31 October 2013

TAHNIAH, EZAD LAZIM DIKURNIA BAYI PEREMPUAN


Penyanyi, Ezad Lazim, 34, akhirnya menjadi seorang bapa kelmarin apabila isterinya Nor Azeana Ramli, 34, selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Bagaimanapun, Nor Azeana terpaksa dibedah untuk melahirkan bayi pertamanya itu di Hospital Ampang, Selangor.

"Doktor menjangkakan isteri saya bakal melahirkan anak pada hujung tahun ini. Justeru isteri saya yang bekerja sebagai pengurus jualan sebuah hotel di Ampang merancang untuk melahirkan anak di sebuah hospital swasta di Taman Melawati, Hulu Klang.


10 PHOTO: SUDAH BERTUNANG - ARIL AF7 AKAN KAHWIN?


Gambar kemesraan Aril AF7 dengan seorang wanita yang digosipkan sebagai tunangnya. Lebih menarik, wanita yang bekerja sebagai pramugari itu juga didakwa bakal menjadi isteri Aril apabila sekeping kad undangan perkahwinan turut diselitkan.

Jika benar bakal melangsungkan perkahwinan, pastinya ramai peminat Aril tumpang bahagia mendengar khabar gembira tersebut. Bak kata pepatah, kalau sudah jodoh tak ke mana ya tak?

Klik untuk imej besar...

5 GAMBAR - CHERYL SAMAD & BAYI PEREMPUANNYA STELLA


"Meet our little girl, Stella. We've been waiting for her for a long time. She finally arrived on Friday the 18th of October. We feel very blessed," ujar Cheryl Samad yang telah selamat bersalin anak sulungnya pada 18 Oktober lalu.

Waaahhh... comel bayi Cheryl dan ada Chinese look macam suaminya Ng Ping Ho. Tahniah diucapkan!

Klik untuk imej besar...

KENA KUTUK DI INSTAGRAM - LANA NORDIN 'NAIK ANGIN'


Pelakon yang pernah digelar Pamela Anderson Malaysia, Lana Nodin 'naik angin' apabila ditegur oleh seseorang di Instagramnya akibat sering berpakaian seksi. Tambah membuat Lana geram apabila pengomen tersebut mempertikaikan bakat seninya yang didakwa tak seberapa.

"Ni lagi sorang umat mulut tak de insurans, rasa diri lebih bagus dari org lain… meh aku cabar ko @alamache ko dtg casting mane2 aku nak tgk ko berlakon pulak mengata org tak ke mane aku berlakon kan…meh ramai2 pulak tgk ko berlakon…tengok hebat mane pulak bakat ko sampai mengata org lain sebab rasa diri sendiri lagi bagus," balas Lana sedikit emosi.


AYAH & IBU SENANGI JOHAN AS'ARI - SHILA AMZAH


"Saya sedia terima Johan As'ari sebagai bakal suami sekiranya kami ada jodoh," demikian pengakuan jujur Shila Amzah.

Tambah penyanyi itu, hubungannya dengan Johan buat masa ini hanya sebagai sahabat paling rapat tetapi enggan mengesahkan sekiranya mereka serius. Katanya dia lebih selesa ibarat 'teman tapi mesra' tanpa perlu dilihat seperti pasangan bercinta.


30 October 2013

KONSERT LANTERA TIMUR - SITI SAH KUTIP RM1 JUTA


Datuk Siti Nurhaliza sah berjaya mengutip RM1 juta melalui persembahan konsert solo tradisional iaitu Lantera Timur di Istana Budaya pada 20 hingga 22 September dan 24 September 2013 lalu.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani yang menyatakan persembahan solo Siti itu merupakan yang paling berjaya setakat ini. ia mengatasi beberapa acara lain yang diadakan di pusat kebudayaan itu daripada segi kutipan tiket.

Klik untuk imej besar...

