29 November 2014

11 GAMBAR - RAGAM TERKINI 'RAJA BARIQ', ANAK NORYN AZIZ



Gambar terkini anak penyanyi Noryn Aziz yang bernama Raja Bariq Umar Shah yang lahirkan pada 25 Ogos 2014.

"Sebenarnya nama Umar adalah gabungan daripada apa yang saya dan suami pilih semasa saya menziarahi Mekah untuk mengerjakan umrah pada tahun 2010 yang lalu.

"Nama Umar adalah apa yang saya inginkan, bukan bernazar cuma suka dengan nama itu apatah lagi maknanya yang baik. Bariq pula dipilih kerana suami mahukan huruf B sama dengan namanya dan kami sepakat meletakkan Bariq yang membawa maksud kilauan," ujar Noryn dipetik sebagai berkata kepada media.

Klik gambar untuk size besar


28 November 2014

IMPI 'BABY GIRL' TAPI NURUL WAHAB DAPAT 'BABY BOY' LAGI



Impian Nurul Wahab ingin menimang baby girl tidak kesampaian apabila anak di dalam perutnya disahkan lelaki. Semuanya diketahui setelah dia melakukan imbasan (ultra sound) sebanyak dua kali.

"Sebenarnya dari bulan lepas dah tahu. Tapi sengaja aku tunggu bulan ini untuk buat scan sekali lagi. Andai kata jantina boleh berubah! Hahaha… Apalah aku ni.. Jantina telah awal-awal ditentukan ketika mula kehamilan. Jadi, mana boleh diubah sebegitu sahaja. Namun, bagi aku miracle happens kerana aku percaya akan kuasa besar Allah Taala.



27 November 2014

ISU GAMBAR CUMBU : "SAYA TAK TAHU GAMBAR SIAPA" - TAUKE JAMBU



Ekoran tersebarnya gambar tak senonoh yang diambil daripada kad memori telefon yang dibaiki, ramai yang menuduh Tauke Jambu sebagai empunya diri.

Memetik laporan 'Harian Metro', Tauke menafikan yang dia pernah memiliki gambar sebegitu rupa. Dakwanya:

Saya sangat terkilan dengan dakwaan ini. Terus-terang saya sendiri tak tahu sejauh mana kesahihan dakwaan itu. Tak tahu gambar siapa dan bila ia diambil. Yang pasti setakat ini gambar yang disebarkan itu tak nampak muka saya dan ia boleh jadi satu tuduhan liar saja. Jadi saya kena tengok dulu sebelum komen lebih lanjut.

Klik gambar untuk size besar


HANGAT - LUPA KAD MEMORI, GAMBAR TAK SENONOH PELAWAK TERSEBAR?



Awalnya, niat artis ini hanya mahu menghantar telefon bimbitnya untuk diservis... namun gara-gara terlupa mengambil kad memori, beberapa gambar tak senonohnya telah tersebar di alam maya.

Untuk pembayang, pelakon dan pelawak lelaki tersebut sebelum ini memang terkenal dengan gatalnya terhadap ramai wanita. Bila timbul gosip, dia tidak pernah mengaku dan mendakwa ia hanya fitnah semata-mata.

Nah sekarang apabila dia terlupa nak ambil kad memori, maka tersebarlah gambarnya yang sedang membuat kerja tak senonoh. Paling teruk, aksi bangang itu dirakam ke telefon bimbit untuk kenangan.

Klik gambar untuk size besar


26 November 2014

TERKINI - JOHAN RAJA LAWAK DAPAT ANAK PEREMPUAN



Tahniah diucapkan buat Ozlyn, isteri kepada Johan Raja Lawak yang dikhabarkan sudah selamat melahirkan bayi perempuan. Waahhh... akhirnya dapat juga mereka anak perempuan setelah mempunyai tiga anak lelaki sebelum ini.

Apa yang menarik, baby terbaru mereka itu lahir seberat 4Kg dan ia menyamai berat anak sulung mereka yang ketika lahir juga seberat 4Kg.



