31 July 2013

BILA ARJA LEE BERBUKA DI HOSPITAL


Jasa dan pengorbanan seorang ibu harus dikenang dan dihargai! Tanpa ibu, kita tidak dapat melihat dunia yang indah ini.

Demikianlah halnya dengan Arja Lee, jasa ibu Salmah Aziz, 60, baginya lebih berharga daripada wang ringgit. Meskipun sibuk dengan urusan harian sebagai insan seni, namun beliau tetap meluangkan masa berbuka puasa dengan ibunya yang sakit kanser di hospital.


ELLY MAZLEIN CUTI SINGKAT DI HARI RAYA


Sepatutnya sebagai artis, mereka mempunyai banyak masa untuk bercuti tambah-tambah di hari raya yang bakal menjelang. Namun ia berbeza sekali dengan pelakon dan penyanyi Elly Mazlien yang komited dengan tugas yang harus digalasnya.

Ujar Elly, dia tidak dapat cuti panjang pada hari raya tahun ini demi melaksanakan aktiviti seni yang telah dipertanggungjawabkan. Tambah Elly, dia enjoy bekerja meskipun sedia maklum bahawa aidilfitri memerlukannya bersama keluarga di kampung.


SEKITAR MAJLIS BUKA PUASA KRU MUSIC


Suasana meriah majlis buka puasa anjuran KRU Music yang berlangsung di Hotel Peninsula All Suites & Residences Damansara, Selangor, semalam. Antara artis yang hadir ialah Mawi, Elly Mazlein, AC Mizal, Shuib Sepahtu, Illa Sabry, Lisa Surihani dan ramai lagi.

Selain berbuka puasa, dalam majlis itu mereka turut melancarkan dua buah album iaitu Kompilasi Raya 'Oh My Raya!' dan 'Hijab Di Ufuk Barat' yang bakal dijual mulai 5 Ogos ini. Untuk info, album Oh My Raya membariskan sejumlah 15 lagu-lagu raya kombinasi artis baru dan lama terdiri daripada 10 buah lagu lama dan 2 buah lagu baru.


30 July 2013

MENARIK RAMADHAN - AKSI JEHAN MISKIN DAN ISTERI


Gambar terkini pelakon Jehan Miskin dan isterinya Julie Camelia Rhee yang berkahwin pada bulan Mei lalu. Pastinya, banyak lagi yang perlu dipelajari oleh Julie mengenai masakan, adat budaya, ajaran Islam dan bagaimana berpuasa di bulan Ramadhan.

"Soal makanan tidak menjadi masalah. Bagaimanapun, saya tidak boleh makan makanan seperti susyi yang kurang masak sebagaimana budaya orang Korea.


29 July 2013

5 GAMBAR - AKHIRNYA KAKAK SITI NURHALIZA BERHIJAB


Selepas Siti Nurhaliza dan Siti Saerah mengenakan tudung penuh, kini tiba pula giliran kakak mereka iaitu Saida Tarudin untuk bertudung sepenuhnya.

Inilah yang dikatakan berkat bulan Ramadhan, bulan perubahan dan kemuliaan yang mampu membuat insan berubah ke arah yang lebuh baik. Tahniah diucapkan!


3 GAMBAR TERKINI ANAK ZAHIRIL ADZIM


Gambar terkini anak Zahiril Adzim dan Shera Aiyob yang diberi nama Nadi Anaqi.

Awalnya... ramai yang senyum bila baca nama anak Zahiril ni, kata mereka nama tersebut sedikit pelik dan unik. Namun kini rata-rata peminat sudah boleh menerima pemilihan nama tersebut setelah mengetahui mempunyai maksud 'keindahan yang menawan hati'.

Jom tengok...!

Klik untuk imej besar...

26 July 2013

MENARIK RAMADHAN - BILA EJA DIBERI HIDAYAH


Bak kata pepatah, sekali air bah... sekali pantai berubah!

Begitu jualah halnya dengan Eja, atau nama sebenarnya Siti Shahrizah, 41, yang diberi hidayah oleh Allah SWT untuk berubah ke arah yang lebih baik tiga bulan lalu. Ikhlasnya, perubahan Eja itu amat ketara sekali berbanding zaman kegemilangannya sebagai pelakon yang penuh dugaan.

Khas untuk anda, jom kita lihat gambar terkini Eja menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini dengan berhijab.

Klik untuk imej besar...

NORA DANISH AKUI 'RAPAT' DENGAN ANAK MENTERI


Jika bekas suaminya Jejai sudah berumah tangga, kini mungkin sudah sampai masanya untuk pelakon Nora Danish, 31, pula menamatkan zaman janda. Ini kerana, Nora kelmarin tidak berahsia lagi bahawa dia sedang berkawan rapat dengan anak seorang menteri bernama Nadeem (Muhammad Nadem Nazri).

