28 February 2014

UMRAH - LANA NORDIN & LISDAWATI TERBANG KE MEKAH



"Majlis kenduri doa selamat untuk ke tanah suci bersama keluarga, anak-anak yatim dan keluarga Lisdawati.... doakan semuanya berjalan lancar. Aminnnn," demikian kata Lana Nordin yang akan berangkat ke Tanah Suci Mekah bersama pelakon Lisdawati hari ini.

Artikel terdahulu:

Untuk makluman, Lana, adik lelakinya dan Lisdawati akan mengejakan umrah selama dua minggu.

Klik gambar untuk size besar


MINTA AMPUN DEPAN KAABAH, DOA BUAT BEKAS SUAMI - RAJA AZMI



Doa buat bekas suami Jalani Mohamad Sidek dan isterinya merupakan antara doa yang dimohon oleh Raja Azmi Raja Sulaiman di Tanah Suci Mekah. Selain itu, dia juga meminta ampun pada Allah SWT depan Kaabah atas dosanya kerana mencuri dan menjual barang kemas neneknya satu ketika dahulu.

Artikel terdahulu:

"Saya langsung tidak ingat peristiwa itu sehinggalah saya berdoa meminta ampun di hadapan Kaabah, tiba-tiba saya teringat peristiwa mencuri barang kemas nenek. Saya bertaubat dan memohon ampun kepada Allah.

Klik gambar untuk size besar


27 February 2014

VIDEO - LATIHAN ERRA & AWIE UNTUK WATAK SEMBILU



Video latihan Awie dan Erra yang bakal mengimbas kembali zaman kegemilangan filem Sembilu. Bagi anda yang 20 tahun lalu masih handsome dan masih cantik jelita... pasti anda bakal teringat kembali nostalgia manis tersebut.

Artikel terdahulu:

Selain Awie dan Erra, turut berlakon dalam konsert Teaterikal Suara Kita itu yang bermula 3 Mac ini ialah Ziana Zain. Jom tengok!


Video selepas ini:

WANITA ITU BUKAN KEKASIH SAYA - ALIFF AZIZ



Aliff Aziz menafikan gadis di dalam gambar mesra yang tersebar baru-baru ini sebagai kekasihnya. Menurut penyanyi itu, dia mengenali wanita tersebut melalui private show dan hubungan mereka ibarat keluarga.

"Sebenarnya saya lebih lama mengenali ibu bapanya kerana sebelum ini ibunya pernah memanggil saya untuk mengadakan private show bagi sesebuah organisasi dan sudah banyak kali juga kami bekerjasama sebelum ini.



7 GAMBAR - ULANG TAHUN KEDUA PERKAHWINAN WAWA & AERIL



Gambar romantis sempena ulang tahun kedua perkahwinan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal semalam yang bagaikan membuka lembaran baru buat mereka berdua. Apa yang menarik, mereka telah keluar makan berdua sambil bertentangan mata.

"Happy 2nd anniversary sayang... Semoga cinta kita makin mendekatkan kita padaNYA. Terima kasih kerana menjadi teman, isteri dan ibu yang menawan di dunia dan akhirat. love you!" demikian ayat romantis Aeril pada Wawa.

Tahniah dan selamat ulang tahun kedua!



GAMBAR - ISTERI USTAZ DON KINI SAH BERGELAR DOKTOR



"Alhamdulillah results are out.. 6.5 years of sweat & tears have paid off. I've officially completed my MBBCh and finally graduated medical school," demikian kata isteri Ustaz Don Daniyal Don Bijayid iaitu Husna Mohd Zahry yang kini sah bergelar seorang doktor.

Artikel terdahulu:

Berita gembira tersebut telah dikongsi oleh Husna melalui laman sosialnya kira-kira seminggu lalu setelah keputusan rasmi dikeluarkan oleh University Cairo (Kasr El-Ainy Medical Faculty).



26 February 2014

HAMIL 32 MINGGU - LINDA & BEEGO ABADI SAAT MANIS



Gambar 'Maternity Shoot' Linda Hashim yang hamil 32 minggu bersama suaminya Beego yang kelihatan tidak sabar menimang cahaya mata pertama mereka.

Dengan menggunakan khidmat jurugambar professional, mereka memilih ketenangan pantai Morib, di Banting, Selangor sebagai lokasi penggambaran.