BERSUNGGUH AJAR MENGAJI - RITA RUDAINI MAHU ANAKNYA JADI HAFIZ



Bukan mudah menjadi ibu tunggal. Mereka bukan sekadar harus cari rezeki, malah hantar anak ke sekolah, mendidik dan mengajar mereka menjadi manusia yang berguna pada agama dan negara.

Meskipun selalu dilanda kontroversi, namun Rita Rudaini tetap tabah menghadapi segala dugaan. Apa yang penting, tanggungjawab terhadap anak-anak tetap dilaksanakan demi masa depan mereka.

Dan terkini, Rita telah berkongsi saat anak-anaknya belajar mengaji. Melalui caption yang ditulis, dia sayu melihat anak-anak suka mengaji, dan berharap agar Rayyan dan Arjuna boleh memimpin tangannya ke syurga.



'MAYA DELAILA', NAMA ANAK KEDUA MEMEY SUHAIZA



Meskipun baru mengandung empat bulan, namun Memey Suhaiza sudah mempunyai nama untuk anak kedua yang masih di dalam perutnya iaitu 'Maya Delaila'. Difahamkan, nama tersebut terilham dari nama perniagaan pakaiannya.

Bagaimanapun, Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi tidak mengalami sebarang alahan sepanjang kehamilannya itu. Tambah Memey, cuma anak sulungnya Mohamed Darwisz Hakim yang mula menunjukkan pelbagai ragam.



KES TELEFILEM BIOPIK SALOMA - WARIS TOMPEL GAGAL 'SAMAN'



"Jika hendak saman malu, hanya individu yang dimalukan sahaja boleh mengeluarkan saman itu. Malangnya, dalam kes ini, individu berkenaan telah pun meninggal dunia.

"Biarpun AR Tompel itu adalah ayah saya, namun saya langsung tidak berhak ke atasnya," ujar pelakon dan penerbit Adlin Aman Ramlie yang juga anak seniman Allahyarham AR Tompel.

Ekoran kelonggaran undang-undang itu, keluarganya tidak dapat meneruskan kes saman terhadap produksi dan penerbit telefilem biopik, Saloma.



JANGKITAN PARU-PARU - MUSTAPHA MAAROF DIMASUKKAN KE HOSPITAL



"Dah seminggu saya berasa sakit di bahagian dada, ingatkan sakit jantung tetapi selepas pemeriksaan saya tidak sangka ia berkaitan paru paru.

"Apabila sampai di pejabat saya pagi tadi, saya berasa sakit sangat dan susah untuk bernafas, jadi terlalu mengah.

"Sampaikan salam saya kepada kawan-kawan dalam industri dan media," demikian kata seniman veteran, Datuk Mustapha Maarof, 79, yang dimasukkan ke Institut Perubatan Respiratori, Jalan Pahang, Kuala Lumpur, petang semalam, akibat sakit paru-paru.

Klik gambar untuk size besar


15 GAMBAR - AKSI 'NEWBORN SHOOTING' ANAK ZAHID AF2



Aksi 'newborn shooting' Zareef Nufael, anak zahid AF2 yang lahir 4 November lalu. Kesemua gambar ini telah dirakamkan oleh thephotolicious berkonsepkan 'papa work'.

Khabarnya, baby zahid memberikan kerjasama yang sangat baik sewaktu sessi photoshoot berlangsung.

Untuk info, majlis Aqiqah pula akan di langsungkan pada bulan Disember ini.



25 November 2014

9 GAMBAR - AKSI MENARIK INTAN LADYANA DI ITALI



Gambar dan ragam Intan Ladyana yang bercuti di Itali. Bagaimanapun, Intan bukan berseorangan di sana, dia ditemani oleh rakan wanitanya.

Antara tempat menarik yang sempat dilawati oleh Intan ialah Venice, Piazza San Marco, Rialto Bridge, Venezia San Marco, St Mark's Basilica dan banyak lagi.

