29 March 2013

3 GAMBAR - AKSI MARIA FARIDA & FRIENDS


Gambar sambutan hari lahir Maria Farida yang kemungkinan diadakan di Thailand bersama rakan-rakan artis yang lain. Walaupun secara kecil-kecilan, namun ia kelihatan agak meriah bak kata pepatah 'sambil menyelam minum air'.

Lebih meriah apabila mereka bersama-sama memakai skirt pendek bagi menyerlahkan keseksian masing-masing. Jom cuci mata..!


MOJO UKIR NAMA DI PERINGKAT ANTARABANGSA


Akhirnya kumpulan MOJO menempa nama dalam pasaran muzik Asia melalui pencapaian terbaik mereka di edisi ketiga Hong Kong Asian-Pop Music Festival (HKAMF 2013) baru-baru ini. Tema bagi festival tahun ketiga majlis tersebut ialah 'Muzik dalam Satu Asia'.

MOJO yang terdiri daripada empat pemuzik berpengalaman dengan Aweera sebagai vokal utama, Edry sebagai pemain synthesizer, Deny sebagai pemain gitar dan Johar sebagai pemain dram telah memenangi anugerah Persembahan Vokal Terbaik HKAMF melalui persembahan lagu hit mereka, "Andai KuBercinta Lagi ".   

Klik untuk imej besar...

28 March 2013

5 GAMBAR - BAYI FASHA SANDHA MIRIP JEJAI


Pasti ramai yang sudah tahu bahawa bayi Fasha Sandha yang bakal lahir bila-bila masa sahaja mulai sekarang kemungkinan bayi lelaki. Malah... 3D scans yang dibuat oleh mereka juga jelas menampakkan wajah bayi tersebut yang agak mirip dengan Jejai.

Menurut Fasha, dia mahu anak lelaki kerana anak lelaki boleh menjaga ibu dan adik-beradiknya yang lain. Senang kata, anak lelaki tak dibawa lari oleh keluarga sang isteri... mungkin demikian pemikiran Fasha. Heh.

Klik untuk imej besar...

27 March 2013

6 GAMBAR - ELFIRA LOY TUNAI UMRAH


Gambar Elfira Loy yang sebelum berangkat ke Tanah Suci Mekah sudah bertudung. Untuk maklumat, beliau menunaikan Umrah bersama ibu dan adik perempuannya Ezlisa Loy.

Doa kita, moga Elfira akan terus bertudung dan bukan hanya sementara waktu sahaja. Amin.

Klik untuk imej besar...

26 March 2013

10 GAMBAR - LISA SURIHANI KETIKA BERHINGUS


Gambar tambahan Lisa Surihani semasa kecil. Pelakon kacukan Melayu/Bugis ini dilahirkan di Kuala Lumpur pada 23 Mac 1986.

Untuk info, Lisa adalah anak perempuan tunggal daripada lima beradik dan dia adalah anak keempat. Beliau mula berjinak dalam industri seni pada usia 11 tahun, bermula dengan model iklan seperti Mc Donald.

Klik untuk imej besar...

25 March 2013

4 GAMBAR - KELUARGA BAHAGIA SHUIB SEPAH


Gambar terbaru keluarga bahagia Shuib Sepah, Siti Sarah dan anak mereka yang bernama Uwais Alqarni yang kini berusia lebih 15 bulan. Enjoyzzz...!

Klik untuk imej besar...

8 GAMBAR - KEBAHAGIAAN HARITH ISKANDER


Aksi terkini Harith Iskander, isterinya Jezamine Lim dan anak mereka zander xayne iskander. Inilah yang dikatakan kebahagiaan tidak mengenal usia atau paras rupa. Bak kata pepatah, ikan di laut, asam di darat... dalam periuk bertemu jua.

Klik untuk imej besar...

22 March 2013

4 GAMBAR - ERRA FAZIRA & ENGKU ALEESYA


Posing terbaru Erra Fazira dan anaknya Engku Aleesya yang makin membesar dan comel. Apa yang menarik, Erra masih melakukan Body Fitness di Gym untuk mengekalkan bentuk tubuhnya yang mulus. Heh.
Jom tengok..!

Klik untuk imej besar...


8 GAMBAR - SHILA AMZAH & KELUARGA TUNAI UMRAH


Gambar Shila Amzah, 23, ND Lala dan keluarga menunaikan Umrah di Tanah Suci Mekah, selama dua minggu bermula 7 Mac lalu. Nampaknya, keluarga mereka kembali tenang dan bersatu... bak kata pepatah 'buang yang keruh ambil yang jernih'.

