31 January 2014

8 GAMBAR - NOSTALGIA KELUARGA DATUK YUSOF HASLAM



Gambar nostalgia Datuk Yusof Haslam & isterinya Patimah, Syamsul Yusof, Syafiq Yusof dan bersama Allahyarham Ayahanda Patimah, iaitu Haji Ismail Mustaffa di Paris. Gambar ini telah dirakam pada tahun 2004, iaitu ketika Syamsul berusia 20 tahun (lahir 21 Mei 1984).

Artikel terdahulu:
Istimewa untuk pelawat myartis.com, jom kita lihat gambar nostalgia mereka itu.

Klik gambar untuk size besar


30 January 2014

ISTERI HAMIL 5 BULAN - LAN KRISTAL BAKAL DAPAT ANAK LELAKI



Dalam kepayahan Lan Kristal membawa anaknya ke hospital beberapa kali akibat penyakit Batuk, nafas yang berkahak... namun ada berita gembira yang terpendam. Lan mengesahkan dia bakal menimang cahaya mata lelaki pula pada bulan Julai.

Untuk info, Isterinya Nur Sheila Hassim sedang mengandung hampir lima bulan. Sebelum ini, mereka merahsiakan kehamilan tersebut kerana belum bersedia untuk berkongsi dengan peminat.

Klik gambar untuk size besar


GAMBAR - BILA KAK ENGKU PAKAI CERMIN MATA LALAT



Gambar pelakon dan pengacara terkenal Raja Azura yang berpenampilan baru dengan kaca mata hitam besar bak mata lalat ketika mengacarakan rancangan bual bicara, Primadona.

Waahhh... besar betul cermin mata tu sampai pipi Kak Engku tertutup separuh. Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa Kak Engku kita ni bertukar angin begitu? Jawapannya, hanya dia sahaja yang tahu. Heh!

Klik gambar untuk size besar


Sumber gambar: Murai

         ________________________



LAGI GAMBAR MAJLIS RESEPSI LINDA ONN & ENGKU AZHAR



Lagi gambar-gambar majlis resepsi perkahwinan Linda Onn dan suaminya Ungku Azhar yang telah berlangsung di Restoran Hadramawt minggu lalu.

Meskipun ada yang mengatakan resepsi perkahwinan tersebut nampak sederhana kerana memilih restoran yang kurang gah, namun gosip dan kritikan tidak dapat dipisahkan daripada hidup artis dan selebriti. Semuanya bak kata pepatah... alah bisa tegal biasa!

Klik gambar untuk size besar


RAJA AZMI TAK NAFI 'TANGGUNG' SUAMI



Bukan menjadi satu kesalahan sekiranya isteri menanggung suami... Alasan Raja Azmi Raja Sulaiman itu meskipun agak 'taboo' bagi segelintir pihak, namun ia tidak menjadi duri dalam kehidupan penerbit kontroversi itu.

Artikel terdahulu:
"Ia bukan menjadi satu kesalahan," ujar Raja Azmi yang mengahwini Mohd Eddie Ghazali pada 14 Oktober 2013.



PERKAHWINAN SYANIE MAC INI JADI REBUTAN PEREKA FESYEN



Bentuk tubuh bukan ukuran untuk hidup bahagia. Malah kegagalan perkahwinan lalu juga bukan alasan untuk terus kecewa. Semangat kental tersebut akhirnya berbaloi buat Syanie Hisham apabila perkahwinannya dengan Nadi Putera Mohd Zainol pada 1 Mac nanti menjadi rebutan penaja.

Artikel terdahulu:
Antara yang paling ramai tampil ingin menjadi penaja ialah beberapa pereka fesyen terkenal yang mahu menaja baju perkahwinannya. Antara sebab utama mereka berminat untuk berbuat demikian kerana saiz fizikalnya yang besar dan ingin membuktikan wanita berbadan besar juga boleh berfesyen pada hari perkahwinan.

Klik gambar untuk size besar


29 January 2014

GAMBAR - RITA RUDAINI BERCUTI SAKAN BERSAMA ANAK-ANAK



Gosip yang mengatakan bekas suami Rita Rudaini iaitu Aidil Zafuan bakal melangsungkan perkahwinan dengan Zarema Zainal pada 14 Mac 2014 dilihat tidak sedikitpun mengganggu ketenangan Rita dan anak-anaknya. Malah mereka dilihat seolah sudah tidak kisah dengan apa jua gosip atau kontroversi yang melanda Aidil.