"Dia mempunyai kriteria lelaki pilihan untuk menjadi suami," ujar Nora memberi pembayang.


25 July 2013

LAGI 10 GAMBAR PERKAHWINAN HATTAN


Lagi tambahan 10 keping gambar majlis perkahwinan Hattan dan Arianie dari jurugambar rasmi REDPhotography.

Untuk info, Hattan dan Arianie sah bergelar suami isteri dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya semalam.

Klik untuk imej besar...

ALBUM BARU - UNIC VS NOWSEEHEART


Di bulan Ramadhan yang mulia ini, pastinya banyak album berbentuk nasihat seperti nasyid diterbitkan bagi mengisi kekosongan hati para pendengar. Sehubungan itu, Kumpulan Unic dan Kumpulan Nowseeheart juga tidak mahu ketinggalan dalam soal ini.

Dua buah album baru kini muncul di pasaran iaitu album Fatwa Hati (NowSeeHeart) dan album Doa (Unic). Ikhlasnya, masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri yang mampu dijadikan 'teman' dikala sunyi disamping membimbing menghafal doa-doa penting.


HATTAN KAHWIN KALI KEDUA DENGAN ARIANIE


Kesungguhan Datuk Hattan akhirnya menambat kembali hati isterinya Datin Arianie Abidin, 42, untuk rujuk kembali selepas hampir 9 tahun bercerai. Meskipun ia satu masa yang agak lama, namun kata Arianie, dia menganggap semuanya sebagai ketentuan Allah.

"Kesungguhannya untuk memikat hati saya sejak sembilan tahun lalu akhirnya menyentuh hati saya walaupun saya mengambil masa yang lama untuk menerimanya semula.


24 July 2013

DATIN UMI KALTHUM KEMBALI KE RAHMATULLAH


Dunia seni kehilangan sebutir lagi bintang berbakat besar apabila Seniwati Datin Umi Kalthum, 81, meninggal dunia di kediaman anak sulungnya di Taman Melawati, Kuala Lumpur jam 4.00 pagi tadi.

"Ketika kakak saya bersiap untuk bersahur, kakak pergi kejutkan ibu di dalam bilik dan mendapati dia sudah meninggal dunia," kata anak Allahyarham, Noorkumalasari.


SEKITAR MAJLIS BERBUKA UNIVERSAL MUSIC

Sekitar majlis berbuka puasa anjuran Universal Music Malaysia di Restoran Warisan, Dataran Merdeka Kuala Lumpur pada 22 Julai lalu. Untuk info, restoran tersebut dimiliki oleh Pak Engku, chef yang sememangnya cukup popular di kalangan artis dan VIP.

Antara yang hadir pada majlis itu ialah Dato’ Siti Nurhaliza yang dikhabarkan bakal melancarkan Produk Terbaru Argan dalam minggu ini. Malah menerusi soalan media, Siti dan suami difahamkan tidak dapat mengerjakan umrah disebabkan kesihatan suami, tambah-tambah apabila masjid Mekah sedang dalam pengubahsuaian.


2 GAMBAR - RAGAM TERKINI BABY BOY FARID KAMIL


Gambar terkini baby boy Farid Kamil dan Diana Danielle yang lahir pada 2 Julai lalu di Australia. Pastinya, Farid dan Diana kini mendapat pengalaman baru dalam hidup mereka, tambah-tambah di Bulan Ramadhan yang mulia ini.

Jom tengok..!

Klik untuk imej besar...

3 GAMBAR - IKWAN HOTFM DAN TUNANG


Gambar menarik Tunang Ikwan HotFM yang comel. Patutlah Ikwan yang juga pengacara rancangan Galaksi di TV9 ni tertawan dan cepat-cepat ikat tali pertunangan!

Apa-apapun tahniah diucapkan. Moga mereka berdua cepat-cepat mendirikan rumah tangga dan sekaligus dapat mengelakkan gosip 'Kak Kiah Propa' kita. Heh.

Klik untuk imej besar...

23 July 2013

3 GAMBAR - TUBUH CHEF RIZ MAKIN 'BERKETUL'


Aksi dan gaya Chef Riz, anak kepada tukang masak selebriti Chef wan yang nampaknya makin 'berketul' seluruh badan. Nampaknya, Chef Riz kita ni tidak pernah mengabaikan penjagaan badan meskipun terpaksa berlapar di bulan puasa.

