30 November 2013

21 GAMBAR - UPDATE: NIKAH USTAZ, SALIMA AF4 KINI BERMADU


UPDATE:

Tahniah diucapkan kepada Salima AF4 di atas pernikahannya dan majlis resepsi dengan Ustaz Syed Abd Kadir Aljoofre di Chemor, Perak, hari ini. Majlis nikah tersebut khabarnya telah berlangsung secara sederhana dengan dihadiri saudara mara dan sahabat handai.

Difahamkan, Ustaz Syed Abd Kadir sebelum ini pernah berkahwin dengan wanita yang menetap di Singapura bernama Sharifah Wafa’ Alhadad. Mereka mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu Syed Abdul Rahman, 7, Sharifah Sumayyah, 4, dan Sharifah Zainab, 2.


TAHNIAH - LANA NORDIN BAKAL BERHIJAB


Kata pepatah, 'Hendak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih'!

Demikianlah apa yang berlaku terhadap 'cinta tiga hari' antara Lana Nordin dan Johan Asari. Mereka kini sudah mula memasuki fasa baru apabila Lana menyatakan kesudian untuk menutup aurat sebagaimana yang diinginkan oleh kekasihnya.


TAKZIAH - BAPA MISHA DAN IBU SHAMSHUL MENINGGAL DUNIA


Takziah diucapkan kepada dua selebriti kita iaitu pelawak Shamshul Ghau Ghau, yang kehilangan ibunya Rokiah Ibrahim, 91, pada pukul 12.30 malam semalam kerana sakit tua. Sementara penyanyi Misha Omar pula, kehilangan bapanya Omar Ismail, yang meninggal dunia pada pukul 5.30 pagi tadi.

Jenazah Allahyarham Rokiah telah selamat dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Kubu Gajah, Selama, Perak. Difahamkan, arwah sudah lama mengalami sakit tua tapi sejak dua minggu kebelakangan ini sakit arwah agak teruk.


KELUARGA ERMA DOMINASI KATEGORI DRAMA ASK 2013


Seperti dijangka, Drama Mawar Putih Tanda Perpisahan terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd muncul sebagai Drama Terbaik Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013). Drama tersebut telah dilakonkan oleh Rosyam Nor, Nad Zainal dan Ruminah Sidek. Ia adalah hasil arahan Bade Azmi.

Dengan kemenangan itu, Mawar Putih Tanda Perpisahan yang turut memenangi dua lagi anugerah iaitu Videografi Terbaik dan Lakon TV Terbaik, berjaya menewaskan beberapa drama lain seperti Aku Bukan Malaikat, Di Bawah Langit Mu, Neraka Abah dan Fatihah Untuk Abah.


29 November 2013

3 GAMBAR - PERJUMPAAN KELUARGA LANA NORDIN DENGAN JOHAN ASARI


Jangan sentap apabila melihat gambar bahagia Lana Nordin membawa Johan Asari bertemu keluarganya sambil makan-makan. Nampaknya, tak lama lagi mereka sekeluarga akan makan nasi minyak pula... kerana mungkin pertemuan ini hanya sebagai 'rehearsal dinners' sahaja. Heh!

"love all of u cos u all never judge people from d outside but accept them who they r... respect them... support n always be there for me no matter what decisions i’ve made... tq mak? All of u for understand me well," ujar Lana melalui Instragamnya.  Waahh... nampak happy sangat Lana.


INFO SANA SINI - SINGLE SULUNG NAIM HELMI


Naim Helmi mungkin nama baru dalam industri hiburan tanahair, namun sudah hampir 12 tahun dia mengembara dalam dunia hiburan yang penuh cabaran ini. Bermula pada tahun 2001 bersama sebuah kumpulan nasyid FAR EAST, dan selepas itu menganggotai MIRWANA sebuah kumpulan pop vokal yang mengetengahkan lagu-lagu keTuhanan dan kerohanian.

Atas semangat dan cinta yang mendalam dalam bidang nyanyian, dia kini tampil dengan single sulungnya ‘Cukup Kau Untuk Ku’ secara solo hasil ciptaan komposer Kuncidemak. Projek khas yang diterbitkan oleh GreenMango Entertainment ini merupakan suatu cabaran baginya mengekspresikan bakat dan identitinya secara individu dalam bidang nyanyian.