7 AKSI GILA-GILA FIDA - NAFI KAHWIN SENYAP


Gambar menarik Rafidah Ibrahim atau Fida yang baru-baru ini didakwa berkahwin secara senyap. Entah siapa sipembawa cerita, Fida didakwa telah melangsungkan perkahwinan dengan pengurusnya yang dikenali sebagai Shah di Selatan Thailand tahun lalu.

"Kahwin? Kalau betul saya telah berkahwin sila kemukakan bukti. Cerita saya kahwin secara senyap sebenarnya sudah timbul sejak dulu lagi. Sebelum ini, saya didakwa berkahwin secara senyap dengan seorang VIP. Sekarang, saya didakwa pula berkahwin secara senyap dengan pengurus sendiri. Sebenarnya, ada orang yang cuba mereka cerita mengenai perkahwinan saya," ujar Fida.

Akal ada ka? - klik untuk imej besar...

KAHWIN BARU - ADDA BUTTERFLY KEKAL ISTERI KEDUA


Masih ingatkah anda dengan Adda Butterfly yang tidak berapa lama dahulu pernah berkahwin hanya 17 hari? Namun berita terkini mengenai adik kepada Rody Kristal ini akhirnya penuh cerita indah apabila dia menemui kebahagiaan.

Ini kerana, pada 12 Oktober 2013 lalu, Adda telah bergelar isteri buat kali kedua kepada ahli perniagaan dari Sabah. Namun bukan jadi isteri pertama, tetapi Adda tetap jadi isteri kedua seperti sebelum ini.

Adda & suami baru - klik untuk imej besar...

9 GAMBAR & VIDEO - KILAFAIRY MELARAM DI AUSTRALIA


Gambar menarik artis bibir sexy, Kilafairy di Melbourne, Australia. Namun pelakon itu ke sana bukan seorang diri, tetapi khabarnya dia bercuti bersama ahli keluarga.

Rasanya, tentu ramai jejaka Mat Salleh yang tertarik bila melihat bibir Kilafairy yang hangat menawan seolah pelakon Hollywood, Angelina Jolie. Iyalah... bukan ramai artis Malaysia yang punya kelebihan macam tu ya tak? Ahak!

Klik untuk imej besar...

7 GAMBAR - JANJI NORA DANISH UNTUK PUTERA RAYQAL


"Can't wait to bring this boy on holiday for 10 beautiful days early next month, counting days. Now my turn to squeeze u son. Enjoy ur time now with daddy, aunties, atok n Tah ok," demikian pesanan Nora Danish dari London baru-baru ini untuk anaknya Putra Rayqal.

Nampaknya, bulan November nanti (mungkin ketika cuti sekolah), jadual percutian Nora dan Rayqal bakal padat dengan pelbagai kejutan dan kegembiraan. Mungkinkah Nora bercuti berdua sahaja dengan Rayqal? Atau Nora akan membawa bersama buah hatinya? Surprise..!!



INFO - SHOWBIZ SASAR 6 FILEM TAHUN HADAPAN


Enam buah filem pada tahun 2014 merupakan sasaran Showbiz Productions Sdn Bhd bagi menyemarakkan industri perfileman negara. Showbiz yang merupakan anak syarikat KRU Studios kini bersedia bersaing secara serius bagi menerbitkan filem-filem bermutu.

"Produksi ini ditubuhkan sejak tahun 2011, dan aktif menerbitkan filem-filem yang lebih komersial, berbeza dengan filem-filem berat KRU sedia ada," ujar Ketua Operasi Showbiz, Zarina Abdul Rahman ketika majlis doa selamat dan pelancaran tiga filem baharu iaitu Hantu Tok Mudim, Ular dan Chikarodi di GSC Pavilion, Kuala Lumpur semalam.

Klik untuk imej besar...

29 October 2013

GAMBAR MENARIK - CINTA ADIRA & HAFIZ BERTAUT KEMBALI?