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


6 GAMBAR - MUNIFF ISA & MAS MUHARNI NIKAH AHAD INI DI KEDAH



Masing-masing adalah pelakon berbakat dan jodoh mereka dipertemukan melalui set penggambaran 'Embun Mutiara' yang pernah disiarkan oleh TV3. Mereka bertunang pada 15 Oktober lalu setelah lima tahun bercinta.

Ahad ini adalah tarikh pernikahan mereka iaitu Muniff Isa dan Mas Muharni. Kad kahwin juga telah diserahkan pada media di mana majlis perkahwinan akan berlangsung di Batik Homestay, Sungai Petani, Kedah.

Untuk info, Mas Muharni telah diketengahkan oleh Profesor Dr Hatta Azad Khan menerusi filem Wayang pada 2008.

Klik gambar untuk size besar


24 November 2014

GEGAR VAGANZA - HASNOL PESERTA PERTAMA TERSINGKIR KERANA DEMAM



Malang bagi penyanyi evergreen era 90an, Hasnol apabila beliau menjadi peserta pertama meninggalkan pentas Gegar Vaganza pada minggu kedua bertemakan 'Idola' yang disiarkan oleh Astro Ria, Prima dan Mustika HD semalam.

Malah persaingan malam itu telah membuat dua peserta iaitu Hasnol dan Sam Innuendo berada dikedudukan terendah. Gambar Hasnol kemudian terpapar di skrin gergasi sebagai peserta yang terpaksa menamatkan perjuangan pada minggu kedua program tersebut.

"Nombor satu, malam ni saya demam. Nombor duanya saya batuk. Nombor tiganya selsema teruk. Tapi Alhamdulillah semuanya lepas dan saya berterima kasih kepada pihak produksi Gegar Vaganza dan juga Astro serta kesemua juri," ujar Hasnol atau nama sebenarnya Hasnol Rahmat dipetik sebagai berkata.

Klik gambar untuk size besar


SELAMAT BERTUNANG - HAZIQ AF4 NIKAH SEPTEMBER 2015



"When you realize you want to spend the rest of your life with somebody, you want the rest of your life to start as soon as possible," demikian kata bekas bintang Akademi Fantasia Musim 4, Hazwan Haziq Rosebi, 26.

Untuk info, Haziq selamat bertunang dengan Maisarah Mohd Sidki, 26, di kediaman keluarga perempuan di Setiawangsa, Kuala Lumpur kira-kira pukul 4.15 petang semalam.

Meskipun serba sederhana, namun majlis pertunangan itu tetap meriah apabila rumah Maisarah dihiasi dengan latar belakang menarik yang serba lembut.



SAMBUNG PENGAJIAN - JIMMY SHANLEY TERIMA SARJANA



Dalam kesibukan kerjayanya sebagai pengacara, Jimmy Shanley dalam diam sebenarnya sempat menyambung pengajian di peringkat Sarjana di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor.

Rahsianya itu terbongkar baru-baru ini apabila dia hadir ke Istiadat Konvokesyen UiTM kali ke-81 dan menerima Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA)daripada Pro Canselor UiTM, Tan Sri Arshad Ayub.



22 November 2014

EKORAN KES DADAH EZAD LAZIM : "I LOVE YOU SO MUCH" - ISTERI



Ekoran perintah tahanan reman ke atas bekas vokalis kumpulan Exist, Ezad Lazim oleh Majistret Nurul Izzah Hassan Basri mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah yang berlangsung di Mahkamah Majistret kelmarin, isteri Ezad iaitu Nor Azeana Ramli merupakan insan paling sedih melihat suaminya diserbu media.

Malah dalam suasana riuh itu, Nor Azeana sempat berkali-kali mengungkap perkataan 'I love you so much' (Saya sangat cintakan awak) sebaik melihat Ezad tiba di Mahkamah.

Dia juga dilihat amat setia menunggu suaminya selama lebih satu jam (sejak pukul 9 pagi). Selain ungkapan i love you, dia juga menjeritkan ungkapan 'Take Care B' (Jaga diri B) kepada Ezad sebaik selesai perintah tahanan remannya.



