28 June 2013

INFO - TAYANGAN FILEM PERCUMA SEMPENA KL FESTIVAL


Peminat filem tempatan pada tahun ini akan dapat menonton filem secara percuma melalui Program Tayangan Filem anjuran FINAS. Program ini akan berlangsung pada 5 hingga 7 Julai 2013 di Dataran Karyawan FINAS, Hulu Kelang, Selangor.

Filem-filem yang bakal menemui penonton selama 3 hari ini adalah Filem Dua Kalimah (Metrowealth), Husin, Mon & Jin Pakai Toncit (Tayangan Unggul) dan Rock OO (Grand Brilliant).


27 June 2013

TUNJUK BUKTI KALAU DAH KAHWIN - MISHA OMAR


"Saya tidak pernah berkahwin dengan mana-mana lelaki sekalipun. Jika benar saya pernah berkahwin tunjukkan buktinya dan anda boleh merujuk nama saya di mana-mana Pejabat Agama," ujar Misha Omar, atau nama sebenarnya Samihah @ Aisah Omar, 31, menjawab persoalan mengenai statusnya semalam.

Misha berkata demikian bagi menjawab tuduhan bahawa beliau sudah berkahwin dan sekaligus mencabar individu yang menuduhnya mengemukakan bukti. Tambah Misha, dakwaan tersebut telah menyebabkan pernikahannya dengan juruterbang Malaysia Airlines System (MAS), Fiross Ezwan Rosly tertangguh.


26 June 2013

6 GAMBAR - BILA FIZA ELITE BERBAJU PENGANTIN


Aksi Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim atau Fiza Elite memakai baju pengantin. Memang nampak cantik dan ada gaya untuk bersanding kali kedua... Ahak!

Meskipun sudah lama bercerai dengan bekas suaminya Ahmed Farriq Zainul Abidin pada November 2010 serta mempunyai beberapa gosip cinta, namun Fiza tetap masih menjanda. Harap-harap lepas bergaya dengan baju pengantin ni... Fiza akan menemui pengganti dalam hidupnya. Amin.

Klik untuk imej besar...

MASTERCHEF SELEBRITI - SYURA JUARA MUSIM KEDUA


Jika tahun lalu, Fazley Yaakob berjaya merangkul gelaran juara musim pertama program MasterChef Selebriti Malaysia terbitan Astro... tahun ini, giliran penyanyi Syura (Zuraidah Badron) pula memenangi gelaran tersebut menumpaskan seorang lagi saingannya iaitu pengacara Celina Khor.

“Alhamdulillah, saya tidak menyangka kemenangan ini kerana tidak menjangka yang dapat pergi sejauh ini.

Klik untuk imej besar...

25 June 2013

4 GAMBAR - ASHRAF SINCLAIR & NOAH DI DISNEYLAND


Umum memang sedia maklum bahawa Ashraf Sinclair yang mengahwini Bunga Citra Lestari kini menetap di Indonesia. Namun, segala perkembangan mengenai Ashraf sebenarnya masih diikuti oleh peminatnya di sini yang sering mengikuti drama sinetronnya.

Meskipun selalu sibuk dengan lakonan dan perniagaan Restoran TRG Friday's, namun bapa penyayang ini tidak pernah mengabaikan anaknya Noah sinclair. Bila sahaja ada masa terluang, dia pasti akan membawa anaknya hingga ke Disneyland sekalipun. Wahh!


6 GAMBAR - REZEKI AZZA ELITE MAKIN BERTAMBAH


Gaya menarik Azza Elite semenjak bertudung. Nampaknya penampilan Azza lebih menarik berbanding dahulu dan rezekinya juga makin bertambah.

Walaupun kurang aktif dalam lakonan, namun beliau masih aktif dalam bidang nyanyian dan kini berjaya pula dalam bidang perniagaan produk kesihatan dan kecantikan.


24 June 2013

ACHEY JUARA BINTANG MENCARI BINTANG


Malam tadi, program seolah Raja Lawak iaitu Bintang Mencari Bintang (BMB) terbitan TV3 telah sampai kemuncaknya. Dan seperti yang diduga, peserta Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah telah dinobatkan sebagai Juara program realiti tersebut dalam konsert akhir yang berlangsung di Stadium Malawati.


INFO - 'HANYA KENANGAN' DENDANGAN IMRAN AJMAIN


Lagi remix terbaru berjudul "Hanya Kenangan" nyanyian Imran Ajmain dan artis R&B/Hiphop dari Singapura iaitu Firwan Johan. "Hanya Kenangan Remix" telah dipertontonkan di YouTube sejak beberapa hari lalu khas untuk seluruh peminat muzik.

Untuk info, lagu tersebut telah dicipta oleh Firwan Johan dan Rauzan Rahman sekaligus ia juga mendapat sentuhan terkini daripada Imran sendiri.  Jom tonton...!



