31 May 2014

BADE KAHWIN LAGI - ERMA FATIMA KINI BERMADU



Pelakon, pengarah dan penerbit Erma Fatima kini dikatakan bermadu dengan seorang wanita awal 30-an iaitu Aida Abdul, setelah suaminya pengarah dan jurukamera Badaruddin Azmi (Bade), didakwa berkahwin baharu.

Menurut Utusan, Majlis meraikan pernikahan Bade dan Aida telah berlangsung di sebuah hotel di Cherating , Pahang baru-baru ini. Ia berlangsung secara tertutup dan dihadiri rakan artis seperti Datuk Rosyam Nor dan beberapa artis lain.



30 May 2014

BELUM KENALI SUAMI SECUKUPNYA - WAHEEDA



Ramai yang ingin tahu mengenai perkembangan pelakon dan penyanyi Waheeda yang pernah popular melalui lagu 'Wassini'. Terbaru, Waheeda ditemui media di majlis pelancaran single terbaru suaminya, Ustaz Akhil Hayy, yang berjudul 'Andai Esok'.

Menurut Waheeda, meskipun sudah lima tahun berkahwin dengan Akhil, namun masih banyak perkara yang tidak diketahui tentang diri suaminya.

Klik gambar untuk size besar


'PECAH TEMBELANG' - HUBUNGAN ANA DAHLIA & 'TUNANG' TERBONGKAR



Bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua!

Demikian jualah halnya dengan pelakon Ana Dahlia atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar, 31, yang gemar menyembunyikan status hubungannya dengan seorang pemuda bernama Ubaidullah. Dia akhirnya 'terperangkap' dan masuk jerat sendiri.

Semuanya gara-gara pengacara malam 'Hari Ibu' anjuran Rafflesia, di Hotel Royal, Kuala Lumpur kelmarin mengumumkan Ubaidullah sebagai tunang Ana. Paling menarik, pengacara tersebut juga mengumumkan kepada jemputan bahawa Ana dan tunangnya bakal berkahwin tidak lama lagi



SAYA MASIH SAYANGKAN FARHAN - ABBY ABADI



Meskipun diceraikan menerusi SMS, namun Abby Abadi mengakui masih sayangkan suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar. Menurut pelakon, penyanyi dan kini pendakwah itu... dia tidak pernah membayangkan akan berlaku perceraian dalam perkahwinan mereka.

"Saya akui masih sayangkan dia dan langsung tidak pernah membayangkan perceraian akan berlaku kerana salah faham yang timbul tidak sepatutnya berakhir dengan perceraian.



29 May 2014

KES MOHON SAH CERAI ABBY ABADI DAN FARHAN DITANGGUH 11 JUN



Pelakon Abby Abadi, 37, memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Gombak. Timur, Selangor bahawa suaminya Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24,  telah melakukan dua kali lafaz cerai terhadapnya. Tambah Abby, ia (lafaz cerai itu) tidak dimaklumkan kepada mahkamah.

Artikel terdahulu:




13 GAMBAR - SHARIFAH SAKINAH SAMBUT BIRTHDAY KE-25



Pelakon yang sering mengajak peminat untuk 'bersenam' (Fitness) secara sihat, Sharifah Sakinah telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-25, kelmarin.

Majlis secara kecil-kecilan yang diadakannya itu telah dikongsi oleh Sakinah di Instagram.

Happy Birthday Sakinah!



28 May 2014

INFO - 'AKHDAN' MUNCUL DENGAN SINGLE TERBAHARU



Setelah muncul dengan album sulung pada 2012 bersama Hijjaz Record, kemudian mengetengahkan single pada 2013 berjudul 'Kembalikan Damai Itu', terkini kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Akhdan' muncul kembali dengan single terbaharu (2014), 'Kerna Cinta'.

'Akhdan' merupakan kumpulan nasyid yang terdiri daripada empat orang pelajar sekolah yang berbakat dalam bidang seni suara. Mereka yang menampilkan lagu-lagu berkonsepkan keTuhanan dan kemanusiaan mula menubuhkan kumpulan mereka pada 2010.