NAFI BERCINTA DENGAN MODEL : "DIA TERLALU MUDA" - DYNAS



Bila seseorang wanita itu kembali solo, pastinya pelbagai cerita akan timbul apabila mereka mula mesra dengan lelaki. Pelakon Dynas Mokhtar turut tidak ketinggalan dihimpit gosip apabila hubungannya dengan seorang model dan pemenang pertandingan HIMbyHatta, Ahmad Aidit Noh, menjadi bualan.

Dia yang bercerai dengan bekas suaminya, Hafizy Hafiz, pada Februari lalu bagaimanapun menafikan gosip tersebut, Katanya, Aidit terlalu muda dan tidak menepati cita rasanya.

"Apa yang boleh saya katakan, kami hanya berkawan dan tidak sampai ke tahap bercinta. Perkenalan kami bermula apabila Aidit banyak menjadi model untuk butik saya.



21 November 2014

DAKWA FITNAH - AZWAN ALI SELAR PENGUTUK GAMBAR 'TUDUNG'



Akibat teruk dihentam di laman sosial kerana bertudung, Azwan Ali yang cuba menampilkan watak selebriti berhijab seperti Yuna, Fara Fauzana dan Neelofa menjelaskan wataknya itu bukan untuk mana-mana produk makanan seperti yang didakwa, tetapi ia merupakan projek peribadi.

"Kepada haters, biarkan mereka menyalak dan terus mereput. Tetapi tolong sedar dan muhasabah diri sebelum mereka semua rentung terbakar dek kerana memfitnah Azwan Ali.

"Mereka sengaja mahu memperbesarkan berita ini kerana perkara ini sedang menjadi isu semasa tetapi mereka tiada pun mengutuk aktor lelaki yang memakai tudung dalam filem baru ini dan juga menjadi sotong dalam drama yang sedang disiarkan sekarang.



PUNYAI 6 ANAK - KAHWIN ANTARA PUNCA AMELINA 'GHAIB'



Jika tidak kerana gambar kandid yang kami siarkan baru-baru ini mengenai Amelina, pastinya penyanyi dangdut itu terus menghilang dari persada seni.

Bagaimanapun, kandid itu seolah satu penyelamat apabila kehilangan penyanyi Amelina dalam dunia hiburan menjadi perhatian media kini. Malah dalam temubual terkini, Amelina turut mengakui perkahwinannya sekitar 1999 menjadi punca dia meninggalkan bidang nyanyian.

"Saya akui berkahwin adalah antara alasan saya meninggalkan dunia nyanyian dulu. Tetapi kembali aktif selepas 15 tahun, saya lebih selesa untuk membiarkan ia menjadi satu kisah peribadi yang tidak dikongsi dengan sesiapa.

Gambar kandid yang menjadi 'viral' mengenai Amelina


FILEM BARU DI PAWAGAM - HUNGER GAMES: 'MOCKINGJAY'



Sambungan filem terkini Hunger Games iaitu 'Mockingjay' Part 1 kini kembali menemui penonton mulai semalam (20 November) di pawagam TGV seluruh negara.

Filem hebat ini yang mengisahkan Katniss Everdeen telah terselamat dari permainan maut Hunger Games sebanyak dua kali. Dia yang meloloskan diri dan menyertai kumpulan pemberontak akibat Daerah 13 sudah musnah menjalani sesi latihan dalam bandar bawah tanah.

Katniss akhirnya telah menjadi seorang pejuang, pemberontak dan juga Seorang 'Mockingjay'.



20 November 2014

EZAD LAZIM DITAHAN MILIKI DADAH DI SELAYANG?



Episod dadah dikalangan artis masih terus menjadi duri dalam daging apabila terkini seorang lagi artis ditahan polis atas dakwaan memiliki dadah.

