30 September 2013
5 GAMBAR - BILA ISTERI APEX HAMIL '6 BULAN'
Gambar menarik Leuniey Natasha, isteri kepada Khairul Fahmi Che mat (Apex) yang lebih kurang mengandung 6 bulan (agak-agaklah). Memang jelas dan nyata perut Leuniey kini sedang membesar dan pastinya beliau sedikit meragam kerana hamil kali pertama.
Oleh yang demikian, Apex kenalah banyak bersabar demi isteri tercinta. Tak gitu?
Klik untuk imej besar...
Labels:
gambar menarik,
Gambar sana sini
33 GAMBAR - MAJLIS RESEPSI FOUZIAH GOUS & ZHAFRAN
Gambar-gambar majlis resepsi Fouziah Gous dan Md Zhafran Md Yusof yang berlangsung semalam (29 September) di Hotel Marriot Putrajaya. Tahniah diucapkan kerana majlis tersebut memang meriah dan penuh warna warni.
Untuk imbasan, pasangan ini telah bernikah pada 21 September lalu di Dewan Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor.
Klik untuk imej besar...
Labels:
gambar menarik,
Gambar sana sini
5 PHOTO - AKHIRNYA ZAIN SAIDIN MELAMAR ROZITA CHE WAN
Mungkin akibat didesak dan timbulnya pembagai khabar angin tentang pertunangan dan sebagainya, akhirnya Zain Saidin, 29, merisik Rozita Che Wan, 40, dalam majlis tertutup di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur, semalam.
Perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh pengurus peribadi Rozita. Katanya, majlis telah berlangsung kira-kira jam 3 petang dan disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak yang seramai 50 orang.
Labels:
berita menarik,
Berita sana sini,
Gambar sana sini
7 GAMBAR - KUNCI CINTA BLACK & NAQUIA DI KOREA
Meskipun bulan Madu Black Mentor Dan Isterinya Naquia terganggu akibat cirit-birit, muntah-muntah dan keletihan gara-gara keracunan makanan ketika berada di Langkawi, Kedah, namun percutian mereka seterusnya di Korea Selatan berjalan lancar.
Apa yang menarik, mereka yang bernikah pada 13 September lalu itu sempat memasang padlock di sana, iaitu tradisi yang dinamakan love lock atau kunci cinta. Untuk info, 'kunci cinta' kebiasaannya dilakukan oleh pasangan bercinta di mana nama dan perasaan ditulis pada padlock sebelum anak kuncinya dilempar jauh.
Labels:
gambar menarik,
Gambar sana sini
28 September 2013
26 GAMBAR - MAJLIS HARI LAHIR NUR FAZURA
Gambar majlis bacaan tahlil dan doa selamat Nur Fazura semperna hari lahirnya yang ke-30 semalam di Masjid Tun Abdul Aziz, Petaling Jaya, Selangor. Ikhlasnya, Fazura nampak manis bertudung dan harap-harap terbuka hati untuk terus kekal begitu hendaknya.
Namun lain pula sambutan hari lahirnya sehari selepas tahlil dan doa selamat. He he, faham-faham sahaja lah..!!
GAMBAR MAJLIS DOA SELAMAT
Klik untuk imej besar...
Labels:
gambar menarik,
Gambar sana sini
27 September 2013
SEKSI - IMEJ BARU STACY AF6?
Selepas khabar angin bakal dirisik oleh Akim AF7 tidak menjadi kenyataan baru-baru ini, Stacy AF6 kelihatan seolah bertukar imej. Beliau tampil dengan imej lebih seksi dan menggoda berbanding imej sederhananya sebelum ini.
Namun tidak dapat dipastikan apakah ia gambar lama atau yang baru... Mungkin pelanduk dua serupa agaknya. Bagaimanapun, jika benar gambar Stacy, apakah ini bermakna Stacy bakal berubah ke arah yang lebih 'berani' selepas ini? Jawapannya... tepuk dada, tanya selera!
Labels:
gambar menarik,
Gambar sana sini
ISTERI AMY SEARCH HAMIL LAGI?
Diam-diam berisi!
Itulah berita terkini mengenai Amy Search yang melalui instagramnya telah berdoa memohon seorang lagi puteri. Adakah ia bermakna yang isterinya kini sudah mengandung anak baru?