“Selepas pulang dari Mekah, Shila akan terbang ke Shanghai dan menetap disana beberapa bulan,” ujar ND lala pada media sebelum berangkat.

Klik untuk imej besar...

21 March 2013

FILEM BARU - TRAILER 'OH MAK KAU'


Trailer filem baharu bertajuk 'Oh Mak Kau' (OMK) arahan sulung Nurul Ain Nordin dan dilakonkan oleh pelakon popular iaitu Jep dan Shuib Sepahtu, Abon Maharaja Lawak, Nurul Ain Nordin, Syamsul Yusof, Wan Maimunah, Yassin Yahya dan Didi Alias.

Untuk info, Filem ini bakal ditayangkan di seluruh pawagam pada 16 May 2013.



Atau Klik link di bawah:
http://www.youtube.com/watch?v=l6m63uLH-2M

3 GAMBAR - ASHRAF SINCLAIR, BUNGA & NOAH


Gambar menarik Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari (Pelakon yang kini popular melalui sinetron Bayu Cinta Luna) dan anak mereka yang bernama Noah sinclair. Untuk info, Ashraf dan Bunga telah berkahwin lebih 4 tahun di mana mereka dijabkabulkan di Masjid Al-Bina, Senayan, Jakarta, Indonesia pada tahun 2008.

Selain berlakon dalam sinetron Indonesia, Ashraf kini bersama isterinya telah membuka sebuah restoran TGI Friday's di kawasan Lippo Mall Kemang, Jakarta Selatan.

Klik untuk imej besar...

20 March 2013

4 GAMBAR - MINAT TERKINI FAUZIAH LATIFF


Gaya menarik Fauziah Latiff yang kini gemar menunggang motosikal berkuasa tinggi sebagaimana artis lain iaitu Erra Fazira, Umie Aida, Siti Nurhaliza dan ramai lagi. Nampaknya Gee mempunyai banyak masa untuk menceburi bidang baru tersebut memandangkan beliau kini kurang sibuk dengan dunia seni.

Namun nasihat kita sebagai peminat, berhati-hati di jalanraya kerana malang tak berbau. Semoga insiden malang yang berlaku terhadap Datuk K tidak berlaku terhadap artis kita yang lainnya. Amin.

Klik untuk imej besar...

19 March 2013

AIZAT AKUI RAPAT DENGAN ZEE AVI


Akhirnya tanpa berselindung penyanyi Aizat mengakui beliau kini agak rapat dengan penyanyi Zee Avi. Bagaimanapun, secara berlapik Aizat mengatakan hubungan mereka belum sampai ketahap serius sebagaimana pasangan kekasih yang lain.

Aizat atau nama sebenar Muhammad Aizat Amdan, 22, sebaliknya berkata mereka berdua juga sering berkongsi pendapat tentang muzik.

Klik untuk imej besar...

18 March 2013

5 GAMBAR - ANAK KETIGA ROY AZMAN


Tahniah diucapkan buat Roy Azman, pelakon yang popular melalui drama bersiri Roda-Roda Kuala Lumpur di TV2 dan isterinya Fida atas kelahiran anak ketiga mereka baru-baru ini.

Bagi anda yang belum melihat baby Roy ni, jom tengok..!

Klik untuk imej besar...

5 GAMBAR - AKSI NABILA HUDA & ANAK


Aksi Nabila Huda Suhaimi, 29, bersama anaknya yang comel. Meskipun kadangkala Nabila tersangat berani bergambar 'panas' dengan hanya berbikini contohnya ketika bercuti di Pulau Mabul, Sabah, namun beliau tegas menyatakan yang beliau tidak mahu hipokrit.

"Saya tidak mahu berlakon depan orang ramai. Apa yang anda lihat itulah diri saya yang sebenar dan saya tidak mahu hipokrit," ujar Nabila ketika ditemui oleh media di Damansara baru-baru ini. Heh.


16 March 2013

3 GAMBAR - KEKASIH ANAK DATUK K?


Gambar gadis bernama Sophia Yasmin Khan yang dikatakan kekasih kepada anak Dato K. Nampaknya mereka berdua sama padan bagai pinang di belah dua.

Jika benar, moga hubungan mereka itu bakal berpanjangan hingga ke jinjang pelamin hendaknya. Amin.

Klik untuk imej besar...

14 March 2013

TAHNIAH... LEUNIEY KINI HAMIL..!!