Memetik laporan Harian Metro semalam, penyanyi dan pelakon lelaki berusia 35 tahun itu ditahan di perkarangan tempat letak kereta di sebuah pusat beli belah di Selayang kerana memiliki satu peket dadah syabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Muhammed Hasbullah Ali ketika dihubungi berkata, hasil pemeriksaan ke atas artis terbabit menemui satu peket lutsinar dadah jenis syabu seberat 0.3 gram dalam gengaman tangan kiri.

Gambar ihsan Harian Metro


KEGUGURAN 3 KALI, BUANG TIUP FALLOPIO - AZZA (ELITE) GIGIH BERUSAHA UNTUK HAMIL LAGI



Meskipun dia pernah keguguran sebanyak tiga kali dan tiup fallopionya dibuang, namun Azza (Elite) tetap tidak berputus asa untuk terus mendapatkan cahaya mata.

Bagi yang masih belum tahu, Azza terpaksa menjalani pembedahan membuang tiub fallopio bahagian kiri rahimnya pada Disember tahun lalu. Ia akibat kandungannya sebelum ini berada di luar rahim.

Menurut Azza, memang pembedahan tersebut amat perit dan meninggalkan kesan mendalam terhadapnya. Dia bukan sahaja keguguran, malah doktor mengesahkan dia akan mengalami kesukaran untuk mendapatkan cahaya mata.

"Ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya saya kerana doktor mengesahkan saya sukar untuk hamil kerana hanya mempunyai satu tiub fallopio sahaja.



20 GAMBAR - 'NEWBORN SHOOTING' ANAK FASHA SANDHA



Gambar menarik Putri Raysha Jemyma, anak Fasha Sandha dan Rizal Ashram Ramli yang dirakamkan oleh Zara & Team Camora Arts.

Aksi 'newborn shooting' itu bertemakan 'Princess of Earth' setelah seminggu mereka memerah otak mencari idea.

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


19 November 2014

BERKENALAN MELALUI FACEBOOK - HAZIQ AF4 & MAISARAH BERTUNANG AHAD INI



Kalau dah jodoh tak ke mana. Mungkin itulah pepatah yang terbaik buat penyanyi Hazwan Haziq Rosebi atau lebih dikenali Haziq AF4 yang akan mengikat tali pertunangan dengan kekasih hatinya Maisarah Mohd Sidki Ahad ini (23 November).

Perkenalan mereka hampir lima tahun melalui Facebook akhirnya bakal membawa mereka ke gerbang pertunangan.Cinta mereka ibarat judul lagu Najwa Latif, 'Cinta Muka Buku'. Heh.

"Ini cerita lima tahun dulu ketika saya terlihat profil Maisarah di dalam Facebook, saya pun mohon untuk jadi salah seorang kawan dalam senarai kawannya yang sedia ada.

Klik gambar untuk size besar


ISTERI EIZLAN YUSOF FAILKAN PENGESAHAN LAFAZ CERAI



Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari!

Demikianlah juga halnya dengan rumah tangga Datuk Eizlan Yusof dan Datin Vie Santie, 28, yang sedang dalam proses penceraian. Ini kerana, Vie Santie sendiri telah memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, semalam.

Dia memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai tersebut mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Saat bahagia - klik gambar untuk size besar


DIRESTUI ANAK - A RAHMAN HASSAN & FADILAH MANSOR SAH KAHWIN DISEMBER



"Alhamdulillah anak-anak semua setuju dengan perkahwinan ini malah mereka menyuruh saya mempercepatkannya kerana mereka bimbang saya seorang diri tanpa teman.

"Malah saya juga meminta nasihat daripada rakan-rakan dan mereka juga gembira dengan keputusan saya untuk melamar Fadilah," ujar Datuk A Rahman Hassan pada media semalam.

Tambahnya, dia amat bersyukur kerana keputusannya untuk berkahwin dengan Fadilah Mansor bulan depan telah direstui ketiga-tiga anaknya.



