31 March 2014

8 GAMBAR - ERRA & EMRAN SAMBUT BIRTHDAY ALEESYA BERSAMA..!!



Demi anak tersayang, majlis hari lahir Engku Aleesya semalam disambut bersama oleh Erra Fazira dan bekas suaminya Engku Emran. Mereka nampaknya sanggup mengetepikan perihal peribadi demi satu-satunya jantung hati mereka.

Artikel terdahulu:

"Right frm the very first time i held u in my arms.. i knw u were special.. with every passing year u grow naughtier, smarter, cleverer.. more fun n caring daughter.. urghhhh im so blessed n so happy to hv u in my life darling.. happy 5th birthday sayang mom.. jadilah anak yg solehah dan baik akhlak.. moga jati diri yg hebat terbenam kukuh dlm sanubari.. amin, " demikian kata Erra melalui laman sosialnya.

Klik gambar untuk size besar


30 March 2014

19 GAMBAR - RESEPSI TERTUTUP SYAMSUL YUSOF & PUTERI SARAH



Gambar resepsi perkahwinan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana yang diadakan secara tertutup di N’dah Catering, Shah Alam, Selangor semalam. Rasanya, ia mungkin resepsi belah pihak perempuan selepas Syamsul sembuh sepenuhnya daripada sakit denggi baru-baru ini.

Ini kerana, resepsi belah pihak lelaki sebelum ini sudahpun dicadangkan bakal diadakan pada 18 April nanti di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur.

Jom tengok!



29 March 2014

GOSIP & GAMBAR FAZURA BERCIUM HANYA REKAAN?



Kita semua tahu gosip panas yang ditulis oleh wartawan MalaysiaGazette mengenai dakwaan pelakon Nur Fazura yang didakwa kononnya membuat aksi terlampau iaitu bercium, tangan masuk dalam baju, urut-urut belakang dan lentuk kepala di bahu.

Namun sebagai peminat hiburan, gosip dan dakwaan sahaja sebenarnya belum cukup kuat untuk menuduh seseorang itu. Jika benar wartawan tersebut mempunyai bukti bergambar, kenapa tidak diketengahkan? Mungkin agaknya dia takut atau bimbang disaman... tapi peliknya buat cerita tak takut pula! Heh.



28 March 2014

6 GAMBAR - KEMERIAHAN PERKAHWINAN VINCE AF1



Gambar menarik juara Akademi Fantasia musim pertama, Vince Chong yang selamat melangsungkan perkahwinan bersama Fiona Edwards pada 8 Mac lalu. Fiona adalah pramugari syarikat penerbangan Malaysian Airlines (MAS) yang berasal dari Keningau, Sabah.

Majlis resepsi ini telah diadakan di sebuah kabin di Tanah Rimba, Janda Baik, Pahang.

Klik gambar untuk size besar


4 GAMBAR - ELLIZA AF3 SELAMAT BERSALIN KAEDAH 'CEASAREAN'



Gambar comel anak Elliza AF3 yang baru dilahirkan semalam hasil perkahwinannya dengan Khairul Adzwan Nasir. Elliza bersalin melalui kaedah ceasarean setelah dimasukkan ke wad sejak 26 Mac.

Artikel terdahulu:

"Syukur alhamdulillah... kami dah pun berjumpa dengan princess kami... alhamdulillahhh semua berjalan dgn lancar.. Andhiqa Ellisya... berat 4.06kg... jam 9.51am tadi die lihat dunia.. and dah start senyum2 bukak mata... tapii dagu tu... jelesnyee.. mommy nak buat dagu la jugak sama mcm baby ellisya boleh??? Mommy LOVE u so muchhh," ujar Elliza.

Klik gambar untuk size besar


LANA NORDIN BERHASRAT JADI MUSLIM YANG LEBIH BAIK



"Jodoh itu kan di tangan Tuhan. Siapalah saya untuk menentukannya," demikian kata Lana Nordin yang mengakui masih solo.

"Saya tak mahu terlalu teruja dalam mencari pasangan yang sesuai. Saya hanya serah pada takdir," tambahnya yang tidak serik dengan cinta, cuma masih belum bertemu dengan jodoh yang sesuai.



27 March 2014

VIDEO - BILA ANAK JAMAL ABDILLAH CUBA BAKAT



Nampaknya, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Pepatah ini mungkin sedikit tepat buat Osama Yamani, anak Jamal Abdillah yang mahu menunjukkan bakatnya.