ISU RUJUK BEKAS SUAMI : "KAMI BOLEH BERSATU" - ERRA FAZIRA



Sudah agak sejuk isu mahu rujuk kembali bekas suami Erra Fazira iaitu Engku Emran yang kerap berkongsi foto di Instagram. Terkini, ia panas kembali apabila Erra menganggap ianya boleh dijadikan contoh dan ikutan oleh pasangan berpisah yang lain.

"Saya faham niat dia ingin menunjukkan kami ni sebagai contoh bahawa walaupun kita berpisah, tanggungjawab terhadap anak tetap diutamakan dan kami boleh bersama dan bersatu. Maksudnya di sini, bukan bersatu kembali, tetapi berbaik demi anak.

Gambar terkini Erra & Emran - Klik untuk imej besar


GAYA MENARIK FESYEN MENGANDUNG DI ABPHB 2013



Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH2013) telahpun menutup tirainya baru-baru ini. Pelbagai fesyen telah diketengahkan oleh artis dan selebriti kita hingga ada yang melaram habis pada malam itu.

Namun apa yang menarik ialah tiga artis wanita kita yang hadir dengan fesyen terkini walaupun sedang sarat. Mereka ialah Didie Alias, Scha Al-Yahya dan Lisdawati yang masih aktif meskipun ada yang menyarankan mereka agar berehat di rumah.

Klik gambar untuk size besar


Lisdawati dilihat tampil dengan gaun kembang bewarna hijau, Didie Alias dengan persalinan hijau bagaikan pokok diselaputi lumut dan Scha Al-Yahya pula tampil dengan gaun biru elektrik rekaan Alia Bastamam.

Cayalah!



         ________________________


ISU MESEJ LUCAH - SOO WINCCI RASA BERSALAH CABAR IQRAM



Akibat gosip berkaitan hubungan songsang atau 'gay', penyanyi dan bekas ratu cantik Malaysia/Dunia 2008/09, Soo Wincci, mengaku telah mencabar Iqram Dinzly berkaitan isu mesej lucah yang tersebar baru-baru ini.

"Dia melakukan perkara tersebut kerana ingin bergurau memandangkan dia seringkali didakwa mengamalkan hubungan sejenis.



27 May 2014

7 GAMBAR - LAGI AKSI 'SOFIA ARISSA', BABY LIYANA JASMAY



Lagi gambar-gambar menarik baby Liyana Jasmay yang lahir seberat 2.9 kilogram baru-baru ini.

"Baby Sofia teman mummy tgk tv. Sofia Arissa my love my cinta my all cant describe how much love i have for her. Syukur alhamdulillah," demikian luahan hati Liyana selepas bergelar ibu.

Untuk info, nama Sofia Arissa yang dipilih oleh Liyana untuk babynya itu memberi maksud 'Azam', 'kuat'.



HUDUD DI BRUNEI PUNCA NINA ISKANDAR BERHIJAB



Pelaksanaan undang-undang terbaharu iaitu hukum hudud di negara brunei merupakan antara sebab Nina Iskandar kini mula menutup auratnya. Namun begitu, dakwa Nina dia sebenarnya berubah bukan semata-mata kerana hudud, tetapi dia memang sudah berhasrat berbuat begitu sejak awal.

Artikel terdahulu:

"Brunei telah melaksanakan undang-undang syariah dan hudud, jadi sebagai rakyat dan wanita beragama Islam saya mahu membawa imej negara saya atas rasa hormat yang mendalam.



26 May 2014

27 GAMBAR - MAJLIS PERKAHWINAN TENGKU AZURA & ADIK JEJAI



Gambar majlis perkahwinan pelakon filem Bunohan dan juga model Tengku Azura Tengku Awang, dengan Ramelle Ashram, adik kepada suami Fasha Sandha iaitu Rizal Ashram Ramli (Jejai) semalam.