"Ya Allah...aku mohon di kurniakan seorang lagi putri kayangan," demikian doa Amy penuh makna tersirat.
Labels:
berita menarik,
berita terkini
ZAIN SAIDIN NAFI BERTUNANG DALAM SENYAP
Tidak bertunang!
Demikian ditegaskan oleh pelakon Zain Saidin mengenai dakwaan yang dia telahpun mengikat tali pertunangan dengan Rozita Che Wan secara senyap kelmarin.
"Berita dan gosip tersebut adalah mengarut.
Labels:
berita menarik,
Berita sana sini
26 September 2013
ADAM KINI SAH SUAMI FIZA ELITE
Dengan hanya sekali lafaz, Adam AF2 akhirnya menjadi suami kepada Fiza Elite apabila mereka selamat dinikahkan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Shah Alam, Selangor pada jam 10.30 pagi tadi.
Mereka dinikahkan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Daerah Petaling, Suhaimi Ahmad Wakid dengan mas kahwin RM300 dan hantaran sepersalinan lengkap.
Mereka dinikahkan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Daerah Petaling, Suhaimi Ahmad Wakid dengan mas kahwin RM300 dan hantaran sepersalinan lengkap.
Labels:
berita terkini,
gambar menarik
MOTOR PUSAKA APEX KENA KEBAS
"Motor ni hilang kena curi malam tadi masa semua tengah tidor. Sedih sebab banyak sejarah motor ni. Dengan motor ni lah ayah aku cari rezeki hantar anak-anak sekolah dulu. Hantar aku pergi main bola. Sesiapa jumpa ataupun ternampak tolong la bagi tahu ya," begitulah rayu Khairul Fahmi Che Mat (Apex) melalui Twitternya.
Alahai... sapalah punya kerja ni? Harap Apex banyak-bantak bersabar dan serahkan pada polis untuk membuat siasatan. Bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya akan jatuh ke tanah jua!
Gambar kenangan motor yang dimaksudkan...
Labels:
Berita ringkas,
Berita sana sini,
Gambar sana sini
FIZO OMAR IDAM KAHWIN DI PADANG BOLA
Jika tiada aral melintang, pelakon dan pengacara Fizo Omar bakal melangsungkan pertunangan dengan Mawar Abdul Karim pada November ini. Perkara tersebut dijelaskan oleh Fizo sendiri yang juga berhasrat membuat majlis perkahwinannya di padang bola, Pasir Puteh Kelantan.
“Buat masa ini saya sudah dalam proses mengenali hati budi masing-masing," ujarnya.
Labels:
berita menarik,
Berita sana sini
25 September 2013
5 GAMBAR - ANAK NABILA HUDA SUDAH SEMBUH
Gambar terkini Kheisya Laila, anak Nabila Huda yang kelihatannya sudah sihat selepas terbabit dalam kemalangan jalanraya di Lebuhraya Karak baru-baru ini. Paling menarik, Kheisya juga kelihatan ceria dan makin akrab dengan ibunya.
Ikhlasnya, ramai yang kagum melihat ketabahan Nabila dalam membesarkan anaknya itu dengan keringat sendiri. Mungkin inilah yang dikatakan, kasih ibu membawa ke syurga!
Labels:
gambar menarik,
Gambar sana sini
KALAU DAH JODOH - ADAM NIKAH FIZA ELITE ESOK
Jodoh dan pertemuan di tangan Allah, dan siapa sangka Adam AF yang muda belia bakal berkahwin dengan seorang janda iaitu Fiza Elite esok. Bak kata pepatah, ikan di laut, asam di darat... dalam periuk bertemu jua!
"Sebelum berjumpa secara rasmi buat julung kali, kami kerap berbalas mesej. Kami juga pernah bertemu di beberapa majlis, tetapi setakat menyapa begitu sahaja.
Labels:
berita menarik,
Berita sana sini
BEDAH RAHIM - SCHA KINI SEDIA UNTUK HAMIL
Alhamdulillah.... pembedahan membuang ketumbuhan Endometriosis dalam rahim Scha Al Yahya pada awal September lalu akhirnya berjaya! Kini pelakon dan pengacara itu sudah bersedia untuk hamil sekiranya dikurniakan rezeki oleh ALLAH SWT.