Artikel terdahulu:
Apa yang menarik, Rita dan anak-anaknya dilihat begitu gembira bercuti di sebuah pusat peranginan terkenal. Mungkin di situ, Rita dapat melupakan segala masalah yang melanda meskipun ada kalanya dihimpit kepayahan setelah bergelar ibu tunggal.

Jom tengok!



HAFIZ HAMIDUN BATAL NIAT LAMAR HELIZA HELMI?



Walaupun hanya berkias, namun ada yang merasa sesuatu yang tak kena dengan niat awal Hafiz Hamidun untuk melamar gadis idamannya yang dipercayai Heliza Helmi. Ini kerana, alun percakapan Hafiz dilihat seolah sudah berubah atau lebih tepatnya terdapat 'nada kecewa'.

Artikel terdahulu:
Semuanya terungkai apabila Hafiz menceritakan mengenai single baharunya 'Jodoh Berdua' yang mempunyai mesej untuk mencari pasangan hidup bagi melalui bahtera perkahwinan sehingga ke syurga.

Klik gambar untuk size besar


VIDEO - HANEZ SURAYA 'MALU KUCING' BERTEMU KEKAS KEKASIH



Jodoh dan pertemuan ketentuan Allah. Begitulah halnya dengan Hanez Suraya dan Awi Rafael yang putus cinta tahun lepas.

Artikel terdahulu:
Dan ketika mereka ditemukan semula sewaktu menghadiri Anugerah Juara Lagu ke-28 yang berlangsung baru-baru ini, Hanez kelihatan malu kucing hingga mukanya berubah apabila berada bersebelahan Awi Rafael. Mungkin Hanez terkenang saat manis khot. Ahak!

Klik gambar untuk size besar


CUBA-CUBA PAKAI TUDUNG - PERSEDIAAN ADIRA UNTUK KAHWIN?



Meskipun sekejap pakai, sekejap tak pakai... namun ikhlasnya Adira kelihatan lebih menawan apabila mengenakan tudung di kepalanya. Ekoran pemakaian tudungnya itu, ada yang mendakwa kemungkinan Adira sudah bersedia bergelar isteri tidak lama lagi.

Artikel terdahulu:
Tambah-tambah apabila teman lelakinya, Shahrul Nasrun yang juga Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia (GBG1M) ada menghadiahkannya sehelai selendang. Mungkin agaknya hadiah tersebut sebagai satu isyarat pada Adira agar menutup auratnya sebelum kekasihnya itu masuk merisik. Wallahu A'lam.

Klik gambar untuk size besar


BAKAL TUNAI UMRAH - IFA RAZIAH TAK JANJI BERHIJAB



Merancang untuk mengerjakan umrah, tetapi tidak merancang atau berjanji akan bertudung!

Demikianlah kata pelakon Ifa Raziah, 39, yang mahu mengerjakan umrah ke Tanah Suci Mekah pada Mac depan bersama suaminya Mohd Yani Abdul Rahman. Menurut Ifa yang nama penuhnya Saripah Raziah Mustapha, perancangan umrah sudah beberapa kali tertunda namun kali ini ia akhirnya menjadi kenyataan.

Klik gambar untuk size besar


28 January 2014

GAMBAR - MAJLIS 'OPEN' RESEPSI LINDA ONN & UNGKU AZHAR



Gambar majlis resepsi Linda Onn dan suaminya Ungku Azhar malam semalam yang diadakan di Restoran Hadramawt. Berbanding sebelum ini, Linda lebih 'open' dan menjemput ramai rakan-rakan untuk hadir ke majlis tersebut. Jadi takdalah 'media hebat' yang kempunan nasi minyak. Heh!

Artikel terdahulu:
Antara yang hadir ialah Azwan Ali, Aznil Haji Nawawi, Dato’ Siti Nurhaliza, Umie Aida, Rabecca Nur Al-Islam, Noniswara dan ramai lagi. Pada anda yang masih rindu dengan wajah Ungku Azhar yang umpama Hans Isaac itu, jom kita tengok kemeriahan majlis tersebut.

Klik gambar untuk size besar


GAMBAR CUTI-CUTI DI BALI - BILA CHE TA 'BERMINI SKIRT '



Ada yang kata berhoneymoon, ada yang kata bercuti... namun hakikatnya Rozita Che Wan dan Zain Saidin bukan hanya berdua di Bali, Indonesia. Turut serta ialah staff AnnasEaskey termasuk 'Man Kajang' yang sememangnya sering ada di mana-mana sahaja. Ahak!