Masih ingatkah anda pada konsert ketujuh AF2013 apabila pengacara Zizan Razak bertanya pada Adira, siapakah yang membawanya hadir ke konsert pada malam itu? Tapi jawapan Adira disusuli dengan pertanyaan... Apakah Zizan mencarut?

Ha ha... agak kelakar apa yang mereka tanya dan persoalkan. Kalau difikir, soalan Zizan tidak ada kena mengena dengan mencarut! 

Klik untuk imej besar...

INFO - RAQIB AF9 MUNCUL DENGAN 'BINTANG SYURGA'


Pada awal Oktober lalu, bintang kelahiran program realiti Akademi Fantasia musim ke 9 yang terkenal dengan lagu Luahan Rasa, Raqib Majid muncul dengan single hit terbarunya Bintang Syurga.

Untuk single terbaru ini, Raqib Majid telah bekerjasama dengan kumpulan nasyid remaja popular tanahair, UNIC. Ia adalah projek khas (CSR) bagi mengisi Tabung Kemanusiaan Mesir, Palestin, Syria & Rohingya.


KOMEN MENARIK SYAMSUL YUSOF TENTANG HUDUD


Selepas berjaya mengarahkan filem bertaraf box office iaitu KL Gangter dan KL Gangter 2, Syamsul Yusof dilihat makin islamik kebelakangan ini. Mungkinkah dia sudah berubah?

Malah komennya mengenai hukum Hudud dalam Twitter miliknya agak sedikit pedas bagi segelintir pihak yang kurang memahami inti patinya. Namun bagi yang mengerti, pastinya mereka akan tabik pada Syamsul kerana dia tidak hipokrit dalam komennya itu.

Klik untuk baca...

4 GAMBAR - BILA MISHA OMAR BERHIJAB


Semalam, ramai yang kagum dengan perubahan Mizz Nina berhijab. Namun, rasanya hari ini pasti ramai yang lebih kagum apabila melihat Misha Omar turut berhijab.

Namun, hijab Misha kami rasa tidak kekal seperti Mizz Nina, kerana dia sebenarnya menghadiri kursus perkahwinan bersama bakal suaminya. Ini kerana, dengar cerita Misha akan bernikah pada bulan Februari 2014. Heh.


VIDEO LAMARAN DIPANGGUNG - GIMIK FIZO PIKAT MAWAR


Tayangan video di Cathay Cineplex e@Curve, Damansara, merupakan satu gimik pelakon Fizo Omar melamar kekasih hatinya Mawar Abdul Karim. Anak perempuan kepada pengasas tudung Fareeda itu awalnya tidak menyangka apa-apa, namun kemudian terkejut dengan gimik tersebut yang disifatkannya pelik.

"Fizo adalah cinta pertama saya dan sebelum ini saya tidak pernah bercinta kerana begitu dijaga oleh keluarga," akui Mawar, 24, kepada media.


13 GAMBAR - FOUZIAH GOUS SELEPAS LEBIH SEBULAN NIKAH


Gambar menarik Fouziah Gous yang masih lagi dalam mood bulan madu. Bukan setakat bulan madu, malah Fouziah juga sudah mula belajar main golf untuk menyelami hobi suaminya Md Zhafran Mohd Yusof.

"Baju, belt, bag adalah hak suami. Senang kahwin dengan orang saiz sama ni," ujar Fouziah mengenai pakaian golfnya.

Klik untuk imej besar...

HADIAH KONDO RM1.036 JUTA - NABIL TERKEJUT BESAR


Rezeki datang bergolek. Mungkin itulah perkataan yang tepat buat pelawak dan pengacara Nabil Ahmad, 29, apabila 'dihadiahkan' sebuah kondominium bernilai lebih sejuta ringgit.

Bukan di kawasan 'jin bertendang'... tetapi di tengah-tengah ibu kota iaitu di antara Persiaran Gurney, Kuala Lumpur di mana ia merupakan kawasan hartanah yang berprestij tinggi.