Jom tengok!



Video selepas ini:

SUDAH BULAN MADU DI PULAU PINANG - SYAMSUL & SARAH EDAR KAD 'SANDING'



Kira-kira 1,000 dijangka hadir dalam majlis persandingan Syamsul Yusof dan isterinya Puteri Sarah Liyana yang akan berlangsung di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur pada 18 April ini.

Menurut ibu Syamsul, Datin Patimah Ismail, majlis tersebut diadakan secara sederhana dan bakal dihadiri oleh rakan-rakan dan pihak media.

Klik gambar untuk size besar


26 March 2014

8 GAMBAR : BERCUTI DI KRABI THAILAND - MIZZ NINA MENGANDUNG?



Dalam kemeriahan percutian Mizz Nina dan suaminya Noh Salleh ke Krabi, Thailand, nampaknya ada yang lebih menarik untuk dikongsikan. Sekeping gambar Miza Nina yang menampakkan 'baby bump' jelas menjadi tumpuan peminat mereka.

Malah melalui laman sosial mereka, ada peminat yang bertanya apalah Mizz Nina kini sedang mengandung? Namun soalan tersebut tidak dijawab oleh pasangan suami isteri itu dan sekaligus meninggalkan seribu persoalan.



TAK JADI ANAK DATUK K - NINA ISKANDAR TUNANG AHLI PERNIAGAAN



Masihkah anda ingat dengan gosip cinta yang melanda Nina Iskandar, artis 'setahun jagung' berasal dari Brunei dengan usahawan muda, Adib Khalid iaitu anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K)?

Artikel terdahulu:

Terkini, Nina mendedahkan yang dia kini sudah pun mempunyai teman istimewa dan bakal bertunang dengan seorang ahli perniagaan, Ahmad Heiqal, 30, pada Ogos Ini.



HORMATI MANGSA MH370 - KONSERT KITA 20FORTEEN DITUNDA



Bagi menghormati tragedi yang menimpa pesawat MH 370, KRU Music Sdn. Bhd. dan Forteen melahirkan rasa simpati kepada semua yang terlibat. Sehubungan itu, mereka mengambil keputusan mengumumkan penundaan konsert KITA 20FORTEEN yang sepatutnya diadakan pada hari Sabtu ini, 29hb Mac 2014 ditunda kepada 26hb April 2014.

"Kami amat bersimpati dan bersedih dengan kejadian yang menimpa penumpang dan anak-anak kapal MH 370, kami merasakan adalah tidak wajar untuk meneruskan konsert KITA 20FORTEEN yang dijadualkan pada 29hb Mac 2014, disaat kita masih lagi dalam keadaan berduka dan harapan kami masih berterusan bersama yang lain agar usaha pencarian yang sedang giat dilakukan akan berjaya.



25 March 2014

15 GAMBAR - RAGAM HAFIZ HAMIDUN DI TANAH SUCI MEKAH



"Kepada Media, TV, radio Malaysia, mohon tunda segala hiburan," demikian kata Hafiz Hamidun bagi menghormati keluarga penumpang MH370 yang hilang.

Untuk makluman, Hafiz kini berada di Tanah Suci Mekah bagi mengerjakan umrah sambil melawat tempat bersejarah Islam. Di sana juga, dia sempat bertemu rakan-rakan seangkatan yang lain seperti AlFadhil Ustaz Sallehhuddin Nasir untuk bertukar pendapat.

Klik gambar untuk size besar


MAJLIS SAMBUT MENANTU - SHARIFAH ALEYA DIRAI MASYARAKAT BAJAU



Selepas majlis akad nikah yang diadakan serba sederhana di Sri Damansara, majlis resepsi sebelah pengantin lelaki pula telah dilangsungkan di kampung halaman Muhammad Azam Abdullah (Miko) di Sabah baru-baru ini.

Di dalam majlis itu, Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid Al Yahya telah di sambut dan diraikan dalam majlis 'sambut menantu' mengikut adat tradisi masyarakat Bajau.

Klik gambar untuk size besar


10 GAMBAR - DIDIE ALIAS & FAMILY 'MERAYAU' DI PULAU REDANG



Gambar terkini Didie Alias yang kini hamil enam bulan sambil menunjukkan baby bumpnya yang besar. Untuk info, Didie dan keluarga sekarang sedang bercuti di Pulau Redang, Terengganu.