15 GAMBAR - ANAK DUA, SARI YANTI KEKAL CANTIK


Gambar menarik Sari yanti atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari yang makin cantik meskipun sudah mempunyai dua orang anak. Patutlah suaminya Mohd Eddy Casmady Che Hussin makin lama semakin sayang. Ahak!

“Terus terang, saya ingin memiliki ramai anak. Impian saya adalah untuk memiliki lima anak untuk melengkapkan keluarga besar kami," ujar Sari yanti. Untuk info, anak-anaknya bernama Barr al Aliy dan Basit al Haq.


6 GAMBAR NOSTALGIA FAIZAL ISMAIL


Mengimbas zaman persekolahan, Faizal Ismail mengandaikan pengalaman tersebut sebagai sesuatu yang amat menyeronokkan. Ia katanya penuh dengan kenangan suka duka yang pasti tidak akan kembali lagi.

"Memang seronok bila ingat kembali kenakalan kita di zaman persekolahan. Ada kalanya... saya akan ketawa sendirian kerana banyak perkara yang masih mengusik jiwa. Maklum sahajalah, bila kita pada peringkat usia kanak-kanak, jadi pastinya kita akan terpengaruh dengan perangai rakan-rakan yang agak nakal masa tu.


ISU JOHAN & LANA - SHARNAAZ MINTA SHILA CARI YANG LAIN


Kita telah mendengar komen dan pengakuan daripada pelbagai sudut tentang 'cinta tiga hari' Johan Asari terhadap Lana Nordin yang menggemparkan seluruh maya. Paling gempar ialah apabila Johan mahu menyunting Lana sebagai isterinya sekaligus melupakan 'cinta monyet' terhadap Shila Amzah.

Dalam masalah ini, apa pula kata bekas kekasih Shila Amzah iaitu pelakon Sharnaaz Ahmad berhubung perkara tersebut?


28 November 2013

GAMBAR MENARIK SANA SINI - PART 14


"Sory i have to delay 1 day trip to Bali wIth superF120family n fans. so i will join u guys in Bali on 27th k. c u there," Ujar Fizo Omar yang lewat pulang dari London.

Bagaimanapun, pada semalam kerinduan keluarga dan peminat akhirnya terubat apabila Fizo menulis di Instagramnya "Dinner time at the beach.. Nice place."


SURPRISE!! - JOHAN ASARI NAK KAHWINI LANA NORDIN


Masihkah anda ingat pada Lana Nordin yang pernah digelar Pamela Anderson Malaysia tentang impiannya yang mahu bersuamikan lelaki Melayu? Nah... berita terbaru tentang pelakon itu amat mengejutkan apabila Johan Asari, 27, tiba-tiba bercadang mahu melamarnya.

Awalnya ramai yang ingat Johan hanya berlakon atau mahu mencetuskan kontroversi baru, namun bila diselami kata-katanya, ternyata dia memang serius. Malah ramai peminat Shila Amzah yang rasa terkedu dengan niat Johan kerana sebelum ini mereka beriya-iya dikatakan bercinta!


14 GAMBAR - KEMESRAAN NORA & NEDIM DI KONSERT ALICIA KEYS


"We love u Alicia Keys, powerful performance, worth every penny," komen Nora Danish yang sempat menyaksikan konsert penyanyi popular itu di Putra Indoor Stadium, Bukit jalil, semalam.

Untuk info, Nora menonton konsert itu bukan bersendirian tetapi ditemani rakan karib termasuk 'teman tapi mesranya' iaitu Nedim Nazri. Jom tengok!


JULIA PEREZ BANTU TANGKAP PEROMPAK


Meskipun sering dilanda kontroversi, namun pelakon Indonesia Julia Perez tidak mengabaikan tanggungjawabnya terhadap masyarakat. Malah kerana bantuannya juga, pihak polis di negara itu telah berjaya menangkap beberapa orang penjenayah merbahaya yang melakukan rompakan di Jakarta.

Untuk info, ketika kejadian Julia atau lebih dikenali sebagai Jupe sedang memandu sendirian dan kebetulan terlihat perompak cuba melarikan diri selepas melakukan rompakan. Dia dengan pantas selanjutnya telah melaporkan kejadian tersebut menerusi Twitter rasmi pihak polis Indonesia.


