31 December 2013

LUAHAN RASA - JOHAN ASARI MINTA MAAF



Selepas kontroversinya dengan Lana Nordin menjadi bom atom dalam industri hiburan tanahair, ramai yang menyalahkan Johan kerana didakwa terlalu 'gopoh'. Malah sikap tidak matangnya juga turut dikritik oleh segelintir pihak yang menuduhnya mempermainkan hati wanita... dan tak ubah umpama 'playboy' Malaya.

Bagaimanapun, kita tidak tahu sejauh mana kebenaran realiti 'hukuman mati' yang telah dijatuhkan terhadap Johan. Mungkin juga kita tersalah hukum. Atau mungkin juga Johan ibarat 'musang' yang tersalah masuk reban.

Klik gambar untuk imej besar...

SEJENAK - GAMBAR KELAKAR ENGKU ALEESYA



"Since its Xmas, Engku Aleesya wanted to see the snow. So i took her to a snow wash," Kata Engku Emran dengan nada selamba.

Artikel terdahulu:
Ha ha... kelakar dia orang ni. Agaknya bila Erra Fazira tengok gambar ni mahu dia ketawa terguling!

Klik gambar untuk imej besar...




15 FOTO - PERCUTIAN ROMANTIK EIZLAN & VIE DI HONG KONG & MACAU



"Cinta semalam, hari ini, esok & selamanya. Love u always. My sweetheart vieshantie," demikianlah antara ayat-ayat romantik Datuk Eizlan Yusof kepada isterinya Vie Shanti ketika melancong ke Hong Kong dan Macau baru-baru ini.

Artikel terdahulu:
Amboiii... bukan main lagi Eizlan ni! Patutlah Vie Shanti terpikat dan sudi berkahwin dengan Eizlan pada tarikh cantik 7.7.07. Heh.


6 FOTO - AERIL & WAWA HONEYMOON, TAHUN BARU DI LONDON



Ewah ewah... bertuah sungguh Ahmad Fakharuddin Attar, anak Wawa Zainal dan Aeril Zafrel yang kecil-kecil lagi sudah di bawa bercuti ke London. Khabarnya bukan setakat makan angin, tetapi mereka bertiga akan turut menyambut tahun baru 2014 di sana.

Artikel terdahulu:
Lebih menarik, Aeril dan Wawa kemungkinan akan turut 'berbulan madu' buat kali pertama di luar negara sejak pernikahan mereka didedahkan Oktober lalu. Doa kita, moga mereka akan terus berbahagia hendaknya. Amin.


'ATUK' NASH TAMATKAN ZAMAN DUDA 2014



Gelaran 'atuk' bukanlah satu halangan untuk seseorang itu mengecap bahagia.

Demikian jugalah halnya dengan bekas ahli kumpulan Lefthanded, Nash atau nama sebenarnya Jamaludin Elias, 54, yang perlukan seorang teman hidup. Usia yang makin meningkat dan sudah lama menduda tidak mengurangkan 'keinginan' Nash untuk mempunyai 'peneman akhir hayat'.

Klik gambar untuk imej besar...

30 December 2013

18 GAMBAR & VIDEO - PERNIKAHAN AZURA ZAINAL DENGAN CRISTIANO



Gambar majlis pernikahan DJ radio Red FM dan juga bekas pengacara Disney Channel Asia, Azura Zainal yang menikahi Cristiano Genuino Da Silva, hari sabtu kelmarin.

Untuk info, majlis tersebut diadakan di Restoran Subak, Sungai Penchala, Kuala Lumpur secara sederhana. Tahniah diucapkan!


LEPAS SAKIT BISUL, CHEF WAN JADI JURI 'MISS TOURISM'



Setelah baru-baru ini dimasukkan ke hospital kerana sakit bisul dalam hidung, Datuk Chef Wan kini makin pulih dan mula menjalankan tugas seperti biasa.

"Tak pernah kena bisul kena di dalam hidung! Ingat kan jerawat tak lah dah menopause dua round ni ada darah kotor lagi! Rupa nya dah jadi bisul," ujarnya berseloroh.

Klik gambar untuk imej besar...

