28 February 2013

VIDEO - PENGAKUAN LANA NORDIN & KEKASIH


Jika beberapa hari lalu anda telah menatap gambar-gambar Lana Nordin dan kekasih Mat Sallehnya, kini kami pertontonkan pula video eksklusif mereka berdua. Bagi yang masih belum tahu, al-kisah bermula apabila Lana Nordin dan kekasih Mat Sallehnya yang bernama Pavel Micahalec berketurunan Czech bercerita mengenai pertemuan, cinta dan perkahwinan.

Namun persoalannya, mampukah Pamela Anderson Malaysia itu mengecap bahagia meskipun pernah gagal dalam bercinta? Paling menarik, apakah Pavel jatuh hati kerana populariti Lana yang gemar beraksi panas?

Jom tonton..!


27 February 2013

12 GAMBAR - GAYA TERKINI AZHARINA AZHAR?


Jika sebelum ini cerita mengenai Azharina Azhar panas kerana didakwa menjadi isteri ketiga kepada Datuk Syukri Mohd, 55, yang berasal dari Kelantan, namun selepas bercerai... cerita mengenai penyanyi ini agak sunyi.

Apakah yang dilakukan oleh Azharina sekarang? Mungkin agaknya gambar-gambar yang tidak diketahui tarikhnya ini mampu menjawab sedikit persoalan yang timbul. Allahualam.

Klik untuk imej besar...

6 GAMBAR - FARA FAUZANA DI GAZA


Gambar Fara Fauzana yang baru-baru ini telah berkunjung ke Gaza, Palestin untuk rancangan Nona. Apa yang menarik, Fara nampak begitu anggun dan mesra menemuramah wanita Palestin yang hidup terseksa di bawah jajahan Yahudi.

Malah sesekali kelihatan airmata Fara bergenang kerana tidak dapat menahan sebak. Namun bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Marilah kita doakan moga rakyat Palestin beroleh ketenangan, kedamaian dan kemenangan satu hari nanti, Amin.

Klik untuk imej besar...

26 February 2013

5 GAMBAR - KEMESRAAN BEEGO & LINDA HASHIM

Umum sememangnya sudah tahu bahawa pelakon Beego, 33, dan Linda Hashim, 29, bakal diijabkabulkan pada 8 Jun 2013 setelah bertunang pada Oktober 2012.

Meskipun Beego sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga bersama Intan Shahira Mohd. Shahru, namun ia hanya mampu bertahan selama 4 bulan sahaja. Namun harapan kita kali ini, moga pilihan Beego akan berkekalan hingga ke anak cucu hendaknya. Amin.

Klik untuk imej besar...

4 GAMBAR - AKSI PANAS ANAK PELAKON


Aksi panas anak pelakon yang pernah popular sekitar tahun 90-an berdarah kacukan Mat Salleh. Untuk pembayang, pelakon yang dimaksudkan pernah berlakon filem yang juga panas bersama pelakon lelaki yang kini popular sebagai penggali kubur.

Bak kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Mungkin pepatah tersebut bertepatan sekali dengan sikap sosial anaknya itu. Heh.

Klik untuk imej besar...

25 February 2013

9 GAMBAR - AZIZAH ARIFFIN, ANAK & SUAMI


Gambar Azizah Ariffin, pengacara TV3 bersama suami dan anak-anaknya iaitu Daniel, Haikal, Ashriel dan Muhammad Jibrael Mohd Khaifairil. Meskipun tidak mempunyai anak perempuan, namun keluarga ini amat bahagia bersantai bersama-sama.

Malah perbezaan usia 10 tahun antara Azizah dan suami bukanlah penghalang bagi mereka. Mungkin kegagalan perkahwinan lalu telah banyak mengajar Azizah mengenal erti kehidupan yang sebenar.

Klik untuk imej besar...

23 February 2013

4 GAMBAR - GAYA BIENDA & KELUARGA


Gambar terkini anak Bienda yang bernama Lavienda Namiraz yang kini berusia hampir setahun. Untuk info, Bienda ketika melahirkan Lavienda terpaksa dibedah lebih awal kerana anaknya itu berada dalam keadaan songsang disamping tali pusatnya terbelit di leher.

Kini, Lavienda nampaknya sihat walafiat disamping keluarga tersayang yang memberi nama sempena perwatakan drama telenovela Latin. Heh.

Klik untuk imej besar...

21 February 2013

3 GAMBAR - FEDTRI AHMAD DAN ANAK


Gambar terkini Ahmad Fedtri Yahya (pengacara MHI TV3) bersama puterinya yang bernama Indah Sutera Jannah yang kini berusia hampir setahun. Nampaknya, anak Fedtri memang diasuh menjadi anak yang solehah dan berilmu sebagaimana ibu dan bapanya.