KERANA SEKOTAK ROKOK - AZAD JAZMIN TERIMA 13 JAHITAN


Merokok membahayakan kesihatan... dan ia terbukti benar apabila pelakon Azad Jazmin, 37, baru-baru ini menerima 13 jahitan. Semuanya gara-gara pelakon itu ketagih rokok dan ingin membelinya di sebuah kedai serba guna di Puchong tanpa mengetahui 'malang' yang bakal menimpa.

Mungkin akibat terlalu ghairah, tanpa disedari Azad hilang kawalan dan terjatuh ke dalam sebuah longkang sekaligus menyebabkan buku lali kanannya cedera.


27 November 2013

GAMBAR MENARIK SANA SINI - PART 13


Waahhh... happy sungguh Diana Danielle apabila dibawa oleh suaminya Farid Kamil ke Monsoon Cup di Kuala Terengganu. Yalah... isteri kenalah sokong suami... ya tak?

"Gave the sweetheart a tight hug before he started," ujar Diana dengan nada gembira.


6 RAHSIA NORMAN HAKIM KEKAL BERTENAGA


Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana Norman Hakim mengekalkan bentuk tubuhnya yang sasa. Padahal, dia kini sudahpun memiliki empat orang anak, tetapi menariknya dia tidak seperti lelaki lain yang kebiasaannya berperut buncit.

Jika anda ingin tahu, berikut ada beberapa panduan yang diberi oleh Norman. Iyalah... bak kata orang, belum cuba belum tahu.


13 GAMBAR NOSTALGIA IEDA & EDDY MOIN


Mungkin watak Ieda Moin dalam Benci VS Cinta nampak tak seberapa, hanya wanita penempel yang selalu ke kedai ikan atau ke kedai ayam sambil melatah. Namun bagi Ieda Moin, rasanya ia sesuatu yang besar bagi kerjaya seninya memandangkan bukan mudah untuk mendapat job lakonan sekarang.

Ini kerana, jika dulu namanya cukup mekar di pentas nyanyian, kini Ieda Moin hanya dikenali dalam lakonan sahaja.

Untuk info, Ieda pernah popular dalam bidang nyanyian menerusi kumpulan Moin bersama adiknya, Eddy pada era 1990-an.


GOSIP CINTA SHARNAAZ & ELFAEZA HANGAT DI SINGAPURA


Baru beberapa hari lalu Sharnaaz Ahmad mengumumkan persaraannya daripada dunia lakonan, tiba-tiba timbul pula gosip terkini mengenainya dengan pelakon Elfaeza Ul Haq. Mereka didakwa hangat bercinta oleh peminat di Singapura dan sekaligus mendapat liputan luas media di sana.

Bila ditanya mengenai gosip ini, Elfaeza, 28, mengakui khabar angin tersebut memang wujud dan ia turut disiarkan oleh sebuah saluran radio Singapura.


26 November 2013

ISU GAMBAR SUAMI BERTATU - NADIYA NISSA ENGGAN ULAS


Masihkan anda ingat dengan isu tatu suami Nadiya Nissa yang heboh digosipkan baru-baru ini? Ikhlasnya, siapalah kita untuk menghukum seseorang yang bertatu. Mungkin agaknya mereka sudah bertaubat dan sudah meninggalkan dunia lama.

Dan begitulah halnya bagi pelakon Nadiya Nissa, gosip mengenai suaminya yang dikatakan mempunyai tatu langsung tidak menjejaskan rumah tangga mereka. Malah dia berharap isu berkenaan tidak berpanjangan kerana suaminya tidak ada kena mengena dengan dunianya sebagai seorang selebriti.

Klik gambar untuk imej besar...

GAMBAR MENARIK SANA SINI - PART 12


Aksi anak-anak Serina Redzuawan yang mula berminat untuk belajar mendaki dengan menggunakan dinding Holder di tembok tiruan. Bukan main bersungguh Tristan Tareef... tapi nampaknya Isabella Saffiya masih perlukan sokongan ibunya untuk menahan daripada jatuh. Heh.