Doa kita, moga segalanya dipermudahkan oleh Allah buat mereka berdua nanti. Amin.

Klik gambar untuk size besar


EMRAN NAFI ALEESYA BERSEDIH RINDUKAN ERRA



Engku Emran menafikan gambar-gambar anaknya Engku Aleesya yang dimuatnaik melalui laman sosialnya baru-baru ini dalam keadaan bersedih. Penafian itu timbul berikutan ada blog hiburan yang memaparkan gambar anaknya itu dengan ayat 'bersedih' seolah terasing daripada ibunya.

"jangan khuatir, syurga Aleesya dan Aleesya baik-baik sahaja dan tenang. Tak kusutpun kami BERTIGA dengan fitnah-fitnah ni kerana ALLAH melindungi hamba-hambarNya yang dianiaya. Itu telah Allah janjikan," tulis Emran melalui Twitternya.



KAHWIN KALI KE 4 - ANA DAHLIA & KEKASIH BUAT PERSIAPAN?



Akhirnya Ana Dahlia dilihat tampil di Butik Pereka Fesyen Pengantin, Ezuwan Ismail bersama pasangannya yang dikenali sebagai Muhammad, mungkin untuk berbincang mengenai pakaian majlis perkahwinan mereka agaknya.

Melalui laman sosial pereka fesyen itu juga, beliau ada menyatakan sudah habis berbincang dan berterima kasih kepada Ana dan Muhammad kerana memilihnya. Beranggapan baik, pastinya mereka telah memilih Azuwan sebagai pereka pakaian kahwin mereka.



ADEGAN PANAS AWIE & ERRA DIKURANG KERANA EDAH



Disebabkan baru bercerai dan masih dalam tempoh edah, adegan panas/intim Erra Fazira dan Awie dalam Konsert Teaterikal Suara Kita akan ditapis dan dikurangkan.

Artikel terdahulu:
"Sebagai pengarah saya mahu melihat mereka ikut semua babak-babak daripada filem asal dalam pementasan ini termasuk adegan romantik supaya penonton dapat merasai seperti mana mereka menonton filem Sembilu 20 tahun lalu.

Klik gambar untuk size besar


25 February 2014

LAGI 11 HARI NIKAH - SYAMSUL YUSOF TERUS BERDAKWAH



"Kepenatan membuat suatu ibadah itu akan 'Hilang' selepas kita berehat. Tapi Pahala diatas ibadah itu takkan Hilang malah kekal selamanya," ujar Syamsul Yusof yang kini banyak melakukan aktiviti dakwah meskipun tarikh kahwinnya hanya tinggal 11 hari sahaja lagi.

Dan seperti biasa, Syamsul cukup rapat dengan Ustaz Azhar Idrus yang sering mengundangnya dalam majlis ilmu mahupun dakwah. Jom tengok!



GAMBAR - LENA AF9 & SUAMI KINI SUDAH BERHIJRAH



Gambar Naib Juara Akademi Fantasia Musim Kesembilan (AF9) Lenaber Haidir, 24, atau lebih dikenali sebagai Lena AF9, yang kini sudah berhijab bersama suaminya Muhammad Azhar Datu Mohd Akjan, 27.

Untuk info, Lena dan Muhammad Azhar berkahwin pada tahun 2013 di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Mereka berdua mula berkenalan ketika sama-sama berada dalam penerbangan dari ibu negara ke Kota Kinabalu.

Berhijrah - klik gambar untuk size besar


AKSI ENGKU ALEESYA, SEMINGGU SELEPAS ERRA & EMRAN BERCERAI



Kita semua tahu yang hak penjagaan Engku Aleesya telah jatuh ke tangan Engku Emran selepas penceraian dengan Erra Fazira tanpa tuntutan nafkah dan edah. Meskipun hak bermalam dan lawatan bersama diberi pada Erra, namun pasti masih ada 'sembilu' yang menghiris hati dan perasaan.

Artikel terdahulu:

"Morning folks school run. Watching her current flava My Little Pony. Hv a gd day All. Lets rock n roll," ujar Emran.



24 February 2014

KEJUTAN HARI LAHIR - ZAIN SAIDIN KINI BERUSIA 30 TAHUN



Sememangnya, kejutan hari lahir sering dilakukan oleh artis atau selebriti kita. Dalam hal ini, Rozita Che Wan turut tidak mahu ketinggalan apabila membuat kejutan terhadap Zain Saidin sempena hari lahir suaminya itu yang ke 30.