21 June 2013

BAJU SENDAT - SHILA AMZAH ANGGAP SATU PENGAJARAN


"Saya tidak sedar dan tidak terfikir langsung perkara tersebut boleh jadi isu kerana tujuan sebenar saya berbuat demikian adalah untuk berkongsi kegembiraan dengan peminat yang saya memiliki pakaian yang sesuai untuk ke gim," demikian dakwa Shila Amzah yang dihimpit kontroversi gara-gara gambar pakaian sendat yang di uploadnya di internet.


20 June 2013

17 GAMBAR - PENGEMBARAAN ANGKASAWAN NEGARA & KELUARGA


Gambar-gambar menarik pengembaraan keluarga angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina bersama dua anak mereka iaitu Sophea Isabella dan Sophea Natasha.

Mereka sekeluarga telah melawat beberapa destinasi menarik antaranya ialah Masjid Al-Aqsa, Dublin, Paris dan beberapa tempat yang lain.

Dr, Sheikh & Bella di NotreDame, Paris
Klik untuk imej besar...

19 June 2013

KES 'PERANGKAP' KHALWAT - TUNANG SHAHRIZAL 'NO KOMEN'


Siapa salah dan siapa yang betul? Persoalan ini pastinya berlegar diminda ramai pihak yang mengikuti isu kes tangkapan khalwat Shahrizal Jaszle, 25.

Ini kerana, menurut Shahrizal, dia diperangkap oleh seorang wanita... manakala pendedahan terkini wanita tersebut di Melodi TV3 pula, dialah yang menjadi mangsa pelakon itu.


18 June 2013

5 GAMBAR - RAGAM TERKINI ANAK2 AQASHA


Gambar terkini anak-anak Aqasha bernama Alehandra Ahmad Firdee dan Alaena Ayesha yang comel dan lasak. Iyalah, tengoklah siapa bapanya... pelakon tahan lasak yang selalu berjaya membawakan watak dengan berkesan. Tak gitu?

Jom tengok..!

Klik untuk imej besar...

AKHIRNYA YUNA PILIH MAT SALLEH


Setelah lama berteka-teki... akhirnya Yuna (Yunalis Zaraai) mengakui bahawa beliau kini sedang dilamun cinta dengan jurugambarnya sendiri bernama, Julian Schratter atau lebih dikenali sebagai Jules.

Sehubungan itu, kisah cintanya sebelum ini dengan Qi Razali yang terputus di tengah jalan... kini hanya tinggal memori indah.  Bak kata orang, cinta tak semestinya bersatu!
 
Klik untuk imej besar...

17 June 2013

4 GAMBAR - BAYI KE-4 AIDID & NORZIE


Tahniah diucapkan buat Aidid Marcello dan isterinya Norzie Pak Wan Chek atas kelahiran bayi Ke empat mereka baru-baru ini di hospital milik Sime Darby.

Untuk info, Norzie dikhabarkan bersalin melalui kaedah pembedahan. Bayi lelaki mereka itu seberat 3.44kg dan dilaporkan sihat walafiat.


14 June 2013

INFO - 'GOOD VIBES FESTIVAL'


Future Sound Asia (FSA) today announced that it will present Good Vibes Festival (#GoodVibesFest), Malaysia’s very own music festival for all ages on Saturday, 17 August 2013, from 4pm to late at the Sepang International Kart Circuit.


3 GAMBAR - AMMAR ALFIAN & BUAH HATI

Gambar terkini Ammar Alfian dan buah hatinya.

Sememangnya mereka nampak sepadan dan mungkinkah mereka berdua juga sudah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan? Ayuh kita doakan yang terbaik buat mereka..!


13 June 2013

BILA RAZALI HUSSAIN NIKAH DALAM SENYAP


Tahniah diucapkan buat pelakon Razali Hussain, 37, yang selamat bernikah dengan seorang guru berusia 29 tahun. Mereka berdua telah diijabkabulkan pada 7 Jun lalu di Masjid Az-Zubair Ibnu Awwam, Cheras, Selangor.

"Benar saya sudah bernikah dengan seorang wanita yang sudah saya kenali tiga tahun lalu. Majlis resepsi pula telah berlangsung pada Sabtu lalu di Kompleks Sukan Desa Tasik, Bandar Tasik Selatan.


VIDEO PELAJAR AMERIKA - NAJWA LATIF TERHARU


Najwa Latif bukan hanya terharu, malah merasa bersemangat apabila lagunya berjudul 'Sahabat' dinyanyikan oleh sekumpulan pelajar sekolah di Amerika Syarikat (AS) menerusi YouTube.

"Saya terharu dan sebak apabila menonton video tersebut di YouTube.


