31 July 2014

10 GAMBAR - NEELOFA BERAYA BERSAMA TUAN GURU NIK AZIZ



Gambar menarik pelakon dan pengacara Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, menziarahi dan sekaligus beraya bersama Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nampaknya, Neelofa makin manis sejak berhijab dan rezekinya juga bertambah murah.

Klik gambar untuk size besar


HARAM 'BERSELFIE' DI PERKUBURAN JIKA NIAT BERSERONOK - MUFTI PERAK



"Tindakan sebegini (berselfie) sangat tidak wajar dilakukan, apatah lagi di tanah perkuburan. Sewajarnya ketika menziarahi kubur, ianya dijadikan iktibar dan bukannya untuk berseronok-seronok," demikian komen Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengenai tindakan seorang artis yang berselfie sampai terpijak kubur keluarga lain.

Tambahnya, perbuatan sedemikian tidak sewajarnya dilakukan dan boleh dikategorikan haram jika ia dilakukan dengan niat untuk berseronok.



30 July 2014

ARTIS DIDAKWA BERSELFIE SAMPAI 'TERPIJAK' KUBUR?



Macam-macam hal apabila seorang artis kita didakwa 'berselfie' dekat kubur. Bukan setakat selfie, malah dia dan rakannya turut didakwa 'terpijak' kubur keluarga lain yang berada berhampiran.

Akibat perbuatan tersebut, artis terbabit telah mendapat teguran dan membuat ramai pihak di laman sosial merasa marah terhadap sikap tidak prihatinnya.

Bagaimanapun, jom kita bersangka baik... mungkin dia tidak perasan, telah berdiri di ruang yang betul atau tidak mempunyai niat berbuat begitu.

Klik gambar untuk size besar


14 GAMBAR - ASHRAF MUSLIM BERAYA BERSAMA 2 ISTERINYA



"Sehari suntuk beraya. Sampai tertidur la sementara tunggu makanan sampai tadi," demikian usik Wan Sakinah terhadap suaminya Ashraf Muslim yang terlelap bersama anak sulung mereka.

Nampaknya, Ashraf makin bahagia menyambut Aidilfitri bersama dua isterinya iaitu Wan Sakinah dan Noor Dayana Lokman.

Doa kita, moga kebahagian tersebut akan kekal hingga ke jannah. Amin.

Klik gambar untuk size besar


29 July 2014

2 GAMBAR - RAGAM JAMAL ABDILLAH & ANAK SAMBUT AIDILFITRI



"Sesibuk manapun dengan tugas, nyanyian dan konsert, saya tetap pastikan masa dengan anak perlu ada. Malah, saya bekerja keras dalam bidang seni pun untuk memastikan anak dapat pendidikan dan apa yang mereka perlukan dengan selesa," ujar Jamal Abdillah dipetik sebagai berkata.

Oleh yang demikian, kedatangan Syawal menjadi saat penting untuk Jamal berkumpul bersama dua anak lelakinya yang semakin membesar, Osama, 13 dan Zaki, 8.



8 GAMBAR - HUBUNGAN AMY SEARCH & NABILA HUDA KEMBALI JERNIH



Lautan mana yang tak bergelora, bumi yang mana tidak ditimpa hujan. Demikian jugalah halnya dengan Nabila Huda dan ayahnya Amy Search yang sebelum ini bermasam muka gara-gara kontroversi yang melanda mereka berdua.

Namun dengan kedatangan Aidilfitri, dua tangan akhirnya bersalaman dan bermaafan demi silaturahim yang sekian lama terpahat.



28 July 2014

11 GAMBAR - ARTIS & SELEBRITI BERAYA DI TANAH SUCI MEKAH



Aidilfitri akhirnya menjelma. Namun bukan semua artis dan selebriti kita merayakannya di tanahair, ini kerana ada yang mahu merasakan kemeriahan hari raya di Tanah Suci Mekah.