28 October 2013

PENDARAHAN OTAK - DATUK RAHIM RAZALI KINI STABIL


Datuk Rahim Razali kini stabil meskipun disahkan mengidap penyakit pendarahan dalam otak (subdural hemorrhage) dan perlu menjalani rawatan pembedahan dengan segera. Beliau baru-baru ini telah ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Sunway Petaling jaya.

Bagaimanapun, beliau sudah dipindahkan ke wad biasa hari ini.


SHARIFAH SAKINAH & AHMAD ALBAB SAH PUTUS CINTA


Akhirnya, hubungan Sharifah Sakinah dengan Ahmad Albab, anak angkat kepada Erma fatima yang digosip putus cinta baru-baru ini disahkan benar. Menurut sumber utusan, sudah dua bulan Sakinah dan Albab putus cinta, namun tidak diketahui pula sebabnya.

Untuk info, Albab merupakan anak angkat kepada pasangan Erma Fatima dan Bade Haji Azmi. Malah sebelum ini pun mereka ada memberikan reaksi baik terhadap hubungan cinta anaknya bersama Sakinah.


14 GAMBAR - ASHRAF & WAN SAKINAH SANDING 'BERTIGA'


Gambar majlis persandingan Ashraf Muslim dengan isteri keduanya, Wan Sakinah yang dikhabarkan berlangsung di Ipoh perak. Meskipun awal daripada tekaan media iaitu pada bulan November, namun mereka nampak manis dan sepadan apabila memakai pakaian sedondon warna hijau.

Apa yang menarik, mereka bukan bersanding berdua, tetapi bertiga apabila Wan Sakinah disahkan hamil baru-baru ini. Apa-apapun, tahniah diucapkan. Moga Ashraf bahagia menempuh kehidupan bermadu yang sememangnya penuh cabaran.

Klik untuk imej besar...

6 GAMBAR - HIJRAH MIZZ NINA & NOH HUJAN


Sungguh manis bila melihat Mizz Nina yang kini sudah berhijrah selepas pulang dari Mekah mengerjakan haji bersama suaminya Noh Salleh baru-baru ini. Alhamdulillah syukur.

Iyalah... sebagai anak hartawan, memang sukar untuk meninggalkan hidup mewah, glamor dan kemudian kembali ke jalan Allah SWT. Namun berkat kesungguhan dan bimbingan, semuanya dapat dihadapi dan moga ianya akan terus berkekalan hingga ke anak cucu. Amin.


ZIZAN AKUI TENGOK WAYANG DENGAN EMMA MAEMBONG


Bukan keluar berdua!

Demikian dijelaskan oleh pelakon dan pelawak Zizan Razak yang keluar menonton wayang bersama Emma Maembong baru-baru ini. Dakwa Zizan, mereka keluar menonton ramai-ramai.


VIDEO & GAMBAR: 'KU BENAR-BENAR CINTA' - ADAM AF


'Ku Benar-benar Cinta', begitulah antara lirik lagu yang dinyanyikan oleh Adam AF istimewa untuk isterinya Fiza Halim ketika membuat persembahan di majlis HONDA, di Ipoh, Perak semalam. Untuk makluman, lagu itu sempat dirakamkan sedikit dalam bentuk video oleh Fiza melalui telefon bimbitnya.

"Sesuai sangat lagu ni utk Fiza, semoga jodoh kekal hingga ke jannah... amin," demikian antara doa peminat Fiza dan Adam melalui Instagram.

Jom tengok!

Klik untuk imej besar...

SUAMI BERHENTI KERJA KERANA DIANA AMIR


Ingin meneruskan pengajian ke peringkat ijazah kedoktoran (PhD) adalah punca suami kepada pelakon Diana Amir iaitu Mohd Habibbullah A Rahman melepaskan kerjayanya sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Merbok, Kedah.