Difahamkan, pakaian majlis perkahwinan Tengku Azura adalah ala Princess Elsa iaitu watak filem animasi Frozen.

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


LAHIRKAN ANAK KEEMPAT - SAFURA DILARANG HAMIL LAGI



Safura Yaacob, 43, selamat melahirkan seorang bayi perempuan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) baru-baru ini. Bayi tersebut berada dalam keadaan sihat dengan berat 2.55 kilogram.

Menurut suaminya Shahronizam, isterinya kini dinasihatkan oleh doktor supaya tidak hamil lagi.



23 May 2014

21 GAMBAR - KELUARGA BAHAGIA ASHRAF MUSLIM



"Ya Allah... satukanlah hati kami... jadikan kami isteri solehah yang terbaik buat suami kami... jadikanlah kami ibu yang terbaik buat Sarah Ashraf... jadikanlah kami anak yang terbaik buat ibu dan ayah kami... berilah kami kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat... aamiin...," begitulah luahan hati isteri pertama Ashraf Muslim, Dayana Lokman.

Ayat tersebut kami petik melalui gambar terkininya bersama madunya Wan Sakinah yang dimuat naik di laman sosial miliknya.



DIJANGKITI H1N1 - SHARIFAH AINI REDHA JIKA 'DIJEMPUT ALLAH'



Berita sedih buat peminat biduanita Datuk Sharifah Aini, 61. Penyanyi bersuara lunak merdu itu kini terlantar di wad sebuah hospital swasta di ibu negara bagi menjalani rawatan rapi disebabkan jangkitan kuman pada paru-parunya.

Bagaimanapunn, keadaan kesihatannya kini dilaporkan stabil. Untuk makluman semua, Sharifah telah dijangkiti virus Influenza A (H1N1) sejak lima bulan lalu.



DEDAH KEKASIH BERNAMA 'FY' - HAFIZ AF7 KENA MARAH



Gara-gara mendedahkan wajah kekasihnya dalam Instagram, penyanyi kelahiran Akademi Fantasia Hafiz Suip telah dimarahi oleh segelintir peminatnya. Perkembangan tersebut bukan sahaja membuat Hafiz terkejut, malah dia juga tidak menyangka akan timbulnya respons sebegitu.

Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip, 24, bagaimanapun tetap berasa lega dengan keputusan tidak menyembunyikan wajah kekasihnya yang dikenali sebagai 'Fy' itu.

"Ini merupakan kali pertama saya memuat naik foto kekasih di Instagram sekadar mahu memberitahu yang kini saya sudah berpunya.



22 May 2014

13 GAMBAR - ARIL AF7 & ISTERI CURI MASA BERBULAN MADU DI PERTH



Setelah hampir lima bulan berkahwin, akhirnya Aril Pilus (Aril AF7) dan isterinya yang merupakan seorang Pramugari Saudi Arabian Airlines, Puteri Erma Edlinda berpeluang mencuri masa untuk berbulan madu di Di Perth, Australia.

Mana tak sibuk, Aril bertugas sebagai penyanyi dan deejay, manakala isterinya pula sering terbang ke sana sini dan menetap di Jeddah. Malah sejak berkahwin pada 20 Disember 2013, Aril dan Erma juga kerap berhubung menggunakan telefon, Skype dan WhatsApp.

Klik gambar untuk size besar


PERKAHWINAN ABBY ABADI GOYAH - NORMAN HAKIM TERKEJUT



Bekas suami Abby Abadi iaitu Norman Hakim melahirkan rasa terkejut dengan gosip yang melanda rumah tangga Abby dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar yang didakwa sedang goyah dan bergolak.

Sehubungan itu, dia ada menghubungi Abby baru-baru ini bagi bertanya khabar selain mendoakan agar bekas isterinya itu menemui jalan penyelesaian yang dapat menyelamatkan keluarga mereka.



