30 April 2014

NAFI SEBAB KECEWA - FARALYNA 'KAHWIN MUDA' DISEMBER INI



Bak kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti. Demikianlah halnya dengan Faralyna Idris, 23, yang bakal berkahwin dalam usia muda Disember ini.

Meskipun hanya mengenali bakal suaminya kira-kira dua tahun yang lalu melalui seorang rakan, namun dia tidak teragak-agak menerima lamaran jejaka itu. Katanya, dia yakin dengan sikap tanggungjawab kekasih barunya itu selepas dikecewakan oleh Hairul Azreen.



MABUK DI AUSTRALIA - AKTRES KACUKAN MENJERIT DI TENGAH JALAN



Kami sendiripun tidak dapat bayangkan siapakah yang dimaksudkan oleh Era FM mengenai kes seorang pelakon wanita kacukan Inggeris yang didakwa mabuk teruk di Sydney, Australia.

Menurut mata yang memandang di sana, pelakon wanita tersebut kelihatan seperti tidak betul dan menjerit-jerit di tengah jalanraya dan di dalam sebuah restoran di Chinatown, Sydney.

Gambar hiasan


GELAGAT ANUAR ZAIN 'BERSELFIE' DENGAN PEMINAT



Memang sporting gila apabila Anuar Zain sendiri mengajak peminat-peminatnya untuk 'berselfie' menggunakan 'kamera Go Pro' ketika mengadakan persembahan sempena Minggu Setiausaha di Hotel One World, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Lebih menarik, setiap kali Anuar turun ke bawah pentas, suasana menjadi gamat dengan jeritan peminat yang berlumba-lumba mendapatkan Anuar untuk bergambar bersama. Bahkan peminat juga saling mencemburui apabila Anuar meluangkan masa agak lama di sesuatu sudut sehingga keadaan menjadi agak tidak terkawal.



SAYA BUKAN BERDUA KE BANGKOK - ANA DAHLIA



Baru-baru ini, ramai yang telah menatap foto 'ala romantik' Ana Dahlia dengan seorang jejaka yang didakwa sebagai teman lelakinya. Apa yang heboh, mereka bercuti di Bangkok, Thailand sambil merasa kemeriahan perayaan Songkran di sana.

Artikel terdahulu:

Selanjutnya, usaha media untuk menghubungi Ana bagi mengesahkan cerita tentang percutiannya bersama teman lelakinya itu gagal. Hanya beberapa minggu selepas itu barulah dia dapat dihubungi.



29 April 2014

BERCERAI KERANA INSTAGRAM - JIKA ADA JODOH ADAM & FIZA RUJUK SEMULA



Bunyinya memang kecil, namun itulah hakikatnya jika sudah tiada jodoh. Hanya kerana Instagram, sebuah keluarga yang dibina berlandaskan 'cinta' akhirnya musnah di tengah jalan.

Itulah hakikat sebenar penceraian antara Fiza Elite atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, dengan Adam AF2. Semuanya bermula apabila pengikut Instagram miliknya mempersoalkan sebab-sebab dia tidak memuat naik gambar Adam di laman sosialnya dan begitu juga Adam yang tidak berbuat demikian.



ALLAHYARHAM SIDEK HUSSAIN LARANG ANAK JADI ARTIS - SELBIAH



"Dia mahu anak-anak berjaya dalam pelajaran dan dalam bidang-bidang tertentu, dia juga tidak pernah mengalakkan anak-anak mengikut jejak langkahnya," kata isteri Allahyarham Sidek Hussain, Selbiah Sulaiman, 61.

Tambahnya, Allahyarham tidak pernah mengalakkan anak-anaknya untuk menceburkan diri dalam dunia seni.



28 April 2014

FIZA & ADAM AKHIRNYA SAH BERCERAI



Harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Demikianlah halnya dengan Adam AF2 dan Fiza Elite yang akhirnya sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor. Mereka nikah hanya tujuh bulan.

Lafaz cerai Adam telah dilakukan dihadapan hakim syarie, Tuan Muhamad Nazri Basrawi kira-kira 1.05 petang tadi mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.



HUBUNGAN DIANA DANIELLE & IBU SUDAH PULIH?



Masihkah anda ingat dengan gosip dan dakwaan mengenai Diana Danielle yang menikahi suaminya Farid Kamil? Antara dakwaan tersebut hingga menimbulkan konflik ialah hubungan dengan Mamanya jadi renggang.

