31 May 2013

LINDA HASHIM SOLAT TAUBAT SEBELUM KAHWIN


"Sebagai persiapan diri, saya banyak buat solat sunat taubat dan hajat. Sebagai manusia biasa kita banyak melakukan kesilapan dan kalau boleh perkara baik ini Allah akan memudahkannya ," kata Linda Hashim atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 29.

Ini berikutan hari bahagia antaranya dengan Beego bakal berlangsung beberapa hari lagi iaitu di Masjid Usamah Bin Zaid, Seksyen 2, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 7 Jun 2013 selepas solat Isyak.


29 May 2013

4 GAMBAR - RAGAM ANAK NABIL & NAZIRAH


Gambar Naira Mikayla, anak kepada Nazirah Ayub dan Nabil Ahmad (Raja Lawak) yang kini berusia 6 bulan. Nampaknya, makin besar... makin tembam si Naira ni..!

Untuk info, Naira dilahirkan pada 25 November 2012, melalui pembedahan Caesarean.

Klik untuk imej besar...

27 May 2013

6 GAMBAR - ANN NGASRI & SUAMI BERSANTAI


Aksi menarik Anne Ngasri dan suaminya Mohd Sumali Reduan, yang tidak jemu-jemu bersantai bersama keluarga. Lebih menarik, perut Ann juga bertambah besar menandakan bakal bertambahnya ahli keluarga mereka nanti. Tahniah!

Jom tengok..


23 May 2013

KES DADAH - SAIFUL APEK DIPERINTAH BELA DIRI


"Ujian air kencing keempat-empat tertuduh juga positif, jadi bagaimana mahkamah boleh katakan bahawa pegawai yang menjalankan ujian air kencing itu berbohong?

"Manusia lakukan kesilapan, dan menghisap dadah pun satu kesilapan. Mahkamah mementingkan keadilan, jadi saya ketepikan semua perintah Majistret dan kesemua responden diperintah membela diri dalam kes ini di Mahkamah Majistret yang sama," kata Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Alim Abdullah terhadap pelawak Saiful Apek bersama tiga pekerjanya.


22 May 2013

4 GAMBAR - ISTERI APEK KINI BERHIJRAH


Jika baru-baru ini, isteri kepada Khairul Fahmi Che Mat iaitu Leuniey Natasha digosipkan telah mengandung, namun berita terkini sebenarnya lebih menarik. Leuniey telah berhijrah ke arah yang lebih baik iaitu memakai tudung sebagaimana yang dituntut oleh Islam.

Tahniah diucapkan buat Apek kerana berjaya membimbing isterinya. Semoga rumah tangga mereka akan lebih bahagia selepas ini... Insa'Allah.


20 May 2013

AFIQ HARUS BERTAUBAT - WAN AKASHAH


"Bertaubatlah pada Allah kerana di antara akibat dan bala yang Dia turunkan pada hambaNya dengan segera apabila anak menderhaka kepada ibu dan ayah mereka.

"Dalam keadaan ini, hadis Nabi ada menyatakan bahawa keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapanya dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapanya.


17 May 2013

3 GAMBAR - AKSI CERIA ABIL DAN KHEISYA


Gambar ceria Nabila Huda dan anaknya Kheisya Laila. Meskipun gosip panas tersebar luas mengenai percintaan dan kesanggupan Nas-T untuk berjumpa Amy Search bagi meminang Nabila, namun setakat ini semuanya masih belum berlaku.

Harap-harap apa yang dirancang oleh mereka berdua (Nabila dan Nas-T) akan berjalan lancar... itu doa kita!

Klik untuk imej besar...

16 May 2013

5 GAMBAR - HIJRAH ALYAH SELEPAS UMRAH


"saya baru sahaja cuba berhijrah, mana yang kurang harap dapat diterima dan saya akan ubah sedikit demi sedikit," demikian kata Alyah mengenai penghijrahannya memakai tutup kepala. Beliau berkata demikian ketika dijemput membuat persembahan di Wanita Hari ini, TV3.

Meskipun tidak bertudung penuh sebagaimana artis lain, namun perubahan tersebut dilihat amat berani dan membawa kebaikan untuk Alyah sendiri. Mungkin hidayah tersebut ditemuinya ketika beliau mengerjakan Umrah baru-baru ini. Alhamdulillah..!


15 May 2013

SAYA BUKAN ANAK DERHAKA - AFIQ MUIZ


Dalam kegembiraan insan lain menyambut hari ibu baru-baru ini, namun pelakon Afiq Muiz, 21, terpaksa pula menyangkal dakwaan ibu kandungnya Hasliza Mohd, 48, bahawa dirinya mula berubah sikap dan lupa diri selepas bergelar pelakon.

Benarkah dakwaan tersebut? Atau mungkin ada yang terkhilaf dalam permasalahan ini hingga menimbulkan salah faham?

Klik untuk imej besar...