21 May 2014

RINGKAS: JUE AZIZ NGAKU KAHWIN - IZREEN AZMINDA KENA CERAI



Jika sebelum ini Jue Aziz hanya mendiamkan diri mengenai dakwaan sudah berkahwin dengan jejaka bernama Bayu Daniels berasal dari Indonesia, terkini Jue akhirnya mengaku yang dia sudah berkahwin secara senyap.

"Ya, saya sudah berumah tangga dan kini saya merupakan isteri kepada Bayu. Kami mendirikan rumah tangga di kampung halaman suami di Makassar, Indonesia pada 9 Mac lalu," jelasnya ketika diminta mengulas mengenai berita tersebut oleh Kosmo.



INFO - EPISOD AKHIR ‘MIRANDA’ & ‘ROMI CINTA JULIA’



Petaling Jaya, 21 Mei 2014 – Nampaknya minggu ini peminat setia drama siri ‘Miranda’ dan drama siri ‘Romi Cinta Julia’ dari slot Lestary bakal mengetahui kesudahan dua drama popular TV3 ini yang telah bersiaran hampir tiga bulan.

MIRANDA mengisahkan tentang gadis bernama Miranda yang melarikan diri ke Kuala Lumpur selepas memutuskan tali pertunangan dengan Izwan. Kemudian, Miranda menumpang di rumah bapa saudaranya. Sejak itu, kehadiran Miranda mula mendapat perhatian dari Ammar. Namun, mereka terpaksa berdepan dengan pelbagai halangan untuk bersama.



BELUM DIKURNIAKAN ANAK - ZIZIE EZETTE BELA KUCING



Pelakon yang kini bergelar Datin, Zizie Ezzette Abdul Samad, 36, lebih selesa dengan kehidupannya sekarang meskipun kurang aktif dalam bidang seni. Menurut Zizie, keluarga dan suami tercinta iaitu Datuk Bung Mokhtar Radin kini menjadi kekuatan utama dirinya.

"Saya mempunyai suami yang paling baik, tidak perlu saya jelaskan kebaikan dia di sini, cuma apa yang boleh saya katakan perubahan cara hidup saya kini bukan pengorbanan.



3 GAMBAR - BILA SHARIFAH SHAHIRA CEDERA DI KEPALA



Bak kata pepatah, malang tidak berbau!

Demikianlah halnya dengan pelakon dan penyampai stesen radio Ultra FM, Sharifah Shahira (Shiera) yang baru-baru ini mengalami pendarahan di belakang kepala apabila terjatuh ketika menjalani penggambaran sebuah game show.

"Saya jalani penggambaran satu program game show. Pada waktu itu memerlukan saya berlari. Entah macam mana saya nak elak kereta, dalam sekelip mata saya terus jatuh terlentang. Saya tak ingat sangat apa yang berlaku.



HILANG RAJUK - SYAMSUL YUSOF KEMBALI MENGARAH FILEM



Pujukan isterinya Puteri Sarah Liyana telah berjaya meredakan rajuk Syamsul Yusof yang dulunya 'sakit hati' gara-gara filem KL Gangster 2 dicetak rompak. Malah kata-kata perangsang isterinya juga telah berjaya memulihkan semangat juangnya dalam industri perfileman.

Sehubungan itu, Syamsul, 30, kini kembali bangun semula untuk bergiat aktif dalam dunia seni. Apa yang menarik, Syamsul kini sedang sibuk menyiapkan skrip bagi filem seram terbaharunya berjudul 'Munafik'.



20 May 2014

BILA FIZZ FAIRUZ & IZZUE ISLAM JADI 'MAT TUDUNG'



Showbiz Productions yang terkenal dengan filem Melayu lain dari yang lain seperti 'Hantu Kapcai', 'Kahwin 5', 'Chikaro', 'Hantu Tok Mudim' dan 'Ular', kini membuka tirai 2014 dengan sebuah filem komedi berjudul 'Mat Tudung'.