Namun melalui sebuah foto yang dikongsikan oleh ibu Diana sendiri iaitu Norsiah Ramli yang memuatnaiknya melalui laman sosial, hubungan mereka kini dilihat baik-baik sahaja dan dia juga nampak manis bertudung di sebuah majlis agama.



ALFATIHAH - SIDEK HUSSAIN MENINGGAL DUNIA AKIBAT KANSER



Akibat mengidap kanser tahap empat pada ketumbuhan dipipinya sejak 30 tahun lalu, pelakon veteran Sidek Hussain, 63, akhirnya meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur malam semalam.

Allahyarham yang pengsan ketika membeli barang untuk cucunya pernah dimasukkan ke hospital pada 30 Mac. Hasil pemeriksaan baru-baru ini, doktor telah mengesahkan ketumbuhan yang hampir dua kilogram pada pipinya itu sejenis kanser.



27 April 2014

5 GAMBAR - ALMY NADIA AKHIRNYA KINI SAH ISTERI FIZZ FAIRUZ



Air mata mengiringi pernikahan Almy Nadia dan Fizz Fairuz yang berlangsung di Masjid Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang semalam.

Semuanya gara-gara Almy yang risau sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini setelah pelbagai dugaan dan cabaran yang dilaluinya sebelum ini.



25 April 2014

LAGI GAMBAR HANGAT ANAK DATO' SHEILA MAJID



Jika baru-baru ini, Dato’ Sheila Majid memberi komen menarik mengenai kontroversi yang mengaitkan anak gadisnya, Kayda Aziz... namun terbaru tersebar pula gambar lain yang memperlihatkan anak gadisnya dicium dan mencium jejaka bukan muhrim.

Dalam hal ini, kita tidak boleh salahkan ibu bapa semata-mata, anak juga seharusnya memainkan peranan murni dalam pergaulan. Kerana sebagai manusia berakal, kita pastinya tahu mana yang baik dan mana yang memberi kesan buruk pada keluarga, agama dan diri sendiri. Tak gitu?



EMRAN IMBAS KENANGAN MANIS - MUNGKINKAH ERRA TERBUKA HATI?



Meskipun bagai ditolak hasrat murninya oleh Erra Fazira, namun nampaknya Engku Emran seolah tidak berputus asa. Hashtag #prayformomandayah tetap diteruskan demi kegembiraan anak tersayang dan kenangan lampau yang mencuit perasaan.

Terkini, Emran dilihat telah memuat naik foto kenangannya bersama Erra di laman sosial miliknya. Menurut Emran, gambar-gambar itu ditemui selepas dia membuka kotak yang mengandungi gambar-gambar lamanya bersama bekas isterinya itu dan ramai lagi.

Kenangan terindah - klik gambar untuk size besar


24 April 2014

6 GAMBAR - AKSI SOLO DYNAS MOKHTAR BERCUTI DI PULAU BORACAY, FILIPINA



Gambar-gambar percutian solo Dynas Mokhtar di pulau Boracay, Filipina. Meskipun tanpa kelibat suaminya yang digosipkan sudah berpisah, namun isu tersebut masih lagi samar.

"saya enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut (sudah bercerai) kerana hal ini melibatkan seluruh keluarga besar kami. Bagaimanapun, apa yang boleh saya jelaskan di sini ialah hubungan saya dan dia masih lagi dalam keadaan baik. Kami juga masih lagi berhubung antara satu sama lain," ujar Dynas dipetik sebagai berkata baru-baru ini.



KES MOHON CERAI - ADAM MASIH SAYANGKAN FIZA?



"No komen. Kita tengok saja nanti,” ujar Adam AF2 ketika ditanya media mengenai kes permohonan cerai yang difailkan oleh isterinya Fiza Elite.

Artikel terdahulu:

Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, juga enggan memberikan sebarang komen mengenai isu tersebut yang bakal disebut di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor, empat hari lagi.



SELAMAT TINGGAL DUNIA SEKSI - JULIZA ADLIZAN KINI BERHIJAB



Tiada lagi aksi seksi! Begitulah niat terkini Juliza Adzlizan, 47, yang tampil berhijab kelmarin.

Menurut penyanyi itu, penghijraan tersebut dilakukan selepas merasakan sudah bersedia menjadi seorang muslimah yang bertanggung jawab. Malah dia juga sebenarnya sudah merancang untuk berhijab sejak beberapa bulan lalu.