Lepas ni, bolehlah kita panggil Chef Riz dengan panggilan 'iron chef' sebab tubuhnya yang macam besi layaknya. Heh.


INFO - SEINDAH RAMADHAN DI MEDIA PRIMA


Petaling Jaya, 23 Julai 2013 - Mengiramahkan ketibaan Ramadan dan sambutan Syawal tahun ini, sebuah portal khas www.ramadanraya.com.my telah dilancarkan oleh Media Prima Digital bermula Isnin, minggu lalu. Menerusi portal ini, pelbagai variasi info dan kandungan istimewa Ramadan Raya di TV3, ntv7, 8TV, TV9 dan Tonton boleh diakses secara terus termasuk ke pautan khas saluran Ramadan Raya melalui portal video www.tonton.com.my .


KES SAMAN 'TERJAH' MELODI - TV3 MENANG


Akhirnya, kes Jurey Latiff Saman Fitnah  TV3 sejak tahun 2010 berakhir dengan baik baru-baru ini. TV3 selalu penerbit rancangan Melodi berjaya mengetepikan saman RM10 juta itu apabila mahkamah memerintahkan Jurey Latiff membayar kos RM25,000 kepada syarikat itu.

Untuk info, awalnya Saman fitnah itu telah difailkan oleh penerbit drama televisyen, Jurey Latiff Rosli terhadap Sistem Televisyen Malaysia Bhd (TV3), kerana mengaitkannya dengan seorang gadis dalam rancangan hiburan Melodi.


22 July 2013

5 GAMBAR - BELLA KINI BERUSIA 2 TAHUN


"Saya macam tak percaya, anak saya Bella sudah berusia 2 tahun semalam," demikian kata Angkasawan Negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar.

Sehubungan itu, semalam beliau telah menghadiahkan kek kecil buat Bella selepas sembahyang Tarawih. Apa yang membanggakan angkasawan itu, Bella juga tidak pernah meninggalkan sembahyang Tarawih sejak Ramadhan bermula. Anak ayah katakan..!

Klik untuk imej besar...

19 July 2013

6 GAMBAR - NING BAIZURA & ANAKNYA RYAN


Gambar anak Ning Baizura, Ryan Sky Dalton yang sememangnya comel. Pasti dengan kehadiran Ryan, ramadhan tahun ini membuat Ning agak sibuk berbanding tahun sebelumnya.

Iyalah... dulu berdua, kini bertiga. Heh.

Klik untuk imej besar...

18 July 2013

ISU MADU - AKHIRNYA HAJAT ASHRAF MUSLIM TERCAPAI


Akhirnya cerita tentang Ashraf Muslim yang mahu kahwin dua sejak beberapa bulan lalu sampai kemuncaknya. Pelakon yang pernah juga menjadi pengamal perubatan Islam itu mengaku telah bernikah kali kedua Di Thailand.

Beliau menikahi bekas kru produksi televisyen, Wan Sakinah Ahmad Saburi pada 7 Julai lalu ketika dunia hiburan heboh mengenai isu tersebut. Ia sebenarnya hanya diketahui apabila Ashraf hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur untuk menarik balik permohonan kebenaran poligami.


17 July 2013

5 GAMBAR - BILA KEMBAR EKIN SARAT MENGANDUNG


Gambar menarik kembar Ekin iaitu Aein yang mengahwini seorang mualaf, Datuk Arif Ambrose Leonard Leong pada 12 Disember 2009. Paling menarik, Aein kelihatan sarat mengandung hingga sukar untuk disembunyikan lagi.

Apa yang pasti, insan yang paling gembira nanti tentunya Datuk Arif Ambrose kerana penantiannya selama empat tahun untuk menimang cahayamata akhirnya termakbul. Heh.


16 July 2013

6 GAMBAR - EIZLAN YUSUF DIKURNIA ANAK KETIGA


Tahniah diucapkan buat Eizlan Yusof Dan isterinya Vie Shantie apabila mendapat bayi baru (perempuan) dua hari lalu (14 Julai 2013). Inilah yang dikatakan rezeki Ramadhan... lebih menarik, tarikh lahir anak ketiga mereka itu sama tarikh dengan hari lahir Eizlan sendiri.

Dengan kelahiran bayi tersebut, kini Eizlan sudah mempunyai tiga orang anak di mana anak sebelum ini bernama Vee Zara, 5, dan Zaaref Yusof, 3.

Klik untuk imej besar...