“Doktor maklumkan ketumbuhan itu belum sampai tahap serius, tetapi jika tidak dibuang, ia boleh membesar dan membahayakan nyawa. Atas nasihat doktor, saya setuju dibedah dan tidak mahu berlengah lagi.
Labels:
berita menarik,
Berita sana sini
6 GAMBAR - RAGAM FAZURA MENARI DALAM BATH TUB
"Kalah feminin alaf lama... Dalam bath tub ni," demikian kata pelakon Nur Fazura mengenai videonya bersama dua rakan menyanyi dan menari dalam bath tub. Feminin alaf baru? Cayalah!
Untuk info, Fazura akan membuat bacaan tahlil dan doa selamat esok jam 7.00 malam semperna hari lahirnya yang ke-30 pada 27 September ini di Masjid Tun Abdul Aziz, Petaling Jaya, Selangor. Pada anda yang meminati beliau, jemput-jemputlah hadir. Heh!
Labels:
gambar menarik,
Gambar sana sini
24 September 2013
7 GAMBAR - KELUARGA BAHAGIA SERINA REDZUAWAN
Gambar menarik Tristan Tareef dan Isabella Saffiya iaitu anak-anak Serina Redzuawan dan suaminya Salahudin Ghafar. Waaahhh... dah makin besar anak mereka berdua dan pandai bergaya ala model pula.
"Amboi..dua-dua anak i ni bergaya macam model gitu," kata Serina yang baru-baru ini menyambut hari lahir Tristan yang ketiga.
Labels:
gambar menarik,
Gambar sana sini
JIMMY SHANLEY NAFI NIKAH JANDA
"Tiada komen. Biarlah rahsia. Terpulang sama ada orang ingin kata saya sedang bercinta atau pun sudah berkahwin. Doakan yang baik-baik untuk saya," demikian kata Jimmy Shanley, 33, mengulas mengenai spekulasi yang dia hangat bercinta.
Malah khabar angin juga tersebar luas yang dia kini kononnya sudah berkahwin dengan seorang janda.
Labels:
Berita ringkas,
Berita sana sini
23 September 2013
INFO - HALIZA MISBUN DAN 'CINTA RIMAU'
Setelah dikhabarkan mendapat hadiah kondo bernilai RM2 juta sempena hari lahirnya yang ke 40 pada 14 Mei lalu, kini Haliza membuat kejutan terbaru apabila bakal muncul dengan blockbuster novel berjudul 'Cinta Rimau'.
Mungkinkah 'Cinta Rimau' ada kena mengena dengan cinta Haliza yang hingga kini tidak kesampaian ke jinjang pelamin?
Labels:
berita menarik,
Berita sana sini
4 GAMBAR - 'LICINNYA' MUKA AZNIL NAWAWI
Ha ha.. agak kelakar bila melihat gambar Aznil haji Nawawi yang diuploadnya sendiri melalui Instagram. Mana tak kelakar, muka pengacara, pelakon dan deejay itu sudah di edit menggunakan Photoshop bagi melicinkan wajah.
Dengan teknik ini, Aznil tak perlu pakai botok kerana mukanya akan kelihatan licin berseri. Cayalah Aznil!
Klik untuk imej besar...
Labels:
gambar menarik,
Gambar sana sini
6 GAMBAR - GAYA EIZLAN YUSOF SEBAGAI POLIS
Gambar menarik Eizlan Yusof yang memegang watak sebagai anggota polis dalam filem Tembus. Memang Eizlan dilihat amat sesuai membawa watak tersebut memandangkan karektornya yang tenang, tegas dan berdisiplin.
Selain Eizlan, filem tersebut turut menampilkan Aaron Aziz sebagai watak utama dan pelakon Indonesia Luna maya sebagai jemputan.
Labels:
gambar menarik,
Gambar sana sini
5 GAMBAR - ANAK KETIGA RABECCA NUR ISLAM
Secara terus-terang, pelakon Rabecca Nur Al Islam mengakui yang dia dan suaminya Datuk Nor Azam suka mempunyai keluarga besar. Bermakna bukan tiga anak sahaja, tetapi mereka kemungkinan mengidamkan seramai satu pasukan bolasepak.