23 April 2014

BEEGO DAN LINDA DIKURNIA BAYI PEREMPUAN



Tahniah buat pasangan Beego dan Linda Hashim atas kelahiran bayi perempuan mereka semalam di KPJ Tawakkal Specialist Hospital, Kuala Lumpur. Bayi perempuan tersebut dilahirkan kira-kira pukul 12.30 tengahari dan diberi nama iaitu Jelita.

"Kesian suamiku tak cukup tidur jaga isteri dari semalam.. macam ni punya gaya pun boleh tidur.. sabar ye sayang.. sikit lagi baby nak keluar.. tq for support all the way.. love u so much," demikian kata Linda sebelum melahirkan bayinya.



BILA HALKUM AWEK BARU SHAH JASZLE JADI BAHAN LAWAK



Rasanya ramai yang tidak terkejut apabila mendapat tahu bahawa aktor Shahz Jaszle sudah pun memutuskan pertunangannya dengan Redzwani Puteri. Malah, apabila Shahz Jaszle dilaporkan mempunyai teman wanita baru, sikitpun kami tidak hairan.

Namun yang kami hairan ialah apabila tiba-tiba kekasih baru Shahz yang bernama Hanis Husna itu menjadi bahan lawak di laman sembang. Semuanya gara-gara ‘halkum’ Hani Husna yang kelihatan membonjol.



LAMA MENJANDA - MAK MAH AKHIRNYA NIKAH PENEROKA MEI INI



Kalau dah jodoh tak ke mana!

Demikianlah halnya dengan pelakon seangkatan dengan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee iaitu Ruminah Sidek, 68, yang bertemu kasih dengan Al Fatah Rahim, 70. Apa yang menarik, cinta mereka berputik sewaktu mereka bersama mengerjakan umrah di Mekah Mac lalu.



22 April 2014

5 GAMBAR - 'JUMPSUIT' MERAH RABECCA YANG SUPER HOT..!!



Jika sebelum ini, Rabecca yang sudah berhijrah (berhijab) menarik perhatian ramai apabila dia menerima wang syiling 1 sen dan note RM1 di atas kemenangan samannya terhadap Erma Fatima. Namun terkini, dia membuat kita semua terkejut lagi.

Pemakaian baju 'jumpsuit' ketat berwarna merahnya ketika dia menghadiri majlis hari jadi rakan di hotel terkemuka telah menimbulkan kritikan panas. Dakwa segelintir pihak, baju tersebut amat tidak sesuai dengan imej bertudungnya kerana menampakkan lekuk tubuh.



16 GAMBAR - ZAREMA & AIDIL BERBULAN MADU DI KRABI THAILAND



Nampaknya, ramai juga artis kita yang gemar melancong di Krabi, Thailand. Tidak ketinggalan ialah pasangan yang baru berkahwin iaitu Aidil Zafuan dan Zarema Zainal yang memilih Krabi sebagai lokasi bulan madu mereka.

Mungkin keindahan Krabi membuat mereka rasa romantik kerana di sana terdapat permandangan yang indah. Disamping itu, mereka juga boleh menyelam skuba dan menyaksikan pertandingan Muay Thai yang popular di sana.

Jom tengok!



GAMBAR & GOSIP - KEKASIH BARU IQRAM DINZLY?



Kami mendapat gambar-gambar ini melalui email yang dikirimkan oleh seorang peminat Iqram Dinzly. Menurut pengirim, Iqram dilihatnya makin dilamun cinta dengan kekasih baru tersebut yang mempunyai darah keturunan seni.

"Haaiii... Saya dan kawan-kawan dapat bau yang iqram dinzly makin dilamun cinta dengan kekasih barunya sehingga Soo Wincci sendiri pernah berjumpa dengan gadis itu.

Klik gambar untuk size besar


FIZZ FAIRUZ & ALMY NADIA NIKAH AWAL



Pasti ramai yang sedia maklum bahawa majlis pernikahan antara Fizz Fairuz dan Almy Nadia telah dicanangkan pada 30 Mei 2014. Namun ia sebenarnya akan berlangsung lebih awal daripada tarikh tersebut iaitu 26 April ini (lima hari lagi).