4 GAMBAR LEUNIEY NATASHA YANG MAKIN SARAT



"Congratulations to Fizo Omar dan puan Mawar yang cantik... thanks invite kita walaupun kita lewat sampai sudi melayan kita yerr tqsm semoga bahagia kekal hingga ke akhir hayat. Cepat2 dapat baby yer.. hee," usik Leuniey Natasha, isteri Apex yang kini makin sarat mengandung.

"Tq for coming future daddy Fahmi Apexs wth his lovely wife. Tapi pengantin dah terlalu penat dan tukar baju dah.. hehe," balas Fizo Omar pula.

Klik gambar untuk imej besar...

10 GAMBAR - MAJLIS CUKUR JAMBUL ANAK YAMIN HANI



"My prince Noah Ismail Wong was sooo well behaved! Tido during berendoi, during cukur, during eh everything lah.. Only feeding time je he wud tell me.. Hahaha love u son," ujar Yasmin Hani Richardson sempena majlis cukur jambul anaknya.

Artikel terdahulu:
Untuk makluman, majlis tersebut diadakan kelmarin di kampung halamannya. Dan seperti biasa, alunan berendoi turut dilakukan memuji kebesaran Allah SWT dan junjungan Nabi Muhammad SAW.


24 GAMBAR BULAN MADU - JOVIAN & NINA KINI DI ROMAN CITY



Gambar bulan madu Jovian Mandagie dan Nina Sabrina yang kini beralih pula ke ancient greek/roman city of Ephesus di Turki.

Artikel terdahulu:
"Ive always had the strong interest on roman and greek history," ujar Nina penuh semangat.

Pada anda yang masih belum 'lebam mata' menatap gambar kahwin, resepsi dan bulan madu mereka, jom tengok aksi terbaru pasangan dua sejoli ini'


BEKAS KEKASIH 'NASIHAT' JOHAN ASARI 'DON'T PLAY PLAY'



Don't Play Play!

Ayat tersebut amat popular dalam siri sitkom Phua Chu Kang tidak lama dahulu. Kini, Izreen Azminda iaitu bekas kekasih Johan Asari turut menasihatkan Johan agar berhenti daripada memainkan perasaan wanita atau dalam bahasa lucunya 'don't play play'.

Artikel terdahulu:
Kata Izreen, kalau Johan rasa dirinya belum bersedia untuk serius bercinta, jangan bercinta dahulu. Johan sepatutnya mengambil masa dalam sesebuah hubungan agar dia tidak terperangkap dengan kata-kata sendiri..


29 December 2013

DIFITNAH BERKHALWAT - NEELOFA KESAL & MARUAH TERCALAR



Dapatkan maklumat yang betul dan jangan menyebarkan fitnah!

Demikian nasihat Neelofa, 24, kepada pihak yang tidak bertanggungjawab menuduhnya ditangkap khalwat pada khamis lalu. Tuduhan tersebut bukan sahaja menjatuhkan maruahnya kerana tanpa bukti kukuh, malah membuat dia kesal dengan sikap segelintir pihak yang bergelar 'wartawan'.

Artikel terdahulu:
"Saya kesal dengan laporan yang dikeluarkan tentang perkara itu tanpa sebarang bukti kukuh sebelum menuduh.


28 December 2013

11 GAMBAR - RESEPSI SAFEE SALI & SASHA DI PERAK



Majlis resepsi Safee Sali dan Sasha yang diadakan hari ini di Kampung Dato Kamaruddin, Bidor, Perak. Jika sebelum ini mereka memakai baju biru ketika nikah, hari ini warna merah dan hijau pula menjadi pilihan.

Artikel terdahulu:
Untuk makluman, Safee mengahwini wanita yang berasal dari Riau, Indonesia pada 21 Disember di sebuah hotel dekat Tanjung Pinang, Kepulauan Riau.


16 FOTO - TUAN GURU MERIAHKAN MAJLIS KESYUKURAN FIZO & MAWAR



Jika sebelum ini, majlis resepsi Fizo Omar dan Mawar telah diadakan di Pulau Pinang, hari ini majlis kenduri kesyukuran pula telah diadakan di Selising, Pasir Puteh, Kelantan. Khabarnya, sebanyak 10 ekor lembu telah ditumbangkan untuk menjamu selera orang Kelantan.