Rabecca berkata demikian kepada media selepas selamat melahirkan anak ketiganya seberat 3.74 kilogram di Hospital Gleanegles, Ampang, Selangor pada hari Jumaat kira-kira pukul 9.35 pagi. Mereka sebelum ini mempunyai dua anak lain iaitu Nor Adam Daniel, 5 dan Nor Anggun Raveira, 10 bulan.
Labels:
gambar menarik,
Gambar sana sini
21 September 2013
24 GAMBAR - ZHAFRAN NIKAHI FOUZIAH GOUS SEKALI LAFAZ
Fouziah Gous akhirnya selamat menjadi isteri kepada Md Zhafran Md Yusof dengan hanya sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang berlangsung hari ini di di Dewan Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor. Pernikahan yang berwalikan abang kepada Fouziah itu dihadiri kira-kira 200 jemputan termasuk media.
Zhafran dan Fouziah yang memakai baju serba putih dan sedikit keemasan dinikahkan kira-kira jam 9.45 malam. Pernikahan tersebut telah disiarkan secara langsung melalui internet oleh CST Production dan Project2pi iaitu jurugambar dan juruvideo rasmi mereka.
Klik untuk imej besar...
Labels:
berita menarik,
gambar menarik,
Gambar sana sini
10 GAMBAR - BUAH HATI SHARIFAH ALEYA
Gambar terkini Aza Ameena dan Asha Ameena anak kepada Aleya atau nama sebenarnya Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid, 30. Meskipun hingga kini Aleya masih belum mahu berkahwin selepas bercerai dengan Muhammad Ashraf Aasimudin, 32... namun dia kini dikatakan sudah mempunyai pengganti.
"Kalau boleh saya tidak mahu kongsikan lebih lanjut mengenai teman lelaki. Cukup sekadar saya beritahu yang keluarga sudah tahu... kerana sebagai seorang wanita sudah tentu saya ingin berkahwin dan mempunyai anak lagi," ujar Aleya.
Labels:
gambar menarik,
Gambar sana sini
20 September 2013
3 GAMBAR - JOM ENJOY DI 'KOH SAMUI'
Bagi kita yang tak berduit, dapat melawat Zoo Negara pun sudah cukup baik dan pastinya ia memberi nostalgia cukup manis. Namun bagi mereka yang berduit atau kaya raya, pastinya mandi-manda di Thailand atau melancong ke Jepun umpama makan 'kuaci' layaknya.
Itulah hakikatnya yang dapat kita lihat di dalam gambar ini apabila melibatkan orang 'berada' dan selebriti tempatan. Mereka kelihatan amat enjoy sesama mereka ketika menyambut hari lahir seorang rakan yang sememangnya 'berduit' di negara jiran. Cayalah!
Labels:
gambar menarik,
Gambar sana sini
SAYA KINI TAK ABAI SOLAT - EJA
Jika satu ketika dulu, Eja atau nama sebenarnya Siti Shahrizah Saifuddin, 41, asyik dibuai populariti hingga adakalanya jarang melengkapkan sembahyang lima waktu, tapi kini segalanya sudah berubah. Selepas mendapat hidayah Allah, dia akan pastikan kewajipan itu dapat dilaksanakan walau sesibuk mana sekalipun.
"Sebagai manusia, banyak kekurangan yang saya miliki kerana sibuk dengan hal-hal dunia dan sepanjang 17 tahun berada dalam industri seni, kadang-kadang saya lupa terhadap kewajipan saya.
Labels:
Berita sana sini
19 September 2013
CHEF RIZ - LAIN DULU LAIN SEKARANG
Memang berlainan dan memberi kita inspirasi bagaimana nak berubah daripada perut buncit kepada tubuh yang berketak dan kental. Mungkin ada yang gelak, tapi itulah hakikatnya bagi Chef Riz yang bukan hanya pandai masak, tapi pandai jaga badan.
Gambar Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuawan yang tak buncit selepas ini!
Labels:
gambar menarik,
Gambar sana sini
AMY SEARCH 'TAK' MUFLIS
Penyanyi Amy Search dengan tegas menafikan laporan sebuah blog hiburan bahawa dirinya telah diisytiharkan muflis. Ia juga sekaligus 'menidakkan' tuduhan bahawa beliau gagal menyelesaikan sejumlah hutang yang dipinjamnya bagi menjayakan konsert jelajah kumpulan Search sekitar 2009.