Artikel terdahulu:
Namun yang menariknya ialah apabila Che Ta kelihatan macam anak dara bila memakai 'Skirt' disamping suaminya Zain. Bukan skirt sahaja, malah Che Ta juga nampak hot ketika mengenakan seluar pendek putih sambil makan angin sekitar Bali. Cayalah Che Ta!

Klik gambar untuk size besar


GAMBAR - AIDIL ZAFUAN & ZAREMA NIKAH 14 MAC, RESEPSI 16 MAC?



Setelah mendapat restu keluarga, khabarnya Aidil Zafuan bakal melangsungkan perkahwinan dengan Zarema pada 14 Mac. Malah ada sumber yang mengakui bahawa mereka juga bakal melangsungkan majlis resepsi selang dua hari lepas nikah di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Artikel terdahulu:
Tambah sumber itu, Aidil dan Zarema baru-baru ini juga telah bertukar-tukar cincin merisik antara mereka. Waahhh... jika benar, tahniah diucapkan dan semoga perkahwinan Mac nanti beroleh kebahagiaan hingga anak cucu.

Klik gambar untuk size besar


ANAK IBNOR RIZA, BAKAL PENYANYI K-POP DI KOREA



Jika bapanya seorang penyanyi popular era 80-an, dia pula kini berjaya menjadi penyanyi K-Pop. Demikianlah nasib yang menyebelahi anak Ibnor Riza, 52, iaitu Putri Norizah, yang menang tempat kedua program realiti K-Pop Star Hunt sabtu lalu sekaligus berjaya mengikat kontrak dengan pengurusan artis Korea terkenal CJ E&M.

Malah tidak mustahil untuk Putri melangkah lebih jauh seperti penyanyi Malaysia yang lain iaitu Yuna dan Shila Amzah yang telah berjaya mencipta nama di luar negara.

Klik gambar untuk size besar


27 January 2014

SELEPAS BERTUDUNG, HETTY SARLENE KEMBALI BIKIN PANAS



Satu ketika dulu, ramai yang rasa lega bila pelakon Singapura, Hetty Sarlene tampil dengan imej bertudung pada pertengahan 2013. Kata mereka, baguslah jika Hetty sudah insaf dan mula mengikut jalan lurus memandangkan hidup sebagai insan seni banyak godaannya.

Namun harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Penampilan manis Hetty itu rupanya tidak kekal lama apabila dia tampil seksi semula dalam gambar yang dimuat naiknya baru-baru ini.

Klik gambar untuk size besar


HAFIZ, HYPER ACT, AWI RAFAEL UNGGULI AJL KE-28



Seperti yang dijangka, Lagu Bahagiamu Deritaku nyanyian Hafiz, ciptaan LY dan lirik oleh Baiduri berjaya muncul sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-28 (AJL28). Dengan kemenangan itu, Hafiz berjaya membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai sebanyak RM35,000.

Lagu tersebut telah berjaya mengalahkan 11 buah lain iaitu Salammusik (Aku Pelat), Black (Takkan Terpisah), Aizat Amdan & Noh Salleh (In Love With You), Hyper Act (Hanya Aku), Stacy (Bosan), Hazama & The Penglipurlara (Penglipur Lara).



26 January 2014

GAMBAR-GAMBAR & VIDEO DON MUSTOFA, ANAK USTAZ DON



Gambar dan video baby Ustaz Don Daniyal dan isterinya Husna Zahry Rafie bernama Don Mustofa yang lahir di Mesir baru-baru ini. Satu majlis kesyukuran telah diadakan oleh Ustaz Don dan isteri bagi menjamu pelajar di sana dengan masakan utama iaitu kambing.

Artikel terdahulu:
Apa yang menarik, Ustaz Don juga telah memberi tunjuk ajar, nasihat dan kemudian mencukur rambut anaknya itu sambil bersalawat bersama-sama isteri dan rakan-rakan.

Selain majlis kesyukuran untuk baby, Husna juga telah tamat pengajian perubatannya (Konvo) di mesir. Tahniah.