Artikel terdahulu:
Turut menjadi jemputan kehormat ialah YB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang sudi datang menjamu selera tengahari tadi.


UPDATE - UCAPAN DARIPADA PENGANTIN BARU LINDA ONN



Alhamdulillah. Linda selamat diijabkabulkan dengan Ungku Azhar, 34 tahun, tepat pukul 5.45 petang pada 27 Disember 2013 oleh jurunikah dari Masjid Bukit Indah, Ampang.

Artikel terdahulu:
Perkenalan sejak bulan Ogos 2013 telah membawa kami ke alam rumahtangga. Majlis tertutup semalam diadakan hanya bersama ahli keluarga terdekat dan berjalan dengan lancar.

Klik gambar untuk imej besar...

12 GAMBAR - GELAGAT EJA & KELUARGA MAIN SALJI DI NEVADA, USA



Gambar percutian Eja atau nama sebenarnya Siti Shahrizah Saifuddin, 41, bersama keluarga di Amerika Syarikat.

Artikel terdahulu:
Apa yang menarik, mereka semua menikmati percutian musim sejuk di Lake Tahoe, Nevada. Pastinya, yang paling gembira ialah anak Eja iaitu Nur Eishal kerana berpeluang bermain salji sambil belajar buat snow man.

Klik gambar untuk imej besar...

4 GAMBAR SANA SINI - ABBY ABADI KINI BERPURDAH?



Gambar sekitar protes Di Sogo, Kuala Lumpur mengenai perihal Kenaikan harga barang baru-baru ini. Turut kelihatan di dalam protes tersebut ialah Abby Abadi dan seorang lelaki yang dipercayai suaminya.

Namun Abby dilihat memakai purdah... mungkin bagi mengelakkan wajahnya dirakam lensa kamera atau dia kini memang sudah berpurdah. Allahulam.

Jom tengok!


'PELUK ISLAM' BUKAN KERANA 'AKIM' - STACY



Jika memeluk Islam, biarlah ia didorong kerana kehendaknya sendiri, bukan kerana mahu berkahwin dengan Akim AF7. Penjelasan Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam, 23, itu sememangnya kena pada landasan sebenar iaitu peluk Islam kerana keikhlasan diri.

Artikel terdahulu:
Menceritakan lebih lanjut mengenai pengetahuannya tentang islam, kata Stacy, dia mempelajarinya selepas mendapat bimbingan daripada Akim. Tambahnya, Akim juga banyak menjelaskan tentang Islam setiap kali mereka bertemu jika ada perkara yang tidak difahaminya.


27 December 2013

LINDA ONN AKHIRNYA SAH ISTERI UNGKU AZHAR



Linda Onn, 36, akhirnya sah menjadi isteri kepada Ungku Azhar Ungku Muhammad Maznan, 34, dalam majlis pernikahan yang diadakan di kediaman Linda di Setiahills, Bukit Indah, Ampang, Kuala Lumpur.

Artikel terdahulu:
Linda atau nama sebenarnya, Rozlinda Onn, menikah selepas solat Asar. Majlis pernikahan tersebut dilakukan secara tertutup tanpa kehadiran pihak media, melainkan media yang rapat dengannya.


KELUARGA JOHAN ASARI NAFI 'HALANG CINTA' LANA NORDIN



Drama demi drama dapat kita lihat hasil daripada episod 'cinta terlarang' yang melibatkan Johan Asari dengan 'gadis malang' Lana Nordin. Terbaru, wakil keluarga Johan iaitu kakaknya Farah Alya Asari mendakwa mereka sekeluarga tidak pernah menghalang 'percintaan' Johan dan Lana.

Artikel terdahulu:
Apa yang mereka tekankan hanyalah Johan perlu mengenali hati budi Lana sekiranya Johan benar-benar ingin mengahwininya. Tambahan pula, mereka masih terkejut dengan keputusan mendadak Johan yang kelihatan terburu-buru membuat keputusan.


9 GAMBAR - 'BULAN MADU' SITI NURHALIZA & DATUK K DI THAILAND



Masih ingat bagaimana Datuk Siti Nurhaliza bergelar nenek baru-baru ini? Namun secara peribadinya, Siti masih menawan dan menjadi 'honey' buat Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, 54, yang sudah menikahinya selama 7 tahun (21 Ogos 2006).