"Wow!! Hero Mummy Tristan Tareef pandai panjat wall climbing... Daddy jadi coach. Si princess kenit ni pun nak belajar wall climbing!! I guess dua-dua anak i ni memang jenis lasak dan adventure macam mummy nya lah," ujar Serina.


INFO - 'JALAN PINTAS' KE FESTIVAL FILEM ASIA JOGJA-NETPAC 8


Filem drama kehidupan sosial, JALAN PINTAS telah dijemput untuk ditayangkan di Festival Filem Asia Jogja-NETPAC ke 8 pada 29 November hingga 7 Disember 2013. JALAN PINTAS merupakan satu-satunya filem yang dipilih manakala filem Hanyut arahan U-Wei Haji Saari dipilih sebagai filem pembukaan.

JALAN PINTAS tidak dipertandingkan dalam festival tersebut kerana melangkaui pembikinan filem tersebut yang dibuat pada 2009 dan pernah ditayangkan sebagai filem perdana Malaysia di 9th Freedom Film Fest pada tahun 2011 dan tayangan perdana antarabangsanya bersempena dengan Festival Filem Fantastik Antarabangsa Puchon (PIFAN) ke 16 pada 19 hingga 29 Julai 2012.


10 GAMBAR NOSTALGIA JACLYN VICTOR


Di sebelaik keceriaan yang terpapar di wajahnya, mungkin tak siapa menyangka Jaclyn Victor pernah hidup dalam keperitan dan selubungi kemiskinan. maksudnya, kemiskinan yang hingga mencapai tahap tidak mempunyai makanan untuk di makan.

Namun itu bukan satu alasan untuk merungut kerana ia tetap harus dilalui dengan tabah. Katanya dia tidak malu untuk berkongsi kisah hidup kerana itulah yang memotivasikan dirinya untuk terus melangkah ke depan.


5 GAMBAR - WARDINA DILANTIK AHLI PERPADUAN NEGARA


"Thank you for acknowledging me and for this opurtunity. *humbled..nervous..* Apa pendapat anda cara terbaik untuk perpaduan?" demikian tanya Wardina Safiyyah Fadlullah yang baru-baru ini terpilih sebagai Ahli Majlis Konsultasi Perpaduan Negara oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Untuk info, Wardina kini bukan hanya aktif dalam lakonan, penyampai TV dan pengacaraan, tetapi dia juga aktif dalam banyak persatuan kebajikan. Paling menarik, dia juga terpilih sebagai Pengerusi MIZAN (Muslimah Interest Zone and Networking) yang bertanggungjawab membantu dan menyatupadukan wanita Muslim.


RM13 JUTA, 28 PENAJA - 'WEDDING OF THE YEAR' CHE TA & ZAIN SAIDIN


Ramai yang sudah sedia maklum bahawa tarikh nikah pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin ialah pada 11 Disember ini di Gazebo Setia City Convention Centre, Shah Alam, Selangor, manakala majlis persandingan pula pada 13 Disember di Grand Ballroom, Pusat Konvesyen Setia City.

Pengumuman tarikh nikah dan sanding tersebut telah dibuat oleh pasangan ini semalam di Pusat Konvesyen Setia City, kepada pihak media.


25 November 2013

12 GAMBAR - GELAGAT FIZO OMAR BERTEMU ALEX FERGUSON


Ragam Fizo Omar yang kini berada di London untuk memberi sokongan kepada Pengerusi Cardiff City FC, Tan Sri Vincent Tan. Selain Fizo, turut berada di sana ialah beberapa artis lain seperti Fahrin Ahmad, Fizz Fairuz dan Iqram Dinzly.

Paling menarik, dikesempatan itu Fizo sempat bertemu dan bergambar dengan lagenda Sir Bobby Charlton dan Sir Alex Ferguson. Difahamkan, selain memberi sokongan, mereka turut mempromosikan Tahun Melawat Malaysia di sana.

Klik gambar untuk imej besar...

5 GAMBAR - NOAH ISMAIL, NAMA ANAK YASMIN HANI


"Alhamdullilah. With hearts full of praise and gratitude, we joyfully announce Allah’s gift to us. Noah Ismail Wong November 12, 2013," ujar Yasmin Hani Richardson memperkenalkan nama anaknya yang menjadi rahsia selama ini.