Klik gambar untuk size 600X600


25 January 2014

BUKAN SEMUA YANG BERCERAI ITU JAHAT - NOORAIDA



Akhirnya, Nooraida Abdul Talib, isteri orang yang mengaku berskandal dengan Adi Putra membuka semula akaun Instagramnya kepada umum setelah di privatekan untuk ahli sahaja. Semuanya gara-gara video yang sebenarnya 'menunjukkan' rambut disalaherti sebagai video menggoda hingga mencecah 100,000 hits dalam masa tiga hari.

Artikel terdahulu:
Paling menarik, Aida juga memuat naik sekeping gambar dia dan bekas suaminya Amiruddin Othman makan-makan bersama. Mungkinkah itu bermaksud mereka sedang berbaik semula? Malah ada pelawat Instagramnya yang turut memberi kata nasihat agar mereka bersatu kembali. Heh.

Aida dan bekas suami masih keluar makan-makan
Klik gambar untuk size besar


GOSIP - DAVID TEO AKUI ADIB KHALID 'NAK KENAL' NINA ISKANDAR



Pelakon yang berasal dari Brunei, Nina Iskandar diakui oleh Mejar (K) David Teo mahu dikenali oleh anak kedua tokoh usahawan terkenal, Datuk Seri Khalid bin Mohamad Jiwa iaitu Adib Khalid.

Menurut David, Adib yang juga juga anak tiri kepada Dato’ Siti Nurhaliza telah menyuarakan sendiri hasratnya untuk berkenalan dengan Nina. Alasan Adib, dia merupakan peminat Nina. Heh.

Klik gambar untuk size besar


31 GAMBAR - PELBAGAI AKSI COMEL ANAK ARTIS



Aksi menarik anak-anak artis yang makin membesar. Antaranya ialah anak Zila Bakarin yang tembam, anak Zahiril Adzim yang manja, anak Jue Aziz yang tak mahu berenggang dan beberapa anak artis lain seperti Nana Mahzan, Siti Sarah, Diana Danielle, Tomok, Ayu Damit dan Yasmin Hani.

Jom tengok!



24 January 2014

GAMBAR 'MUGSHOT' JUSTIN BIEBER YANG 'FOTOGENIK'?



Jangan fikir bila seseorang itu sudah popular, mereka tidak boleh masuk lokap, dipenjara atau paling kurang tangan digari berantai seperti haiwan. Dan itulah yang berlaku terhadap penyanyi popular antarabangsa yang mempunyai wang berjuta, Justin Bieber apabila dia ditahan pihak berkuasa Miami.

Bieber didakwa memandu di bawah pengaruh alkohol, memiliki ganja serta tidak mempunyai lesen memandu yang sah. Dengan penahanan itu, dia telah menjadi ahli kelab 'mugshot' sebagaimana selebriti popular yang lain, contohnya seperti Keanu Reeves, Anna Nicole Smith, Jane Fonda, Paris Hilton dan ramai lagi.

Klik gambar untuk size 800X518


PELIK TAPI BENAR - ANAK ZIANA ZAIN NASIHAT IBUNYA AGAR BERHIJAB



Memang kelakar... kerana kebiasaannya ibu bapa yang menasihati anak-anak agar menjaga tingkah laku dan menutup aurat. Namun entah kenapa, ia jadi terbalik dalam keluarga Ziana Zain, 46, apabila anaknya pula yang menasihati ibunya agar menutup aurat. Heh!

Artikel terdahulu:
Meskipun pahit untuk ditelan, tetapi nasihat anaknya Muhammad Aiman, 14, yang bersekolah di Sekolah Agama Menengah Muhammadiah Pekan Sabak, Sabak Bernam, Selangor yang menasihatinya agar memakai hijab serta menutup aurat didengar oleh Ziana dengan hati terbuka.

Klik gambar untuk size 800X560


HAMIL 6 BULAN - 'ANAK LELAKI' BUAT LISDAWATI MAKIN TERUJA



Perut makin besar telah menyebabkan beberapa aktiviti lakonannya terpaksa dirombak bagi disesuaikan dengan jalan cerita. Begitulah perkembangan Lisdawati yang kini hamil enam bulan hingga kandungannya sukar disembunyikan lagi daripada mata penonton.

Artikel terdahulu:
"Disebabkan perkara itu, pihak produksi terpaksa merombak skrip dan apa yang bakal ditonton nanti adalah kandungan sebenar saya," ujarnya tanpa berahsia.

Klik gambar untuk size 895X640


23 January 2014

GEMPAR - NURUL IZZAH ANWAR MOHON FASAKH?



Ini berita lain dari yang lain... bukan artis ataupun pelakon, tetapi selebriti popular dalam bidang politik!