Artikel terdahulu:
Tak percaya? Jom lihat gambar menarik percutian keluarga Siti dan Datuk K baru-baru ini di Phuket, Thailand. Macam baru berbulan madu pun ada. Ahak!


12 GAMBAR - AKSI TERKINI NOAH, ANAK YASMIN HANI



Gambar terkini Noah Ismail Wong, anak kepada Yasmin Hani Richardson yang lahir pada 12 November lalu. Nampaknya, pejam celik sudah lebih satu bulan dua minggu umur Noah sekarang dan dia dikatakan sudah pandai meniarap dan bergolek. heh.

Artikel terdahulu:
"Alhamdulillah.. May Allah bless, protect u n grow to be a good, happy n healthy boy. Mummy n daddy loves u!" demikian doa Yasmin untuk Noah.

Klik gambar untuk imej besar...

LARANG BERPELUK - SYARAT KAHWIN 'KONGKONG' IZARA AISYAH?



Syarat agar tidak melakonkan adegan berpeluk dan haruslah pulang awal sebelum 'suami' pulang kerja merupakan syarat berat yang menyebabkan Izara Aisyah, 21, 'terbantut' untuk berkahwin. Mungkinkah syarat itu diletakkan ekoran sejarah Izara sebelum ini yang pernah membuat persembahan tarian 'Tango' seksi ketika dia masih belajar di Sunway University?

Ekoran itu, Izara merasakan belum tiba masanya untuk dia menamatkan zaman bujang dalam tempoh tiga tahun terdekat ini. Katanya, dia masih mahu mencapai cita-cita dan kejayaan dalam bidang seni yang amat diminatinya.


26 December 2013

GAMBAR SANA SINI - ARTIS & SELEBRITI ISLAM SAMBUT NATAL?



Ragam artis dan selebriti kita menyambut Hari Natal dengan penuh gembira disamping pokok krismas yang bergemerlapan. Ada yang dapat hadiah, ada yang masak makanan Barat seperti panggang Turkey dan ada juga yang seolah membuat rumah terbuka.

Untuk bersangka baik, mungkin mereka semua sekadar posing untuk bergambar, atau sekadar raya olok-olok saja khot? Jom tengok!

Azah Aziz

11 GAMBAR - ULANG TAHUN PERKAHWINAN ANNE & SUMALI MERIAH



Sambutan hari lahir Anne Ngasri (18 Disember) dan ulang tahun perkahwinannya dengan Mohd Sumali Reduan yang jatuh pada 22 Disember lalu disambut penuh meriah. Selain majlis makan-makan, turut diadakan ialah sukaneka antara keluarga dan sahabat handai.

Artikel terdahulu:
Lebih menarik, Anne dan suaminya turut menghabiskan masa bercuti sekitar Bukit Merah Laketown Resort, Perak bersama anak-anak. Ikhlasnya, Anne kelihatan amat bahagia disamping Sumali yang lebih luas pengalaman berumahtangga. Cayalah!


TAHNIAH: SERINA REDZUAWAN KINI JADI PENERBIT FILEM



Wahhh... makin bertambah-tambah rezeki anak Chef Wan kita ni. Selepas jadi taukeh Cosway Pharmacy (Anggun Serina), Serina Redzuawan telah membuka Restaurant Char Koay Teow Simply Delicious... tup- tup kini menjadi penerbit filem bersama Yusuf Kelana pula.

Artikel terdahulu:
"Signing contract ceremony with Artists for Our 1st film produce by YKS FILM MAKER SDN BHD "Gangster Rock" kasi sengattt!! Barisan pelakon Izara Aishah, Aqasha, Namron, Sharifah Armani, Saiful Apek, Syafie Naswip, Harun Salam Bachik dan ramai lagi. Doakan semoga filem berjaya. Penggambaran bermula 11 januari 2014," ujar Serina.

Pengarah filem tersebut ialah Sofi Jikan yang turut menjadi pelakon. Tahniah diucapkan!


10 GAMBAR & VIDEO - RAGAM ARIL AF7 & ERMA SEMINGGU LEPAS NIKAH



Ragam Aril AF7 yang bernikah dengan pramugari Saudi Arabian Airlines, Puteri Erma Edlinda kira-kira seminggu lalu. Setelah bergembira, mereka kini bersedih pula apabila terpaksa berpisah atas urusan kerja. Iyalah... Erma bertugas di awan biru, Aril pula sebagai anak seni.