Bezanya, kejutan tersebut dilakukan di set penggambaran drama 'Walaupun Sedetik Cuma' terbitan Zeel Production di Shah Alam, Selangor.

Klik gambar untuk size besar


MOHON CERAI - LIZA ABDULLAH KINI SAH JANDA



Liza Abdullah, pelakon popular 80-an, akhirnya sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur hari ini.

Artikel terdahulu:
Suaminya, Zolkifli Abdul Rahman, 58, melafazkan cerai tersebut secara baik di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin. Bagaimanapun, kamar mahkamah jadi pilu apabila pasangan itu menangis teresak-esak sambil berpelukan sebelum lafaz cerai dilakukan.



4 GAMBAR - ALIFF AZIZ BERSAMA KEKASIH BARU?



Gambar menarik Aliff Aziz disamping seorang gadis yang didakwa sebagai kekasih barunya. Meskipun sering dikecewakan contohnya putus dengan Anne Ngasri dan Adira, namun bak kata pepatah... patah tumbuh hilang berganti.

Walaupun ada yang mendakwa kononnya wanita tersebut pernah berkahwin satu ketika dahulu dan mempunyai seorang anak, namun cinta sebenarnya tidak mengira taraf. Jika benar mereka bercinta, tahniah diucapkan!

Klik gambar untuk size besar


NORA DANISH & NEDIM BAKAL KAHWIN TANPA HANTARAN



Pasti ramai yang sudah mengetahui berita mengenai Nora Danish yang didakwa sudah membeli barangan hantaran kahwin. Meskipun menafikannya, namun Nora mengakui yang dia mahu perkahwinannya nanti tanpa sebarang barang hantaran.

Artikel terdahulu:

Tambah Nora, dia tidak mementingkan hantaran kerana dia mahu perkara yang wajib dilaksanakan terlebih dahulu iaitu 'akad nikad'.



22 February 2014

BILA SUAMI FARAWAHIDA KENA GOSOK BAJU SENDIRI



"Saya memang malas nak gosok baju lebih-lebh lagi apabila melibatkan pakaian suami. Saya rasa kerja itu susah, tambah pula suami amat peka dengan garisan-garisan di baju," demikian kata Farawahida Razali, 29, yang berkahwin pada 16 Disember tahun lalu.

Oleh yang demikian, suaminya Abdul Shukur Mohd Zain, 30 terpaksa menggosok baju sendiri sekiranya mahu ianya sempurna. Heh.



21 February 2014

5 GAMBAR - FITTING BAJU & FOOD TASTING AIDIL ZAFUAN & ZAREMA



Selepas memuat naik gambar sesi fitting baju perkahwinannya di butik Cosry di laman sosialnya dengan caption "Fitting at Cosry with Abg @putraaziz_cosry", terkini Aidil Zafuan dan bakal isterinya Zarema Zainal memuat naik pula gambar food tasting.

Tentu sedap makanan yang ditempah untuk majlis perkahwinan mereka pada Mac nanti.

Majlis food tasting - klik untuk size besar


KAHWIN 8 MAC - 'BEKAS KEKASIH' MASIH GANGGU PUTERI SARAH



Puteri Sarah Liyana rasa terkilan apabila masih ada pihak yang mengeluarkan dakwaan liar mengenai perkahwinannya tidak lama lagi. Malah bekas teman lelakinya juga didakwa sengaja membuat dakwaan keterlaluan di portal hiburan yang boleh menjejaskan imejnya.

Artikel terdahulu:

Dia yang terkilan dengan dakwaan tidak berasas itu, telah menepis tuduhan dan dakwaan itu sekeras-kerasnya menerusi Twitter. Tegas Puteri Sarah, dia tidak pernah memberi kenyataan kepada mana-mana media berhubung isu tersebut.



20 February 2014

IBU SERINA REDZUAWAN & CHEF RIZ DISERANG 'STROKE'



Ibu chef Riz dan Serina Redzuawan yang juga bekas isteri Chef Wan diserang 'stroke' atau angin ahmar beberapa hari lalu. Kisah sedih tersebut telah disahkan oleh Serina sendiri yang turut berkongsi cerita melalui laman sosial miliknya.