Siapa tidak kenal anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang terkenal dengan kelantangannya membidas kerajaan. Namun terkini, beliau dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai secara fasakh daripada suaminya Disember lalu.

Klik gambar untuk size besar


CICO HARAHAP 'BERTUNANG' DENGAN GADIS 'BUKAN ISLAM'



Mungkin ramai yang tahu bahawa Cico Harahap sudah bercerai dan kini menduda selama tiga tahun. Namun rasanya ramai juga yang tidak tahu bahawa terkini, Cico sudah dapat pengganti... malah mereka sudahpun bertunang!

Apa yang menarik, bukan hanya Cico atau nama sebenarnya Ezzaq Farrouq Harahap Jamaluddin, 35, sahaja yang mesra dengan tunangnya, malah anak Cico iaitu Rindu Nur Fitrah, 5, turut menyayanginya.

Cico ketika menyambut birthday tunangnya -
Klik gambar untuk size besar


KAHWIN JUN 2013 - ISTERI AMAR ASYRAF KINI HAMIL 3 BULAN



Pejam celik, pantas benar masa berlalu. Ini kerana, Amar Asyraf Zailuddin, 28, yang mendirikan rumahtangga dengan Arna Salleh, 29, pada 7 Jun 2013, bakal menjadi bapa apabila isterinya hamil tiga bulan. Tahniah!

"Cuma dia muntah-muntah di awal pagi dan akan baik selepas itu. Jika waktu malam, masa tidur dia tiba-tiba akan terjaga. Bukan untuk apa, hanya untuk muntah.

Klik gambar untuk size 800X499


SEJENAK - YANA SAMSUDIN TAK MENGAKU 'BUAT HIDUNG'



Update - dikemaskini:

Usianya sudah 29 tahun, dan tahun ini katanya adalah tahun terbaik untuk dia menamatkan zaman bujang. Siapa lagi kalau bukan Yana Samsudin, pelakon berbakat yang sudah lima tahun digosip 'bercinta' dengan adik Farid Kamil, iaitu Fadzil Zahari.

Namun bukan soal cinta yang kami mahu ketengahkan, tetapi mengenai isu hangat yang mendakwa Yana melakukan pembedahan plastik dihidung. Iyalah, bila dah bedah... nanti hidung mancung bak seludang. Silap-silap pandang, macam pelakon Hindustan pun ada. Ahak!

Klik gambar untuk size 800X565


ISU MENGANDUNG LEWAT - ANAK DIDIE ALIAS TERKEJUT, MENANGIS 'DAPAT' ADIK



"Apabila mendapat tahu saya mengandung dia menangis kerana terlalu gembira kerana bakal mendapat adik," kata pelakon dan pelawak, Didie Alias mengenai anak lelakinya yang tersangat gembira dengan berita kehamilannya.

Artikel terdahulu:
Menurut Didie, 41, anaknya Muhammad Daniel, 19, awalnya tidak tahu yang dia sedang mengandung tiga bulan. Bila rahsia tersebut diketahuinya, dia mengalirkan air mata kerana tidak menyangka akan mendapat seorang lagi adik.

Klik gambar untuk size 699X612


22 January 2014

SEJENAK - ELLA & SUAMI PERGI KENDURI NAIK HELIKOPTER



Aksi menarik Ratu Rock Ella dan suaminya Azhar Ghazali menghadiri kenduri kahwin menaiki helikopter. Lebih menarik, Ella kelihatan anggun mengenakan baju kurung berwarna oren.

Artikel terdahulu:
Memanglah senang kalau Ella nak makan angin naik helikopter ya tak, sebab suaminya juruterbang. Cayalah Ella!

Klik gambar untuk size besar


SEJENAK - GAMBAR MAJLIS MERISIK ALIF SATAR



Gambar menarik penyanyi Alif Satar, 24, yang selamat merisik kekasihnya Sha Dila Halid pada 14 Januari lalu. Difahamkan, majlis merisik itu diadakan di kampung Sha Dila di Rembau, Negeri Sembilan.

Artikel terdahulu:
Ia telah diadakan secara kecil-kecilan dan hanya dihadiri keluarga kedua belah pihak, malah Alif sendiri tidak menghadirkan diri. Dan rasanya semua sudah tahu mereka akan mendirikan rumahtangga pada bulan September ini sempena hari jadi mereka yang sama bulannya.

