iman...

08 November 2012

KES NUSYUZ - RITA RUDAINI BERJAYA HALANG AIDIL


Permohonan Aidil Zafuan Abd. Radzak yang mahu menuntut isterinya pelakon Rita Rudaini Mokhtar agar kembali taat (nusyuz) ditolak oleh mahkamah rendah syariah Petaling Jaya, Selangor semalam. Aidil selanjutkan juga telah diperintahkan untuk membayar segala kos mahkamah selepas permohonan Rita untuk membatalkan permohonan tersebut diterima.

Hakim Syarie, Saharuddin Selamat membuat keputusan tersebut selepas meneliti kesilapan pada isu alamat pemastautin Aidil, 25, yang dikemukakan dalam permohonan tersebut yang difailkan pada 15 Mei lalu.


ISU BERHIBUR - JULIANA EVANS AKUI MASIH SOLO

“Saya tidak terkejut sebab kami memang tidak mempunyai ikatan, malah tidak pernah janji apa-apa dan juga kalau benar dia sudah ada teman lelaki, itu bukanlah masalah bagi saya," demikian ungkap Zizan Raja Lawak mengenai Juliana Evans yang dikatakan berhibur di Amerika.

Tambahnya, dia tidak pernah letakkan sebarang harapan sebaik saja Juliana ke luar negara. Malah dia juga kurang percaya pada hubungan jarak jauh.

Klik untuk imej besar...

07 November 2012

SURAT PENGUBAT RINDU AMENG SPRING


Pastinya ada yang tidak tahu bahawa setiap surat yang dikirim dari penjara akan dibaca dan ditapis terlebih dahulu oleh kakitangan penjara. Ia bertujuan memastikan keselamatan banduan dan penjara dapat dikekalkan agar tiada tulisan yang membahayakan kedua-dua belah pihak.

Dalam hal ini, penyanyi Ameng Spring turut tidak terlepas daripada peraturan yang telah ditetapkan itu. Surat kepada isterinya Sabariah Zakariah, daripada tembok besi (penjara) tetap melalui proses tapisan hingga ia memakan masa hampir sebulan untuk tiba ke destinasi.


06 November 2012

BILA ERRA FAZIRA ALAMI 'JIWA KACAU'


Jika pada 25 Oktober lalu yang merupakan ulang tahun perkahwinan Erra Fazira dan Engku Emran kelihatan agak suram... namun, mungkinkah ia sekadar kebetulan sahaja? Ini kerana, baik di Twitter Emran mahupun Erra, tiada sebarang gambar mereka berdua meraikan hari bersejarah itu.

Malah Erra pula kelihatannya seperti tertekan apabila berkata, "Lately jiwa kacau. Tak selera makan. Tapi yang bestnya berat badan ku dah capai target yang ku idamkan. So macamana? Kena happy ke kena apa ni?"

Makin kurus - klik untuk imej besar...

3 GAMBAR - REBECCA NUR ISLAM LAHIRKAN BAYI PEREMPUAN


Gambar Rebecca Nur Islam yang baru-baru ini melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Nor Anggun Raverra. Untuk info, bayi seberat 3.3kg itu lahir pada 2 November lalu di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur, secara pembedahan.

Tanniah..!
 

05 November 2012

8 GAMBAR - NOSTALGIA DIANA DANIELLE


Gambar nostalgia Diana Danielle yang baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama jejaka bertuah Farid Kamil. Nampaknya, Diana bukan sahaja comel setelah dewasa, malah comel juga sejak zaman kanak-kanak lagi.

Jom tengok...

Klik untuk imej besar...

03 November 2012

16 GAMBAR - FARID KAMIL NIKAHI DIANA SEKALI LAFAZ


Akhirnya, Diana Danielle dan Farid Kamil selamat menjadi suami isteri setelah mengharungi pelbagai dugaan masa bercinta. Majlis pernikahan mereka telah berlangsung di Hotel Flamingo Ampang, Selangor. Seperti watak heronya di dalam filem, Farid nikah dengan hanya sekali lafaz sahaja.

Untuk info, Diana menerima mas kahwin sebanyak RM10,000 dan wang hantaran berjumlah RM20,000 mengikut nilai pelaburan emas. Pihak perempuan menerima lima dulang hantaran daripada pengantin lelaki yang berupa motosikal mini Kawasaki KSR 110, telekung dan Al Quran, cincin Tiffany & Co, wang hantaran dan sireh junjung. Tahniah diucapkan..!

Klik untuk imej besar...

02 November 2012

GAMBAR - MALAM BERINAI DIANA DANIELLE


Sekeping gambar berinai Diana Danielle yang akan melangsungkan perkahwinan dengan Farid Kamil esok. Turut kami muatkan ialah beberapa keping gambar menarik dua sejoli ini yang mengabadikan photo mereka ala Saloma dan P. Ramlee.