Mereka dilaporkan akan bernikah pada Sabtu di Masjid Balik Pulau, Pulau Pinang, selepas solat Asar. Maklumat ini telah disahkan sendiri oleh Almy Nadia yang menambah bahawa persiapan untuk majlisnya itu sudah hampir selesai.



21 April 2014

FIZA ELITE KE MAHKAMAH FAILKAN CERAI?



Mungkinkah kisah rumah tangga bergolak Adam AF2 dan Fiza Elite sudah sampai ke penghujung? Terkini, media melaporkan bahawa Fiza sudah berkunjung ke mahkamah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

Bagaimanapun, tidak diketahui masalah apa. Tetapi ada gosip wartawan di Utusan Malaysia yang mendakwa kononnya Fiza memfailkan penceraian di pejabat agama itu.



GAMBAR - COMELNYA ENGKU ALEESYA DISAMPING ERRA FAZIRA



"Meet my doctor. Today she wants to be a vet. So cer teka.. siapa yang kena jadi animal?? standby mommmm," begitulah ragam dua beranak ini bila sudah bertemu. Ada sahaja gurauan mereka.

Tapi ikhlasnya... Aleesya nampak comel berkaca mata, macam doktor sebenar pula. Manakala gambar satu lagi pula menyerlahkan kecomelannya mengalahkan ibunya sendiri. Heh!



16 GAMBAR - SEKITAR MAJLIS RESEPSI SYAMSUL DAN SYAFIQ



Pada 18 April lalu, Syamsul Yusof dan adiknya Syafiq telah selamat mengadakan majlis resepsi bersama di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Majlis meriah yang bermula jam 8 malam itu telah dihadiri kira-kira 1,000 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, sahabat handai, rakan artis dan media.

Syamsul dan Puteri Sarah yang mengenakan busana berwarna jingga muda manakala Syafiq dan Aeisha mengenakan busana berwarna perak telah diarak masuk oleh ahli keluarga ke dalam dewan utama. Konsep persandingan mereka pada hari tersebut ialah tradisional Melayu.



18 April 2014

HADIAH ANAK KERETA SPORT – CHE TA NAFI RIAK



Pasti anda masih ingat hasrat Che Ta ingin membelikan sebuah kereta mewah iaitu kereta jenis BMW X6 untuk anak sulungnya Ammar Effendy. Namun itu kereta ‘orang tua’ kata Ammar, dia mahukan jenis audi R8 yang berharga lebih kurang RM660,000.

Artikel terdahulu:

Terkini, Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Che Wan menafikan yang dia bersikap riak mengenai hadiah anaknya itu. Jelasnya, dia memang benar-benar ikhlas mahu memberikan sebuah kereta buat kejayaan Ammar.



BERPISAH DENGAN FIZA? - ADAM AF2 MINTA MASA BERI PENJELASAN



Bermulanya gosip perpisahan antara Adam AF2 dan Fiza Elite kira-kira 6 bukan lalu (Oktober 2013), ramai yang berteka-teki apakah ia gosip sahih atau sekadar cerita hangat artis yang disensasikan.

Ini kerana, baik Adam mahupun Fiza sendiri menafikan yang rumahtangga mereka bergoyang gara-gara cemburu disebabkan Fiza secara kebetulan bertemu dan berbual dengan bekas kekasihnya di sebuah stesen minyak. Bukan setakat cemburu, malah Adam turut didakwa mengungkit kisah lama hingga Fiza meninggi suara.



17 April 2014

TAK BERTUDUNG TAK SEMESTI MASUK NERAKA – RAJA AZMI



Gara-gara luahan Raja Azmi mengenai permakaian tudung menerusi sebuah program TV tempatan, ramai pihak yang marah dengan penerbit filem itu. Dakwa mereka, Raja Azmi seolah tidak peka dengan sensitiviti umat Islam.

Mungkin terasa hati dengan pelbagai kecaman tersebut, Raja Azmi tampil semula menjelaskan mengenai permakaian tudung yang menjadi isu hangat itu.



BMB2 LEBIH BAIK DARIPADA RAJA LAWAK?



Pada yang menonton konsert pengenalan Bintang Mencari Bintang 2 (BMB2) yang disiarkan oleh TV3 Jumaat lalu, pasti mereka setuju bahawa lawak dan mutu vokal peserta adalah lebih baik berbanding Raja Lawak.

Malah pada malam konsert pengenalan pertama itu, Kumpulan EHAH, OOOOO, TOKAN, LAMPU, JEBAT dan SUMBU yang membuat sketsa komedi tema bebas selama 3 minit dilihat lebih bertenaga dan mempunyai bahan lawak menghiburkan.