14 May 2013

KISAH BENAR PEKIN DALAM 'MEMOIR BUKAN MEMOIR'


MEMOIR BUKAN MEMOIR merupakan sebuah buku penceritaan mengenai perjalanan Pekin Ibrahim di dalam mengejar impiannya menjadi seorang artis terkenal. Ia bakal dilancarkan pada Jumaat ini di Pentas utama, Kompleks Belia & Sukan Paroi, Negeri Sembilan.

Menurut penerbitnya Merpati Jingga, buku ini bukan seperti memoir biasa, malah ia bermula daripada Pekin berusia 15 tahun sehingga ke-awal 20an, ketika beliau dan rakan saudaranya, Danny berhijrah ke Kuala Lumpur dari Kota Bharu. Ia merupakan kisah benar pelakon ini!

Penerimaan pengarah Silver Chong melalui filem vcd Pendekar (2000) menjadi lesen kepada Pekin ke dalam industri filem Negara dan antarabangsa. Pahit manis liku yang dilalui Pekin dinukilkan secara ringan.


13 May 2013

5 GAMBAR - KELUARGA BAHAGIA SITI SAERAH


Aksi menarik anak-anak Siti Saerah Tarudin yang kini makin manis setelah bertudung penuh pada bulan mac lalu. Seperti kakaknya iaitu Siti Nurhaliza, Saerah juga nampaknya makin bahagia dengan keluarga tersayang. Alhamdulillah...

Jom tengok..!

Klik untuk imej besar...

FORTEEN KINI MUNCUL DENGAN 'KITA'


Forteen kini sebuah nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi di dalam industri muzik tanah air.

Tahun 2011 merupakan detik permulaan bagi perjalanan karier Forteen yang terdiri daripada empat orang anak seni berbakat iaitu One, Ariz, Ameerais dan Izzue apabila single “Berdua Bersatu” yang merupakan single pertama mereka berjaya mendapat respon yang amat positif di kalangan penggemar muzik tanah air.


09 May 2013

PERUBAHAN WAJAH - SHARIFAH AINI NAFI GUNA BOTOKS


Steroid adalah punca penyanyi Datuk Sharifah Aini, 59, berubah wajah berbanding dahulu terutamanya dibahagian pipi, dagu dan bibir . Hal ini didedahkan sendiri oleh penyanyi tersebut yang menafikan ada mengguna suntikan botoks untuk kelihatan lebih muda.

Pengambilan steroid secara berterusan itu katanya ekoran beliau mengalami jangkitan paru-paru enam bulan lalu. Oleh yang demikian, dakwaan yang mendakwa beliau menyuntik wajah disifatkannya sebagai tuduhan liar kerana ia adalah kesan ubatan lain.

Klik untuk imej besar...

07 May 2013

11 GAMBAR - PERKAHWINAN JEHAN MISKIN & JULIE


Gambar perkahwinan Jehan Miskin dan Julie Camelia Rhee yang telah berlangsung pada Sabtu lalu, iaitu sehari sebelum PRU13. Apa yang menarik, jika ibu Jehan berwajah seperti orang Cina atau Korea, Jehan pula mendapat isteri yang sememangnya original dari Korea.

Tahniah..!

Klik untuk imej besar...

8 GAMBAR - ANAK TOMOK YANG AKTIF


Aksi dan gaya menarik anak Tomok yang kini makin aktif dan mula meminati muzik seperti bapanya. Ya lah... mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi... heh.

Jom tengok!


8 GAMBAR - SITI NURHALIZA TUNAI TANGGUNGJAWAB


Gambar menarik Datuk Siti Nurhaliza yang keluar mengundi pada 5 Mei lalu. Siapakah yang beliau undi? Hanya Siti sahaja yang tahu... tak gitu?


06 May 2013

SAYA BUKAN 'PUTIH SUNTIK' - ADIRA


Disebabkan kulitnya yang semakin putih berbanding dahulu, ramai yang mempersoalkan perkara tersebut dan mendakwa Adira mungkin menggunakan teknik suntikan atau memakan sebarang pil untuk mendapatkan kulit putih melepak dan gebu.

Bagaimanapun, bila diajukan soalan tersebut, Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi, 23, menafikannya. Dakwa penyanyi itu, kulitnya putih mungkin secara semulajadi meskipun tidak menafikan ada mengguna sejenis krim penjagaan kulit.


02 May 2013

HAMIL 4 BULAN - NURUL MENGIDAM ANAK LELAKI


Meskipun pernah mengandung 15 tahun lalu, namun pengalaman mengandung kali ini ibarat 'hamil kali pertama' bagi penyanyi Nurul Huda Abdul Wahab, 36. Malah dia juga amat teruja dengan kandungannya yang kini berusia empat bulan dan berdoa agar dipermudahkan oleh Allah.

"Bayangkan anak sulung saya sudah berusia 15 tahun dan kini mengandung buat kali kedua. Sudah tentu saya berasa sangat gembira dan teruja," kata Nurul pada media.

Klik untuk imej besar...