Klik gambar untuk imej size 800X600


TANPA ISTERI - JAMAL ABDILLAH MULA RASA SUNYI



Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah, 54, masih rasa sunyi meskipun sudah memiliki hampir segalanya dalam hidup. Semuanya gara-gara ketiadaan seorang 'wanita' bergelar isteri dalam hidupnya!

Artikel terdahulu:
Meskipun sebelum ini pernah kecoh satu Malaya apabila Jamal digosip bakal merisik penyanyi Nas Adila, namun itu semua hanya tinggal kenangan semata. Ini kerana, Jamal sendiri menafikannya dan bersumpah dengan nama Allah yang dia tiada apa-apa hubungan dengan Nas.

Klik gambar untuk size besar


15 GAMBAR - IKA NABILA SHOPPING SAKAN DI ENGLAND



Walaupun awalnya ada yang menggelar Ika AF6 sebagai 'artis sendu' kerana kurang popular berbanding rakan AF lain, namun sejak akhir-akhir ini dia membuktikan sebaliknya. Ini kerana, popularitinya kembali 'mencacak' apabila membintangi drama bersiri 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta' yang disiarkan oleh Astro Mustika berjumlah 60 episod.

Dan baru-baru ini, Ika atau nama sebenarnya Ika Nabila Abdul Rahim telah bershopping sakan di England. Antara lokasi terkemuka yang diserbunya ialah butik Prada, Burberry, Tods, Salvatore Ferragamo dan banyak lagi. Selain berbelanja mewah, Ika turut melawat tempat-tempat menarik di sana seperti Stonehenge, Paddington dan sebagainya. Cayalah Ika!

Klik gambar untuk size besar


DON MUSTOFA, NAMA ANAK USTAZ DON DANIYAL



Jika pada laporan awal lalu, Ustaz Don Daniyal, 30, hanya memberi maklumat anak sulungnya lahir di Mesir dan seberat 3.5 Kg... terkini, pendakwah popular itu mendedahkan nama anaknya pula.

Artikel terdahulu:
Menurut Ustaz Don, anaknya yang lahir pada Sabtu lalu itu adalah lelaki, lahir dalam keadaan normal dan diberi nama Don Mustofa.

Klik gambar untuk size besar

TAMAT PENGAJIAN - AKHIRNYA UMMI NAZEERA PULANG KE MALAYSIA



"Rabbi yassir wala tu 'assir, rabbi tammim bil khoir (Ya Tuhan, permudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan)," demikian doa Ummi Nazeera yang sebelum ini pernah difitnah melarikan diri ke luar negara kerana didakwa telah berkahwin dengan Aeril Zafrel.

Artikel terdahulu:
Untuk info, Ummi kini telah pulang ke Malaysia setelah tamat pengajiannya di RMIT University, Melbourne, Australia.

"Darling harbour. Miss u!" Tambah Ummi, tanda ucapan selamat tinggal untuk Pelabuhan Darling, di Australia.

Klik gambar untuk imej size 800X592


TAKZIAH - KASSIM MASDOR MENINGGAL DUNIA DI SINGAPURA



Kassim Masdor, komposer berbakat yang pernah mencipta berpuluh-puluh lagu ketika hayatnya, meninggal dunia semalam. Allahyarham yang berusia 76 tahun, meninggal dunia di Singapura kira-kira pukul 9 malam.

Ketika hidup, Allahyarham pernah menjadi komposer untuk filem-filem Shaw Brother dan sering bergiat aktif bersama-sama Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

Klik gambar untuk imej size 800X504


21 January 2014

HITUNG HARI - DEBAR LEUNIEY NATASHA SEBELUM BERSALIN



Debaran Leuniey Natasha, isteri Khairul Fahmi Che Mat yang kini hanya menghitung hari untuk melahirkan cahaya mata pertama. Rasanya, pasti Leuniey makin teruja menanti kehadiran anak pertama mereka itu... malah segala persiapan telahpun dilakukan.

Artikel terdahulu:
"Bila naik 20kg... hehehe gini mukanyaaa," ujar Leuniey yang mula mendapat pelbagai hadiah untuk bayi dan penjagaan diri selepas bersalin.

Belajar dukung baby sebelum bersalin...


SEJENAK - JOHAN RL & ISTERI SELAMAT PULANG DARI UMRAH



"Alhamdulillah, kami dah selamat sampai ke tanah air... dan kesempatan ini kami ingin memgucapkan terima kasih pada Zanaal Hijjrah (haji Azri dan isteri) yang telah banyak membantu merialisasikan impian kami untuk menunaikan umrah.Syukur pada Allah segalanya dipermudahkanNya," demikian kata Johan selepas pulang dari umrah semalam.