Antara mereka yang merayakannya di Mekah ialah Syamsul Yusof dan isterinya Puteri Sarah Liyana, Azwan Ali dan bekas suami Erra Fazira iaitu Engku Emran.

Syamsul &Sarah sempat bertemu Azwan di Mekah


27 July 2014

KERANA ANAK, SITI NURHALIZA 'KEMPUNAN' BERAYA DI KAMPUNG



Hasrat Dato' Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Khalid Mohd Jiwa untuk beraya di kampung tidak kesampaian apabila terpaksa menghadiri konvokesyen anak tirinya Adib di Melbourne, Australia pada raya kedua.

"Sebenarnya kami dah rancang hendak beraya di kampung sahaja tetapi tiba-tiba Adib beritahu dia mahu kami ke majlis konvokesyennya pada raya kedua.



26 July 2014

4 GAMBAR - MANISNYA ABBY ABADI BERNIQAB



Meskipun ada yang mempertikaian penampilan terkininya, namun Abby abadi nampaknya terus melangkah ke hadapan tanpa berpaling lagi.

Keputusannya untuk berniqab sejak seminggu lalu adalah atas kesedaran bahawa ia satu kewajipan yang harus dilakukan wanita Islam.

Tahniah Abby!



25 July 2014

MAZIDUL AKMAL SIDEK KOMA SEMENTARA AKIBAT ANGIN AKMAR



Wartawan yang pernah popular melalui rancangan 999 terbitan TV3, Mazidul Akmal Sidek dilaporkan koma sementara baru-baru ini. Beliau yang dahulunya terkenal dengan keberaniannya membongkar pelbagai kisah jenayah dan isu-isu semasa telah dihantar ke Hospital Pantai Medical Centre.

Beliau dilaporkan sudahpun menjalani pembedahan dan sebelum itu sudah dapat bernafas sendiri tanpa bantuan mesin.



5 GAMBAR - BILA NORA DANISH & NEDIM PAKAI TOPENG DI JALAN TAR



Aksi kelakar Nora Danish dan Nedim Nazri yang berkunjung ke Bazar Ramadan termasuk Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) sambil memakai topeng. Bagaimanapun, gelagat mereka tetap dapat dihidu oleh segelintir pihak yang dapat mengenali gaya berlainan dua sejoli ini.

Melihat aksi Nora dan Nedim, timbul persoalan apakah mereka sengaja berbuat begitu demi tidak mahu diganggu? Atau mungkinkah mereka bimbang jika identiti mereka terdedah maka akan timbul pelbagai isu di alam maya?



7 GAMBAR - ANAK PEREMPUAN SCHA AL-YAHYA & AWAL ASHAARI



Lagi gambar baby dan saat kelahiran anak Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari pada 22 Julai lalu di Hospital Prince Court Kuala Lumpur.

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


'HITAM' DUALITI FEAT AMEERAIS



Sikap keterbukaan dan penerimaan peminat muzik tanahair serta keberanian anak-anak muda yang berbakat dan memperkenalkan karya mereka selain daripada genre pop telah menvariasikan muzik industri negara. Muzik adalah universal dan genre rap & hip hop sebenarnya telah lama bertapak di negara kita pada tahun 1990an, bermula dengan kumpulan KRU, NICO dan 4U2C diikuti dengan Poetic Ammo, Too Phat dan lain-lain. Kini industri diserikan lagi dengan kumpulan seperti Sleeq, Waris, Altimet dan ramai lagi.

KRU Music telah didatangi oleh 2 orang anak muda rappers yang berbakat besar untuk mencari peluang untuk mengembangkan bakat mereka. Bersama mereka telah membentuk kumpulan yang dikenali sebagai DUALITI. DUALITI terdiri daripada Jazman dan Saphuan dengan berbekalkan bakat, pengalaman dan kesungguhan mereka pihak KRU Music bertindak menerbitkan sebuah single yang berjudul 'Hitam'.