"Holiday mood wit beloved family. Tak sabar nak swim ni," ujar Didie berseloroh.

Klik gambar untuk size besar


24 March 2014

GAMBAR - MAJLIS TERTUTUP HARI LAHIR LISA SURIHANI



Memang bertuah Lisa Surihani!

Selain menjadi jemputan bagi saluran televisyen E! News Asia untuk program istimewa, minggu ini juga merupakan minggu ulang tahun kelahirannya yang ke 28.



AKIBAT SIBUK BERLAKON - ANAK TAK KENAL ZAHIRIL ADZIM



Memang sesuatu yang agak menyedihkan apabila anak sendiri 'lupa' dan tidak mengenali bapanya sendiri. Semuanya gara-gara terlalu lama di lokasi penggambaran iaitu hampir sebulan meninggalkan rumah.

Itulah yang berlaku terhadap Zahiril Adzim dengan anak sulungnya yang diberi nama Nadi Anaqi, yang kini berusia sembilan bulan. Entah bagaimana, Nadi tidak mesra dan tidak mengenali Zahiril akibat ayahnya sibuk berlakon filem berjudul 'Pekak'.

Klik gambar untuk size besar


23 March 2014

MOHD HAIRI 'ANAK WAYANG' NIKAHI BAKAL GURU SEKALI LAFAZ



Dengan sekali lafaz, Mohd Hairi Safwan Aznan (Juara Anak Wayang musim pertama) sah bergelar suami kepada Fara Afiza Azman. Mereka melangsungkan pernikahan di Masjid Abdullah Fahim Kepala Batas, Pulau Pinang kira-kira pukul 10.30 pagi.

Mohd Hairi dan Fara dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Orang Islam kawasan Kepala Batas Pulau Pinang, Jamal Darus.



22 March 2014

DEMAM DENGGI KETIKA NIKAH - SYAMSUL YUSOF AKHIRNYA SEMBUH



"Wit my cuz hafzan nak pi cari hp. Hp lama dah retak teruk," demikian kata Syamsul Yusof yang kini sudah sembuh daripada demam denggi.

"I am blessed with a gud husband, a happy life... syukur Allah.. terima kasih atas doa anda semua," ujar Puteri Sarah Liyana pula melalui laman sosialnya.

Untuk info, Syamsul dan isterinya bakal membuat majlis resepsi serentak dengan adiknya Syafiq Yusof tidak lama lagi. Doa kita, semoga semuanya akan berjalan lancar hendaknya. Amin.

Akhirnya sembuh - klik gambar untuk size besar



         ________________________


21 March 2014

SUAMI ENGGAN CERAI & MOHON SARI YANTI KEMBALI TAAT



"Tanya dia, jangan tanya saya. Lebih baik dia (Sari Yanti) yang memberikan komen mengenai perkara ini kerana saya bukannya selebriti," kata Mohd Edy Casmadi Che Hussin, suami Sari Yanti mengenai permohonan cerai isterinya itu.

Mohd Edy, 34, berkata demikian ketika ditemui media diperkarangan Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, dekat Petaling jaya, Selangor semalam. Tambahnya, dia tidak mempunyai sebarang sebab untuk mengulas mengenai perkara itu memandangkan dia bukan seorang selebriti.

Klik gambar untuk size besar


20 March 2014

GAMBAR BERSOSIAL DI KELAB MALAM - TAUKE DAKWA GAMBAR LAMA



Gambar lama iaitu kira-kira enam tahun lepas!

Artikel terdahulu:

Begitulah reaksi Tauke daripada Kumpulan Jambu mengenai gambar bersosial di kelab malam yang tersebar kelmarin. Dakwanya, dia kini tidak melakukan perbuatan itu lagi dan menganggap ianya sebagai 'kesilapan' silam.



MEDIA: Benarkah dakwaan yang timbul berkenaan tersebarnya beberapa keping foto Tauke sedang bersosial bersama dua orang wanita di sebuah kelab malam baru-baru ini?

19 March 2014

GAMBAR - BILA ERRA BERTEMU 'JANTUNG HATINYA'



"LOVE of my life..! Mom miss u always sayang," Demikian kata Erra Fazira bila bertemu anaknya Engku Aleesya setelah sekian lama berpisah.

Bak kata pepatah, 'berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul'. Semoga Erra tabah!

Klik gambar untuk size besar


SARIMAH IBRAHIM BERCINTA DENGAN KERABAT NEGERI SEMBILAN?