Artikel terdahulu:
Untuk makluman, Johan mengerjakan umrah baru-baru ini selepas rasa bersyukur kerana memenangi kes saman RM1 juta. Bagaimanapun, tuntutan RM1 juta yang dituntut oleh Johan hanya akan ditentukan jumlahnya oleh mahkamah pada 23 Januari ini.

Klik gambar untuk size 600x600


KES KHALWAT - PERMOHONAN 'GUGUR KES' SHAHRIZAL JASZLE DITOLAK



Permohonan representasi yang dikemukakan oleh pelakon Shahrizal Jaszle bagi menggugurkan kes khalwatnya dengan Farah Nurizzati Salleh, 22, ditolak oleh Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling Jaya, Selangor, hari ini.

Artikel terdahulu:
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie, Abd Halim Abu Samah yang menolak rayuan yang dikemukakan tertuduh menerusi Peguam Syarie, Ashraf Ranee pada 19 Disember 2013 kepada Ketua Pendakwa Syarie.

Klik gambar untuk size besar


BERTIMBUN GAMBAR SUAMI LINDA ONN YANG 'MACHO'



Mungkinkah sudah terlambat bagi Linda Onn untuk mengetengahkan Ungku Azhar yang disoroknya daripada peminat ketika berkahwin dulu? Bukan apa, agaknya ada yang sudah bosan dan muak dengan cara Linda (terutama wartawan hiburan hebat) kerana pernah membuat mereka kempunan nasi minyak. Heh!

Artikel terdahulu:
Jika anda masih tidak bosan, nah... masih ada beberapa keping gambar Engku Azhar lagi untuk anda tatap sepuasnya. Untuk info, kebanyakan gambar telah dirakam ketika mereka menghadiri majlis hari jadi pelakon Umie Aida yang sememangnya sporting. Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


SEJENAK - PEMAKAIAN & IMEJ YUNA DIHENTAM LAGI



Pemakaian Yunalis Zarai atau Yuna dipertikaikan lagi. Kali ini disebabkan pakaiannya yang dikatakan agak ketat dan tidak sesuai sebagai seorang wanita muslim yang bertudung.

Artikel terdahulu:
Malah turban yang menutup kepalanya juga yang dianggap tidak sempurna sebagai seorang muslim. Ini kerana, melalui foto terbarunya, Yuna telah memakai baju lengan panjang baldu separa yang melekap di badan dan bergaya dengan tiub hitam didalam dan berseluar panjang serta berturban.

Klik gambar untuk size 800X600


SAIDA AF6 & KEKASIH BARU - BILA JANDA BERTEMU DUDA



Gosip silih berganti dalam hidup Siti Nursaida Tarudin atau lebih dikenali sebagai Saida AF6, 34, kakak kepada Siti Nurhaliza. Penceraiannya dengan talak satu pada 2011 membawa pelbagai gosip liar termasuk dengan lelaki berpangkat Datuk.

Artikel terdahulu:
Dan baru-baru ini, Saida secara terus-terang mengakui rapat dengan lelaki bernama Apit, 34, seorang duda anak dua berasal dari Pulau Pinang. Mereka berkenalan sudah hampir dua tahun.

Klik gambar untuk size 700X455


GUGUR PADA 2013 - AKHIRNYA FARAH LEE HAMIL ANAK KEDUA



Jika pada 15 April 2013, Farah Lee, isteri kepada pengacara TV3, Ally Iskandar, keguguran anak pertama setelah berusia 7 minggu, namun pada 2014 ini, kesedihannya terubat kembali. Ini kerana, Allah SWT telah memperkenankan doanya untuk kembali hamil.

Artikel terdahulu:
Lebih manis, kehamilannya yang kini sudah berusia 12 minggu itu disambut gembira bersama-sama dengan ulang tahun perkahwinannya semalam (20 Januari 2014).

Klik gambar untuk size 800X531


CUMBU DENGAN EMMA - ZIZAN ANGGAP KELAKAR



Gosip liar yang mendakwa Zizan Razak dan Emma Maembong bercumbu dianggap kelakar oleh Zizan kerana ia tidak benar sama sekali. Malah kata Zizan, isu itu tidak masuk akal kerana pemergian mereka ke luar negara turut disertai pengurus dan beberapa krew penggambaran.