Ketika ditanya oleh media semalam, Amy hanya menyatakan 'Tak', tanpa mahu memberi komen lanjut mengenai semua dakwaan terhadapnya itu.
Labels:
Berita ringkas,
Berita sana sini
8 GAMBAR TERKINI SUFI HARRAZ - ANAK ANNE NGASRI
Gambar terkini Sufi Harraz, anak kepada Anne Ngasri dan suaminya Sumali yang sememangnya masih bertenaga meskipun kini berusia 41 tahun. Heh.
Untuk info, nama Sufi Harraz bermaksud 'yang warak'. Ikhlasnya, ia satu nama yang elok dan bagus berbanding nama barat yang sering diselitkan dalam nama anak-anak.
Labels:
gambar menarik,
Gambar sana sini
18 September 2013
10 GAMBAR - KELUARGA BAHAGIA RICH & VELVET AF4
Photo Rich Estranged bersama isterinya Velvet Aduk dan anak-anak yang makin membesar iaitu Joshia serta Caroline. Waaahhh... Velvet nampaknya tetap tembam dan berisi sama seperti beliau memasuki Akademi Fantasia dahulu.
Untuk info, Rich atau nama sebenarnya Richael Gimbang berkahwin dengan Velvet pada Disember 2008 setelah jatuh cinta ketika sama-sama menyertai Akademi Fantasia (AF4) terbitan Astro.
Klik untuk imej besar...
Labels:
gambar menarik,
Gambar sana sini
4 GAMBAR MENARIK - BILA ENGKU ALEESYA BERTUDUNG
Memang manis apabila Engku Aleesya, anak kepada Erra Fazira dan Engku Emran bertudung. Jika dibiasakan, pastinya Aleesya akan kekal begitu dan berkemungkinan menjadi wanita solehah satu hari nanti.
Untuk info, gambar bertudung pertama, kedua dan ketiga dirakamkan oleh Engku Emran manakala gambar rangkaian keempat dan kelima dirakamkan oleh Erra.
Gambar dirakam Engku Emran - klik untuk imej besar...
Labels:
gambar menarik,
Gambar sana sini
3 GAMBAR - NABILA HUDA TEMUI KEKASIH BARU?
Jika sebelum ini nama Nabila Huda popular disebabkan kemalangan yang melibatkan kecederaan anaknya di lebuhraya Karak, namun cerita terkini tentang anak Amy Search ini lebih hangat lagi. Beliau didakwa bercinta semula dengan seorang deejay berasal dari Singapura setelah putus dengan Nas-T.
Bukan apa, mereka berdua nampak serius apabila bergambar mesra. Iyalah... kalau sekadar kawan, takkan berpeluk sakan ya tak? Lebih menarik, Nabila juga didakwa pernah berhari raya dengan keluarga pemuda itu.
Labels:
Berita sana sini,
gambar menarik,
Gambar sana sini
17 September 2013
10 GAMBAR - MAJLIS CUKUR & AKIKAH ANAK FASHA SANDHA
Gambar majlis cukur jambul dan akikah anak sulung Fasha Sandha, Putra Rayfal Ramli yang telah diadakan pada minggu lalu. surprise...! Nora Danish juga telah hadir dan ia sekaligus merapatkan lagi ikatan silaturahim antara mereka.
"Raykal (anak Nora) adalah abang kepada Rayfal, jadi secara automatik saya dan Nora berkeluarga. Kami berfikiran positif. Apa juga perkara negatif yang pernah berlaku sebelum ini sudah lama kami lupakan. Kami memilih untuk bergerak ke hadapan atas nama ikatan keluarga ini," ujar Fasha pada media penuh makna.
Labels:
gambar menarik,
Gambar sana sini
INFO - KONSERT NING BAIZURA DITUNDA 16 NOVEMBER 2013
'Konsert Pelangi Untukmu' melibatkan Ning Baizura yang dijadualkan berlangsung pada 21 September 2013 ini telah di tunda pada 16 November 2013. Semuanya disebabkan dua buah lagu baru yang bakal diperkenalkan oleh Ning masih lagi dalam proses rakaman dan ia dikatakan bakal dipersembahkan pada malam konsert tersebut.