Gambar Sarimah Ibrahim yang mula bertugas di stesen radio Mix FM bersama seorang lelaki yang dipercayai teman lelakinya. Apa yang menarik, mereka menjadi perhatian apabila kelihatan amat mesra di konti radio.

Nak kata gimik atau kawan biasa, tak juga kerana lelaki tersebut baru-baru ini telah hadir menyambut hari lahir Sarimah di Zeta Bar, Kuala Lumpur.

Untuk info, lelaki tersebut ialah Tunku Nadzimuddin, iaitu salah seorang kerabat Negeri Sembilan. Waahh... kalau benar bercinta, bertuah badan!



GAMBAR DI KELAB MALAM DISEBAR - TAUKE JAMBU KAKI PEREMPUAN?



Bukan mudah untuk mengejar populariti dalam dunia hiburan. Baru sahaja menuju puncak, tup tup ada sahaja kontroversi yang melanda.

Demikianlah halnya dengan Tauke Raja Lawak yang menganggotai Kumpulan Jambu. Setelah berada dipuncak jaya, tanpa disangka tiba-tiba gosip melanda apabila dia dikatakan seorang yang gemar bersosial di kelab malam termasuk mendakwanya sebagai 'kaki perempuan'.



HATTAN, NASH & MALEK RIDZUAN BANTU TENTERAMKAN KELUARGA MH370



Bagi berkongsi kesedihan keluarga dan KRU MH370, beberapa artis tanah air mengambil inisiatif mengunjungi mereka yang ditempatkan di sebuah hotel di Putra Jaya.

Antara artis terbabit ialah Datuk Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Sahabuddin dan isteri, Arianie Mohd Abidin , Nash (Nashruddin Elias) serta Datuk Malek Ridzuan. Artis tersebut dilihat meluangkan masa bersama-sama keluarga terbabit bagi mententeramkan keresahan mereka.



18 March 2014

GAMBAR TERKINI KAYLA ELAYNA - ANAK APEX & LEUNIEY



Gambar terkini anak sulung Leuniey Natasha dan penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat iaitu Kayla Elayna yang kini sudah berusia sebulan setengah.

Nampaknya, kayla kini sudah mula serasi ketika dibawa ke sana sini bagi menghadiri majlis tertentu. Malah kalau melihat daripada gambar yang dirakam ibunya, Kayla juga gemar menjadikan tidur sebagai hobi utamanya. Heh.



GAMBAR - ATILIA PILIH ANAK NIGERIA SEBAGAI ANAK ANGKAT



"Saya mula mengenali Ayo sejak enam bulan lalu kerana kedai tempat ibunya bekerja hanya di bawah tempat tinggal saya," kata Atilia Haron mengenai anak angkatnya yang berasal dari Nigeria bernama Ayo atau nama sebenarnya Fatimah.

Dan baru-baru ini, sambutan ulang tahun ke empat anak angkatnya itu menjadi detik paling manis buat mereka berdua. Atilia telah menghadiahkan Ayo sepersalinan gaun bak permaisuri yang menjadi idaman Ayo selama ini.



DIDAKWA TIPU KERETA - ZARINA ANJOULIE DISAMAN AHLI PERNIAGAAN



Zarina Anjoulie, telah disaman oleh seorang ahli perniagaan atas dakwaan berlaku kecuaian serta penipuan. Saman itu difailkan menerusi Tetuan Jeev Anand & Partners di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 13 Nov 2013 kerana didakwa membabitkan sebuah kereta mewah.

Kevin Shah Kadar Shah, 33, turut menamakan pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor, Kementerian Pengangkutan Malaysia, kerani penghantar surat Salleh Idris dan Public Islamic Bank Berhad sebagai defendan.



17 March 2014

AKIBAT KONTROVERSI - KONTRAK HANEZ SURAYA DITARIK BALIK OLEH AURA WHITE



Gara-gara kontroversi rampas merampas baru-baru ini, kontrak Hanez Suraya sebagai duta Aura White akhirnya dikatakan ditarik balik. Dalam hal ini, Hanez sendiri juga pernah mengaku peminatnya kini sudah berkurang hingga tinggal dua peratus sahaja.

"Pengurusan sebuah jenama kosmetik rasa tidak senang duduk dengan imej yang menimpa diri duta produk mereka itu. Lalu, khabarnya kontrak Hanez sebagai duta produk pemutihan kulit jenama Aura White sudah ditarik balik, gara-gara kontroversi melandanya," demikian kata laporan yang dipetik melalui Berita Harian.