18 November 2014

VIDEO MENARIK - BILA NORA DANISH JATUH PARIT



Kelakar pulak bila menonton video yang dimuat naik oleh Nora Danish ini. Lebih menarik, video ini mendapat lebih 20 ribu likes daripada peminatnya yang merasa aksi tersebut agak lucu bila mana Nora terhumban dalam parit.

Untuk info, Nora melakonkan babak tersebut semasa penggambaran filem ‘Suamiku Jatuh Dari Langit‘. Ha ha... memang real!

Jom tengok!


KLIK DI SINI



         ________________________




LEBIH DUA BULAN NIKAH - ISTERI ALIF SATAR KINI HAMIL



Tahniah kerana bakal Bergelar Ibu!

Demikianlah ucapan rakan-rakan isteri Sha Dila Halid (Shad) di laman Instagramnya baru-baru ini. Mereka mengucapkan tahniah kerana teruja apabila mengetahui Shad dan suaminya Alif Satar bakal bergelar ibu bapa.

"Yes it is but still so early to announce," kata Shad ringkas.



EMPAT KALI CERAI - SHIMA ENGGAN FIKIR SOAL KAHWIN



Empat kali kahwin, empat kali bercerai!

Begitulah suratan takdir yang harus dilalui oleh penyanyi popular 1990-an, Shima atau nama sebenarnya Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman, 45.

Kali terakhir dia bercerai ialah dua tahun lalu selepas mengahwini rakyat Kanada pada tahun 2003. Perceraian itu merupakan perceraiannya kali keempatnya... oleh yang demikian, kini dia tidak mahu lagi memikirkan soal pasangan hidup.

Klik gambar untuk size besar


SERLAHKAN GAYA ANDA DI GLASSES ONLINE - PENJIMATAN HEBAT SEHINGGA 50%





Serlahkan gaya anda dengan pelbagai pilihan kacamata yang menawan. Anda juga boleh tampil bergaya seperti artis dan selebriti popular dengan memakai kacamata eksklusif seperti RayBan, Oakley, Prada dan banyak lagi pilihan menarik.

Kini terdapat tawaran istimewa dengan potongan harga sehingga 50 peratus.

Klik di sini untuk mengetahui mengenai GlassesOnline dengan lebih lanjut.








         ________________________




17 November 2014

4 GAMBAR - 'MANISNYA' AZWAN ALI PAKAI TUDUNG



Gaya menawan Diva Azwan Ali bertudung ala yuna, bagi menjayakan iklan TV terbaru Pizza Domino. Waahhh... bukan main 'manis' ahkak kita ni macam Shila Amzah pun ada!

Apa-apapun tahniah diucapkan. Semoga rezeki Azwan terus melimpah ruah selepas ini. Heh.

Klik gambar untuk size besar


4 GAMBAR : PUTUS DENGAN KERABAT SITI NURHALIZA - NURI MAULIDA NIKAH LAIN



Masih anda ingat dengan pelakon sinetron Cinta Fitri iaitu Nuri Maulida yang dilamar oleh Muhammad Adam, kerabat kepada suami Datuk Siti Nurhaliza, iaitu Datuk Khalid pada tahun 2013 lalu?

Artikel terdahulu:
Bagaimanapun, perkembangan terkini, Nuri sebenarnya telah selamat bernikah tetapi bukan dengan Muhammad Adam namun jejaka lain yang juga golongan berada.

Entah bila Nuri dan Muhammad Adam putus, kami sendiri sebenarnya kurang periksa. Mungkin tiada jodoh antara mereka agaknya.

Klik gambar untuk size besar


6 GAMBAR : DIDAKWA INTIM DENGAN PILOT - HANEZ SURAYA TUKAR ANGIN?



Nampaknya, dakwaan Hanez Suraya sebelum ini yang dia sudah putus cinta dengan kekasihnya Romie Razin Adilha Abd Jais mungkin satu kisah benar. Ini kerana, gosip terkini yang melanda Hanez dilihat lebih menarik apabila dia dikatakan mula intim dengan jejaka lain.