Kata Mohd Habibbullah, dia berhenti sejak enam bulan lalu bagi membantu isterinya menguruskan beberapa buah perniagaan.

Klik untuk imej besar...

27 October 2013

4 GAMBAR - FIZZ FAIRUZ DAN ANAK ANGKAT ALMY NADIA


Gambar ceria Fizz Fairuz bersama anak angkat Almy Nadia yang bernama Nur Afrina Darwisya, 4 tahun. Paling menarik, Fizz yang rapat dengan Nur Afrina sejak sekian lama dan boleh diumpamakan seperti ayah dan anak memegang lambang 'love'.

Melihat gambar ini, pastinya cinta lama antara Fizz dan Nadia kembali berputik setelah mereka berdua dilanda kontroversi hangat. Jika benar, moga hubungan mereka kali ini akan lebih kukuh hingga membawa ke jinjang pelamin hendaknya.  

Klik untuk imej besar...

26 October 2013

5 GAMBAR - RAGAM PUTRA RAYFAL KENA ENJECT

"Kesiannya nangis teruk. Sakit kena 2 injections today," begitulah komen Fasha Sandha mengenai anaknya Putra Rayfal.

Ha ha... memang kelakar bila tengok Rayfal sampai meleleh air hingus akibat menangis. Iyalah... kena cucuk, mana tak sakitkan? Ahak!


17 GAMBAR - DIANA AMIR SAH ISTERI HABIBBULLAH


Dengan hanya sekali lafaz, Diana Amir akhirnya sah menjadi isteri kepada Mohd Habibbullah A Rahman. Majlis pernikahan tersebut berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya semalam kira-kira jam 9.30 malam.

Untuk info, Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin iaitu Hazaruddin Baharuddin telah menyempurnakan akad nikah tersebut. Diana telah diwalikan oleh bapa sendiri, iaitu Amir Hashim Mohd Kassim.


25 October 2013

9 GAMBAR - MAJLIS KHATAM AL-QURAN DIANA AMIR


Majlis khatam Al-Quran, doa selamat dan berinai Diana Amir malam tadi di bangunan pejabat Metrowealth sempena perkahwinannya dengan Muhammad Habib Bullah A. Rahman yang bakal berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya hari ini.

Tahniah diucapkan dengan doa moga majlis pernikahan mereka akan berlangsung dengan lancar.


GOSIP CINTA: SHAH ISKANDAR YANG 'TERHEGEH-HEGEH' - ANZALNA


Pasti ramai yang masih ingat gambar mesra Shah Iskandar dan Diana Nasir yang menimbulkan pelbagai gosip hangat. Malah baru-baru ini, Shah telah menangkis dakwaan bahawa dia dan Diana bercinta sebaliknya mereka hanya kawan biasa sahaja.

Bagaimanapun, alasan Shah itu telah dinafikan oleh Anzalna iaitu adik kepada Diana yang kecewa dengan tindakan pelakon 'Teduhan Kasih' itu. Menurutnya, kenyataan Shah bertentangan sama sekali dengan apa yang berlaku kerana hubungan mereka sebenarnya lebih dari kawan biasa.

Dia yang sebenarnya terhegeh-hegeh
dengan Diana - kata Anzalna.. Klik untuk imej besar...

7 GAMBAR - BILA ADAM AF JADI 'BABYSITTER'


"Hai en. Adam.... isteri kat depan mata lagi nak bergayut ke? hhmmmmm..." demikian seloroh Fiza Elite pada suaminya Adam AF. Mereka kini sudah mula sebati sebagai suami isteri dan tidak lagi ambil hati sekiranya berlaku sedikit salah faham.

Malah Adam juga sudah pandai mengambil hati isterinya apabila dengan senang hati menjadi 'babysitter' sekiranya Fiza mempunyai urusan. Haaaa... macam tu la baru bagus. Bak kata orang, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Klik untuk imej besar...