HAMIL LAGI - RAHSIA FASHA SANDHA TERONGKAR DI BALI



Nampaknya, Fasha Sandha merupakan artis paling gembira tahun ini apabila dia hamil lagi! Malah berdasarkan 'baby bump' Fasha, ada yang meneka kandungannya kemungkinan sudah berusia 5 atau 6 bulan.

Semuanya terdedah apabila Fasha dan suaminya Rizal Ashram baru baru ini terbang ke kepulauan Bali, Indonesia menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka. Namun bukan gambar perkahwinan tersebut yang menarik perhatian, tetapi gambar perut Fasha yang makin besar menjadi tarikan.



15 March 2014

31 GAMBAR - MAJLIS RESEPSI ARIL AF7 & PUTERI ERMA EDLINDA



Gambar majlis resepsi Khairil Azam Pilus atau lebih dikenali sebagai Aril, 28, bersama isterinya Puteri Erma Edlinda, 27, iaitu seorang pramugari kepada syarikat penerbangan Saudi Arabian Airlines.

Majlis tersebut telah diadakan di Saloma Bistro, Jalan Ampang, Kuala Lumpur semalam khas untuk jemputan terpilih sahaja. Untuk makluman, majlis resepsi mereka berkonsepkan retro dengan dihiasi warna 'gold' diselangselikan lampu-lampu candeliar.



LAGI 17 GAMBAR PERNIKAHAN AIDIL ZAFUAN & ZAREMA ZAINAL



Lagi gambar pernikahan Aidil Zafuan dan Zarema Zainal yang berlangsung semalam daripada jurugambar rasmi majlis nikah mereka WunderClique.

Untuk info, Aidil memberi wang hantaran sebanyak RM17,000 kepada Zarema. Majlis pernikahan tersebut telah berlangsung di kediaman pengantin perempuan yang terletak di Pandamaran, Klang, Selangor.

Klik gambar untuk size besar


14 March 2014

14 GAMBAR - AIDIL ZAFUAN KINI SAH SUAMI ZAREMA ZAINAL



Akhirnya, Aidil Zafuan sah menjadi suami kepada Zarema Zainal dengan hanya sekali lafaz dalam majlis pernikahan serba sederhana hari ini.

Tahniah diucapkan. Semoga rumahtangga yang dibina kekal hingga ke akhir hayat hendaknya. Amin.

Klik gambar untuk size besar


NIKAH SAH - PERKAHWINAN RAISUDDIN & SITI TAK PERLU BUBAR



Permohonan untuk membubarkan perkahwinan antara penyanyi tahun 80-an, Raisuddin Hamzah, 58, dan isteri keduanya, Siti Fatimah Suberi, 27, tujuh tahun lalu ditolak oleh Mahkamah Tinggi Syariah Selangor.

Untuk makluman, permohonan memfaraqkan perkahwinan itu dilakukan oleh bapa mertua Raisuddin, Suberi Abdullah.



KES ROGOL - ZATUL 'REDA' MOHD MENTOR BEBAS



"Biar Allah sahaja yang tentukan. Saya tak tahu nak cakap apa lagi dah dan saya tidak mahu lagi komen berhubung perkara ini," demikian kata peserta program realiti tv Mentor musim keenam, Zatul atau nama sebenarnya Noor Nazatul Farahin, 25.

Dia mengakui terkejut dengan kenyataan Juara Mentor keempat iaitu Mohd Izwan Mohd Nor, 28, yang mengesahkan dirinya bebas daripada tuduhan merogol. Malah Mohd juga mengatakan kesnya itu telah diklasifikasikan sebagai No Further Action (NFA) yang bermaksud tiada tindakan selanjutnya oleh pihak polis.



13 March 2014

'BINTANG MENCARI BINTANG' KEMBALI DENGAN LAWAK LEBIH HANGAT



Program realiti 'Bintang Mencari Bintang' (BMB) kembali semula dengan kewibawaan barisan sifu terkenal tanah air bagi menggilap bakat berpotensi, bukan hanya setakat berlawak, malah menyanyi.

Dalam musim kedua ini, peminat bakal menyaksikan persaingan sengit antara anak didik yang dibimbing oleh sifu-sifu yang mempunyai portfolio tinggi dalam bidang ini. Enam sifu yang memegang tanggungjawab besar dalam mencorak haluan anak didik musim ini adalah Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Faizal Ismail (FBI), Saiful Apek, Adlin Aman Ramli dan Ebby Yus.