Terdahulu, ketika dihubungi media, Serina mengakui masanya kini banyak dihabiskan untuk menjaga ibunya yang sakit.



ERRA MASIH BERAHSIA & AWIE HARAP ERRA TABAH



Kekasih pertama Erra Fazira iaitu Awie meluahkan rasa simpatinya terhadap Erra berikutan penceraian sahabatnya itu kelmarin. Selain meminta Erra tabah, Awie juga mendoakan agar Erra tidak terganggu dengan apa yang berlaku.

"Sebagai seorang kawan, sudah pasti timbul rasa simpati terhadap dia. Saya harap dia tabah menjalani ujian yang berlaku," ujar Awie.



SAMBUT BIRTHDAY - USIA SUAMI SITI NURHALIZA KINI 55 TAHUN



Gambar majlis ulang tahun Datuk Khalid bin Mohamad Jiwa yang ke 55. Ia disambut penuh sederhana oleh isterinya Datuk Siti Nurhaliza dan anak-anak.

Selain memotong kek, satu majlis kesyukuran, tahlil dan juga sambutan maulidur rasul turut diadakan serentak.

Kilk gambar untuk size besar


12 GAMBAR NOSTALGIA ENGKU EMRAN



Gambar nostalgia Engku Emran Engku Zainal Abidin yang baru-baru ini melafazkan talak satu kepada Erra Fazira.

Artikel terdahulu:

Meskipun tiada jodoh, namun kehidupan harus diteruskan. Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Jom tengok!

Circa 1991 4 Alpha (Emran 4 dari kiri) - Klik untuk imej besar


HALANG TEMU ANAK - NORISH KARMAN ENGGAN DEDAH BAPA HAQ LUTFIE



"Mereka pernah memberitahu, anak saya itu tiada kena mengena dengan mereka jadi saya tidak melihat Haq Lutfie Alexander perlu berjumpa dengan bapa kandungnya," kata Norish Karman kepada media.

Selain itu, Norish juga memberitahu yang dia tidak akan membenarkan bapa kepada anak bongsunya itu yang berusia dua tahun bertemu dengan kanak-kanak itu.

Klik gambar untuk size besar


19 February 2014

PENCERAIAN ERRA & EMRAN - BERMADU PUNCA CERAI?



Segalanya sudah terjawab!

Demikian kata Erra Fazira ketika ditanya oleh media mengenai punca penceraiannya dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin, 39, semalam.

Artikel terdahulu:

"Segala spekulasi yang timbul sebelum ini sudah pun terjawab jadi jangan tanya saya lagi mengenainya," ujar Erra seolah mahu mengelak.



INFO - VIDEO UMI 2014 & KONSERT BAKTI DATO' SHAKE



"By your request, its my pleasure to present you my reflection about motherly love (we will never be able to measure what a mother has done for their child)," ujar Dato' Shake mengenai lagu Umi versi 2014.

Untuk info lagu tersebut baharu sahaja dilancarkan semalam di Heritage Club, Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.



18 February 2014

ERRA FAZIRA & ENGKU EMRAN SAH CERAI TALAK SATU



TERKINI:

Akhirnya Erra Fazira diceraikan dengan talak satu oleh suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, Selangor, sebentar tadi.

Artikel terdahulu:

Mereka bercerai di hadapan Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain yang kemudian mengesahkan lafaz yang dibuat oleh Engku Emran itu selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk berpisah secara baik.

Erra (tutup muka) ketika hadir di mahkamah


GAMBAR - MAJLIS AQIQAH ANAK ROSMA & KHAI



Gambar menarik Majlis Aqiqah anak Rosma dan Khai AF1 pada 16 Februari lalu di Kuantan, Pahang.

Artikel terdahulu:

Untuk rekod, pasangan ini mendapat anak kedua mereka itu pada Sabtu, 4 januari 2014 yang lalu. Mereka sebelum ini mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Muhammad Amzar Danish.

Klik gambar untuk size besar


5 GAMBAR - BAJU KETAT MENAMPAKKAN 'BABY BUMP' SCHA AL-YAHYA



Aksi Scha Al-Yahya yang kini hamil kira-kira lima bulan memakai baju yang agak ketat hingga menampakkan 'baby bump' nya.