KONSERT - ERRA FAZIRA DAN AWIE KEMBALI BERCINTA


Bayangkan, satu konsert yang mengimbau kembali percintaan antara Erra Fazira dan Awie. Pasti ianya menarik dan memberi gambaran zaman 90-han yang penuh suka-duka.

Untuk itu, Erra secara lisannya telahpun bersetuju untuk bekerjasama dengan bekas tunangnya iaitu Awie. Mereka berdua akan beradu tenaga bagi menjayakan 'Konsert Suara Kita' yang turut melibatkan Ziana Zain.


24 October 2013

SAYA DAH JELASKAN PADA PEKIN - SHARNAAZ AHMAD


Ramai yang menyalahkan Sharnaaz Ahmad mengenai dakwaan hubungan sulit antaranya dengan Uqasha Senrose hingga hubungan Uqasha dan Pekin Ibrahim kononnya menjadi retak.

Namun terkini, Sharnaaz, 29, tidak pernah gentar... malah mengakui sudah bertemu dengan Pekin bagi menjelaskan perkara sebenar. Kata pelakon itu, tuduhan dia mempunyai hubungan sulit dengan Uqasha adalah satu fitnah kerana hubungan mereka tidak lebih daripada seorang rakan sekerja.


HOT FM - FAIZAL ISMAIL LETAK JAWATAN

Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI mengumumkan di Facebooknya bahawa beliau telah meletak jawatan di Hot FM mulai hari ini (24 Oktober 2013). Sebab-sebab perletakan jawatan itu bagaimanapun kurang pasti dan tidak dijelaskan oleh beliau.

"Alhamdulillah.. FBI Entertainment dah terlibat dgn beberapa produksi tv yang akan ditayangkan tak lama lagi. Bukan tu je, kami sediakan servis a to z untuk sebarang acara (event management) company annual dinner, family day, corporate video, stage show dan macam-macam," ujar Faizal sebentar tadi di FBnya.



5 GAMBAR - ZILA BAKARIN & ANAKNYA YANG COMEL

Gambar terbaru anak Zila Bakarin yang comel, tembam dan pandai bergaya macam ibunya. Iyalah, mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi ya tak?

Tapi bila besar nanti jangan pula runcingkan dagu macam ibu tau... kang nyesal pulak. Ha ha... gurau je!

Klik untuk imej besar...


UQASHA DAN PEKIN MASIH TUNANGAN - IBU

"Uqasha ada beritahu saya tentang masalah dalam hubungannya dan sekarang saya tunggu mereka berdua untuk menjelaskan keadaan sebenar, apa yang berlaku," ujar Ibu kepada pelakon Uqasha Senrose, 21, iaitu Rosmizai Mohd Nor.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi media bagi menjelaskan hubungan anaknya dengan pelakon Pekin Ibrahim, 32, yang didakwa bermasalah. Namun kata Rosmizai, pertunangan anaknya masih seperti biasa dan menolak pasangan berkenaan sudah putus tunang.



23 October 2013

AKHIRNYA LIYANA JASMAY HAMIL 2 BULAN

Bukan malu, tetapi mungkin bimbang berlaku sesuatu yang tidak disangka maka Liyana Jasmay terpaksa merahsiakan kehamilannya yang masuk bukan kedua. Iyalah... mungkin Liyana masih tidak rasa selamat sekiranya tidak masuk bulan ketiga agaknya.

"Sebenarnya saya tidak berniat langsung untuk merahsiakannya, sebaliknya saya menunggu masa yang sesuai untuk berkongsi cerita tentang kehamilan ini.



BILA MENTERI BERLAKON JUAL AYAM PERCIK


Bolehkah anda bayangkan bagaimana Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berlakon filem? Lebih lucu apabila watak yang dipegang oleh beliau ialah sebagai penjual ayam percik di pasar malam!

Untuk info, lakonan Khairy itu meskipun sebagai watak tambahan sahaja, namun ia kemungkinan bakal menghangatkan filem berjudul 'Inspektor Mastura' yang diarahkan oleh Elaine Daly.