GAMBAR 'JENAZAH DILILIT ULAR' SAH MILIK ASTRO OASIS



Kecoh satu Malaya apabila gambar jenazah dililit seekor ular terbesar di alam maya. Bukan setakat gambar tersebar, malah timbul pula pelbagai cerita karut mengenai gambar tersebut hingga menimbulkan kebimbangan dikalangan masyarakat.

Semalam, stesen televisyen saluran Astro Oasis akhirnya mengesahkan beberapa gambar jenazah dililit seekor ular yang tersebar itu merupakan salah satu babak dalam drama bersiri Tanah Kubur berjudul 'Kutuk Azan'.

Klik gambar untuk size besar


KERETA FIZO OMAR & MAWAR TERBABIT KEMALANGAN?



Kereta bernombor pendaftaran MF120 yang dipercayai milik Fizo Omar atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 29, dan isterinya Mawar Abdul Karim, 25, telah terlibat dalam kemalangan di Kuala Krai, Kelantan baru-baru ini.

Namun difahamkan, Fizo dan Mawar ketika kejadian tidak memandu kereta Audi terbabit. Ia telah dipandu oleh pembantunya. Tiada kecederaan dilaporkan dalam kemalangan itu.



24 July 2014

TERBABIT KEMALANGAN - HAFIZ SUIP PATAH TULANG



Bak kata pepatah, malang tidak berbau!

Demikianlah halnya dengan penyanyi Hafiz Suip yang baru-baru ini dia terlibat dalam satu kemalangan.

Hafiz dilaporkan telah terjatuh daripada motorsikal yang ditungganginya sekaligus patah tulang selangka atau clavicle yang terletak berhampiran dengan leher iaitu di atas bahagian dada.



DIGOSIP BERCINTA - KEMESRAAN ANIS AL-IDRUS & SHARNAAZ



Gambar kemesraan Anis Al-Idrus atau nama sebenarnya Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus dengan Sharnaaz Ahmad yang sama-sama berniaga di bulan Ramadan di Medan Mara, Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur.

Khabarnya, mereka bukan sekadar berniaga bersama, malah dikatakan sudah makin rapat umpama kekasih.

Bagi yang tidak tahu, Anis makin popular setelah muncul dalam Selamat Malam Kekasih menerusi watak Maya Karmilla, Gemersik Kalbu, Walid Walid, Tangisan Bulan Madu 2 dan Cuak.



ALIFF SATAR KAHWIN 15 SEPTEMBER, SAIDA TARUDDIN TUNGGU RESTU IBU



Jika Aliff Satar main sorok-sorok mengenai tarikh perkahwinannya, namun rahsia tersebut akhirnya 'dipecahkan' oleh tunangnya sendiri iaitu Sha Dila Halid. Menurut Sha, mereka berdua akan bernikah pada 15 September 2014 di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur.

Majlis bersanding kedua-dua belah pihak pula akan diadakan pada 20 September.

"Untuk majlis persandingan, kami akan buat secara bersama bermula dari pagi sampailah ke malam. Ini memandangkan jemputan dari pihak Alif yang lebih ramai dari saya. Kad insyaAllah akan diedarkan tidak lama lagi," ujarnya yang telah mengikat pertunangan pada Januari lalu.



CINTA ERRA FAZIRA DAN AWIE 'KEMBALI BERTAUT'



Mungkin inilah masa yang dinanti-nanti oleh peminat Erra Fazira dan Awie apabila mereka sekali lagi menjadi pasangan kekasih. Lebih menarik, ada pihak yang tidak ambil pusing isu-isu panas yang melanda mereka berdua sejak akhir-akhir ini.

"Kami tidak pernah mengambil pusing mengenai isu-isu panas berkaitan dengan mereka lebih-lebih lagi Awie (yang kini sedang menjalani kes mahkamah berhubung isu pukul isteri).