Filem arahan pengarah muda, Waan Hafiz (yang sebelum ini mengarah filem 'Hantu Tok Mudim') menggandingkan Fizz Fairuz, Nelydia Senrose dan Izzue Islam sebagai pelakon utama.



DAKWAAN BERCIUM DI PARIS: "SILA PAKAI KANTA" - CHE TA



Masihkan anda ingat dengan gambar Zain Saidin dan Che Ta yang didakwa bercium di Eiffel Tower hingga teruk dikritik oleh pengguna laman sosial? Terkini Che Ta menyuruh sesiapa yang tidak begitu nampak apa yang dibuatnya dalam gambar itu agar 'memakai kanta'! Heh.

Malah mereka berdua juga memilih untuk tidak mengambil kisah dengan kontroversi yang tercetus. Menurut Che Ta, walaupun sering mendapat kecaman namun dia tetap akan memuat naik gambar di Instagramnya seperti biasa.



GAMBAR MENARIK BAYI BEEGO & LINDA



Gambar menarik Jelita Clarissa, bayi Beego dan Linda Hashim. Mereka telah merakamkan saat-saat manis anak sulung mereka itu sejak awal kelahiran hingga berusia sebulan

Untuk info, Beego dan Linda juga turut menggunakan khidmat juruphoto yang sebelum ini pernah merakam majlis perkahwinan mereka.

Jom tengok!



4 LAGU DI DOWNLOAD PERCUMA - WINGS RASA KECEWA



Terkilan dan kecewa!

Begitulah luahan kumpulan rock terkenal, Wings apabila empat buah lagu terbaharu mereka daripada album terbaharu berjudul Menakluk Kosmos yang dipasarkan menerusi iTunes beberapa bulan lalu dimuat turun tanpa bayaran.

Antara lagu-lagu tersebut ialah Peti Pandora Mu, Bisa Yang Tertunda, Ingatkan Dia dan Hey! Lihat Sini. Apa yang menghairankan mereka apabila lagu Hey! Lihat Sini, masih dalam simpanan dan tidak dimuatkan dalam album tersebut.



19 May 2014

GAMBAR - BAYI LIYANA JASMAY BERNAMA 'ARISSA'



Inilah gambar anak Liyana Jasmay dan Fathuddin yang diberi nama Sofia Arissa. Nama 'Arissa' memberi maksud 'Azam', 'kuat'.

Untuk rekod, Liyana melahirkan bayi perempuannya itu baru-baru ini di Pusat Perubatan Prince Court dengan berat 2.9 kilogram.

Klik gambar untuk size besar




         ________________________


KEKASIH MENANG MUAI THAI - TASHA SHILLA JADI 'CORNERWOMAN'



Kehadiran Tasha Shilla memberi semangat buat Han Chen Wong, kekasih aktres itu untuk meraih kemenangan dalam perlawanan Ladder Match Malaysia Mixed Martial Arts (MIMMA 2) musim kedua di Paradigm Mall, Petaling Jaya, Selangor.

Artikel terdahulu:

Han, 24, yang merupakan Peninju Muay Thai memberitahu yang dia agak terkejut dengan semangat Tasha yang memberi sokongan semangat di gelanggang sepanjang perlawanan tersebut.



17 May 2014

11 GAMBAR - MAJLIS PERKAHWINAN FARAH IDAYU (IDAYU AF3)



Gambar menarik majlis perkahwinan Farah Idayu Yaakub (Idayu AF3) dan Sharul yang telah berlangsung baru-baru ini.

Untuk makluman, mereka bernikah dengan hanya sekali lafaz tepat jam 10.30 pagi 15 Mei lalu.

Tahniah diucapkan!

Klik untuk gambar besar


SELAMAT NIKAH - MAK MAH KINI SAH ISTERI AL FATAH



Jodoh tidak mengenal usia. Pepatah ini bersesuaian sekali dengan Ruminah Sidek, 68, yang akhirnya selamat bergelar isteri kepada Al Fatah Rahim Ismail, 70.