Untuk info, Scha dan suaminya Awal Ashaari sebulan lalu telah mendedahkan kehamilan tersebut yang pada awalnya dirahsiakan. Berita tersebut telah dikongsikan kepada umum menerusi akaun Facebook milik Scha sendiri.

Klik gambar untuk size besar


6 GAMBAR - AYU RAUDHAH & KELUARGA MENGERJAKAN UMRAH



Gambar Ayu Raudhah yang kini sedang mengandung anak kedua (yang berusia kira-kira enam bulan) mengerjakan umrah bersama suaminya serta ibu bapa mertua.

Turut bersama di Jeddah ialah Dato’ Aliff Syukri yang popular melalui kata-kata 'Terlajak Laris'. Untuk info, Aliff mengikuti rombongan umrah yang sama.

Jom tengok!



BAKAL KAHWIN - CALON SUAMI HANEZ SURAYA KUAT CEMBURU



Kuat cemburu...begitulah gambaran mengenai bakal suami Hanez Suraya, 34, yang sudah mula memberi isyarat apa yang boleh dan apa yang tidak boleh kepada pelakon itu. Berikutan itu, Hanez kini sudah mula membataskan aktiviti seninya demi memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri nanti.

Artikel terdahulu:

Malah dia juga tidak kisah sekiranya dia terpaksa menarik diri dari dunia seni untuk menjadi surirumah sepenuh masa.

Klik gambar untuk size besar


17 February 2014

LAGI GAMBAR CUCU DATUK ROSYAM NOR



Lagi gambar cucu Datuk Rosyam Nor yang bernama Hanan Adraa Mohd Hafiz selepas 14 hari dilahirkan.

Artikel terdahulu:

Untuk info, Hanan adalah anak Arniesha Azureen yang bernikah dengan Mohd Hafiz Haji Mohd Said.

Klik gambar untuk size besar



         ________________________


GAMBAR - IBU SYAMSUL YUSOF 'SHOPPING' SAKAN PERSIAPAN KAHWIN



Nampaknya bukan main sibuk Puan Patimah Ismail kita ni membuat persiapan untuk perkahwinan anaknya Syamsul Yusof. Lihat la tu, sampai berbondong barangan mereka borong di kedai barangan perkahwinan di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

"Beli belah Majlis kahwin anak," kata Patimah yang turut ditemani pembantu untuk membawa barangan tersebut.

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


KONSERT BOLLYWOOD - BILA SEGELINTIR MEDIA MASIH TAK SERIK



Rumah siap pahat berbunyi!

Demikianlah kesimpulan konsert artis-artis Bollywood ‘Temptation Reloaded’ melibatkan ShahRukh Khan yang berlangsung di Stadium Merdeka pada 15 Februari lalu. Ada media yang baru faham mereka sebenarnya hanya sekadar 'anak tiri' jika mereka terlalu 'teruja' terhadap penganjur dan artis Bollywood yang kebanyakannya kurang budi bahasa.

Persembahan Shahrukh Khan - klik gambar untuk size besar


INFO SANA SINI - 'YES BOSS!', DRAMA BERSIRI TERKINI TV3



'Yes Boss!' Itu saja jawapan yang harus diberikan oleh pembantu naif, Aryana setiap kali menerima arahan daripada bosnya, Irfan Ilham.

Istimewa buat penonton TV3, drama siri arahan Emi Suffian iaitu YES BOSS! bakal menghiasi petang hujung minggu anda dengan adegan romantik pelakon-pelokon hebat seperti Fahrin Ahmad, Emma Maembong, Norkhiriah, Julia Zigler, Shamsul Ghau Ghau, Jasmin Hamid, Ryzal Jaafar, Norlia Ghani, Zafrul Nordin, Raja Ema, Chacha Maembong dan ramai lagi.

Klik gambar untuyk size besar


9 GAMBAR - SHARIFAH ZARINA KINI BERHIJAB



Gambar Sharifah Zarina, 32, yang terkenal dengan lagu Langit Ketujuh yang kini tampil dengan imej berhijab.

Apa yang menarik, Sharifah Zarina juga baru-baru ini telah mengambil tindakan terhadap penyalahgunaan gambarnya oleh sebuah blog hiburan. Dakwa penyanyi itu, blog tersebut menggunakan gambarnya sambil memaparkan cerita yang mengaibkan.