Klik gambar untuk size besar


23 July 2014

SELAMAT BERSALIN - SCHA & AWAL DIKURNIA BAYI PEREMPUAN



Akhirnya penantian Scha Al-Yahya dan suaminya Awal Ashaari berbalas apabila mereka dikurniakan anak perempuan.

Scha selamat melahirkan bayi perempuannya itu kira-kira pukul 5.50 petang semalam di Hospital Prince Court Kuala Lumpur.



DAKWA DIMAKI & DISIHIR - EZANY 'DEDAH' WAJAH 'KEKASIH GELAP' ISTERINYA



Makin hari makin hangat isu rumah tangga Ezany Nizariff dan isterinya, Lizda Nuryanti Abidin yang mempunyai pelbagai kisah misteri. Awalnya sekadar meminta cerai, kemudian hilang ghaib waktu subuh dan terkini Ezany mendakwa dia telah disihir pula.

Namun apa yang pasti, sebelum ini Ezany prnah membuat pengakuan bahawa kebahagiaan rumah tangganya tergugat gara-gara kehadiran 'kekasih gelap' yang mempunyai skandal dengan isterinya. Akibat perbuatan tersebut, dia dan isterinya bagaikan sudah berada di hujung tanduk, hingga mendakwa berlaku kes melarikan diri bersama kekasih.



KEMALANGAN KERETA - RAJA FARAH BERSYUKUR KERANA CEDERA RINGAN



"Ya Allah.. aku bersyukur kepada mu Ya Allah.. Engkau telah melindungiku.. Engkau telah memberiku peluang.. aku bersyukur Ya Allah.. Farah accident semalam.. Alhamdulillah..keadaan Farah selamat dan baik.. cuma dada terhentak.. terima kasih kpd pihak Doktor dan semua staff yg terlibat dlm merawat Farah.. Alhamdulillah," demikian ujar Raja Farah melalui laman sosial.

Untuk info, Farah baru-baru ini telah terlibat dalam kemalangan kecil. Bagaimanapun, Farah terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan kerana terhentak termasuk terkejut dengan apa yang dialaminya.



VIDEO AQIQAH ANAK TOMOK BAKAL DIGUNAKAN OPRAH WINFREY



Rezeki anak!

Disebabkan rajin memuat naik video dan gambar anak di Youtube dan Instagram, penyanyi Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan bin Ismail menerima tawaran menarik daripada pihak produksi antarabangsa, Oprah Winfrey Network.


Artikel terdahulu:

Ini kerana, Foto dan video yang dikongsi oleh Tomok mendapat perhatian ramai... tambah-tambah dengan kecomelan anaknya Arrian. Difahamkan, Oprah tertarik dengan salah sebuah video majlis Aqiqah Arrian untuk digabungkan dengan video-video budaya unik seluruh dunia menerusi sebuah dokumentari khas.

Adiwira negara - klik untuk gambar besar


22 July 2014

ISU KENA PECAT: NAJMAN BERHENTI SECARA BAIK - JAKE ABDULLAH



"Najman secara rasminya telah menamatkan perkhidmatannya bersama Astro Radio secara baik," demikian kata Ketua Pegawai Operasi Astro Radio, Jake Abdullah.

Beliau turut mengakui, penyampai radio tersebut sudah pun menamatkan perkhidmatannya dengan stesen radio Sinar FM, sekaligus daripada Astro Radio.



GAMBAR MENARIK - SYAMSUL YUSOF DAN ISTERI DI MEKAH



Gambar Shamsul Yusof dan isterinya Puteri Sarah Liyana yang kini sedang menunaikan Umrah di Mekah. Difahamkan, mereka berdua akan turut menyambut Aidilfitri di sana bagi merasai suasana beraya di Tanah Suci.

Jom tengok!



TAHNIAH - SETELAH 2 TAHUN NIKAH, ANA RAFFALI KINI HAMIL



Alhamdulillah... rezeki bulan Ramadan!