Klik gambar untuk size besar


VIDEO - NORA DANISH NAFI SAMBUT HARI LAHIR DI KELAB HARAM



"Saya tidak pernah berselindung malah, apa jua aktiviti termasuk sambutan hari jadi saya yang ke-32 pada 7 Mac lalu juga, saya ada muat naik di laman sosial Instagram saya.

"Gambar-gambar yang dimuat naik itu pun jelas menunjukkan saya menyambut hari jadi di sebuah restoran sebab ada meja makan dan setiap meja makan juga tertera kad nama para jemputan.



NEELOFA BELAJAR KICKBOXING - DON'T PLAY PLAY OK...


Awas... Neelofa kini sudah mula mempelajari seni mempertahankan diri kickboxing untuk menjaga keselamatan dan mempertahan diri. Jadi lepas ni, jangan ada lelaki yang gatal nak pegang-pegang Neelofa, silap hari bulan kaki naik ke muka. Heh!

"I recommend cardio kickboxing workouts to all. Ladies, try it and you will like the feel of being strong and powerful.

Klik gambar untuk size besar


GAMBAR - SAMBUTAN HARI LAHIR ROZITA CHE WAN YANG KE 41



Lagi gambar sambutan hari lahir Rozita Che Wan atau Che Ta yang ke 41 baru-baru ini. Selain meraikannya di Krabi, Thailand bersama suami, ia juga diraikan di Restoran Intai-Intai, Ampang, Kuala Lumpur oleh keluarga dan teman rapat.

Artikel terdahulu:

Dan hadiah paling istimewa Che Ta kali ini pastinya berita kehamilannya bersama Zain Saidin. Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


12 March 2014

NORA DANISH ARTIS YANG LOLOS PUSAT HIBURAN HARAM?



Menurut laporan, Nora Danish merupakan antara artis yang berjaya meloloskan diri ketika serbuah dilakukan oleh penguatkuasa tempatan di sebuah kelab malam haram di sekitar Bandar Utama baru-baru ini.

Untuk info, serbuan tersebut telah disiarkan melalui rancangan 999, di mana kelab tersebut dikatakan sudah tiga kali diserbu kerana tidak mempunyai lesen operasi.

Klik gambar untuk size besar


TIADA ISTILAH 'RAMPAS' - SALIMA AF4 BAHAGIA HIDUP BERMADU



Meskipun kes merampas suami orang heboh diperkatakan dewasa ini, namun bagi penyanyi Nor Salima Habibi atau Salima AF4, bahtera perkahwinan yang dilayarinya sejak tiga bulan lalu tidak mempunyai masalah.

Artikel terdahulu:

Malah, dia yang menjadi isteri kedua kepada penceramah bebas, Ustaz Syed Abd. Kadir Syed Hussin Aljoofre cukup bahagia dengan kehidupannya sekarang. Mereka nikah pada 30 November 2013 di kampung halaman Salima di Ipoh, Perak

Klik gambar untuk size besar


VIDEO MENARIK - 'PULANGLAH PESAWATKU'



Lagu yang kami rasa menarik khas dicipta oleh anak muda Malaysia berbakat bagi memperingati tragedi pesawat MH370.

Tajuk - PULANGLAH PESAWATKU.
Muzik ciptaan - Fix Mohd (Rex Strike)
Lirik ciptaan A.K 46
Nyanyian Oleh Mr Ree.



Video selepas ini

NOH HUJAN MALU, MIZZ NINA LEBIH BANYAK ILMU AGAMA



Selepas Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 33, berhijab dan berhenti menyanyi, Noh Salleh pula mengakui yang tidak mustahil dia pula akan berhenti menyanyi.

Artikel terdahulu:

"Tidak mustahil untuk saya berhenti muzik satu hari nanti. Nina bagi 'hint' mengenai perkara itu dan ia buatkan saya terfikir mengenai masa depan.

Klik gambar untuk size besar


11 March 2014

GAMBAR TERKINI DON MUSTOFA, ANAK USTAZ DON



Gambar terkini Don Mustofa, anak Ustaz Don Daniyal Don Bijayid dan Husna Mohd Zahry yang baru-baru telah sah bergelar seorang doktor.

Artikel terdahulu:
Untuk info, Don Mustofa lahir di Mesir kira-kira sebulan lalu ketika ibunya sedang menuntut di University Cairo, Mesir (Kasr El-Ainy Medical Faculty).

Klik gambar untuk size besar


7 GAMBAR - SAM BUNKFACE & 'KEKASIH BARU' CERIA DI PULAU TIOMAN?



Gambar menarik Sam Bunkface yang tidak lama dahulu agak kecewa apabila putus cinta tetapi kemungkinan sudah menemui cinta barunya. Lebih menarik apabila dia dan 'kekasihnya' itu bercuti di Pulau Tioman baru-baru ini dengan penuh ceria.

Kira Sam buka buku baru la ni ya tak? Bak kata pepatah, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Ahak!

Klik gambar untuk size besar


KEHILANGAN MH370 - KELUARGA RAKAN HANS ASAAC ANTARA PENUMPANG



"Susah untuk saya gambarkan kesedihan saya ketika ini apabila mendapat tahu berita kehilangan pesawat MH370. Tetapi apabila keluarga rakan baik turut terbabit dengan kes ini, ia lebih menyayat hati saya," demikian luahan Hans Isaac mengenai berita sedih yang menimpa keluarga rakannya.

Dan untuk memberi sokongan moral, Hans sanggup mengambil cuti selama empat hari bagi membantu rakannya itu di mana isteri dan dua anaknya antara penumpang yang menaiki pesawat MH370 yang dilaporkan hilang pagi Sabtu.

Klik gambar untuk size besar


FITNAH - HANEZ SURAYA SAMAN PEMBANTU PERIBADI



Mendakwa difitnah, Hanez Suraya Abdul Aziz akhirnya memfailkan saman terhadap bekas pembantu peribadinya. Saman tersebut dibuat menerusi Tetuan Harjit Sandhu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan telah menamakan Mohd Fairus Mohd Lazim, 28, sebagai defendan.

Media memperoleh salinan saman itu pada Isnin menerusi peguam Harjit Singh dan Wan Nurliyana Abdul Rahman yang mewakili pelakon itu ketika kes disebut di dalam kamar di hadapan Timbalan Pendaftar Adibah Abdul Kadir.



10 March 2014

LAGI GAMBAR NIKAH SYAMSUL & SARAH DARI SUDUT SEORANG IBU



Kita sudah tatap gambar-gambar pernikahan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana melalui pelbagai sudut lensa media. Nah kali ini apa kata kita lihat pula dari sudut seorang ibu iaitu Datin Patimah Ismail yang turut merakamkan detik manis itu.

Bak kata pepatah, hanya jauhari yang mengenal manikam. Begitu juga hati dan perasaan seorang ibu yang mahukan sesuatu yang terbaik untuk anaknya.

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


GAMBAR - TAHNIAH, ROZITA CHE WAN KINI SAH MENGANDUNG



Akhirnya, Rozita Che Wan mengesahkan dirinya hamil setelah membuat ujian kehamilan sendiri. Jika anda ingat, sebelum ini Zain Saidin tidak pasti mengenai kehamilan tersebut kerana mahu membuat pemeriksaan doktor terlebih dahulu.

Artikel terdahulu:

Dan hari ini, berita gembira itu telah diketahui kesahihannya apabila ujian dilakukan.

Klik gambar untuk size besar


HANEZ TIMBANG LAPOR POLIS FB SOKONG LIYANA MANAN



"Jika perbuatan pihak terbabit sampai mengancam keselamatan dan membahayakan diri, saya akan membuat laporan polis," begitulah kata Hanez Suraya mengenai laman sosial yang menyokong Liyana Manan.

Tambahnya, ada juga gambar yang dimuat naik tiada kena mengena dengan isu terkini dirinya.

Klik gambar untuk size besar


MESKIPUN DI HOSPITAL - PUTERI SARAH TETAP JALAN TANGGUNGJAWAB



Tidak menganggap penyakit denggi suaminya Syamsul Yusof sebagai dugaan atau cabaran, kerana tanggungjawab sebagai isteri akan tetap dilaksanakan walau di mana juga. Demikian kata Puteri Sarah Liyana mengenai kehidupan barunya sebagai isteri.

“Alhamdulillah saya gembira kerana majlis berjalan lancar walaupun Syamsul sakit (demam denggi). Berkat doa serta solat hajat banyak pihak menjadikan majlis pada hari ini dapat berlangsung dengan izinNya,

Klik gambar untuk size besar