"Konsert ini memang diadakan sebagai tanda terima kasih kepada peminat saya. Saya sedang sibuk menyiapkan dua buah lagu baharu supaya dapat diperdengarkan buat pertama kali kepada mereka. Lagu-lagu ini amat dekat dengan saya, justeru saya meletakkan keutamaan yang tinggi.
Labels:
Berita sana sini,
berita terkini
12 GAMBAR - MILA JIRIN & SEKUMPULAN KUCING
Ramai pasti sudah tahu bagaimana Mila Jirin berhajat mahu berumah tangga pada 2016 apabila rumah baru yang dibelinya siap pada tahun itu. Malah Mila yang memliki restoran Embun Urai di Tasik Prima Puchong sebelum ini sudahpun mempunyai sebuah rumah lain.
Namun... mungkin ramai yang tidak tahu selain mengumpul hartanah untuk masa depan, Mila juga gemar membela kucing sebagaimana Fasha Sandha. Bukan seekor, tetapi banyak ekor yang dibelanya. Jom tengok!
Labels:
gambar menarik,
Gambar sana sini
KEBUDAK-BUDAKAN - LIYANA JASMAY KINI MATANG
Kita semua sedia maklum bahawa Liyana Jasmay, 25, sebelum ini tidak begitu matang dan sedikit kebudak-budakan. Namun selepas berkahwin, apakah sikapnya itu masih sama atau sudah berubah ke arah yang lebih matang?
"Kalau nak tahu sebelum ini saya rasa nak marah kalau orang tegur saya melakukan sesuatu tetapi tidak pula dengan suami. Dia segera memberitahu perkara yang dirasakannya tidak patut saya lakukan.
Labels:
berita menarik,
Berita sana sini
16 September 2013
12 GAMBAR - NURUL WAHAB BABY SHOWER
Gambar Nurul Depp atau Nurul Wahab yang mengadakan baby shower ala-ala koboi bersama suami dan rakan artis. Meskipun ada segelintir pihak yang mengutuk mengatakan ia terlalu kebaratan dan lebih elok melakukan kenduri cara Islam, namun ia pastinya tidak menjadi kudis buat Nurul.
"Thanks to all my beautiful friends that organising my baby shower. Really appreciate it." ujar Nurul.
Labels:
gambar menarik,
Gambar sana sini
4 GAMBAR - LEINA 'HANGAT' KINI INSAF
Tahniah diucapkan buat Leina Hangat atau nama sebenarnya, Norazlina Abdul Rahman, 40, yang kini mula bertudung untuk berubah menjadi lebih baik berbanding zaman seksinya dahulu.
"Saya tidak pernah tengok gambar lama, jika orang masih bercakap tentang gambar-gambar seksi saya biarlah, itu zaman jahiliah dan saya jadikan ianya sebagai renungan untuk menjadi lebih baik.
Labels:
Berita sana sini,
gambar menarik,
Gambar sana sini
15 September 2013
AF 2013 - SANI JADI 'MANGSA' PERTAMA
Konsert Akademi Fantasia (AF 2013) terbitan Astro yang memulakan tirai perebutan antara 12 peserta semalam menyaksikan Kamsani Jumahat atau Sani tersingkir. Beliau adalah peserta dari Singapura yang awalnya menjadi pilihan kerana suaranya yang nyaring.
Bagaimanapun, duo lelaki iaitu Mohd Azhar Osman, 25, dan Hal Husaini Razmi, 25, (Azhael) mengungguli persembahan pada malam itu yang disiarkan secara langsung dari Auditorium Cempaka Sari, Perbadanan Putrajaya yang dihoskan oleh Zizan Razak.
Pengkritik tetap pada malam itu terdiri daripada komposer Roslan Aziz, Pelakon Sharifah Amani dan Penyanyi dan komposer Edry KRU.
Tenaga pengajar utama pula ialah Datuk Siti Nurhaliza, Melly Goeslow dan Faizal Tahir.
Labels:
Berita sana sini
14 September 2013
FAIZAL ISMAIL (FBI) DAPAT ANAK KEEMPAT
Tahniah diucapkan buat Faizal Ismail (FBI), apabila isterinya selamat melahirkan bayi perempuan jam 3.06pm semalam. Anak keempat tersebut dilaporkan sihat walafiat sekaligus menjadikannya sebagai anak perempuan kedua buat Faizal.