Setelah sekian lama menanti penuh sabar, akhirnya Ana Raffali kini hamil. Berita tersebut telah dikongsinya melalui IG sambil meletakkan sepasang patung Lego berlatar belakang imbasan kehamilannya.



DENGAN SIAPA? CER TEKA - ERRA FAZIRA



"Baling belakang - semalam... sessi photoshoot.. buat tatapan raya pertama.. dengan siapa.. hmmm.. cer teka..," tanya Erra Fazira mengenai gambar terbarunya yang bergaya dengan motosikal berkuasa tinggi.

Kalau tengok daripada belakang, macam hero filem Sembilu. Kalau betul, kira sama padan la tu. Heh.



TERUK DIKRITIK - PENGACARA BAHARU MELODI 'KECIL HATI'



Siapa yang tidak kecil hati atau tersinggung apabila asyik menerima kritikan negatif. Begitu juga halnya dengan Sherry Alhadad, 30, yang menggantikan Zizan Razak bagi mengacarakan rancangan Melodi bersama Zulin Aziz dan Awal Ashaari sejak 6 Julai lalu.

"Tipulah kalau saya kata tidak kecil hati dengan komen dan kritikan penonton terhadap kami, sehingga saya fikir teruk sangatkah saya mengacara?



21 July 2014

KEJUTAN UNTUK ROZANA MISBUN - AWIE DAPAT HAK PENJAGAAN ANAK



Kejutan akhirnya berlaku dalam kehidupan Rozana Misbun apabila suaminya Awie berjaya mendapatkan hak penjagaan sementara bagi ketiga-tiga anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur.

Laporan menyebut, peguam syarie yang mewakili Awie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain memaklumkan perkara itu selepas prosiding di dalam kamar di hadapan Hakim Syarie Nassir Abdul Aziz.



HATTAN TERKILAN - HILANG 6 SAUDARA AKIBAT NAHAS MH17



Hati mana yang tidak sayu dan terkilan apabila antara mangsa nahas kapal terbang MAS MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai lalu adalah dua ahli keluarga sekaligus, termasuk suami dan tiga anak yang merupakan saudara penyanyi Hattan.

"Walaupun jarang bertemu akibat kesibukan masing-masing, kami tetap ada pertalian dan mempunyai memori, terutama ketika berkumpul pada hari raya.



SAMBUT AIDILFITRI TANPA SYAMSUL & SARAH - ISTERI YUSOF HASLAM SEDIH



"Saya rasa sedih kerana tahun ini saya akan beraya tanpa Syamsul dan Sarah," ujar isteri Datuk Yusof Haslam, iaitu Patimah Ismail.

Kesedihannya itu gara-hara Syamsul Yusof, 30, dan isterinya Puteri Sarah Liyana, 29, bakal menyamput Aidilfitri di Mekah. Difahamkan, mereka berdua kini sudah berada di tanah suci setelah menaiki penerbangan Saudi Airlines pada 18 Julai lalu.

"Alhamdulillah Syamsul dan Liyana sudah pun berada di Mekah bagi mendapat keberkatan 10 Ramadan terakhir dan turut menunaikan Umrah.



BUAT LAPORAN POLIS - ISTERI EZANY 'GHAIB' WAKTU SUBUH



"Pada hari Khamis, 17 Julai yang lalu, saya terjaga daripada tidur kira-kira jam 5.30 pagi dan saya mendapati isteri saya tiada. Pintu bilik terbuka, pintu rumah pun tidak berkunci. Saya lihat kunci rumah yang selalu dia bawa pun ada di rumah. Saya cuba hubunginya tetapi gagal. Saya tidak tahu apa yang berlaku," demikian dakwa pelakon Ezany Nizarif, 41, mengenai satu laporan polis yang dibuatnya semalam.