Bagaimanapun, siapa gerangan jejaka itu masih rahsia kerana dia hanya dikenali sebagai 'S' sahaja dan merupakan seorang juruterbang Malaysia Airlines.

Inilah yang dikatakan patah tumbuh hilang berganti. Iyalah... artis cantik macam Hanez pastinya mudah menawan hati ramai jejaka di luar sana. Heh.



15 November 2014

ISU SAMAN RM500,000 - ZIZAN RASA TERTEKAN GARA-GARA MARINA JUKI



Saya berasa benar-benar tertekan kerana ia dilakukan pada saat saya sedang sibuk dengan pelbagai komitmen kerja yang memerlukan perhatian penuh," begitulah kata Zizan Razak mengenai saman setengah juta ringgit yang difailkan oleh Marina Juki.

Marina Juki yang juga pengarah syarikat pengurusan Wire Fame Entertainment Sdn Bhd menjelaskan tuntutan itu difailkan sejak minggu lalu. Dakwanya, Zizan sudah melanggar kontrak sejak Mei lalu hingga mengakibatkan kerugian pada sumber pendapatan dan komisen syarikat itu di mana kontrak mereka hanya akan berakhir 2 Mei 2015.



14 November 2014

KESUNTUKAN MASA PUNCA ZAHIRIL ADZIM SOLAT DI PARKIR



Meskipun ada yang sudah tahu, namun rasanya masih ramai yang berteki-teki tentang siapakah gerangan artis yang dirakam gambar 'kandidnya' ketika sedang solat di parkir Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini.

Dia adalah pelakon Zahiril Adzim yang ketika itu sedang menunaikan solat Maghrib di kawasan letak kereta berikutan kesuntukan masa. Bagaimanapun, Zahiril menafikan tujuannya solat di situ adalah untuk menunjuk-nunjuk.

"Saya terpaksa menunaikan solat Maghrib di parkir kerana waktu solat sudah suntuk dan saya sudah mengagaknya. Jadi selepas selesai penggambaran saya pulang ke rumah untuk ambil isteri saya dan ketika itu saya sudah siap-siap ambil air sembahyang.



13 November 2014

DIDAKWA LANGGAR KONTRAK - ZIZAN RAZAK DISAMAN SETENGAH JUTA RINGGIT



Gara-gara didakwa melanggar kontrak pengurusan artis yang ditandatanganinya, Zizan Razak akhirnya disaman oleh bekas pengurusnya iaitu Marina Juki lebih setengah juta ringgit.

Untuk info, saman terhadap Zizan itu telah difailkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur 6 November lalu. Marina akan diwakili peguam Harjit Singh Sandhu dan Wan Norliyana

Ia difailkan selepas Marina dari Wire Fame Entertainment Sdn Bhd mendapati Zizan, 30, melanggar syarat kontrak apabila dia bekerjasama dengan syarikat lain sedangkan dia masih mempunyai perjanjian dengan Wire Fame hingga 5 Mei 2015.



9 GAMBAR - AKSI TERKINI BABY 'ZAREEF NUFAEL', ANAK ZAHID AF2



Jika sebelum ini, Zahid AF2 hanya kongsikan 2 foto bayinya secara sipi-sipi sahaja, tetapi kali ini lebih banyak aksi dan gaya bayi bernama 'Zareef Nufael' itu dipertontonkan untuk peminatnya.

Untuk info, bayi Zahid dan Sarah Julifa itu lahir seberat 3.5 kilogram di Dewan Bersalin Muslimah, Taman Sunway, Batu Caves, Selangor pada 4 November lalu.

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


6 GAMBAR - WAJAH TERKINI ANAK ALLY ISKANDAR & FARAH LEE



Gambar terkini anak Ally Iskandar dan Farah Lee bernama 'Maream Esabel' yang lahir pada 7 Ogos lalu.

Apa yang menarik, Maream kelihatan makin tembam sekarang dan wajahnya seakan 'Korean look'. Yalah... dah ibunya dulu bertahun belajar kat Korea dan banyak makan makanan di sana. Heh.

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar