RAISYYAH Rania Yeap menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa niatnya memeluk Islam pada 5 Ramadan lalu adalah semata-mata kerana mahu berkahwin.
Bercakap menerusi sebuah video yang dimuatnaik di laman Facebook miliknya, Raissyah menolak desas-desus kononnya dia bakal berkahwin dengan orang kaya atau anak orang kaya.

Bagaimanapun, dengan nada tenang dan tidak mudah melenting, kata Raissyah jika itu yang telah ditentukan Allah untuk dirinya, siapalah dia untuk menolak.
"Bagi Raisyyah, kalau ya pun betul-betul kahwin dengan orang kaya atau anak orang kaya pun di masa depan, kalau itulah jodoh Raisyyah yang ALLAH tentukan, ALLAH rancangkan untuk Raisyyah, siapa Raisyyah untuk mempertikaikan dan menolak jodoh tersebut," jelasnya.
Malam menurut model busana muslimah ini, pada usianya sekarang, sememangnya wajar untuk dia menamatkan zaman bujang.
"Kalau jodoh datang masa ini, Raisyyah rasa memang wajar Raisyyah terima jodoh," ujarnya.
Alhamdulilah. Jom kita doakan yang baik-baik sahaja untuk saudara baru kita ini.
________________________
No comments:
Post a Comment