"Saya buat laporan itu untuk tujuan keselamatan dan saya sendiri tak tahu apa status isteri saya sebenarnya. Sama ada dia menghilangkan diri, dilarikan, diculik atau sebagainya. Saya tak tahu isteri saya ke mana. Tapi ada sumber yang memberitahu saya, orangnya adalah seorang wanita.



SANA SINI - AARON AZIZ DAN KEDAI MAKANNYA



SANA SINI:

Bukan peniaga bazar ramadan sahaja yang sibuk dibulan Ramadan, malah Aaron Aziz juga sibuk menguruskan kedai makan yang baru dibukanya. Difahamkan, ia berkonsepkan kafe dan diberi nama Kidz & Creme, dan sudah mula beroperasi sejak sebulan yang lalu di Setia Alam, Selangor..

"Alhamdulillah, ini satu lagi impian saya untuk membuka restoran yang berbentuk kafe. Istimewanya, kafe ini turut menyediakan ruangan berkonsepkan dapur khas untuk anak-anak yang datang bersama ibu bapa mereka. Sebab itu saya namakan kafe ini sebagai Kidz & Creme," ujar Aaron dipetik sebagai berkata.



GAMBAR SANA SINI - YUSOF HASLAM & ISTERI DI MAJLIS IFTAR



SANA SINI:

Gambar menarik Yusof Haslam dan isterinya Patimah Ismail di Majlis Iftar bersama anak yatim di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, kelmarin.

Klik gambar untuk size besar


20 July 2014

ANAK KEDUA - IRMA HASMIE SELAMAT LAHIRKAN BAYI PEREMPUAN



Tahniah diucapkan buat Irma Hasmie dan Redza Syah atas kelahiran bayi keduanya kelmarin (18 Julai 2014) di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur. Irma dan bayinya dilaporkan dalam keadaan stabil.

Jika sebelum ini Irma dan Redza mempunyai anak lelaki yang bernama Redza Syah Irfhan yang berusia setahun, kali ini mereka dikurniakan seorang anak perempuan.



19 July 2014

ANTARA MANGSA MH17 - SHUBA 'MARI MENARI' TERBITAN ASTRO



Masihkah anda ingat dengan pasangan anak beranak MM Jaya yang bertanding dalam rancangan 'Mari Menari' terbitan Astro musim pertama? Untuk info, MM Jaya menggabungkan pasangan anak beranak iaitu Jaya dan anak perempuan Shuba.

Berita sedih yang diterima, Shuba bersama suaminya Paul dan anak perempuan mereka, Kaela adalah antara mangsa nahas MH17 yang terhempas di Ukraine malam kelmarin.

Ia turut disahkan menerusi Instagram milik Khairul Azhar Mohtar (kerolmohtar) yang merupakan guru tarian kepada Shuba dan bapanya dalam program Tari Menari.

Klik gambar untuk size besar


18 July 2014

GAMBAR SANA SINI - ERRA FAZIRA BERGAYA RAYA UNTUK ESTEE LAUDER



"Behind the scene. Hari Raya Greeting from me n ESTEE LAUDER MALAYSIA," ujar Erra Fazira mengenai gambar ini di IGnya.





17 July 2014

PENDEDAHAN KAWAN BAIK - ROZANA MISBUN DIDAKWA MENIPU, PURA2 CEDERA?



Jika sebelum ini Rozana Misbun menceritakan penderitaannya berpisah dengan anak-anak kerana dihalang oleh suaminya Awie, terkini ada dakwaan lain pula yang mengatakan Rozana sebenarnya seorang penipu.

Sesuatu yang menarik, beberapa bukti turut disertakan oleh individu yang menamakan dirinya 'MyGothSoul' itu. Ianya diletakkan di Instagramnya dengan mendakwa yang Rozana telah berpura cedera untuk menyembunyikan perkara sebenar. Biar betul?