"Alhamdulillah serta terima kasih kepada semua yang mendoakan. Juga kepada Dato Dr Norashikin serta staff nurse yang menguruskan kelahiran," ujar Faizal.
Faizal bersama Dr Norashikin - klik untuk imej besar...
Labels:
Berita ringkas,
gambar menarik,
Gambar sana sini
13 September 2013
FOUZIAH GOUS NIKAH 21 SEPTEMBER 2013
Teka teki terjawab jua apabila Fouziah Gous hari ini mengumumkan dia dan tunangnya Zhafran Dato` Yusof, 30, akan bernikah pada Sabtu, 21 September 2013. Ia diumumkan dalam satu sidang media khas bagi mengumumkan tarikh pernikahan serta persandingannya petang tadi.
"Majlis akad nikah akan diadakan di Dewan Tengku Ampuan Jemaah, Masjid Bukit Jelutong pada sebelah malam selepas Isyak. Majlis akad nikah itu juga akan diserikan dengan tema Pakistan dan warna putih.
Labels:
Berita sana sini,
berita terkini
6 GAMBAR - BLACK MENTOR NIKAH SEKALI LAFAZ
Akhirnya penyanyi Black Hanafiah atau lebih dikenali sebagai Black Mentor selamat menikahi Naquia Yasirah Mohd. Khairi, 28, dengan hanya sekali lafaz. Majlis pernikahan mereka telah diadakan di Zebra Square, Kampung Pandan, Kuala Lumpur sebelum sembahyang Jumaat hari ini.
Untuk info, akad nikah disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan sendiri iaitu Mohd Khairi Abu Hassan, 55. Selain itu, ia turut disaksikan Ketua Imam Masjid Saidina Umar Al-Khatab, Bukit Damansara, Selangor iaitu Mohammad Syukri Yaacob.
Labels:
Berita sana sini,
gambar menarik,
Gambar sana sini
MUHAMMAD - NAMA ANAK FARID KAMIL & DIANA DANIELLE
"Nama anak saya Muhammad, mudah dan senang tapi kami panggil dia Sayang sahaja. Sebenarnya nama itu dipilih oleh nenek dia dan kami juga bersetuju dengan nama itu," demikian ujar Diana Danielle mengenai persoalan nama anaknya. Meskipun pendek, namun ia adalah nama Nabi.
Ditanya lebih lanjut mengenai hubungannya dengan ibunya sendiri yang didakwa bermasalah, Diana enggan memberikan sebarang komen mengenainya.
Labels:
berita menarik,
Berita sana sini
BUKAN ROKOK, TAPI GULA-GULA - RAJA AZMI
Ha ha apa punya gurau la Raja Azmi dengan cucunya hingga heboh satu alam maya mendakwa sicucu diberi rokok. Namun menurut Raza Azmi, ia bukan rokok tetapi hanya gula-gula... "takkanlah saya bodoh nak bagi cucu saya berumur 8 bulan ni hisap rokok?" ujarnya.
Memanglah gula-gula, tapi gambar kadangkala boleh menimbulkan fitnah. Tak gitu?
Klik untuk imej besar...
Labels:
gambar menarik,
Gambar sana sini
2 PHOTO - LAIN DULU, LAIN SEKARANG
Memang malang apabila siartis ni dahulu mengaku mendapat hidayah Allah tapi kini sudah mula membuka tudungnya. Namun begitu, tiada yang pelik dalam dunia ini kerana Allah boleh mencabut hidayah dari seorang muslim yang tinggi hati lalu memberikannya kepada seorang kafir.
Ini kerana, dalam dunia serba moden yang banyak godaan, apa-apapun boleh berlaku. Yang baik mungkin boleh berubah sekelip mata. Bak kata pepatah, bagai belut pulang ke lumpur, ikan pulang ke lubuk.
DAHULU:
Labels:
gambar menarik,
Gambar sana sini
12 September 2013
LEPAS AWEERA, FARAH AF PULA MUFLIS?
Selepas penyanyi Aweera daripada Kumpulan Mojo diisytiharkan muflis baru-baru ini, tiba-tiba keluar pula berita terkini mengenai Farah Diana Anuar atau Farah AF didakwa muflis. Semuanya bermula apabila sebuah akhbar didakwa ada memaparkan nama dan alamat bintang Akademi Fantasia itu.