Artikel terdahulu:
"Bermulalah kehidupan berjauhan dengan suami. Back to work life. 5 hours different time. And thousand miles. Bye sayang khairilazam, i takmo nangis. Sebelah i ada orang, maluuuuuuu. Cinta awak so very much asheben!" ujar Erma.

"Isteri/Suami/Mak mertua. Hantar kita kat KLIA tadi. 
Perasan tak muka and senyum kit orang nak sama?" Erma.

TANPA JOHAN ASARI - LANA NORDIN TETAP BERHIJRAH



Bak kata pepatah, membujur lalu melintang patah. Begitulah semangat kental Lana Nordin, 34, yang akan terus berjuang meskipun cintanya dibuat permainan oleh Johan Asari, 27. Bayangkan, baru tiga hari kenal sudah mahu dirisik, tetapi hanya sebulan 'dicampak' ke tepi!

Artikel terdahulu:
Ini kerana, ramai yang tertanya-tanya apa jadi dengan niat Lana sebelum ini yang mahu berubah ke jalan yang diredhai? Mungkinkah dia akan kembali ke jalan silam yang penuh onak berduri lantaran malu dan kecewa?


25 December 2013

PUNYA KEKASIH - NABILA BERCINTA DENGAN PEMAIN BOLA?



Walaupun Nabila Huda, 29, enggan mengulas lanjut mengenai kekasih baru yang dikenalinya sejak beberapa bulan lalu, namun mengikut sumber, lelaki tersebut adalah Izwan, iaitu pemain bola sepak amatur untuk pasukan fcjmuda yang memakai jersi nombor 10.

Artikel terdahulu:
"Alhamdulillah, kehadirannya membuatkan saya cukup gembira. Kami masih lagi baru beberapa bulan menjalinkan hubungan.

"Apa yang boleh saya katakan, dia adalah lelaki yang saya cari selama ini. Bagaimanapun saya tidak mahu cerita panjang siapakah lelaki yang dimaksudkan itu," ujarnya dipetik sebagai berkata di Sri Pentas TV3, Bandar Utama, Petaling, semalam.

Klik gambar untuk imej besar...

24 FOTO - NOSTALGIA 'KEKASIH' JOHAN & LANA NORDIN



Ramai yang sudah tahu bagaimana Lana Nordin dan Johan Asari jatuh cinta hanya tiga hari, kemudian putus setelah sebulan bercinta. Impian istana bahagia mereka musnah apabila Johan mengakui keluarganya tidak memberi restu hubungannya dengan Lana.

Sebagai pencuci mata dan sedikit nostalgia Lana dan Johan, jom kita lihat kembali siapakah insan yang pernah mencuri hati mereka sebelum ini. Bak kata pepatah... jodoh, pertemuan, ajal, maut ketentuan Allah. Atau lebih tepatnya, kita hanya mampu merancang... tapi Allah yang menentukan.

NOSTALGIA JOHAN:
Izreen Azminda


8 GAMBAR - TINGGAL 2 HARI: BERINAI AWAL LINDA ONN



Lagi dua hari, Linda Onn akan sah menjadi isteri kepada jejaka yang identitinya disorokkan oleh Linda sendiri. Khabarnya, calon suami Linda adalah seorang 'kerabat diraja' yang digosip di internet dan laman sosial sebagai Ungku Azhar.

Artikel terdahulu:
Meskipun ada yang mendakwa kononnya Ungku Azhar yang berwajah kacukan itu hanya bau-bau bacang sahaja dengan keluarga raja, namun kalau jodoh tak ke mana. Khas untuk anda, jom kita lihat serba sedikit persiapan Linda sebelum menjelang hari bahagianya itu.


SURPRISE!! - JOHAN PUTUS CINTA DENGAN LANA NORDIN



Jika semalam Yazer dan Ekin putus cinta gara-gara menunggu terlalu lama, berita terkini pula lebih gempak apabila Johan Asari akhirnya memutuskan cintanya terhadap Lana Nordin setelah sebulan bertemu dan hampir melamar.

Artikel terdahulu:
Dakwa Lana, semua perkara itu terjadi disebabkan Johan sering berdolak-dalik sejak hubungan mereka ditentang keluarga. Bagaimanapun, dia tidak kecewa, tapi terkejut dengan keputusan Johan.


13 GAMBAR - SYAMSUL YUSOF TUNAI UMRAH DI MEKAH



"Gua bro... jumpe taiko kat Masjidil Haram," ujar rakan Syamsul Yusof yang turut berada di Mekah menunaikan Umrah. Nampaknya, senyap-senyap je Syamsul ke sana. Baguslah.

Untuk makluman, Syamsul kini sudah banyak berubah ke arah Islamik berbanding penampilannya satu ketika dahulu. Malah dia juga kini sering berdampingan dengan Ustaz Azhar Idrus serta rakan-rakan yang sudah kembali ke jalan Allah.

Tahniah Sol..!

Klik gambar untuk imej besar...

24 December 2013

18 FOTO & VIDEO - RESEPSI FIZO & MAWAR MERIAH DI PULAU PINANG



Gambar resepsi perkahwinan Fizo Omar dan Mawar yang diadakan di Butik Fareeda di Pulau Pinang pada hari Ahad 22 Disember lalu.

Artikel terdahulu:
Meskipun kepenatan kerana baru pulang berbulan madu di Eropah, namun mereka nampaknya masih bersemangat untuk bersanding. Iyalah... darah masih manis katakan!


INFO SANA SINI - 'CHIKARO', FILEM TERAKHIR 2013



Selepas mengeluarkan filem bergenre komedi seram 'Hantu Tok Mudim' dan creature feature 'Ular', Showbiz Productions bakal menayangkan filem terakhir penutup tirai tahun 2013, iaitu 'Chikaro' yang bergenre chick flick atau lebih dikenali di Malaysia sebagai romantik komedi.

Filem arahan Nizam Zakaria (yang sebelum ini mengarah filem 'Cinta Kura-Kura' dan 'Kahwin 5') menggandingkan ramai pelakon berbakat iaitu Izzue Islam, Adleena Nordin dan Izara Aishah, Adam AF2, Tasha Shila, Liyana Jasmay, Irma Hasmie, Daus AF8 dan ramai lagi.


13 FOTO, 2 VIDEO - LAGI RAGAM NUR FAZURA DI LOS ANGELES, USA



Lagi gambar-gambar menarik Nur Fazura yang baru-baru ini bercuti ke Los Angeles, USA... mungkin untuk berjumpa dengan 'si dia', atau sekadar cuci mata!

Artikel terdahulu:
"In the California mountains.. bundled up and watching out for slippery ice! Fun, Fazbulous In LA," demikian kata Fazura dengan nada ceria.


ISTERI KINI BERTUDUNG - IMPIAN AARON AZIZ TERTUNAI



Update - kemaskini:

Meskipun mengambil masa hampir dua tahun, iaitu sejak pulang dari menunaikan umrah pada 2011, namun impian Aaron Aziz, 37, tetap tertunai. Ini kerana, isterinya Diyana Halik, 30, akhirnya kembali ke landasan asal iaitu memakai tudung.

Artikel terdahulu:
Semuanya disebabkan rahmat dan hidayah Allah apabila Aaron sering bercerita tentang hari kiamat pada Diyana. Malah sikap tanpa jemu Aaron yang kerap kali menghantar video-video tentang hari kiamat turut menguatkan lagi tekad isterinya untuk berhijrah.

Makin manis - Klik gambar untuk imej besar

23 December 2013

15 GAMBAR BERTUNANG - FIFFY NATASHA PILIH PILOT MAS



Rasanya ramai yang masih ingat cerita Fiffy Natasha yang buka tudung disebabkan desakan sebagai seorang pelakon. Terbaru, Fiffy telahpun selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya iaitu seorang juruterbang MAS bernama Muslim Azman.

Artikel terdahulu:
Majlis pertunangan tersebut telah dilangsungkan di kediaman Fiffy di Subang, Selangor bertemakan warna unggu.


UPDATE: 2 VIDEO & 18 GAMBAR BULAN MADU NINA & JOVIAN DI TURKI



Update - dikemaskini:

Lagi gambar Nina Sabrina dan Jovian Mandagie yang baru-baru ini telah terbang berbulan madu

Artikel terdahulu:
Untuk info, mereka kini berada di di Istanbul, Turki. Mungkin itu adalah destinasi pertama mereka, kerana destinasi seterusnya pasti akan menyusul nanti.


CINTA 8 TAHUN EKIN & YAZER AKHIRNYA 'MUSNAH'



Setelah bercinta bagai nak rak selama lapan tahun, akhirnya jodoh Ekin dan Yazer berakhir dengan perpisahan yang menyedihkan. Alasan awal yang mengatakan Yazer masih belum cukup wang untuk menyunting Ekin sebagai isteri kini tinggal kenangan semata.

Artikel terdahulu:
"Saya bercinta dengan dia selepas keluar Akademi Fantasia pada tahun 2005 lagi. Selama lapan tahun kami bercinta pernah juga putus tetapi sambung kembali. Tetapi kali ini hubungan kami benar-benar sudah putus.


PERKAHWINAN - LANA NORDIN SERAH PADA JOHAN



Meskipun sudah berbulan 'surprise' yang dibuat oleh Johan Asari kononnya mahu melamar dan menjadikan Lana Nordin sebagai isteri, namun hingga hari ini semua rancangan itu senyap sahaja.

Artikel terdahulu:
Apakah yang berlaku? Mungkinkah mereka hanya sekadar membuat cerita kosong atau keluarga Johan enggan menerima Lana?


ISU CERAI NORAIDA - ADI PUTRA KUNCI MULUT



Walau apapun yang berlaku terhadap pasangan suami isteri yang kini sudah bercerai iaitu Noraida dan Amiruddin Othman, Adi Putra tidak akan komen apa-apa. Meskipun didesak, namun Adi tetap berkata "No Komen!"

Artikel terdahulu:
Malah isteri Adi turut menyatakan tidak akan memberikan sebarang kenyataan mengenai apa-apa perkara yang berbangkit


16 GAMBAR & VIDEO - WAWA ZAINAL BELUM SEDIA HAMIL LAGI



Gambar romantik Wawa Zainal bersama Aeril Zafrel yang jarang-jarang dapat kita lihat sebelum ini. Lebih menarik, mereka juga berkongsi gambar terbaru anak mereka Ahmad Fakharuddin Attar.

Artikel terdahulu:
"Budak kecik ni kan suka isap kaki dia.. nak adik ke? hahahha no... no.. blom masanya sayang," ujar Wawa seolah mengusik suaminya.

Nampaknya, seperti kata Wawa... Attar dan Aeril kena bersabar sikit jika nak peluk adik baru. Ahak!



7 FOTO - RAGAM TERKINI FARID KAMIL, DIANA & MUHAMMAD



"After being unwell and having no appetite to..... This," kata Diana Danielle yang kini makin berselera menjamah makanan berat selepas kurang sihat beberapa hari lalu. Iyalah, dah lama habis pantangkan.

Artikel terdahulu:
Selain itu, jom kita tengok aksi terkini Muhammad, iaitu anak Diana dan Farid Kamil yang lahir pada bulan Julai lalu. Nampaknya, Muhammad makin mengerti tentang kehidupan ibu bapanya sebagai anak seni dan sudah mula pandai posing macam mereka.


22 December 2013

18 FOTO - RESEPSI TERAKHIR NINA & JOVIAN DI TEMERLOH



Update - dikemaskini:

Rasanya ramai yang dah 'lebam' menatap gambar-gambar perkahwinan Nina Sabrina dan Jovian Mandagie yang beratus-ratus jumlahnya. Tapi kali ini, ia adalah 'last reception' yang diadakan di kampung bapa Nina iaitu Datuk Seri Ismail Sabri di Temerloh, Pahang.

Artikel terdahulu:
"Kenduri di kampung bapa saya harini. Masakan paling special kat sini is Gulai Kawah. Thanks to makcik makcik ni yg bertungkus lumus dari semalam masak untuk satu kampung. Makanan sangat sedap, puas hati sgt dpt gulai kawah. Thank you org temerloh," kata Nina yang masih bersemangat untuk bersanding.


4 FOTO - NIKAH DI INDONESIA: SAFEE SALI KINI SAH SUAMI SASHA



Wanita Indonesia yang berasal dari Riau iaitu Sasha akhirnya sah menjadi isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali. Mereka berdua selamat dinikahkan pagi semalam (21 Disember) di sebuah hotel dekat Tanjung Pinang, Kepulauan Riau, Indonesia iaitu di daerah kelahiran isterinya.

Artikel terdahulu:
Untuk info, majlis resepsi akan diadakan pada 28 Disember 2013 seperti yang tertera dalam kad jemputan perkahwinan. Ia akan diadakan di negeri kelahiran pengantin lelaki iaitu di Kampung Dato Kamaruddin, Bidor, Perak.

Klik gambar untuk imej besar...

AJAR ANAK TIDAK BENCI AIDIL - RITA RUDAINI



Jangan benci bapa!

Itulah perkara penting yang disematkan kejiwa anak-anaknya oleh Rita Rudaini Mokhtar meskipun bapa mereka bakal kahwin lagi. Kata Rita, dia bukan jenis manusia yang mementingkan diri sendiri hingga menghalang anak-anak mendapat kasih sayang seorang bapa.

Artikel terdahulu:
"Saya bukannya jenis yang cuba menghalang anak-anak untuk mendapat kasih sayang bapa mereka. Dulu semasa kecil, mak dan ayah bercerai dan saya tidak mendapat kasih sayang seorang ayah kerana dia telah menghilangkan diri.


21 December 2013

9 GAMBAR - AKSI NORAIDA & BEKAS SUAMI LEPAS BERCERAI



Gambar-gambar menarik Noraida Abdul Rahman, wanita yang mendakwa berskandal dengan Adi Putra selepas beberapa hari diceraikan oleh Amiruddin Othman dengan talak satu. Lebih menarik, dia kini berkawan baik dengan bekas suaminya itu dan sering berbalas status di laman sosial.

Artikel terdahulu:
"22 december 2013. Happy birthday in advance. I just want to be d first to wish u. Semoga Allah merahmati abg dan segala usaha abg. Kita cuma bertukar status saja tapi saya tak hilang kawan, supporter, penasihat, pelindung. Saya takkan buruk2kan abg. Promise! Terima kasih untuk semuanya. One word. Seorang lelaki yg bertanggungjawab," ujar Aida melalui Instagramnya.

Ucapan itu kemudian telah dibalas oleh Amiruddin, "thank you May Allah Bless Us".


BAKAL KAHWIN UQASHA: SAYA TAK MAIN-MAIN - PEKIN



Pekin Ibrahim membuktikan bahawa cintanya terhadap Uqasha Senrose bukan main-main dengan secara 'gentleman' telah mengajak kekasihnya itu berkahwin. Lebih menarik, keluarga mereka berdua juga sudah diberitahu mengenai rancangan tersebut dan mereka memberi lampu hijau.

"Kami akan berkahwin pada tahun hadapan. Tarikh sudah ada, tetapi keluarga tidak benarkan kami umumkan sekarang. Saya pun tak boleh cakap sama ada awal, pertengahan atau akhir tahun. Apa yang saya boleh katakan, kami merancang untuk bernikah pada 2014.


KAHWIN KERABAT - CALON SUAMI LINDA ONN SEKADAR 'BAU BAU BACANG'?



Memang 'power' penangan kisah Linda Onn yang mengaku akan berkahwin pada 27 Disember ini dengan lelaki pujaan hatinya... iaitu seorang kerabat raja. Namun keengganannya mendedahkan siapakah gerangan kerabat raja tersebut telah menimbulkan pelbagai spekulasi dikalangan peminat dan penggemar industri hiburan.

Artikel terdahulu:
Ekoran itu, ada yang mendakwa lelaki tersebut adalah seorang jejaka yang dikenali sebagai Ungku Azhar yang kononnya sekadar 'bau-bau bacang' dengan keluarga raja. Ini kerana, meskipun memiliki perniagaan sendiri, dia yang berdarah kacukan dikatakan sedikit berumur daripada Linda.

Benarkah begitu? Jawapannya... hanya Linda sahaja yang tahu!

Gambar lama - Linda disamping Ungku Azhar??