16 GAMBAR - TUNANG RAIKAN BIRTHDAY ERIN MALEK YANG KE-20



Meriah sungguh!

Itulah yang boleh digambarkan mengenai sambutan hari lahir yang ke-20 Erin Malek pada 15 Julai lalu bertempat di The Troika, Kuala Lumpur.

Artikel terdahulu:

Lebih meriah, sambutan tersebut sebenarnya telah diusahakan oleh tunangnya Farriz Fauzy yang turut meraikannya bersama. Majlis serba biru itu turut dihadiri oleh ramai rakan yang selama ini tidak jemu-jemu menyokong karier seninya.



INFO: 'MENYAMBUT HARI RAYA' - LAGU TERKINI THE JESPERS



Hari raya tahun ini pastinya lebih meriah dengan pelbagai lagu baru yang diterbitkan oleh penggiat seni tanahair kita. Sehubungan itu, Kumpulan The Jespers turut tidak mahu ketinggalan menceriakan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dengan melancarkan lagu raya istimewa berjudul 'Menyambut Hari Raya'.

"Dari dulu lagi saya memang mengimpikan untuk menghasilkan sebuah karya lagu raya bagi tatapan semua. Selepas hampir enam tahun bermain muzik, akhirnya saya diilhamkan dengan 'Menyambut Hari Raya'.



BAKAL BERCERAI - EZANY AKUR KEMAHUAN ISTERI



Bukan dia yang mahu bercerai, tetapi ia adalah kemahuan dan permintaan isterinya Lizda Nuryanti, 32. Demikian akui pelakon Ezany, 41, yang telah mendirikan rumah tangga selama tujuh tahun bersama isterinya itu.

"Hubungan kami suami-isteri sudah berada di hujung tanduk. Tiada apa yang dapat diselamatkan lagi.



SAKIT, UZUR & TAK BERDAYA - YAZID SEARCH TAK MAHU SUSAHKAN SESIAPA



Teman ketawa senang dicari, teman menangis seorang diri. Pepatah ini sememangnya sering kali dihadapi oleh ramai insan yang kadangkala diuji oleh Allah SWT dengan pelbagai ujian.

Hakikat tersebut turut dirasai oleh pemain drum kumpulan Search, Yazid Ahmad, 52, yang kini mengidap penyakit kegagalan buah pinggang. Walaupun sudah hampir enam tahun dia menderita, namun dia tetap tabah tanpa mahu menyusahkan sesiapa.

"Sekarang ini kalau saya bercakap sedikit mesti cepat penat dan akan batuk tanpa henti," ujar Yazid ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama Clixster Mobile yang diadakan di Sri Hartamas, Kuala Lumpur, kelmarin.

Yazid sebelum ini dan sekarang - klik untuk imej besar


16 July 2014

TAHNIAH - MOHD SAIFUL BUKHARI KINI BERGELAR BAPA



Isteri kepada Mohd Saiful Bukhari, iaitu personaliti TV3, Nik Suryani Megat Deraman selamat melahirkan cahaya mata pertamanya Isnin lalu, kira-kira jam 5.35 petang di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Berita gembira tersebut telah dikongsikan sendiri oleh Mohd Saiful di laman sosialnya, dan bayi lelakinya itu telah diberi nama Yusuf Bukhari bin Mohd Saiful Bukhari.



KEKASIH DALAM DIAM - JAMAL ABDILLAH PILIH WARTAWAN METRO?



Memang banyak gosip cinta yang melanda Raja Pop kita iaitu Dato' Jamal Abdillah. Malah penyanyi Nas Adila juga didakwa hampir-hampir hendak dirisik oleh Jamal, namun gosip itu akhirnya menghilang bagai angin lalu.

Terkini, ada pihak yang mendakwa Jamal sudah ada pengganti. Bahkan title 'eligible bachelor' Jamal kemungkinan akan berakhir tidak lama lagi. Heh.