12 June 2013

ZAHID AF DISERANG ASMA KETIKA BULAN MADU


Jika pada 7 Jun lalu, penyanyi dan penyampai radio, Zahid Baharudin atau nama sebenarnya Ahmad Zahid Baharuddin, 33 selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihan hatinya, Sarah Julifa Yusof, 25, dengan hanya sekali lafaz... namun hal yang berlaku semalam lain pula ceritanya. Zahid terpaksa menerima rawatan lanjut apabila beliau sukar bernafas ketika berbulan madu di Cameron Highlands.

Klik untuk imej besar...

11 June 2013

DAYANG JANJI PERSEMBAHAN PALING MANTAP


Dayang Nurfaizah, bakal menggegar dan memukau peminatnya dalam persembahan khas pada 23 Jun ini jam 8.30 malam, bertempat di The Venue, Pavilion Kuala Lumpur.

“Kasih dan sokongan peminat-peminat amat bermakna pada saya, kerana dengannya, saya masih dapat meneruskan kembara saya dalam arena muzik,” ujar penyanyi itu.


4 GAMBAR - SAZZY FALAK & ANAK KEMBARNYA


Gambar terkini anak kembar Sazzy Falak yang bernama Iman Lily & Tiara Rose, yang kini berusia lebih dua tahun. Apa yang menarik, bakat ibunya turut meresap ke jiwa kembar ini apabila mereka sering didedahkan dengan dunia seni.

Klik untuk imej besar...

10 June 2013

12 GAMBAR - AKSI TERKINI FASHA, JEJAI & RAYFAL


Gambar terkini Fasha Sandha, suami dan anak mereka Putra Rayfal. Nampaknya selain sibuk dengan dunia seni dan Jejai pula sibuk dengan tugasan harian, namun mereka tetap mempunyai masa untuk Rayfal.

Jom layannzz!

Klik untuk imej besar...

7 GAMBAR - PERNIKAHAN BEEGO & LINDA


Akhirnya pasangan Beego (Md Aszerul bin Nizam Abdullah), 33, dan Linda Hashim (Norhazlinda Hashim), 29, kini bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz. Mereka melangsungkan pernikahan selepas sembahyang Isyak, kira-kira jam 9.30 malam Jumaat lalu.

Klik untuk imej besar...

07 June 2013

PENERBIT RAJA AZMI SEDIA KAHWIN BARU

Gagal bukan bererti terus berputus asa!

Demikianlah perihal kisah cinta Raja Azmi, 54, yang pernah kecewa dengan seorang lelaki muda berusia 27 tahun. Namun berkat ketabahannya, dia kini mengakui sudah pun menemui teman hidup baru yang bukan muda... tetapi seusia dengannya.


05 June 2013

5 GAMBAR - KELUARGA BAHAGIA FAIZAL HUSSIEN


Gambar keluarga bahagia Faizal Hussien yang sememangnya mewarisi kebahagiaan arwah bapanya Hussien Abu Hassan dan Mahyon Ismail.

Dan sebagaimana bapanya juga, nama Faizal kini terus dihormati sebagai pelakon serba boleh yang memartabatkan industri filem Melayu sejak 1982.


15 GAMBAR - EIZLAN YUSOF & KELUARGA DI HAT YAI


Aksi Eizlan Yusof ketika makan angin bersama keluarganya di Hat Yai, Thailand beberapa minggu lalu. Nampaknya Eizlan masih mempunyai bakat lampau sebagai model dan ia mungkin diwarisi pula oleh anak-anaknya.

Jom tengok...


04 June 2013

MAYA KARIN SEDIA TAMAT ZAMAN JANDA


"Ya, saya sedang mengenali hati budi seseorang yang saya sudah kenal lama tetapi hubungan ini masih pada peringkat awal.

"Sudah tiba masanya saya membuka hati namun biarlah hubungan ini berkembang secara perlahan-lahan," kata Maya Karin, 33, mengenai teman hidup selepas sekian lama hidup menjanda.


03 June 2013

6 GAMBAR - MEMEY, NORMAN & ANAK


Gambar terkini keluarga Norman Hakim dan Memey Suhaiza yang nampaknya makin bahagia. Malah kebahagiaan tersebut turut dipuji oleh Abby Abadi sendiri yang menggambarkan mereka sebagai pasangan ceria.

Jom tengok...

Klik untuk imej besar...


4 GAMBAR - BILA ABIL HANYA BERCOLI


Motif Nabila Huda (Abil), yang bergambar hanya bercoli tidaklah diketahui. Mungkin hanya suka-suka atau sekadar mengisi masa lapang agaknya.

Namun apa yang pasti, Abil memang suka buat gosip panas dan kontroversi. Heh!

Klik untuk imej besar...