Rasanya silap nama dan alamat khot? Takkanlah Farah nak buat hal lagi?
Klik untuk imej besar...
Labels:
Berita ringkas,
Berita sana sini
MAYA KARIN BELI RUMAH BERJUTA RINGGIT DI LONDON
Fuhh... gila kentang betul bila melihat rumah Maya Karin di London yang bernilai jutaan ringgit ni. Bukan di London sahaja, malah di Malaysia pun sebenarnya Maya mempunyai banyak rumah dan hartanah contohnya di Damansara dan banyak lagi.
“Sebagai selebriti saya harus beringat. Hari ini orang minat dengan saya. Esok lusa apabila sudah tua mungkin orang akan lupakan saya. Jadi, ini adalah salah satu persiapan untuk masa depan saya. Malah, sekarang ini pun saya sudah menikmati pulangannya.
Gambar rumah Maya di London selepas ini - klik untuk imej besar...
Labels:
Berita sana sini,
gambar menarik,
Gambar sana sini
UMUM TARIKH NIKAH ESOK - FOUZIAH GIGIH 'WORK OUT'
Ramai pasti ternanti-nanti bilakah tarikh majlis pernikahan dan perkahwinan pelakon Fouziah Gous dengan tunangnya Zhafran. Semalam, mereka berdua telah menjemput media untuk menghadiri sidang akhbar bagi mengumumkan tarikh bahagia itu.
Memandangkan ketika majlis pertunangan mereka mendapat liputan meluas, majlis pernikahan pasti akan lebih besar dan meriah 'umpama' wedding of the year.
Klik untuk imej besar...
Labels:
Berita sana sini,
gambar menarik,
Gambar sana sini
11 September 2013
DIKURNIA ANAK KETIGA - SHAMSUL GHAU GHAU BERHIJRAH
Tahniah diucapkan buat pelakon dan pelawak Shamsul Ghau Ghau dan isterinya Syarifah Azrinah Syed Ibrahim, apabila dikurniakan anak ketiga pada jam 10 malam Isnin lalu. Bayi seberat 3.84 kilogram yang lahir melalui pembedahan di Hospital An-Nur Bandar Baru Bangi, Selangor itu diberi nama Megat Ammar Azahar.
Menurut Shamsul, pengalaman membesarkan dua orang anak sebelum ini telah banyak membantunya. Malah doktor yang menyambut kelahiran anaknya juga banyak memberi tip dan nasihat tentang penjagaan isteri yang dibedah disamping nasihat lain yang cukup berguna.
Klik untuk imej besar...
Labels:
Berita sana sini,
gambar menarik,
Gambar sana sini
12 GAMBAR - RAGAM ANAK NABILA LEPAS KEMALANGAN
Ramai yang sudah tahu bagaimana Nabila Huda dan anak perempuannya Keisha, terlibat dalam satu kemalangan di KM7.1 lebuhraya Karak. Mereka difahamkan dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Kuantan Ahad lalu.
Apa yang melucukan, ada yang mendakwa Keisha patah tangan, tercampak dari kenderaan pacuan empat roda dan pelbagai andaian tersendiri. Hakikatnya, Anak Nabila dan bekas suaminya Zaidy Zaizali ini disahkan tidak mengalami kecederaan dalaman tetapi hanya retak pada bahagian tangan kiri.
Malah Keisha kini sudah pulih dan sudah pulang ke rumahnya. Alhamdulillah.
Labels:
gambar menarik,
Gambar sana sini
10 September 2013
ANNE NGASRI SELAMAT LAHIRKAN BAYI LELAKI
Anne Ngasri selamat melahirkan seorang bayi lelaki semalam seberat 3.4 kg di Hospital KPJ Tawakal, Kuala Lumpur. Untuk info, ia adalah anak keempat bagi Anne dan yang pertama dengan Sumali sejak mereka berkahwin pada Disember 2012.
"Syukur, Anne selamat melahirkan bayinya secara normal semalam. Saya gembira untuknya. Sekarang dia masih lagi berada di hospital bersama bayinya.
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
Subscribe to:
Posts (Atom)