15 February 2014

BERI KAMI TEMPOH SETAHUN UNTUK KAHWIN - ZIZAN RAZAK



Jika ada yang teringin melihat atau menasihati Zizan Razak dan kekasihnya Emma Maembong cepat kahwin, nampaknya hajat mereka tidak akan kesampaian. Ini kerana, Zizan yang sebelum ini dilanda pelbagai gosip liar, tidak mahu kahwin terburu-buru.

Artikel terdahulu:

Menurut Zizan, dia hanya akan kahwin dalam tempoh setahun demi kerjayanya sebelum membuat apa-apa keputusan.

Klik gambar untuk size besar


14 February 2014

SOROK TUNANG DENGAN FIZZ - ALMY NADIA BIMBANG DIMUSUHI



"Saya bukan sengaja merahsiakan pertunangan kami pada tahun lalu, ia adalah permintaan kedua-dua keluarga agar tidak timbul perkara yang tidak diingini," demikian kata Almy Nadia mengenai pertunangan rahsianya pada 22 Oktober 2013 dengan Fizz Fairuz.

Menurut Almy, ia dilakukan demi mengelak hubungan mereka berdua terjejas ekoran ada pihak yang berasa kurang senang dengan kebahagiaannya.



JULFEKAR & MIN YASMIN SIBUK BUAT PERSIAPAN KAHWIN



Komposer Julfekar yang bakal berkahwin pada Mac ini dengan Min Yasmin nampaknya makin sibuk menjelang hari bahagianya itu.

Apa yang menarik, Min Yasmin sudah membuat sesi 'fitting' baju pengantin serta melawat dewan resepsi bersama Julfekar.

Klik gambar untuk size besar


CINTA ADIB & UMMI - SITI NURHALIZA TAK HALANG



Tiada sebab untuk Datuk Siti Nurhaliza menghalang anak tirinya, Adib Khalid berkawan rapat atau bercinta sekalipun dengan aktres Ummi Nazeera. Demikian dinyatakan oleh Siti kerana dia tahu bahawa Adib dan Ummi sebenarnya adalah kenalan lama dan sama-sama pernah menuntut di sebuah universiti di Melbourne, Australia.

Artikel terdahulu:

"Saya tahu mereka berkawan rapat semenjak belajar di Australia tetapi sekiranya mereka bercinta ia bukan satu masalah kerana masing-masing sudah besar dan boleh membuat keputusan sendiri," kata Siti pada media di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Klik gambar untuk size besar

13 February 2014

HARI KE-4 - ISTERI BLACK MASIH TERIMA RAWATAN DENGGI



Rasanya ramai yang sudah tahu bahawa isteri penyanyi Black Hanafiah, iaitu Naquia Yasirah mengidap demam denggi baru-baru ini. Meskipun mendapat rawatan awal di di Columbia Asia Hospital, Setapak, Kuala Lumpur, namun rawatannya memakan masa untuk sembuh.

"Hari ke 4 jumpa doktor Hospital Columbia #denggi arini mak mertua teman.. harap #nyawa @ciraakhairi kembali pulih dengan cepat.. amin," ujar Black melalui laman sosialnya.

Hari 4, masih terima rawatan di hospital
Klik gambar untuk size besar


10 GAMBAR: RAGAM TERKINI MUHAMMAD - ANAK DIANA & FARID



Gambar terkini Muhammad, anak kepada Diana Danielle dan Farid Kamil yang makin ceria dan manja dengan sesiapa sahaja.

Artikel terdahulu:

Paling menarik, nama Muhammad kini menjadi nama paling top untuk bayi British selepas nama Harry. Ia sekaligus menandakan bahawa nama Rasulullah SAW itu sememangnya diterima baik oleh umat Islam termasuk bukan Islam di seluruh dunia.



6 GAMBAR - HANS ISAAC LUPA HADIAH HARI LAHIR NEELOFA?



Tiada hadiah istimewa yang diberikan oleh Hans Isaac kepada Neelofa sempena hari lahir pelakon dan pengacara itu pada 10 Februari lalu. Mungkinkah Hans terlupa memberi hadiah atau dia sememangnya terlupa tarikh hari lahir Neelofa?

Artikel terdahulu:

Dan seperti biasa, Neelofa yang menyambut hari lahirnya di Pool Bar, Hotel One World, Petaling Jaya, Selangor pada Ahad lalu enggan bercerita lanjut tentang hadiah istimewa yang diperolehinya.