Klik gambar untuk size besar


AWAL 2015 'SAH' PERKAHWINAN ZIZAN & EMMA



Jika sebelum ini Emma Maembong dikatakan memaksa Zizan Razak meluahkan ucapan cinta (Saya sayang Emma) melalui video yang melucukan, terbaru Zizan akhirnya mengakui bakal berkahwin dengan Emma pada Januari 2015.

"Kami mula serius atau dalam erti kata lain ‘declare’ sebagai kekasih pada 24 Februari 2013. Itu pun selepas dia menyertai Wire Fame Entertainment.



ISU VIDEO CERAMAH - WARDINA TIADA NIAT AIBKAN USTAZ DON



Jika semalam ada blog dan laman berita yang tersalah tafsir dan 'mensensasikan' kata-kata Wardina Safiyyah dengan menggunakan tajuk 'kecam', terkini Wardina menafikan mempunyai niat mengaibkan Ustaz Don Daniyal.

Untuk info, semuanya bermula apabila Wardina berkongsi video ceramah agama yang dikatakan mengandungi hadis-hadis palsu yang disampaikan penceramah itu.



16 April 2014

VIDEO - SUARA ENGKU ALEESYA SEMERDU ERRA FAZIRA



Waahhh... merdu juga suara Engku Aleesya menyanyikan lagu happy birthday untuk Umie Intan (rakan baik Erra), macam suara ibunya!

Yalah... ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi ye tak? Jom dengar!



Videonya selepas ini:


KES KELAKAR - BILA SUAMI DIDIE ALIAS MENGIDAM



Terbalik!

Itulah yang dapat disimpulkan mengenai kehamilan Didie Alias yang kini sudah masuk bulan ke enam. Bukan dia yang mengidam… tetapi suaminya pula yang mengidam dan turut mengalami alahan bagaikan sedang hamil layaknya.

"Selain muntah-muntah dan loya, suami saya turut mengalami sakit pinggang selain mengidam pelbagai makanan seperti mana berlaku kepada kebanyakan wanita hamil yang lain.



NIKAH HUJUNG TAHUN INI – YUS JAMBU PILIH MODEL



Tuah ayam Nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu. Demikianlah halnya dengan Yus Jambu, 38, yang awalnya tiada siapa yang memandang apabila hidup serba kekurangan.

Namun nasib Yus atau lebih mesra dengan panggilan Pak Yus akhirnya berubah apabila dia menyertai Raja Lawak. Populariti Yus yang awalnya sedikit sejuk kemudian menjadi hangat di Astro apabila dia sering mendapat jemputan dan sekaligus menyertai Maharaja Lawak Mega.



15 April 2014

6 GAMBAR - HARI LAHIR PERTAMA PUTERA RAYFAL RAMLI



Hari ini, adalah hari lahir yang pertama Putera Rayfal Ramli, anak Fasha Sandha dan Jejai. Tapi mungkin tahun depan, Rayfal akan menyambut hari lahir bersama adiknya pula kerana Fasha dikatakan sedang hamil anak kedua.

"My dearest rayfal, Today at 921AM you will turn one. Exactly a year ago i held you for the very first time, its a feeling that i will never forget, a feeling that is so unbelievable that i could not even start to describe.



BERHIBUR DI PESTA SONGKRAN - ANA DAHLIA & UBAI 'HAPPY' DI BANGKOK



Jika bekas suaminya kini sudah ada pengganti, Ana Dahlia juga tidak ketinggalan mempunyai pengganti dan dikatakan bakal berkahwin tidak lama lagi. Jejaka tersebut bukan sahaja tampan, malah rajin juga bina badan macam Chef Riz. Heh.

Terkini, Ana dan jejaka yang dikenali sebagai Ubai Zulkiflee itu sempat bercuti bersama ke Bangkok, Thailand. Lebih menarik, mereka kelihatan amat happy sempena sambutan festival Songkran yang diadakan setiap 13–15 April di sana.

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


ANAK ANGKAT GANTI HAMIL – AYU DAMIT



Disebabkan terlalu sibuk dengan karier seni dan perniagaan pertanian, Ayu Damit akhirnya mengambil keputusan untuk tidak hamil lagi. Semua itu dilakukan bagi memberi fokus sepenuhnya agar ia tidak mengganggu kerjayanya yang sedang meningkat naik.