Dalam pernikahan tersebut, Al Fatah melafazkan akad dengan hanya sekali lafaz. Mereka berdua bernikah hari ini kira-kira pukul 9.20 pagi dalam majlis yang diadakan di kediaman abang ipar Mak Mah, di Meru, Kelang, Selangor.

Klik gambar untuk size besar


16 May 2014

GAMBAR MENARIK - HAFIZ DEDAH WAJAH KEKASIH



My love!

Demikianlah luahan Hafiz Suip tanpa bersembunyi lagi. Malah dia juga telah memuat naik gambar kekasihnya itu di Instagram.

"Happy birthday to my love @nureffyj semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki," ujar Hafiz terus-terang.

Kekasih Hafiz - klik untuk imej besar


SOAL JAWAP - ERIN NAFI MAKAN BANGKAI DALAM FFM2



Makan bangkai binatang?

Bukan setakat isu bangkai, malah air liur peserta lain turut ditelan setelah daging busuk tersebut dikisar. Kata penonton, ia memang menjijikkan. Malah ia juga tidak menjaga sensitiviti umat Islam.

Benarkah wang menjadi keutamaan peserta? Jom ikuti apa alasan juara program tersebut iaitu Erin Malek mengenai penglibatannya dalam Fear Factor Malaysia musim kedua itu.

Klik gambar untuk size besar


RAPAT DENGAN CALON ANGKASAWAN - SHILA AMZAH TEMUI KEKASIH BARU?



Setelah sekian lama solo, akhirnya Shila Amzah, 24, kini didakwa hangat bercinta dengan bekas calon angkasawan program AXE-Tronaut 2013 iaitu Adam Tun Tuah.

Semuanya gara-gara Shila memuat naik sekeping gambarnya bersama seorang lelaki yang dipercayai Adam. Meskipun wajah lelaki itu ditutup dengan kapsyen kononnya sedang bersahabat, namun hubungan rapat mereka tetap dapat dihidu oleh ramai peminat Shila.

Adam & Shila - klik gambar untuk size besar


15 May 2014

JEMPUTAN FORUM AGAMA - NEELOFA BAKAL BERHIJRAH?



Gara-gara terlibat sebagai artis panel jemputan dalam forum agama, Neelofa telah dikritik oleh segelintir pihak sebagai tidak layak berceramah. Namun, itu semua tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus melibatkan diri dalam majlis ilmu atau keagamaan.

"Saya suka dengar ceramah dari dulu lagi. Malah sejak mempunyai rakan-rakan yang suka ke arah itu, saya lebih kerap pergi ke majlis ilmu bersama mereka. Saya tahu ada yang akan menilai saya sebab itulah saya tak suka hebahkan kepada umum yang saya pergi ke majlis-majlis sebegini kerana merasakan ia tidak perlu.



TAKZIAH - ADAM AHMAD MENINGGAL DUNIA



Adam Ahmad, 49, telah kembali ke rahmahtullah sekitar pukul 12.15 malam semalam di Hospital Ampang, Selangor. Allahyarham semasa hayatnya merupakan seorang kompuser dan penyanyi yang popular dengan lagu 'Kau Pergi Jua' itu

Allahyarham meninggal dunia akibat penyakit kencing manis dan tekanan darah yang dihidapinya. Jenazahnya akan dikebumikan pagi ini selepas selesai diuruskan di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan, Kuala Lumpur.



DITUDUH MENCURI TELEFON - JUSTIN BIEBER DISIASAT POLIS



Justin Bieber yang banyak kali ditahan polis akibat perbuatannya yang lalu, kini disiasat polis lagi atas dakwaan seorang wanita yang mendakwa Justin mencuri telefonnya.

Menurut wanita tersebut, Justin dengan 'ahli rombongannya' tiba-tiba bertengkar ketika sedang berhibur di kompleks golf mini dan sangkar bermain besbal di Sherman Oaks pada hari Isnin yang lalu.