Selamat diucapkan buat mereka!

Klik untuk imej besar...

FILEM BARU: KAHWIN 5 BAKAL SAINGI MADU TIGA?

Selepas kejayaan filem 'Hantu Kapcai' bulan lalu, Showbiz Productions kini menghasilkan pula filem komedi berjudul 'Kahwin 5' yang bakal ditayangkan di 70 buah pawagam di seluruh tanahair mulai 27 Disember 2012.

Semuanya gara-gara kejayaan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang mengetengahkan isu poligami dalam filem popularnya, 'Madu 3', kini Showbiz dikatakan tampil dengan satu pembaharuan yang segar dan menghiburkan dengan memaparkan subjek poligami sebagai sub-plot. Gabungan dinamik Usop Wilcha (Hantu Kak Limah Balik Rumah), Fizz Fairuz (Hantu Kapcai), Soffi Jikan (KL Gangster) serta barisan pelakon wanita seperti Dian P. Ramlee, Anzalna Nasir, Marsha Milan, Adrea Abdullah serta Norish Karman dijangka akan membuat penonton tak kering gusi dari mula sehingga akhir penceritaan.

Klik untuk imej besar...

PELAKON KUSWADINATA AKHIRNYA STABIL


Jika beberapa minggu lalu, pelakon veteran Kuswadinata, 74, yang seangkatan dengan Allahyarham P.Ramlee dilaporkan kritikal dan tiada harapan untuk hidup, namun perkembangan terbaru yang kami terima mengatakan keadaannya stabil.

Bagaimanapun, pelakon tersebut masih memerlukan rawatan susulan dan pemantauan rapi hospital selepas dibenarkan pulang pada 24 Oktober lalu. Sehubungan itu, Kuswadinata akan menjalani rawatan kemoterapi pada 23 November depan.

Sudah mampu tersenyum...

01 November 2012

MALAM GALA FILEM JAMES BOND, 'SKYFALL'


Sempena menanti filem aksi hebat James Bond terbaru berjudul 'Skyfall', ntv7 telah mengadakan 'SKYFALL GALA SCREENING' bertempat di Cathay Cineplex, e@Curve, Petaling, Selangor secara eksklusif buat tetamu jemputan. Antara yang hadir menonton pra-tayangan itu termasuklah pemenang peraduan yang dikelolakan ntv7, mereka yang membuat penebusan tiket, media, pelanggan dan rakan perniagaan stesen TV tersebut.

Turut hadir ialah beberapa orang selebriti pada acara karpet merah iaitu Nazrudin Rahman, Daphne Iking, Faradhiya, Julia Ziegler, Lisa Wong, Frederick Lee, Mayjune Tan, Adrian Jalaludin dan Satira Diana.

Klik untuk imej besar...

TAUFAN SANDY TIDAK JEJAS LIYANA JASMAY


"I miss my sister, my abang and babah so much. Your doa keep us safe here," demikian doa dan harapan Liyana Jasmay yang kini berada di New York, Amerika Syarikat.

Bagaimapaun, taufan Sandy yang melanda bandaraya tersebut tidak menjejaskan Liyana yang sedang menuntut di sana, beliau hanya sekadar terputus bekalan elektrik. Malah nasib rakyat negara ini seperti artis Juliana Evans dan pelajar Malaysia yang lainnya turut selamat tanpa sebarang musibah yang tidak dikehendaki. Syukur Alhamdulillah.

Klik untuk imej besar...

INFO TEATER - TATOO GESTAPO DEDAH DILEMA BANDUAN


Mungkin ramai yang tidak mengenali nama Wan Azli Wan Jusoh tetapi ramai yang pernah dengar filem Budak Kelantan yang menimbulkan fenomena pada 2008 kerana memaparkan jujur di layar perak.

Dalam arena teater pula Wan Azli yang mesra dengan panggilan Wae pernah mengarah teater yang kemudiannya dibawa ke filem oleh Nam Ron, Agi Ni Jadi Jjaha’ (2006), Supertui! Dan Transit Kaler Magenta (2006), Cikgu Mizi (2006) dan Asrar (2010) juga Asrar2 (2011).


ISU RUMAH TANGGA - CHEF WAN ARAH 'TUTUP MULUT'


Kalau tiada angin, masakan pohon boleh bergoyang!

Peribahasa ini mungkin ada kena mengena dengan Chef selebriti, Chef Riz yang didakwa mengalami masalah rumah tangga. Lebih mengejutkan, Chef Riz juga didakwa beberapa hari lalu dilihat mengunjungi Mahkamah Rendah Syariah Kajang, Selangor seolah mahu mengambil borang cerai.

Dan bila ditanya oleh media, beliau mengakui perkahwinannya dengan Ana Dahlia memang bergolak. Katanya ia memang lumrah dalam mana-mana perkahwinan kerana perselisihan kadangkala sukar untuk dielakkan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...