"Saya baru sahaja mengambil anak angkat pada awal tahun ini ketika dia baru lahir. Tapi saya sudah menghantarnya ke kampung saya di Sabah untuk dijaga oleh mak saya sementara dia masih kecil.

Klik gambar untuk size besar


14 April 2014

GAMBAR - MAJLIS TAHNIK ANAK SULUNG ASHRAF MUSLIM



Gambar Majlis Tahnik anak sulung Ashraf Muslim yang diadakan kelmarin. Majlis tersebut adalah sempena kelahiran bayi perempuannya itu pada 5 April lalu yang diberi nama Sarah Ashraf Mohd Ashraf.

"Alhamdulillah.. Semalam malam yang bermakna bagi puteri sulungku SARAH ASHRAF BT MOHD ASHRAF selepas di tahnikkan oleh saudara Habib Ali Zainal Abidin di Masjid Muaz, Setiawangsa selepas majlis taklim malam semalam.



RUJUK SEMULA DENGAN EMRAN - ERRA FAZIRA TAWAR HATI..?



Semalam, hampir dua juta pelawat kami mendoakan agar Erra Fazira dan Engku Emran Engku Zainal Abidin dapat rujuk atau bersatu semula. Semuanya gara-gara ayat 'masih ada rindu' yang diluahkan oleh bekas suaminya melalui laman sosial berbunyi "Im not ashamed to show that i stil hv strong n steep feelings fr SA."

Artikel terdahulu:

Tambah menarik apabila Emran dan anaknya Aleesya turut mencipta hashtag #prayformomandayah yang diabadikan di baju T. Malah Emran turut bertanya pada anaknya apakah Aleesya mahu membantunya memenangi semula ibu ... jawab anaknya YA!.

Klik gambar untuk size besar


13 April 2014

ALHAMDULILLAH - ENGKU EMRAN MAHU RUJUK ERRA KEMBALI?



Buang yang keruh, ambil yang jernih. Mungkin itu adalah peribahasa paling tepat buat tiga beranak ini iaitu, Engku Emran, Erra Fazira dan Engku Aleesya yang pernah melalui hari-hari sukar dalam kehidupan mereka.

Ini kerana, baru-baru ini ayat yang ditulis oleh Engku Emran melalui Twitter dan Instagramnya seolah membayangkan yang dia masih sayangkan Erra! Atau lebih tepat lagi, masih ada rindu dalam hati. Bak kata pepatah, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.

Klik gambar untuk size besar


12 April 2014

DIKRITIK MEMBAZIR RM20,000 DI INDIA - ELFIRA LOY TETAP 'COOL'



Baru-baru ini ramai yang bengang dengan Elfira Loy apabila didakwa berbelanja secara boros membeli kain yang mencecah harga RM20,000 di India. Iyalah... buat apa beli kain sampai banyak dan mahal macam tu, nak buat apa?

Bagaimanapun, Elfira tetap mempertahankan keputusannya membeli pelbagai jenis kain tersebut dan menyifatkannya sebagai sesuatu yang berbaloi. Malah katanya, isu itu tidak sepatutnya menjadi persoalan kerana dia sendiri mengetahui nilai setiap fabrik yang dijual.

Elfira pening kepala pilih kain di India
Klik gambar untuk size besar


11 April 2014

BMW X6 KERETA 'ORANG TUA', AUDI R8 BARU 'MACHO' - AMMAR EFFENDY



Bukan BMW X6, tetapi Audi R8!

Demikian kata anak sulung kepada pelakon Rozita Che Wan iaitu Ammar Effendy, 18. Tambahnya kereta jenis BMW X6 tidak sesuai untuk dirinya kerana ia kenderaan untuk 'orang tua' sedangkan dia masih remaja.

Klik gambar untuk size besar


10 April 2014

4 GAMBAR - 'WAJAH' MISHA OMAR DIHARI PERNIKAHANNYA NANTI



Kita semua tahu yang Misha Omar, 32, dan kekasihnya seorang juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Firos Ezzwan Rossly, 32, sedang menghitung hari untuk bergelar suami isteri pada 2 mei ini.

Mereka berdua akan melangsungkan pernikahan di Hotel Renaissanse Kota Bharu, Kelantan dan selepas itu mengadakan majlis resepsi pada sebelah malam di hotel yang sama.