RAJA AZMI BERTUNANG DENGAN MOHD EDDIE


Kegagalan perkahwinan lalu tidak mematahkan semangat penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman, 54, untuk mendidikan rumah tangga semula. Ia terbukti apabila beliau akhirnya mengikat tali pertunangan dengan seorang duda iaitu gitaris CRK, Mohd Eddie Ghazali, 45, di rumah Raza Azmi sendiri di Ukay Perdana, Ampang, Selangor semalam.

Klik untuk imej besar...

15 July 2013

BILA SERINA REDZUAWAN NIAGA CHAR KEY TEOW


"Saya turun berat badan bukan kerana makan apa-apa produk, tetapi kerana tidak lagi terbabit dalam rancangan masakan contohnya Jalan-Jalan Cari Makan. Malah ia juga baik buat diri saya dan suami meskipun suami mengatakan saya tetap comel walaupun sedikit gemuk dulu," demikian ujar Serina Redzuawan mengenai penampilan terkininya.

Untuk info, Serina kini sedang sibuk memasarkan produk terbarunya sendiri yang didakwa bagus untuk penampilan wanita. Malah dia juga telah membuka sebuah gerai char kuey teow khas untuk pelanggan yang mahu menjamu selera selepas membeli atau menggunakan produk tersebut di tempat jualannya.

Klik untuk imej besar...

13 July 2013

MENARIK RAMADHAN - FOUZIAH GOUS & TUNANG BERTARAWIH


“Syukur alhamdulilah, dapat tunaikan terawih yang pertama bersama tunang," demikian tulis Fouziah Gous melalui twitternya.

Waaahhh... nampak cantik dan menarik bila Fouziah bertelekung. Harap-harap beliau akan terus menutup aurat, tambah-tambah setelah menjadi tunangan orang. Insha'Allah.

Klik untuk imej besar...

12 July 2013

ANAK YATIM PENGUBAT HATI ZIZAN NIN


Tahun ini, genaplah tiga tahun Zizan Nin dan isterinya, Hani Harun mendirikan rumah tangga, namun belum ada rezeki untuk mereka menimang cahayamata.

Komen Zizan, dia masih lagi berusaha dan banyak berdoa moga dimurahkan rezeki. Mungkin kerana itulah Zizan banyak membantu anak yatim... tambah-tambah di bulan Ramadhan yang Mulia ini.

Klik untuk imej besar...

11 July 2013

MENARIK RAMADHAN - SHILA AMZAH & FRIEND


Meskipun dilanda pelbagai kontroversi, namun Shila Amzah tetap tabah menghadapi dugaan dunia seni termasuk hubungan cintanya. Bak kata pepatah, lautan mana yang tak bergelora dan bumi mana yang tidak ditimpa hujan.

Bagi yang rindukan Shila, pada 13 Julai ini jam 8 malam, anda boleh menemuinya bersama rakan-rakan artis yang lain di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor.

Klik untuk imej besar...

10 July 2013

MENARIK RAMADHAN - AKSI MEMEY SUHAIZA & ANAK-ANAK


Ramai yang setuju apabila Memey Suhaiza berbaik-baik dengan Abby Abadi. Namun terdapat juga percanggahan pendapat apabila ada yang mencadangkan agar mereka berdua 'bermadu'. Heh.

Istimewa bulan Ramadhan ini, jom kita tengok gaya menarik Memey bersama anak tunggalnya.

Klik untuk imej besar...

MENARIK RAMADHAN - RAGAM MELISSA SAILA & ANAK-ANAK


Pastinya ramai yang sudah tahu betapa manis dan menawannya Melissa Saila yang sudah berhijrah pada tahun lepas mengenakan tudung. Bukan itu sahaja, malah rumah tangga Melissa juga bertambah bahagia disamping keluarga tercinta.

Khusus di bulan Ramadhan ini, jom kita tengok ragam Melissa bersama anak-anaknya yang comel.

Klik untuk imej besar...

09 July 2013

SAYA BUKAN QUEEN CONTROL - ROZITA CHE WAN


"Semuanya mengarut dan tidak berasas," demikian luah Rozita Che Wan mengenai dakwaan yang beliau mengongkong kekasihnya Zain Saidin, 29, atau lebih tepat lagi 'queen control'.

Untuk info, cerita itu timbul berikutan ada dakwaan yang mengatakan Rozita sering mengganggu dengan membuat panggilan telefon dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ketika Zain berada di lokasi penggambaran. Aikk... takut Zain dikebas orang ke Rozita?


08 July 2013

NURUL WAHAB BAKAL DAPAT ANAK LELAKI


"Saya baru diberitahu bayi dalam kandungan adalah bayi lelaki dan Alhamdulillah saya gembira sangat.