9 GAMBAR - GAYA ELEGAN ROZITA CHE WAN


Setelah melangsungkan majlis merisik secara senyap-senyap dan tertutup di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur September lalu umpama artis Hollywood layaknya, kini ramai tak sabar mahu melihat majlis bertunang atau bernikah Rozita Che Wan dan Zain Saidin.

Malah melalui gambar terkini, perubahan gaya jelas kelihatan apabila Rozita mengenakan pakaian yang boleh dianggap elegan, seksi, glamor dan mahal harganya. Dan dengar-dengar juga, kesemua aksi tersebut adalah untuk sesi photo pra perkahwinan yang dilakukan di kota London oleh Annas Easkey. Cayalah Che Ta!


10 GAMBAR - KELUARGA BAHAGIA ABBY ABADI


Bayangkan... jika Memey Suhaiza mahu ke mana-mana, dia akan tinggalkan anaknya Mohamed Darwisz bersama Abby Abadi. Ikatan rapat tersebut jelas menampilkan keikhlasan mereka berdua yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

Melihat kehidupan Abby sekarang, teringat kami pada Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud "Sesungguhnya seorang mukmin tercipta dalam keadaan Mufattan (penuh cubaan), Tawwab (senang bertaubat), dan Nassaa' (suka lupa), (tetapi) apabila diingatkan ia segera ingat." Allahu A`lam.

Klik untuk imej besar...

KEPERGIAN NOREEN NOOR AMAT DIRASAI - RAKAN


Ramai kalangan rakan artis agak terkejut dengan kepergian pelakon dan penyanyi era 80-an Noreen Noor, akibat kompilasi buah pinggang dan jantung pagi semalam. Ini kerana, Allahyarham disifatkan sebagai seorang yang prihatin, manja dan gemar memberi semangat.

"Saya dan rakan artis yang lain amat terkejut dengan pemergiannya secara tiba-tiba ini dan ia merupakan satu kehilangan besar bagi kami kerana dia sahabat yang menyenangkan," kata Norshila Amin ketika ditemui selepas majlis pengebumian Allahyarham semalam.

Danial Baharuddin, 22 menyiram air mawar dipusara
ibunya, Noreen Noor - Klik untuk imej besar...
 

22 October 2013

7 GAMBAR - AKSI TERKINI ERRA FAZIRA & ALEESYA


"My little heroine.. Best Young troop forever!!" ujar Erra Fazira mengenai anaknya Engku Aleesya yang memakai pakaian celoreng seperti tentera.

Waahhh... memang ada gayalah. Ibu artis, bapa ahli perniagaan... anak pula tentera! Heh.

Klik untuk imej besar...

KES SKANDAL - ISTERI ADI PUTRA NAFI GUNA PIHAK BERPENGARUH


Isteri Adi Putra, Aida Yusof menafikan suaminya ada menggunakan pihak berpengaruh untuk menggugurkan kes skandal yang didakwa melibatkan suaminya dengan isteri orang.

Menurut Aida yang dihubungi apabila suaminya gagal dihubungi media, dia baru sahaja mengetahui perkara tersebut (dakwaan Adi menggunakan individu berpengaruh) pada Isnin kerana dia tidak membeli akhbar pada Ahad lalu.


AL FATIHAH - NOREEN NOOR MENINGGAL DUNIA


Innalillahu wainnailaihiraji'un.  Pelakon dan penyanyi era 80-han, Noreen Noor telah pulang ke Rahmatullah. Beliau meninggal dunia di hospital Ampang Putri awal pagi ini kerana dikatakan akibat kegagalan buah pinggang.

Berita ini disahkan sendiri oleh rakan Allahyarham iaitu Datuk Sharifah Aini melalui Facebooknya. Difahamkan, jenazah Alllahyarham akan di bawa ke rumah keluarganya di Melaka.