SHILA AMZAH BERENTAP LAGI DALAM 'JUARA ANTARA JUARA' DI CHINA



Seperti yang kita sedia maklum, pusingan kedua final 'I AM A Singer 2' di China telahpun berakhir di mana Shila Amzah hanya mendapat tempat ketiga. Namun begitu, bakat Shila tetap mendapat pujian kerana telah menunjukkan kebolehannya menari dan menyanyi menerusi lagu 'Mama'.

Artikel terdahulu:

Bagaimanapun, perjuangan Shila melalui pentas 'I AM Singer 2' sebenarnya masih belum berakhir. Ini kerana, dia bersama 4 finalis I Am Singer 2 yang lain seperti Han Lei (China), G.E.M. (Hong Kong), Gary Chaw (Malaysia) dan Zhang Jie (China) akan berentap lagi dengan 5 finalis 'I Am A Singer pertama' esok (11 April 2014).



09 April 2014

KES KHALWAT: SHAHZ JASZLE HANYA PAKAI ‘BOXER’ - PENYIASAT



Ditangkap hanya pakai boxer!

Begitulah keterangan Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika menyiasat kes khalwat Shahz Jaszle atau nama sebenarnya Mohd Shahrizal Jaszle Jasmin, 26, yang ditangkap dan didakwa berkhalwat dengan seorang bekas pekerja bank, Farah Nurizzati, 22.



AL FATIHAH - JEREMY LITTLE MENINGGAL DUNIA DI MEKAH



"Beautiful Technology in a magical place.. SubhanAllah," begitulah kata-kata akhir Jeremy Little daripada Indiependent Band di bawah syarikat Laguna Music sebelum meninggal dunia semalam di Tanah Suci Mekah.

Untuk info, Allahyarham juga merupakan salah seorang DJ popular yang aktif membuat promosi indie band tempatan.

Allahyarham Jeremy (kanan) bersama Mufti Ismail


ZIZAN TAK PERNAH AJAK KAHWIN - EMMA MAEMBONG



Emma Maembong dan Zizan Razak akan kahwin tidak lama lagi!

Demikianlah gosip yang bertiup kencang mengenai hubungan dua sejoli ini yang sering dilanda kontroversi. Gosip bertambah hangat apabila pelakon Projek Memikat Suami itu yang berehat seketika daripada berlakon di anggap sebagai sibuk membuat persiapan kahwin.

Klik gambar untuk size besar


08 April 2014

TAHNIAH - AISHAH SINCLAIR LAHIRKAN ANAK KEDUA



"And so they finally meet... After 39 weeks and 5 days," kata Aishah Sinclair merujuk gambar tangan anak sulungnya memegang tangan adiknya yang baru lahir Ahad lalu.

Untuk info, Aishah dan suaminya Sheikh Abdul Shahnaz telah mendirikan rumah tangga pada 2006. Hasil perkahwinan tersebut, mereka awalnya telah dikurniakan anak perempuan bernama Soraya Ann yang kini berusia 4 tahun.

Tahniah diucapkan!



8A SPM - ANAK CHE TA DAPAT BMW X6, SAMBUNG BELAJAR DI ENGLAND



Jika keluarga yang tidak mampu, mereka hanya menghadiahkan doa untuk anak-anak yang berjaya mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Doa sememangnya lebih mustajab dan berharga daripada wang ringgit!

Namun bagi pelakon Rozita Che Wan, dia mahu memberikan yang lebih baik kepada Ammar Effendy selepas memperolehi 8A dalam SPM. Selain doa seorang ibu, hadiah sebuah kereta BMW X6 untuk Ammar tidaklah seberapa memandangkan dia mampu membelinya.

Klik gambar untuk size besar


07 April 2014

17 GAMBAR - NIKAHI AEISHA, SYAFIQ YUSOF IKUT JEJAK SYAMSUL



Selepas Syamsul Yusof mendirikan rumahtangga dengan Puteri Sarah Liyana, akhirnya giliran adiknya Syafiq Yusof, 22, pula bergelar suami kepada Aeisha Ustaz Zainal, 21.

Syafiq yang merupakan pengarah filem sebagaimana bapanya Datuk Yusof Haslam menikahi Aeisha dengan hanya sekali lafaz kira-kira 9:50 pagi, kelmarin bertempat di Surau Tabung Haji, Kuala Lumpur.

Klik gambar untuk size besar