"Saya memang mengharapkan untuk mendapat bayi lelaki sebagai pelengkap keluarga kami," kata penyanyi Noorul Huda Abdul Wahab (Nurul wahab), 36, yang dijangka bersalin Oktober depan.


05 July 2013

RAMPAS SHARNAAZ - ELFAEZA UL HAQ NAFI BERCINTA


"Itu hanya gosip semata-mata, malah kami tidak pernah bercinta," demikian dakwa pelakon dari Singapura Elfaeza Ul Huq, 28, mengenai gosip kononnya dia bercinta dan sekaligus merampas Sharnaaz Ahmad daripada Shila Amzah.

Klik untuk imej besar...

04 July 2013

LAGI GAMBAR BABY FARID & DIANA


Lagi sekeping gambar baby Farid Kamil dan Diana Danielle yang lahir pada hari selasa lalu di Australia.

Malah sebelum proses bersalin, Diana sempat menulis dalam Facebooknya meminta ampun dan maaf pada keluarga dan rakan-rakan...

Klik untuk imej besar...

03 July 2013

PUTUS DENGAN NAS T - NABILA HUDA SERIK BERCINTA?


Sekejap bercinta... dan sekejap kata lebih senang hidup tanpa kekasih. Aik, yang mana satu benar ni?

Untuk makluman, itulah yang terkeluar daripada mulut pelakon Nabila Huda yang sememangnya penuh kontroversi. Tambah Nabila, beliau lebih selesa menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki atas dasar persahabatan daripada melibatkan hati dan perasaan. Heh.


UMMI NAZEERA KINI BERHIJRAH


Alhamdulillah... akhirnya Ummi Nazeera menemui jalan yang diredhai oleh Allah apabila beliau mula bertudung penuh berbanding penampilan bebasnya sebelum ini.

Apa yang menarik, Ummi Nazeera juga telah membuang kebanyakan gambar lamanya di Instagram dan Facebook berkemungkinan mahu memulakan hidup baru. Jika benar begitu niatnya, tahniah diucapkan!

Klik untuk imej besar...


SAH DIANA & FARID KAMIL DAPAT ANAK LELAKI


Tahniah diucapkan buat pelakon Farid Kamil kerana isterinya pelakon Diana Danielle Danny Beeson, 22, yang selamat bersalin di Australia semalam (kira-kira pukul 4.30 petang waktu Malaysia). Mereka mendapat anak lelaki yang sihat dan lahir lebih awal meskipun jadual bersalin Diana sepatutnya pada 15 Julai depan.

“Farid menghantar mesej dari Australia dengan memberitahu sayalah orang pertama yang mendapat berita isterinya iaitu Diana Danielle selamat bersalin anak lelaki,” kata penerbit filem David Teo yang juga Pengarah Urusan syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG) semalam.

Gambar bayi Farid & Diana - klik untuk imej besar...

02 July 2013

HANEEZ SURAYA NAFI DIGODA VIP


Haneez Suraya menafikan orang ketiga menjadi punca hubungan cintanya dengan penyanyi Awi Rafael terkubur di tengah jalan. Dakwa pelakon itu, cinta mereka yang putus pada 22 Jun 2013 itu hanya disebabkan komitmen masing-masing dalam dunia seni.

"Bagaimanapun, hubungan saya dengan keluarganya masih baik dan kami sering berjumpa atau berhubungan antara satu sama lain. Rasanya tidak wujud masalah orang ketiga yang dikatakan menjadi punca keretakan hubungan kami," ujar Haneez ketika ditemui di Mutiara Damansara semalam.

Klik untuk imej besar...

AUTUMN DIHATIKU - GABUNGAN PELAKON KOREA, MALAYSIA


Mungkin anda pernah menonton drama bersiri Korea yang berjudul 'Autumn In my Heart'. Namun drama bersiri tempatan yang turut menampilkan pelakon Korea berjudul 'Autumn DiHatiku' bukanlah mahu meniru drama tersebut, tetapi ia sekadar secara kebetulan sahaja.

Demikian dinyatakan oleh pihak portal video Tonton yang menerbitkan drama gabungan pelakon Malaysia dan Korea itu. Tambah penerbitnya, drama tersebut merupakan gabungan pertama Korea dan Malaysia di negara ini yang pastinya mempunyai kelainan.

Klik untuk imej besar...

01 July 2013

5 GAMBAR - PERKAHWINAN HANNY HARMY



Gambar anak Julie Dahlan, Hani Nur Zara Harmi, 31, atau lebih dikenali dengan Hanny Harmy yang selamat melangsungkan perkahwinannya dengan Acem sabtu lalu. Tahniah!

Klik untuk imej besar...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...