Klik gambar untuk size besar


14 May 2014

GAMBAR BERCIUM - CHE TA DAN ZAIN SAIDIN BIKIN PANAS LAGI



Selepas memuat naik gambar kontroversi atas katil di Krabi, termasuk mengamuk apabila rambut perang suaminya dikutuk di laman sosial, terbaru pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin terus bikin panas dan menjadi bahan kritikan di Instagram.

Apa tidaknya, Che Ta telah memuat naik foto 'bercium' di Paris pula dalam akaun Instagram miliknya. Ha ha... cayalah Che Ta!





         ________________________


MUNGKIN RUJUK FIZA SEMULA - ADAM NAFI 'GILA TALAK'



Masih ada perasaan sayang!

Begitulah pengakuan Adam AF2, 31, mengenai bekas isterinya, Fiza Abdul Halim, 33, selepas mereka sah bercerai talak satu April lalu. Tanpa berselindung, Adam tidak menafikan untuk kembali bersama dalam tempoh edah selama tiga bulan ini.

"Ya, mungkin kami akan rujuk semula dan kini masih lagi memikirkan tentang perkara itu, namun itu semua terpulang kepada jodoh.



LEGENDS OF OZ: DOROTHY'S RETURN - GEGAR PAWAGAM 5 JUN 2014



Petaling Jaya, 14 Mei 2014 : Summertime Entertainment mempersembahkan Legends of Oz : Dorothy’s Return, sebuah filem muzikal animasi 3D yang akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 5 Jun 2014. Filem animasi bergenre muzikal ini menampilkan suara pelakon-pelakon terkenal seperti Lea Michele, Martin Short, Dan Aykroyd, Jim Belushi dan Kelsey Grammer.

Skrip filem yang dihasilkan oleh Adam Balsam dan Randi Barnes diinspirasi berdasarkan buku “The Wonderful Wizard of Oz” karya L.Frank Baum dan buku bersiri “Dorothy of Oz” yang ditulis oleh cicitnya sendiri, Roger Stanton Baum dan ia merupakan kesinambungan daripada cerita dongeng yang paling popular dan digemari di dunia.



LAMAN SOSIAL PERTEMUKAN CINTA BAHARU ERIN MALEK



"Kami bertemu di Instagram secara tidak sengaja," demikian kata juara program Fear Factor Malaysia 2, Erin Malek atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek, 20.

Tanpa berselindung, dia mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan jejaka yang dikenali sebagai 'F' itu sejak empat bulan lalu. Tambahnya, dia tidak menyangka bertemu dengan lelaki tersebut selepas setahun dia gagal dalam bercinta.

Klik gambar untuk size besar


13 May 2014

TAHNIAH - LIYANA JASMAY LAHIRKAN BAYI PEREMPUAN



Liyana Jasmay, 26, selamat melahirkan bayi perempuan di Pusat Perubatan Prince Court kira-kira pukul 7.40 malam semalam. Bayi tersebut sihat dengan berat 2.9 kilogram.

Menurut ibunya, Datin Habsah Simpon, Liyana yang bersalin normal itu kini berada dalam keadaan baik dan saat ini Liyana belum memberitahu nama yang bakal diberi untuk anak sulungnya itu.

Liyana selepas melahirkan anak - klik untuk imej besar


12 May 2014

JUARAI FEAR FACTOR - ERIN MALEK & REDHA RAIH RM200,000



Akhirnya setelah mengharungi pelbagai kepayahan hingga terpaksa memakan makanan busuk seperti lidah kambing, telur busuk dan sebagainya, pasangan Erin Malek dan Redha berjaya muncul sebagai juara Fear Factor Malaysia 2.

Mereka berdua memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM200,000 sekaligus menewaskan Nas-T dan Kairul pada peringkat akhir semalam. Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Pengurus Saluran Astro Ria, Encik Raqim Ahmad.