Jom tengok..!

Klik untuk imej besar...

20 February 2013

6 GAMBAR - AKSI LANA NORDIN & KEKASIH MAT SALEH


Masihkah anda ingat dengan aksi seksi pelakon Lana Nordin, 34, yang pernah digelar Pamela Anderson Malaysia tidak lama dulu? Kalau tak ingat, biar kami imbaskan kembali bagaimana Lana ketika itu bikin panas dengan hanya berbikini di Indonesia.

Kini setelah beberapa ketika menyepi, Lana yang dikhabarkan baru kembali dari Bali, Indonesia masih tampil dengan imej seksi menampakkan lurah. Namun yang lebih menggemparkan, Lana pulang ke Malaysia bukan seorang diri, tetapi bersama jejaka Mat Saleh yang muda 10 tahun daripadanya.

Klik untuk imej besar...

FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE-25


Akhirnya, Festival Filem Malaysia ke 25 (FFM 25) disahkan oleh Finas bakal berlangsung pada 2 Mac ini di Dewan Plenari, Putrajaya International Convention Centre (PICC) setelah tertangguh sekian lama.

Ia akan di siarkan secara langsung melalui saluran Astro dan RTM2 dengan tema 'Merayakan Perak mengilhamkan Emas'.  Tema tersebut dipilih sempena FFM 25 yang menyambut sambutan Jubli Peraknya iaitu majlis anugerah yang ke 25 tahun.

Klik untuk imej besar...

19 February 2013

6 GAMBAR - AKSI EJA BERSAMA ANAKNYA


Gambar terbaru keluarga bahagia Siti Shahrizah Saifuddin, atau lebih dikenali sebagai Eja. Jika satu ketika dulu beliau enggan komen mengenai isu sudah berkahwin, tapi kini beliau tidak lokek dan sering bercerita tentang rumah tangganya.

Jom tengok..!

Klik untuk imej besar...

18 February 2013

3 GAMBAR - NAMA & WAJAH BABY FAEZAH ELAI


Akhirnya, nama anak sulung Faezah Elai yang lahir baru-baru ini bukan lagi rahsia. Difahamkan, mereka menamakan anak mereka itu dengan nama 'Dealova Heyrinna'... wow, kelas gitu!

Dan bagi yang masih belum menatap wajah baby Faezah, jom tengok gambar terbaru yang dimuatnaik melalui Instagram oleh artis itu sendiri.

Klik untuk imej besar...

6 GAMBAR - MARIA & KELUARGA 'JALAN-JALAN CARI MAKAN'


Gambar keluarga bahagia Maria Tunku Sabri yang sering keluar bersama-sama.

Meskipun sudah tidak mengendalikan rancangan 'Jalan-Jalan Cari Makan', namun nampaknya Maria tetap 'cari makan' bersama suami dan anaknya di sekitar ibu kota. Heh.

Klik untuk imej besar...

16 February 2013

IKLAN - INGIN JADI SELEBRITI TV?




5 GAMBAR - KETENANGAN CORRIE DALAM ISLAM


Meskipun kini nama Corrie Lee yang memeluk Islam pada 13 Julai 2007 seolah-oleh dilupakan, namun beliau sebenarnya lebih bahagia dan tenang beribadat. Namun disudut hati kecilnya juga, beliau masih sayangkan kerjayanya dan tetap berharap akan terus diberi peluang menyemarakkan bidang seni.

"Saya harap saya terus diberi peluang oleh para karyawan," kata Corrie yang sememangnya berbakat besar dalam lakonan dan koreografer. Jom tengok..!

Klik untuk imej besar...

15 February 2013

11 GAMBAR - USTAZ DON & ISTERI MELAWAT MESIR


Posing menarik Ustaz Don dan isterinya Husna Zahry Rafie ketika melawat Mesir baru-baru ini. Beliau yang popular dalam rancangan '30 Minit Ustaz Don' melalui TV Alhijrah dilihat amat bahagia sekali disamping Husna.

Klik untuk imej besar...

14 February 2013

MINGGU SETIAUSAHA - SITI NURHALIZA JANJI KELAINAN


Sudahkah anda bersedia untuk menonton persembahan hebat daripada penyanyi nombor satu Malaysia? Siapa lagi kalau bukan Dato' Siti Nurhaliza yang kini sedang berehat beberapa bulan untuk menjaga suami tercinta yang mengalami kemalangan baru-baru ini.

Apa yang menarik, setelah tamat tempoh rehat tersebut, Siti akan membuat persembahan semula di Hari Setiausaha pada 11 April 2013 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur. Tema Siti pada hari itu ialah 'Memorable Moments With Dato' Siti Nurhaliza' atau 'Memori Indah Bersama Dato' Siti Nurhaliza'... menarik bukan?

 Klik untuk imej besar...