Setelah berkahwin hampir tiga bulan, akhirnya Leuniey menyampaikan khabar gembira di Instagramnya bahawa beliau kini berbadan dua. Meskipun disampaikan secara 'terlepas cakap'... namun ia pasti menggembirakan ramai pihak terutamanya peminat Apex sendiri. tahniah!

Berikut adalah petikan daripada Instagram Leuniey:
[ @ ] ezuwanismail Banyak nya u ols makan.. xper la ibu mengandung huhu ..opssss @leunieynatasha
[ @ ] naddyaz @leunieynatasha preg? Congratssss sis
[ @ ] scha_tiger Congratulation @leunieynatasha

Klik untuk imej besar...

4 GAMBAR - PERKAHWINAN KEDUA KENCHANA DEWI


Siapa tidak kenal pelakon Kenchana Dewi. Beliau mula dikenali menerusi drama Puteri dan kemudian popular menerusi pelbagai drama, filem dan iklan TV.

Namun mungkin ramai yang tidak tahu bahawa beliau baru sahaja mendaftarkan perkahwinan keduanya bersama jejaka bernama Saravanadevan Girupai. Tahniah diucapkan dan semoga berbahagia hendaknya!

Klik untuk imej besar...

FILEM - 'VIKINGDOM' BAKAL GEGAR 2013


KRU Studios telah melancarkan treler filem yang dinanti-nantikan ramai berjudul “Vikingdom” arahan Yusry Abdul Halim di You Tube. Filem bergenre aksi, fantasi dan penggembaraan ini adalah filem Bahasa Inggeris buatan Malaysia untuk pasaran antarabangsa.

Filem ini dibintangi oleh Dominic Purcell (Prison Break, Killer Elite), Natassia Malthe (Dead or Alive, Elektra), Craig Fairbrass (Cliffhanger), Jon Foo (Tekken) dan Conan Stevens (The Hobbit). Dengan penerbitan Vikingdom, ia bakal memperkukuhkan lagi kedudukan KRU Studios diarena antarabangsa dan membuka laluan yang lebih besar bagi menembusi pasaran Amerika pada tahun ini.

Klik untuk imej besar...

13 March 2013

”SABARLAH HATI” BUAH TANGAN TERBARU ELLY MAZLEIN


Elly Mazlein merupakan artis yang tidak perlu diperkenalkan lagi di dalam industri muzik tanah air.

Pelancaran album sulung yang berjudul “Sutera Kasih” pada tahun 1997 merupakan titik tolak bermulanya perjalanan karier seni Elly Mazlein sebagai seorang artis.

Klik untuk imej besar...

2 GAMBAR - RAGAM MEMEY DAN BABY


Gambar terkini anak lelaki Memey Suhaiza dan Norman Hakim yang diberi nama Mohamed Darwisz Hakim. Nampaknya bertambah-tambah 'busy' Memey dengan kehadiran anak sulungnya itu. Heh.

Klik untuk imej besar...

12 March 2013

WARAN TANGKAP UNTUK PENGARAH GALAXY MUSIC?


Biarpun telah memenangi tuntutan di mahkamah dengan bekas syarikat pengurusannya Galaxy Music Sdn. Bhd. pada Ogos tahun lalu pemenang rancangan realiti Low Sook Yee, atau lebih dikenali sebagai Suki Low masih belum menerima jumlah wang yang telah dijanjikan sebanyak RM417,575.17.

Juara musim pertama rancangan reality TV One in A Million itu terpaksa memohon daripada pihak mahkamah untuk memanggil para pengarah Galaxy Music Sdn. Bhd. iaitu Chan Tak Wai dan Wong Yoke May untuk menjelaskan kegagalan atau keengganan pihak Galaxy Music untuk membayar jumlah wang tersebut.

Klik untuk imej besar...

VIDEO - 'MAAF KU MENCINTAIMU' - FAZLEY


Music Video single terbaru Dato Fazley Yaakob "Maaf Ku Mencintaimu" kini hangat dipertontonkan di YouTube. Bagi anda yang meminati penyanyi, pelakon dan tukang masak selebriti ini, sila layari alamat url di bawah.

You Tube: http://www.youtube.com/watch?v=G5EZbvgE7dw ITunes: https://itunes.apple.com/us/album/maaf-ku-mencintai-mu-single/id581861341



6 GAMBAR - SITI SAERAH MANIS BERTUDUNG


Selepas Dato’ Siti Nurhaliza bertudung penuh, kini langkah tersebut diikuti pula oleh adiknya Siti Saerah. Nampaknya, Saerah makin manis dan berseri-seri bila mengenakan tudung yang sememangnya kena dengan gayanya.