Klik gambar untuk size besar


LIYANA JASMAY & BABY BUMP - SHAHEIZY SAM TOLAK FILEM TIADA KUALITI



Pasti ramai yang perasan sejak akhir-akhir ini pelakon Shaheizy Sam agak kurang muncul dalam filem berbanding beberapa tahun lalu. Mungkinkah zaman kegemilangan pelakon itu sudah sampai ke penghujungnya atau tiada tawaran berlakon?

Bila diajukan soalan ini, Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abdul Samad, 32, berkata, dia kini hanya memilih filem yang dapat membantu industri perfileman dan secara tidak langsung memberi kepuasan kepada kerjayanya.

Klik gambar untuk size besar


12 February 2014

TAHNIAH - RABECCA NUR ISLAM KINI SUDAH BERHIJAB



Update - dikemaskini:

"Alhamdulillah ibu-ibu ku sekarang sudah berhijab!" begitulah kata anak tiri kepada Rabecca Nur Islam di laman sosialnya. Komen tersebut berikutan ibunya kini sudah menutup aurat selepas menunaikan umrah baru-baru ini.

Artikel terdahulu:
"Alhamdulillah... syukur... da sampai KLIA from madina... TERIMA KASIH ALLAH kerana memberi ku Peluang ke tempat MU... indah sungguh CIPTAAN MU," demikian pula kata Rabecca di laman Instagramnya.

Rabecca bersama anak tirinya 
Klik gambar untuk size besar


BAJU HINA PASUKAN KESELAMATAN - AKHIRNYA ZIZAN MINTA MAAF



Pelawak dan pengacara yang tak habis-habis yang dirundung kontroversi, Zizan Razak akhirnya memohon maaf kepada mana-mana pihak sekiranya pakaian yang dipakainya pada malam Anugerah Meletop Era 2013 menghina pasukan keselamatan.

Artikel terdahulu:

"Sebelum setuju memakai pakaian berkenaan saya sendiri bertanya dengan pereka fesyennya adakah tidak menjadi kesalahan sekiranya memakai pakaian menyerupai anggota keselamatan negara.

Klik gambar untuk size besar


19 GAMBAR - KONSERT JELAJAH YUNA DI USA DAPAT SAMBUTAN HANGAT



Gambar konsert jelajah Yuna iaitu 'U.S Nocturnal Tour 2014' di bandar-bandar utama Amerika yang berlangsung baru-baru ini. Jelajah tersebut adalah bagi mempromosikan album terbarunya, 'Nocturnal' yang dilancarkan pada 2013.

Artikel terdahulu:
Ikhlasnya, meskipun bertudung... namun ramai peminat Yuna di Amerika yang tidak ambil peduli mengenai imej tersebut. Ini kerana, dia nyata diterima ramai apabila setiap venue konsertnya itu telah dibanjiri ramai penonton dan peminat setia.



34 GAMBAR - NORA DANISH & NEDIM BERCUTI LAGI KE BALI, INDONESIA



Gambar menarik Nora Danish dan Nedim bercuti di Bali, Indonesia selepas mereka sebelum ini bercuti bersama di tempat menarik seperti London, Myanmar, Thailand dan Paris.

Artikel terdahulu:

Difahamkan, mereka bercuti bukan berdua tetapi bersama kakak Nora dan beberapa rakan rapat. Selain bercuti, mereka juga telah menghadiri sebuah majlis perkahwinan rakan mereka di sana. Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


GOSIP - ZUBIR BPOP BULAN LAGI WARTAWAN HIBURAN?



Wartawan 'sensasi' yang sering memaparkan cerita kontroversi artis iaitu Zubir Yunus kini didakwa telah ditukarkan dari meja hiburan ke bahagian lain. Menurut laporan yang dipetik daripada laman sembang dan blog hiburan, ia berpunca daripada kes saman Aeril Zafrel yang melibatkan Zubir dan majikannya.

"Zubir sudah 2 bulan ditukarkan posisinya dari wartawan hiburan b*pop BH kepada bahagian lain yg tiada kena mengena dgn dunia hiburan. barangkali ekoran tindakan undang2 yg diambil oleh ARIEL ZAFEL kepadanya dan BH," demikian kata satu status laman sosial dari seseorang yang tidak mahu dikenali kepada sebuah laman sembang.

Wallahu a'lam..!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...