3 GAMBAR - PASANGAN BAHAGIA VELVET & RICH


Gambar terkini pasangan bahagia Velvet dan Rich AF. Meskipun Velvet sekarang kurang aktif dalam seni suara, namun suaminya Rich masih lagi meneruskan perjuangan mereka.

Jom tengok..!

Klik untuk imej besar...


13 February 2013

5 GAMBAR - WAJAH BAYI KEDUA DR SHEIKH MUSZAPHAR


Seperti yang dijanjikan, akhirnya Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina memperlihatkan wajah anak kedua mereka yang diberi nama Sophea Natasha. Pastinya, anak kedua mereka ini akan dilatih dan diajar sama bijak sebagaimana anak pertama mereka iaitu Sophea Isabella.

Jom tengok..!

Klik untuk imej besar...

5 GAMBAR - ZAIN SAIDIN & ROZITA CHE WAN 'DATING' DI SINGAPURA


Gambar menarik Zain Saidin bersama Rozita Che Wan bercuti di Universal Studios Singapore beberapa hari lalu. Nampaknya, mereka amat bahagia sekali... bagaikan pasangan suami isteri layaknya.

Bagaimanapun, difahamkan Zain dan Rozita bukan sekadar dating berdua, tetapi anak lelaki Rozita turut dibawa sama. Selain itu, turut serta dalam percutian tersebut ialah Zaquan Adha dan Ayu Raudhah.

Klik untuk imej besar...

09 February 2013

7 GAMBAR - NORA DANISH, ANAK & MONYET


Nampaknya dah jadi macam satu trend dikalangan artis kita berposing dengan haiwan peliharaan. Namun yang kelakarnya ialah apabila mereka berposing dengan baby monyet yang comel, secomel Nora Danish sendiri. Heh.

Untuk info, monyet 'bertuah' tersebut ialah milik Betty Rahmat, adik kepada Umie Aida. Jom tengok..!

Klik untuk imej besar...

08 February 2013

7 GAMBAR - BABY MEMEY & NORMAN HAKIM


Gambar bayi Memey dan Norman Hakim yang diberi nama Mohamed Darwisz Hakim. Meskipun baru seminggu bayi ini dilahirkan, namun Mohamed Darwisz nampaknya mendapat sepenuh kasih sayang daripada pelbagai pihak termasuk Abby Abadi.

"Tapi kita nak panggil Darwish sebab dalam ISLAM membawa maksud 'Yang Warak', Hakim bermaksud 'Yang bijaksana'. Kita merancang ALLAH yg menentukan segalanya... Semoga hubungan kasih sayang ini berkekalan hingga ke akhirnya," demikian kata Abby penuh makna.

Klik untuk imej besar...

4 GAMBAR - ALIFF AZIZ MERISIK ADIRA?


Selepas Anne Ngasri menemui kebahagiaan bertemu Sumali, kini mungkin giliran Aliff Aziz dan Adira pula mendirikan mahligai bahagia. Apa tidaknya, mereka kini bukan sahaja digosip sudah berpacaran, malah mereka juga sudah memakai cincin kembar di jari tanda 'jadi'.

Untuk info, cincin tersebut dibeli oleh Aliff pada dua minggu lepas istimewa untuk buah hatinya. “Just bought a gift for myself and my dearest baby. #CharriolGeneve #Love“," ujarnya.

Klik untuk imej besar...

07 February 2013

4 GAMBAR - CHEF RIZ TEMUI PENGGANTI ANA DAHLIA?


Aksi mesra Chef Riz bersama seorang wanita yang tidak diketahui hubungannya dengan anak tukang masak selebriti itu. Gambar tersebut telah dikongsikan oleh Chef Riz melalui Instagramnya sendiri seolah memberi maksud yang beliau sudah menemui pengganti 'teman hidup'.

Untuk info, wanita itu hanya dikenali sebagai Stella Stephanie melalui Instagram dan ia mungkin juga bukan nama sebenar. Apa-apapun jika benar Chef Riz sudah menemui pengganti Ana Dahlia, tahniah diucapkan dan semoga hubungan tersebut berpanjangan hingga ke jinjang pelamin. Amin.

Klik untuk imej besar...

6 GAMBAR - GAYA AZZA LEPAS BERHIJAB


Gambar terkini Azza Elite selepas mengaku berhijab kerana merasakan sudah sampai waktunya dia menutup aurat. Jelas Azza lagi, dia melakukan itu bukan disebabkan desakan suami... tetapi atas kesedaran sendiri sebagai umat Islam.

Ayuh kita lihat aksi terkini Azza itu!

Klik untuk imej besar...

06 February 2013

5 GAMBAR - KEBAHAGIAAN ANNE NGASRI & SUMALI


Gambar terkini Anne Ngasri dan suaminya Mohd Sumali Reduan, yang juga Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Malaysia. Inilah yang dikatakan, jodoh dan kebahagian tidak mengenal paras rupa. Tak gitu?

Jom tengok..!

Klik untuk imej besar...

05 February 2013

TIKET KONSERT ANUAR ZAIN HAMPIR SOLD OUT


Harga tikel mahal bukanlah faktor kegagalan, tetapi ia sebenarnya satu ujian kesetiaan peminat untuk menyaksikan konsert terhebat yang diadakan. Faktor tersebut terbukti benar apabila tiket konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari... yang berharga RM88 sehingga RM698 hangat dan laris terjual.

Ia disahkan sendiri oleh penyanyi tersebut yang memberitahu sejumlah 80 peratus tiket konsertnya yang bakal diadakan pada 16 Februari itu telah dijual. Tambahnya, tiket-tiket telah dapat dijual dengan cepat dan masih berbaki 20 peratus. Malah ada juga pembeli yang membeli tiket itu dari Brazil, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Klik untuk imej besar...

7 GAMBAR - AKSI NAKAL HAFIZ & ADIRA


Aksi Adira dan Hafiz yang dimuatnaik melalui Instagram mereka. Meskipun mereka seolah tiada jodoh untuk mendirikan mahligai bahagia, namun mereka nampaknya mempunyai sedikit persamaan... iaitu nakal!

"Jika suatu hari nanti, ada jodoh kami, saya terima dengan hati terbuka," demikian kata mereka pada awal tahun lalu apabila mereka memutuskan untuk mengikut haluan sendiri.

AKSI ADIRA - Klik untuk imej besar...

04 February 2013

FIZO AKUI SUDAH PUNYA KEKASIH


Akhirnya, pelakon Fizo Omar mengakui berkawan rapat dengan Haas Jaafar, 25, iaitu wanita yang berjaya mencuri hatinya.

Menurut Fizo, 28, mereka berdua baru sahaja menjalinkan hubungan istimewa setelah berkenalan selama beberapa tahun.


5 GAMBAR - RAGAM NADIYA NISAA & ANAKNYA OMAR


Gambar menarik heroin drama berdiri Adam dan Hawa iaitu Nadiya Nisaa. Beliau yang mempunyai seorang anak lelaki bernama Omar nampaknya begitu bahagia sekali bersama suami Saiful Razman Mohd Kassim yang dikahwininya pada 2010.

Jom tengok..!

Klik untuk imej besar...

02 February 2013

29 GAMBAR - PERNIKAHAN LIYANA JASMAY


Meskipun dengan dua kali lafaz, namun Liyana Jasmay tetap sah bergelar isteri kepada Fathuddin Mazlan dalam majlis pernikahan yang cukup meriah. Majlis tersebut berlangsung di Hotel Seri Pasific, Kuala Lumpur.

Untuk info, Liyana menerima seutas gelang emas bernilai RM5500 sebagai mas kahwin dengan wang hantaran sejumlah RM28,388. Manakala pihak pengantin lelaki juga memberi 5 dulang hantaran dan dibalas 7 dulang oleh pihak pengantin perempuan. Tahniah.

Klik untuk imej besar...

01 February 2013

3 GAMBAR - KILAFAIRY ANGGUN BERMAIN SALJI


Gambar menarik Kilafairy bermain salji. Bagaimanapun, tidak diketahui destinasi Kila ketika itu... mungkin agaknya beliau sedang bercuti atau sedang menjalani penggambaran drama ataupun filem terbaru.

Namun apa yang pasti, Kila kelihatan anggun sekali dengan senyumannya yang lebar menawan.

Jom layanzz..!

Klik untuk imej besar...

'MAGICAL MOMENT' - LAGU TEMA ANIMASI 3D KRU


Bersempena dengan pemasaran filem Bahasa Inggeris Animasi 3D pertama terbitan KRU Studios berjudul 'Ribbit' untuk pasaran tempatan dan antarabangsa, KRU Music dengan bangganya mempersembahkan lagu tema filem tersebut berjudul 'Magical Moment' yang dinyanyikan oleh Jaclyn Victor dan kumpulan Az Yet!

'Magical Moment' telah dicipta dan digubah oleh Edry Abdul Halim dengan lirik nukilan ahli kumpulan Az Yet sendiri yang terdiri daripada Dion Allen, Shawn Rivera, Kenny Terry dan Claude Thomas. Ini merupakan satu lagi titik kejayaan buat Jaclyn Victor sejak bernaung dibawah KRU Music pada Januari 2012. Jac, pemenang AIM Persembahan Vokal Wanita Terbaik baru-baru ini; begitu teruja kerana dapat berpadu suara dengan artis berkumpulan bertaraf antarabangsa.

Klik untuk imej besar...