Artikel terdahulu:
"Nama pun gosip, dan pada saya ia kedengaran kelakar," ujar Zizan.

Klik gambar untuk size 700X535


20 January 2014

KAHWIN BUKAN LAGI KEUTAMAAN NORA DANISH



Meskipun pelbagai gosip mengatakan Nora Danish dan Nedim Nazri hangat bercinta, namun kahwin bukanlah keutamaan Nora sekarang. Katanya, dia mahu sedikit ruang bagi mengenali hati budi antara satu sama lain terlebih dulu.

Artikel terdahulu:
Malah kata Nora, gosip yang mengatakan dia dan Nedim melakukan perkara tidak elok adalah tidak benar. Menurut pelakon itu, mereka berdua tidaklah seteruk yang disangka oleh orang ramai termasuk isu bercuti bersama ke luar negara.



21 GAMBAR - RAGAM TERKINI NAIRA, ANAK NABIL RAJA LAWAK



Gambar menarik anak Nabil Raja Lawak dan Nazira Ayub yang bernama Naira Mikayla. Untungnya Naira ditatang bagai minyak yang penuh oleh Nabil, siap beli kereta kawalan jauh yang boleh bawa Naira ronda-ronda.

Artikel terdahulu:
Kalau menang Maharaja Lawak Mega 2014 nanti, pasti papa Nabil akan belikan mainan yang lebih besar lagi untuk Naira. Sabar ya Naira!! Heh.

Klik gambar untuk imej besar


GOSIP - ZIZAN & EMMA BERCUMBUAN DALAM KAPAL TERBANG?



Waahhh... memang panas dan meletop apabila Zizan Raja Lawak dan Emma Maembong didakwa bercumbu dalam kapal terbang. Menurut sumber Utusan, ia berlaku semasa mereka dalam perjalanan menuju ke Los Angeles (LA), Amerika Syarikat baru-baru ini.

Artikel terdahulu:
Lebih panas bila mereka dikatakan 'main wayang' sebelum ini apabila tak mengaku yang mereka berdua memang bercinta. Namun entah bagaimana, ketika percutian tersebut, ada mata yang memerhati gelagat mereka bercumbu (cium pipipun salah satu aksi bercumbu ya tak?).

Klik gambar untuk size 800X535


19 January 2014

TAHNIAH - ISTERI USTAZ DON SELAMAT BERSALIN DI MESIR



Berita gembira daripada pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Bijayid. Isteri beliau, Husna Mohd Zahry dilaporkan telah selamat melahirkan anak sulung mereka, malam semalam di Mesir.

Artikel terdahulu:
"Assalamualaikum semua... Alhamdulillah. Bayi selamat dilahirkan pada jam 4.25 petang (10.25 malam waktu Malaysia). Normal dan sihat... 3.5 kilogram," ujarnya melalui laman sosial.

Klik gambar untuk size 800X529


BILA HAFIZ HAMIDUN 'SENTAP' DITEGUR JAAFAR ONN



Memang sesuatu yang melucukan apabila segelintir pelawat laman sembang mendakwa kononnya Hafiz Hamidun 'mudah sentap' apabila ada sesuatu kritikan yang melibatkannya. Contoh paling baru ialah apabila penyanyi lagu 'Jodoh Berdua' itu ditegur oleh Jaafar Onn kerana berzikir tidak kena tempat di dalam klip video terbarunya.

Artikel terdahulu:
"Duduk tepi pantai tu Tsunami ke dik... berzikir bukan macam tu, duduk tepi pantai bukan caranya. Pakailah kupiah. Ni macam orang mabuk cinta je. Lepas zikir apa pulak dik, buat lebih baik dari zikir ia pasti meletop," tegur Jaafar melalui mesej peribadi.

Klik gambar untuk size 800x623


RISIK SENYAP2, NIKAH BARU 'CANANG' - SYAMSUL YUSOF



Tiada niat mahu sorok majlis merisik! Demikian kata Syamsul Yusof mengenai Puteri Sarah Liyana yang dirisik keluarganya baru-baru ini.

Artikel terdahulu:
"Saya tiada niat rahsiakan majlis merisik. Risik saja jadi saya pilih untuk tidak kecoh-kecoh. Waktu nikah nanti saya war-warkan ya. Itu yang utama," ujarnya melalui laman sosial.

Klik gambar untuk size 800X676