Jom tengok..!

Klik untuk imej besar...

5 GAMBAR - SHARIFAH SOFIA & IMEJ BABY KEDUA


Gambar terkini anak Sharifah Sofia pelakon yang berdarah Inggeris dan Melayu yang bernama Sharifah Ariana. Beliau yang kini sedang hamil anak ke dua hasil perkahwinan bersama Syed Ismail turut berkongsi gambar ultrasound scans yang menampakkan imej bayi di dalam perutnya.

Tahniah diucapkan..!

Klik untuk imej besar...

08 March 2013

'SEMALAM TANPAMU' SELAMAT JALANI PENGGAMBARAN


Kelmarin, berlangsungnya penggambaran klip video “Semalam Tanpamu”, KRU feat Stacy iaitu sebuah lagu yang terdapat di dalam album terbaru KRUnomena. Difahamkan, Single tersebut semakin mendapat tempat di hati peminat apabila sering diputarkan di stesyen-stesyen radio tanah air.

Album KRUnomena memuatkan 10 lagu kesemuanya seperti Setiap, Semalam Tanpamu, Kesejatian Cinta, Separuh Mati, Sediakala, Lagu & Lirik dan Kali Ke-2. Tiga lagu popular yang turut dimuatkan di dalam album ini adalah Ganas (2011), Tiga Kata (2012) dan Wanita (2012).

Klik untuk imej besar...

5 GAMBAR - SAMBUTAN HARI LAHIR NORA DANISH


Semalam, telah diadakan sambutan hari lahir pelakon Nora Danish atau nama penuhnya Nora Danish Mohd Hanif. Nora yang lahir pada 7 Mac 1982 di Terengganu telah diberi sambutan hari lahir secara 'kejutan' oleh keluarga dan rakan rapat.

Namun yang paling menarik, Nora telah menerima lebih kurang lima kek pelbagai bentuk. Selain kek, Nora juga menerima banyak hadiah istimewa. Jom tengok...!

Klik untuk imej besar...

06 March 2013

GAMBAR - KELUARGA BAHAGIA FAIZAL HUSSIEN


Ramai pasti masih ingat bagaimana Faizal Hussien dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik menewaskan beberapa calon lain dalam FFM-25 melalui filem Bunohan.

Dan khas untuk peminat Faizal, kami paparkan sekeping gambar beliau bersama isteri dan anak-anakya.

Klik untuk imej besar...


3 GAMBAR - ZIANA ZAIN DAN KELUARGA


Umum memang sedia maklum, ada beberapa artis yang sukar untuk kita temui keluarga mereka di majlis terbuka, anugerah atau bergambar di media massa. Antara mereka itu ialah Rosyam Nor dan beberapa artis lain termasuk Ziana Zain sendiri.

Namun apa yang menarik, baru-baru ini Ziana telah memuatnaik gambar keluarganya untuk tatapan peminat. Jom tengok..!

Klik untuk imej besar...

05 March 2013

6 GAMBAR - TOMOK DAN ANAKNYA ARRIANSHAH


Gambar anak Tomok yang bernama Arrianshah Akid, yang kini berusia hampir sembilan bulan. Nampaknya, anak dan bapa mempunyai gaya dan citarasa yang sama iaitu sama-sama berambut pendek. Heh.

Untuk info, hingga kini Tomok telah berkecimpung dalam bidang seni hampir 14 tahun lamanya (sejak 1999). Dan kata Tomok, cintanya terhadap seni suara dan bidang lakonan tak pernah padam... sama seperti kasih sayangnya terhadap Arrianshah.

Klik untuk imej besar...

04 March 2013

3 GAMBAR - AKSI LIYANA JASMAY SELEPAS KAHWIN


Aksi Liyana Jasmay dan suaminya Fathuddin Mazlan, selepas berkahwin. Nampaknya, Liyana masih lagi 'happy-go-lucky' sebagaimana beliau masih remaja dahulu.

Jom tengok..!

Klik untuk imej besar...

02 March 2013

7 GAMBAR - EIRA SYAZIRA, AZAD & ANAK


Gambar keluarga bahagia Eira Syazira dan suaminya Azad Jasmin disamping anak perempuan mereka Amarra Sofea Rose yang lahir pada 11 Januari 2013 lalu.

Kredit gambar pada Eira Syariza sendiri. Enjoyzz..!

Klik untuk imej besar...