9 GAMBAR - PERCUTIAN PERCUMA NEELOFA KE MALDIVES


"Saya pernah bercuti ke Bali (Indonesia), Phuket, Krabi dan Koh Samui (Thailand) dan kali ini ke destinasi yang agak jauh iaitu Maldives. Saya dapat melihat pulau ini amat cantik. Sebab itulah pulau ini sentiasa menjadi perhatian bagi mereka yang meminati aktiviti laut serta destinasi berbulan madu kerana suasananya juga romantik," kata Neelofa, 24.

Difahamkan, sepanjang di sana, Neelofa menyertai aktiviti selam skuba, serta pakej tajaan seperti memancing serta tinggal di sebuah vila atas air yang tinggi kosnya.


6 GAMBAR - KEMESRAAN ZALIF SIDEK & AWEK BARU


Jika beberapa bulan lalu hubungan Zalif Sidek dengan Fida Ibrahim berakhir selepas seorang wanita mengirim SMS mendakwa sebagai kekasih Zalif, kini aktor itu menemui pengganti baru. Tidak diketahui sama ada dia adalah wanita yang 'mendakwa' kekasih pada Fida atau yang 'fresh from the oven'.

Harapan kita, moga kali ini Zalif benar-benar 'jadi' dengan teman wanitanya ini. Bak kata pepatah, teman ketawa senang dicari, teman menangis seorang diri. Tak gitu?


21 October 2013

11 GAMBAR - RAGAM FOUZIAH GOUS & ZHAFRAN BULAN MADU


Kata orang, tak seronok berkahwin sekiranya tidak berbulan madu. Begitu jugalah halnya dengan Fouziah Gous dan Zhafran yang baru-baru ini berbulan madu menaiki cruise daripada Pulau Pinang ke Krabi, Thailand.

Nampaknya, bahagia sungguh mereka. Tak perlu pening-pening fikir tentang kerja... masa yang ada dihabiskan oleh mereka berdua dengan bermesra! Heh.


ANTARA BERCINTA DAN ENOUGH


Baru-baru ini kami berkesempatan menonton filem 'Bercinta' lakonan Farid Kamil dan Nora Danish. Filem tersebut mengisahkan Nora bercinta dengan Farid dan kemudiannya berkahwin. Namun, rumah tangga mereka dilanda badai hingga Farid mengasari, memukul dan memburu Nora akibat perasaan benci.

Bagaimanapun, bila menonton filem ini sampai akhir, ia dilihat mempunyai banyak persamaan dengan filem Enough lakonan Jennifer Lopez. Babak memukul, belajar seni mempertahankan diri dan akhirnya beradu tenaga dengan suami kerana tidak tahan dibuli agak menonjol samanya.


4 GAMBAR - TIZ ZAQYAH 'BERENANG' DENGAN 'BOYFRIEND'


Gambar menarik Tiz Zaqyah, heroin drama bersiri yang kini popular melalui Astro Mustika, 'Jodoh itu Milik Kita' bercuti di Sabah. Dengarnya, Tizz bercuti sambil berenang di laut bersama teman lelakinya yang digelar 'Sweetieee'.

Mungkin mereka berdua ni tak lama lagi nak makan nasi minyak khot. Mana tahu kan? Ahak!


19 GAMBAR - NORA DANISH & NED BERCUTI DI LONDON & PARIS


Jika beberapa bulan lalu Nora Danish dan Nedim Nazri yang merupakan anak kepada seorang menteri telah bercuti di Bali Indonesia... terkini mereka bercuti lagi. Destinasinya terbaru mereka lebih romantik iaitu bersiar sekitar Kota London dan Paris.

Lebih menarik, mereka juga berkunjung ke jambatan Paris yang dipenuhi pad locks (kunci cinta) seperti yang terdapat di Korea Selatan. Wahhh... serius betul hubungan cinta mereka!

Klik untuk imej besar...