Nampaknya, dengan pengumuman itu... warga siber terlebih dahulu telah mengetahuinya berbanding penonton Astro. Ini kerana, sebagaimana yang dicanangkan sebelum ini, Yasmin hanya akan mendedahkan nama anaknya secara eksklusif dalam program berjudul 'Celebrity Maternity' di Astro. Heh.

Klik gambar untuk imej besar...

KANDUNGAN GUGUR BUKAN KARMA - AMYZA AZNAN

Ramai yang mengucapkan takziah dan simpati terhadap pelakon Amyza Aznan di atas keguguran bayinya yang berusia dua bulan jumaat lalu. Namun dalam ada yang simpati itu, ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab mengutuk dan menjadikan isu tersebut sebagai permainan di laman sembang.

Kata-kata Amyza yang dikongsikannya di laman sosial iaitu "Still feel the sound of your heart beat baby…. you’re 8 weeks 2 days old today. Can’t forget this date… Friday 22nd November… u’ve gone." tiba-tiba menimbulkan perang siber antara dia, peminat dan haters.


DIHIMPIT GOSIP - SHARNAAZ NEKAD 'PENCEN'


Mungkin disebabkan 'terluka' dengan pelbagai gosip yang melanda dirinya, akhirnya Sharnaaz Ahmad nekad untuk mengundur diri daripada dunia lakonan. Dan drama 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta' kemungkinan juga menjadi drama terakhir lakonannya sekiranya benar dia ingin membawa diri.

Bila ditanya, katanya dia bukan kecewa... tetapi dengan apa yang berlaku, satu persatu gosip dan kontroversi melanda dirinya, kata Sharnaaz baik dia berundur diri. Dakwanya, dia tidak mahu mengguris hati dan perasaan sesiapa lagi.


SAYA TAK TIRU MILEY CYRUS - STACY


Tidak meniru Miley Cyrus!

Demikian tegas Stacy atau nama sebenar Stracie Angie Anam, 23, mengenai fesyen rambutnya yang heboh diperkatakan meniru penyanyi popular antarabangsa itu. Malah imej seksinya juga didakwa ditiru daripada Miley yang sering memakai pakaian sesuka hati.


24 November 2013

GAMBAR MENARIK SANA SINI - PART 11


"Will you still love me when im no longer young and beautiful," demikian tanya Rozita Che Wan... mungkin pada bakal suaminya Zain Saidin.

Apa yang menarik, Che Ta telah mencuba pakaian kahwin yang disediakan oleh pakar perkahwinannya dan dimekap rapi  pakar solekan. Selain itu, Che Ta juga memuat naik sekeping gambar suasana rumah baru yang kemungkinan akan menjadi rumahnya bersama Zain.


23 November 2013

10 GAMBAR - MAJLIS BERTUNANG ANAK AZIZ M OSMAN


Tahniah buat pelakon, penerbit dan pengarah Aziz M Osman sempena majlis pertunangan anak perempuan nya Puteri Nurul Fatehah hari ini.

Untuk info, mereka sekeluarga mengenakan pakaian merah jambu sebagai tanda satu hati dalam majlis penuh meriah itu. Nampaknya tidak lama lagi, Aziz bakal menjadi datuk pula dan bertambah besarlah keluarga mereka nanti. Ahak!


UPDATE - BEKAS SUAMI WAN NUR AZLIN MENINGGAL DUNIA

 
UPDATE 

Bekas suami aktres Wan Nor Azlin iaitu Mohd Yazli Yaacob meninggal dunia jam 9 malam semalam akibat serangan jantung di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur. Berita tersebut telah di sahkan sendiri oleh bekas isterinya dan kawan arwah di facebook iaitu Hafizd Azmi.


AJL28 - 12 LAGU LAYAK BERENTAP DI FINAL

Semalam, sebanyak 12 buah lagu terbaik telah layak ke Anugerah Juara Lagu 28 selepas bertarung di pentas separuh akhir Muzik Muzik 28.

Antara lagu yang layak ke peringkat akhir (26 Januari 2014) ialah Penglipurlara (Hazama), Takkan Terpisah (Black), Bahagiaku Deritamu (Hafiz Suip), Aku Pelat (Salam Muzik), In Love With You (Noh Salleh & Aizat Amdan), Bosan (Stacy), Kalau Aku Kaya ( Awi Rafael & Altimate), Hanya Aku (Hyper Act), Tanda Tanya (Azlan & The Typewriter), Sahabat (Najwa Latiff), Ikut Rentakku (Jaclyn Victor) dan Kau Yang Terindah (Alyah).


22 November 2013

'HANTU TOK MUDIM' MENGAMUK DI PAWAGAM


Sebuah lagi filem bergenre seram komedi iaitu 'Hantu Tok Mudim' telah mula ditayangkan di pawagam bermula 21 November lalu yang berkisarkan tragedi ngeri yang menghantui Kampung Seri Menawan. Semuanya gara-gara hantu Tok Mudim muncul untuk membalas dendam terhadap seluruh penduduk kampung berkenaan.

Bagaimanapun, menurut pengarah filem tersebut, cerita tentang bersunat bukanlah mahu menakutkan kanak-kanak kerana ia bukanlah perkara asing dalam masyarakat Melayu, bahkan kaum lain juga turut mempercayai kaedah bersunat baik untuk anak mereka.


ALBUM BARU - PALING CINTA DALAM DUNIA


Paling Cinta Dalam Dunia merupakan single yang kedua diangkat setelah Antara 2 Darjat yang telah didedahkan pada khalayak kira-kira Januari 2013 yang lalu. Lagu ini merupakan trek ke-4 didalam EP mereka yang terbit pada 9 November lalu.

Lagu ini dicipta oleh Iqbal dan dirombak semula bersama ahli kumpulan iaitu Johan, Fei, Shahrin dan Shah Salleh. Menurut Iqbal, lagu ini didedikasikan kepada isterinya yang dicintai.

"Saya mungkin tak dapat berikan dia Taj Mahal, jadi saya buat apa yang saya boleh buat. Kerna itulah datangnya lagu ini. Lagu ini adalah dedikasi saya terhadap cinta saya pada dia," jelas Iqbal

Kulit album - klik gambar untuk imej besar

INFO SANA SINI - KONSERT DESTINI 2013


Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM akan menganjurkan Konsert Destini pada 20 dan 21 Disember ini di Dewan Agong Tunku Canselor (DATC) di sini.

Konsert tersebut akan menampilkan barisan artis terkenal tanah air seperti Datuk Siti Nurhaliza, Amy Search, Hafiz AF, Jaclyn Victor, Adira dan Dayang Nurfaizah selain penampilan khas artis Indonesia, Datuk Rossa dan Pasha Ungu.

Klik gambar untuk imej besar...

4 GAMBAR - BILA LINDA JASMINE DISANGKA 'MINAH SALLEH'


Pastinya bagi yang kurang mengenali Linda Jasmine, mereka akan menyangka Linda seorang wanita Eropah disebabkan imej terbarunya berambut perang. Tambahan pula, wajah Linda yang Pan-Asia sememangnya membuat ramai yang salah sangka bahawa dia 'minah salleh'.

Malah perubahan imej tersebut juga berjaya menarik perhatian ketika majlis pertunjukan fesyen Lord’s Tailor baru-baru ini. Guru tari yang popular melalui rancangan Akademi Fantasia itu yang juga isteri kepada aktor popular Que Haidar jelas mencuri tumpuan ramai.


12 GAMBAR - FIZO 'BULAN MADU' DI LONDON TANPA MAWAR


"Dear madam rose... gonna miss u.. just get ready for our honeymoon trip soon ya," begitulah luahan rindu Fizo Omar kepada isterinya Mawar Abdul Karim.

Untuk info, Fizo sekarang berada di London setelah terpilih sebagai artis bertuah yang mengikuti program Cardiff City Club. Antara artis lain yang turut menyertai program tersebut di London ialah Fizz Fairuz dan Iqram Dinzly.

Klik gambar untuk imej besar...

21 November 2013

NIKAH 11 DISEMBER - JOVIAN HANTAR KAD KAHWIN UNIK


Pereka fesyen dan pengacara, Jovian Mandagie akan mengahwini kekasih hatinya, anak kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Nina Sabrina Datuk Seri Ismail Sabri pada 11 Disember ini di Muzium Diraja Istana Negara lama, Jalan Istana Kuala Lumpur jam 3,00 petang.