Jamal disamping wartawan Metro


JALANI PEMBEDAHAN ACL - JOHAN RAJA LAWAK TERPAKSA BEREHAT



Johan Raja Lawak akhirnya selamat menjalani pembedahan Anterior Cruciate Ligament (ACL) pada lutut sebelah kirinya di hospital. Untuk makluman, sebelum ini Johan pernah menjalani pembedahan lutut disebabkan ligamen dan miniskusnya terkoyak.

"Alhamdulillah semua telah dipermudahkanNya. Sya telah pun selamat menjalani pembedahan ACL.. Doakan sya moga cpt sihat supaya dpt beraksi di era_fm utk menghiburkan pagi anda.. buat masa sekarang bg sya berehat dulu sb anak2 sya akan ambil alih tugas sya... dgn menghiburkan sya," ujar Johan sempat berseloroh.



RETAK TULANG RUSUK: ISTERI AWIE TRAUMA - SEDIH TAK DIBENAR TEMUI ANAK



Ramadan bulan yang membawa berkat dan kemuliaan. Namun ia berlainan dengan kehidupan Rozana Misbun, 36, yang mendakwa gagal bertemu anak kandung sendiri kerana dihalang oleh suami, Ahmad Azhar Othman atau Awie, 46.

"Ina rindukan anak-anak Ina… Sudah sebulan Ina tak jumpa mereka. Panggilan telefon juga tak dijawab,” ujar Rozana.

Masih Trauma- Klik gambar untuk size besar


15 July 2014

BERKAT DOA ANAK - ALHAMDULILLAH, ZIANA ZAIN KINI KEKAL BERHIJAB



Masihkah anda ingat bagaimana anak Ziana Zain, iaitu Muhammad Aiman, 14, pernah menasihati ibunya agar menutup aurat? Muhammad yang ketika itu bersekolah di Sekolah Agama Menengah Muhammadiah Pekan Sabak, Sabak Bernam, Selangor memohon ibunya agar memakai hijab kerana merasa malu di sekolah.

Artikel terdahulu:

Bagaimanapun, bila Ziana memberi alasan perlukan masa, Muhammad berkata, "kita tak tahu bila kita akan mati".

Namun hari ini (15 Julai 2014) bersamaan dengan Nuzul al-Quran, pastinya menjadi hari bahagia buat Muhammad apabila Ziana mengakui penampilannya di rakaman MeleTOP Raya merupakan imej baru buat dirinya. Alhamdulillah!



MENANTU BELUM HAMIL - YUSOF HASLAM TAK SABAR TAMBAH CUCU



Datuk Yusof Haslam masih menanti dengan sabar untuk menimang cucu dari kedua-dua anaknya iaitu Samsul dan Syafiq. Meskipun sudah mempunyai 3 cucu, namun disebabkan belum ada tanda-tanda lagi yang isteri Samsul dan Syafiq hamil, Yusof tetap menaruh harapan tinggi untuk memiliki ramai cucu.

"Buat masa sekarang, saya dah ada 3 orang cucu dari anak sulong saya Faizal, kalau bilangan cucu saya bertambah itu adalah rezeki dan jumlah bilangan keluarga saya turut bertambah.

Klik gambar untuk size besar


14 July 2014

GAMBAR & VIDEO - SEKITAR MAJLIS TAHLIL ANAK LINDA RAFAR, ALLAHYARHAM MEMEN



Gambar majlis tahlil ke-7 anak Linda Rafar, Allahyarham Memen yang telah diadakan baru-baru ini. Majlis tersebut telah dihadiri oleh rakan-rakan artis seperti Neelofa, Sari Yanti, Diana Amir, Fouziah Gous dan ramai lagi.

"Alhamdullilah selesai tahlil ke 7 aruah memen... tq so much my darling sariyanti dianaamir ... #prayformemen Al fatihah," ujar Linda melalui IGnya.

Klik gambar untuk size besar