NIKAH 17 MEI INI - MAK MAH 'ANGAU' & 'PITAM' KURUSKAN BADAN



Sabtu depan, seniwati yang seangkatan dengan Tan Sri P.Ramlee iaitu Ruminah Sidek, 68, atau Mak Mah bakal melangsungkan perkahwinan dengan peneroka Felda, Rahim Ismail, 70. Namun, bukan Mak Mah sahaja yang berdebar, tetapi anaknya Adlin Aman Ramlie turut berdebar dan teruja.

Menurut Adlin, beliau tidak menganggap lelaki yang bakal mengahwini ibunya pada 17 Mei ini sebagai 'bapa baru", tetapi berharap ia adalah jodoh terakhir.



10 May 2014

GELARAN DATO' - PIAN & BOY IMAN 'BENGANG' KENA KUTUK



Pian (Cecupak) dan Boy Iman terkilan apabila mereka dipersendakan dan menjadi bahan jenaka berikutan keputusan menerima gelaran Dato' daripada puak adat pepatih Naning, di Melaka.

Alasan mereka menerima gelaran tersebut adalah sebagai menghormati permintaan puak tersebut.

“Saya marah dengan mereka yang mempersendakan dan mengutuk tentang peribadi saya serta mempersoalkan gelaran ini tanpa bertanya terlebih dahulu.

Klik gambar untuk size besar


09 May 2014

GOSIP KAHWIN: HAFIZ BUKAN JEJAKA IDAMAN SAYA - HELIZA HELMI



Meskipun tidak menamakan gadis yang dicintainya, namun pembayang yang diberi oleh Hafiz Hamidun tidak lama dahulu dapat diteka oleh ramai pihak. Sehubungan itu, nama Heliza Helmi, 28, telah disebut-sebut sebagai gadis yang menjadi idaman Hafiz hingga menimbulkan pelbagai spekulasi.

Bagaimanapun, hingga kini, baik Hafiz mahupun Heliza masing-masing menafikannya dan tidak pernah mengiyakan gosip tersebut.

Terbaru, Heliza berharap agar namanya tidak lagi dikaitkan dengan Hafiz hingga timbul dakwaan yang kononnya mereka bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Bukan jejaka idaman Heliza - Klik gambar untuk size besar


08 May 2014

LANCAR ALBUM SULUNG - CAKRA KHAN PERNAH DIBAYAR 80 SEN



Sebagaimana penyanyi cilik jalanan Tegar, Cakra Khan turut meniti tangga paling sukar untuk meraih populariti seperti sekarang. Malah dia juga tidak malu mengaku pernah dibayar hanya 80 sen untuk membuat persembahan di Indonesia.

"Saya mula menyanyi semenjak berusia 7 tahun. Ketika itu saya dapat bayaran sebanyak Rp2000 atau lebih kurang 80 sen wang Malaysia. Saya juga pernah menyanyi di jalanan. Saya tak percaya saya sampai sejauh ini dan Alhamdulillah ini semua berkat doa orang tua saya," ujarnya ketika ditemui media di majlis pelancaran albumnya semalam di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur anjuran Rusa Music & My Music Label & Management.



GELARAN DATO' BOY IMAN, NASH & PIAN CECUPAK DIPERTIKAI?



Tahniah kerana baru-baru ini beberapa orang artis kita telah dikurniakan penganugerahan Dato'. Antaranya ialah Boy Iman, Nash lefthanded dan Pian cecupak.

Bagaimanapun, ada pihak mendakwa anugerah yang diberikan di Negeri Melaka itu sebagai sesuatu yang boleh dipertikaikan.

Aikkk... biar betul?

Klik gambar untuk size besar


ENGGAN KAHWIN KALI KETIGA - TANGGUNG SUAMI BUAT ENOT SERIK



Pengalaman menanggung suami membuat Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 34, serik untuk berkahwin lagi. Malah kegagalan dalam dua perkahwinan lalu juga menjadikan ibu tunggal ini lebih berwaspada.

"Saya harap sangat agar tidak berkahwin lagi. Saya lebih rela menjadi ibu tunggal selamanya daripada menanggung suami.

Enot dan anaknya