Pengumuman perkahwinan tersebut telah dilakukan dalam sidang media khas bertempat di Alexis, Bangsar, Kuala Lumpur siang tadi.


BUKAN HAMIL, TAPI RADANG APENDIKS - ELLA


Memang kelakar apabila mengalami radang apendiks dan terpaksa menjalani rawatan apendisektomi tapi disangka hamil oleh segelintir pihak.

Tetapi itulah yang berlaku terhadap Ratu Rock Ella, 46, yang baru-baru ini telah melakukan apendisektomi iaitu pembedahan membuang apendiks di Hospital Ampang Puteri. Mungkin akibat melihat Ella ke hospital, ada yang menyangka dia melakukan pemeriksaan kehamilan sebagaimana yang dilakukan oleh ibu-ibu hamil.


GAMBAR MENARIK SANA SINI - PART 10


Memang menarik bila melihat aksi Fasha Sandha dan suaminya Jejai bergilir-gilir mendokong atau mengendong anak mereka Putera Rayfal. Bukan setakat di rumah, di luar atau sedang menjamu selera, malah ketika sedang bercutipun mereka tidak malu untuk berbuat begitu.

Iyalah... bukan ramai ibu bapa sekarang yang sanggup mendokong atau mengendong anak bila mempunyai wang dan kemewahan. Kerana kebiasaannya, pembantu rumah lah yang menjadi mangsa menjaga atau mendokong anak mereka. Tak gitu?


12 GAMBAR - FIFFY NATASYA & 'PAKWE' PILOT


Masihkan anda ingat dengan isu pelakon drama bersiri vanilla coklat tv3 iaitu Fiffy Natasya yang pernah didakwa membuka tudung demi populariti? Isu tersebut timbul berikutan penampilan Fiffy yang berubah sedangkan semasa zaman kanak-kanaknya dia popular dengan lagu dakwah, membaca ayat Al-Quran & jawi dan pernah mempunyai album bersama Kumpulan Wardah.

Namun bukan itu yang kami mahu ketengahkan tentang Fiffy, tetapi tentang minat Fiffy yang kerap memuatnaik foto mesranya bersama seorang lelaki. Lebih menarik, lelaki tersebut juga ada memakai uniform juruterbang (pilot) yang menandakan lelaki tersebut 'boleh tahan' juga kerjayanya.


AKTIVITI SANA SINI - DIANA & TIZ DI BENGKEL KECANTIKAN FUGEE


Tiga selebriti terkenal iaitu Diana Danille, Tiz Zaqyah dan Deborah Henry telah membawa kepakaran dan pengalaman peribadi mereka dalam usaha untuk menaikkan semangat pelajar pelarian perempuan, dengan mengadakan satu bengkel yang bertujuan untuk meraikan pemerkasaan wanita.

Acara tersebut telah diadakan kelmarin bertempat di Fugee School. Bengkel tersebut telah dihadiri oleh pelarian Somalia yang berusia antara 14 hingga 17 tahun, dimulakan dengan perbentangan tentang kulit dan kebersihan oleh Deborah Henry dan Tiz Zaqyah.


MUFLIS - AMY SEARCH DAKWA DIKHIANATI RAKAN


Setelah berdiam diri dan bermain teka-teki, Raja Rock Malaya iaitu Amy Search akhirnya mengakui bahawa isu muflis yang melanda dirinya adalah benar.

Bagaimanapun, secara berlapik Amy menjelaskan ia berlaku disebabkan dia telah dianiaya oleh sahabat sendiri. Namun begitu, bila diminta mengulas lanjut, Amy enggan berbuat demikian dan hanya akan mendedahkannya apabila kes tersebut dibawa ke mahkamah.

Amy kini tidak segan memantapkan lagi ilmu agama

20 November 2013

12 GAMBAR - MAJLIS BABY SHOWER NANA MAHAZAN


Jika baru-baru ini Nana Mahazan atau Nana AF1 mendapatkan khidmat jurugambar professional, untuk merakamkan kenangan terindah ketika hamil, terkini dia mengadakan majlis baby shower (berkonsep Safari) pula untuk meraikan kelahiran anaknya.

Bagi yang tidak tahu, baby shower asalnya adalah budaya barat (sama seperti sambutan birthday) bagi meringankan beban ibu bapa ketika menyambut kelahiran bayi mereka nanti. Jemputan yang hadir kebiasaannya akan memberi hadiah seperti wang, lampin, susu dan sebagainya untuk tuan rumah.


GAMBAR MENARIK SANA SINI - PART 9


Lagi gambar baby lelaki Yasmin Hani Richardson yang lahir pada 12 November lalu. Meskipun sudah ada nama untuk babynya, namun ia tidak dapat didedahkan oleh Yasmin kerana sudah mengikat kontrak dengan Astro. Heh.

“Saya minta maaf tak dapat nak kongsi nama, gambar atau butiran lanjut bayi itu kerana semuanya akan didedahkan secara eksklusif dalam program berjudul Celebrity Maternity di Astro nanti,” katanya baru-baru ini.


LANA NORDIN - DULU MAT SALLEH, KINI JEJAKA MELAYU


Pelik tapi benar!

Namun itulah yang berlaku terhadap Lana Nordin yang pernah digelar Pamela Anderson Malaysia yang kini mula meminati jejaka Melayu pula. Padahal, semua orang tahu yang dia sebelum ini bercerita mengenai cintanya dengan jejaka mat salleh keturunan Czech bernama Pavel Micahalec.

Tinggal kenangan - Lana bersama Pavel 

'MENANGIS' RAHSIA KEJAYAAN TIZ ZAQYAH


Bukan mudah untuk menghayati watak yang diberikan. Jika 'kail panjang sejengkal', pastinya ia tidak akan memberi kesan mendalam pada penonton sekaligus membuat sesebuah drama atau filem itu kurang mendapat sambutan.

Malah hal ini diakui sendiri oleh pelakon Tiz Zaqyah, iaitu Aktres yang mula dikenali menerusi drama bersiri 'Nur Kasih'. Kata Tiz, untuk menghayati watak yang diberi, dia terpaksa menangis hampir setiap hari bagi menjayakan wataknya sebagai Dahlia dalam drama bersiri 'Jodoh Itu Milik Kita' (JIMK).


SAYA MUNGKIN JADI SASARAN PENJENAYAH - NABIL


Masihkah anda ingat dengan tuah Ahmad Nabil Ahmad, 30, atau Nabil Raja Lawak yang baru-baru ini mendapat hadiah kondo bernilai lebih RM1 juta? Ikhlasnya, bukan semua artis bertuah seperti Nabil apabila sering mendapat durian runtuh sejak mendirikan rumah tangga.

Terbaru, mungkin disebabkan fobia... Nabil tiba-tiba mengambil keputusan untuk menukar nombor plat keretanya. Tindakan tersebut disebabkan dia bimbang menjadi sasaran penjenayah selepas kenderaannya itu dipecah masuk di Sungai Buloh, Selangor baru-baru ini.


19 November 2013

BILA INTAN LADYANA 'DITIPU' PENGURUS SENDIRI


Ramai yang perasan bagaimana pelakon Intan Ladyana kebelakangan ini jarang hadir bersama pengurus wanitanya ke majlis-majlis tertentu. Ekoran itu, timbul gosip yang mendakwa mereka berdua sudah tidak sebulu akibat masalah dalaman.

Dan dengar kata, selain memburukkan nama Intan... pengurus tersebut juga telah menggunakan namanya untuk menipu duit peminat. Ehhh... betul ke ni? Jom kita dengar daripada mulut Intan sendiri.


GAMBAR MENARIK SANA SINI - PART 8


"The big family breakfast hari tu at mandarin. Suami saya je missing (uwaa..) I'm also missing my littlelovers too.. Hope semua sihat," ujar Liyana Jasmay mengenai gambar keluarga besarnya yang berkumpul sarapan pagi bersama.

Menurut Liyana, hanya kelibat suaminya sahaja yang tiada. Aik... ke mana tu? Mungkin sibuk dengan urusan kerja khot. Ahak!

Klik gambar untuk imej besar...